MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kenapa Saya Pilih Emas Public Gold?

September 21, 2013

Banyak maklum balas tentang artikel "Kenapa Saya Tinggalkan Public Gold" oleh Sdr. Alif Nordin. Ramai yang tanya saya tentang artikel tu. Dulu saya pernah baca dan teliti artikel asal beliau. Tapi sekarang saya tak jumpa artikel asal dari blog peribadi beliau sendiri. Yang ada cuma yang di copy-paste sahaja.

Sebelum saya jawab dakwaan Sdr. Alif Nordin, saya perkenalkan dulu diri saya. Saya adalah Master Dealer Public Gold yang aktif. Semasa pertama kali saya baca artikel asal di blog beliau, masa tu saya hanya seorang Priority Dealer. Saya join Public Gold pada bulan Oktober 2010, bukan sebab nak berniaga emas tapi sebab nak simpan emas untuk diri sendiri jer. Banyak syarikat yang saya kaji pada waktu tu, saya nampak Public Gold syarikat terbaik untuk pelaburan emas fizikal di Malaysia sebab "senang beli, senang jual, dan untung maksimum" berbanding emas-emas lain yang ada di pasaran. Sampai ke saat saya tulis artikel ini pun, saya masih yakin Public Gold adalah yang terbaik untuk pelaburan emas fizikal di Malaysia.

10 Kelebihan Emas Public Gold

Sebabnya ada 10 kelebihan utama emas Public Gold sebagaimana saya terangkan dalam artikel “10 Kelebihan Utama Emas Public Gold”. Tapi secara ringkasnya;

  1. Harganya lebih rendah dalam RM15 - RM20 segram berbanding kedai emas
  2. Susut nilainya antara terendah di pasaran - cepat untung
  3. Stok tiada had - nak beli berapa banyak pun boleh
  4. Banyak cawangan di seluruh Malaysia - senang urusan jual beli
  5. Jaminan beli balik walaupun calar, kemek atau bengkok - lebih peace of mind
  6. Diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia - senang pajak untuk dapatkan pinjaman
  7. Sistem booking harga 24 jam sehari - senang dapatkan harga terbaik
  8. Keupayaan beli balik dalam jumlah yang besar
  9. Emas yang disertakan sijil pengesahan tulen oleh badan bebas
  10. Tiada yuran sebenar menjadi ejen

Kenapa Saya Berniaga Emas Public Gold?

Walaupun niat asal saya hanya untuk menyimpan emas sendiri jer dulu, tapi akhirnya saya buat keputusan untuk educate orang lain tentang pelaburan emas yang betul i.e. berniaga emas sambil menyimpan. Sebabnya saya nampak ramai kawan-kawan membuat kesilapan-kesilapan yang merugikan dalam pelaburan emas. Kalau dia tahu, kesilapan begitu boleh dielakkan. Alhamdulillah, dalam kesibukan mendidik orang ramai tentang emas, sedar tak sedar, saya qualify sebagai Master Dealer pada Januari 2012 dan menjadi salah seorang daripada top dealer Public Gold di Malaysia buat masa ni. Alhamdulillah.

Berbalik kepada artikel Sdr. Alif Nordin, saya faham apa yang dimaksudkan beliau sebab saya bukan sahaja pembeli emas Public Gold, tapi saya juga Master Dealer yang aktif dan sentiasa dipanggil untuk sertai mesyuarat bersama Management Public Gold di HQ Penang. Dan saya dah consult ratusan pelabur emas di Malaysia sejak 2 tahun lepas. Ada yang untung, dan ada yang rugi.

Market Down, Dalam Kerugian Ada Peluang

Yang rugi hanyalah disebabkan harga emas bergerak mendatar pada tahun 2012 dan menjunam pada April - Jun 2013. Ia memang di luar jangkaan mana-mana pakar analisis teknikal harga emas. Bukan sahaja emas Public Gold, bahkan kesemua pembeli emas seluruh dunia pun rugi. Samalah dengan apa-apa pelaburan sekalipun, bila market down, semua orang akan rugi kecuali mereka yang simpan emas tu untuk jangka panjang macam saya.

Market down macam mana pun, emas tetap emas, dan ia tetap tulen. Ia tak berkurangan walaupun 1 gram.

Dan bila market down, inilah juga PELUANG untuk mereka yang baru nak beli atau nak tambah pelaburan. Bagi sesiapa yang beli pada April – Jun 2013, mereka dah boleh jual emas tu hari ni dan mendapat untung. Hakikatnya, penyimpan emas tak akan rugi sebab sifat emas tu sendiri adalah penyimpan nilai yang ampuh zaman berzaman. Emas akan sentiasa mahal dan sentiasa bernilai, bukan macam saham dan duit kertas yang kita simpan sebagai pelaburan yang sentiasa susut di makan inflasi dan foreign exchange yang tidak adil.

4 Dakwaan Tentang Public Gold

Saya nampak kekecewaan Sdr. Alif Nordin adalah dari pespektif beliau sebagai dealer (peniaga emas), bukan sebagai pelabur. Tak ada apa-apa kekecewaan yang ditulis oleh Sdr. Alif Nordin tentang peluang ‘pelaburan’ emas yang ditawarkan oleh Public Gold. Beliau tak menafikan Public Gold adalah platform terbaik untuk PELABUR emas di Malaysia.

Saya rasa saya faham kekecewaan beliau sebab pada peringkat awal, saya pun pernah terfikir isu yang beliau bangkitkan. Dan saya selalu salurkan apa yang saya fikirkan melalui Master Dealer yang mempunyai akses terus kepada Management Public Gold. Dan ini jawapan ringkas saya tentang dakwaan beliau:

Dakwaan #1 - Business Model Jangka Panjang Menguntungkan Syarikat, Tetapi Tidak Bagi Dealer

Public Gold memang mengembangkan bisnesnya secara agresif dengan membuka banyak cawangan di seluruh Malaysia. Sehingga saat saya tulis artikel ni, Public Gold dah ada 18 cawangan. Terbaru, Public Gold dah buka cawangan di Singapore. Memang ini memudahkan semua pembeli emas Public Gold dan tak perlu terlalu bergantung kepada dealer yang komitmennya boleh bersifat “on-and-off”. Kalau dealer dah tak aktif pun, pembeli emas Public Gold tak perlu risau. Dia boleh terus jer ke office Public Gold untuk beli atau jual balik emas tu. Tak perlu risau lagi kat mana nak jual emas tu nanti.

Cawangan yang banyak memudahkan dealer kembangkan bisnes masing-masing.

Customer Datang Beli Walk-in Dari Public Gold

Apa yang mengecewakan Sdr. Alif Nordin ialah customer boleh datang terus beli emas di office Public Gold tanpa melalui dealer. Maksudnya, dealer akan ‘terlepas’ peluang dapat komisyen.

Tapi polisi Public Gold sekarang, setiap customer yang datang walk-in, staff akan tanya dari mana dia dapat tahu tentang Public Gold. Staff akan kenalpasti siapa dealer yang customer tu maksudkan dan letakkan dealer tu sebagai introducer – dan dealer mendapat komisyen. Ramai customer yang contact saya memang menyesal sebab dia tak letakkan sesiapa sebagai introducer (dealer) waktu walk-in, sebab dia seolah-olah lahir ke dunia Public Gold tanpa ibu ayah yang boleh membantu bila dia memerlukan. Padahal tak ada apa-apa additional cost untuk letakkan sesiapa sebagai introducer (dealer). Kalau dia ada dealer, at least dia ada seseorang yang mempunyai komitmen untuk bagi free guidance.

Cawangan Banyak, Dealer Untung Besar

Dari sudut bisnes, saya sangat suka bila Public Gold buka banyak cawangan. Ia bukan merugikan, bahkan menguntungkan dealer sebab customer boleh beli emas Public Gold di mana-mana seluruh Malaysia, dan meletakkan dealer sebagai dia punya introducer. Dealer tak perlu ke hulu ke hilir hantarkan emas. Ia memang berisiko bukan sahaja kepada dealer, tetapi kepada customer tu sendiri. Berapa banyak kes yang saya jumpa customer ditipu oleh AUTHORISED dealer. Duit dah dibayar, tapi dealer tu ghaib! Bila banyak cawangan, customer selamat, dealer pun untung. Alhamdulillah.

Dakwaan #2 – Komisyen Yang Sangat Sedikit, Iaitu Cuma 2%

Memang betul, komisyen Public Gold cuma 1% - 2% jer. Normal Dealer 1%, Priority Dealer 1.5%, dan Master Dealer 2%. Memang sikit. Tapi alasan paling utama komisyen sikit sebab Public Gold nak kekalkan susut nilai (spread) rendah demi keuntungan pelabur.

Dah ramai orang offer saya jadi dealer company lain sebab komisyen besar katanya, tapi saya tak sanggup ‘tipu’ pelabur membeli emas hanya semata-mata nak kaut komisyen yang besar. Syarikat yang menawarkan komisyen besar kebanyakkannya susut nilai (spread) emasnya pun besar! Dan confirm ia merugikan pelabur. Anda boleh cek perbandingan susut nilai antara pengeluar emas di Malaysia di artikel saya “Perbandingan Susut Nilai Emas di Malaysia”.

Susut nilai emas Public Gold serendah 4.5%. Harga emas naik 5%, pelabur untung 0.5%.

Komisyen Dealer Tinggi, Pelabur Rugi

Biasanya dealer syarikat yang “susut nilai” tinggi tak akan highlight kepentingan memilih emas yang susut nilainya rendah sedangkan “susut nilai” antara perkara yang paling utama kena cek sebelum beli mana-mana emas bagi tujuan PELABURAN. Kalau anda beli emas dan tak fikir untuk jual balik suatu hari nanti, maka “susut nilai” tak penting tapi majoritinya beli emas sebab nak jual pada harga tinggi. Buy low, sell high. Bukan sikit yang mengadu, katanya rasa ‘tertipu’ beli emas yang susut nilainya tinggi. Mereka hanya sedar bila nak jual balik emas tu (bila nak pakai duit)! Pendek kata, kalau pelabur emas Public Gold setahun dua dah boleh untung, emas yang susut nilai tinggi perlu tunggu 4 – 5 tahun baru untung!

Komisyen Rendah, Volume Jualan Tinggi

Pengalaman saya, walaupun komisyen cuma 2%, tapi volume jualan sangat besar sebab Public Gold menguntungkan pelabur. Bila benda baik, orang akan bercakap. Ia jadi word-of-mouth di kalangan pelabur emas di Malaysia. Dan akhir sekali, bisnes dealer akan besar bila orang tahu Public Gold adalah yang terbaik – menguntungkan pelabur. Kalau anda ada kawan facebook yang berniaga emas Public Gold, anda boleh tengok mereka ni asyik “kecoh” jer. Harga emas turun sikit dah heboh suruh beli. Harga emas naik sikit pun dah kecoh suruh jual balik dan dapat untung. Sebabnya, susut nilai Public Gold sangat rendah dan menguntungkan pelabur.

Dakwaan #3 – Tak Boleh Promote Produk Syarikat Lain

Memang betul. Public Gold tak benarkan promote syarikat lain. Bukan sahaja Public Gold, bahkan hampir kesemua syarikat marketing lain pun tak benarkan ejen promote produk pesaing. Ini diamalkan oleh hampir kesemua syarikat marketing yang bereputasi samada Direct Selling, Insuran dan Takaful, ataupun Unit Trust. Ini adalah etika perniagaan yang baik.

Bukan sahaja etika, bahkan ia penting untuk kemajuan dealer tu sendiri.

Saya tak pernah jumpa orang yang berjaya dalam perniagaan emas (dan syarikat marketing lain) yang promote 2, 3 syarikat sekaligus. Yang ada cuma hidup segan mati tak mahu. Siapa nak percaya dealer yang komitmennya berbelah bahagi? Dari sudut bisnes, cara macam tu akan melemahkan jenama dealer tu sendiri dan membuatkan customer pun jadi confuse.

Cara yang lebih betul bagi saya ialah, pilih mana-mana syarikat yang kita rasa terbaik. Pendek kata, kalau tak jadi dealer pun, memang kita akan jadi customer syarikat tu. Kemudian, barulah jadi ejen syarikat tu dengan penuh komitmen. Baru bisnes akan maju sebab saya percaya, setiap syarikat ada kelebihannya masing-masing. Asalkan kita percaya ianya terbaik untuk customer (bukan poket kita), insyaAllah kita boleh buat duit dengan senang hati.

Dakwaan #4 – Sistem Pengurusan Komisyen Yang Tidak Telus

Sebelum Disember 2011 dulu, memang dealer susah keep track jualan sebab ordering system dulu adalah manual. Samada call, sms, ataupun email. Ordering system dulu agak kelam kabut. Banyak kes saya order melalui email dan sms tapi Public Gold tak keluarkan Sales Order hinggalah saya buat follow-up. Jadi bila terima komisyen, dealer terimalah seadanya. Kalau dealer tak rekodkan jualan secara peribadi, memang tak boleh trace kalau-kalau ada komisyen yang tertinggal.

Tapi sejak 2012, boleh dikatakan hampir kesemua order dibuat secara online dan boleh disemak di website Public Gold. Bila dapat komisyen, dealer boleh keep track kalau-kalau ada komisyen yang tertinggal. Tapi saya sendiri belum pernah jumpa kes Public Gold tak bayar komisyen. Public Gold is getting better and better. Cuma masa jer yang kita perlu bersabar.

Senang. Boleh semak rekod jualan secara online jer.

Sekarang ni, bukan sahaja dealer yang boleh place order sendiri, bahkan customer pun boleh register dan place order sendiri secara online. Ini memang memudahkan customer. Customer cuma contact dealer untuk consultation, dan boleh beli sendiri emas pada bila-bila masa pada harga yang dia rasa paling cun tanpa perlu menunggu dealer.

Public Gold Sedia Mendengar

Itulah penjelasan ringkas saya tentang dakwaan Sdr. Alif Nordin. Saya rasa Public Gold telahpun ambil perhatian atas dakwaan beliau sebab pengalaman saya, Dato’ Louis (Pengasas Public Gold) adalah seorang yang baik hati dan sentiasa bersedia untuk mendengar. Beliau buktikan komitmen beliau untuk membantu dealer dan customer Public Gold dengan memanggil top Master Dealer Public Gold seluruh Malaysia untuk bermesyuarat setiap 3 bulan sekali di HQ Penang. Bukan sahaja meeting, Public Gold wujudkan juga official group WeChat yang disertai oleh Management Team (termasuk Dato’ Louis) sendiri bersama dengan Top Master Dealer yang komited untuk meningkatkan komunikasi dua hala. Komitmen dan servis Public Gold untuk dealer bagi saya adalah “tip-top”. Bukan nak memuji, tapi itu realiti yang saya sendiri lalui.

Master Dealer Forum diadakan 3 bulan sekali sebagai ruang komunikasi 2 hala secara formal antara wakil dealer dan Management Public Gold. Hasil perbincangan akan direkod dan dikeluarkan minit mesyuarat.

Komitmen begini bagi saya akan memajukan lagi Public Gold sebagai platform terbaik pelaburan emas fizikal di Malaysia. Dan sudah tentu akan menguntungkan dealer dan pelabur emas. Ia menjadikan emas Public Gold senang dibeli, senang dijual, dan untungnya maksimum, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
21 September 2013
16 Zulkaedah 1434

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Assalammualaikum En Zul,

    Saya berterima kasih kerana blog ini menyedarkan saya tentang ilmu kewangan,ilmu berkaitan emas,ilmu berkaitan dengan kekeluargaan.terima kasih pada en zul kerana mendedahkan ilmu berkenana emas dan kewangan.

  • Assalamualaikum..

    Di cne sy ingin bertanya…sy brminat dgn plaburan ne..sy student dan tidak mempunyai modal yg begitu besar…bagaimana caranya jika kita hendak membeli emas daripada public gold?? Adakah boleh melalui dealer?? Sy tgl d kwsn yg tidak mempunyai cwgn public gold.. bagaimana pula jika sy ingin mjual smula emas trsebut kepada public gold?? Terima kasih

  • Assalamualaikum En Zul

    Saya sentiasa berminat dgn artikel En Zul yang penuh informasi. Saya ingin highlight tentang booking harga emas. contohnya booking harga malam ni, besok masih boleh bayar harga yang booking. Mengikut hukum Islam ia dilarang. Ia termasuk dalam hukum riba. Emas sentiasa berubah harga. sela masa itu adalah riba. sedangkan jika urusan jual beli depan rumah, sudah terima emas dan ingin ambil duit didalam rumah pun dilarang. dikhuatiri masa untuk mengambil duit itu riba. jika urusan jual beli, bayar dan serah emas pada waktu yang sama itu dibenarkan dan tiada masalah. Islam itu indah dan hebat. Islam melindungi pembeli dan juga penjual. Itu yang saya belajar dari seorang ustaz. Betulkan saya jika saya silap. Saya masih cetek ilmu.

    saya ingin tanya soalan yang lari tajuk sedikit, boleh En Zul cadangkan tajuk buku2 yang En Zul baca yang banyak membantu meningkatkan keberanian diri untuk bertindak. Dari pasif ke aktif. Dari negatif ke positif.

    Terima kasih

    • Wslm En. Nik,

      Terima kasih berziarah ke blog saya. Dan terima kasih atas peringatan tentang hukum jual beli emas. Memang itu yang saya fahami dulu. Tapi sebenarnya hukum jual beli tertangguh tu adalah khilaf dikalangan ulama. Ada yang membenarkan, dan ada yang tak membenarkan. Tapi masing-masing pendapat mempunyai hujjah yang kuat dan kedua-duanya betul lagi sahih. En. Nik boleh baca perbincangan lanjut tentang isu ini di artikel saya di link ni:

      http://www.mohdzulkifli.com/2012/10/jual-beli-emas-secara-ansuran-apa-hukumnya.html

      Mudah-mudahan En. Nik mendapat pencerahan di situ, insyaAllah.

      Tentang pembentukan diri, memang saya banyak membaca dan praktik. Untuk ubah diri menjadi berani, positif, dan optimis banyak datang dari didikan Allah melalui jatuh bangun dalam hidup. Contohnya, sifat sabar tak akan ada dalam diri kita melainkan Allah uji kita dengan kesusahan dan berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia. Baca buku tak cukup untuk jadikan kita orang yang sabar.

      Sama juga nak jadi ‘cerdik’ dalam bisnes. Orang yang ada Master in Business Administration pun tak tahu berniaga sebab dia belajar di universiti dan tak pernah berniaga. Nak pandai berniaga, memang kena berniaga dan lalui sendiri jatuh bangun dalam perniagaan. Masa kita berniaga, barulah buku-buku perniagaan akan jadi “make sense” untuk kita baca. Begitulah juga dari sudut pembentukan diri.

      Wallahu ‘alam.

  • Assalamualaikum..

    Saya mengenali blok en. zul melalui buku menjemput rezeki dimana saya perolehi pada seminar IJI 2013 bersama doc. azizan..saya berminat dengan simpanan emas ni.,,xpi tak pandai n xtau dimana punca kuasanya. saya pernah ambil maklumat dengan cimb bank tp rumit bg saya..saya tinggal di ipoh dan belum ketemu lg dengan dealer..en. zul boleh bantu sy..mungkin buat permulaan dengan dinar dulu. tkasih atas bantuan.

  • Salam..saya suka baca blog En. Zul, penuh informasi dan telus. Tahniah. Izinkan saya jadikan En. Zul introducer saya dalam bidang emas PG ini. Terima Kasih.

    • Wslm Pn. Hafizah,

      Terima kasih berziarah ke blog ni. Moga bermanfaat.

      Boleh puan, insyaAllah. Nanti lepas dapat Booking Order, emailkan kepada saya ibnushafie@gmail.com untuk rekod saya, dan memudahkan saya follow-up dengan staff Public Gold bila perlu. Kalau puan ada apa-apa persoalan tentang emas, boleh contact saya bila-bila masa 019-336 8009 (call/sms/wassap). InsyaAllah saya akan guide setakat apa saya tahu.

    • Wslm Pn. Rena,

      Terima kasih atas kepercayaan kepada dealership saya. Nanti emailkan Booking Order yang puan terima daripada Public Gold kepada ibnushafie@gmail.com untuk rekod saya & memudahkan saya bantu puan in case perlu follow-up dengan Public Gold. Kalau puan ada apa-apa persoalan tentang emas, boleh contact saya bila-bila masa 019-336 8009 (call / sms / wassap). InsyaAllah saya akan guide setakat apa yang saya tahu.

  • salam en.zul,terima kasih di atas semua perkongsian ilmu en.zul,sy seorang penjawat awam berpangkat rendah ingin menceburi bidang emas PG,saya harap en.zul sudi memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana mahu memulakannya…insyaallah semoga dengan keikhlasan yg en.zul berikan akan dibalas oleh yg maha esa dengan keberkatan hidup.

    terima kasih.

    • Wslm Pn. Azni,

      Terima kasih berziarah ke blog saya, mudah-mudahan ia bermanfaat. InsyaAllah saya boleh guide sekadar apa yang saya tahu. Puan boleh contact saya bila-bila masa di 019-336 8009 (call/ sms/ wassap) kalau ada sebarang persoalan tentang emas.

  • Salam en.zul, terima kasih atas ilmu yang diberikan melalui blog ini. Saya berminat dengan pelaburan emas ini. Dah banyak blog saya baca termasuk membeli ebook pelaburan emas yang berharga Rm80 tu. Secara jujur tiada yang baru didalam buku tu saya boleh dapat tips tersebut di blog ni.

    Nak tanya sikit saya ni duduk kat sabah. Cawangan PG terdekat pun 9 jam perjalanan dari tempat sya. Soalan sya mcm ni:
    1. Kalau nak beli emas tu dia tanya introducer tu kan. Dia mesti di negeri yang sama ka?
    2. Kalau dah buat payment ada tempoh ka mau ambil kat cawangan terdekat?
    3. Lau nak jual pun sama juga ka kat cawangan terdekat?

    Semoga terus memberi ilmu yang berguna. jazakallahu khairan kathira.

    • Wslm En Shami,

      Alhamdulillah, terima kasih berziarah ke blog ni. Moga ianya bermanfaat, insyaAllah.

      En. Shami duduk di Sabah di daerah mana?

      1. Introducer tak semestinya dari negeri sama. Kalau beli di Sabah tapi letakkan saya sebagai introducer pun boleh.
      2. Lepas buat payment, emas tu kena ambil dalam tempoh 2 bulan. Kalau lebih 2 bulan, dia akan kenakan caj simpanan 1% daripada nilai emas.
      3. Kalau nak jual, boleh jual kepada sesiapa dealer Public Gold atau datang direct ke ofis Public Gold terdekat.

      Kalau ada persoalan lanjut, boleh contact saya 019-336 8009 (call/ sms/ wassap). Nanti kita boleh discuss lanjut, insyaAllah.

  • Assalamualaikum En Zul,

    Terima kasih atas perkongsian yg penuh berinformasi ini. Saya berminat untuk mencuba pelaburan dalam bentuk emas fizikal. Tapi ada beberapa pertanyaan yang ingin saya ajukan iaitu:

    1. Berbaloikah jika membeli sebanyak RM 20,000 emas di PG untuk mendapatkan status dealer?

    2. Adakah seseorang itu layak dipanggil dealer dan akan menikmati keistimewaan selaku dealer sekiranya hanya melakukan aktiviti emas untuk dirinya sendiri shj selepas itu?

    3. Bolehkah saya dan beberapa rakan saya berjumpa dengan En.Zul sekiranya ingin mendapatkan bimbingan tentang pelaburan emas. (saya bekerja di Jalan Ampang, Kuala Lumpur)

    Saya berminat untuk menjadikan emas sebagai salah satu dari portfolio pelaburan saya. Jawapan dan perkongsian dari En.Zul saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

    • Wslm En. Azizi,

      1. Berbaloi jadi beli RM20k sebab automatik jadi dealer dan dapat rebat belian 1% untuk belian pertama dan seterusnya, dan dapat rebat 0.5% bila jual beli emas kepada Public Gold. Maksudnya, rebat tu dapat kurangkan susut nilai emas yang dibeli at least sebanyak 1.5%. Kalau coin 1 dinar yang susut nilainya 6%, susut nilai sebenar dealer cuma 4.5%. Kadar 4.5% tu sebenarnya sangat rendah berbanding emas-emas lain yang ada dipasaran.

      2. Walaupun beli untuk diri sendiri jer, statusnya tetap sebagai dealer Public Gold dan dapat menikmati keistimewaan sebagai dealer.

      3. Boleh, insyaAllah. En. Azizi boleh contact saya di 019-336 8009 (call / sms / wassap). Nanti kita set appointment, insyaAllah.

      Bagus tu, jadikan emas sebahagian daripada portfolio pelaburan.

  • salam tuan, saya bru menceburi bidang ini…dan bru beli dari dealer jongkong emas 20gm Public Gold…so, apa langkah seterusnya yg sesuai utk sya ketahui…

    • Wslm En. Al Amin,

      Setiap permulaan, mesti bermula dengan ilmu. Bukan emas tu yang membuatkan kita kaya, tapi sejauh mana ilmu kita tentang emas. Saya syorkan En. Al Amin tambahkan ilmu tentang emas. Antara caranya:

      (a) baca blog tentang emas yang berautoriti macam http://www.jutawanemas.com.
      (b) join seminar-seminar percuma di ofis Public Gold terdekat
      (c) beli ebook tentang emas yang bagus macam di link http://www.bit.ly/ebookgold

      Secara asasnya, gold bar 20 gram tu simpan jer. Nanti nak pakai duit baru jual. Kalau nak pakai duit untuk rolling, boleh pajak di ar-rahnu.

      Wallahu a’lam.

    • Wslm En. Jamry,

      Sekarang harga emas di paras terendah dalam tempoh 3 tahun. Dalam tempoh 3 tahun, cuma dua kali jer harga emas serendah ni iaitu awal Julai 2013, dan Jumaat 20 Disember 2013 lepas. Dan sekarang masih di paras rendah. Harga emas sekarang ni sekitar USD1,200 seauns sebenarnya dah cecah harga pengeluaran di lombong. Kalau dia nak turun jauh lagi pun, mungkin susah sebab harga memang rendah.

      Bagi saya, sekarang ni waktu yang baik untuk membeli.

      Wallahu a’lam.

  • salam,
    tq atas perkongsian yg tuan lakukan melalui blog ini..moga tuan dimurahkan rezeki dan beroleh manfaat melaluinya.
    sy perlukan pendapat tuan mengenai pelaburan emas ini. sy ingin melakukan pelaburan dan telah melakukan sedikit kajian. 2 syarikat yang menarik minat sy ialah antara Sri Ayu dan Public gold. Kedua2 sykt ini memberi kelebihan dan penawaran yang hampir sama tetapi sri ayu menawarkan harga jualan yg lebih murah dgn nilai spreadnya ialah 6%. untuk pengetahuan, kedua2 syarikat ini terletak berhampiran dengan kediaman sy dan tiada masalah dari segi lokasi. PG pula mempunyai kelebihan seperti yg tuan jelaskan di dalam blog ini.
    Boleh tuan berikan pendapat berdasarkan penglaman tuan dalam bidang ini sykt manakah yg harus dipilih??

    • Wslm Pn. Roslina,

      Bagi saya dua-dua ok. Berbanding emas Sri Ayu, saya tengok emas Public Gold lebih halus buatannya. Lagi satu kelebihan Public Gold ialah harganya jual beli bergerak mengikut real time harga emas dunia. Jadi peluang untuk dapat untung dengan turun naik harga emas tu lebih baik.

      Emas Sri Ayu ok kalau buat belian kecil-kecilan, tapi kalau jumlah yang besar seperti RM100k, keupayaan syarikat untuk beli balik sekaligus mungkin bermasalah. Itu cerita yang saya dapat daripada kawan saya yang beralih dari Public Gold ke Sri Ayu, tapi kemudian balik ke Public Gold semula.

      Wallahu a’lam.

  • Salam Encik Zul,

    Terima kasih kerana jadi introducer saya,
    Sehingga hari ini,topik Saudara Alif Nordin masih lagi berlegar2 di page Facebook dan di share ke blog2.

    Pada mulanya saya pun berasa ragu2 dgn produk PG ni,
    Selepas membaca,mengkaji dan membuat research mengenai emas PG,
    Saya berasa yakin untuk memberi 1 Dinar sebagai permulaan,
    Saya bawak emas tersebut ke Ar Rahnu,
    ke kedai emas utk menguji ketulenan nya,
    Dan dari situ saya teruskan membeli 10g gold bar dan saya sengaja pajakkan di Ar Rahnu utk seminggu (takpe,rugi 4 ringgit upah simpan)..

    Perdebatan di blog2 mengenai komisen dealer,harga tak naik2,tak untung beli emas hanya skeptikal pemikiran org kita..
    Org kita hanya nak kaya cepat setiap perlaburan dan tak sabar..

    Cuba kita hayati tujuan kita melabur emas, untuk diri saya, saya melihat emas ni sebagai simpanan semasa kecemasan,kalis inflasi..

    Amatlah malang sesiapa yg melabur membeli emas menggunakan loan..
    Setiap perlaburan ada risiko..dan setiap perlaburan memerlukan masa utk membuahkan hasil..

    Don`t put your egg in one basket..

    • Wslm En. Fadhil,

      It’s ok. Terima kasih atas kepercayaan kepada dealership saya.

      Betul tu, kena sabar. Siapa yang kenal emas, harga turun lagi dia suka sebab kita boleh dapat benda yang sangat berharga dan terbukti dalam sejarah manusia dengan harga murah.

  • as salam cik zul dan rakan
    saya nk tanya
    saya teringin sangat nk beli emas
    dan saya ingin mengumpul banyak emas
    tetapi saya ingin beli emas PG daripada orang awam
    bolehkah begitu??

  • Penerangan dan perkongsian menarik saya menceburi pelaburan emas seperti perbincangan. Masa terdekat bila sesuai melabur dan jenis apa untuk RM200sj.

  • mana lebih baik public gold atau sri ayu
    kat kelantan ada ker public gold
    fening x faham….terangkan bagaimana boleh untung sedangkan harga jual lebih rendah dari beli

  • Assalam wbt En Zul

    Sy berminat utk memulakan pelaburan emas dgn bermula pada modal2 kecil-kecilan.
    Jadi bagaimana hendak bermula, adakah pada nilai 1 gm @ 5 gm @ 1 dinar itu utk setiap bulan itu adalah permulaan yg baik utk beginner seperti sy. Terima kasih. ?

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >