MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Ready-Made, Cara Mudah Memulakan Bisnes

November 4, 2011

Ramai juga sahabat yang tanya saya macam mana nak mulakan bisnes. Nak bisnes apa? Modal tak ada, pengalaman tak ada, dan boleh dikatakan betul-betul zero tentang bisnes. Tapi mereka betul-betul nak perbaiki tahap kewangan mereka.

So, artikel ni saya tulis khas sebagai panduan umum untuk orang baru memulakan bisnes pertama dengan cara paling mudah. InsyaAllah.

Ready-Made, Bisnes Tanpa Production

Untuk orang baru mulakan bisnes, saya syorkan buat bisnes jadi orang tengah jer dulu untuk BELAJAR asas bisnes sambil buat duit. Ambik barang dari supplier, dan hantar pada customer. Dapat untung, 100% kita yang punya.

Untuk jadi orang tengah ni, saya nampak ada 3 jenis bisnes ready made yang bagus untuk bermula disebabkan modal paling minimum dan siap dengan program BIMBINGAN iaitu:

  1. Direct selling/ MLM
  2. Ejen Takaful
  3. Ejen Unit Trust

Antara tiga (3) tu, bisnes paling mudah untuk orang baru ialah direct selling sebab semua orang boleh buat tak kira apa background sekalipun. Asalkan dia tahu kira duit, tahu guna produk, insyaAllah boleh buat bisnes direct selling.

Direct Selling Jalan Paling Terbuka

Selain tu, saya nampak 4 kelebihan bisnes direct selling (dan juga bisnes ready-made yang lain) iaitu:

  • Modal minimum, tak perlu loan.
  • Latihan tersedia, kos latihan minimum.
  • Tak ada risiko rugi.
  • Waktu dan tempat bisnes sangat fleksible.
  • Modal minimum, tak perlu loan

Bisnes direct selling ni modalnya sangat minimum. Tak perlu loan walaupun 1 sen. Kalau mula dengan modal RM500 pun dah kira besar untuk bisnes direct selling.

Modal Kecil, Tapi Berhasil

Masa zaman sempit dulu, kami mulakan dengan modal RM400 jer.

Bisnes direct selling ni kita cuma jadi orang tengah jer. Tak payah fikir pasal production, costing, quality control, nak cari good supplier dsb. Hanya fokus pada marketing.

Cara marketing paling mudah ialah hulur jer katalog pada kawan-kawan. Bila mereka nak produk tu, kita beli dari pembekal (direct selling company) dan hantar pada customer.

Katakanlah modal kita RM100. Sekali beli dan hantar barang untungnya RM20. Kalau 10 kali pusing duit tu, dapat untung RM200 (RM20 x 10). Untung 200%!

Ia jauh lebih baik dari tunggu kenaikan gaji setahun.

Latihan Yang Tersedia, Kos Minimum

Keduanya, bisnes ready made ni dia sediakan training dengan kos yang sangat minimum.

Lagi best, kita boleh dapat coach atau mentor yang akan ajar step-by-step dari kosong sampai berjaya.

Kalau bisnes konvensional, kos trainingnya agak mahal dan bersifat on-off, tapi direct selling sangat murah (bahkan mungkin ada yang free!) dan bimbingannya bersifat on-going (berterusan).

Kita tak akan ‘lost’ selagi kita sanggup untuk belajar, insyaAllah.

Bagi saya, training ni sangat penting bagi orang baru dalam bisnes sebab biasanya orang baru ni zero knowledge tentang bisnes

Mentaliti pun masih lagi seorang pekerja.

Risiko Bisnes Tanpa Ilmu

Kita perlukan sikit masa untuk matang dalam bisnes, untuk dapatkan ilmu dan memperbetulkan mindset tentang bisnes.

Kalau bisnes konvesional, modalnya besar dan tak ada siapa yang bagi bimbingan.

Kalau ada guidance pun, semuanya bersifat on-off. Dapat training lebih kurang, lepas tu, “lu pikir lah sendiri”. Kalau silap langkah, kita boleh rugi besar. 

Dan kajian menunjukkan 90% orang buat bisnes rugi pada tahun pertama!

Sebab tu saya sangat syorkan bisnes ready made untuk orang baru... Kita berpeluang ‘belajar’ dan dapatkan pengalaman sambil buat duit...

Dapatkan Pengalaman Bisnes Production

Bisnes ready-made ni memang mudah. Tapi bila mudah, ramai orang ambil mudah bisnes macam tu. Mereka tak nampak nilai mahal yang ada pada bisnes tersebut.

Jadi untuk tahu nilai sebenar bisnes ready made ni, cuba try buat bisnes yang melibatkan "production" sekali. Cuba keluarkan produk sendiri untuk dapatkan pengalaman sendiri.

Ikut pada pengalaman kami, bisnes yang kena keluarkan produk sendiri ni banyak sangat hal yang nak kena fikir.

Bermula dari cari idea untuk hasilkan produk, cara nak keluarkan produk, nak jaga kualiti, packaging, branding, test market, nak dapatkan good supplier yang boleh supply dengan harga terbaik secara konsisten.

Nak kawal bahan mentah supaya cukup untuk penuhi permintaan, penyimpanan stok, strategi marketing dan sebagainya. 

Pendek kata, memang banyak hal. Bagi orang baru, mungkin kalian akan rasa berat dengan bisnes macam ni.

Untung vs Tak Untung, Bukan Rugi

Ketiganya, bisnes ready made ni boleh dikatakan tak ada risiko rugi.

Samada untung atau tak untung jer. Tapi tak rugi.

Ada sales, ada income. Tak ada sales tak ada income, tapi tak rugi sebab kita tak ada apa-apa kos overhead macam kos gaji pekerja, sewa kedai, bayar loan dan sebagainya.

Dan sebab tak ada risiko rugi jugalah orang tak pandang bisnes ni. Mungkin dia fikir bisnes yang tak ada risiko rugi ni tak ada ‘umph’... Tak ada class! (“,)

Pesan Chef Li (Dato' Dr Rusly Abdullah), biar kecil asalkan berhasil... Daripada besar tapi akhirnya bubar!

Saya buat bisnes direct selling mula-mula dulu untungnya cuma RM100 jer sebulan. Ia lebih baik dari bisnes besar, tapi hutang keliling pinggang, kepala pening fikir 1001 masalah bisnes, dan kalau berhenti atau hilang upaya untuk teruskan bisnes, dia akan ‘MATI’ sebelum mati!

Suka atau tak suka, dia perlu teruskan bisnes untuk hidup atau tanggung rugi...

Waktu Bisnes Yang Fleksible

Keempat, bisnes ready made ni fleksible. Boleh buat di mana-mana dan pada bila-bila masa. Kita boleh buat bisnes dalam celah-celah waktu yang sibuk. Buat di office boleh, di rumah (dengan jiran-jiran) boleh, bahkan masa balik kampung pun boleh buat bisnes. 

Pendek kata, di mana kita jumpa orang, di situlah kita boleh buat duit.

Yang tak boleh buat duitnya hanya bila duduk tergolek depan TV kat rumah!... (“,)

Ada lagi beberapa kelebihan bisnes ready-made ni, tapi 4 kelebihan ni dah cukup untuk orang baru pertimbangkan bisnes ready-made untuk bermula berbanding bisnes konvensional yang perlu dibina from scratch (daripada kosong).

Bisnes ni memang tak gah langsung, tapi ia cukup untuk memperbaiki tahap kewangan dan menambah kekayaan kami sekeluarga. Alhamdulillah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Heights
18 Oktober 2011
20 Dzulkaedah 1432


CATATAN

  1. Senarai syarikat direct selling yang ada di Malaysia boleh cek di website Direct Selling Association of Malaysia (DSAM). Direct selling yang paling ‘dekat’ dengan kami cuma AmwayTupperware, dan Era Edar (Salindah & Examo) jer sebab memang kami suka produk dia. Direct selling lain, sahabat kena tanya orang lain yang lebih tahu sebab mereka lebih arif dengan bisnes mereka. Untuk menilai samada sesuatu MLM tu genuine atau palsu, boleh rujuk artikel saya bertajuk “2 Petanda Asas Menilai Sesuatu MLM”.
  2. Antara bisnes ready made lain yang bagus untuk bermula ialah francais kecil-kecilan. Tapi kena ada modal lebih sikit baru boleh mula. Contohnya Burger Otai, Chicken Bob dsb.
  3. Untuk Takaful dan Unit Trust, kita perlu mahir dari sudut perancangan dan pengurusan kewangan peribadi sebab kita berperanan sebagai penasihat kewangan kepada customer. Untuk layak sebagai ejen takaful atau unit trust, kena lulus exam dia dulu. So bagi saya, takaful dan unit trust not for everyone sebagaimana direct selling yang lebih open.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • btl..org baru mmg kena baca post ni sebagai mengukuhkan foundation..ramai yg ingin buat biz,tp memikirkan modal,memikirkan nak buat biz kena bermodalkan yg banyak..satu anggapan yg silap..

  • […] Mereka yang pandang negatif mungkin sebab terdedah kepada bisnes MLM yang salah atau dijalankan secara salah sebagaimana saya pernah ulas dalam artikel “Awas MLM Pemburu Kepala” dan “MLM, Merubah Ayam Menjadi Helang?“, sedangkan bisnes MLM satu model yang bagus untuk sesiapa yang baru nak memulakan bisnes. Selain starting cost dan risiko yang rendah, kos latihan pun murah dan  dibimbing secara ‘live’ oleh mereka yang telahpun berjaya. Saya pernah kongsikan kenapa MLM salah satu bisnes yang sangat ‘recommended’ untuk orang baru dalam artikel “Ready-made, Cara Mudah Memulakan Bisnes“. […]

    • Wslm Pn. Ummi,

      Apa yang saya nampak trend bisnes Shaklee hari ni dijalankan secara sihat i.e. produk digerakkan dengan tujuannya yang sebenar. Ia satu bisnes yang bagus bagi sesiapa yang baru nak melangkah ke alam bisnes.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >