MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bergaul, Cara Mudah Celik Bisnes

September 21, 2011

Geng Bisnes

Bila ada 'geng' bisnes, kita akan jimat masa dan tenaga 80%. Alhamdulillah… Satu lagi ilmu bisnes yang saya belajar iaitu cara nak jana income RM2,000 sebulan hanya dengan modal RM300. Ini bisnes, bukan skim pelaburan. Tadi dok sembang-sembang dengan Adenan, kawan office yang memang dah 5, 6 tahun buat bisnes. Antara website dia ialah http://alitcom.blogspot.com. Dia buat macam-macam jenis bisnes; fotografi, video editing, jual handphone dan accessories handphone, jual baju online dsb..

Rahsia Untung 600% Sebulan!

Tadi dia dedahkan rahsia macam mana guna modal RM300, tapi isteri dia boleh jana income RM2,000 sebulan tanpa keluar rumah dengan jual akesori handphone secara online. Ia lagi untung dari orang berniaga buka booth jual aksesori handphone katanya. Dia dedahkan juga cara nak dapat barang dari supplier pada harga dealer, alhamdulillah... Satu lagi lubang bisnes yang Allah bukakan pada saya. Walaupun saya berlum terfikir nak buat bisnes aksesori handphone, tapi at least saya tahu ada lubuk duit kat situ.

Saya always open kalau ada apa-apa peluang bisnes. Datang la apa jenis bisnes pun, saya akan tengok dan menilai. Kalau tak buat pun, at least saya tahu lubuk-lubuk duit. Bila saya tahu lubuk duit, saya boleh bantu ramai orang untuk buat duit. Dengan ilmu kita tu, kalau orang lain manfaatkan, kita akan terus dapat pahala berterusan walaupun kita mati.

Bergaul dan Join Geng Bisnes

Point yang saya nak share ialah, kalau sahabat berhajat untuk berniaga, bergaullah dengan orang berniaga. Jangan banyak duduk rumah. TV tu tinggalkan dulu. Kalau ada apa sahaja business gathering, seminar, conference dsb, join jer. InsyaAllah, lama-lama kita pun akan turut berjaya sama dengan orang lain yang telah pun berjaya. Kalau nak berjaya, berkawan la dengan orang berjaya, betul tak?

Point seterusnya, saya perhati, majoriti orang berjaya dalam bisnes ialah orang yang ada geng bisnes. Mereka bukan jenis duduk sorang-sorang, hatta internet marketer sekalipun perlukan geng (team) untuk berjaya. Saya jumpa ramai orang yang berjaya dalam bisnes online/ internet marketing, dan mereka semua akui geng-geng bisnes online mereka lah yang membuatkan mereka lebih berjaya. Kalau bisnes online yang duduk depan komputer pun kena ada team niaga, apatah lagi kita bisnes offline, betul tak?

Apa yang saya terbaca daripada buku The Magic of Thinking Big katanya, kejayaan seseorang itu bergantung bagaimana cara dia berfikir. Dan cara kita berfikir banyak dipengaruhi oleh kawan-kawan sekeliling kita. So, kalau kita nak berfikir macam mana orang berjaya berfikir, kita kena ubah persekitaran kita terutamanya kawan-kawan kita. Kalau nak berjaya, kita mesti masuk kelompok orang berjaya, barulah kita akan berjaya.

Cara Mudah Celik Bisnes

Dan apa yang sifu saya ajar, cara paling mudah untuk celik bisnes ialah buat 3 perkara iaitu:

Kunci #1: Bergaul dengan orang bisnes yang berjaya. Cara mudah jumpa orang berjaya dalam bisnes ialah hadir apa sahaja perjumpaan bisnes samada bentuk workshop, seminar ataupun conference.

Kunci #2: Baca buku-buku bisnes. Buku paling basic pada saya untuk dapat inspirasi tentang bisnes ialah buku “Menjejaki Jutawan Senyap” tulisan Chef Li.

Kunci #3: Dengar CD-CDorang berjaya dalam bisnes. CD ni biasanya terdapat untuk orang berniaga direct selling terutamanya. Orang berniaga Takaful dan Unit Trust saya tak pasti.

Moga tips ringkas ni dapat bagi panduan kepada sahabat yang berminat untuk mula berniaga.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Heights
6 September 2011
8 Syawal 1432

Artikel berkaitan:

(Kredit foto : eminentseo)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

    • Wslm Puan,

      Seminar tu bergantung kepada bisnes apa yang puan ceburi. Kalau berniaga emas, pergi seminar pasal emas. Kalau buat direct selling, hadir latihan yang buat boleh syarikat & kumpulan direct selling. Kalau buat bisnes makanan, hadir kursus macam yang dianjurkan oleh Chef Li. Kalau bisnes puan nak dikembangkan menggunakan internet, pergi seminar & workshop internet marketing. Kalau buat bisnes eBay, pergi seminar pasal eBay. Join apa sahaja seminar yang berkaitan dengan bisnes yang puan buta atau akan buat. Sambil belajar, kita dapat ramai kawan yang sama2 buat bisnes. InsyaAllah, bisnes puan akan berkembang dengan mudah.

      Masa saya dalam proses MENCARI bisnes, macam-macam jenis seminar & workshop saya hadir. Tapi bila dah dapat bisnes yang boleh bagi apa yang saya nak dalam hidup, saya terus fokus dan hadir seminar yang boleh bantu saya MEMBINA bisnes yang saya usahakan.

      Alhamdulillah.

  • Assalam…adakah sifu yg saudara maksudkan dalam kebanyakan tulisan saudara adalah Chef Li? Jika tidak keberatan, saudara bermula dengan kursus yang mana?

    • Wslm tuan,

      Chef Li seorang daripada guru saya, tapi bukan personal mentor saya. Mentor tu saya tak pernah disclose di blog, tapi hubungan kami rapat macam family.

      Tuan kena cari sifu / mentor dalam bidang yang tuan ceburi sendiri. Mentor ni ialah orang yang tunjukkan kepada kita secara live macam mana dia jalankan bisnes, dan kita sentiasa dapat personal coaching daripada beliau.

      Saya dulu bermula dengan Kursus Jutawan Senyap, berbayar. Kalau tuan nak join kursus Chef Li tu, saya syorkan tuan ikuti kursus percuma beliau dulu. Boleh cek di facebook beliau. Tak silap saya facebook beliau ialah “Dato’ Dr. Rusly Abdullah”. Masa saya join dulu, masa tu belum ada kursus percuma.

      Wallahu a’lam.

  • […] Lepas jadi ejen, jangan duduk rumah dan tergolek depan TV! Keajaiban hanya akan berlaku bila anda keluar rumah! Ruangkan masa untuk hadir ke perjumpaan yang diadakan oleh syarikat. Bukan setakat hadir, ambil peluang untuk berjumpa mereka yang telahpun berjaya. Bina hubungan yang baik dengan mereka & ‘korek’ rahsia-rahsia kejayaan mereka. Kalau anda serius untuk berjaya, Kiyosaki syorkan hadir ke semua perjumpaan mereka untuk tempoh at least 6 bulan! Itu adalah tempoh minimum untuk ‘tukar’ mindset daripada seorang pekerja kepada bisnes owner. (rujuk “Bergaul, Cara Cepat Celik Bisnes“) […]

  • Assalam..sy baru saja ditamatkan kontrak kerja dan skrg ini mmg tgh buntu sama ada sy nk cari kerja atau nak berniga. Sy mmg minat berniaga tapi tak tahu nak brniaga apa? Sy ada ada membaca artikel en zul mmg sdikit sbyk dpt membuka fikiran dan artikel ini juga byk munafaat kpd sy.

  • […] Lepas jadi ejen, jangan duduk rumah dan tergolek depan TV! Keajaiban hanya akan berlaku bila anda keluar rumah! Ruangkan masa untuk hadir ke perjumpaan yang diadakan oleh syarikat. Bukan setakat hadir, ambil peluang untuk berjumpa mereka yang telahpun berjaya. Bina hubungan yang baik dengan mereka & ‘korek’ rahsia-rahsia kejayaan mereka. Kalau anda serius untuk berjaya, Kiyosaki syorkan hadir ke semua perjumpaan mereka untuk tempoh at least 6 bulan! Itu adalah tempoh minimum untuk ‘tukar’ mindset daripada seorang pekerja kepada bisnes owner. (rujuk “Bergaul, Cara Cepat Celik Bisnes“) […]

  • Salam tuan Zul..
    Kalau tuan tak keberatan,boleh ke share berkenaan tajuk: Rahsia Untung 600% Sebulan!Cara dia cari supplier dan jual barang dgn modal rm300?
    Terima Kasih

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >