MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Your kids are the REASON…

March 1, 2011

Kids
Kagum pada isteri. Kalau orang cakap duduk rumah senang la banyak masa boleh rehat, itu mungkin betul bagi orang yang anak dah besar, tapi bukan untuk orang yang beranak 5, yang masih kecil dan sangat aktif!

 

Sekadar foward artikel yang ditulis oleh orang rumah saya bertajuk Working Moms & Housewives di blog beliau i.e. http://www.najdah.blogspot.com/. Saya rasa ini artikel yang bagus untuk dikongsikan dengan para ibu dan yang sayangkan keluarga dan anak-anak. Najdah yang saya kenal masa awal perkahwinan dulu dah jauh bezanya dari sekarang. Saya personally anggap beliau sebagai seorang Iron Lady! Mungkin apa yang beliau pikul, tak mampu saya pikul sendirian. Saya sangat-sangat respek pada beliau.

 

Antara yang saya kagum;

  1. Dia boleh handle lima orang anak kecil (yang aktif) seorang diri, hatta dalam waktu berpantang sekalipun. Paling lama saya boleh handle 5 orang anak sendirian cuma 5 jam jer. Lepas tu dah tak larat dah rasanya.

  2. Bila pernah rasa jaga sendiri anak-anak, saya rasa kerja suri rumah sepenuh masa lebih penat dan stress dari kerja pejabat. Tak caya, try tanya ibu-ibu yang dulunya bekerja, lepas tu berhenti untuk jadi full-time housewife. Saya yakin, mesti mereka jawab, hidup mereka lebih stress, tapi mungkin ada 'kepuasan'.

  3. Bila saya try jaga 5 orang anak seorang diri, saya rasa tak sempat nak buat kerja-kerja rumah e.g. basuh baju, masak, kemas-kemas rumah, apatah lagi nak bekerja dari rumah. Saya 'wonder', macam mana dia boleh handle semuanya seorang diri.

  4. Dia boleh drive seorang diri untuk hantar Aisyah ke sekolah, sambil bawa Anis, dan dukung Fathi (2 tahun_ dan Hifdzi (6 bulan) sekali gus! Dah la jalan jem teruk depan sekolah tu, cuaca panas, Fathi dan Anis pulak ada kerenah masing-masing. Kalau bagi pada saya, saya memang tak mampu!

  5. Dan yang saya cukup kagum, bukan sahaja rumah dan anak-anak terurus, tapi bila saya sampai rumah untuk aktiviti bisnes waktu malam ataupun hujung minggu, semuannya dah well-prepared! Dan dia masih bole curi masa buat cupcake (bila ada order), buat coklat, dan macam-macam masakan even masa dalam berpantang!

  6. Pernah saya nak kemas bilik tetamu cum store room rumah kami, saya ambik masa separuh hari sampai hilang idea macam mana nak kemas sebab banyak sangat barang. Tak tahu kat mana nak susun. Last sekali, saya tinggalkan pada dia. Balik kerja, semuanya dah berkemas. Saya wonder, mana perginya barang-barang yang banyak. Rupa-rupanya dia dah susunnya dengan teliti supaya yang banyak nampak sikit. MaasyaAllah.

 

Apa yang saya admit;

 

  1. Dia (dan juga saya) dapat tidur/ rehat tak lebih 6 jam sehari. Average cuma 5 jam jer. Memang tak ada ruang untuk rehat sebelum anak-anak tidur. Kalau orang cakap dia duduk rumah senang la boleh rehat, bagi saya itu semua mungkin betul bagi housewife yang anak-anak dah besar.

  2. Untuk support dia, saya make sure dia cukup food supplement dan vitamin. Saya tak komplen kalau ada kekurangan di rumah. Saya akan assist yang mana sempat bila balik rumah. Selalu bagi semangat, dan saya lengkapkan rumah kami dengan fasiliti yang memudahkan dia seperti water filter yang bagus supaya dia tak payah masak air, produk home care yang memudahkan kerja dia di rumah, adakan microwave dan pressure cooker untuk memasak dengan cepat.

 

Saya percaya, kalau Tuhan jemput saya dulu, dia boleh survive dengan anak-anak yang masih kecil. Untuk pastikan dia boleh terus dapat sumber pendapatan walaupun ketiadaan saya nanti, saya ambik pelindungan takaful yang cukup supaya dia boleh terus hidup walaupun tanpa bekerja. 

 

Dan in case dia nak 'bekerja', dia boleh teruskan bisnes yang kami sama-sama usahakan sekarang, sebab saya telahpun 'wariskan' skill bisnes yang cukup untuk dia teruskan bila ketiadaan saya. Tapi kalau saya sekadar makan gaji, Najdah tak dapat amik alih kerja saya sebagai akauntan untuk terus dapatkan pendapatan. Jawatan akauntan akan terkubur bersama-sama saya nanti, tetapi bisnes kami akan terus hidup, insyaAllah.

 

Tabik spring untuk Najdah, dan ibu-ibu yang gigih di luar... Memang benarlah, Syurga di bawah telapak kaki ibu...

"Your kids are the REASON to give the best of you, not the EXCUSE to limit your abilities..." -Najdah

Zulkifli

Damansara Heights

24 Februari 2011

21 Rabiul Awwal 1432

 

Posting sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke-8 pada 1 Mac 2011. Kami diijab qabulkan pada 1 Mac 2003, bersamaan 28 Zulhijjah 1423.

 

Komen dari sahabat di yahoogroups tentang posting ni. Moga ianya juga bermanfaat:

 

Thanks Zul for sharing..

 

Ana sendiri respect dan akui Najdah memang Iron Lady. Bila tengok Najdah boleh buat macam-macam, disamping anak 5 orang, ana fikir macam mana Najdah buat. Pengurusan masa yang sangat bijak. That's why ana banyak juga bertanya Naj tips-tips and petua. Even dia lebih muda dari ana, tapi dia ada pengalaman yang jauh lebih banyak dari ana. Congrat Naj...

 

Jarang lelaki menyedari hakikat tugas seorang isteri dan mengukui isterinya hebat. Ana rasa, kalaulah ramai suami-suami yang bersikap seperti Zul, insyaAllah aman damai rumah tangga... bahagia... Itulah Rumahku Syurgaku. Kebanyakan suami memang tak sedar bahawa isteri kat rumah lebih-lebih penat berbanding kerja di pejabat. Pengalaman ana yang anak sorang pun, kalau weekend, masyaAllah banyaknya nak kena settle. Kalau harian tu, ala-ala kadar jer buat kerja-kerja rumah. Syukur rumah sewa belakang pejabat jer. Takdelah penat memandu. Cumanya, time sarat mengandung ni, terasa cepat penat. Kadangkala merungut bila suami liat untuk membantu.

 

Ana pernah baca buku Rumahku Ofisku, tapi sampai sekarang tak sempat nak khatam. He he.. Memang betul, fulltime housewife + bisnes kat rumah, memang perlu pengurusan masa yang bijak.. Bila baca buku tu, ana terfikir, erm.. lambat lagi agaknya ana dapat jadi fulltime housewife + bisnes at home. Bukan senang.

 

Kesimpulannya, sebab tu ada ayat Quran/ Hadis... maaf ana tak berapa sure.. (tolong betulkan pada yang arif).. "Bila seorang isteri taat pada suaminya, suaminya redha dengannya... dia akan masuk melalui mana-mana pintu Syurga"...

 

Bukan senang nak jadi isteri solehah.. kalau belum diuji menjadi isteri... So, para isteri.. pakat-pakat kita muhasabah diri kita.. (terutama diri sendiri)..

 

Zawati

Machang, Kelantan

------------------

alhamdulillah..

perkongsian yang sangat baik.. terbaik!!!!

betul kata alang tuh, hajar sdiri pun mengakui kehebatan kak najdah handle anak-anak dan suami.. kadang2 terfikir sendiri, macam manalah knajdah urus masa n buat sume nie.. sampai boleh buat bisnes lagi.. memang hajar respect..

terharu n sedih baca post knajdah, memang seoarang ibu yang tabah.. hajar yang anak 2 nie pun huru hara doh rasanya..tak tahulah kalu 5 macam mana. hajar akui apa yang akhi zul bagi tau.. kat pejabatlah kami ibu2 yang bekerja boleh rehat sikit ek. betul tak dapat bayangkan kalu hari cuti memang kelam kabut jadinya..

dengan posting yang akhi zul bagi nie.. bagi semangat dan motivasi baru buat hajar.. nak jadi ibu setabah knajdahlah.. insyaAllah

tq akhi zul n knajdah

Hajar
Kelantan

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Tahniah dan selamat ulang tahun perkahwinan yg ke8 buat abg zul & kak najdah.smg bahagia dunia akhirat.Insyallah
    Tahniah & terima kasih kpd kak naj atas perkongsian cerita & ilmu yg boleh dimanfaatkan.Smg sy jg diberi kekuatan olehNYA menjadi sehebat akak.insyallah
    Regards to your aisyah sis.i hv my aisyah too:)aisyah nur iman.my 1st daughter so far.9mths old
    Btw your kids so cute & handsome:)

  • Saiful: alhamdulillah.. skg dah 5 org.. yg ‘terbaru’ umur 7 bulan.. 🙂

    Nurul: T.kasih Nurul.. pejam celik pejam celik dh 8 tahun berumahtangga.. InsyaAllah.. moga Allah bg kekuatan pd Nurul & kita semua.. 🙂

  • tersenyum lihat family make up cik zul sama dgn saya 4 girl n last boy. kami dua2 bekerja ada masanya Allah bg maid terbaik dunia n ada masanya x payah sebutlah. boy kami pun dah 7 thn umur dia 5 thn kami dah x pakai maid, alhamdulillah sy lebih flexible coz ada biz sendiri.2 skolah menengah dan 3 skolah rendah.tntu menarik bila satu hari dgn izinNya anak2 kita berjumpa awak boleh tengok bayangan masa depan dan sy boleh mengimbau kenangan silam.

    • Alhamdulillah… Mungkin kami boleh belajar banyak dari Bang Chik. Anak-anak ramai ni agak mencabar. “Stress test” macam Bang Chik bagi tahu memang tiap-tiap hari.. He3x.. Alhamdulillah… Allah kurniakan kami 3 puteri, dan 3 putera. Yang ke-6 baru lahir pada 11 Jun 2012 lepas, alhamdulillah..

      Kami tinggal di Damansara Damai, kalau datang area sini, boleh la calling2 saya.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >