MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bila Masa Terbaik Menjual Emas?

August 9, 2011

[Kemaskini 10 Oktober 2023]

Harga emas telahpun melepasi USD1,700 seauns semalam (8 Ogos 2011). Harga tertinggi dalam sejarah dunia buat masa ini.

Ada 2, 3 orang pembeli emas sebelum ni contact saya tanya samada sekarang masa terbaik jual balik emas atau belum.

Jawapan saya, kalau nak pakai duit, jual. Kalau belum nak pakai duit, simpan jer dulu.

Pemerhatian saya, kebanyakkan pelabur emas melabur macam melabur dalam saham. Beli harga rendah, dan bila harga naik, terus jual. Mereka nak dapatkan untung tunai sebagaimana artikel saya “Teknik Mengambil Untung Pelaburan Emas“.

Untung seratus dua, itulah untung. Lepas jual, harga emas terus naik, naik dan naik. Nak beli balik, terpaksa top-up lagi duit.

Emas Bukan Macam Saham

Contohnya, dulu beli gold bar Public Gold 20 gram harganya RM3,200. Sekarang, harga jualan balik lebih kurang RM3,440. Untung RM240 katanya.

Lepas jual, harga emas terus naik. Nak beli balik, harga emas yang sama dahpun RM3,600! Terpaksa top-up lagi RM160.

Persoalan sekarang, adakah RM240 tu benar-benar untung?

Bagi mereka yang ada mindset yang betul tentang emas, emas bagi mereka adalah sandaran kepada duit. Maksudnya, duit sebenar adalah emas, bukan kertas (duit kertas).

Sebabnya, duit kertas tak ada nilai sebenar, ianya hanya jaminan sesebuah kerajaan. Dan nilainya boleh dimanipulasi. Dan yang lagi penting, duit kertas makin hari makin susut nilainya.

Duit Makin Susut, Emas Makin Naik

Cuba perhati, harga barang makin hari makin naik. Kenapa naik?

Sebabnya nilai duit kertas makin hari makin susut nilainya. Kalau dulu budak-budak pergi sekolah bawa duit 50 sen dah cukup, tapi sekarang ni RM2.00 pun tak cukup. Duit makin lama makin hilang kuasa belinya.

Tapi macam mana pulak kalau simpan emas? Harga barang naik, harga emas pun naik sama!

Kalau zaman Nabi dulu, 1 dinar (emas 916, 4.25 gram) mampu beli seekor kambing. Tapi lepas 1,400 tahun, 1 dinar harga sekitar RM600 – RM800 masih mampu beli seekor kambing! MasyaAllah, itulah kuasa beli emas.

Jadi, mana untung, orang simpan duit kertas atau emas?

Simpan Duit Kertas vs Emas?

Nilai duit kertas sentiasa susut dan pasti susut sebab ia boleh dicetak dan ditambah bekalannya pada bila-bila masa. Tapi emas fizikal sangat terhad. Nilainya terletak pada berat dan ketulenan emas itu sendiri, bukan atas jaminan mana-mana kerajaan sebagaimana duit kertas.

Jadi, sebab tu lah saya convert sebahagian besar simpanan jangka panjang saya kepada emas. Cuma sebahagian kecil jer saya simpan duit kertas sebagai dana waktu kecemasan - berjumlah 3 bulan gaji.

Pendek kata, saya tak pernah jual emas-emas saya sejak hari pertama walaupun harga dah naik lebih 20% dalam masa tak sampai setahun! Saya cuma manfaatkan emas-emas saya untuk urusan jual beli emas sebagai dealer jer.

Maksudnya, bila ada kawan-kawan terdekat nak beli, saya jual emas di tangan, dan terus gantikan dengan stok baru. Bila ada untung, saya beli lagi emas, bukannya simpan duit kertas.

Masa Terbaik Menjual Emas

Ok, persoalan sekarang, bila masa terbaik jual emas?

Secara idealnya, bila nak pakai duit, terutamanya untuk ditukarkan kepada harta yang “real” juga macam beli rumah ataupun hartanah yang lain.

Kalau sekadar nak simpan dalam ASB, Tabung Haji, atau Akaun Simpanan, bagi saya, lebih baik simpan emas. Emas naik sekitar 10% setahun untuk rekod 10 tahun, ASB 8.5%,  Tabung Haji 5%, Akaun Simpanan 0%! Sedangkan harga barang keperluan harian naik 10% setahun!

Simpan emas bukan sahaja dapat nikmati kenaikan harga emas, tapi yang penting juga ialah selamat dari inflasi – kenaikan harga barang.

Selain tukarkan kepada aset yang lebih baik, waktu sesuai jual emas bila sudah capai matlamat simpanan (contohnya nak naik haji), ataupun ketika keadaan terdesak, di mana dana kecemasan telahpun habis!

Selain 3 keadaan tersebut, saya tak sarankan jual emas. Perbetulkan mindset tentang 'pelaburan' emas!

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Heights
9 Ogos 2011
9 Ramadhan 1432

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >