Ada 5 bank yang menawarkan Gold Saving Account. Cuma satu sahaja disahkan patuh syariah. |
As salam En Zul,
Saya terbaca blog en zul mengenai public gold dan amat berminat untuk menyertai. Tetapi saya tidak berapa suka menyimpan dinar emas ini di rumah atas faktor2 keselamatan. Apa pendapat en zul jika saya menyimpan di dalam CIMB Gold Deposit Account. Saya sudah bertanya dengan CIMB, mereka hanya perlukan wang tunai untuk membeli dinar emas mengikut harga pasaran dan buku simpanan akan di keluarkan.
Harap en zul dapat memberikan pandangan.
Terima kasih en zul.
Wassalam.
Pn. Zahidah
(bukan nama sebenar)
Wa’alaikumussalam Pn. Zahidah,
Gold Saving Account atau Emas Fizikal?
Pertama, menjawab persoalan puan tu, saya copy paste artikel Syukor Hashim Jutawanemas.com di bawah. Mudah2an ia membantu.
Topik 3: Memilih emas fizikal atau akaun simpanan emas? Sekarang anda telah mengetahui bahawa terdapat 2 jenis emas pelaburan yang boleh dibeli iaitu emas fizikal dan akaun simpanan emas. Persoalannya, yang mana satu sesuai dengan anda? Emas fizikal atau akaun simpanan emas?Jawapan saya. BELI EMAS FIZIKAL. Sebabnya adalah: 1. Anda boleh menggadaikan emas fizikal jika memerlukan tunai segera. Walaupun anda menggadaikannya, emas itu masih lagi milik anda. Anda tetap untung jika emas naik harga walaupun emas tersebut berada di Ar-Rahnu. 2. Bagi akaun simpanan emas. Anda akan mengalami kerugian jika menjual pada harga yang rendah daripada harga belian (in case anda terdesak untuk mendapatkan tunai untuk tujuan kecemasan). 3. Emas fizikal boleh dijual pada bila-bila masa kepada sesiapa yang ingin membelinya walaupun ketika cuti atau waktu malam sedangkan untuk akaun simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu perbankan.
4. Jika anda ingin menggunakan teknik manipulasi Ar-Rahnu, anda memerlukan emas fizikal. Ini kerana hanya emas fizikal boleh digadaikan di Ar-Rahnu.
Jika anda menghadapi masalah untuk menyimpan emas fizikal atau takut risiko kehilangan emas fizikal maka barulah saya cadangkan anda melabur di dalam akaun simpanan emas.
Gold Saving Account di Malaysia
Keduanya,
Kalau Pn. Zahidah nak simpan di Gold Saving Akaun, setakat ni ada 6 bank yang tawarkan Gold Saving Account iaitu:
1. Kuwait Finance House (KFH) (klik di sini)
2. Al Rajhi Bank (klik di sini)
2. Maybank (klik di sini)
3. Public Bank (klik di sini)
4. CIMB Bank (klik di sini)
5. UOB Bank (klik di sini)
Antara 6 bank tersebut, cuma KFH dan Al Rahji sahaja yang disahkan patuh syariah. Yang lain belum ada pengesahan lagi. Isu pematuhan syariah utk Gold Saving Akaun ni pernah ditulis oleh Ustaz Zaharuddin di http://www.zaharuddin.net/.
Untung 2 Dalam 1 Dengan Emas Fizikal
Ketiga, antara Gold Saving Account dan emas fizikal, saya memilih emas fizikal sebab:
- Duit kita tak beku. Kita boleh dapatkan duit tanpa perlu jual emas tu dengan cara pajak in case nak gunakan duit sekejap untuk aktiviti yang menguntungkan.
- Boleh jana lebih banyak untung bila harga emas jatuh!
Kalau Gold Saving Account, duit kita akan beku sama macam investment lain. Katakanlah kita nak pakai duit tu sekejap, kita terpaksa keluarkan dari Gold Saving Account dan kita tak dapat nikmati kenaikan harga emas (atau dividend kalau unit trust). Lagi teruk kalau kita terpaksa jual (keluarkan duit) masa harga emas jatuh!
Tapi kalau emas fizikal, kita tetap untung kalau harga emas jatuh. Masa harga jatuh, pajak emas tu, dan gunakan duit tu untuk rolling bisnes atau apa sahaja investment yang boleh bagi keuntungan melebihi kos pajak 1.15% sebulan (atau 13.8% setahun). Otai-otai emas biasanya dia akan gunakan duit pajak tu untuk beli emas lagi. Lagi banyak harga emas jatuh, lagi tinggi potensi dia akan naik balik!
Teknik ni sangat bagus sebab walaupun harga emas jatuh di pasaran, tapi harga emas di Ar-Rahnu tetap maintain sebab lambat disemak. Kita pajak emas dengan nilaian tinggi, dan beli emas di pasaran dengan harga rendah! Bila harga emas naik balik, terus jual emas kat tangan tu dan tebus balik emas yang kita pajak di Ar-Rahnu! Kita dapat untung 2 dalam 1. Untung jana keuntungan dengan duit pajak, dan untung nilai emas di Ar-Rahnu (milik kita) meningkat.
Wallahu a'lam.
Wassalamu 'alaikum.
Zulkifli
Damansara Heights
8 April 2011
4 Jamadil Awwal 1432(Artikel ini dikemaskini pada 1 Jun 2012)
Artikel berkaitan:
kt mane nk melabur perak?
saya juga sgt berminat nk melabur emas, kt mane tmpt yg plg sesuai utk beli?
Mujahidah, utk org baru, saya suggest beli di http://www.nubex.com.my atau beli dari Public Gold or dealer Public Gold.
Kalau dah pandai nanti, boleh cari di facebook ataupun ebay.
Gold deposit berurusan dgn bank,Klu beli dan jual emas fizikal kena beli kt agen yg kita berurusan je ke?….syafa
Betul tu Pn. Syafa. Gold Saving Account kena berurusan dgn bank yang tawarkan Gold Saving. Tapi yang disahkan halal & senang keluarkan emas fizikal dari bank hanya Kuwait Finance House jer.
Kalau emas fizikal, kena berusan melalui dealer emas. Atau direct dgn company. Tapi saya syorkan puan Syafa berurusan dgn dealer sbb boleh dapat free consultation ttg gold investment. Kalau deal dgn staff syarikat, biasanya mereka pun tak berapa tahu pasal gold investment ni. Mereka tahu bab processing jer.
Assalamualaikum.
Kalau kita ada emas tersimpan, maksudnya kita perlu byr zakat sendiri. Tetapi bgaimana pula dgn gold saving acc spt KFH yg islamic, siapakah yang akan bayarkn zakat? Mohon pendapat.
Wslm Puan Ct,
Setakat yang saya tahu, emas yang sempurna milik kena bayar zakat. Kalau emas di Ar-Rahnu tak perlu bayar zakat sebab tak sempurna milik. Bagi saya, emas KFH tu sempurna milik sebab kita boleh keluarkan pada bila-bila masa tanpa halangan bayaran tertentu.
Wallahu a’lam.
Adakah pelaburan GIA ni macam sama dengan pelaburan ASN?
Lebih kurang ASN cuma dia tak ada dividen. Betul-betul ikut harga naik turun emas dunia & dia ada caj susut nilai. Wallahu a’lam.
Info yg sgt bermanfaat.terima ksh!
Alhamdulillah… Puji-pujian bagi Allah.
Salam Tuan,
Saya nak bertanya tentang Gold Saving Account nie.
1) Saya seorang pelajar, saya berminat untuk membuka acc gold saving. Ini kerana kalau nak beli produk emas (gold bar, dinar) perlukan wang yang byk. Contohnya kalau 1 Dinar sudah 4.25 gram. Adakah kalau kita membuka acc ini, kita boleh beli 1 gram emas sahaja dalam satu2 masa. Mohon pencerahan.
2)Antara bank2 yang menawarkan GSA nie, mana yang paling baik dan mematuhi syariah?
TQ – Amir
Wslm En. Amir,
1. Gold Saving Account yang patuh syariah cuma Kuwait Finance House (KFH) dan Al-Rajhi Bank. Saya perhati, KFH tu terbaik. Untuk pertama kali buka akaun, perlu deposit minimum 10 gram. Lepas tu boleh beli sikit-sikit dalam gandaan 1 gram. Tapi kalau nak buat pengeluaran, kena pastikan sentiasa berbaki at least 2 gram. Itu syarat semasa KFH. Details tu boleh cek di http://www.kfh.com.my.
2. Paling baik ialah KFH.
Wallahu a’lam.
En. zulkifli,
Sori tanya soalan lebih kepada segi halal haram. Just in case en zulkifli ada info.
Kalau kita dah buka akaun emas (di bank) yang tak dapat confirm betul2 halalnya, macamana kita nak ‘bersihkan’ ?
Masa buka akaun tu beberapa tahun lalu tak terfikir pasal halal ni sebab ingat akaun emas takde masalah pasal halal.
Boleh keluarkan semua tu dengan harga terkini yang ditetapkan bank tu?
Terima kasih
Jual emas tu dan tutup akaun segera. Alihkan kepada instrumen kewangan yang patuh syariah. Kalau ada keuntungan dari situ, sedekahkan sahaja kepada tempat yang memerlukan.
[…] Akaun Simpanan Emas atau EmasFizikal? […]
[…] Gold Saving Akaun atau Emas Fizikal? […]
[…] Gold Saving Account vs Emas Fizikal […]
salam en zul.
bolehkah pelaburan emas fizikal memberikan pulangan dalam jangka masa sederhana ect. mingguan dan bulanan? boleh en zul terangkan bagaimana yg dikatakan manipulasi ar rahnu..dan bagai mana pula cara ia blh menjana pendapatan?
Wslm En. Ramdan,
Secara asasnya, keuntungan emas ni ialah bila harga emas naik lebih tinggi dari harga kita beli. Samada tahunan atau bulanan, itu betul-betul bergantung turun naik harga emas.
Ar-rahnu tu adalah pinjaman bercagarkan emas. Ia perlu dibayar balik. ‘Interest’nya sekitar 14% – 18% setahun i.e. sangat tinggi. Macam mana nak jana keuntungan dengan ar-rahnu ialah sejauh mana kita pandai manfaatkan pinjaman tu.
Wallahu a’lam.
Salam En. Zul..
Saya nak tanya berkenaan bank2 emas ni..
Emas di Maybank, jenis 99.9% tapi kenapa lagi murah berbanding
Emas di kfh? Sedangkan emas kfh jenis 99.5% emas..
Harga jualan emas maybank 1 Nov 13 ialah 138/g..
Harga jualan emas kfh 1 Nov 13 ialah 141/g..
Kenapa kfh lg mahal? Adakah sebab kfh emas fizikal dan maybank takda emas
Fizikal? Malah, spread harga emas kfh jualan : belian tinggi, lebih kurang 10..
Berbanding Maybank jualan : belian hanya 6 sahaja..
Wslm En. Nabil,
Memang betul, harga emas Maybank tu akaun emas tanpa emas fizikal. Beli emas dapat kertas. Memang harganya murah sebab emasnya tak ada. Harga KFH tu harga emas fizikal. Beli emas dapat emas. Emas fizikal memang lebih mahal sebab ia ada kos pengeluaran.
Salam en. Zul, saya mula melabur emas di Gold Deposit Acount di CIMB semenjak 2011 lg iaitu sebelom kenaikan emas tertinggi dlam sejarah.. Sekarang simpanan saya di Cimb dah mencecah 109g dan maybank 51g + 10g poh kong gold bar.. Sangat tertarik dgan Public Gold tapi sudah ketiadaan modal utk membeli emas lagi.. Jika saya menjual emas di masa ini, tersangat lah rugi saya.. Adakah cara utk saya keluar dari masalah ini?? Saya pernah bertanya di Cimb, ada yang mengatakan saya boleh request fizikal gold andaikata sudah melebihi 100g tapi dgan syarat Cimb tidak akan membeli semula fizikal gold tue dari saya..
Wslm En. Salehudin,
Kalau nak TUKAR dari Akaun Emas kepada emas fizikal, inilah masa terbaik sebab harga emas fizikal turut murah pada ketika ni. Tak perlu tunggu akaun emas tu untung. Jual jer kesemua akaun emas tu dan beli emas fizikal. Kalau TUKAR tak ada masalah, tapi kalau JUAL TERUS dan gunakan duit tu, memang rugi.
Wallahu a’lam.
Salam En. Zulkifli, bolehkah emas @ Perak public gold dipajak @ dijual kepada bank2 lain?
Wslm Pn. Kamariah,
1. Di Malaysia, hanya 3 bank yang jual emas fizikal iaitu Maybank (jual Kijang Emas), UOB Bank (jual emas jenama antarabangsa), dan KFH (jual emasnya sendiri). Mereka tak beli emas lain selain emas yang mereka jual.
2. Untuk tujuan pajakan, emas Public Gold diterima oleh hampir kesemua ar-rahnu di Malaysia. Ar-Rahnu bukan Bank, dan Bank bukan Ar-Rahnu.
3. Perak tak boleh dipajak, kecuali Koperasi Dagangan Emas di Penang.
4. Nak jual emas & perak Public Gold, jual balik ke cawangan Public Gold atau mana-mana dealer Public Gold. Boleh juga dijual di kedai-kedai emas, tapi harga mereka lebih rendah.
5. Lagi satu, Public Gold bukan Public Bank. Public Gold cuma syarikat jual beli emas yang tak ada kena mengena dengan bank.
En. Zul,
Saya berminat nak mulakan simpanan emas fizikal..cuma saya ada pertanyaan:
-jika kita hendak jual semula gold bar/dinar PG tu kepada dealer, bolehkah dealer menolak?
-jika jual pada PG branch, duit tak kan dapat on the spot kan?
-jika katakan satu hari syarikat PG ni tutup, maknanya enyimpan emas PG still perlu ke kedai lain untuk jual yang mana spreadnya lebih tinggi?
– jika kita buka akaun GAP Public Gold, apa jaminan yang emas kita itu benar2 wujud dan bukan hanya kertas kerana kita still kena maklum pada branch utk simpan stok jika hendak keluarkan,betul? knapa tak boleh kuar on the spot?
Terima kasih.
Salam Pn. Nurul Huda,
1. Emas Public Gold boleh juga jual kepada dealer Public Gold. Samada dealer nak beli atau tak, ia bergantung kepada dealer tu sendiri. Kalau jaul kepada Public Gold, Public Gold confim akaun beli.
2. Public Gold akan transfer duit ke akaun dalam masa satu hari bekerja sebab semua bayaran di buat oleh HQ, bukan oleh Branch. Branch hanya terima serahan emas yang kita nak jual tu.
3. Betul. Emas boleh jual di mana-mana kedai emas seluruh dunia. Harga emas yang dibeli bergantung kepada pekedai emas tu sendiri. Kalau simpanan jangka panjang, tak ada masalah untuk kita jual balik pada harga lebih tinggi berbanding kita beli dulu.
4. Emas tu boleh keluarkan bila-bila masa. Kalau branch tu tak ada stok yang puan nak, puan boleh pilih item lain yang sama berat dengan jumlah gram yang ada dalam akaun puan. Kalau puan nak keluarkan 10 kilo emas, tapi branch tu cuma ada 6 kilo, puan boleh keluarkan lagi 4 kilo di branch lain. Kalau tak nak pergi ke branch lain untuk ambil, puan boleh tunggu stok baru yang PG hantar dari HQ. Branch tak simpan stok emas yang banyak. Mana-mana penjual emas pun tak simpan stok banyak sebab berniaga emas bukan macam berniaga barang runcit yang boleh simpan stok yang berlonggok-longgok. Ia isu KESELAMATAN DAN KOS PENYIMPANAN. Emas Public Gold yang banyak di simpan di Public Safe (Penang). Branch hanyalah DISTRIBUTION CENTRE sahaja.