MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Cara Mudah Lock Harga Emas Public Gold

March 5, 2012

Lepas monitor harga emas, tiba-tiba nampak harga emas menjunam pada tengah malam. Nak lock harga, tapi dealer dah tidur! So, macam mana nak lock harga? Sebenarnya, tak perlu tunggu dealer untuk lock harga (place order). Anda boleh lock sendiri dan berurusan direct dengan Public Gold. Cara untuk lock harga ialah:
(1) Print screen harga
(2) Hantar maklumat
(3) Tunggu Sales Order
(4) Buat bayaran
(5) Ambik emas
Secara terperincinya, boleh ikuti langkah di bawah:
Langkah #1: Cek & Print Screen Harga Semasa
Harga emas Public Gold berubah setiap 20 minit. Semak harga di www.publicgold.com.my atau www.publicgold.com.my/liveprice.html dan print screen harga. Print screen ni penting untuk rujukan kita dan Public Gold. Gunakan print screen macam di bawah ni atau yang sama waktu dengannya, dan emailkan kepada Public Gold masa place order di Langkah #2 nanti. In case Public Gold tersilap harga masa keluarkan Sales Order (Invoice) nanti, kita boleh kemukakan bukti ni untuk pembetulan.
PENTING: Kalau internet connection anda agak slow, tak perlu attach print screen sebab ia boleh melambatkan email tu sampai kepada Public Gold. Harga sebenar yang akan dikira ialah harga semasa email tu ‘delivered’ kepada Public Gold. Kalau anda send email pukul 5.00ptg, tapi email tu delivered kepada PG pukul 5.30 ptg, harga akan dikira harga jam 5.30ptg, bukan harga 5.00ptg.
Langkah #2: Hantarkan Maklumat Kepada Public Gold
Copy dan pastekan ayat di bawah, delete semua bertulisan BIRU dan tukarkan maklumat tulisan PURPLE yang saya BOLDkan tu dengan maklumat anda.

Dear Sir,

Please issue Sales Order to me with the following details:

Mohd Zulkifli b. Shafie (nama penuh anda)

801001-01-XXXX (no. ic)

019-3368008  (no. telefon)

ibnushafie@gmail.com (alamat email)

Items to order are as follows:

1 Dinar x 13 pcs

(Senaraikan semua item. Pastikan item dan bilangannya betul. PG tak terima sebarang perubahan dan pembatalan order, ataupun anda akan dikenakan penalti)

I have attached the price (pastikan anda attach sekali print screen harga semasa) for your reference. Total amount of the order should be RM9,438 (i.e. RM726 x 13 pcs. Buat pengiraan total harga supaya staff PG dapat detect jika berlaku kesilapan bilangan item). I would collect the stocks at Sunway Branch (bagi tahu Cawangan PG yang mana anda nak collect. Sila semak Cawangan PG berkedekatan anda di www.publicgold.com.my, “Contact Us”).

My introducer is ______________. (Letakkan (1) nama dealer (2) no. kod dealer yang akan membantu anda membuat follow-up dengan PG bagi pihak anda kalau perlu. Contohnya, kalau nak mintak saya bantu, tulis nama “Mohd Zulkifli b. Shafie“, kod “PG002369“. Bantuan daripada dealer berpengalaman dapat memudahkan urusan anda dengan PG)

Regards.

Emailkan maklumat di atas kepada order@publicgold.com.my secepat mungkin, dan jangan lupa “CC”kan email kepada dealer tersebut supaya mereka tahu yang mereka ada tanggungjawab bantu anda. Jangan biarkan mereka makan komisyen free… (“,).. 
Oh, sebelum saya terlupa, samada anda letak nama dealer sebagai “introducer” ataupun tak, harga emas yang anda beli dengan Public Gold sama jer. So, lebih baik letak nama dealer supaya anda dapat servis PERCUMA daripada dealer.
Langkah #3: Tunggu Sales Order
Dalam masa 2 hari bekerja, anda sepatutnya akan terima Sales Order (SO) seperti di bawah. Kalau tak terima SO dalam masa 2 hari, bagi tahu dealer untuk dia follow-up dengan Public Gold. Bila dah terima SO, semak dan pastikan maklumat tepat sebelum buat bayaran. Kalau berlaku kesilapan dalam SO tu, mintak Public Gold buat pembetulan.
Sales Order (Invoice): Maklumat terpenting ialah no. Sales Order i.e. PM2-006523 untuk rujukan.  
Langkah #4: Buat Bayaran & Simpan Slip Bayaran
Bila terima SO, pastikan anda buat bayaran dengan cara bank-in duit ke akaun Public Gold (Maybank atau Public Bank) dalam masa 24 jam ataupun 1 hari bekerja. Pastikan anda simpan bank-in slip atau bukti bayaran ORIGINAL baik-baik. Public Gold tak akan benarkan barang diambil tanpa bukti bayaran original.
Saya prefer buat pembayaran melalui Maybank2u, ataupun bank-in di kaunter.
Peringat penting, JANGAN buat bayaran melalui Cash Deposit Machine! Ia sangat berisiko sebab kalau tiba-tiba Cash Deposit Machine (1) error masa anda sedang masukkan duit, atapun (2) tak dapat keluarkan resit, anda tak ada bukti yang anda telahpun buat bayaran!… (“,)
Lepas buat bayaran, terus emailkan bukti bayaran kepada payment@publicgold.com.my untuk mereka sahkan yang anda telahpun buat bayaran. Kalau bayaran tak diterima dalam tempoh yang ditetapkan (15 hari), anda boleh dikenakan penalti ataupun nama di blacklist.
Langkah #5: Ambik Emas di Cawangan Public Gold
Anda boleh ambik emas selepas sehari dari tarikh Sales Order dikeluarkan. Jangan lupa bawa sekali (1) Bukti bayaran original, dan (2) Salinan Sales Order. Kalau nak datang ambik sebelah petang, call dulu office Public Gold sebelah pagi, bagi no. Sales Order (e.g. PM2-006523) untuk dia semak samada dah boleh ambik ke belum, dan yang keduanya, supaya dia boleh proses awal-awal. Tak perlu menunggu lama-lama di office Public Gold untuk dapat emas tu.
Penting: Call dulu sebelum datang sebab kadang-kadang orang ramai dan stok tak  dapat ambik lagi.
Anda boleh cek no. telefon terkini semua cawangan Public Gold seluruh Malaysia di website Public Gold (www.publicgold.com.my), bahagian “Contact Us > Branch Details“. Dan kalau ada apa sahaja masalah, boleh mintak bantuan Introducer (Dealer) anda. InsyaAllah, dia akan bantu.
Itu sahaja 5 langkah lock dan beli emas Public Gold tanpa menunggu Dealer. Moga kita semua kaya dan berjaya dalam pelaburan emas, insyaAllah.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
2 Mac 2012
9 Rabiul Akhir 1433
PENTING: Public Gold telahpun menaik taraf website untuk order. Sekarang ni, gunakan kaedah yang lebih mudah yang saya tunjukkan dalam artikel “Cara Mudah Membeli Emas Public Gold (Online)“. Saya nasihatkan anda jangan menggunakan lagi kaedah order melalui email sebab takut bermasalah. – Kemaskini 1 April 2013

p.s.1. Apakah maksud LOCK HARGA? Harga emas Public Gold sentiasa berubah turun naik setiap 20 minit mengikut real time harga emas dunia. Katakanlah pukul 10.00 malam, harga 1 dinar ialah RM800. Tiba-tiba pukul 3.00 pagi harga menjuman kepada RM750! So, anda boleh beli 1 dinar emas dengan harga RM750, tapi syaratnya anda perlu lock harga (place order) on the spot!

p.s.2. Sebanyak mana keuntungan bergantung sejauh mana ilmu anda tentang pelaburan emas. Untuk bermula dengan betul, dapatkan consultation percuma daripada dealer berpengalaman sebelum membeli. Contact dealer anda melalui email, sms, call, ataupun berjumpa face-to-face.

Artikel berkaitan:

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • alhamdulilah,jumpe dgn blog tuan,byk info yg bagus2.saya baru berjinak-jinak dalam menyimpan dalam emas/perak ni.
    ada tak tuan kenal dealer2 PG dari bangi,senang nanti nak ber’COD’.tq

  • Assalamualaikum.En. Zul,saya nk tanya sikit:

    i.Boleh ker beli dan ambek emas lebih dari 3 hari?Sebab sy terbaca artikel ust.zaharuddin dan pak di yang urusan yg dilakukan hendaklah dalam masa 3 hari shj.Kalau x boleh,macam mana nk lock harga ikut cara tu.huhu

    • Wslm ms.comey,

      Lepas keluar parameter pelaburan emas oleh majlis fatwa, kesimpulan yang dibuat ialah lock harga bukan bermaksud aqad jual beli. Isu penangguhan sebenar ialah penangguhan antara serahan bayaran & serahan barang.

      Kalau nak selamat, bayar hari ke-3 kemudian terus collect emas tu seceapat mungkin. Lepas consult dgn bebarapa kenalan saya yang memang bidang muamalat Islam, saya buat kesimpulan iaitu isu penyerahan bayaran & barang tak jadi isu dgn Public Gold sbb price dia memang dah fixed mengikut harga kita lock.

      Wallahu a’lam.

  • tuan zul, maaflah sebab saya ni banyak tanya..hehe… kalau saya keja kat mukah, sarawak, saya order emas dan suruh isteri saya yang keja kat kedah ambilkan boleh tak?? mksd saya, saya letakkan branch untk collect emas tu kat pg kedah?

    • Wslm En. Mail,

      Kalau En. Mail dealer memang boleh buat macam tu. Cuma kena isi authorisation form, kepilkan salinan ic isteri & ic En. Mail.

      Kalau En. Mail bukan dealer, saya syorkan order atas nama isteri jer. Urusannya jauh lebih mudah.

      Wallahu a’lam.

  • Salam En. Zul,

    Dealer ada jual direct tak dengan pembeli tanpa melalui langkah2 seperti lock harga, cetak invoice dan sebagainya? Maksudnya terus berjumpa tuan, dan beli secara tunai?

    • Wslm En. Firdaus,

      Boleh beli direct dengan dealer. Dealer akan lockkan harga dan uruskan semuanya. En. Firdaus just hulur duit, dan terima barang. Itu jer. Tapi untuk dealer lock harga, dia perlukan info En. Firdaus; (1) nama penuh, (2) no i/c, (3) email, (4) no telefon, (5) item yg nak dibeli.

      Kalau En. Firdaus nak berurusan dengan saya, boleh contact saya. 019-336 8009 / ibnushafie@gmail.com.

  • Assalamualaikum En. Zul…

    Terima kasih banyak2 atas info… saya banyak dapat maklumat dari blog en. Zul ni.

    Pertanyaan: 1)Jika saya lock harga, nama dealer/introducer tu boleh tak org lain2? Contoh kali pertama saya letak nama dealer A, kali kedua saya letak nama dealer B?

    2) Boleh tak saya nak bayar cash di cawangan PG, tak nak bank in? sebab saya tak buat internet banking…

    3) Jual beli emas ni patuh syariah tak? sebab nampaknya jual belinya melibatkan beberapa hari…

    Terima kasih.

    -mas-

    • Wslm Pn. Mas,

      Alhamdulillah, t.kasih berziarah ke blog seadanya ni.

      1. Introducer tak boleh tukar. PG akan kira introducer pertama kalau even kita letak nama introducer yang lain untuk order seterusnya.

      2. Boleh bayar cash di cawangan PG, tapi tak boleh lebih RM3,000. Kalau lebih kena bank in di kaunter bank. Kalau nak cepat processing dan tak menunggu lama di ofis PG, better bank in dulu duit tu. Lepas tu emailkan payment. Bila ada masa, baru pergi ambik di ofis PG.

      3. Pasal jual beli emas ni ada banyak pendapat. Pendapat PERTAMA, membenarkan penangguhan sehingga 3 hari sahaja. Maksudnya, kalau Pn. Mas plan nak collect emas tu hari Selasa, buat la payment sehari sebelum datang ambik utk make sure waktu penyerahan duit dan penyerahan emas tak lebih 3 hari. Pendapat KEDUA, penangguhan dibenarkan tak kira berapa hari sekali pun. Dua2 pendapat betul sebab masing2 ada hujjah yang kukuh. Khilaf dlm hal furu’ (cabang) adalah rahmat bagi ummat kata Nabi. Untuk penjelasan lanjut, boleh rujuk di blog sahabat saya http://www.sunnahemas.com.

      Wallahu a’lam.

    • Terima kasih atas jawapan… persoalan lagi…walaupun dalam artikel di atas en.Zul larang guna CDM, sebenarnya boleh tak guna CDM? dan resit transaksi melalui CDM tu sah tak untuk urusan di kaunter PG?

  • Salam. Sy juga br shj beli emas dalam setahun lalu. Tp sekarang bila nak jual blk ke public gold bila harga da naik mereka tak nak amik. Dulu mereka kata akan ambil bila2 masa sahaja. Sy ada masalah nak jual emas sekarang

    • Wslm tuan,

      Tuan deal direct dengan office Public Gold atau melalui dealer? Biasanya dealer ada pilihan beli balik atau tak berdasarkan modal yang dia ada. Tapi tak pernaj berlaku lagi kes Public Gold tak nak beli balik, kecuali 2 keadaan:

      (1) Nama Kena Blacklist

      Public Gold tak akan beli balik emas dari orang yang pernah di black list. Contohnya, dia lock harga tapi cancel order dan tak bayar panelti.

      (2) Item Emas di Blacklist

      Item yang pernah ada kes seperti kena curi, penipuan jual beli dsb, item tu Public Gold tak akan beli balik. Dia akan keep track berdasarkan no. siri emas tu. Untuk elak beli item yang di black list, make sure beli dari authorised dealer.

      Kalau tuan ada masalah jual balik, boleh call saya untuk saya semak masalah sebenar. Wallahu’lam.

  • salam en zul,saya nak bertanya sekadar ingin tahu kalau kita ingin jual emas pg yg kita beli kepada pg suatu hari nanti hanya bawak emas ke ofis pg dan terus dpt cash disana atau kena bank in dulu atau ade syarat2 lain lagi

    • Wslm En. Amran,

      Bila nak jual nanti, bawa emas + sijil ketulenan ke ofis PG. Kalau kita jual sebelum pukul 4.00ptg, esok dia akan bank-in duit ke akaun kita. Kalau lepas pukul 4.00 ptg, lusa baru bank-in. Kalau sijil ketulenan hilang, PG akan tolak RM10.

  • oh ya satu lagi saya nak tanya kalau kita beli 20k emas pg atomatik kita dpt status dealer tapi tak bersedia jadi dealer dlm blok en zul kata boleh wakilkan status dealer tu pada orang lain yg ni saya tak paham tolong en zul ulas sikit kalau wakil pada pihak lain kita dpt komisyen jugak ke

    • Kalau buat belian RM20 dalam satu belian, automatik jadi dealer. Kalau tak dapat datang ambik sendiri emas tu, buat order atas nama kita, tapi wakilkan orang lain ambikkan emas tu di ofis PG. Syaratnya, kena isi borang “authorisation” dan bagi salinan i/c pemilik & wakil.

  • Assalamualaikum en.Zul,

    Mengikut fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan, kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.

    Jual beli emas di PG melibatkan 1) Lock harga 2) Terima sales order 3) Bank in duit 4) Ambil emas di ofis PG

    Antara 4 proses di atas, pada proses yang manakah dikira sebagai termeterainya akad jual beli?

    Contoh: saya nak beli emas bernilai rm30000, hari Isnin saya lock harga, hari Selasa saya bank in di kaunter bank (duit akan masuk ke akaun PG selepas 2 hari bekerja bagi amaun tersebut, hari Khamis baru duit masuk ke akaun PG), jadi hari Khamis baru saya pergi ambil emas di ofis PG…… adakah jual beli ini mematuhi syariah?

    Berbalik kepada soalan, pada stage yang manakah dikira sebagai termeterainya akad jual beli?

    Terima kasih.

    -mas-

    • Wslm Pn. Mas,

      Pendapat #1 – Tak Membenarkan Penangguhan

      Saya dah teliti Parameter Pelaburan Emas Majlis Fatwa. Menurut majlis fatwa, emas pelaburan termasuk sebagai BARANG RIBAWI. Dan majlis fatwa berpegang pendapat ulama bahawa DUIT KERTAS juga adalah barang ribawi. Maka, penyerahan perlu dilakukan dalam masa 3 hari.

      Jual beli emas PG melibatkan (1) lock harga, (2) terima sales order, (3) bank-in duit, (4) mengesahkan bayaran, (5) ambik emas di ofis PG.

      Apa yang saya faham, Sales Order tu adalah aqad JUAL, dan mengesahkan bayaran tu sebagai aqad BELI. Untuk pastikan penangguhan tak lebih 3 hari, saya syorkan puan contact dulu office Public Gold untuk mengesahkan stock di cawangan tersebut memang dah ready. Bila ready, puan terus buat bayaran dan collect emas keesokan harinya. Maka tempoh bayaran & penyerahan barang berlaku dalam masa 3 hari dan ianya patuh syariah.

      Pendapat #2 – Membenarkan Penangguhan

      Kekadang disebabkan beberapa kesulitan, kita tak dapat manage untuk pastikan aqad jual beli dan penyerahan berlaku dalam masa 3 hari. Selama 2 tahun saya jadi dealer, perkara ni selalu berlaku dan tak dapat dielakkan.

      Dalam situasi ni, kita boleh berpegang pendapat kedua iaitu ulama yang berpendapat DUIT KERTAS BUKAN BARANG RIBAWI disebabkan pengeluaran duit kertas oleh kerajaan tak lagi disandarkan kepada emas sejak 1971. Maka, penangguhan berapa hari sekalipun adalah dibenarkan. Untuk penjelasan lanjut, puan boleh ikuti penerangan oleh Ustaz Zulkifli Ahmad di http://www.sunnahemas.com. Puan boleh guna link ni untuk refer videonya di youtube”

      http://youtu.be/l-eeMJ5W2j8

      Lepas dapat penjelasan Ustaz Zul, saya rasa lebih selesa untuk berurusniaga sebab kedua-dua pendapat adalah betul lagi sahih. Kita boleh pilih yang mana lebih praktikal dengan situasi kita sebagaimana kita berpegang pendapat ulama iaitu lelaki tersentuh perempuan bukan muhrim sewaktu ibadah tawaf tak membatal wudhuk.

      Wallahu a’lam.

  • Terima kasih atas maklumat dan penjelasan yang en.Zul berikan… moga membantu sesiapa yg mempunyai kemusykilan ini juga…

    -mas-

  • “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.” (Surah Al-Baqarah: 278 & 279)

    Berhati2lah kita dengan RIBA! semoga kita terhindar dari terlibat dengan riba, ia satu dosa besar…

  • Tuan zul…

    jika sy telah beli emas dgn suatu harga…pd esoknya jam 8.00mlm sy dapati harganya telah naik rm50…bermaksud sy untung kalau jual…jd mcm mn caranya pd jam 8.00mlm tu sy nak jual emas…boleh lock harga utk jual ker?

    • Betul tu tuan. Bila harga emas naik, tuan boleh lock harga untuk jual melalui dealer atau jual direct ke ofis Public Gold.

      Kalau tuan bukan dealer, boleh lock harga juga samada melalui website atau sms terus ke no. hp branch tu. Bagi (1) nama penuh, (2) ic, (3) item yang nak dijual. Kemudian, make sure emas tu sampai ke ofis Public Gold pada hari bekerja berikutnya.

  • assalamualaikum tuan zul,
    macam mana dgn pembelian(dgn dealer) tp xde resit dan sijil ketulenan dan sebagainya..?kemungkinan emas yg dijual tu stok2 lama beliau ketika harga jatuh..adakah akan timbul masalah apabila nak sy hendak jual kembali nnt?

    • Wslm Tuan,

      Kalau tak ada resit tu tak ada masalah langsung, cuma sijil ketulenan tu penting. Ia penting untuk pajakan. Kalau nak jual balik kepada Public Gold tak ada masalah, cuma Public Gold akan tolak RM10 daripada harga PG Buy.

      Saya syorkan, kalau nak beli emas Public Gold, pastikan kena dapatkan sijil ketulenan. Tapi kalau emas lain, contohnya Dinar Kelantan, ia memang tak ada sijil ketulenan.

      Wallahu a’lam.

    • Salam En Zul, saya suka membeli kecil kecilan dari kawan saya yg juga dealer. Bila dah lock harga, dia akan minta saya bayar ke PG dan email proof of payment ke PG. bila dia dah collect emas, ada processing fee of RM

    • Processing fee RM10 tu upah (duit minyak & masa) yang diambil oleh dealer tu atas urusan collection yang dia buat. Ia depends pada dealer. Biasanya caj upah tu penting especially bila belian dalam amaun yang kecil sebab komisyen yang dealer tu terima kekadang tak berbaloi dengan risiko yang dia tanggung untuk collect & hantar barang pada customer.

  • Salam en zul. Jika saya order dinar di website public gold, boleh ke minta public gold pos ke alamat saya atau perlu collect sendiri di branch? TQ.

    • Wslm tuan,

      Public Gold tak menawarkan servis penghantaran. Kalau nak pos, kena deal dengan dealer. Order melalui dealer, dan buat bayaran kepada dealer. Biar dealer tu uruskan semua sampai dia poskan. Tapi make sure deal dengan trusted dealer. Takut kena tipu.

  • Slm. saya nak tanya kalau dealer buat lock order untuk buy bagi new buyer. tapi tiba-tiba new buyer tak jadi beli.. apakah risiko yang timbul kepada dealer dan new buyer di atas pembatalan kepada lock order td.tq

  • Assalamualaikum en. Zul.
    Saya kurang faham tempoh bayaran yang perlu dijelaskn pada pg.. misalnya saya buat tempahan hari ni.. bila waktu sesuai untuk saya bank in pada pg..

  • assalam tuan .. sy berminat nak beli 1 dinar pertama sy .. modal dah ada .. xboleh ke bayar terus dpt dinar tu .. ingat kan boleh beli gitu je ..

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >