Update Disember 2022 - Artikel ini TIDAK RELEVAN sejak tahun 2018 apabila kerajaan memansuhkan GST yang menyebabkan landskap industri ar-rahnu berubah. Emas Public Gold sudah terima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia, kecuali Ar-Rahnu YAPIEM (yang hanya terima barang kemas, dan gold bar atau dinar jenamanya sahaja).
Baca artikel berkaitan ar-rahnu:
Antara isu yang selalu dibangkitkan oleh pembeli emas pelaburan (berbentuk dinar, syiling emas dan jongkong emas) ialah ar-rahnu di bawah pengurusan bank macam Agrobank dan Bank Rakyat tak terima pajakan gold bar dan dinar Public Gold.
Adakah sebab Public Gold ada masalah dari sudut ketulenan?
Untuk makluman sahabat pembaca, bukan sahaja emas Public Gold, bahkan semua jenis jongkong dan syiling emas tak lagi diterima untuk pajakan oleh ar-rahnu Agrobank dan Bank Rakyat sejak pertengahan tahun 2011.
Mereka hanya terima barang kemas sahaja. Tapi Bank Rakyat masih terima beberapa jenis emas yang keluarannya limited macam Dinar Kelantan, Kijang Emas dsb.
Yang lain, semua tak diterima untuk pajakan.
Walaupun pihak bank tak pernah bagi penjelasan alasan penolakannya, tapi daripada pemerhatian ramai otai-otai industri emas, faktornya ialah cash flow bank akan terjejas kalau dia terima pajakan jongkong dan syiling emas. Isu ketulenan tak ada kena mengena langsung dalam soal ni.
Bayangkan kalau seorang pemajak tegar boleh dapatkan pinjaman RM100,000, kalau 100 orang nilainya RM10 juta!
Dan perangai pemajar tegar ni mereka hanya bayar upah & buat overlaps tanpa tebus emas tu! Pastinya cashflow bank akan terjejas...
Ar-Rahnu Koperasi Masih Terima Gold Bar & Dinar
Sekarang ni zaman orang gilakan emas dan pemain emas memanipulasi ar-rahnu kononya untuk gandakan pemilikan emas.
Tanpa ar-rahnu, dia mungkin boleh beli cuma 100 gram emas, tapi dengan “Teknik Manipulasi Ar-Rahnu” – teknik beli, pajak, beli, pajak, beli lagi dan pajak lagi, dia boleh tingkatkan pemilikan emas hingga 300 gram!
Dan berita buruknya, ramai yang menggunakan teknik ni terjerat pada tahun 2011 – 2012 sebab harga emas bergerak mendatar (sideway)!
Boleh baca tulis artikel saya tentang potensi keuntungan dan perangkap teknik ar-rahnu ni dalam artikel "5 Tips Manipulasi Ar-Rahnu Cara Selamat"...
Dan berita baiknya, sebenarnya sekarang ni sudah banyak koperasi dan syarikat swasta membuka ar-rahnu sendiri dan terima gold bar dan dinar untuk pajakan. Pendek kata, asalkan ianya emas, dan asalkan emas tu tulen, insyaAllah mereka terima.
Bagi pembeli emas Public Gold yang perlukan “pinjaman bercagarkan emas”, anda boleh pajak di:
- Ar-Rahn Kelantan (terdapat di seluruh Malaysia kecuali Zon Selatan)
- Ar-Rahnu KT (Koperasi Tentera)
- Ar-Rahnu Express (di bawah Habib Jewel),
- Ar-Rahnu Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor,
- Ar-Rahnu Exchange Bank Rakyat (mulai 1 Oktober 2013)
- Ar-Rahnu Pos Malaysia (mulai 9 Oktober 2013)
- dan banyak lagi ar-rahnu baru yang masih terima pajakan emas Public Gold. Anda boleh cek di kawasan anda masing-masing atau download “Senarai Ar-Rahnu Yang Terima Emas Public Gold“. Ia adalah survey yang dibuat oleh Public Gold pada akhir tahun 2012.
Dan saya menjangkakan, lepas ni akan ada banyak lagi ar-rahnu baru akan ditubuhkan, insyaAllah.
Wallahu a’lam.
assalamualaikum en.Zul,
Saya nak belajar tentang ar-rahnu dan selok beloknya….buku apa yang elok yang en.Zul suggest? atau laman web apa yang bagus yang en.Zul suggest utk saya study?
Terima kasih..
-mas-
Wslm Pn. Mas,
Puan boleh refer teknik ar-rahnu di link ni : http://bit.ly/WGd9dp. Cuma saya nak ingatkan, teknik ar-rahnu ni hanya sesuai bila harga emas jatuh mendadak atau nak guna duit tu untuk rolling bisnes yang menguntungkan. Selain daripada tu saya tak syorkan sebab ia telahpun memerangkap ramai pelabur emas pada tahun 2012 bila harga emas bergerak mendatar.
Wallahu a’lam.
oh mcm tu… terima kasih en.zul…
Its ok. Alhamdulillah.
salam tuan,
terima kasih atas info yang sangat berguna ini.
Wslm Pn. Rohana,
Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah.
Zul..tambahan sikit arrahnu Bank Islam juga terima gold bar, syiling dinar cuma baru 4 cawangan di kelantan sahaja…terima kasih zul artikel menarik..ramai yang tercari-cari arrahnu yang terima goldbar..
En Zaidi, terima kasih atas info yang sangat bermanfaat. Jazakallah.
Assalamualaikum tuan,
Saya mohon copy artikel ini di blog saya (www.pelaburansaya.blogspot.com)
Lagi 1 tambahan, untuk dealer Public Gold, semua cawangan PG terima kalau kita nak pajak (PSP) kan?
Wslm Tuan Helmi,
Silakan tuan. Terima kasih atas tambahan info. Cuma saya tak suka promosikan PSP sebab saya khuatir ianya tak patuh syariah. Wallahu a’lam.
Terima kasih atas tunjuk ajar tuan. Semoga Allah pelihara tuan sekeluarga & kita semua.
Alhamdulillah, terima kasih kerana mendoakannya. Moga Allah merahmati tuan sekeluarga. Amiin ya Allah.
Boleh dptkn maklumt kelebihan dan keburukan dinar emas.. adakah nilai dinar emas akan susut in future.. sy hajat utk djadikan mas kahwin.. terima kasih..
Dinar ada banyak dalam pasaran. Tapi komen saya ni berdasarkan dinar Public Gold. Kelebihannya, susut nilai lebih rendah daripada gold bar. Bila nak jual nanti, kita dapat harga lebih tinggi. Ia senang dibeli sikit-sikit, dan jual sikit-sikit sebab denominasi itemnya kecil.
Kekurangan? Ia emas 916, iaitu emas gred dua. Tapi dari perspektif investment, ia tak ada masalah sebab emas 999 dan 916 sama bagus untuk nilai jangka panjang. Kebanyakkan barang kemas dibuat emas 916 sebab ia lebih kukuh berbanding emas 999.
Wallahu a’lam.
Salam En. Zul..
Baru-baru ini saya ada memajak dinar dan bar emas PG di Ar-Rahn Kelantan semasa harga emas rendah. Sekiranya harga emas naik semula, adakah saya boleh mendapat untung sekiranya saya menebus semula emas tersebut dan di mana saya boleh menjualnya, samada di agen PG atau di Ar-Rahn itu sendiri.
Wslm tuan,
Boleh saya tahu, duit pajakan tu tuan gunakan untuk apa?
1. Kalau untuk beli emas lagi, saya rasa itu ok. Bila harga emas naik, terus jual kesemua emas ditangan (yang dibeli guna duit pajak) dan tebus balik emas tu. Boleh jual emas tu ke ofis PG atau mana-mana dealer PG>
2. Kalau duit pajakan tu tak digunakan e.g. saja-saja pajak, saya syorkan tebus sekarang.
3. Kalau duit tu digunakan untuk belanja hagus, tuan kena cari duit lain untuk tebus emas tu secepat mungkin.
Wallahu a’lam.
Salam,
Di mana boleh saya jual emas jongkong 999.9 500gram dengan harga berpatutan?
Wslm tuan,
Tuan nak jual jongkong 500g tu keluaran mana? Contact saya 019-3368009. Nanti saya bagi panduan kat mana tempat terbaik untuk jual emas tu, insyaAllah.
Salam…boleh bagi senarai tempat pemajak gadaian dinar emas PG kawasan utara yang terkini?
Terima kasih
Wslm En. Sharullizam,
Boleh cek senarai ar-rahnu yang terima emas Public Gold di link ni http://bit.ly/arrahnuPG.
As Salam En. Zulkifli,saya nak beli 1keping dinar,mohon izin guna nama encik sbg introducer yer…lagi satu boleh encik suggest buku apa yg sesuai sebagai rujukan mengenai pelaburan emas…saya masih baru dan nak belajar selok belok pelaburan emas…mohon bantuan en. zul..
Wslm Pn. Ina,
Boleh, tak ada masalah Pn. Ina. Terima kasih letakkan kepercayaan kepada dealership saya. Nanti fowardkan Sales Order kepada saya untuk rekod dan memudahkan saya follow-up dengan Public Gold bila perlu.
Buku terbaik pelaburan emas setakat ni ialah “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”, tulisan sifu saya En. Syukur Hasyim. Puan boleh beli di link ni http://bit.ly/ebookgold.
[…] berkaitan: 10 KESILAPAN Pelabur Emas Cara Memajak Emas di Ar-Rahnu Di Mana Tempat Memajak Emas Public Gold? 5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan 5 Tips Elak PENIPUAN Jual Beli Emas! Bila Masa Terbaik […]
[…] Di Mana Tempat Memajak Emas Public Gold? […]
Assalamualaikom en zul,bagaimana sya nk mmulakan pelaburan emas?mntak tnjuk ajar dri tuan.
Wslm En. Azrul,
1. Beli emas dengan duit simpanan jangka panjang. At least duit tu tak digunakan dalam tempoh setahun.
2. Untuk faham asas pelaburan emas secara pantas, download dan baca ebook “5 Minit Review Tentang Emas” di sebelah kanan bahagian atas blog ni. Kalau ada sebarang persoalan, boleh terus contact saya 019-3368009 (call/sms/whatsapp) atau email ke ibnushafie@gmail.com.
3. Kalau nak buat belian, bagi saya (1) nama penuh, (2) no. ic, (3) email, (4) item yang nak dibeli, (5) tempat tinggal untuk saya kenalpasti ofis Public Gold terdekat dengan tuan.
Itu jer asasnya.
Salam en zul sy mmg berminat sgt dgn pelaburan emas nie..boleh en zul terangkan dgn lbih lnjut tntg pelaburan emas ini dan risiko ye?
Wslm Pn. Farah,
Untuk cepat faham asas pelaburan emas, saya syorkan puan download ebook percuma “5 Minit Review Tentang Emas” di http://www.bit.ly/5minitemas. Kalau ada sebarang persoalan, boleh terus contact saya 019-336 8009 (call/ sms/ whatsapp) atau email ke ibnushafie@gmail.com. InsyaAllah saya akan guide cara yang betul.
salam,sy ingin bertanya..sy telah membeli pg gold bar 50g dr seorang dealer.adakah sekarang waktu yg sesuai untuk sy gunakan teknik ar rahnu?memandangkan harga emas masih rendah.
Wlsm En. Nasir,
Harga emas memang dalam trend menaik lepas jatuh banyak sejak April lepas. Ramai pakar jangka, ia dah tak boleh turun banyak sebab harga rendah hari tu dah menghampiri harga lombong pengeluar emas. Maksudnya, kalau turun lagi, semua lombong emas terpaksa tutup dan akan menyebabkan harga emas melonjak balik.
Harga emas dijankan akan memulakan trend menaik semula untuk tempoh 3 tahun sebagai mana tahun 2008 – 2011. Kalau nak pajak, pastikan jumlahnya berpada-pada. In case harga emas tak naik dalam tempoh 6 – 9 bulan akan datang, En. Nasir dah ada duit lain untuk tebus emas tu.
Wallahu a’lam.
Salam..
juz nk tye..PG pn ada buat sistem gadaian Ar Rahnu?
mcm bank2 lain jgk ke?
knp dealer PG recommend Ar Rahnu dari bank2 lain, xpromote Ar Rahnu dari PG sendiri..
Syukran..
Wslm En. Hilmi,
Public Gold ada sediakan kemudahan pajakan hanya untuk DEALER yang dinamakan PSP. Kemudahan tu disediakan masa ar-rahnu bank mula tak terima gold bar dan dinar untuk pajakan. Ia sebagai jalan keluar kepada dealer sekiranya emas tu tak boleh dipajak di mana-mana ar-rahnu. Tapi sekarang ni dah banyak ar-rahnu timbul macam cendawan lepas hujan, antaranya Koperasi Tentera, Ar-Rahnu Express Habib Jewel, Ar-Rahnu Pos Malaysia dsb.
Majoriti dealer tak promote kemudahan pajakan di PG sebab ia belum dilaksanakan mengikut kepatuhan syariah.
Wallahu a’lam.
As-Salam tuan..
Saya di Kota Kinabalu..sedang mencari-cari di mana nak pajak emas gold bar PG saya nie for fast cash..Google samapi sakit mata xjumpa..
Mohon bantuan berkenaan perkara ini
Terima kasih
Wslm En. Azizi,
Saya dah semak dengan rakan saya (otai Public Gold) di Kota Kinabalu, setakat ni belum ada ar-rahnu terima pajakan gold bar dan dinar di sana. Yang ada cuma ar-rahnu yang terima pajakan barang kemas jer.
Jalan terakhir, tuan kena jual emas tu balik kepada Public Gold.
Wallahu a’lam.
salam,
mybe en Zul boleh raise kan suggestion to PG utk create pajak gadai with syariah compliance dgn nilai upah yg murah. at least buyer/ customer tidak perlu deal company lain utk pajak kan emas mereka.
Wslm En. Zulhilmi,
InsyaAllah saya boleh cadangkan dalam Forum Master Dealer bersama Management dalam bulan November akan datang. Terima kasih atas cadangan tuan. Moga Allah merahmati tuan.
Salam En.Zul..berapa harfa emas PG untuk 20g pada hari ini 12.10.2013…tq.
Wslm En. Ali,
Sekarang ni RM2,899. Kalau En. Ali nak buat belian, boleh contact saya 019-336 8009 (call / sms / wassap). InsyaAllah saya akan bantu.
Salam..tuan ada org bgtaw beli@melabur 100g dgn harga lebih kurang 15k, bulan2 akan dapat rm850….betul ke ada?
Wslm En. Hamdan,
Memang ada. Tapi saya syak ianya skim cepat miskin yang bertopengkan emas sebab pada asasnya, pelaburan emas sebenar tak menjanjikan pendapatan tetap. Ia benar-benar mengikut kenaikan sebenar harga emas. Wallahu a’lam.
Assalamualaikum
Slps mbaca 5 minit review emas terasa nk cuba beli 1 dinar. Sesuaikah utk dibeli skrg?
Wslm Pn Norzihan.
Sesuai sangat beli sekarang. 1 dinar cuma rm566 jer. Harga terendah tahun ni sekitar rm550. Harga tertinggi rm700 lebih untuk tahun ni. Bagi saya harga sekarang baik sangat untuk beli.
Aslkm sya ada 3 dnar emas klntan so skrg sya nk gadai sar
bank mna yg terima?sya tinggal d butterwoth penang
Wslm,
En. Khairuddin boleh jual di Ar-Rahn PKB. Boleh rujuk di web http://arrahn.com.my/rangkaian/zon-utara .
Salam tuan..nk tnye?ok x klu sy wt pinjaman utk beli emas skg,sbb harga emas pd tahun 2020 naik mendadak..n emas jenis apa yg patut sy beli,brg kemas 916 atau gold bar 999?
Wslm En. Abu Ubaidah,
Saya lebih suka beli emas dengan duit simpanan jer. Saya ada ulas isu beli emas guna duit pinjaman dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2014/09/buat-pinjaman-beli-emas-adakah-berbaloi.html .
Arrahnu agrobank terima x gold bar n dinar public gold,atau arrahnu mana yg terima public gold?
Dinar emas ni,emas jenis 999 atau 916,n bape gram setiap 1 dinar?
Ar-Rahnu Agrobank cuma terima barang kemas jer. Kalau gold bar & dinar Public Gold, boleh pajak di Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Pos, Ar-Rahnu KT, Ar-Rahnu Express dll.
1 dinar tu emas 916, berat 4.25 gram.
Terima kasih tuan..
Sy nk tnye lg..ok x,sy ada rm 3k,sy beli mana2 emas dr public gold..samada gold bar 20g atau 1 keping 5 dinar emas..kemudian sy pajak di arrahnu n duit dr pajak 2 sy beli lg gold bar 10g atau 1 keping 2 dinar emas..kemudian sy pajak lg di arrahnu n duit dr pajak 2 sy beli lg gold bar 10g atau 1 keping 2 dinar emas..n belian terakhir 2 sy simpan..sy hanya bayar sikit2 di arrahnu utk tebus blik emas sy tdi..klu sy nk tgu beli sikit2,takut emas yg gram ke-40 2 dh jadi mahal..mcmne pendapat tuan..mohon pencerahan dr tuan..
Kaedah begitu boleh, tapi tuan kena pastikan ada duit lain untuk tebus emas tu. Kalau pajak dan beli lagi emas dengan harapan untuk jual bila harga tinggi, kaedah tu dinamakan Teknik Manipulasi Menggunakan Ar-Rahnu. Saya ada terangkan dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2013/10/tips-manipulasi-ar-rahnu-cara-selamat.html .
Mcmne kita nk jual ke pembeli baru,rujuk tips no 5?sedangkn pd mad pengenalan jongkong emas 2 ada nama pembeli pertama?
Oranf berniaga emas secara aktif biasanya dia memang sentiasa ada pembeli. Itu kena belajar berniaga emas.
Sy berkerja di semporna Sabah,ada x PG kt Sana?
En Abu contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call). Nanti saya bantu cara terbaik untuk pembelian.
Salam tuan.
Di mana untuk lihat harga emas terkini yang boleh diguna pakai.
Wslm Pn. Jihan,
Kalau emas Public Gold, boleh cek di http://www.publicgold.com.my. Kalau emas dunia, boleh cek di http://www.kitco.com.
salam tuan,
Sy brasal dari kota kinabalu.. Sy nak tnya kalau kita buat pajakan mnggunakan barang kemas seperti gelang tangan dll, brpa harga pajakan yg akan diberikan kpda kita.. mohon pencerahan dari tuan.
Wslm Pn. Hana,
Harga emas untuk pajakan tu ditentukan oleh ar-rahnu tu sendiri. Kadar pinjaman biasanya sekitar 65% – 70% daripada harga emas tu.
Maksudnya 65% dari harga asal barang kemas trsebut la kan?
65% dari harga semasa barang kemas tu. Bukan harga asal. Harga semasa tu rujuk harga semasa ar-rahnu, bukan harga semasa di kedai yang kita beli tu.
Hi. Nak tanya ,ini hanya untuk melayu shj?
boleh bagi alamat yg kat jb x?
Sekian terima kasih
.)
Semua boleh, tak kira apa bangsa atau agama.
Puan nak alamat apa ye? Apa2 boleh wassap saya 019-336 8009.
Assalamualaikum En Zul,
Betul ke emas PG LBMA tak perlu buka seal untuk pajakan? Dan satu lagi, adakah semua tempat yang encik senaraikan di atas menerima emas PG LBMA?
Terima kasih atas pencerahan.
Wslm Pn Nia,
1. Betul, tapi hanya di Ar-Rahnu Pos Malaysia sahaja.
2. Semua terima emas LBMA tetapi hanya Ar-Rahnu Pos Malaysia sahaja yang terima pajakan tanpa perlu buka sealnya.
Tuan, saya br nak berkecimpung dalam simpanan emas utk diri sendiri. Saya ada baca pasal sistem powergold, beli emas secara online. Apa pandangan tuan ttg sistem powergold ini?
Salam, Bagaimana cara nak pajak dinar di ar rahnu? Dan di ar rahnu mane 1 dinar ni diterima? Selain Ar rahnu dimana lagi yg menerima pajak atau beli 1 dinar? Kedai emas atau kedai pajak boleh ke?
Wslm Pn. Nina,
Kebanyakkan ar-rahnu terima dinar. Kalau nak confirm, puan call dulu ar-rahnu tu sebelum datang, dan bagi tahu jenama dinar yang puan nak pajak tu.
Tempat pajakan, hanya di ar-rahnu sahaja.
Nak jual, boleh jual balik di mana tempat puan beli emas tu. Kedai emas pun terima, cuma spread dia tinggi.
Assalamualaikum en.Zul,
Dimana kita bley buat pajakan utk dirham selain jual semula di public gold ?
Wslm Puan,
Buat masa ni, hanya Ar-Rahnu KDE di Penang yang terima pajakan silver.
Salam tuan, buat masa skrg ni, di mana ar rahnu yg boleh terima pajakan pg..Sy area jb
Wslm En. Hafiz,
Emas Public Gold boleh pajak di Pos Ar-Rahnu (rujuk cawangan di http://www.bit.ly/posarrahnu) atau di Ar-Rahnu Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ) tanpa perlu bka seal.
Terima kasih tuan
Sama-sama En. Hafiz.
Assalam en zul,
Sy plan nk pajak gelang utk settlekan hutang kad kredit.
Mcm mana sy nk mulakan, bila kah waktu sesuai utk tebus & mcm mana pengiraan duit simpanan utk tebus blk gelang tu?
Jazakallah
Wslm puan.
Saya tak recommend pajak untuk settle hutang kad kredit. Cajnya lebih kurang sama je.
salam tuan.. sya nk tnya..sekiranya sya jd ahli GAP ..boleh ke sya tukar emas perhiasan ke emas bar..tq..
Wslm En. Abdul Wahab,
Boleh trade in emas perhiasan kepada GAP Public Gold. Bawa emas tu ke office Public Gold terdekat untuk trade in.
Salam, sy nak Tanya..berapa yuran nak jd ahli GAP ? Cawangan PG di jln Alamesra Sulaman Sabah masih beroperasi kah? terima kasih
Wslm Pn. Lubinah,
Tak ada yuran. Free jer.
Cawangan di Alamesra masih beroperasi. Buka dari jam 9.15 pagi sampai 5.30 petang. Puan boleh terus ke sana. Masa buat belian nanti, beritahu nama saya “Mohd Zulkifli” sebagai Introducer kalau pun nak jadi penyimpan emas di bawah bimbingan saya.
Apa2 nanti boleh wassap saya bila2 masa di http://www.wasap.my/60193368009