MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Pakai Smart Phone, ‘Wajib’ Ibadah Qurban

October 10, 2012

Ibadah Korban

Pakai Samsung Galaxy SII, 'wajib' buat qurban... Kalau sms kita orang tak reply, mungkin 1001 persepsi yang kita fikir. Tak sudi? Tak layan? Mesej kita tak penting? Busy? Dan macam-macam lagi. Atas desakan inilah, saya nekad untuk bertukar kepada smart phone! Smart phone pertama yang pernah miliki.... (",)

Sekarang saya dalam proses transfer data dari Nokia X2-00 ke handphone baru, Samsung Galaxy SII. Banyak betul nak kena transfer. Contact number ada 1,346, sms ada 230 conversation! Itulah sebab Nokia X2-00 sampai jem. Setiap kali nak buka sms baru, mesti 'hang'. Nak reply sms, 'hang'. Nak refer sms lama, 'hang'.  Nak buka calculator pun 'hang'. Bila saya transfer data satu persatu, masyaAllah, banyak juga sms yang saya lupa reply dan terlepas pandang... Timbul rasa sangat-sangat bersalah...

Mohon maaf sangat-sangat kepada semua sahabat yang hantar sms tapi tak berbalas. Bukan sombong, bukan tak penting sms kalian. Semua sms/ email/ blog comments yang saya terima saya anggap ianya wajib dibalas macam wajibnya menjawab salam. Selagi dan tangan, insyaAllah saya akan balas. Kalau saya tak reply, maksudnya saya lupa nak reply atau belum sempat reply. So, jangan segan-segan untuk follow-up kalau saya tak balas sms... (",)

Maaf, 1000 Kali Maaf...

Kekadang bila dapat sms, masa tu tengah drive atau melayan anak-anak. Bila tak reply on the spot, itulah yang lupa tu. Nak retrieve balik sms lama, handphone pulak kurang efisyen. Mudah-mudahan dengan Samsung Galaxy SII ni, masalah-masalah lepas tu dapat di minimumkan, insyaAllah...

Mungkin agak terlambat. Orang lain dah lama pakai smart phone. Saya perhati, majoriti Gen-Y pakai smart phone sekarang ni. Dah tak main dah "sms". Sekarang ni semua pakai "whatsapp". Ada sorang kawan saya tu katanya, dia cuma hantar sms dekat ayah dia jer. Dengan kawan-kawan semua pakai "whatsapp" ataupun "bbm". Aduh... Masa tu baru saya tahu yang saya dah ketinggalan rupanya... Apa lagi orang bisnes...

Handphone lama, Nokia X2-00

Antara Smart Phone & Ibadah Qurban

Saya jenis tak mengejar trend sebab bagi saya ianya costly. Saya cuma akan keluarkan duit bila sesuatu benda tu dikategorikan "perlu" atau "benar-benar perlu" jer. Walaupun Samsung dah keluarkan Samsung Galaxy SIII (RM1,800), saya cuma beli SII (RM1,300) jer. Bukan sebab tak mampu beli, tapi SII tu dah cukup baik untuk penuhi keperluan  saya. Extra RM500 tu lebih baik saya gunakan untuk benda lain yang lebih bermanfaat...

Sekarang ni kita dah dekat Hari Raya Qurban. Jadi, kalau sesiapa beli handphone lebih daripada keperluan, bagi saya dia 'wajib' buat qurban! Extra RM500 tu dah lebih daripada cukup untuk dapat sebahagian lembu. Siapa tak buat qurban, takut nanti malu pada Nabi.... Sebab Nabi pesan, siapa yang mampu tapi tak buat qurban, jangan datang dekat dengan masjid Nabi! Mazhab Maliki dan Hanafi hukumkan wajib. Mazhab Syafie jer yang sunnat muakkad (sunat yang dituntut)... Saya pernah ulas pasal pentingnya ibadah qurban dalam artikel "Selesaikan Masalah Hidup Dengan Qurban" dan "Aqiqah & Qurban, Bukan Hal Remeh"...

Selamatkan Data Dengan Google Contact

Oh, ya. Sebelum saya terlupa, just nak share satu perkara paling best dengan Samsung Galaxy SII iaitu saya boleh simpan contact number dalam Google Mail (Gmail) jer. Bila saya update dekat google, dia akan automatik update dalam handphone. Kalau handphone tu hilang, semua contact number masih selamat, insyaAllah. Dah tak perlu backup dah macam Nokia lagi dah. Antara aset paling berharga bagi orang bisnes ialah contact number! Contact number tu adalah 'raw material' untuk mempunyai network yang besar dan sahabat yang ramai... InsyaAllah.

Wallahu a'lam.

Zulkifli
Damansara Damai
10 Oktober 2012
24 Zulkaedah 1433

Artikel berkaitan:

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Salam en. Zul,
    Tahniah! bukan sebab pakai handphone baru tapi tahniah sebab ada baki RM500 yang boleh digunakan untuk benda lain. Saya pun nak mencontohinya.
    My wife pakai Galaxy S2, daripada comment wife, batterynya cepat habis. So, saya nasihatkan beli backup changer untuk letak kat opis dan lagi satu kat dalam kereta. Kalau pakai GPS lagi cepat habis battery. Kadangkala ia cepat “hang” but not selalu.

    Ok. Selamat Menyambut aidil adha.

    Hisham MD

    • Wslm Hisham,

      T.kasih atas nasihat yang sangat berguna. Hisham ada suggestion handphone mana better dari sudut performance i.e. longer batter life etc? Mungkin saya boleh consider untuk masa depan, insyaAllah.

  • salam en.zul,
    mohon pertolongan en.zul. saya bercadang hendak mula melabur dalam 20k,dan saya berminat dengan 2sykt ni,tp tak tahu yang mana satu sykt yang saya nak labur dan dapat memberikan keuntungan yang lebih untuk saya,

    sykt A.
    1.harga dinar murah, kos premium lebih kurang 3%
    2.jika beli 20k layak jd dealer,dapat diskaun 1% dan pembelian seterusnya.hingga 80k-layak diskaun 1.5% diskaun
    3.spread – 6%
    4.sykt agak lama, tak banyak caw.
    5.tx byk produk
    6. harga updated 1@ 2 kali sehari

    sykt B.
    1. harga dinar agak mahal, kos premium lbh kurang 19%
    2. jika beli 10k-diskaun 1.5%,jika beli 20k-diskaun 2.0% dan seterusnya,50k-2.5%
    3.spread -5%
    4.sykt agak baru, ada 6 caw.
    5.byk produk dijual serendah 1grm.
    6.harga updated setiap 20 minit .

    jadi sykt manakah yang harus pilih…diharap en.zul yg lebih berpengalaman ni dapat memberi pendapat .tq -md.noor

    • Wslm En. Md Noor,

      Kalau syarikat A dekat dan mudah berurusan, saya syorkan beli emas syarikat A. Premium rendah memang terbaik untuk very long-term investment.

      Kalau En. Md Noor nak buat trading i.e buy low, sell high secara kerap, saya syorkan beli emas dari syarikat B sebab spread dia rendah dan harga dia diupdate lebih kerap.

      Kalau En. Md Noor invest dalam amaun yang sangat besar i.e. RM100k dan ke atas, kena cek kemampuan syarikat untuk beli balik sebab takut bermasalah bila nak jual semua sekaligus.

      Wallahu a’lam.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >