MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Didik Anak Soleh, Lagi Untung Dari Pelaburan Emas

January 26, 2012

Anak soleh

Anis, anak ke-3 kami dah masuk tadika tahun ni. Alhamdulillah. Pejam celik, pejam celik, kesemua anak-anak perempuan kami dah masuk sekolah dah. Excited rasanya, bercampur sedikit debaran dan penuh harapan.

 

Harapan kami supaya mereka jadi orang bertaqwa. Nak kerja apa bila besar tu terpulang pada kecenderungan dia, rezeki tu Tuhan dah jamin. Tak perlu dirisau-risaukan. Yang perlu dirisaukan ialah keimanan dan ketaqwaan mereka.

 

Quran, Solat, dan Aqidahnya

Sibuk dengan macam-macam hal sekarang ni, saya risau tentang dua perkara jer buat masa ini tentang anak-anak iaitu (1) Solatnya, dan (2) Qurannya. Dan yang lebih penting dari dua perkara tu ialah bagaimana nak didik mereka biar kenal Tuhan. Bila kenal Tuhan, nak amalkan apa yang Tuhan syariatkan akan lebih mudah. Bak kata orang, bila kenal baru cinta. Bila cinta, semua pun jadi mudah.

Saya teringat zaman bujang dulu. Saya naik motor dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu untuk berprogram tu rasa dekat jer. Tak rasa penat langsung. Tak ada rasa susah walaupun tak pernah sampai KT dengan drive sendiri. Main redah jer. Kenapa rasa mudah walaupun hakikatnya payah? Sebabnya 'buah hati' saya ada di Kuala Terengganu! (",)

 

Bila Kenal, Baru Rasa Cinta

Macam tu jugalah kita dengan Tuhan. Bila kenal dan cintakan Tuhan, nak ikut syariat pun jadi mudah. Tak payah bagi 1001 satu dalil kenapa kena tutup aurat, cukup dengan satu suruhan, terus kita akan buat bila rasa cinta.

Masuk tahun 2012 ni, saya semak balik ilmu-ilmu Islamic Parenting. Saya buka balik kitab Tarbiyyatul Aulaad, karangan Sheikh Dr. Abdullah Nasih Ulwan. Itu buku tersohor tu tentang pendidikan anak-anak dalam Islam. Saya belek balik buku bertajuk "Mendidik Anak Mengenal Tuhan". Saya rungkan celah-celah waktu yang ada untuk ajar anak-anak baca Quran. Dan saya manfaatkan betul-betul waktu PRIME TIME antara kami iaitu waktu hantar dan jemput mereka balik sekolah untuk bersembang dan bagi nasihat-nasihat yang baik.

Prime Time Bersama Anak-anak

Alhamdulillah... impaknya sangat baik... hingga antara perkara yang saya rasa seronok buat hari ni ialah hantar dan JEMPUT SENDIRI anak-anak pergi/ balik sekolah. Dan ruangkan waktu untuk mengajar sendiri anak-anak tentang Quran. Kalau terlepas peluang tu, rasa macam satu 'kehilangan' untuk hari tu... Itulah azam dan sedikit perubahan yang saya nak buat pada tahun ni.

Hari tu, saya buka balik catatan lama saya tentang cara didik anak yang diberikan oleh Ust Sabri Abd Rani dalam kuliah beliau pada 23 dan 24 Julai 2007. Tiga (3) perkara yang bakal mempengaruhi anak tu samada jadi baik atau tak iaitu:

  1. Ibubapa
  2. Sekolah
  3. Persekitaran (Biah)

Faktor Ibubapa, Sekolah, dan Persekitaran

Pertama sekali, perbaiki diri kita sebagai ibubapa sebab kita adalah GURU PERTAMA bagi anak-anak. Perbaiki hubungan dengan Tuhan dan mintak Dia bantu kita didik anak-anak sebab kalau harapkan kudrat kita, kita memang tak mampu jaga anak-anak setiap masa. Dia akan kawan-kawan sendiri di luar dan dunia luar umumnya teruk dengan keruntuhan akhlak.

Kedua, sekolah yang baik; guru yang bertaqwa, sahabat yang soleh, serta ilmu yang pandu mereka dekat dengan Tuhan. Point kedua ni memang saya betul-betul realise sebabnya, saya seperti saya hari ni banyak dipengaruhi oleh kawan tempat belajar. Sejak tingkatan 1 saya sertai usrah, dan sehingga hari ni, kawan-kawan seusrahlah yang banyak membentuk saya. Dan untuk anak-anak, saya pastikan sekolah pertama mereka ialah Tadika Islam PASTI yang saya uruskan sendiri bersama-sama sahabat-sahabat di Damansara Damai. Impaknya sangat baik, alhamdulillah...

Ketiga, persekitaran (biah) yang solehah. Point yang ni saya tak berapa pasti cara nak implementnya sebab persekitaran tempat kami memang tak membantu, melainkan kami bawa mereka ke masjid, surau dan majlis-majlis ilmu yang saya biasa hadir. Dan kami control rancangan TV yang mereka tengok.

Lebih Untung Dari Emas & Perak

Itulah tiga point penting yang saya semak balik bermula tahun 2012. Orang expect 2012 ni harga emas akan meletup, tapi pelaburan yang jauh lebih untung dari emas & perak sebenarnya ialah 'pelaburan' kita dalam mendidik anak-anak. Mendidik anak-anak kenal Tuhan adalah PELABURAN menguntungkan bukan setakat Dunia, tapi lebih penting ialah Akhirat... Ia jauh lebih untung dari pelaburan emas dan perak yang dikatakan paling menguntungkan pada dekad ini. Untung hinggkan kita mati pun masih dapat income (pahala) berterusan... Memang untung!

Wallahu a'lam.

Zulkifli
Pasir Mas
21 Januari 2012

Artikel berkaitan:

 

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

    • Alhamdulilah Ghazputra, kurniaan Tuhan untuk saya. Sentiasa perbaiki hubungan kita dengan Tuhan, jadi orang baik, nanti Allah akan kurniakan isteri yang baik juga. Dan akhlak isteri yang baik itulah nanti akan tertumpah pada anak-anak coz ibu adalah sekolah pertama bagi anak2. Dia spent masa lebih dengan anak2 berbanding kita yang selalu sibuk diluar rumah.

      Moga Allah jadikan kita pemimpin bagi orang yang bertaqwa,insyaAllah.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >