MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Nak Beli Emas, Tapi Modal Kecil

April 8, 2011

Untung 20% setahun dari pelaburan dah sangat teruja. Tapi untung 200% setahun bagi orang berniaga adalah terlalu biasa...

Salam.

 

Encik, saya baru terbaca blog encik dan mmg saya sangat berminat nak buat simpanan dalam bentuk emas. Masalahnya saya takde simpanan sbb duit saya kadang-kadang buat backup utk suami, heheh. Suami suggest saya buat ASB tapi saya tak yakin dengan ASB sbb apa yang saya baca dari zaharuddin.net, dia tak menggalakkan ASB.

 

Jadi, saya ada seribu, nak buat pelaburan emas, dan encik menjadi ejen, boleh kiranya membantu saya membuat pelaburan untuk bagi advice dan guidance. Saya baru nak start saving. Saya ada hutang PTPTN dan memang saya aim nak habiskan PTPN saya. Saya bayar bulan-bulan RM200. Hutang-hutang lain tiada.

 

Saya pun baru ambik takaful medical card, PRU BSN. Mohon bagi nasihat untuk saya buat simpanan emas sebagai saving.

 

Terima kasih encik.

 

-Puan Adlin-

013-634 xxxx

(bukan nama sebenar)

 

JAWAPAN SAYA:

 

Wa'alaikumussalam Pn. Adlin.

 

Alhamdulillah.. bagus tu Pn. Adlin nak mulakan simpanan. Menyimpan, adalah TABIAT orang kaya-kaya di dunia. Tak kisah berapa pun amaunnya, tapi yang penting kena jadikan ia sebagai tabiat (habit).

 

Waktu tahun 2003 dulu, saya cuma menyimpan RM20 jer sebulan. Saya buat potongan gaji masuk ke akaun Tabung Haji. Tapi hari ni, alhamdulillah... simpanan kami sekeluarga dah berlipat kali ganda.

 

Sebelum saya bagi saranan, saya mohon maaf sebab saya bukanlah orang yang layak untuk bagi nasihat kewangan. Saya cuma seorang sahabat yang inginkan kebaikan pada sahabat yang lain. Apa sahaja saranan saya, ia mungkin tak tepat, tapi itulah yang saya rasa yang terbaik untuk saya dan sahabat-sahabat.

 

Emas Pelaburan Jangka Panjang

  • PERTAMA. Emas adalah simpanan JANGKA PANJANG. Paling minimum ialah setahun. Kalau nak beli emas, kena guna duit yang agak-gak tak pakai dalam masa setahun, ataupun 2, 3 tahun akan datang.

Harga Emas Ada Turun Naik

  • KEDUA. Harga emas ada turun naiknya. Tapi kalau ikut track record, ianya sentiasa menaik dalam jangka panjang. Dari sudut sunnatullah, tak ada benda yang sentiasa naik dan tak jatuh-jatuh. Suatu masa nanti saya fikir harga emas akan jatuh juga seperti tahun 1980an. Walaupun begitu, emas adalah simpanan paling selamat sebab emas sentiasa berharga sepanjang zaman. Kalau ianya jatuh, bukan macam jatuhnya harga saham yang boleh hilang terus nilainya. Emas sepatutnya boleh dijadikan SEBAHAGIAN dari pelaburan, bukan 100% simpanan digunakan untuk membeli emas.

Adakan Dana Kecemasan Dulu

  • KETIGA. Sebelum beli emas, ada baiknya puan adakan dana lain juga untuk waktu-waktu kecemasan. Untuk Dana kecemasan, saya simpan di Tabung Haji.

Beli Emas Dengan Modal RM1,000

  • KEEMPAT. Untuk modal RM1,000, puan boleh beli 1 dinar emas (harga sekitar RM670) dan selebihnya boleh beli 12 keping Dirham Kelantan (logam perak). Harga 1 dirham hari ni ialah RM26. Untuk makluman Pn. Adlin, harga logam perak jauh lebih murah, tetapi kenaikannya jauh lebih cepat dari emas. Dalam masa setahun yang lepas, harga logam perak naik melebihi 100% setahun! Dan orang Cina lebih suka beli perak berbanding emas. Cuma kekurangan perak ialah, tak boleh dipajak. Kecairannya kurang sikit dari emas.

Dinar Kelantan dan Dinar Public Gold

  • KELIMA. Pada saya, Dinar emas yang paling baik untuk Pn. Adlin beli ialah Dinar Public Gold, ataupun Dinar Kelantan. Dua jenis dinar emas ini mempunyai permintaan paling tinggi di Malaysia. Pendek kata, kalau puan nak jual nanti, tak perlu risau pasal pembelinya. Mesti akan ada orang nak beli. insyaAllah.

Pelaburan Untung 20%, Perniagaan Untung 200%!

  • KEENAM. Yang terakhir, tentang pelaburan sebagai instrument buat duit. Pada saya, pelaburan bukanlah jalan terbaik untuk buat duit bagi orang kebanyakkan. Pelaburan adalah tempat orang kaya-kaya buat duit.

  • Untuk buat duit lebih banyak, saya cadangkan puan dan suami libatkan diri dengan perniagaan. Kalau pelaburan orang boleh dapat sekitar 20% setahun, tapi keuntungan melalui perniagaan, pulangan 200% setahun adalah terlalu biasa. Sebab tu Nabi pesan, 9/10 rezeki datang dari perniagaan. Emas bagi kebanyakkan orang adalah simpanan, tapi bagi kami suami isteri, ia adalah PELABURAN + PERNIAGAAN. Dan emas adalah salah satu daripada beberapa perniagaan kami.

Saya cadangkan libatkan diri dengan bisnes tu sebab saya 'kesian' tengok orang MENUNGGU kenaikan harga emas yang tak lah berapa banyak bagi orang berniaga. Dengan modal yang sama, Puan dan Suami boleh dapatkan lebih dari 20% setahun. Syaratnya, puan dan suami perlu belajar berniaga dari orang yang tahu berniaga. Bukan melibatkan diri dalam mana-mana skim.

 

Kalau Puan Adlin berminat nak dapatkan emas dan perak, bagi tahu saya. Saya akan bantu apa termampu, insyaAllah.

 

Mudah-mudahan pandangan saya sedikit membantu Pn. Adlin, insyaAllah,

 

Wallahu a'lam.

 

Zulkifli

Damansara Heights

8 April 2011

4 Jamadil Awwal 1432

Artikel berkaitan:

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Saya pun cadang Pn azlin berniaga. Saudara Zul ni dah menceburkan bisnes sejak tahun 2003 lagi. Dan saya pun sedang belajar bisnes dengan beliau sekarang, buat untuk part time jer. Yang penting, bisnes yang saya sertai ini, bukan mengenai wang saja, tapi juga mengenai jiwa kita. Bila jiwa kaya (berakhlak), maka dunia pun akan kaya. Sekadar berkongsi.Pn Azlin sekeluarga boleh datang kerumah beliau, lagi senang nak berbincang.

  • He3x Naz…

    Biz apa2 pun tak apa.. asalkan ada biz sendiri.. itulah pesan Chef Li.. panduan umum & ringkas utk bisnes boleh klik di page bisnes saya.

    http://www.mohdzulkifli.com/p/bisnes.html

    Saya tak ada apa2 bisnes yang boleh ditawarkan. Shbt2 perlu cari sendiri. Apa2 peluang yg baik, tp dtg cara bergolek, selalunya org tak tahu menilai. Biz saya hr ni sy benar2 hargai sebab susah pyh mncari, mgkaji & belajar biz sejak 2003 lg.

    Saya belajar dgn Chef Li pun, dia tak spesifik apa2 bisnes. Cuma beberapa prisip penting yg diajarkan chef li ajar dan saya pegang betul2 antaranya:

    (1) Biar kecil, asalkan berhasil. Daripada besar, akhirnya bubar!
    (2) Apa pun bisnes, jangan sesekali mulakan dgn hutang! Saya ulang lagi sekali, jangan sesekali mulakan dgn hutang, loan, pinjaman dsb.
    (3) Mulakan dgn apa yg ada jer. Asalkan bermula.
    (4) Rajin2 datang ke kursus, bengkel & seminar2 bisnes, dan bergaullah dgn orang bisnes.
    (5) Urus kewangan bisnes dgn baik supaya kita nampak hasilnya.
    (6) Tak perlu cari bisnes yg ‘exotic’! Org kaya2 buat biz yg biasa2 jer. Tp mrk buat perkara sama dgn cara berbeza. Biz ni tak perlu ada nama. Ia tak dipandang orang, tak ada kelas. Tp dlm diam2, dana simpanan makin membesar. insyaAllah.

    Wallahu a’lam.

  • salam..sy nk tmpang tnye.boleh x klu kita beli emas ,lepas tu gadai dkt ar rahnu.lps tu dpt duit tu,beli lg mas dan cagar lg..betol ke cara tu?

  • Wa’alaikumussalam Anonymous.

    Beli, pajak, beli, pajak, beli dan pajak tak ada masaalah. Itu dipanggil kaedah rempit emas. Tapi kena tahu, kenapa nak pajak? Pajak hanya sesuai bila; (1) Harga emas jatuh banyak, (2) Nak rolling duit untuk bisnes atau apa sahaja yang lebih menguntungkan daripada kos pajak.

    Tapi kalau saja2 pajak, itu bunuh diri namanya.. 🙂

    Wallahu a’lam.

  • Wslm Tuan,

    Dinar kelantan boleh beli di http://www.nubex.com.my. ataupun cari di Ar-Rahn Kelantan. Kalau di KL, di jln raja laut pun ada. Tapi kena call dulu sebelum datang coz Dinar Kelantan ni payah nk dapat. Supply dia tak consistent.

    Kalau utk pelaburan, saya suggest beli Dinar Public Gold. Dinar PG tu bagi saya pelaburan emas terbaik di Malaysia. Harga lebih rendah dari Dinar Kelantan, spreadnya rendah (6% jer), supplynya konsisten, stok sentiasa ada, senang nak jual balik, nak beli pun senang. Boleh beli dari Public Gold. Kalau nak mudah, beli dari dealer2 public gold.

    Saya suggest Dinar Public Gold bukan sbb saya jadi dealer PG, tapi memang berdasarkan apa yang saya kaji, Dinar Public Gold is the best utk investment. Kalau tak jadi dealer pun, saya tetap akan beli Dinar PG. Dinar Kelantan more on sentimental value.

    Kalau tak tahu nak beli kat mana, boleh contact saya 019-336 8009 (zul). If tak dapat bantu, saya ada bagi contact dealer2 yg berdekatan dgn tuan, insyaAllah.

  • sy nak pergi belajar dekat indonesia selama 5 tahun lepas raya ni. dalam masa 5 tahun akan datang, masih boleh dijual ke dinar PG ni? risau jugak. sy masih baru dalam hal ni tapi sy dah mula sedar tentang masalah ekonomi dunia jadi sy nk invest duit yg sy ada (walau sikit) dengan cara terbaik….

  • Em, boleh saya tahu tuan nama siapa? Lebih selesa sikit nak communicate kalau tahu nama.

    Ok, kalau saya, saya beli jer. Emas ni sentiasa laku kat mana2 diseluruh dunia dan pada bila-bila masa. Jangan risau utk beli emas. Bagi saya, setiap orang kena simpan emas fizikal walaupn sikit.

    Wallahu a’lam.

  • salam.. sy syahirah. sy nak beli emas ni..harga emas makin lama makin naik. tapi sy takut kena tipu? boleh bg sy sikit panduan?

  • Wslm Syahirah.

    Emas fizikal ni tak perlu takut Syahirah. Asalkan kita beli dan dapat emas fizikal tu dan kita pegang sendiri, tak ada risiko penipuan kat situ. Janji masa beli, make sure emas tu tulen. Dinar Kelantan, Public Gold, Kijang Emas antara yang the best. Paling best ialah emas public gold (PG). Saya suggest emas PG bukan sebab saya dealer, tapi base on kajian, mmg emas PG paling bagus untuk investment di Malaysia.

    Penipuan biasanya banyak berlaku pada skim pelaburan emas. Beli emas, tapi emas fizikal tak dapat atau syarikat yg pegang, itu mmg berisiko ditipu.

    If ada persoalan, boleh email/ contact saya terus. saya akan bantu rungkaikan kerisauan tu setakat yang saya mampu, insyaAllah.

    ibnushafie@gmail.com
    019-336 8009

  • Assalamualaikum Zul,

    Apa pandangan kamu tentang barang kemas Public Gold i-series 22k.
    Saya agak berminat kerana alang-alang melabur, boleh juga dipakai isteri.

    Dan di mana boleh didapati di terengganu.

    Terima Kasih.

  • Wslm En. Kerani Berjaya,

    Bagus tu. Saya mmg suggest customer saya beli barang kemas i-series tu selain syiling 1 dinar. Ia berfungsi 2 dlm 1. Perhiasan & pelaburan.

    Kalau nak mudah beli, bagi tahu saya. Saya boleh lockkan harga, lepas tu En. Kerani boleh buat payment & collect barang terus di ofis Public Gold Kuala Terengganu.

    Alamat PG KT:
    16A, 1st & 2nd Floor, Jalan Sultan Ismail
    20200 Kuala Terengganu, Terengganu.

    Jangan pergi terus tanpa lock harga coz nanti jadi banyak kerja i.e. barang tak boleh dapat on the spot kalau pergi walk-in mcm tu unless dah lock harga daripada dealer PG mcm saya.

    Boleh contact saya di 019-3368009 (Zul) atau email ibnushafie@gmail.com.

  • Asalamualaikum en zul..

    maaf dipinta jika sudah ada artikel tuan menceritakannya…

    sebab saya tak baca habis lagi…

    apa pendapat en zul… buat PL personal loan untuk beli emas….

    terima kasih jika dapat bagi cadangan…

  • Wslm Zul (Pokju)

    Its ok Zul. Pada saya, buat loan utk beli emas sama bagusnya dgn buat loan utk beli rumah. Loan utk beli rumah, hartanah dan emas pada saya ialah “hutang berkat”, iaitu hutang yang boleh membuatkan kita lebih kaya sbb ia adalah “asset” yg sentiasa naik nilainya.

    Tapi, hutang untuk beli kereta, perabot, barang elektrik adalah sebaliknya sbb semua barang tu dikaterogikan sbg “liabiliti” – barang yang sentiasa susut nilainya.

    Walaubagaimanapun, “hutang berkat” masih perlu diurus dgn baik. Pinjam amaun yg berpada2 dan installmentnya tak membebankan. Otherwise, hutang berkat akan jadi mudarat..

    Wallahu a’lam.

  • Salam En Zul,

    Ada blog yg mengatakan bahawa beli dinar PG agak rugi berbanding gold barnya zoc ketulenan dinar PG hanya 916. Bagaimana tu ya?

    -Fiza-

  • Wslm Pn. Fiza,

    Pada pemerhatian saya, dinar lebih untung kalau dikira dari sudut pelaburan… Gold bar beli mahal, jual mahal… Dinar beli murah, jual murah.. Pulangannya sama, tapi dinar lebih untung coz kecairan tinggi, harga murah, senang berjual beli..

    Pn. Fiza boleh baca peebandingan yang saya buat dalam artikel link di bawah;

    http://www.mohdzulkifli.com/2011/09/produk-emas-public-gold-yang-mana.html

    Moga ianya menjawab persoalan puan, insyaAllah..

  • salam En.Zul

    sy mempunyai simpanan asb dlm rm 12ribu dgn tujuan untuk simpanan kahwin dalam tempoh lagi 2 tahun insyaallah..

    abang dan kakak saya nasihatkan saya beli emas waktu sekarang memandangkan harga emas sedang turun atas alasan dapat membantu saya mengurangkan beban perbelanjaan kahwin kelak..

    apa pandangan En Zul? adakah berbaloi dan membantu saya untuk tempoh 2 tahun?

    -cikgu-
    tq

  • Wslm Cikgu,

    Kalau beli emas untuk simpan setahun atau lebih, memang confirm BERBALOI sebab purata kenaikan harga emas ialah 20% setahun. Dan ramai analyst jangka harga emas akan naik jauh lebih tinggi pada tahun 2012 disebabkan krisis matawang dunia.

    Kalau saya ditempat Cikgu, saya akan beli emas kesemuanya.

    Wallahu a’lam.

  • Salam abg Zul..
    saya ingin tanya..sy berumur 21 tahun, sgt bminat untuk melabur dalam bentuk emas kerana sgt yakin dgn potensinya..tapi mslahnya..modal saya terhad..jika modal duit bwh rm1500..apa cadangan abg ye? terima kasih…

  • Wslm Syahir,

    Alhamdulillah.. Bagus tu kalau melabur dari muda… Kalau modal terhad, saya syorkan Syahir berniaga sambilan… Saya yakin, keuntungannya jauh lebih banyak berbanding melabur. Mcm mana nak mula, Syahir boleh refer artikel saya pasal bisnes. InsyaAllah Syahir akan dapat pencerahan disitu.

    Wallahu a’lam.

  • Salam En Zul..
    saya tertarik dengan blog En Zul yg memperihalkan mengenai pelaburan emas. Pd mulanya sy ingin melabur duit sy dlm ASB ttpi pd pndngn sy ,melabur emas adalh lbh baik utk smpnn pd ms hdpn..
    sy seorg student..modal sy dlm seribu utk membeli emas.blh en zul cdgkn dgn siapa atau di mana tmpt yg sesuai utk sy membeli emas???asal Kuching,Sarawak..

    • Wslm,

      Pertama sekali mohon maaf sebab saya baru perasan soalan ni. Kalau di Kuching senang jer nak beli emas. Di Kuching dah ada Cawangan Public Gold. Boleh contact dealer, dia boleh tolong lockkan harga, dan tuan/puan boleh ambik emas tu direct dari office PG di Kuching. Kalau tak kenal mana2 dealer, saya boleh bantu, insyaAllah.

  • salam..setakat ni sy dah der emas 999 dlm 50g…dgn beli emas tersebut dy ditimpa perasaan sperti rugi coz simpanan tunai saya telah susut. sebelum ni ade simpanan di ASB dlm 15k..dah kuarkan tuk beli emas dlm 10k. kini tinggal 5k jer..patut ker sy jual balik emas tersbut tuk kembalikan nilai saving saya

    • Wslm Rara Kejora,

      Daripada simpan ASB, lebih baik simpan emas. Purata kenaikan harga emas sekitar 20%, tapi ASB cuma sekitar 8%. Bagus tu ada perasaan ‘tak ada duit tunai’. Dengan cara tu, baru kita tak nak fikir beli itu dan ini walaupun pada hakikatnya, emas adalah duit. Bila2 boleh tukarkan kepada duit kalau kita perlukan.

      Wallahu a’lam.

  • saya nak tau tentang dinar emas atau dinar kelantan? nape 1 dinar harganya mahal? ia bersamaan dgn 1 gram emas ker? jika sy beli n pajak, di mana saya nak pajak tu atau jual? di bank rakyat leh ker?

    lagi satu nak tanya, sy da pajakkan 2 utas barang kemas 999 di ar rahnu bank rakyat dalam satu surat. leh ker saya tebus satu jer barang dulu..caranya bagaimana?

    last soklan…ader penggadai emas menggadaikan emas di ar rahnu.selepas 6 bulan ia wat overlaping. overlaping yg saya tau, penggadai akan dapt duit jika harga emas naik dalam tempoh 6 bulan tu. persoalannya betul ker, jika kita ambik tunai dr overlapping tu, pinjaman kita tu akan bertambah (maksudnya upah simpan pun bertambah). Boleh ker jika sambung lg tempoh gadai tanpa ambik duit tu (mean kekal ngan jumlah pinjaman yang ada)

    maaf ler terlalu banyak bertanya…mmg blur tntng ni

    • 1. Dinar bermaksud syiling emas, berat 4.25 gram. Biasanya emas 916. Harga dia lebih kurang dengan harga emas lain. Dinar paling mahal setakat ni ialah Dinar Kelantan. Kalau Dinar Kelantan, boleh pajak di Ar-Rahnu Bank Rakyat. Kalau dinar lain, boleh pajak di Ar-Rahn Kelantan (PKB).

      2. Kalau pajak 2 utas barang kemas dalam 1 surat, kena tebus dua2 sekaligus. Tak boleh satu2.

      3. Betul tu. Kalau overlap, bermaksud nilai hutang kita bertambah, dan kos upah pun bertambah. Boleh sambung tanpa ambik duit tu.

      Its ok. Lebih baik bertanya supaya kita boeh melabur dengan betul.

      Wallahu a’lam.

  • tuan, saya nak tanya lg ler..coz cara tuan menjawab ni bagus lah btl2 menjawab persoalan..

    1. kalau kita beli emas 999 dalam 30.03g dengan harga rm172/g.. Bila masa yang sesuai untuk dapatkan untung tu? Dari segi gadai ker jual? Sebab sy tgok bila jual barang kemas, harga yg kedai ambik sgt rendah, mcm beza dalam 2 atau 3 ratus jugak?

    2. Apa yang di katakan pelaburan emas tu? Ada skim tersendiri ker atau melalui jual emas ke atau gadai?

    • Alhamdulillah.

      1. Keuntungan beli barang kemas PERHIASAN hanya bila harga emas naik melebihi 25% sebab susut nilainya 25% bila kita nak jual balik kat kedai emas.

      2. Emas ni ada 2 jenis. (1) Emas perhiasan. (2) Emas Pelaburan. Emas pelaburan ni ialah emas fizikal yang dikeluarkan khas untuk pelaburan/ simpanan. Emas ni susut nilainya sangat rendah i.e. 4% – 10%. Maksudnya, kalau harga emas naik 25% setahun, penyimpan emas pelaburan untung at least 15% (25% – 10%).

      Emas pelaburan biasanya dijual dalam bentuk;

      (1) Syiling emas spt Dinar.
      (2) Gold bar
      (3) Barang Kemas Pelaburan. Barang kemas ni ialah barang kemas solid, ketulenan 999 atau 916. Ia tak pentingkan cantik, yang penting ialah ketulenan & berat.

      Setakat yang saya perhati, emas pelaburan paling top di Malaysia ialah (1) Kijang Emas Bank Negara, (2) Dinar Kelantan dan (3) Public Gold.

      Cara nak invest senang jer, beli & simpan sendiri emas tu. Bila harga naik, jual balik. Jangan join skim2 pelaburan emas coz kebanyakkanya ialah SCAM.

      Wallahu a’lam.

      • [Alert Harga] 🔻Harga emas GAP turun RM1/g berbanding semalam

        Harga hari ini:

        MYR 100 = 0.3759 gram
        MYR 266 = 1.0000 gram

        Statistik Ogos 2021

        Tertinggi: RM267 (01/08)
        Terendah: RM266 (06/08)

        Statistik 2021
        Tertinggi: RM277 (06/01)
        Terendah: RM240 (09/03)

  • selamat pagi n salam emas…
    saya de pertanyaan ler…

    1. boleh encik senaraikan fesyen2/jenis barang kemas dari emas 999? saya cuma tau jenis ranatai gajah n sauh jer..lau boleh tunjuk gambar sekali lau tak keberatan ler…

    2. saya der dpt loket coin bunga raya dari mak saya, ia ader cop 999.9 berat 10.04g. Apa beza emas 999 ngan 999.9 ni? harga sama ker atau 999.9 lebih bernilai?

    3. saya nak tanya tentang dinar kelantan. Dalam artikel en. zul kata leh g haji ngan guna dinar kelantan, pada tahun 2012 ni anggaran en. zul berapa keping dinar kelantan yang perlu di gunakan untuk pergi haji? lagi satu saya tak paham, nak bayar kos haji tu guna dinar tu ker atau g jual/trade in jadi duit kertas dulu? Lagi satu kenapa di katakan ms akan dtg lg sikit guna dinar untuk g haji?…betul ker soklan saya ni, sy pon main tanya jer…hhehehe

    4. dinar yang terbagus adalah dinar public gold n dinar kelantan kan…ia hanya dalam emas 916 jer ker? nape ia tak der untuk emas 999?

    5. betul ke pendapat saya ni, untuk jangka masa panjang, penyimpanan dinar adalah yg terbaik. jika sesak atau memerlukan duit ia serta merta leh di jual n di gadai di ar rahnu..

    sorri coz banyak nar tanya…sy student U yang bila dpt ptptn , sure beli emas 999 sebentuk…

    • Wslm Rara Kejora,

      1. Saya tak expert barang kemas perhiasan. Saya cuma tahu barang kemas pelaburan jer. Saya pernah tulis artikel barang kemas untuk pelaburan. Boleh refer di link ni; http://www.mohdzulkifli.com/2011/10/8-tips-membeli-barang-kemas-bernilai.html

      2. 999 dgn 999.9 tu lebih kurang jer, cuma 999.9 tu lebih tulen, lebih lembut. Harga pun lebih kurang jer. 999.9 tu bermaksud ketulenan 99.99% emas. 0.01 tu campur logam lain.

      3. Cepat pergi haji dengan simpan dinar? Tak kisah dinar apa pun, pokoknya ialah simpan emas sebab kenaikan harga emas sangat tinggi. So, siapa simpan emas, lagi cepat pergi haji sbb nilai simpanan meningkat dgn cepat. Bila nak pergi haji, jual la emas tu.

      4. Pada saya, Dinar paling untung disimpan ialah Dinar Public Gold & Dinar Kelantan. Dinar 999 pun ada iaitu Dinar GCP.

      5. Secara umumnya, simpan emas dalam bentuk Dinar tu terbaik sebab mudah dibeli, mudah dijual sbb nilaikan kecil. Kecairannya tinggi. Tapi ia depend pada matlamat pelaburan setiap individu. Bagi orang buat bisnes, mungkin barang kemas pelaburan boleh dipertimbangkan sebab lebih mudah dipajak berbanding dinar dan gold bar.

      Its ok Rara. Bagus tu student simpan emas. Kalau ada duit loan & biasiswa lebih, lebih baik simpan dalam bentuk emas.

      Wallahu a’lam.

  • salam.. say nak tanya…betul ker kefahaman saya ni?

    1. bila berlakunya penurunan harga emas, maka harga jual n harga beli pun menjadi murah yer? dan sebaliknya yer?

    2. saya cadang nak beli dinar kelantan, kat mana saya nak dapatkan ?

    • Wslm Amir,

      Alhamdulillah Amir.. Tahniah sebab mula nampak pelaburan emas. Senang jer Amir. Amir download ebook percuma “5 Minit Review Tentang Emas” di bahagian atas sebelah kanan blog saya ni, dan baca. InsyaAllah, Amir akan faham cara jana keuntungan 15% – 20% dengan pelaburan emas ni.

      Kalau ada soal jawab, boleh contact saya samada melalui email (ibnushafie@gmail.com), sms atau call 019-3368009. InsyaAllah saya bantu apa yang boleh.

  • Asslm En Zul,

    Saya nak mintak pendapat en untuk saya memulakan simpanan emas ni.Saya ada tunai RM1200 dan simpanan asb RM2500.Berapakah yang patut saya simpan sebagai wang dan berapakah yang patut saya guna untuk membeli emas? Memandangkan harga emas masih murah sekarang ni…

    • Wslm Pn. Haimie,

      Prinsipnya, emas sesuai dibeli menggunakan duit yang agak-agak at least setahun tak pakai sebab emas ada turun naiknya dalam jangka pendek. Puan lebih tahu yang mana duit yang sesuai untuk beli emas.

      Kalau modal kecil, bagi saya berniaga lagi bagus. Ia jauh lebih untung dari tunggu kenaikan harga emas. Dengan modal sekitar seribu, Puan boleh jana income at least RM200 – RM300 setiap bulan.

    • Wslm Pn. Haimie,

      Bisnes terlalu banyak. Saya syorkan buat bisnes yang (1) rendah risiko, (2) modal rendah, tak perlu loan, (3) produk yang Pn. Hiamie sendiri suka, (4) permintaan sentiasa ada.

      Saya tak pasti apa bisnes paling sesuai dengan puan tapi prinsipnya (1) dimana orang berkumpul, disitu duit berkumpul, (2) dimana ada keperluan manusia, disitu ada peluang berniaga, (3) bisnes ni persoalan memberi kemudahan kepada orang. Bisnes terbaik ialah bisnes yang menjadikan hidup orang lain lebih baik samada melalui produk atau servis kita.

      Untuk orang yang baru nak bermula, start bisnes yang kita hanya perlu jadi middleman. Ambik produk dari pengeluar/ pemborong, jual pada pengguna.

      Contoh paling mudah macam direct selling yang keluarkan produk yang berkualiti dan memang orang beli macam Amway, Shaklee, Tupperware, Era Edar (Salindah & Examo) dll. Produk mereka adalah produk genuine, bukan sekadar untuk mengaburi skim macam banyak MLM yang bersepah di luar.

      Start bisnes, jangan fikir nak rekrut orang. Pakai sendiri produk dia, dan share dengan kawan2. Bisnes direct selling/ MLM yang genuine pun boleh jadi buruk disebabkan orang yang tamak i.e. start bisnes, terus fikir nak rekrut utk makan komisyen atas downline.

      Wallahu a’lam.

  • saya dapat emas harga dlm 30k owner cuma nak 10k dahulu bayar kat dia,selepas di pajak saya akan dapat duit selebihnya dan boleh saya bayar blk hutangnya,persoalannya dari mana saya nak dapat wang untuk melangsaikan hutang pajak tadi?

    • En. Mohamad Nor,

      Saya tak syorkan tuan beli RM30k tu sebab tuan akan terbeban dengan hutang tu. Cara macam tu agak berisiko dari sudut hukum, dan juga dari sudut investment. Yang confirm untung ialah penjual, tapi kita yang membeli berisiko especially bila harga emas tak naik dalam masa 6 bulan macam sekarang (September 2011 – May 2012).

      Kalau harga emas tak naik dlm masa 6 bulan, nanti emas tuan terpaksa dilelong ataupun tuan terpaksa top-up duit dan bayar upah untuk sambung pajakan.

      Saya syorkan tuan tanya penjual tu cara nak dapatkan duit untuk langsaikan hutang pajak. Kalau dia tak dapat bagi penjelasan yang meyakinkan, lupakanlah beli emas teknik pajak tu. Beli dengan berapa duit yang tuan ada jer.

      Wallahu a’lam.

  • salam, tuan sy dari kelantan berminat utk membeli emas PG dari tuan.tp adakah sesuai utk neli emas buat masa sekarang memandangkan harga emas buat masa ini agak tinggi.minta pendapat tuan yg arif.terima kasih

    • Wslm tuan,

      Boleh, insyaAllah saya boleh bantu kalau tuan nak beli emas. Kalau untuk simpanan long-term, bila-bila pun sesuai beli. Harga 1 Dinar sekarang ni sekitar RM740, ia masih rendah berbanding harga tertinggi tahun iaitu RM800 bulan Februari 2012.

      Saya tak berani ramal harga terus naik ataupun turun dulu sebelum naik balik tapi ikut trend sebelum ni, dia akan turun dulu sebelum naik lebih banyak. Berapa banyak turun tu tak siapa yang tahu…

      Wallahu a’lam.

  • salam tuan..sy bazli,student d kelantan..boleh sy tau d mana boleh sy boleh beli dinar n dirham kelantan d area kota bharu??..terima kasih tuan

  • salam en zul..sy azlan..bleh tak nk tanya..kalau sy beli dinar public gold ni..boleh tak sy jual ke syarikat emas yg lain mcm T&T ke atau lain2..

    • Wslm En. Azlan,

      Emas Public Gold boleh dijual di mana-mana kedai atau syarikat jual beli emas, cuma biasanya dia akan kenakan susut nilai yang tinggi. Emas mana-mana pun, nak untung maksimum, kita kena jual balik pada pengeluar (tempat di mana kita beli). Kalau beli emas Public Gold, jual balik pada Public Gold atau ejen dia. Kalau beli emas Poh Kong, jual balik pada Poh Kong.

      Wallahu a’lam.

  • sy azlan lg…
    jika sy beli dinar dgn en zul..dan sy minta pos ke address sy..adakah dikenakan cas tambahan ..terjamin ke dgn guna pos?

    satu lg..manakah lebih baik..dgn buat pelaburan hanya dgn dinar..atau campur2 dgn silver juga?

    contohnya..modal sy rm2000..
    1dinar-rm721..sy beli 3 keping dinar=rm2163

    atau sy beli 2 dinar =rm1442 dan 100gm silver=rm369

    mane yg lebih afdal..hehr

    • En Azlan,

      Belum pernah ada kes barang tak sampai melalui poslaju. Untuk permulaan, saya syorkan beli emas kesemuanya sebab harga emas lebih stabil berbanding silver. Silver lebih sesuai untuk simpanan jangka panjang, at least untuk 2 – 3 tahun akan datang. Wallahu a’lam.

  • Salam en zul, saya bru nk belajar dlm pelaburan emas ni..klau sy beli dinar kelantan,dinar tu sy pegang or simpan kt bank?ke mcm mna?
    klau sy nk jual,pergi jual terus kt arrahnu or cm mna?

    syam – kelantan

    • Wslm En. Syam,

      Kalau beli Dinar Kelantan, beli dan simpan sendiri. Kalau banyak, sewa peti simpanan selamat di bank. Kalau nak jual, jual balik di mana En. Syam beli. Kalau di Kelantan, antara dealer Dinar Kelantan ialah Ar-Rahn PKB.

      Kalau nak untung lebih, saya syorkan beli Dinar Public Gold. En. Syam boleh rujuk perbandingan yang saya buat antara Dinar Kelantan dan Public Gold di link ni: http://bit.ly/ZgOqN1.

      Wallahu a’lam.

  • aslmlkum,sy hairiz n9,
    nk tnye macam mana nk tau harga emas naik @ turun??
    maaf sy peniaga runcit baru belajar bab pelaburan emas ni…

    • Wslm En. Hairiz,

      Bila harga emas naik, dan bila harga emas turun, memang tak siapa tahu. Cuma untuk fahami bila harga tinggi atau rendah, En. Hairiz akan faham bila dah membeli emas. Saya syorkan mulakan belian at least coin 1 dinar. Bila dah ada benchmark tersendiri, insyaAllah En. Hairiz faham bila dikatakan harga emas tinggi ataupun rendah.

      Wallahu a’lam.

  • Salam… Tuan, saya nak tanya pasal gold saving passbook account seperti yg di wujudkan oleh maybank.. Adakah ia menguntungkan utk pelaburan?? Adakah ia sah disisi syarak? Sbb kita hnya ada buku akaun bkn emas fizikal kat tgn? Boleh jelaskan pro n kontra dgn emas fizikal PG??

  • assalamualaikum,saya dari Indonesia.Baca blog anda ini sangat bagus,saya rencana mau berniaga emas dan dinar di Indonesia.Mohon doa dari saudaraku se muslim dari malaysia.

  • Assakamualaikum… saya ada rm1000 dalam tangan boleh ke nk mulakan perniagaan emas ni? nk mulakan secara perlahan-lahan mohon tunjuk ajar.. atau beli dinar? ke macam mana tu ye.. Saya orang kuantan ada ke supplier dari kuantan?

    • Wslm En. Rizal,

      Untuk jadi dealer dan berniaga emas Public Gold, perlu buat belian RM20,000 dalams 1 resit. Kalau modal RM1,000 sesuai beli coin 1 dinar. Kalau boleh top-up sikit lagi, boleh dapat 2 keping 1 dinar. Harga 1 dinar sekarang ni sekitar RM608. Untuk buat belian, saya boleh bantu En. Rizal place order. Nanti En. Rizal buat bayaran terus ke akaun Public Gold dan ambil emas tu di cawangan Public Gold Kuantan.

      Untuk place order, saya perlukan maklumat En. Rizal:

      1. Nama penuh
      2. No. ic
      3. No. telefon
      4. Email
      5. Item yang nak dibeli

      Boleh contact saya di 019-336 8009 (call/ sms / wassap).

  • Assalamualaikum Tuan,

    Saya baru sahaja menjadi pembaca setia blog tuan dan berminat untuk membuat sedikit pelaburan emas (sikit sikit lama lama jadi bukit ya tak? ) Sekiranya saya ingin mengorder dari tuan adakah tuan akan poskan item atau saya perlu mengabil item tersebut di cawangan yang berdekatan? Saya sekarang bermastautin di tanjong malim Perak.

    Sekian.Terima kasih diatas bantuan.

    Alene

    • Wslm Pn. Alene,

      Betul, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kalau ofis Public Gold jauh dari tempat puan, insyaAllah saya boleh poskan. Puan boleh contact saya 019-336 8009 (call/ sms/ wassap) untuk buat pembelian. Saya perlukan puan punya detail:

      1. Nama penuh
      2. No. ic
      3. No. telefon
      4. Email
      5. Item yang nak dibeli.

      Nanti saya akan bantu untuk pembelian, insyaAllah.

  • salam en.zul..
    sy sngat brminat dgn perlaburan emas dan perak public bank namun begitu kurang berpengetahuan.
    mohon sedikit pencerahan :
    1.perbezaan perlaburan emas perak?
    2.perlaburan mana yg sesuai untuk modal yang kecil namun konsisten,sebagai contoh rm300-rm500 sebulan?
    3.langkah permulaan untuk pelabur baru macam sy,terus walk in untuk pembelian atau melalui agen atau ada cara lain?
    4.untuk jd dealer,apa syarat2nya?ada ke cara nak jadi dealer dgn modal yg kecik?sbgai contoh bagi pihak keluarga,saudara mara,rakan2.

    • Wslm En. Zainal,

      1. Perak berbeza sikit dengan emas. Harganya tak stabil berbanding emas. Kalau emas naik, silver naik 2, 3 kali ganda. Kalau turun pun sama. Perak tak boleh pajak dan tak semudah emas untuk jual.

      2. Kalau modal kecil, saya syorkan beli dinar setiap bulan. Kalau tak cukup bajet untuk beli dinar setiap bulan, beli secara ansuran 4 kali bayar dengan Public Gold. Ataupun kumpul dulu duit, bila cukup beli dinar.

      3. Untuk buat belian, lebih baik dealer orderkan. Nanti En. Zainal buat bayaran terus ke akaun Public Gold. Lepas bayar, emas tu boleh ambil bila-bila masa dalam tempoh 2 bulan di ofis Public Gold terdekat. Tak perlu rushing. Untuk order, saya boleh bantu. En. Zainal contact saya 019-336 8009 (call/ sms/ wassap).

      4. Buat belian RM20,000 dalam satu resit, automatik jadi dealer. Ataupun buat belian terkumpul RM50,000 dalam tempoh 12 bulan pun automatik jadi dealer. Kalau ada kawan dan keluarga nak beli emas, kumpulkan dalam satu belian, cukup RM20k baru order atas nama En. Zainal. Automatik jadi dealer.

  • As salam encik zul..
    Pertama sekali terima kasih sbb menyediakn byk info dan jawapan yg sy cari2 selama ini mengenai pelaburan emas.
    Sy ingin tahu jika membuat belian utk menjadi dealer PG apa kelebihan yg boleh dpt?
    Lg satu dimana sy boleh simpan emas tu dgn lebih selamat?(selain dirumah)

  • Salam Encik Zul

    Alhamdulillah,terima kasih diatas info yang sangat2 berguna dan bermanfaat..Saya nak bertanya,di Melaka ada ke cawangan/dealer PG?

    • Wslm En. Muhd,

      Terima kasih berziarah ke blog saya.

      Office Public Gold di Melaka ada di Batu Berendam. Alamat ; No.9-A, 9-B, Jalan Melaka Baru 22, Taman Melaka Baru, Batu Berendam, 75350 Melaka. +606-317 5499. En. Muhd boleh datang beli secara walk-in. Boleh letak nama saya sebagai dealer / introducer. Nanti senang saya bantu untuk follow-up dengan Public Gold bila perlu, insyaAllah.

      • Terima kasih Encik Zul

        InsyaAllah saya akan contact En. Zul jika ada apa2 pertanyaan..Lepas selalu follow blog En. Zul ni,baru nampak pentingnya beli emas ni..Lagi2 untuk org yg susah nak berdisiplin setiap kali nk menyimpan duit mcm saya ni

          • Salam Encik Zul

            Saya nak tanya,beli secara online atau secara walk-in lg senang?Sbb saya ada terbaca komen Encik Zul yg menyatakan kalau secara walk-in ambil masa sikit.Dan boleh Encik Zul terangkan dengan detail procedure2 kalau beli secara walk-in

            • Wslm En. Muhd,

              Beli secara walk in pun ok. Tapi kalau nak senang, biar saya orderkan dulu atas nama En. Muhd. Lepas terima email order daripada Public Gold, buat bayaran terus ke akaun Public Gold (Maybank / Public Bank). Lepas bayar, emas tu boleh ambil bila-bila masa di office Public Gold terdekat. Datang bawa slip bayaran jer, tapi perlu bawa cash.

  • assalamualaikum.. wbt..
    saya cukup terbuka hati apabila membaca blog tn..
    terima kasih kerana meyakinkan saya dengan pilihan
    simpanan/ pelaburan yang saya buat untuk simpanan
    pendidikan anak- anak saya…
    ada beberapa soalan:-
    1. bagaimana untuk memastikan kita fokus untuk mncapai impian/
    sasaran utk meningkatkan bil dinar dalam simpanan?
    2 berbaloikah utk saya menyimpan dinar utk tujuan simpanan pendidikan / perubatan atau kecemasan?.
    sekian terima kasih……

    • Wslm Pn. Azuhrah,

      Terima kasih berziarah ke blog saya. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.

      1. Kalau ada simpanan jangka pajang, saya syorkan tukar kepada bentuk emas. Jangan biarkan duit tu terbiar dalam bentuk tunai.

      2. Kalau untuk simpanan jangka panjang, insyaAllah berbaloi. Kalau untuk kecemasan, saya syorkan simpan dalam bentuk tunai jer.

  • Assalamualaikum en. zul…
    Pertama sekali sy nk ucapkan jutaan terima kasih di atas info2 yg menarik. Sy sebenarnye mmg berminat utk membuat pelaburan emas. Baru2 ini ada rakan sy mengesyorkan utk membuat membeli emas drp beliau dan mendapat rebet rm8/g/month…Dia menggunakan term “Belian Emas Bertangguh”…Belian emas dlm btk brg kemas (utas rantai tgn 916)…Jadi sy ingin bertanya kpd en zul, adakah pelaburan emas sedemikian selamat dan genuine?Tq

    • Wslm En. Eddie,

      Terima kasih berziarah ke blog saya. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.

      Pelaburan emas sebenar tak ada pendapatan bulanan. Biasanya yang bagi income bulan-bulan ni ialah skim cepat miskin yang menggunakan emas. Walau apa pun insentif yang nak diberikan, En. Eddie kena pastikan beli emas terus dapat emas. Bukan dapat resit, bukan dapat surat perjanjian, bukan dapat surat pajak.

      Kalau penjual tu memang buat sistem lambat serahkan barang, cari penjual / syarikat yang boleh bagi barang tu terus. Kalau beli emas, emasnya tak dapat, maksudnya penjual tu manipulate duit pembeli.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualikum..en zul mcmana kita nk beli emas public gold secara ansuran 4 kali bayar 2..saya cadang nak beli 1 dinar.terima kasih.

  • Salam en zul…maaf kalo sy mau bertanye sikit boleh?sebenarnye sy btl2 interested utk melabur emas tp sy ade beberapa kemusykilan n mslh…pertama sy mempunyai modal tetapi dlm ms yg sama sy juga ade beberapa hutang yg perlu dijelaskan antaranya hutang PTPTN, personal loan, car loan, ASB loan n house loan…jadi sy btl2 keliru dlm membuat keputusan…bolehkan sekiranye en zul memberi pandangan yg sebaik2nya kpd sy agar dpt membuka minda…sekian terima kasih

    • Wslm En Eddie,

      Kalau saya dalam situasi En Eddie, saya akan beli sekeping coin 1 dinar untuk dijadikan motivasi simpan emas dan kumpul harta. Dengan duit berbaki, saya akan simpan 3 bulan pendapatan sebagai Dana Kecemasan. Selebihnya saya akan langsaikan semua hutang selain loan rumah (hutang baik).

      Lepas tu saya akan kumpul balik harta dan bila semula kekayaan dengan semangat baru.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum en zul…
    Saya Wan,

    saya nak minta pendapat en zul….Saya skang membuat kutu dinar bersama adik beradik….akan dpt mengikut turn masing²…..cuma skang saya nak tanya berkenaan hutang pinjaman yg sdg saya alami agak memeritkan….untuk pengetahuan en zul, baki hutang koperasi berbaki 3thn lagi berakhir 7/2017…sama juga pinj peribadi bsn juga berakhir 3thn lagi…..disebabkan jumlah bulanan kedua² nya agak tinggi, saya bercadang nak tutupkan baki tersebut m’gunakan cara ovelap….adakan itu wajar untuk saya teruskan….dalam dilema…mohon pandangan en zul adakah saya perlu habiskan hutang 3thn lagi atau saya tutupkan dgn overlap dgn potong lebih murah bagi 2 hutang tersebut…..

    • Wslm Pn. Wan,

      Kaedah overlap bagi saya tak menyelesaikan masalah sebenar. Kaedah tu tambah hutang untuk bayar hutang. Kalau boleh, cuba puan bincang dengan pihak bank untuk panjangkan tempoh pinjaman untuk kurangkan ansuran bulanan.

      • Assalam Tuan,

        Masih ingat lagi saya sengan soalan diatas….Alhamdulillah, bln 10,2016 settle tuk pinj bsn saya dan bln 11/2016 settle tuk pinj koperasi…..syukur terasa ringan bahu saya…..Insyaallah kehidupan lebih baik dgn belian rumah pertama kami dlm proses, mudah² dpt kunci dlm awal tahun 2017 ni…..

        Terima kasih atas sokongan, dorongan dan nasihat dr blog tuan….amat berguna tuk saya…

  • Assalamualaikum En.Zul.Sy ruzita,sy mengenali blog En.Zul selepas sy mengenali Ustaz Fathuri MMR. Sy berminat utk membuat pelaburan mas dlm bentuk dinar. Seperti harga yg sy lihat pada sisipan blog En.Zul sekarang harga satu dinar 559.00. Kalau mengikut harga utk 1 dinar emas sekarang memang sesuai dengan simpanan setiap bulan sy. Dan biasanya 500.00 setiap bulan memang sy simpan di TH. Apa pandangan En.zul utk awal tahun 2015 sy nak libatkan diri dalam pelaburan emas ini dengan konsisten sepanjang tahun 2015 utk membeli 1 dinar setiap bulan,InsyaAllah. Impian sy dalam tempoh 5-10 tahun akan datang sy dapat membeli rumah + menunaikan haji + tunaikan impian mak ayah.

  • Assalamualaikum en zul. Saya baru mengenali blog en zul dari buku ustaz fathuri. Saya berminnat untuk meyimpan dalam bentuk dinar setiap bulan. Boleh saya beli dinar dgn en zul? Ke mcmana? Hrp dpt bg guidelines. Tk

  • Al-hamdulillah..
    saya nak berkongsi bersama…dimana kwn saya ada buat main kutu selama 5 bln 1 kump 5 org utk beli goldbar 1gram so kena byr rm40 sebln. sekarang saya dah ada 2 golbar. rasanya seronok klau kita simpan duit tu utk beli emas.
    saya berminat main kutu cara ini sbb murah. klau nak simpan sendiri pasti dah guna..
    so kat luar sana marilah kita simpan emas utk masa hdpn walau bermula dgn modal kecil. member saya ni dealer so dia berani utk menanggung risiko dan suka-suka. katanya sbb nak semua org simpan emas…..

  • Assalam..
    En. Zul, jika saya berhasrat ingin membeli emas sebagai pelaburan/simpanan pada kali pertama, bagaimana caranya? Saya seorang pelajar, dan berhasrat untuk memulakan penyimpanan emas ini walaupun sedikit..

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >