MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

2 Faktor Kad Kredit Mudah Memerangkap Peminjam!

January 21, 2013

Saya perhati, kad kredit cara paling mudah memerangkap sesiapa sahaja masuk ke dalam belengu hutang. Sekali orang tu terjebak dengan hutang kad kredit, memang payah nak keluar. Kalau keluar pun, dia akan ‘ketagih’ untuk hutang lagi unless dia betul-betul ‘insaf’. Selain daripada faktor terlalu mudah untuk dapatkan kad kredit di mana sales person yang dilantik oleh bank mempunyai sales target masing-masing, ada 2 ekor “hantu” yang menjerat peminjam tanpa mereka sedar iaitu:

Hantu #1 : Tak Terasa Duit Keluar

Buat belian dengan kad kredit ni, kita tak terasa duit mengalir keluar macam orang berjudi di kasino yang menggunakan cip-cip plastik. Mereka lalai berjudi dan tak terasa pun duit mereka mengalir keluar. Tahu-tahu, poket dah pokai!

Kad kredit pun macam tu. Yang kita tahu hanyalah swipe kad plastik, dan dapat barang seolah-olah barang tu dapat percuma! Bila datang statement, baru ‘terbeliak’ biji mata. Untuk menyedapkan hati, kita pun cakap, “tak aper, bayaran minimum cuma RM50 jer sebulan”… Murah jer. Bila kita rasa murah jer, hantu kedua bersiap sedia untuk menghisap darah kita iaitu “compounding interest” yang tinggi.

Hantu #2: “Compounding Interest” Yang Tinggi

Menurut Albert Einstein, “compounding” adalah perkara ajaib ke-9 di dunia. Kalau orang buat investment atau berniaga, perkembangan secara “compounding” inilah yang membuatkan pendapatan mereka meletup-letup! Tapi kalau orang berhutang, “compounding” itulah yang mempercepatkan mereka merengkok dalam penjara hutang!

Bukan sekadar “compounding”, tetapi interest 18% untuk kad kredit adalah interest paling tinggi dikenakan oleh pihak bank berbanding mana-mana jenis pinjaman! Mungkin ia boleh dianggap rendah sikit berbanding interest yang dikenakan oleh along! (“,)

Cuba bayangkan, kalau berhutang kad kredit RM5,000, dan membuat bayaran minimum setiap bulan secara berdisiplin, maka hutang tu akan fully-settled hampir 19 tahun! Dan jumlah hutang tu berganda menjadi RM10,000! Itu baru RM5,000, tapi saya perhati orang terbelengu hutang kad kredit biasanya mencecah 5 angka, bahkan seorang adjustor (penyiasat insurans) pernah bagi tahu saya satu kes yang mana seorang wanita bergaji RM15,000 sebulan, tapi dia terhutang kad kredit RM200,000 di waktu kematiannya! Jumlahnya cukup untuk beli sebuah banglo di Kelantan!… Nauzubillah…

Interest Kad Kredit vs Pulangan Pelaburan

Itulah antara sebab saya tak syorkan orang yang terbelengu hutang kad kredit terlibat dalam pelaburan emas selagi hutang tu belum settle. Kita melabur dalam emas, untung puratanya sekitar 10% – 15% jer lepas tolak spread (susut nilai) dan zakat. Dan untung ruginya pun belum tentu sebab ia bergandung pada harga emas dunia.

Tapi interest kad kredit, 18% setahun tu adalah pasti. Walauapapun keadaan ekonomi, 18% tu tetap kena bayar dan terus berganda. Kalau ada mana-mana pelaburan yang tawarkan dividen 18% secara tetap setiap tahun, saya yakin pelaburan tu akan penuh (fully-subscribed) hanya dalam masa beberapa jam lepas pelancaran! Maksudnya, caj interest 18% setahun terlalu tinggi berbanding pulangan daripada mana-mana pelaburan.

Kalau sahabat nak pakai kad kredit, ingat pada dua (2) ekor hantu ni dan belajar disiplinkan diri menggunakan kad kredit. Saya pun pakai satu kad kredit sekarang, tapi saya belum pernah kena apa-apa caj tambahan kecuali yuran tahunan. Kalau kena pada gaya, kad kredit boleh memudahkan banyak urusan untuk jadi lebih kaya. InsyaAllah, dalam artikel lain nanti saya kongsikan cara disiplinkan diri menggunakan kad kredit dan cara keluar daripada belengu hutang kad kredit yang tak sudah-sudah. InsyaAllah…

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
18 Januari 2013
6 Rabiul Awwal 1434

Point penting tentang kad kredit di Malaysia:

  • Pendapatan minimum untuk memohon kad kredit ialah RM18,000 (atau RM1,500 sebulan)
  • Kadar caj kad kredit ialah 1.5% sebulan (bersamaan 18% setahun) daripada baki tertunggak. Selain caj 1.5%, bank akan kenakan caj pengeluaran tunai 5% dan caj lambat bayar RM5.
  • Bayaran minimum hutang kad kredit ialah 5% daripada baki tertunggak.
  • Sehingga tahun 2010, sebanyak 8.8 kad kredit dikeluarkan oleh institusi kewangan seluruh negara dengan purata setiap pemilik memilik 3 kad kredit. Pinjaman kad kredit hanya 6.1% berbanding pembiayaan lain yang diberikan oleh institusi perbankan.
  • Sehingga Mei 2010, seramai 4,417 diisytiharkan muflis dalam tempoh 5 tahun.
  • Pengguna kad kredit cenderung berbelanja 17% lebih berbanding mereka yang berbelanja secara tunai.

Artikel berkaitan:

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Setuju sangat dengan pendapat tuan.
    Kad kredit ini ibarat pisau. Kalau betul cara penggunaan, pemiliknya akan mendapat faedah. Kalau sebaliknya, pemilik akan’cedera parah’. Jika mampu berdisiplin dan treat credit card spt cash then go for it…

  • alhamdulillah..ilmu yg sgt berguna tuan..kad kredit kalau kena dengan caranya,boleh jadi good debt,tp yg menyedihkan ramai yg terjebak kpd bad debt..semuanya nafsu yg menguasai diri..

  • SANGAT-2 BERSETUJU..pglmn sy sendiri..tahun 2009-2010..
    htg kad 7k++..wlpn byr konsisten 1k sbln tp 2tahun pon xsettle2 (+plk ade pengunaan bln2)..alhamdulillah, nekad pinjam duit dgn abg utk setlekan skaligus (htg dgn abg setle dlm mase xsampai stahun)..
    dan sy belajar drpd kesilapn tu..
    Masih mggunakan kad kredit tp dgn displin ..
    d kaunter bayar guna kad kredit..tp slps tu terus buat pembayaran secara online..
    bile sampai statement kad sebulan 0.00..dah 2tahun berjaya disiplinkan bgtu..alhamdulillah..siap leh redeem brg2 lg (byk guna byk dpt point)…kad masih perlu sbb xsuka bwk cash byk2..

  • I love credit card so much~~ isi minyak x payah g kaunter.nak beli brg dapur x payah g mesin atm.nak beli periuk tefal pun tak payah g mesin atm.

    Mujur la aku ni spesies beli bila perlu~~ heeee nak nak pulak CC da ada online payment.lepas swipe la tu jugak tang tu jugak buka phone dan bayar online~~

  • Kad kredit satu keperluan jika kerap travel atau pon kita adalah sejenis yang tidak membawa cash yang banyak. Tambahan pula sekarang ini, terlalu banyak bahaya diluar sana, peragut merata-rata, jd alternatif kepada tunai ialah credit card.
    Satu lagi sebab ialah mata ganjaran. Kad kredit yang saya guna memberi mata ganjaran lebih untuk isian petrol pada hari-hari tertentu.
    Sudah beratus ribu mata ganjaran ditunaikan dan saya gembira dengan kad kredit saya. 🙂
    Saya sudah 8 tahun menggunakan credit card. Sepanjang tempoh itu, hanya sekali dua sahaja saya dikenakan interest. Ini kerana saya tidak suka melihat Outstanding Balance dan akan segera menjadikannya 0.00.
    Saya hanya ada sekeping card dan itu sudah lebih dari mencukupi.

    Pokok nya, disiplin itu penting dan janganlah memandang kredit kad dari sisi negatif sahaja.

  • Sekarang ni kita sudah punya pilihan lain selain menggunakan kad kredit. Bagi yang mempunyai kad debit, itu pilihan lebih baik berbanding kad kredit, tetapi jika risaukan risiko keselamatan penggunaan kad debit, opsyen lain adalah menggunakan kad debit yang boleh kita top-up macam top-up kredit handphone (contoh : kwik card). Ataupun gunakan charge card seperti Amex. Sebab pengalaman saya sendiri, berbanding menggunakan kad kredit untuk keperluan pembayaran tanpa tunai, saya lebih berdisiplin apabila menggunakan Amex Charge Card..sebab dengan kad ni kita wajib bayar mengikut nilai yang kita gunapakai secara penuh tanpa ansuran. Nak isi minyak kereta pun saya guna Amex je sekarang sebab tahu risiko kalau x byr segera lepas guna charge card.

  • Betul…saya pernah mengalami situasi ni…ada 2 kredit kad pakai sampai maksimum…tapi saya rasa for reasonable issue…masa tuh tolong husband siapkan rumah kami yg dibina guna duit cash sendiri (tanpa bank loan) sbb tanah geran bersama tak layak utk KWSP withdraw or bank loan…. hampir 5 tahun jugak saya nak settle kan hutang yg cuma RM11K tuh…tapi selepas 5 tahun berjaya settle tahap disiplin sentiasa mencabar diri… always purchase benda yg saya tak perlu…so sekarang dah slash 1 cc, tinggal satu jer for ’emergency’ case….

    Tapi alhamdulillah saya sekeluarga dah boleh tersenyum sbb rumah kami dah settle ..tak perlu bank loan yg sampai 25 tahun. tuh..Alhamdulillah…

      • Alhamdulillah…mmg saya rasa seronok dengan pengkongsian En. Zul tentang ilmu kewangan & pelaburan emas…Memang lega sebab dah tak ade ‘Bad Debt’ yg serious, cuma tinggal 1 hutang credit card. Sekarang saya sudah ada 6 month emergency fund ~ dlm bentuk barang kemas + tabung haji… Mula ‘terjebak’ dengan dunia Public Gold last July13 atas ajakan kakak saya…so mula beli 10g PG bar dgn duit bonus tahun lepas…tapi betullah tarikan emas nih…saya tak percaya saya akan repeat order PG bar + dinar emas dgn duit bonus tahun nih pulak. Perancangan awalnya adalah utk simpanan pendidikan anak2 lagi 10 tahun. So saya rasa drpd saving conventional insurans lebih baik simpan dlm bentuk emas…

        So, perkara yang saya perlu baca hari2 adalah website En.Zul ttg emas & pengurusan kewangan..ingat nak resign dlm tempuh 9 tahun lagi & beri tumpuan kat pembelajaran anak2….bukankah itu tugas utama seorang wanita? Tapi sekarang kena makan gaji dulu utk tolong ekonomi keluarga….

        • Alhamdulillah. Tahniah Pn. Nita. Saya turun sama gembira dengan perkembangan positif kewangan puan.

          Terima kasih berziarah ke blog ini. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.

          Betul, wanita sepatutnya beri lebih fokus kepada rumahtangga. Ibu adalah sekolah pertama bagi anak-anak.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >