MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Berkuda di Denai Alam Recreational Club (DARC)

Alhamdulillah, pengalaman baru bagi saya serta anak-anak. Hujung minggu lepas (29 April 2012), kami bawa anak-anak ke tempat rekreasi terbaru yang diperkenalkan oleh customer kami iaitu Pn. Azni dan suaminya yang tinggal di Denai Alam.

Berkuda bersama Hifdzi. Saya selalu fikir nak exposedkan anak-anak dengan pengalaman baru dalam hidup.

 Aisyah excited nak naik kuda. Asalnya, saja ajak anak-anak pergi tengok kuda. Mungkin ia lebih baik dari aktiviti rutin kami bersama mereka iaitu main di playground.
Anis berani. Tak sangka pulak semuanya berani naik kuda. Saya pun teragak-agak masa nak naik. 
Amal dapat kuda lebih kecik dan lebih cantik. Dia tak nak naik kuda besar yang kami naik. Dia insist juga untuk naik kuda kecik… Hm… Amal memang seorang yang berpendirian. Kami nampak, dia adalah future muslimah leader! 
Fathi pun excited. Mula-mula saya fikir dia takut naik kuda. So, saya beli 4 tiket jer iaitu untuk saya, Aisyah, Amal, dan Anis. Tapi bila tengok semua kakaknya naik, Fathi pun nak juga! Barulah dipanggil “boy”… (“,)
Anak-anak happy, ibubapa ni bertambah-tambah la happy. Saya plan nak register jadi member club ni. Cuma RM180 jer sekeluarga. Dapat naik kuda tu free, unlimited untuk setahun. Di club ni, bukan ada kuda jer, banyak lagi termasuk memanah, kolam mandi manda, gym, motor cross dsb. InsyaAllah, next visit saya akan ambik lebih banyak foto di sini…
Sahabat yang duduk area KL Selangor, jalan lepaskan peluang untuk bawa anak-anak ke sini. Sekali naik kuda bayarannya cuma RM5! MasyaAllah… Murah tu berbanding nak bela dan jaga sendiri kuda-kuda tu…. Untuk maklumat lanjut pasal club ni, sahabat semua boleh tengok website ni; www.darchorse.com.my. 
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
3 Mei 2012
12 Jamadil Akhir 1433

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Seronok beriadah sekeluarga.. 😉
    Sekali sekala tukar angin benda baru memang bestkan tuan..
    terima kasih kerana berkongsi.. 😉

    • Saya tak pasti puan. Puan kena tanya kelab tu terus. Kalau dewasa jer dan tak ada kanak-kanak, saya syorkan masuk kelas berkuda terus. Tak silap saya bayar RM120 untuk 4 sessi belajar berkuda. Saya join RM180 setahun tu sebab anak saya ramai untuk naik Joy Ride. Joy Ride tu staff dia yang tarik kuda untuk 2 pusingan. Kalau kelas berkuda tu kita bawa sendiri.

  • Assalamualaikum, saya nick name erna@tg faridah dari lumut perak, cadangan kami akan mengadakan festival kuda n acara kuda berhias, bakat kuda, uniform berkuda, acara kuda padi dan kuda baka cantik mahal juga ada sukan polo, maka untuk keterangan lanjut hubunggi saya di talian 0106020111 whatapp only @ call 0186604800
    Segala maklum bals dari anda adalah sokongan bg menguatkan lagi proposal kami dan mendapat dana Bulan Mac 2017 – 29-30hb April 2017 tarikh event,

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >