[Kemaskini Disember 2022]
Memanglah rugi, tapi taklah sebanyak mana. Sebab motorsikal saya yang hilang tu, sudahpun ada cover takaful (insuran).
Sudah beberapa kali motorsikal yang saya gunakan untuk pergi kerja hilang - kena curi.
Motorsikal tu merupakan pengangkutan utama untuk saya ulang alik ke tempat kerja. Dari Damansara Damai ke Damansara Height yang jaraknya sekitar 25 kilometer.
Saya letakkan motorsikal di kawasan parkir dalam apartment tempat saya tinggal. Bila waktu pagi nak pergi kerja, cari motorsikal tak jumpa.
Lepas habis cari di sekeliling apartment, memang sah kena curi.
Bila tak ada motorsikal, saya 'patah kaki'.
Tak Boleh Tangguh, Kena Beli Baru
Maka setiap kali motorsikal hilang (sebelah pagi), saya terus pergi buat report di Balai Polis Damansara Damai. Selesai report, terus singgah ke kedai yang jual motorsikal berdekatan dan beli motorsikal baharu.
Saya nak cepat. Tokey kedai akan uruskan dan pastikan sebelah petang itu juga dapat keluar motorsikal baharu.
Dari sudut duit saya tak bimbang. Saya sentiasa bersedia dengan dana kecemasan berjumlah sekurang-kurangnya 3 bulan gaji.
Jumlah tu memang cukup untuk beli motorsikal baharu secara tunai pada bila-bila masa, insyaAllah.
Saya tak boleh tunggu dapat duit claim dari syarikat takaful dulu baru nak beli motorsikal baharu. Sebab proses claim ambil masa sekitar 3 - 6 bulan baru dapat duit.
Sedangkan saya perlukan motorsikal untuk bergerak cari rezeki.
Dahulukan Duit Simpanan Kecemasan
Jadi saya beli dulu motorsikal baharu menggunakan duit simpanan kecemasan tu. Bila dapat bayaran claim dari syarikat takaful, barulah saya ganti balik duit tu.
Walaupun saya memang ada kereta, tapi saya tak suka bawa masuk ke tempat-tempat jem macam KL.
Kereta saya cuma bergerak beberapa kali jer seminggu. Itupun kalau keluar dengan anak-anak.
Kalau setakat nak keluar berdua dengan isteri, kami lebih selesa naik motosikal jer sebab lebih jimat masa, dan tak perlu buang masa dalam jem.
Saya memang 'alergik' dengan jem! (“,)
Kawan-kawan sepejabat selalu rasa hairan. Setiap kali hilang motorsikal, saya terus beli motorsikal baharu pada hari yang sama! Sedangkan gaji saya tidaklah sebesar mana.
Jawatan saya pun cuma Eksekutif biasa sahaja. Belum naik pangkat sebagai Assistant Manager pun.
Walaupun gaji tak besar, tapi saya sentiasa bersedia dengan simpanan kecemasan berjumlah sekurang-kurangnya 3 bulan gaji. Itulah yang disarankan oleh guru-guru kewangan.
Kenapa 3 Bulan Pendapatan?
Mungkin ada yang tertanya-tanya. Kenapa perlu simpan dana kecemasan 3 bulan pendapatan?
3 bulan pendapatan tu, adakah sekadar gaji pokok atau termasuk elaun sekali?
Sebenarnya, “3 bulan pendapatan” yang dimaksudkan ialah duit untuk menampung kos sara hidup bagi tempoh tiga (3) bulan.
Kalau tiba-tiba hilang sumber pendapatan, kita masih boleh bertahan sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 bulan tanpa menjejaskan kehidupan kita.
Jangan jadi macam kes terbaru yang terjadi pada kenalan guru saya.
Seorang doktor pakar perubatan yang berpendapatan RM150,000 sebulan. Tapi terpaksa bergolok gadai bila jari dia putus dipotong perompak!
Bila tangan tak berfungsi, dia tak dapat bekerja dan hilang pendapatan untuk beberapa ketika!
Risiko Hilang Segala-galanya
Walaupun pendapatannya besar, tapi dia tak bersedia dengan simpanan kecemasan. Sekurang-kurangnya untuk tempoh recover hingga dia boleh bekerja balik.
Simpanan kecemasan tu sangat kritikal. Setiap orang yang bekerja kena sentiasa bersedia dengan dana kecemasan tersebut.
Kalau motosikal hilang, kita boleh terus beli motosikal baru.
Kalau kereta kena curi, duit tu sekurang-kurangnya cukup untuk bayar deposit kereta baharu.
Kalau terlibat dengan kemalangan-kemalangan kecil, duit tu cukup untuk repair motor atau kereta.
Kalau kereta kemek sana sini tapi tak repair-repair, itu petanda yang orang tu tak ready dengan dana kecemasan 3 bulan gaji.
Simpan Tunai, Sulitkan Pengeluaran
Sepatutnya, simpanan pertama yang setiap kita kena buat ialah simpanan kecemasan berjumlah 3 bulan gaji.
Selagi belum ada simpanan yang cukup, jangan sibuk labur sana sini lagi.
Kalau pendapatan keluarga RM3,000, maksudnya mesti ready duit RM9,000. Kalau pendapatan keluarga RM5,000, kena ada RM15,000. Kalau RM10,000 sebulan, mesti ready RM30,000!
Duit simpanan kecemasan tu tak boleh diganggu untuk labur sana-sini.
Kena simpan dalam bentuk tunai di bank, tapi bukan dalam akaun yang terlalu mudah dikeluarkan. Jangan ada link dengan online banking ataupun mesin ATM. Takut panjang akal kita berbelanja.
Saya simpan duit kecemasan dalam akaun Tabung Haji. Kalau terdesak, saya terpaksa bawa buku ke kaunter Tabung Haji atau Bank Islam untuk keluarkan duit tu.
Saya tak linkkan dengan kad ATM atau online banking sebab takut 'bocor' dibelanjakan.
Top-up Simpanan Yang Bocor
Bila berlaku hal-hal kecemasan macam kes hilang motorsikal ni, saya akan korek dana kecemasan.
Setiap kali hilang motorsikal, duit simpanan kecemasan saya akan berkurangan sekitar RM7,000 (kos beli motorsikal baharu). Duit tu saya akan top-up balik bila dapat bayaran claim daripada syarikat takaful.
Kalau dapat bayaran claim cuma RM4,000, lagi RM3,000 (RM7,000 - RM4,000) saya akan top-up balik dari duit gaji atau hasil bisnes saya.
Selalunya saya terpaksa ambil beberapa bulan juga untuk cukupkan balik dana kemasan yang bocor tu.
Tapi yang paling penting, kita akan sentiasa "peace of mind" kalau sentiasa bersedia dengan simpanan kecemasan.
Kita tak ada masalah kewangan walaupun gaji tidaklah sebesar mana.
Allahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
18 Februari 2014
17 Rabiul Akhir 1435
“Dah usaha menabung, tiba-tiba ada hal emergency sampai kena korek tabungan, itu namanya takdir. Tapi kalau tak usaha menabung dan tak belajar ilmu kewangan, tiba-tiba ada hal emergency sampai kena hutang sana sini, itu bukan salah takdir. Tapi salah tadbir.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 19 Mac 2024
“Hari ni kita ada gaji, belum tentu esok kita pun akan ada gaji. Ketika masih ada gaji ni, beringat-ingatlah dan bersedialah untuk hari tiada gaji. Berapa besar pun gaji kita hari ni, pastikan menabung untuk masa depan kita yang belum pasti. Bersedia.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 13 Oktober 2023
salam, saya nak tanya pendapat mengenai hutang kereta. kereta viva saya loan dgn bank 9 tahun.. sekarang sudah 3 tahun… jd saya terfikir utk cashkan kereta tu. tapi saya musykil, dr segi total hutang, adakah tidak mempunyai perbezaan, sekiranya saya bayar installment atau saya cashkan? Kalau saya cash kan, ada pengurangan tak dr segi total harga kereta?
Wslm Pn. Aza,
Puan kena tanya bank, berapa jumlah yang puan kena bayar kalau nak buat “full-settlement”. Dan bandingkan berapa yang puan perlu bayar kalau installment macam biasa. Buat perbandingan perbezaan tu.
Wallahu a’lam.
salam sejahtera bro,
sy rasa ayat ‘kawan-kawan pendatang Bangla dan Indonesia tu lebih kaya dari kita!’ tu terbukti….sifat ini sy lihat seperti orang2 kelantan yg berhijrah mencari rezeki di singapore awal 70-80-an dulu,sebelum mereka berhijrah dan survival pula ke k.l..
sy membesar di era itu..rata2 kawan2 sy dari sane mampu memiliki harta dan kemewahan di kg dgn senang walahai mereka berkerja di singapura hanya sekadar buruh kasar
Wlsm En. Sykfun,
Betul, pendatang lebih fokus kumpul harta berbanding kita. Sebab matlamat mereka memang nak cari harta untuk bawa balik negara mereka, sedangkan kita take for granted dengan tempat kita sendiri.
Ye…kekayaan ialah sebanyak mana duit kita simpan, bukan sebesar mana pendapatan kita…
Masih berusaha untuk mencapai financial freedom 🙂
Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat.
It’s ok Pn. Mas. InsyaAllah.
Salam, kadang-kadang ada baiknya kita simpan sebahagian dana kecemasan yang boleh dikeluarkan melalui mesin ATM. Sebagai contoh ketika berlaku kematian ahli keluarga. Kos menguruskan jenazah serta sewa van memerlukan wang tunai dengan segera tanpa perlu menunggu kaunter beroperasi serta menunggu giliran. Wallahu a’lam.
Wslm En. Omar,
Betul tu. Saya setuju. Duit untuk daily use tu memang perlu ready untuk dikeluarkan bila-bila. Duit macam tu memang saya simpan sekitar setengah bulan atau 1 bulan pendapatan. Dana kecemasan tu duit lain.
Ya, benar sekali .. orang bangla, Indonesia lebih dasyat duit simpanan dari Orang Malaysia. Saya berjiran dengan bukan warganegara Malaysia. Mereka lebih banyak cash dari hutang berbanding kita ( majoriti org Malaysia tapi tak semua ) kerana kita kurang ilmu pendidikan kewangan yang baik & kurang disiplin dalam menyimpan @ nafsu berbelanja sukar dikawal. Hatta orang bergaji puluhan ribu pun bila di tarik nikmat pekerjaan @ nikmat kesihatan akan terduduk kerana simpanan kecemasan sedikit berbanding hutang yang perlu berbayar setiap bulan. Encik Zulkifli semoga Allah memberikan ilham menulis entry yang baik dalam memberi pendidikan kewangan pada pembaca.
Terima kasih Pn. Ayu atas doa tersebut. Moga Allah merahmati puan sekeluarga. Amiin.
Pandangan ikhlas , seandainya kita istiqamah dengan simpanan 10% daripada pendapatan bulanan, kemudian dilaburkan, Insya Allah kita akan merasai ketenangan dan dapat melakukan kebajikan kepada orang lain.
Betul, saya setuju pandangan En. Ghazali.
Salam encik,
Drdp kselurahn pndptn kita,brapa % maksimum hutang yg blh kita buat? Sbb pndptn sy brubah2….slalu ot dan dpt bonus,sy ne kira glngn pertenghan…incme tax kena dlm 7-8K sthn.
Wslm En Mady,
Tak ada peratusan tertentu. Hutang cuma pada perkara yang benar-benar perlu je kecuali hutang baik yang membuatkan kita lebih kaya.
Assalam En.Zul..byk yg saya belajar dari artikel yg ada dlm blog ni..mohon share yer untuk info dan ilmu bersama…tq.
Wslm. Silakan puan. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.
sy tertarik n amat bminat ni blog!terbaiklah~
Alhamdulillah. Tq berziarah ke blog ni. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.
Perkongsian yang baik dari Tuan Mohd Zulkifli.
Insya Allah di beri kekuatan untuk mengamalkannya
Alhamdulillah…. saya suka baca blog saudara ni… wpun sy masih belum mampu nak buat semua sebagaimana yg saudara anjurkan… tp… Alhamdulillah… sedikit sbyak tu terbuka juga hati dan minda mngenai pengurusan keewaangan…skrg sy dah mula myimpan dinar wpun sdikit… izinkan saya menimba ilmu dari blog saudara ni… semoga Allah membalas segala jasa baik dan ilmu yg saudara kongsikn…. mudah2an bertambah keberkatan dan rzki dr Allah buat saudara dan keluarga.. dan juga buat kita semua…. Aamiin….
Alhamdulillah Cik Zam. Terima kasih berziarah ke blog ni. Mudah-mudahan ianya bermanfaat. Terim kasih juga atas doa tersebut. Moga Allah merahmati Cik Zam sekeluarga juga. Amiin ya Allah.
Assalamualikum…En. Zul saya memang tertarik denagn apa yang di share. Disini saya cuma ingin dapatkan pandangan En. Zul bagaimana untuk saya kumpul dana kecemasan dan simpanan. Saya xbergaji besar tp tiap2 bulan kena hantar duit kat kmpung untuk mak ayah yg xbekerja kerana faktor kesihatan. Yang menjadi masalahnya hanya saya dengan kakak yg sorang lg je menyara keperluan ibu bapa sedangkan anak2 lelaki langsung tidak menolong dan bergantung hidup plk dgn ibu bapa. Adik beradik lelaki xmau bekerja dan asyik menyusahkan ibu bapa. Kami yang perempuan sampai xada duit simpanan langsung habis hantar ke kampung sedangkan saya sendiri pun perlu mambayar sewa rumah, duit kereta, duit tadika anak dan lain2 perpelanjaan. Setiap kali ada duit lebih untuk disimpan mesti ada je masalah dikampung yang memerlukan saya menghantar duit.
Wslm Pn. Za,
Ibubapa tu tanggungjawab kita. Buat apa terbaik masa mereka hidup, Allah akan gandakan rezeki puan sekeluarga. Minta ibubapa doakan kejayaan dan limpahan rezeki untuk Pn. Za sebab doakan mereka kepada anak-anak adalah mustajab. Jadikan ibubapa sebagai “sebab” untuk berjaya, bukan “alasan” untuk gagal. Kejayaan kita akan lebih bermakna sebab mereka masih ada di sisi kita.
Kalau rasa sempit, kena banyak doa dengan Allah, solat hajat, solat dhuha, dan buktikan kepada Allah dengan usaha yang gigih. InsyaAllah, rezeki kita dan keluarga memang Allah dah jamin.
Wallahu a’lam.
Artikel yg dikeluarkan sgt2 menarik (not only this article, but the whole of articles in ur blog).. Saya 23 tahun, sedang buat Master.. Masa master ni la sy baru belajar untuk uruskan kewangan dgn betul.. Bila baca artikel kt dlm blog ni.. Allah, rugi nya duit biasiswa msa degree dlu.. Banyak habiskan untuk enjoy (wayang, baju, gadjet & lain2).. Alhamdulillah, sy ikut tips yg diberikan di sini.. Saya dapat simpan dana kritikal untuk 1 tahun.. Apabila terpaksa extend pengajian (sb thesis x siap), my mind at peace.. Alhamdulillah, da x rasa beban kewangan dan x susah kan fmily.. Tapi kawan pulak yg nk berhutang ngn kita.. Hehe
Wslm Pn. Syuhada.
Alhamdulillah. Saya gembira dengar peningkatan puan dari sudut kesedaran kewangan. Mudah-mudahan blog ini bermanfaat, insyaAllah.
salam En Zul, sy amat tertarik dgn cara pikir en.ade sedikit menentang arus dr masyarakat kita di luar punya cara fikir which is good..sy maksudkan ur whole entries,,,bukan specific yg ni shj..
n sy jugak jd berminat dgn pelaburan emas…baru2 ni shj terpikir.
hamizi
Wslm En. Hamizi,
Alhamdulillah. Terima kasih berziarah ke blog ni. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.
Tentang pelaburan emas, En. Hamizi boleh go thru artikel-artikel pelaburang emas yang saya tulis dalam blog ni. Kalau ada apa-apa persoalan, boleh terus tinggalkan comments atau contact saya 019-336 8009 (call, sms, wassap). InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang saya tahu.
Okey..dah banyak yg saya baca ttg artikel2 tersebut..banyak manfaat..
okey..sedikit masa lagi Insyallah saya cari en Zul.
terim kasih
Ok En. Hamizi. Alhamdulillah..
salam En. Zul semalam saya baru beli emas dari serambi emas berbentuk gelang gajah.sejumlah 600gm..dan pajakkan ke arrahnu ..saya terlepas pandang blog En Zul.dan saya dah print segala info dlm blog ni untuk saya study investment saya ini adakah menguntungkan..sebagaimana yg En Zul telah nyatakan mengenai pajakan arrahnu ini…saya mula takut..kalau2 harga emas mendatar nti ..soalan saya
1. Perlukah saya membeli emas saya kembali dari arrahnu utk kurangkan upah simpanan saya atau tunggu 1-2 bulan baru beli (insyallah saya ada simpanan ASB utk membeli kembali emas yg sudah dicagar itu) dan simpan ddalam safe box.dbank(sebab kurang upah simpanannya)
2. saya juga ada mengumpul saham2 (penny stock) dan mendapat sedikit keuntungan dan merasakan ingin mencuba membeli emas dan menyimpan untuk tempoh 3-5 tahun tapi dengan upah simpanan arrahnu rasa nya tipis keuntungan yg akan dpt.
Saya berharap sgt2 mendapat info dan ilmu serta tunjuk ajar dr En Zul moga allah merahmati En Zul dan keluarga kerana info yg En Zul share dalam blog ini amat berharga skali..Terima kasih
Wslm En. Isma,
1. Tebus emas tu lebih baik. Kos pajakan tu sangat merugikan. Lebih kurang 14% kosnya setahun. Kalau buat pelaburan pun, bukan senang nak dapat keuntungan sampai 14% tapi itulah kos yang kita perlu bayar kalau main ar-rahnu macam tu.
2. Pelaburan emas sebenar macam beli barang kemas di kedai emas jer sebenarnya. Beli emas, dapat emas. Bukan sekadar dapat resit, apatah lagi dapat surat pajak. Emas tu sepatutnya kita simpan sendiri. Keuntungan hanya kalau jual bila harga emas naik. Itu jer asasnya.
Kalau beli emas untuk simpanan, buat masa ni emas Public Gold yang terbaik. Saya pernah terangkan dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2013/09/kenapa-saya-pilih-emas-public-gold.html .
Wallahu a’lam.
Assalam
semoga isma dalam keadaan yang baik.
apa yang isma lakukan memang sangat berisiko ketika ini, ilmu berkenaan Arrahnu perlu dihadam sebaik mungkin kerana ianya hanya tempat untuk simpanan sementara. jangan jadikan arrahnu tempat simpan emas seperti safe deposit box.
untuk dapatkan keuntungan dalam emas ni hanya dengan jual beli sahaja, tak ada cara lain.
disamping harga yang dijual kepada isma belum tentu harga yang berpatutan, jika barang kemas 999 hanya sekitar 145 segram sahaja ketika ini. apatah lagi jika agen tersebut meminta arrahnu untuk beri pinjaman penuh (65% agrobank, 70% bankrakyat)
Terima kasih tuan atas pandangan.
Terima kasih saudara Faqir..saya ditawarkan 159.25 segram emas 999 itu yg ditawarkan oleh arrahnu kata nya harga pasaran hari tu.. saya akui tersilap langkah dan akan cuba betulkan keadaan balik dgn menebus kembali brg2 emas saya dlm masa sebulan..dan simpan dlm safe box..pelaburan saya adalah dlm jangka masa panjang..mungkin utk hari tua..tak ada niat utk menjual …cuba nak membeli dan simpan saja..Terima kasih juga pada En Zul kerana membuat saya tenang seketika skarang sebab dah tahu jalan penyelesaian nya..terima kasih sekali lagi..
Assalamualaikum En.Zul..
Saya nak tau insurans apa yang paling bagus dan sesuai untuk perlindungan nyawa, kesihatan & kenderaan?saya takde ilmu langsung tentang insurans atau takaful. Saya dan isteri masing2 berumur 27 tahun dan takde anak lagi setakat ini..Mohon pencerahan dari tuan..Terima kasih
Wslm En. Anas,
Bagi saya mana-mana syarikat takaful pun ok. Asalkan takaful. Masa umur muda ni kena ambil cepat-cepat sebab kos lebih murah berbanding umur 30an. Antara yang paling penting bagi saya ialah cover penyakit kritikal.
[…] beli emas, asingkan dulu duit simpan kecemasan. Terbaiknya simpan (3) bulan pendapatan. Kalau berlaku kecemasan, anda tak perlu jual emas-emas tu […]
[…] syorkan, sebelum beli emas, pastikan ada simpanan tunai at least 3 bulan pendapatan dulu sebagai Dana Kecemasan. Kalau harga emas turun banyak mana sekalipun, kita tak perlu risau sebab kita bukan nak pakai pun […]
[…] simpanan jangka panjang saya kepada emas. Cuma sebahagian kecil jer saya simpan duit kertas sebagai dana waktu kecemasan. Pendek kata, saya tak pernah jual emas-emas saya sejak hari pertama walaupun harga dah naik lebih […]
Assalamualaikum En Zulkifli,
Saya suka baca entry2 encik zul. Boleh sy share entry2 encik d fb, instagram dan lain2 laman sosial ?
Wslm,
Silakan Pn Anida. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
[…] duit dalam buku akaun Tabung Haji. Saya cuma ada emas dan duit tunai yang cukup-cukup sebagai simpanan kecemasan. Itu […]
[…] hilang, sebelah petang dah terus keluar motosikal baru sebab saya memang beli secara tunai guna duit simpanan kecemasan (simpanan 3 bulan pendapatan). Tapi kali ni saya tangguh dulu sebab salesman pesan jangan beli […]
[…] Financially free, insyaAllah… Untuk permulaan, letak matlamat setidak-tidaknya untuk cukupkan dana kecemasan sebanyak 3 – 6 bulan pendapatan (atau gaji kasar) terlebih dahulu sebelum mampu terbang […]
[…] saya pernah pesan, tak perlu kelam-kabut membina kekayaan. Fokus perbetulkan kewangan kita dahulu; adakan simpanan kecemasan yang cukup, langsaikan hutang-hutang negatif, rendahkan komitmen kewangan supaya kita mampu menyimpan dengan […]
Assalamualaikum ustaz.
Mohon pendapat ustaz. Saya baru start menyimpan utk dana kecemasan 3 bulan. sekarang pulak saya berdepan masalah kewangan sebab suami diberhentikan kerja dan saya kena tanggung semua belanja. memang x mampu sampai terpaksa cut simpanan utk ank2. sekarang ni saya mendaftar sebagai ahli urusinsan sbb nak sangat dapat nasihat kewangan daripa tuan zaidi ismail dan structure kewangan saya cuma x bayar yuran keahlian je lagi. due date sehingga hujung bulan ni. saya masih berkira-kira samada keluarkan duit simpanan kecemasan tu utk bayar yuran keahlian atau lepaskan peluang sebagai ahli urusinsan.. 🙁
Wslm Pn. Nadiah,
Kalau tak mampu bayar yuran keahlian, boleh bayar yuran satu sessi berjumpa dengan Tuan Zaidi. Tak silap saya dalam RM200 jer satu sessi. Kena datang suami isteri.
terima kasih ustaz.
Sama-sama puan.
Assalamualaikum.
Katakan lah saya menyimpan di ASB,utk tujuan deposit beli rumah. Jadi, adakah simpanan kecemasan boleh disimpan di ASB juga?
Terima kasih
Wslm En. Ezam,
Boleh, tak ada masalah.
[…] simpanan, saya hanya simpan duit tunai di bank sebanyak tiga (3) bulan pendapatan sahaja sebagai “Dana Kecemasan”. Selebihnya saya simpan dalam bentuk emas dengan jumlah minimum sembilan (9) bulan pendapatan. […]
[…] Duit simpanan kecemasan berjumlah 3 (tiga) bulan pendapatan sepatutnya disimpan dalam bentuk tunai di bank supaya senang dikeluarkan bila-bila masa kalau ada hal-hal kecemasan. Saya lebih suka simpannya dalam akaun Tabung Haji sahaja sebab ia agak susah dikeluarkan. Kalau disimpan dalam akaun bank biasa, risiko duit tu BOCOR sangat tinggi. Tapi bagi siapa yang simpanan 3 BULAN PENDAPATAN tak pernah cukup sebab asyik bocor sahaja, boleh pertimbangkan untuk simpannya dalam bentuk emas sebab emas memberikan KESAN EMOSI kepada penyimpannya. […]
[…] Bila simpanan bertambah, kita confirm bertambah kaya. Bila melabur, rugi dalam tangan tapi untung belum tentu. Jadi sebelum melabur, cukupkan dulu simpanan kecemasan berjumlah 6 bulan gaji. […]
[…] ini, saya tahu, saya ada duit RM14,000 dalam akaun kalau nak beli Macbook yang baru! At least duit Dana Kecemasan yang saya simpan berjumlah 3 bulan […]
[…] – Simpanan Kecemasan – mempunyai duit simpanan berjumlah 3 bulan pendapatan. Duit itu tak akan disentuh, melainkan untuk tujuan kecemasan sahaja. Kalau dah terguna untuk hal kecemasan, kena top-up semula Dana Kecemasan […]
[…] mula menyimpan emas, jumlah simpanan makin lama makin bertambah. Sekejap sahaja dapat cukupkan simpanan kecemasan 3 bulan gaji. Bahkan ada yang mampu simpan cukup 6 bulan gaji sejak mula menyimpan […]
[…] mula menyimpan emas, jumlah simpanan makin lama makin bertambah. Sekejap sahaja dapat cukupkan simpanan kecemasan 3 bulan gaji. Bahkan ada yang mampu simpan cukup 6 bulan gaji sejak mula menyimpan […]
[…] mula menyimpan emas, jumlah simpanan makin lama makin bertambah. Sekejap sahaja dapat cukupkan simpanan kecemasan 3 bulan gaji. Bahkan ada yang mampu simpan cukup 6 bulan gaji sejak mula menyimpan […]
[…] mula menyimpan emas, jumlah simpanan makin lama makin bertambah. Sekejap sahaja dapat cukupkan simpanan kecemasan 3 bulan gaji. Bahkan ada yang mampu simpan cukup 6 bulan gaji sejak mula menyimpan […]
[…] Pengalaman guru emas saya iaitu En. Mohd Zulkifli Shafie, dana kecemasan ni membantu beliau pada saat motorsikalnya hilang. Walaupun motorsikalnya ada takaful, tapi nak tunggu duit takaful tu memakan masa berbulan. Jadi dengan dana kecemasan yang ada, beliau boleh beli motorsikal baru dalam masa terdekat supaya beliau dapat bergerak mencari rezeki. Boleh baca kisahnya di Dana Paling Kritikal Waktu Kecemasan […]