MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kenapa Nak Buat Bisnes?

March 4, 2011

Nak mulakan bisnes, tapi tak tahu macam mana nak mula? Bisnes apa yang bagus? Boleh untung ke tidak? Risikonya macam mana? Dan macam-macam lagi yang kita akan fikir. 

Nasihat saya, persoalan "HOW " (bagaimana) adalah nombor dua. 

Nombor satu ialah "WHY" (kenapa) nak buat bisnes? 

Lukis Sebuah Kehidupan Ideal

Semuanya mesti berbalik tentang apa yang kita nak cari dalam hidup.

Sebelum buat bisnes, cuba buat gambaran dulu kehidupan ideal yang macam mana yang kita impikan. Lukis semua.

Jangan fikir boleh tak boleh. Logik ke tak logik.

Mentor saya pesan, dari sudut membina impian, cuba fikir macam budak-budak.

Kalau tanya budak kecik, mereka percaya semua mereka boleh lakukan, hatta menjadi ultraman!

Fikir Masak-masak

Waktu memulakan bisnes dulu, saya ambik sedikit masa untuk ‘melukis’ kehidupan yang saya impikan.

Dan sepanjang masa saya menilai apakah yang saya ‘lukis’ itu benar-benar yang saya impikan atau pun ada perkara yang lain disebalik yang saya tulis.

Salah satunya, saya pernah fikir saya nak rumah besar. Tapi persoalannya, adakah dengan rumah besar boleh memberi kebahagiaan atau kepuasan dalam hidup saya?

Bila difikir masak-masak, bukan rumah besar sebenarnya yang saya nak. Tapi sebuah pengisian dalam rumah besar itu sebagaimana apa yang pernah saya tulis dalam artikel-artikel sebelum ni.

Tahu Arah Tuju, Bukan Ikut-ikut

Bila persoalan impian dah settle, baru boleh fikir apa yang anda nak buat.

Kalau tak, takut terikut-ikut orang. Umur makin tua, tapi usaha kita tak ke mana. Dok tangtu juga.

Sebagai contohnya; dulu saya fikir, saya nak jadi seorang ahli koperat. Nak kerja kuat, nak ada profesional qualification, nak sambung Master...

Tapi bila saya perhati dan menilai, sebenarnya saya tak suka jadi ahli koprat, dan tak suka corporate life.

Duit mungkin banyak, tapi saya tak dapat makna hidup yang saya cari.

Jadi rugilah kalau saya terus ikut-ikut apa yang orang lain kejar. Mungkin ianya bagus untuk orang lain, tapi tidak untuk saya.

Pilih Yang Sesuai Dengan Impian

Bila dah tahu apa yang saya nak, baru saya tahu apa yang kena buat.

Nak buat bisnes?

Ya, bisnes memang banyak, tapi saya kena pilih bisnes yang selari dengan apa yang saya cari.

Nak berniaga emas saya boleh.

Nak jadi ejen takaful saya boleh.

Nak buat bisnes MLM saya boleh.

Nak buat bisnes kek dan pastry secara home-based kami boleh.

Nak buat cakoi dan bisnes menjaja pun saya boleh!

Labur Masa dan Duit Belajar Berbisnes

Macam-macam bisnes dah saya pusing.

Macam-macam modul kursus memasak dan memproses makanan oleh Chef Li dah saya join.

Hinggakan saya boleh baca, kalau orang bisnes makanan ni, sejauh mana dia boleh pergi.

Mana bisnes yang boleh cepat pergi haji, dan mana bisnes yang cuma dapat penat.

Semua tu saya dah invest masa dan duit untuk belajar tentang bisnes. Dan yang penting, saya dah mencubanya!

Sifu saya pesan, cara terbaik untuk belajar buat bisnes ialah dengan buat bisnes! Mana boleh belajar bisnes dari orang yang tak buat bisnes, hatta dia ada Phd dalam business study sekalipun!

Jimat Masa Dengan Membaca

Macam mana nak belajar bisnes dengan cepat?

Ada dua cara yang sifu saya ajar. Pertama, baca buku! Kedua, bergaul dengan orang bisnes! 

Dua perkara ni akan membezakan SIAPA diri kita 5 tahun akan datang. 

Siapa kita pada hari ini adalah kerana apa yang kita buat 5 tahun lepas.

Siapa diri kita 5 tahun akan datang ialah bergantung pada apa buku yang kita baca, dan dengan siapa kita bergaul hari ini!

Kenapa perlu baca buku?

Ia menjimatkan masa kita.

Bagi siapa yang tahu, sebenarnya sesebuah buku yang berkualiti ditulis perlukan kajian dan pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun.

Kalau kita baca sebuah buku, kita jimat 10 tahun!

Kita akan dapat ‘wisdom’ 10 tahun hanya dengan beberapa jam/ hari membaca.

Kalau baca 10 buah buku, kita jimat 100 tahun! Itulah sebab mentor saya galakkan membaca.

Bergaul Dengan Orang Bisnes

Keduanya tentang pergaulan.

Untuk faham betapa besarnya pengaruh pergaulan, boleh baca kisah burung Pelican dalam artikel saya bertajuk The Power of Association.

Untuk pandai ‘memburu’, kita kena join kelompok ‘burung pelican’ pemburu.

Kalau duduk sendirian, fikir siang malam macam mana cara nak buat bisnes dengan berjaya, memang kita tak akan ke mana.

Lama-lama, ‘impian hidup’ yang kita lukis tu akan mati kepupusan, sebagaimana burung pelican di Teluk Monterey hampir pupus!

Mana bagus, buat MLM ker, Unit Trust ker, atau Takaful? Ataupun buka kedai sendiri?

Ia terpulang pada apa yang anda cari. Rujuk balik impian hidup yang anda ‘lukiskan’ tadi.

Kejayaan Holistik, Bukan Sekadar Duit

Kalau nak buat duit, banyak bisnes yang boleh buat duit. Tapi saya suka bisnes yang saya boleh dapatnya secara pakej.

Bukan saja duit, tapi persahabatan, dapat membangun dan mendidik diri, mengukuhkan hubungan suami isteri dan anak-anak, dapat kepuasan hidup dengan membantu dan menjayakan orang lain, dapat fleksibiliti dan kebebasan, dapat travel ke sana ke mari, dan dapat duit semestinya.

Saya mahu bisnes yang kami boleh jalankan suami isteri.

Apa yang saya boleh buat, isteri juga boleh buat sama.

Kami nak bisnes yang lagi besar, lagi peace of mind, dan lagi banyak masa.

Kami nak bisnes yang boleh dijadikan satu legasi untuk anak-anak kami suatu hari nanti. Dan kami nak bisnes yang kami akan jalankan SEPANJANG HAYAT!

Dalam erti kata lain, bisnes yang boleh bagi kejayaan secara holistik!

Membina Kejayaan Holistik

Melalui bisnes itulah kami mendapat makna untuk sebuah kehidupan, sebagaimana kami mendapat makna dalam sebuah kerja dakwah (mengajak orang kepada kebaikan)!

Bagi kami, bisnes mana yang kami pilih, ia adalah keputusan yang penting dalam hidup kami. Itu bukan sekadar duit, dan bukan sekadar bisnes touch & go!

Ia adalah komitmen pada sebuah kehidupan.

Jadi sebelum pergi jauh, dan belajar HOW to do business, lebih baik settlekan dulu WHY you want to do business?

Bongkar apa yang benar-benar kita nak cari dalam sebuah kehidupan.

Jangan ikut orang lain, tapi tanyalah diri sendiri. InsyaAllah, nanti Tuhan akan tunjukkan jalan...

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Heights
24 Februari 2011
21 Rabiul Awwal 1432

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • assalam… blog yg menarik.. setiap penulisan mmberi semangat.. sy prnh mncuba MLM dan takaful.. tp x sesuai dgn jiwa sbb sy rasa seperti piramid.. skrg tercari-cari bisnes yg boleh membantu sy dan kuarga meningkatkan ekonomi kami.. mohon tuan memberi pandangan.. trm kasih

    • Wa’alaikumussalam… Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah. Betul tu tuan, bisnes paling bagus ialah bisnes yang serasi dengan jiwa kita.

      Sometimes, bisnes tu memang dah bagus, tapi kita pandang dari perspektif yang salah dan lakukannya cara yang salah. Sebagai contohnya, bisnes MLM (juga termasuk takaful, unit trust dsb). Ramai orang buat bisnes MLM dengan cara tamak / skim cepat kaya, ‘tipu’ orang join supaya dia meningkat, sedangkan bisnes MLM sebenar ialah; 1. gunakan sendiri produk, 2. syorkan produk yang kita suka kepada kenalan terdekat, 3. bantu kawan-kawan yang nak dapat extra income untuk buat perkara no. 1 dan no. 2. Konsepnya, beri manfaat kepada orang lain, bukan ambil kesempatan hinggakan Robert Kiyosaki tulis buku khas tentang MLM bertajuk “Business School For People Who Like Helping People”.

      So, selain mencari bisnes paling serasi, saya syorkan juga tuan serasikan diri dengan bisnes. Selami ‘jiwa’ sesuatu bisnes dengan dekati mereka-mereka yang berjaya dalam bidang tersebut. Kalau ‘jiwa’ yang ada pada mereka yang berjaya tu serasi dengan tuan, maka belajarlah untuk serasikan diri dengan bisnes tersebut dengan hadiri semua perjumpaan mereka, at least untuk tempoh 6 bulan menurut Kiyosaki.

      Wallahu a’lam.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >