MohdZulkifli.Com


Motivasi Kewangan dan Pelaburan Emas

Cara Menggandakan Kekayaan Dengan ‘Hutang’

November 18, 2011

Bagi sahabat yang telahpun bebas dari hutang, alhamdulillah, tahniah! Ia langkah awal sebelum kita fokus kembangkan kekayaaan. Satu berita baik yang saya nak kongsikan untuk mereka yang bebas hutang, kita sebenarnya boleh memanfaatkan pinjaman untuk menggandakan kekayaan!

Maksud Sebenar “Bebas Hutang”

Dulu saya fikir, orang yang bebas hutang ialah orang yang bebas daripada segala bentuk pinjaman. Tapi bila saya study balik, itu bukan maksud sebenar “Bebas Hutang”. Walaupun memang bagus hidup tanpa buat apa-apa pinjaman, tapi kita akan terlepas peluang-peluang untuk gandakan kekayaan menggunakan teknik yang digunakan oleh orang kaya-kaya di dunia iaitu OPM (use Other People’s Money).

“Bebas Hutang” juga bermaksud kita ada pinjaman, tetapi bebas daripada segala tanggungan atas pinjaman. Caranya ialah kita memanfaat apa yang dikatakan Good Debt untuk gandakan kekayaan sedia ada.

Good Debt ialah hutang yang membuatkan kita lebih kaya, iaitu hutang yang disandarkan kepada aset yang sentiasa meningkat nilainya! (Topik pasal Good Debt saya pernah sentuh dalam artikel “Hutang Berkat vs Hutang Mudarat”). Untuk mudah faham, saya bagi contoh pinjaman yang saya dah buat disaat saya menulis artikel ni, iaitu;

Pinjaman #1: Perumahan

Saya membeli sebuah apartment kos sederhana berharga RM94,000, tingkat 1, persekitaran terurus baik, jarak cuma 500 meter dari sekolah rendah dan sekolah menengah, dekat dengan KL, mempunyai reserved parking, dan mudah disewakan. Rumah ni boleh dapat penyewa pada bila-bila masa. Bila penyewa keluar, terus orang berebut nak sewa. Dan nilai hartanah meningkat sekitar 10% setahun.

Ansurannya RM550 sebulan, tetapi ia ditanggung oleh penyewa sebanyak RM550 sebulan, dan saya dapat insentif daripada majikan sebanyak RM250 sebulan sebab membeli rumah. Dan jangan lupa, nilai sewaan rumah tu makin lama makin meningkat, sedangkan ansuran pinjaman bank tetap RM550 selama tempoh pinjaman 25 tahun! Katakanlah lepas 5 tahun saya nak jual rumah tu, pada ketika tu nilai apartment tu dah naik at least sekitar RM130,000 – RM150,000 dan saya untung sekitar RM50,000! InsyaAllah. Berita lebih baik, pinjaman perumahan tu dilindungi oleh Takaful. Kalau saya mati, waris saya dapat rumah tu free!

(Pinjaman dibackup dengan hartanah, dan takaful, dibayar oleh penyewa)

Pinjaman #2: Peribadi

Saya buat pembiayaan peribadi dari Bank Islam sama dengan jumlah yang saya layak keluarkan dari EPF (Akaun 2) atas ansuran pinjaman perumahan. Saya gunakan kesemua duit pinjaman peribadi tu untuk membeli emas & perak yang nilainya naik at least 10% – 15% setahun. Ansurannya RM550 sebulan, tetapi duit ansuran tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pengeluaran EPF RM550 sebulan (sama kadar ansuran membeli rumah). Saya fikir, daripada duit tu terbiar dalam EPF yang dividennya cuma 5% (dan pelaburannya bercampur halal dan haram), lebih baik saya manfaatkan untuk membeli emas yang untungnya lebih baik, insyaAllah.

Berita lebih baik, kalau saya mati, pinjaman peribadi tu dilangsaikan oleh Takaful (pakej pinjaman), dan waris saya akan dapat emas & perak tu percuma bersama baki duit EPF yang belum lagi dikeluarkan!

(Pinjaman dibackup dengan emas & perak, takaful, dibayar dengan duit simpanan EPF)

Pinjaman #3: Ar-Rahnu

Saya pajak sebahagian emas saya untuk dapatkan tunai, dan tunai tu saya rolling untuk bisnes emas yang confirm untung! Kos pajak 1.15% sebulan, tapi saya biasanya dapat keuntungan at least 5% sebulan hasil daripada urusniaga bisnes dengan menggunakan duit pajak (duit orang lain). Kalau saya mati, waris saya cuma perlu ambil duit yang saya namakan “Dana Pajak”, bayar pada Ar-Rahnu untuk tebus balik emas-emas tersebut.

(Pinjaman dibackup dengan emas, untuk urusniaga emas yang confirm untung)

Other People Money Kiyosaki BookKalau sahabat perhatikan, kesemua 3 jenis pinjaman yang saya buat bercirikan:

  • Pinjaman membeli aset yang sentiasa meningkat nilainya.
  • Ianya dibackup dengan aset sedia ada, serta dilindungi takaful.
  • Ansuran bulanan ditanggung oleh orang lain, bukan duit gaji saya.
  • Kalau mati atau hilang upaya, saya & waris tak menanggung hutang walaupun 1 sen.

Bagi saya, teknik menggandakan kekayaan menggunakan duit orang lain (OPM) ni hanya sesuai untuk sesiapa yang telah pun berjaya buang tabiat dan mindset suka berhutang. Bagi yang masih dikelilingi hutang, dan masih rasa selesa dengan Bad Debt yang sedia ada, saya tak syorkan guna teknik ni. Takut ia terjerat dengan hutang-hutang menjadikan dia lebih miskin!

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
18 November 2011
22 Dzulhijjah 1432

p.s. Nanti saya nak tulis artikel khas cara saya menggandakan kekayaan menggunakan duit EPF Akaun 2, insyaAllah. Kalau tinggal macam tu jer dalam EPF nanti rugi sebab dah la dividend ciput, dan investmentnya pulak HALAM (bercampur halal dan haram).

Artikel berkaitan:

About the author 

  • Teknik ni cuma sesuai bagi sesiapa yang beli rumah, dan ada duit dalam akaun 2 EPF. Buat pengeluaran utk ansuran perumahan, tapi guna duit tu utk bayar personal loan 100%.

    Buat personal loan tu sbb tak nak rugi time value of money. Katakanlah dlm akaun 2 ada 30k, buat loan 30k utk beli emas. Apply pengeluaran EPF 30k utk ansuran perumahan, tp guna duit tu buat bayar loan.

  • Salam Zul, sekadar bertanya dan mohon penerangan. Berbalik kepada persoalan yang sama. Umumnya,untuk mendapat manfaat atas EPF Akaun 2. Anda boleh mengeluarkannya hanya untuk pembayaran rumah pertama yang anda beli. Ini bermakna, anda hanya boleh terus mengkreditkan wang EPF Akaun 2 ke dalam akaun rumah tersebut. Persoalan, bagaimana boleh digunakan untuk membayar loan peribadi anda? Ada kaedahnya, namun cuma penerangan sedikit kurang terperinci. Apa pandangan tuan?

  • Salam en zulkifli, terima kasih atas perkongsian artikel…nk tanya skit..jika kita telah kuarkan wang epf kerana masuk skim pencen..adakah akaun 2 tu ada lg?

  • Wslm tuan, alhamdulillah.. Moga bermanfaat… kalau masuk skim pencen? Saya pun tak pasti ada lagi tak duit akaun 2. Mungkin tuan boleh direct cek dgn EPF. Setakat saya berurusan sebelum ni, EPF memang efisyen.

  • Salam tuan, boleh tak tuan jelaskan maksud sebenar tuan “Buat personal loan tu sbb tak nak rugi time value of money”. Apa yang dimaksudkan dengan tak nak rugi time value of money tu..Bukahkah personal loan akan menyebabkan kita membayar lebih kerana interest yang dikenakan terhadap pinjaman. Harap dapat dijelaskan. Terima kasih.

  • Rugi “time value of money” tu maksudnya, kalau saya buat pengeluaran EPF RM500 sebulan, dan beli emas sikit-sikit sampai RM40,000, saya memang untung, tapi kalau boleh beli lump sum RM40,000 (contohya), ia lebih untung.

    Harga emas naik 20% setahun, sedangkan kalau saya buat loan, caj ‘interest’ tak sampai 5% setahun. Dengan cara buat loan, saya akan untung at least 15% setahun berbanding beli sikit2.

    Wallahu a’lam.

    T.kasih Nan (AL iT Communication) sbb berziarah ke blog yg tak seberapa ni.. 🙂

  • Terima kasih saudara Zulkifli di atas artikel dan tips yang amat menarik 🙂

    Sebagai penghargaan, saya ingin berkongsi yang saudara boleh membuat pinjaman peribadi Bank Rakyat yang member kadar interest rate hanya 3.25% sahaja. Dengarnya promosi ni sampai bulan 4 2012 sahaja. Best kan? 🙂

    Semoga saudara berjaya dalam kehidupan.

    • Wslm Faiz,

      T.kasih berziarah ke blog ni. Setakat yang saya faham, cara terbaik settlekan hutang kad kredit ialah dengan buat pembiayaan peribadi i.e. personal loan. Buat loan, bayar lump sum. Kalau ada lebih, baru guna buat beli emas.

      Hutang kad kredit ni bahaya. Boleh jadi barah kewangan sebab interest rate dia terlalu tinggi. Mengalahkan kos upah pajak di Ar-Rahnu.

      Wallahu a’lam.

      • tuan sya budak bru bljr.. bru2 ni sya ada 80k n wat pnjman asb kc gnap 200k.. da byr utk sthn.. balance ada 60k lbh.. sya nk follow mcm tuan mengenai pajak emas 2.. jika ia bmanfaat, blh tunjuk ajar sikit? tq

    • Salam tuan . Mohon pencerahan. Utk apply loan bg tujuan utk langsaikan semua hutang credit card. Rata2 nya perlukan slip gaji dan hanya bekerja swasta dan gov . Mcm saya housewife tp ada bisnes kecilan . Bagaimana utk apply ? Semestinya tidak layak. Tetapi niat utk kumpulkan semua hutang dan but installment fokus kpd 1 acc hutang shj. Boleh tuan kongsikan info?

  • saya amat tertarik dengan blog saudara.. banyak informasi yang saya perolehi.. saya ingin bertanya kepada saudara mengenai pembelian apartment.. saudara ada maklumkan bahawa company telah memberi wang insentif RM250 sebulan kepada saya.. soalan saya, berapa lama insentif itu dibayar kepada saudara ?

    • Alhamdulillah Din… puji-pujian bagi Allah.

      Oh, insentif tu dipanggil Housing Loan Interest Subsidy. Company akan bayar sekali saya bekerja dengan company ni dan selagi loan tu belum habis bayar. Itulah yang ditulis dalam Scheme of Service.

  • Owh.. Maksudnya, “Housing Loan Interest Subsidy” tu, company tuan la yg bg ye ? Sy keje gomen.. Gomen ad bagi subsidy camtu x ? Hehe.. Juz asking..

  • As salam. Terima kasih atas tips2 dan cerita yg menarik untuk saya kongsikan dan buat panduan. Saya nk minta pendapat saudara, pada masa ni sy ada existing personal loan 100k yg saya buat sebelum ni secara overlapping + hutang credit card. Sy berhajat untuk settle hutang credit card secara lump sum, cdgnya nk buat loan lain yg offer interest lebih rendah dan byr habis personal loan, credit card dll. dan dari bakinya mungkin nk simpan asb atau buat gold investment. Pohon pendapat saudara. Sekian, tk. – mel

    • Wslm Mel,

      T.kasih berziarah ke blog saya yang seadanya ni. Kalau ianya bermanfaat, puji-pujian bagi Allah.

      Saya tak pasti situasi kewangan sebenar Mel. So, cadangan saya ni mungkin tak tepat. Pada saya, kala nak settle kad kredit, better buat full settlement guna personal financing. Lepas bayar, potong terus semua kad kredit kecuali satu kad jer dan disiplinkan diri dgn penggunaannya.

      Saya pun pakai kad kredit, tapi saya tak pernah guna kecuali untuk bisnes. Saya gubakannya sebagai advance, bukan sbg hutang. Maksudnya, duit memang ada, tapi guna kad semata2 utk memudahkan MODE of payment, itu jer.

      Pasal buat personal loan utk settle loan yang lain tu saya tak pasti untung ke tidak. Kalau loan baru interest ratenya lagi rendah, ia mmg lebih untung secara teorinya. Actual calculation, kena study dulu. Satu lagi, make sure ambik hanya Islamic loan jer supaya berkat.

      Antara gold dan ASB, saya syorkan beli gold jer coz jauh lebih untung.

      Wallahu a’lam.

    • terima kasih atas nasihat & pandangan. sebenarnya kalau ikut situasi kewangan, agak tight disebabkan kad kredit tu, kalau tanpa hutang tu, insyaAllah boleh survive.

      cumanya situasi skrg, personal loan sediada 100k , jd sy fikir sy nak buat loan 200k, nak selesaikan personal loan, c.card etc. so saya cuma hadap satu loan sj. jd sy nk mintak pndgn wajar atau tidak sy buat loan sebanyak tu.

      dr byrn tersebut, ada baki, dan dari baki tu saya bercadang nk buat simpanan. kalau saudara syorkan beli gold lebih untung, insyaAllah akan saya pertimbangkan dan sy mohon tunjuk ajar. – mel

      terima kasih.

    • Niela yg sy takut sgt brhutang scara loan nie.. Hutang mmg x kan habis.. lepas bt 1 loan, msti bt lg loan yg lain scara overlapp.. Klu loan berkat xpe.. So, sy pon nak mintak pandangn Tuan zul jugak mngenai perkara nie.. Boleh x sy bt personal loan utk kegunaan sendiri (terdesak) dan pada masa yg sama kita aisngkan sedikit wang dari loan tersebut utk tujuan pelaburan (spt emas & saham)? Pandagan sy, xla rasa rugi sgt bila baya installment bulan2 sbb kita ad “sedikit” keuntungan daripada pelaburan tu..

    • Mel,

      Elok juga tu. Hadap 1 loan jer dan jangan buat loan lagi kecuali jenis loan yang membuatkan kita lebih kaya. Duit lebih tu buat beli emas. dan kalau nak lebih untung, kena buat bisnes.

      Din, kalau dah terdesak nak buat mcm mana.. buat loan ikut keperluan jer.. if ada duit lebih, buat beli emas. Kalau nak lebih untung, kena berniaga coz untung pelaburan ni sikit jer berbanding dgn perniagaan.

      Wallahu a’lam.

  • Assalam..En. Zul, sy cuma nk dapatkan pendapat.Saya bercadang nk buat loan utk membeli 2 ekar tanah serta rumah yg telah siap di kampung dgn harga RM50K. Sy tidak mempunyai cash serta bercadang nk buat loan bank. Bolehkah En.Zul terangkan cara-caranya serta bank mane @ interest dsbnya untuk pemahaman sy. TQVM..

    • Wslm Tuan,

      Buat loan bank mana-mana pun ok, asalkan gunakan Islamic Financing dan ‘interest’ rendah. Saya tak nampak kelebihan mana-mana bank, tuan kena survey sebab interest rate dia selalu berubah-ubah.

      p.s. maaf sebab saya baru perasan comment ni. Baru dapat reply.

  • SALAM…
    saya bercadang nak buat personal loan rm20k tp sy nak gunakan duit itu 3 tahun lagi bole bagi cadangan untuk sy menggandakan duit tersebut. TQ

    • Wslm,

      Kalau nak gandakan duit loan RM20k, beli emas (pelaburan) dan berniaga emas sebab perniagaan emas ni tak ada modal sebenar. Kalau tuan beli emas Public Gold RM20k, secara automatik layak jadi dealer. Pada bila-bila masa emas tu boleh dijual dan tuan boleh dapatkan tunai pada bila-bila masa.

      Maksudnya, sementara menunggu kenaikan harga emas, tuan dapat hasil daripada komisyen jual beli emas. Bisnes emas ni mudah jer, tuan tak perlu penjual. Yang penting, belajar tentang pelaburan emas, kemudia EDUCATE / bagi kesedaran orang lain tentang pentingnya menyimpan emas.

      Kalau tak buat bisnes emas pun, simpan emas tu sendiri memang untung sementara menunggu 3 tahun.

      Wallahu a’lam.

  • Salam Saudara Zul,

    Saya mahu minta pendapat tuan untuk situasi saya…saya ada hutang kredit kad 4K dan saya bayar RM 200 sebulan….saya bercadang untuk membuat full settlement kredit kad tu dengan wang simpanan yang ada…atau saya gunakan wang simpanan yang saya peruntukan untuk membayar kad kredit ini untuk membeli emas…terima kasih

    • Wslm En. Junid,

      Saya syorkan settlekan kesemua hutang kad kredit tu dulu. Kalau ada berbaki baru guna untuk beli emas. Lepas tu, disiplinkan diri dengan penggunaan kad kredit. Potong semua kad kredit kecuali satu. Yang satu ni, jangan guna untuk berhutang, tapi gunakan sebagai “advance” jer.

      Sebelum nak slash, pasti duit dah ready untuk bayar. Lepas slash, terus bayar amount yang slash tu secepat mungkin. Saya biasanya akan settle dalam masa 2, 3 hari lepas slash. Saya gunakan kad kredit sebab mode of payment jer, bukan untuk berhutang.

      Wallahu a’lam.

    • Terima kasih saudara Zul atas nasihat dan pandangan yang diberikan…semoga terus menulis artikel dan info yang amat berguna dan bermanfaat untuk semua.

    • Wslm Tuan,

      Ar-Rahu sediakan pinjaman bercagarkan emas. Kalau tuan ada emas, tuan boleh dapatkan pinjaman daripada ar-rahnu dengan cara mencagarkan emas tuan kepada ar-rahnu untuk tempoh tertentu. Biasanya untuk tempoh 6 bulan. Kalau nak panjangkan tempoh, tuan boleh sambung pada bila-bila masa dengan cara perbaharui surat pajak.

      Biasanya, Ar-Rahnu akan bagi jumlah pembiayaan sekitar 65%. Kalau nilai emas tu RM10,000, maksudnya, tuan akan dapat pinjaman RM6,500. Kos / caj ‘sebenar’ dikenakan sekitar 1.15% sebulan atas nilai pinjaman.

      Duit tu, tuan boleh gunakan untuk apa sahaja aktiviti yang menguntungkan terutama sekali untuk rolling modal bisnes.

      Wallahu a’lam.

  • tuan saya kurang faham dengan teknik beli emas dan simpan. jika saya beli emas dengan nilai 10k saya perlu tunggu waktu emas naik dan jual dan beli semula emas atau saya boleh dapat beza kenaikan secara automatik? saya jenis yang tak pandai dan malas melabur. harap tuan dapat bantu

    • Wslm tuan,

      Emas ni bagi saya ialah aset paling ideal untuk dijadikan simpanan jangka panjang. Ia tak menjanjikan pendapatan berbentuk dividen yang kita akan dapat setiap hujung tahun. Konsepnya, macam tuan beli rumah. Tuan beli hari ni, dan harga rumah tu akan naik. Bila jual, baru tuan akan untung. Selagi tak jual, selagi tu tak untung.

      Cara paling mudah untuk melabur dalam emas, beli hari ni dan simpan untuk tempoh at least setahun. Lebih lama lebih baik. Bila nak pakai duit, baru jual. Purata kenaikan harga emas dalam tempoh 10 tahun sekitar 15% – 20%. Lepas ditolak susut nilai ketika jual, tuan akan dapat keuntungan sekitar 10% – 15% setahun.

      Wallahu a’lam.

  • salam tuan blog,

    nak minta pandangan, saya jenis orang takut berhutang (sbb hutang buat saya tak nyenyak tido malam).. so apa yang saya lakukan sekarang, beli kereta loan short term dan plan nak beli apartment (rege lebih kurang 120k).. plan nye nak hutang dalam 10thn je.. adakah ini baik dalam konteks melabur?
    alhamdulillah keje stabil dan increment pun stabil.. klau umur panjang nak bebas hutang umur 45thn dan bersara umur 50thn..(umur 30).. mohon pandangan..

    • Wslm tuan,

      Alhamdulillah, bagus tu tabiat tak suka berhutang. Saya pun macam tu.

      Loan kereta memang lebih baik buat short term. Kalau beli rumah untuk investment, better panjangkan tempoh untuk rendahkan monthly installment & dapatkan positive cashflow. Loan rumah ni takpe panjangkan sebab value dia sentiasa meningkat.

      Wallahu a’lam.

  • salam sejahtera,

    sy grace..sy ada terbaca artikel ttg gandakan wang guna emas ni melalui Gold Investment Account kt public bank. adakah benar harga emas akn naik stp thn? krn emas adlh komoditi.sy pun berhasrat menggandakan wang.misal kata sy ada rm3000 dan bt GIA utk tempoh masa setahun..brp keuntungan yg akn sy dpt dan brp byk emas yg perlu ditinggalkan dlm akaun

    • Salam sejahtera Grace,

      Memang harga emas sentiasa naik setiap tahun sejak 10 tahun lepas cuma kadar kenaikan tu berbeza. Ada tahun yang kenaikan cuma 7% dan ada juga sampai 35%. Tahun 2012 kenaikannya cuma 7%.

      Keuntungan simpan emas ni tak tetap, ia depends pada kenaikan harga emas dunia tapi secara puratanya sekitar 10% – 20% setahun.

      Pelaburan emas ada 2 jenis iaitu:

      1. Akaun Pelaburan Emas (GIA). Beli emas dapat buku & emas sebenar tak ada.

      2. Emas fizikal. Beli emas, dapat emas. Urusan jual belinya macam beli emas di kedai emas.

      Antara 2 jenis tu, saya prefer emas fizikal sebab emas tu benar-benar wujud & saya simpan sendiri. Secara purata, keuntungan simpan emas sekitar 10% – 15% setahun lepas tolak susut nilai ataupun dipanggil “spread”.

  • Salam,

    Saya bercadang nak buat pinjaman peribadi maksimum RM200 k.Saya bercadang nak guna duit pinjaman itu untuk saya gandakan dan sekaligus saya dapat bayar instalment pinjaman selama 20 tahun dalam masa yang singkat.Katakan dalam masa 5 tahun saya dapat selesaikan jumlah pinjaman.

    Soalannya,boleh tak tuan bagi pendapat jika ada cara atau peralatan kewangan yang saya dapat gunakan untuk menggandakan wang RM200 k ni menjadi 2-3 kali ganda dalam masa 5 tahun?

    Saya merancang untuk menggunakan sepenuhnya RM200 k tu untuk –

    1.Berniaga.
    2.Melabur.

    Boleh tak tuan cadangkan jenis perniagaan yang boleh bagi short term keuntungan untuk saya membayar instalment pinjaman dan jenis pelaburan yang saya dapat dividen bulanan/tahunan?

    • Wslm Tuan,

      Setakat ni saya nampak, pelaburan paling cepat untuk gandakan keuntungan ialah hartanah (landed house) dan silver. Hartanah lebih stabil, tapi kena pilih lokasi yang betul. Silver dijangka akan berlaku kenaikan besar, tapi harganya tak stabil. Kalau dia naik, dia akan naik 2, 3 kali ganda daripada emas. Kalau turun pun sama.

      Kalau bisnes, apa-apa bisnes pun bagus. Kena ada ilmu, mentor, dan network yang baik. Tapi bisnes ni ambil masa untung matang. Saya belum nampak short cut to success sebab jalan short cut tu biasanya Allah akan tunjukkan kepada mereka yang usahakan jalan long cut dengan sabar.

      Wallahu a’lam.

  • salam, sy nak tnya kalau sy nak beli tanah lot tp tanah tu xde geran dan xblh buat govt loan.. boleh tak kalau sy guna personal loan untuk beli tanah tu?? untung/rugi guna personal loan beli tanah lot?? harap tuan dpt mbantu sy

    • Wslm. Kalau guna personal loan untuk beli tanah tu memang tak ada masalah dari sudut proses. Cuma untung rugi tu saya tak pasti sebab tanah tu tak ada geran. Kalau mudah dijual bila nilai dah naik nanti, mungkin ia berbaloi.

      Wallahu a’lam.

  • grace,
    mohon encik memberi penerangan lebih lanjut tentang pelaburan perak ni..perak jenis apa yang terbaik dan di mana mahu beli..senang tak kalau mahu jualbalik?TQ

    • Kalau nak beli perak, beli samada dari Public Gold atau Nubex.com.my. Nak jual balik senang jer. Jual balik pada PG atau Nubex.

      Potensi kenaikan perak jauh lebih tinggi dari emas cuma harga perak tak stabil berbanding emas. Kalau emas naik, perak naik 2, 3 kali ganda berbanding emas. Kalau turun pun sama.

      So, saya syorkan beli emas dulu. Kalau ada extra baru beli silver.

  • Assalamualaikum…
    saya nak tanya kalau sy buat pinjmn peribadi dalam jangka masa yang panjang adakah ia akan merugikan saya? sbb kena byr interest yg tinggi.. kalu duit tu saya laburkan dan settle awal pinjaman tu adakah ia lbh baik?

    • Wslm,

      Kalau buat pinjaman untuk beli aset yang sentiasa meningkat nilainya macam emas, perak, tanah dan hartanah, insyaAllah untung. Kalau beli untuk benda yang sentiasa susut nilainya (liabiliti), memang rugi.

      Buat pelaburan dengan duit pinjaman ok, cuma sebaik-baiknya pakai cash. Kalau nak buat loan juga, gunakan teknik yang saya kongsikan dalam artikel ni. Wallahu a’lam.

  • assalamulaikum en.zul,

    saya nak minta pendapat, sy baru berumur 23tahun dan penjawat awam.. sy bercadang untuk membuat pinjaman peribadi sebanyak 80k bagi membeli rumah secara cash yg bernilai 55k dan selebihnya sy akan gunakan utk membeli kereta. adakah tindakan sy ini dianggap tindakan yg merugikan? sy kurang arif dlm soal pinjaman dan ‘interest’. jd sy nak tahu apekah “pro and cons” bagi tindakan yg sy akan lakukan ini?

    kerjasama en.zul sgt sy hargai. terima kasih.

    • Wslm tuan,

      Sebelum buat keputusan samada untung atau rugi, tuan kena bandingkan kadar interest yang dikenakan untuk housing loan, car loan dengan personal loan. Buat perbandingan. Kalau caj personal loan lebih rendah, mungkin boleh pertimbangkan personal loan.

      Pasal beli rumah, kelebihan membeli secara personal loan ialah kita tak kena seperti bank loan agreement fees dsb. Kekurangannya ialah tak boleh keluarkan duit EPF (akaun 2) in case nak buat full-settlement atau untuk ansuran bulanan.

      Wallahu a’lam.

  • assalamualaikum..saya rizal.
    boleh x tuan zul cadangkan bisnes kpda saya sbg permulaan..saya kerja gov dan bercdg membuat bisnes secara sambilan…
    trima ksh tuan zul..

    • Wslm En. Rizal,

      Saya syorkan En. Rizal buat apa-apa bisnes MLM yang En. Rizal memang suka produknya. Kena pilih betul-betul, jangan sampai join MLM Skim Cepat Kaya yang tak utamakan produk & servis. Kalau En. Rizal ada kecenderungan tentang industri kewangan, mungkin boleh consider jadi ejen Takaful ataupun Unit Trust. Wallahu a’lam.

  • hai sya jackson.. sya ingin bertanya, seperti sekarang loan ASB saham mmg hangat d perkata kan oleh pihak bank dan mengalak kan supaya kita buat loan.. antara gold invesment berbanding ASB loan.. mana satu lebih mnguntungkan..?

    saya juga mempunyai 1 soalan… bagaimana degan RE_loan seperti rumah atau kereta.. kalau rumah, kita dapat tahu harga rumah akan sentiasa naik seperti emas…tetatpi adakah RE-Loan ini juga mnguntungkan?

    • Hai Jackson,

      Antara ASB dan gold investment, saya prefer gold investment (physical gold). Kalau nak invest dalam ASB, better by cash (bukan pakai loan) sebab kebanyakkan mereka yang pakar tentang kewangan rasa loan tu tak berbaloi.

      Re_loan? Saya tak pasti apa maksud “re_loan”. Adakah sama dengan “refinancing” atau “overlaps”?

  • hai tuan ZUL. sya ingin meminta padangan dari pihak tuan.. saya mepuanyai masalah, dulu saya berkerja d sebuah syarikat kecil, dgan scale gaji saya telah pun mmbuat loan kereta, dan pada 3 bulan yg lepas saya tidak d bayar gaji dan membuatkan saya berhenti.saya membuka stall makanan dari sedikit simpanan saya akan tetapi keuntungan dari stall makanan saya tidak dapat menampunghidup saya, loan kereta saya tidak d bayar kerana saya perlu membayar sewa rumah saya dan sewa stall dan juga keperluan harian. dalam masa yang sama, saya mencari perkerjaan yg lain. syukur saya dapat perkerjaan start pada 12/3 ini. tetapi masalahnya kereta saya tidak d bayar selama 4 bulan, saya cuba membuat loan tpi tidak berjaya.dan saya ingin bertanya pada pihak tuan macam mana saya boleh memdapatkan duit secepat mungkin atau apa2 sahaja yang boleh menguntungkan dalam masa singkat ini sebelum kereta saya d tarik . so apa yang harus saya lakukan untuk menyelesai masalah ini…. sekiranya masalah saya tidak berkaitan dgan topic blog tuan saya minta maaf.. saya amat2 memerlukan nasihat. terima kasih.

    • Tuan,

      Saya syorkan tuan berjumpa pihak bank dan bincang permasalahan ni. Bagi tahu permasalah sebenar tuan dan bincang apa penyelesaian terbaik yang dia cadangkan. Biasanya bank akan tarik kereta bila kita tak berunding dengan mereka.

      Wallahu a’lam.

  • Salam.

    Encik Zul, ptut x org bujang mcm sy ni buat insurans. Biasa insurans ni org yg dah berumah tangga je y buat. Boleh x encik zul kongsi kan insurans mana paling bagus.

    tq.

    • Wslm,

      Apa maksud tuan sebagai “buat insurans”. Ambil perlindungan insurans atau jual insurans? Perlindungan insuran perlu, tapi minimum belum ada tanggungan macam orang dah berumahtangga.

      Wallahu a’lam.

  • salam…sy ada beli gda cimb dngn harga 170.72/grm…dan sy beli 99grm…wajarkh sy jual semya dan beli fizikal gold-dinar or gold bar?mohon pencerahan.tq.puan k.

    • Wslm tuan,

      Kalau tuan sanggup absorb rugi, boleh jual, tak ada masalah. Saya memang prefer emas fizikal berbanding emas ‘maya’. Emas CIMB pun boleh keluarkan emas fizikal dengan syarat pengeluaran minimum ialah 100 gram. Cuma saya tak pasti syarat jual baliknya macam mana.

      Wallahu a’lam.

    • salam….bgmn dikatakan emas naik setiap thun…..sdgkn sy beli gda pd 2011…tp hari ni jadik -ve pula..betulkah apa yg sy fikirkn ini iaitu dengan mnjual gda sy skrg boleh mengurangkn kerugian sy dengan cr jual gda sy dan beli sewaktu harganya rendah?

    • Wslm,

      1. Kalau ikutkan trend tahun 2000 – 2012, memang betul harga emas naik setiap tahun. Tapi tahun 2012 – 2013, harga emas terganggu disebabkan krisis hutang negara-negara Eropah yang menyebabkan USD melonjak. Harga emas berkadar songsang dengan USD. USD naik, emas jatuh. USD turun, emas naik. Mengikut pakar, nilai USD sendiri pun sebenarnya lemah. Dan pada bila-bila masa ia akan runtuh dan ketika tu orang akan selamatkan kekayaan kepada emas.

      2. Itu antara kelemahan GDA / akaun emas. Bila harga emas jatuh, kita cuma ada “nombor” jer dan tak boleh buat apa-apa. Kalau jual, pasti rugi. Berbeza dengan emas fizikal, bila harga emas jatuh, kita masih ada emas dan emas tu tak berkurangan walaupun satu gram. In case nak pakai duit untuk rolling, boleh pajak jer emas tu. Dan mungkin boleh digadaikan dan duit tu gunakan untuk beli lagi emas. Teknik tu dipanggil Teknik Manipulasi Ar-Rahnu.

      Wallahu a’lam.

  • salam.boleh diterangkn dgn lbh detail berkaitn teknik manipulasi ar rahnu?sy rs bukankh ianya hnya menmbh hutang?

    • Wslm tuan,

      Secara umumnya, teknik manipulasi ar-rahnu tu kita dapatkan pinjaman bercagar dari ar-rahnu untuk dijadikan modal samada:

      (1) beli lagi emas bila berlaku penurunan mendadak
      (2) nak guna duit untuk rolling bisnes yang confirm menguntungkan

      Untuk situasi 1, bila berlaku penurunan mendadak, guna duit ar-rahnu untuk beli lagi emas pada harga rendah. Dan emas tu semestinya mestilah spread rendah sekitar 5% – 6%. Bila harga emas naik balik sekitar 10%, masa tu kena jual kesemua emas yang dibeli dengan duit pajakan. Guna hasil jualan tu untuk tebus emas (bayar pinjaman & caj upah simpan) dan lebihan tu adalah keuntungan.

      Wallahu a’lam.

  • salam en zul..

    saya nk tanya emas fizikal berbentuk dinar leh ke pajak?kalu boleh kt mana mintak beri nama tempat.
    tq..diatas pencerahan.

    zai

  • salam.sy telah beli 12k emas pg.dan average cost sy rm612 dinar1.sy msih ada dlm 7k untuk membeli emas lg..sy confused sama ada teruskn beli dinar 1 atau beli dinar10 terus…sy blum iernah bli dinar 10.sy takut kos sy akn meningkat jika sy teruskn beli dinar 1.sy ada 13keping dinar1.untk pgthuan tuan emas ni sy beli untuk dijual kesemuanya sewaktu harga naik nt….utk tujuan simpnn jgka pjng sy telah asingkn yg lain…ini adlh untuk tujuan pelaburan jngka pndek sj…harap dpt berikn tunjuk ajar.tq.

    • Wslm Tuan,

      Saya syorkan beli coin 10 Dinar. Susut nilai lebih rendah, iaitu cuma 5% berbanding coin 1 Dinar (6%). Untuk pelaburan jangka sederhana, sangat penting untuk tuan pilih item yang paling rendah susut nilainya (seperti coin 10 Dinar) supaya cepat untung. Item lain yang terbaik ialah Gold Bar 250g, cuma 4.5% jer susut nilainya.

      Wallahu a’lam.

  • salam sejahtera en zul…

    sekarang harga emas and perak brp ye per gram?lg satu mana Public Bank sekitar klang yang ada menjalankan penjualan emas/perak.tq

    • Wslm,

      Sekarang ni, emas 999 dalam RM151 per gram. Untuk harga emas Public Gold (PG), tuan boleh cek di http://www.publicgold.com.my. Kalau nak beli emas PG, cara paling memudahkan tuan ialah contact saya 019-3368009. Nanti saya place order, settlekan bayaran terus kepada PG, dan emas tu boleh ambil di ofis PG Cawangan Bandar Baru Klang.

  • assalamualaikum en zul, nk tanye psl cara pengeluaran dr KWSP tu akan msk ke akaun kite sendiri o ke akaun loan tu?untuk 2013 ni sbb sy kol kwsp dorg ckp duit akan transfer ke akaun loan bukan akaun kite sendiri. betul ke eh?mcmane eh?

    • Wslm,

      Untuk pengeluaran perumahan, ada 2 jenis iaitu:

      (1) ANSURAN bulanan pinjaman perumahan

      (2) Pengurangan BAKI PINJAMAN perumahan

      Kalau pengeluaran ANSURAN perumahan, dia bayar ke akaun kita. Kalau pengurangan BAKI PINJAMAN perumahan, KWSP terus bayar kepada bank. Untuk ANSURAN perumahan, KWSP hanya akan bayar terus ke akaun bank kalau bayaran ansuran tu tertunggak dengan bank.

      Ini maklumat terkini yang dipaparkan di website KWSP.

  • As Slm.Sy pernah buat PL untk RM70k utk 20thn,skrg bru nak masuk 4 thn.klu skrg nak buat refinancing dgn bank yg sama utk langsaikn ptptn separuh n separuh lg labur .tp saya tap bape tahu ttg pelaburan yg mana baik,tp ok ker buat pl byr ptpn.

    • Wslm Pn. Ann,

      Buat personal loan untuk bayar PTPTN seolah olah menggali lubang lebih dalam untuk tutup lubang yang cetek. Ianya sangat merugikan sebab personal loan interestnya tinggi berbanding PTPTN yang cuma 1%. Lebih baik teruskan bayar PTPTN macam biasa. Kalau buat personal loan untuk beli harta macam tanah, kebun getah, rumah atau emas, itu ok sebab harta tu akan sentiasa meningkat nilainya dalam jangka panjang. Akhirnya, ia akan membuatkan kita lebih kaya sebab ‘terpaksa’ menyimpan.

      Wallahu a’lam.

      • saya ingat nak setel ptptn dan hanya tgl hutang PL bank jer,tak mau byk2 hutang.ingat nak buat dlm 10 thn je,rasa 20 thn lama lak,lgpun skrg kalau byrn bulanan dgn PL skrg dlm RM5++ 20 thn,dan PTPTN dlm RM 200 dlm 15 thn, tp klu refinance PL bank rakyat 10 thn dlm RM 8++ sbln PTPTN dah setel. lebihan ingat nak labur dlm ASB tau barang kemas tau emas. OK tak?saya suka beli brg kemas. saya brminat gak dlm pelaburan emas ni tp tak pandai sgt….pls bantu…..tq

        • Puan Anna kena kira amaun keseluruhan, jangan kira ansuran bulanan. Kalau refinance Personal Loan yang interest rate lebih tinggi untuk settle PTPTN yang interestnya lebih rendah, bagi saya ia sangat merugikan. Saya syorkan tak perlu refinance untuk bayar PTPTN. Kalau refinance untuk beli harga macam emas, itu saya rasa berbaloi. Kalau letak dalam ASB saya rasa ianya tak berbaloi.

          Wallahu a’lam.

  • assalam En. zul

    mintak encik bg pandangan tentang investmnt ASB guna maybank loan..adakah termasuk dlm good debt or bad debt..tq

    • Wslm Pn Aidawati,

      ASB loan ada kelebihan – kalau peminjam mati, waris akan dapat duit ASB tu 100% sebab ia dilindungi takaful. Tapi saya secara personal tak menganggap ia sebagai good debt sebab ia ada risiko di mana:

      (1) dividen ASB tertakluk kepada prestasi pelaburan ASB tu sendiri. Kalau sikit, maka sikitlah dividen.

      (2) interest floating rate tu boleh berubah bila BNM naikkan kadar interest (BFR). Mungkin ada satu masa, interest tu hampir sama dengan dividen. Ia akan merugikan.

      (3) Duit pinjaman yang disimpan dalam ASB dikenakan zakat 2.5% setahun. Kalau dividen ASB 8.0% setahun, maksudnya dividen bersih setelah zakat ialah 5.5% (8.0 – 2.5). Kemudian caj interest maybank semasa ialah 4.95% (BFR 6.6% – 1.65%). Jadi untung sebenar cuma 0.55%! Itu belum ambil kira keadaan dimana ASB tak dapat bagi dividen 8% setahun dan sekiranya BNM naikkan kadar interest (BFR).

      Jadi, saya tak menganggap ianya sebagai good debt.

      Wallahu a’lam.

  • Tuan zul,

    Says amat tertarik dengan blog ini tentang perkongsian
    Cara settle kan hutang secara efektif…
    Soalan saya tuan,
    Saya ada hutang personal loan tapi hutang saya melebihi rm20k..padahalhutang
    Jumlah akaun 2 saya kurang 5k..??
    Jadi sy perlu buat apa2 investment untuk selesaikannya dengan lebih cepat..??

    • En. Ayie,

      Saya syorkan tuan mulakan perniagaan sendiri berbanding buat investment untuk bayar hutang. Perniagaan jauh lebih menguntungkan berbanding investment. Investment pada hakikatnya untuk mereka yang ada duit banyak tapi tak tahu nak buat apa dengan duit tu. Maka melabur adalah lebih baik daripada duit tu dimakan inflasi.

      Wallahu a’lam.

  • asalamulaikum.. saya dari terengganu dan bekerja di sarawak. saya telah membeli satu unit kondo beharga 200k di kota kinabalu untuk tujuan pelaburan dan dijangka siap awal januari 2016 . tetapi saya telah memohon pinjaman perumahan sebanyak 300k. duit yang lebihan sebanyak 100k itu ingin saya gunakan untuk untuk membeli rumah kos rendah di kuala terengganu untuk disewa.. mohon pendapat tuan tentang tindakan saya.. adakah perlu saya membeli rumah kedua di terengganu sebagai pelaburan @ membuat pelaburan emas.. mohon pencerahan.. terima kasih..

    • Wslm En. Jalailudin,

      Bagus tu cadangan beli rumah di Terengganu sebagai pelaburan. Cuma kalau nak disewakan, kena ada orang yang amanah untuk uruskannya memandangkan En. Jalailudin tinggal di Kota Kinabalu. Salah satu tips penting yang dipesan oleh Azizi Ali kalau nak beli rumah untuk disewakan, pastikan jaraknya tak jauh dari tempat kita tinggal sebab urusan sewa rumah ni banyak juga sepak terajangnya. Bahkan Azizi Ali pesan, kalau kita tak dapat penyewa yang boleh kita harapkan, lebih baik rumah tu terbair tanpa disewa. Saya rasa ramai yang pernah sewakan rumah setuju dengan pendapat ni.

      Kelebihan rumah sewa; boleh dapat pendapatan bulanan. Ada aliran duit masuk setiap bulan selain dari capital gain. Kalau emas, keuntungan hanya bila harga emas naik i.e. capital gain jer. Cuma kelebihan emas, ia senang dicairkan untuk ditukar kepada duit tunai. Dan boleh pajak kalau perlukan pinjaman segera.

      Wallahu a’lam.

  • salam en.zul..terima kasih atas info yang amat bermakna..saya terlalu muda dalam semua pengetahuan ni.. tapi skang ni pertanyaan saya .. jika keje goment belum sah jawatan boleh ker nak beli rumah dengan wat loan.

    • Wslm Pn. Zuraida,

      Saya tak pasti samada boleh atau tak kalau kakitangan kerajaan yang belum sah jawatan untuk buat pinjaman. Puan kena confirmkan dengan bank sebab saya rasa kerajaan tak sama dengan swasta. Kakitangan swasta biasanya bank lebih ketat sikit. Kalau swasta yang belum sah jawatan, memang tak boleh buat loan.

      Wallahu a’lam.

  • Slm, saya ingin bertanya sekiranya sy buat pinjaman peribadi selama 15 tahun utk beli emas dan emad tersebut sy simpan di arrahnu. Wang yg sy dapat dr arrahnu sy masukkn dlm tabung haji. Adakah pembelian emas sy menguntungkan?

    • Wslm Pn. Laili,

      Cara macam tu tak berbaloi sebab kos pajakan ar-rahnu lebih mahal (sekitar 14% setahun) sedangkan dividen Tabung Haji cuma 5% setahun. Kalau buat pinjaman dan bayar ansuran macam biasa, itu ok. Itu salah satu cara ‘paksa’ diri untuk menyimpan.

  • Slm, sekiranya sy buat pnjaman peribadi 15tahun utk beli emas, dan emas tersebut sy pajak di arrahnu dan wang yg sy dpt dr arrahnu sy guna utk bayar ansuran pinjaman peribadi dan upah simpan di ar rahnu, adakah ia merugikan atau masih ada untung dlm jangka panjang? Ada kawan yg mencadangkn sy buat mcm tu tp sy bimbang sy tak dapat apa2 keuntungan kerana terpaksa byr pinjaman peribadi dan upah simpan.

  • Salam Tn. Zul,
    Sy ada membuat PL dgn Easy RHB 3 bln lepas sebanyak 8k. Sekarang sy baru membuat PL dgn Bank Rakyat sebanyak 10k dengan interest yg lebih rendah. Soalan sy apakah yg patut saya buat, adakah perlu menjelaskn semua PL dgn Easy RHB ataupun sy membeli emas. Mohan pandangan.

  • Assalamualaikum En. Zulkifli,

    MasyaAllah saya bersyukur diberikan peluang oleh Allah untuk terjumpa blog En.Zulkifli ini. Banyak ilmu yang saya dapat Alhamdulillah…

    Saya ada 2 perkara dan ingin mohon pandangan En.Zulkifli :
    i) Saya ada membeli emas PG sebyk 2 keping gold bar 20g pd Dis 2011 dulu dgn harga RM7500 utk kedua2nya. Bagaimana cara utk pajakkan kpd ArRahnu dari segi dokumen yg perlu dibawa, etc. Adakah nilai pinjaman berdasarkan harg emas semasa? Dan mana satu Ar Rahnu yang dicadangkan. Utk makluman saya nak gunakan wang pinjaman utk tambahan modal bisnes yg sedg dijlnkan.

    ii) Suami saya ada simpanan ASB yg agak banyak. Saya mengajaknya utk laburkan dlm pelaburan emas tetapi beliau ni jenis orang yg suka tgk amaun byk dalam buku simpanan. Kalau beli emas dia tak tau jumlah nilai sebenar cash yg dia ada. Lagipun 2 tahun kebelakangan ni harga emas tidak begitu memberangsangkan. Contoh nyata setakat ini bila saya semak harga PG Buy tu, belum sekalipun harganya melebihi harga belian emas 20g saya tu.. Apa nasihat dan peluang pelaburan yg tuan boleh cadangkan kpd suami saya?

    Jazakallahu khairon kathiron

    • Wslm Pn. Nabilah,

      Alhamdulillah, terima kasih berziarah ke blog saya. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.

      1. Untuk pajak emas tu, puan cuma perlu bawa emas dengan sijil ketulenan jer. Pinjaman akan diberikan 65% – 70% daripada harga semasa di ar-rahnu tersebut. Sekarang ni banyak ar-rahnu terima pajakan emas Public Gold antaranya; Bank Rakyat, Pos Malaysia, Koperasi Tentera, Ar-Rahnu Ekspress, Ar-Rahnu PKB dll. Kalau guna pinjaman untuk rolling bisnes yang menguntungkan insyaAllah berbaloi.

      2. Kalau suka simpan tunai, pelaburan yang baik selain ASB ialah Tabung Haji. Saya lebih suka Tabung Haji sebab dividen yang kita terima tu dah siap-siap tolak zakat. Kalau ASB bagi dividen 8%, dividen sebenar ASB ialah 5.5% (8% – 2.5%) jer bila kita tolak zakat. Cabaran bagi penyimpan ASB ialah bilamana nak keluarkan zakat. Kalau Tabung Haji boleh bagi dividen 5.5%, maksudnya duit yang kita terima tu dah bersih.

      Wallahu a’lam.

  • Saya sangat suka dengan blog tuan. Sedikit persoalan berkenaan pinjaman “good debt” untuk pelaburan asb. Contohnya, buat personal loan untuk buat pinjaman asb RM200K, dengan pinjaman selama 25 tahun dan dan monthly payment RM1k ++. Personal loan RM15k, dan buat pembayaran setahun menggunakan personal loan, dan loan untuk tahun kedua mengunakan dividen asb yang diterima, apakah strategi ini bagus atau sebaliknya ?

    • En. Hafiz,

      Loan ASB ni ada kelebihan dan kekurangan. Tapi kebanyakkan mereka yang pakar dalam kewangan tak recommend loan ASB sebab tak berbaloi pulanganya berbanding kos yang kita tanggung. Kelebihan utama, kalau kita mati, waris kita dapat duit tu percuma i.e. tak perlu bayar balik pinjaman. Kebihan kedua, itu cara paksa diri untuk menyimpan. Ramai orang susah disiplinkan diri menyimpan, tapi dia boleh komit bayar kalau buat loan.

      Kekurangannya, interest bank tu tetap, tapi dividen ASB tu berubah-ubah. Kalau tengok pada trend jangka panjang, dividen ASB semakin tahun semakin merosot. Kalau tahun dividen ASB tu rendah, kita akan rugi.

      Kalau En. Hafiz boleh bayar RM1,000 sebulan, maksudnya En. Hafiz mampu menyimpan RM1,000 sebulan. Kalau boleh simpan RM1,000 sebulan, setahun lebih dah cukup dana deposit sebuah rumah apartment. Lebih baik setiap 2 tahun beli satu rumah apartment, dan sewakan rumah tu. Tempoh 20 tahun bayar loan ASB tu mungkin En. Hafiz dah ada 10 biji rumah apartment yang boleh jana passive income setiap bulan sepanjang hayat. Bagi saya ia jauh lebih baik dari memiliki ASB.

      Wallahu a’lam.

  • As slm.

    Saya sentiasa mengikuti blog en Zul dan berminat nak melabur dlm emas fizikal ni. Boleh bantu saya klu ada simpanan dlm RM7k saja. Saya tertanya2 klu kita membeli emas masa hrga rendah kemudian jual pd hrga tinggi semua ke.Jd mcmna nak beli semula klu hrga dah tinggi masa tu.Tolong perjelaskan…

  • As salam tuan.
    Nk tnya jika sya berhasrat mbuat pelaburan emas dgn mbeli emas fizikal .Dalam nilai 40k.Apa yg patut lalukan untuk memperolehi keuntungan.Terima kasih..

    • Wslm Pn. Shila,

      1. Emas sesuai dijadikan simpanan jangka panjang. Dalam jangka pendek pergerakan harga emas ada turun, ada naik. Kalau jangka panjang, insyaAllah harga emas sentiasa naik sebab sifatnya mengekalkan kuasa beli.

      2. Jadikan emas sebagai simpanan untuk jangka panjang. At least untuk tempoh setahun. Terbaiknya 2, 3 tahun.

      3. Simpan emas, ia tak ada pendapatan tahunan seperti dividen hujung tahun dsb. Ia betul-betul berdasarkan kenaikan sebenar harga emas. Beli, simpan. Bila nak harga naik dan nak ambil untung (atau nak pakai duit), jual. Itu jer.

      4. Emas adalah duit. Ia aset yang tinggi kecairannya. Bila nak pakai duit, puan boleh jual emas tu bila-bila masa. Proses jual baliknya mudah sebab Public Gold jamin beli balik emas tu pada bila-bila masa puan nak jual balik. Kalau jual hari ni, Public Gold akan transfer duit ke dalam akaun pada hari bekerja berikutnya.

      5. Kalau puan berniaga, puan boleh manfaatkan emas untuk dapatkan pinjaman bercagar di ar-rahnu. Puan serahkan emas, ar-rahnu akan bagi duit pinjamang on the spot sebanyak 65% – 70% dari nilai emas semasa. Terpulang kepada puan macam mana nak manfaatkan duit pinjaman tu untuk gandakan keuntungan (terutamanya melalui perniagaaan). Dengan kaedah ni, puan dapat 2 keuntungan iaitu untung selamatkan kekayaan puan dalam bentuk emas, dan untung memanfaatkan pinjaman menggunakan emas.

      Secara ringkasnya, itulah cara jana keuntungan dengan emas.

      Wallahu a’lam.

  • Salam En Zul.

    Berkaitan Pinjaman #3: Ar-Rahnu..Boleh En zul terangkan maksud:

    ‘ Kos pajak 1.10% sebulan, tapi saya biasanya dapat keuntungan at least 5% sebulan’

    bagaimana en zul boleh untung 5%?

    • Wslm EN. Amin,

      Keuntungan tu bergantung macam mana kita manfaatkan duit tu. Saya manfaatkan duit pinjaman ar-rahnu untuk pusing modal perniagaan. Teknik macam ni sangat sesuai terutamanya orang yang dapat bisnes secara kontrak. Bila dapat projek, dia pajak emas dan gunakan duit pajakan untuk bisnes. Selesai projek dan dapat bayaran, tebus balik emas tu. Jadi dia masih ada emas, dan dapat keuntungan dari projek bisnes.

  • Assalamualaikum…
    saya nak kan kepastian…betul ke kalau kita bayar bulanan pinjaman perumahan 2 kali sebulan iaitu sebelum 15hb sekali dan sebelum 31hb sekali setiap bulan akan mengurangkan tempoh pinjaman kita?mohon pencerahan drpd tuan…

    • Wslm En. Syamsul,

      Biasanya ia tak kurangkan tempoh pinjaman dan tak menjimatkan bayaran interest. Kalau buat macam tu, ia akan dikira sebagai advanced payment. Melainkan housing loan flexi.

      Wallahu a’lam.

  • Salam tuan, sy ingn btanya…bgaimna jika sy prnah mmbuat loan bnk rkyat 80k, jika slepas stahun sy mahu mmbyar smua 80k bgaimana dgn kiraan nya ea…jika 2 o 3 taun kmudian? Adakh dtolak terus ataupn sy prlu tmbah duit utk mmbyar smuanya tmasuk interest? Ataupn hutang trsebut perlu dbayar lbih murah drpd asal? 80k…20thn…intrest 3.9…keliru+tak tahu….

    • Wslm En. Adi,

      Untuk buat full-settlement, En. Adi kena contact bank. Bagi kepada bank tarikh bila yang En. Adi akan buat pembayaran, nanti bank akan buat pengiraan. Bayaran tentunya bersama dengan interest / caj keuntungan bank. En. Adi kena cek juga takut dia ada lock in period, dimana bank tak benarkan buat full-settlement untuk tempoh beberapa tahun pertama (kalau ada). Kalau nak settle awal, nanti bank kenakan penalty kalau masih dalam lock in period.

      Wallahu a’lam.

  • Saya amat tertarik dengan laman web ini dan ingin bertanya soalan ringkas
    1. Saya ada simpanan sebanyak 10k hasil daripada kutipan dividen dan bonus asb.persoalan sekarang duit itu tidak diguna pakai dan apakah strategi kewangan yg boleh menggandakan jumlah wang tersebut menjadi byk dlm tempoh 5 tahun??
    2. saya tertarik untuk membuat pelaburan emas dan apakah syarat serta kelayakan untuk menjadi salah satu pelabur yang berpontesi untuk jadi orang banyak duit?

    • Cris,

      1. Paling penting kena ada ilmu kewangan. Laburkan sebahagiannya untuk dapatkan ilmu tentang kewangan. Beli buku-buku kewangan dan hadir seminar-seminar kewangan. Secara jujurnya, saya tak pasti apakah pelaburan terbaik untuk tuan. Duit yang kita ada boleh kembangkan melalui perniagaan atau pelaburan (hartanah, emas, saham dsb).

      2. Pelaburan emas macam beli barang kemas di kedai emas jer. Beli emas, dapat emas. Emas tu kita simpan sendiri. Tak ada syarat-syarat khusus untuk beli emas. Asalkan ada duit jer. Cuma buat masa ini, emas terbaik untuk pelaburan di Malaysia ialah emas Public Gold. Kalau nak beli emas, insyaAllah saya boleh bantu. Boleh contact saya terus di 019-336 8009 (call, sms, wassap).

  • Salam tuan zul,
    Saya peminat blog and artikel tuan. 🙂
    Banyak ilmu yang saya baca dan dapat. Terutama tips membeli rumah dan sewakan itu. Sangat berguna. Saya ingin sekali ucapkan segunung terima kasih dan tahniah buat tuan atas ilmu dan kejayaan tuan.

    Pertama, saya mohon izin utk guna dan kongsi ilmu Dr blog tuan kpd org lain ye.

    Kedua,saya mempunyai beberapa kemusykilan yang saya ingin tanyakan pada jika tuan tidak keberatan.

    Saya berumur lingkungan pertengahan 20-an, baru setahun lebih bekerja dan gaji saya hanya cukup-cukup untuk keperluan saya. Sehingga kini saya masih belum mampu menjana simpanan. Namun begitu, Alhamdulillah setakat ini saya tidak terikat dengan mana-mana hutang lagi. Saya juga belum berkahwin.

    Jadi saya berminat untuk melakukan pelaburan demi menjana pendapatan saya dan simpanan. Salah satunya saya berminat dengan pelaburan hartanah ini. Jadi bagaimanakah jalan untuk saya memulakan langkah untuk melabur. Atau saya belum layak lagi melabur disebabkan pendapatan saya yang agak terhad? Jika tidak, bagaimana saya boleh menambahkan pendapatan saya dengan baik tanpa menjejaskan kerjaya saya?

    Setakat itu sahaja pertanyaan saya. Jika tidak keberatan saya mengharapkan pandangan dan idea dari pihak tuan.
    Terima kasih Tuan Zul. 🙂

    • Wslm En. Shukri,

      Terima kasih berziarah ke blog ini. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.

      1. Silakan share, mudah-mudahan lebih ramai yang dapat manfaat.

      2. Saya syorkan En. Shukri labur dulu dengan beli buku-buku pelaburan hartanah. Buku seperti “Wa Tak Faham” (Faizul Ridzuan) dan “Pelaburan Hartanah Tanpa Hutang” antara buku yang bagus untuk bermula. Baca buku-buku tu dulu sebelum labur dalam hartanah. Orang muda seperti En. Shukri, saya ada 3 nasihat penting. Boleh baca nasihat saya dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2013/06/3-nasihat-kewangan-graduan-baru.html .

      Wallahu a’lam.

  • Assalam encik Zul nak tanya cara-cara nak buat pinjaman bank atas perniagaan rm 300k,

    Bank mana yg bagus dgn bayaran yg rendah dan tidak menyushakan pembayaran.

  • Salam siratulrahmi Tuan Zul. Apakah beza simpanan/pelaburan emas di Kuwait Finance House dan Public Gold di Public Bank? Yang mana yang lebih baik pada pandangan Tuan Zul? Adakah harga belian dan jualan yg di tawarkan adalah sama atau berbeza, pd hari yg sama transaksi?
    Segala maklum balas dr Tuan Zul amatlah sy hargai. T Kasih.

    • Wslm En. Rozie,

      Emas Kuwait Finance House (KFH) tu emas 995, emas Public Gold (PG) 999.9 dan 916. Emas KFH tu berseal, tak boleh buka seal dan tak boleh pajak. Emas PG diletakkan dalam casing yang boleh dibuka dan dipajak. Emas KFH boleh simpan percuma dengan KFH, emas PG kita kena simpan sendiri. Harga pun berbeza sebab ketulenan berbeza.

      Saya lebih suka emas Public Gold sebab syarat jualan balik tak cerewet macam emas KFH. Public Gold jamin beli balik pada harga mahal walaupun emas tu calar, kemek ataupun bengkok.

      Wallahu a’lam.

  • Assalaamualaikum,

    Saya ingin bertanya pendapat:

    1. Saya ingin membuat pinjaman peribadi bank rakyat sebanyak 75k untuk membeli tanah. Bayaran bulanan iala RM833 sebulan (10 tahun). Tanah tersebut, saya ingin mendirikan rumah sewa (planning jangka panjang). Tetapi bila memikirkan bayaran bulanan, risau sgt2. (gaji bersih hanya RM2500++ shj – kerja kerajaan – sudah bekerluarga). Pd pendpt tuan, berbaloikah planning saya ini?

    2. Jika saya sudah beli tanah tersebut, yg merisaukan, untuk mencari modal mendirikan rumah sewa. Ada cadangan? Atau saya membuat extra pinjaman peribadai (cth 100k – baki 25k, dirikan rumah sewa yg simple- kwsn tanah tersebut berdekatan dgn IPTA)

    Mohon pendapat tuan..terima kasih.

    • Wslm PN. Zura.

      Pada saya, kalau nak buat apa-apa pelaburan sekalipun, labur dalam tempat yang kita rasa boleh dapat tidur yang lena. Kalau ia merisaukan, tinggalkan dan cari pelaburan lain yang kita masih boleh bernafas lega.

      Wallahu a’lam.

  • salam, banyak maklumat yang saya dapat diblog tuan, terimakasih.Disini juga saya ingin bertanya dan meminta nasihat tuan mengenai kewangan saya. tak lama lagi saya akan bersara drp kerajaan dgn ganjaran dlm 90,000 dan pencen 2000 sebulan.saya masih ada hutang bank jumlah yg sama dgn ganjaran,apakah saya settlekan hutang atau bayar saja hutang ikut jadual dan duit ganjaran masuk tabung haji semuanya. yang mana terbaik utk saya yg tak tau apa2 nak dapatkan duit lebih tiap bulan

    • Wslm Mak Cik Ani,

      Kalau makcik ada perancangan macam mana nak rolling duit RM90k tu, lebih baik bayar hutang tu ikut jadual. Tapi kalau takut risiko duit tu habis (melabur ditempat yang salah, ditipu, orang datang nak pinjam dsb), lebih baik bayar terus pinjaman tu.

      Kerisauan saya tentang duit RM90k tu ialah terlabur ditempat yang salah, join skim-skim bisnes cepat kaya dsb. Kebanyakkan orang hilang duit2 yang banyak disebabkan perkara tersebut. Bila ada duit banyak ni, akan banyak la ‘langau’ duit datang.

      Wallahu a’lam.

  • Salam, sy nk tnye jika sy membeli emas dinar di arab saudi, bagaimana sy nk jual di malaysia. MAAF, SY BRU SAHAJA MENCUBA MENGUMPUL EMAS.

  • Salam.

    Saya hendak meminta pandangan En. Zul.

    Dalam masa terdekat saya boleh mengeluarkan kesemua duit EPF kerana sudah mendapat taraf berpencen (saya bekerja dgn Govt). Dengan duit tersebut saya bercadang untuk melangsaikan hutang kereta yang masih berbaki selama 4 tahun secara lump sum. Penat berhutang. Hehe.

    Namun begitu masih terasa serba salah kerana tahun depan saya bercadang untuk berkahwin, calculatively saya boleh kahwin tanpa pening kepala dengan duit EPF tersebut.

    Mohon pandangan En. Zul dalam hal ini, saya dalam dilema.

    • Wslm,

      Saya tak pasti apa cadangan terbaik.

      Tapi dalam situasi nak dekat dengan perkahwinan, lebih baik guna duit tu untuk majlis perkahwinan. Sebelum tu, mungkin boleh rolling duit tu samada untuk bisnes atau mana-mana pelaburan yang rendah risiko.

      Wallahu a’lam.

  • Salam,

    Saya nak tanya, apa pandangan encik zulkiflli mengenai apply personal loan untuk beli rumah? dia lebih complicated sebenarnya tapi susah untuk bercakap disini.

  • Assalamualaikum encik zul,saya tertarik dengan apa yg encik zul terangkan di dalam blog encik. saya nk tanya pendapat encik zul berkaitan dengan pajakan kereta saya untuk dijadikan kereta sewa kepada agensi kereta sewa yg berkenaan?mereka kata saya tak perlu bayar yuran bulan2,insurans&servis kereta dalam tempoh pajakan (2tahun) tu malah dapat bonus dalam Rm400.kereta saya sebenarnya masih dalam hire purchase dengan bayaran Rm781 sebulan untuk 9tahun. Saya rasa saya tiada banyak simpanan dalam bank kerana gaji bersih saya cuma Rm1600++. Saya akui saya tersilap kerana terlalu ikutkan nafsu untuk membeli kereta mahal2. Saya juga ada membuat pinjaman PTPTN sebanyak Rm32k semasa belajar dulu. Jadi, sekarang ni saya terbeban dengan hutang sebanyak 100k, apa pendapat encik dengan masalah saya ini?…terima kasih

  • Aslkm…sy nk tnya pdpt…
    Sy nk beli rumah utk tujuan plaboran.
    Adakah bijak kalau sy mgeluarkan simpann tabung haji sbyk 100k utk byrn deposit rmh 10% atau mbuat pinjamn peribadi bank islam.mana lagi menguntungkan. Harap dapat reply…tq

  • As Salam Tuan Zul,

    Saya bercadang untuk buat full settlement dengan bank2 utk kredit kad yg diselia dibawah AKPK. Nak tahu cara terbaik untuk deal dengan bank2 tersebut bagi mendapatkan bayaran terendah. Adakah setiap bank mempunyai unit kewangan tertentu yang akan berurusan dengan pihak pelanggan bagi hal2 pengurangan bayaran dan lain2. Minta nasihat Tuan Zul juga samada langkah full settlement ini adalah cara terbaik atau lebih baik melabur duit tersebut ke dalam pelaburan2 yg menguntungkan seperti emas dan lain2. Terima kasih.

  • assalamualaikum tuan zul…..

    tuan ada idea, saya ada rumah tapi masih ada hutang, 6 tahun lagi baru selesai bayar. boleh ke cagarkan rumah pd bank dlm keadaan masih ada hutang untuk dptkan tunai untuk selesakan kewangan dan lebihan jdkan modal untuk tambah pendapatan…

    idir
    phg

    • Wslmm En. Haidzir,

      Rumah tu boleh refinancing. Kalau rumah sewa bagi saya tak ada masalah sebab ansuran bank tu boleh cover dengan duit sewa. Tapi kalau duduk sendiri, refinancing tu kita yang kena tanggung membayar. Saya tak prefer kalau macam tu.

  • Salam en.zul,

    Saya perlukan pandangan. Saya bekerja swasta dengan pendapatan rm3300 sebulan selepas setahun graduate. Komitmen bulanan hanyalah bayaran bulanan kereta dalam rm700 sebulan. Saya ingin buat personal loan rm70k untuk beli rumah around 55k. Rumah tu akan disewakan kepada orang. Lebihan pinjaman saya xpasti untuk melabur emas atau simpan di asb. Berbaloi ke saya buat PL atau lebih baik buat pinjaman untuk perumahan? Kalau pinjaman perumahan saya tak boleh apply loan harga lebih 55k. Biasanya PL max pinjaman adalah 10thn tapi kalau rumah boleh sampai 20tahun. Beza adalah bayaran bulanan lebih untuk PL. Ada suggestion bank mane yang baik/ berbaloi? Atau pinjaman mana yang sesuai untuk status kewangan saya. Tq

  • salam encik..sy nk tnya pendapat encik
    tahun lepas sy ada beli tanah untuk lot banglo shj di kelantan
    sy bekerja di pahang, sy nk minta pendapat encik sy berhasrat untk membina rumah sewa 2 pintu pada tanah tersebut. tetapi tahun ini sy ada bli rumah teres yang berharga 139k .
    rumah dijangka siap tahun depan. jadi masih tiada pemotongan gaji.
    minta pendapat encik wajarkah sy buat personal loan utk bina rumah sewa di kelantan tu, sementara rumah 139k kat pahang ni siap..sy keliru
    terima kasih

  • Assalamualaikum en zul… sy amat tertarik dgn teknik yg encik terangkan secara ringkas..bagaimana sy nk tau lebih lanjut. Encik ada buat seminar / face to face meet pasal benda ni?

  • Salam saya ada buat pinjaman perumahan dgn bank. Ansuran pinjaman rm580 pd perjanjian tersebut. Tetapi pd bulan ke 2 ansuran pinjaman saya naik pd kadar rm600 sbln krn ia kata ibr berubah. Sy buat pinjaman islamic. Boleh x bagi pandangan tuan. Bagaimana berkenaan dgn pinj saya,adakah pinj saya akan bertambah? Apa yg perlu saya buat? Terima kasih atas nasihat

    • Wslm Pn. Yati,

      Kadar pinjaman biasanya akan ikut Base Lending Rate (BLR) atau Base Financing Rate (BFR) yang ditetapkan BNM. Kalau kadar ni berubah, maka kadar ansuran pinjaman kita pun turut sama berubah. Walaupun pinjaman sama, tapi ‘interest’ yang kita kena bayar kepada bank tu dah bertambah.

  • As salam tuan…

    1. Suami saya berminat untuk buat pelaburan emas dengan sahabatnya dengan cara memberikan modal. Keuntungan akan dibayar setiap bulan selepas 2 bulan melabur. Pada pendapat Tuan, mana yang lebih baik, buat PL RM5000 dengan bank atau kad kredit sahaja…

    2. Adakah sesuai saya keluarkan wang EPF akaun 2 untuk membayar peinjaman perumahan kerajaan suami dengan tujuan untuk mendapat duit tunai di tangan setiap bulan bg tujuan kecemasan (untuk disimpan di alam akaun simpanan bank)

    Sekian, wassalam…

  • Salam, saya sangat tertarik dgn penjelasan2 tuan berkenaan isu kewangan.
    Saya mohon bantuan tuan bagaimana cara menyelesaikan isu kewangan saya….
    Saya mempunyai 123.3g emas fizikal yg saya pajakkan. Saya terbaca mengenai pembelian surat pajak. Ttp selepas kiraan saya, susutnilai sehingga 25% menyebabkan saya membatalkan hasrat utk menjual surat pajak saya. Saya tidak mahu brg saya dilelong dan tdk mampu nembayar bunga yang tinggi. Klau boleh saya mahu mendpt semula baki brg kemas setelah ditolak pinjaman pajak dan bunga.
    Maafkan saya jika soalan saya menyimpang. Namun terima kasih sbb sudi membaca. Tq!

    • Wslm puan,

      Kalau nak kurangkan kerugian, samada cari pembeli surat pajak atau puan kena cari duit lain untuk tebus (keluarkan) emas tu. Lepas tu baru cari pembeli. Kalau puan ada emas lain, puan boleh jadikan modal untuk pajak (sementara) dan keluarkan emas yang nak dijual tu.

      Wallahu a’lam.

  • Salam Tuan,
    Saya ada pertanyaan dan mohon pendapat, ia berkenaan dengan urus rumah. Saya ada 1 unit rumah flat kat shah alam, saya beli lelong dgn kos 55k dalam 7 tahun lepas. Skg loan bank balance tinggal 35k, pasal saya pernah buat pemotongan kwsp sebelum ni. rumah tu saya sewakan kat abg saya yang hanya meletak barang sahaja, dgn bayaran 280(hanya cukup menjelaskan loan bank). keadaan rumah tak terurus. jadi saya cadang untuk repair rumah dan menyewakan dgn penyewa luar, jadi saya boleh menaikkan kos sewa hingga 500. Jika saya buat refiance balik rumah tersebut dgn nilai harga hartanah skg (anggaran 70~80k) jadi saya ada cash untuk repair rumah dan pegangan simpanan. cuma nak tanya berapa jumlah yang sebaiknya unutk refiance?

  • Assalamualaikum Saudara Mohd Zulkifli Shafie..

    Saya ingin mendapatkan pandangan mengenai full settlement personal loan.
    Saya bercadang untuk membuat full settlement personal loan saya, boleh kah saya meminta pengurangan interest dari pihak bank memandangkan saya telah berhenti kerja.

    Atau saudara ada cadangan lain untuk mengurangkan pembayaran interest personal loan saya ini?

    Terima kasih

  • Salam en zul
    saya nk minta pendapat, sy ada emas 40g, kalo saya pajak di arrahnu sy akn dpt 65%. Jd sebaiknya sy guna duit tu untk beli emas lg atau buat bayar hutang kereta dan rumah.. mn lbh menguntungkan

    • Wslm En. Farid,

      Simpan jer lebih menguntungkan. Pajakan tu secara asasnya merugikan sebab caj upah simpannya mahal, iaitu sekitar 1.15% atau dalam 14% setahun. Kalau nak beli emas, beli dengan duit simpanan yang ada jer.

  • Salam en zul..brbaloikah sy membeli tanah lot rumah..di pinggir bandar jasin melaka.bagaimana cara utk sy memanfaatkn tanah lot umah supaya menguntungkn

  • Salam tuan, saya ingin bertanya ..
    Saya ada sebuah rumah bila dinilaikan semua harganya 195k. Rumah dah habis bayar
    Saya ade akaun kwsp no. 2 yg belum digunakan.
    Nama sy blacklist tidak layak buat pjnnaman

    Saya guna nama adik sy utk apply loan atas rumah tersebut.
    Akaun kwsp no. 2 adik sy pun masih belum digunakan.
    Apa yg boleh kami ber2 gunakan situasi ni utk menggandakan perolehan kewangan kami
    T.kasih

    • Wslm Pn. Maria,

      Kalau nama dah kena blacklist, perkara utama kalau nak kembangkan kekayaan dengan hutang ialah bayar hutang bermasalah tu, da clearkan dari black list. Jual harta yang mana boleh untuk bebaskan diri dari masalah hutang tu dulu. Saya tak prefer buat loan atas nama orang lain.

  • Salam tuan,

    Apa yg tuan maksudkan dengan ‘bisnes@perniagaan yg pasti menguntungkan? Apa jenis2 bisnes yg pstti menguntungkn?mohon pencerahan..

    Tq

    • Wslm Puan,

      Tak ada bisnes spesifik. Semua bisnes ada potensi untung dan potensi rugi. Cuma kalau ada pengalaman bisnes, kita boleh tahu (insyaAllah) bisnes bagaimana yang potensi untung lebih besar dari rugi. Contohnya jadi ejen direct selling yang tak perlu modal dan simpan stok. Kita cuma beli stok dan jual terus kepada customer hanya bila ada order dari customer sahaja. Bisnes begitu, risiko rugi sangat-sangat kecil. Samada untung dengan tak untung sahaja, tak ada rugi.

  • Slm zul, blog yg sgt bgus. Sy nak tnya kalau dah buat PL sblum ni. Boleh tak buat PL second acc, mksudnya ada dua acc PL? Sbb rate x sama. Ataupun buat overlapping?

    • Wslm Pn. Ila,

      Boleh tapi bergantung kepada penilaian bank. Bank biasanya akan luluskan pinjaman lepas menilai (1) kemampuan kita membayar pinjaman, dan (2) rekod pembayaran hutang kita yang sedia ada.

  • salam tuan, ada tak kaedah untuk keluarkan akaun 2 kwsp untuk bayar hutang rumah yang nbr 2. rumah pertama dah habis bayar, tapi tak usik duit kwsp,,mohon pencerahan.

  • Salam tuan,

    Saya berminat nak beli rumah, tetapi kekurangan wang pendahuluan 10% + legal fee.

    1) Bolehkah sy buat pinjaman peribadi menggunakan nama isteri dan selepas keluarkan epf sy bayar full pinjaman tersebut. contoh guna easy rhb – 6 bulan lock period.

    2) tuan ada link tak cara beli rumah secara lelong. adakah deposit 10% akan burn jika loan tak lepas?

    Terima kasih.

  • as salam tuan..sy nak mintak pendapat..,saya berhajat untuk beli tanah ibu saudara (tanah lot),dy jual dengan harga 15k untuk 1 lot disebabkan geran tiada kerana tuan tanah asal sudah meninggal + dy bukan berasal dari kampung tersebut..sy berhajat untuk membeli kerana sy berasal dr kampung tersebut dan saya akan memohon pada pihak pejabat tanah daerah untuk letakkan nama saya atas geran tersebut serta proses tersebut juga memerlukan tandatangan dr ketua kampung tersebut untuk memastikan sy berasal dari kampung tersebut..proses untuk mendapatkan geran tersebut mungkin memakan masa selama 2 @ 3 tahun camtu..pada pendapat tuan,patut kah sy beli tanah tersebut?

  • salam.alhamdulillah seronok baca entry blog ni.komen2 pn byk yg positif.n ramai yg berminat dgn pelaburan emas ni.satu tanda yg baik sbb semakin ramai yg da sedar ttg kepentingan memiliki aset berbanding liabiliti.saya nk tanya kalau saya beli emas dgn duit gaji saya dan pajakkan dekat arrahnu rugi tak?maksud saya,contohnya saya beli emas dgn duit gaji saya dan saya pajakkan dekat arrahnu pada hari yang sama disebabkan kedudukan kewangan saya tak stabil ataupun sebenarnya saya tak mampu pn nak beli emas tu tapi tetap nak beli juga pada pandangan encik tindakan saya ni merugikan tak?kalau saya tak buat macam ni memang susah saya nak dapatkan emas yg lebih besar atau lebih berat kuantitinya?

  • Salam Tuan, Saya ingin meminta pendapat tuan adakah berbaloi jika saya nk settle kan awal Personal Loan sy. Untuk Pengetahuan Tn , sy kerja gov, anggaran loan sy dalam rm144000(termasuk interst) selama 20tahun, sy telah meminta pengesahan dari pihak bank kalau settle awal sya akan dapat rebate dan jumlah yg perlu saya bayar hanya rm 53000. Sekarang saya ada duit simpanan sebanyak rm25k, jadi saya masih memerlukan rm28k lg untuk settlekan amaunt tersebut…adakah berbaloi jika sy membuat personal loan lg sebanyak rm28k td dalam tempoh singkat(cth 5tahun) untuk settlekan loan saya..? mohon tuan bagi pendapat bagaimana cara yang terbaik untuk saya settlekan hutang tersebut?

  • Assalamualaikum Tuan,
    Alhamdulillah saya terjumpa blog tuan yg sangat informative, terima kasih atas segala perkongsian ilmu dan pengalaman.
    Saya ingin minta penjelasan tuan mengenai emas dan arrahnu.
    Saya ada barang kemas dalam 130g emas, jika saya pajakan ke Arrahnu Dan mula kan biz emas dgn public gold, bagaimana adakah berbaloi dan boleh dapat pulangan dalam masa 6bln. Jazakallahukhaira.

    • Wslm Pn. Fida,

      Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ini bermanfaat.

      Saya tak syorkan pajak emas dan beli emas. Untung dalam bisnes tu saya tak boleh jamin apa-apa, itu mengikut usaha dan rezeki masing-masing. Beli emas dengan duit simpanan jer lebih baik.

  • Assalam encik zul…

    Nak tanya. Saya pernah mengeluarkan epf utk pembelian rumah pertama. Rumah ni saya berkongsi nama dengan orang rumah saya dan menggunakan loan wife saya (gov loan.) Soalanya bolehkah saya mengeluarkan lagi duit kwsp saya tu lagi untuk ansuran bulanan rumah tu?sebab saya rasa nak gunakan utk kembangkan modal bisnes saya. Terima kasih atas info dari pihak tuan. Banyak manfaat dan info y saya perolehi dari blog tuan.

  • Assalamualaikum. Terima kasih sebab banyak ilmu saya dapat untuk manage hutang. Saya baru nak beli emas 1 dinar. Harap harap saya konsisten

  • Salam,

    saya sgt berminat berkenaan pelaburan dan membeli rumah utk duduk sendiri. Saya ada beberapa soalan
    1. Sekarang sy menyewa apartment di putrjaya dan sewa bulanan sebanyak 700. Saya ada survey harga pasaran apt tersebut kebanyakan iklan di Mudah.com rata-rata harga adalah 250k keatas. Baru-baru ini owner rumah nak jual apt tersebut dgn harga 160k. Sudah semak dekat laman web.imoney ansurans bulanan dalam RM820. Mungkin akan datang berniat nak sewakan sebanyak 1100. Berbaloi atau tidak saya beli.

    2. kebetulan terjumpa iklan tanah di sg merab berharga 89ribu. Saya mcm berminat nak beli dan jika ada rezeki bina rumah sendiri dan sewakan apt di putrajaya tersebut memandangkan saya bekerja di putrajaya.

    Bg pendapat encik, ok tak saya buat mcm ni. Beli apt di putrajaya dlm masa sama beli tanah sg merab. Dalam masa sama try apply loan utk buat rumah annggaran 150k di tanah di sg merab tu dan sewakan semula apt di putrajaya tu. So kos ansurans bulanan apt tu penyewa tanggung malah dapat duit lebih dalam 200 untuk cover bayar rumah di sg merab tersebut.

    • Wslm Pn. Nazirah,

      1. Sebelum beli, puan kena semak dulu Bank Value rumah tu dan semak kadar sewaan area situ. Bank Value tu kena tanya bank atau ejen hartanah. Lepas tu baru compare antara ansuran bank vs kadar sewaan.

      2. Saya tak pasti ok atau tak. Puan kena confirm item yang no. 1 tu dulu.

      Wallahu a’lam.

  • Assalam Tuan, Tahniah dan terima kasih atas usaha murni tuan berkongsi maklumat.
    Persoalan saya adalah mana lebih sesuai beli Tanah (bina rumah sendiri) bernilai RM100k menggunakan tunai(simpanan) atau pinjaman peribadi (ansuran bulanan ditanggung dengan pengeluaran Akaun 2 KWSP jika boleh sbb saya pernah guna Akaun 2 secara pengeluaran bulanan sblm ini)
    Pandangan tuan amatlah saya hargai, JAzakallah.

  • Salam….sy tertarik dgn pencerahan tuan mengenai cara gandakan wang melalui personal loan…fyi,sy gov servant, dah ade 1 loan peribadi dgn bank rakyat dan telah pun membeli rumah menggunakan gov house loan 3thn lepas…skrg sudah mempunyai positive cashflow…cuma minta pndgn tuan,wajar x sy buat overlap prsonal loan td utk pelaburan?tqia

  • Assalamualaikum tuan,

    Saya rancang beli emas untuk pelaburan di Bank Muamalat. Tapi saya perlu pendapat tuan sama ada buat pelaburan emas di Bank Muamalat atau Public Gold. Saya berada di WP Labuan. Tidak pasti kalau Public Gold ada cawangannya yang berhampiran. Terima kasih.

  • Assalam Tn..sy berkerja sendiri.berniaga on9..xde aslip gaji atau akaun bank.tp sy ada 2 biji umah yg di beli cash.1 rumah aparment dn 1 lagi umah teres.keduanya memberi pulangN sebNyK rm700 sebulan..ni sy nk cagar ghumah untuk deposit umah baru(jug untuk disewakn) dan duit cash untul melabur dalam gold.apa pandangan tuan

  • Salam Zul, saya cuma nak minta sedikit pandangan.atau idea dan saranan. saya perlu langsaikan hutang sebanyak rm40k, dengan keadaan sekarang apabilan bank negara hanya bagi 10 tahun jangkamasa pinjaman, ia mnjadi beban dna agak berat.dengan apa yang sedia ada dlm slip gaji…syarat tu buatkan saya dapat jumlah yang kurang..saya dah buntu

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

    Subscribe to our newsletter now!

    >

    Sertai bersama lebih 4073 subcriber Telegram saya (di SINI), untuk sentiasa mendapat update dari saya, ilmu tentang emas dan kewangan.