MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Faktor Kenaikan Harga Emas

August 17, 2011

Harga emas

[Semakan 8 Januari 2024]

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa harga emas melambung-lambung dalam masa sebulan dua ni.

18 Julai 2011 baru jer emas cecah USD1,600 seauns, 11 Ogos 2011 dah melonjak melepasi USD1,800 seauns. Kenaikan melebihi 10% dalam masa tak sampai sebulan!

Kenapa Harga Emas Melonjak Julai – Ogos 2011?

Saya nak share setakat apa yang saya faham;

Faktor sebenarnya kenaikan ini ialah kebimbangan negara-negara dunia dengan krisis hutang Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.

Data IMF (International Monetary Fund) menunjukkan bank-bank pusat seperti Thailand, Rusia dan Kazakhstan dan Korea Selatan menambah rizab emas dalam pegangan mereka dalam masa 2 bulan yang lepas.

Korea Selatan sebagai contohnya, buat pertama kali membeli emas dalam masa 10 tahun ni. Korea Selatan borong 25 ton emas dalam bulan Jun dan Julai 2011.

Kalau negara-negara lain dah mula menunjukkan ‘desperate’ membeli emas untuk lindungi ekonomi dan masa depan mereka, maksudnya kita pun kena buat sesuatu dengan ‘ekonomi’ kita.

Wang Kertas Hanyalah “Matawang”, Bukan “Wang” Sebenar

Fenomena ni menunjukkan duit kertas pada hakikatnya tak bernilai. Ia cuma nilai yang dijaminan sesebuah kerajaan.

Bila Amerika Syarikat dah nak ‘bangkrap’, orang tak nak lagi pakai matawang USD (Dollar Amerika) untuk urusniaga. USD hanyalah kertas hijau yang tak ada apa-apa nilai. Tak cerdiklah kalau Malaysia masih simpan USD diambang kejatuhan matawang USD kata Tun Dr. Mahathir.

Jangan ingat kejatuhan USD hanya untuk Amerika jer, tapi kesannya akan turut dirasai oleh seluruh negara di dunia.

Ini disebabkan USD adalah ‘benchmark’ kepada seluruh matawang di dunia. Duit dollar Amerika adalah "world reserved currency", iaitu matawang antarabangsa yang diterima di seluruh dunia.

Bila ekonomi Amerika sedang dalam krisis, dunia takut simpan duit kertas USD.

Untuk selamat, negara-negara ni tukarkan duit kertas mereka kepada duit sebenar iaitu emas. Emas adalah wang paling stabil, yang sudah digunakan selama ribuan tahun dalam sejarah manusia.

Faktor Mempengharuhi Harga Emas

Apa yang kita boleh belajar dari fenomena ni ialah, emas adalah kekayaan sebenar. Jangan biarkan duit kita terbiar tanpa disandarkan kepada emas. Melainkan duit tu memang nak guna dalam masa terdekat.

Ok, untuk mudah faham, dekat bawah ni saya senaraikan faktor-faktor yang berkadar terus dengan kenaikan harga emas menurut apa yang saya faham dari pembacaan saya, iaitu:

  1. Nilai matawang USD menyusut
  2. Pasaran saham merudum
  3. Harga minyak naik
  4. Inflasi meningkat

Jadi, apa kaitan krisis hutang US dan Eropah dengan harga emas?

Bila ada krisis hutang, nilai matawang negara tu akan susut sebab orang tak nak duit kertas tu lagi. Takut tak laku. Kalau negara tu ‘bangkrap’, duitnya dah jadi tak bernilai... Itulah explanation mudahnya.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Heights
10 Ogos 2011
10 Ramadhan 1432 

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • salam.akhi,pe pendapat nta tentang melabur dalam amanah saham cthnye public mutual,cwa dll dlm keadaan ekonomi x menentu ketika ini?mane yg sesuai.melabur dalam amanah saham @ melabur emas?mane yg agak stabil?

  • Wslm Fadzly,

    Setakat yg saya baca, belajar & kaji, emas & silver adaah pelaburan & paling selamat untuk dekad ni. Terlalu banyak indikator yg menunjukkan duit kertas akan terus menyusut dan emas & komoditi lain terus melonjak. Belum nampak lagi harga emas akan merudum untuk at least 3, 4 tahun akan datang.

    Selagi harga emas belum melepasi USD4,000 seaun, teruskan beli emas walaupun berapa mahal harganya. Emas ni kita tak perlu risau sbb Nabi dah jamin, emas & perak akan laku selama-lamanya. Belum ada sejarah emas tak laku atau jatuh merudum tapi terlalu banyak sejarah menunjukkah wang kertas tak laku.

    Ikut pada indikator yg ada, kita seolah-orang sedang menunggu kejatuhan sistem wang kertas. Kalau ia benar2 berlaku, hanya orang yng ada emas & perak jer akan boleh survive… Jutawan duit kertas akan jatuh terduduk jadi jutawan ’tisu tandas’ yg tak ada apa2 nilai…

    Saya suggest Fadzly baca 1 artikel menarik yg ditulis oleh Faizan, Pelabur Jutawan di blognya. Guna link ni. http://www.pelaburjutawan.com/2011/07/gold-silver-pelaburan-terbaik-di-abad.html

    Moga ianya bermanfaat. Wallahu a’lam.

  • assalam en zul..
    saya nie.. kurang masa nak selongkar kat web..pasal emas jatuh banyak dalam 2 hari nie..
    tu.. nak tanya en zul… jika tau sebab2 dia…
    ari nie 24 sept 2011… usd1657.. 2 hari lps masih dlm usd 1800…
    ada apa2 komen drp en zul.. dan adakah lps ari ahad nie.. anggaran en zul dia naik atau turun lagi..

    makasih..

  • Wslm Zul (Pokju)

    Apa yg saya faham, harga turun sbb pelabur2 tukar arah dari gold kpd bond atas keyakinan ekonomi US akan pulih. Tapi pada saya, hakikatnya, Yahudi (pelabur besar) yg main harga. Bila harga peak, dia jual banyak2 dan beli balik harga murah.

    Ini update saya dalam fb semalam ttg apa yaka berlaku pada harga emas lepas ni:

    “BERITA EMAS: Baru lepas consult dgn shbt yg pakar analisis teknikal. Katanya, HARGA EMAS MULAI NAIK ESOK PAGI. Skrg USD1,650/oz. Harga tertinggi pernah cecah sblm ni ialah USD1,920. Beza 16%. Katanya, kalu nak turun lagi pun, dia tak akan bawah pd USD1,530 tp kebarangkalian besar ia akan terus naik. Kalau ada fund, gunakan 40% utk beli sekarang. Spare 40% utk beli in case dia turun bawah sekitar USD1,570. Tapi kalau turun ke USD1,530, habiskan semua duit utk beli emas! Tinggal spare utk guna harian jer. (“,)”

    Wallahu a’lam.

  • Wslm Yop,

    Harga GIA tu harga “emas kertas”. Mmg tak ada sesiapa pengeluar emas fizikal jual emas harga mcm emas kertas sbb emas fizikal ada kos pengeluaran, kos gaji pekerja, kos pengangkutan, kos komisyen ejen dsb. Kos2 tu dipanggil premium.

    Masa saya baru2 beli emas dulu, saya pun terkejut. Kenapa emas fizikal ni mahal.. saya ingatkan dah kena tipu… rupanya mmg mcam tu.. 🙂

  • Salam tuan, agaknya bila harga emas akan peak semula pada tahun ini? Boleh kongsikan pendapat tuan sebagai pakar emas…

    Hairul.

    • Wslm Hairul,

      Saya tak pasti bila harga emas paling tinggi, dan semua analyst pun tak pasti. Cuma, biasanya harga paling tinggi utk setiap tahun sekitar September – November. Kalau nak beli emas, guna duit yang tak pakai setahun sebbb harga emas ada turun naik dalam jangka pendek.

      Harga emas sekarang ni memang rendah, tapi saya tak berani syorkan beli emas untuk short term sebab harga agak tak setabil untuk tahun 2012 ni. Ia disebabkan isu krisis hutang negara-negara Eropah & US mengganggu harga emas.

      Wallahu a’lam.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >