MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Benarkah Harga Emas Akan Naik?

July 13, 2014

harga emas jatuh

Pelik, kalau emas tu tak boleh dikeluarkan (dari lombong) sesuka hati macam duit kertas, kenapa harga emas ada turun naik secara aktif? Bahkan, kenapa harga emas boleh turun sampai 30% berbanding harga tertinggi tahun 2011 dulu? Persoalan ni agak membingungkan ramai penyimpan emas. Nak kata harga emas sentiasa naik, harga emas ada juga turun. Betul ker emas tak boleh dimanipulasi macam duit kertas?

Alhamdulillah, misteri ni akhirnya terjawab dalam Gold & Precious Metals Price Outlook Symposium 2014 hari tu. Ia seminar sehari anjuran Bursa Malaysia pada 28 Jun 2014 lepas di Hotel Istana. Yang paling menarik, ada 9 topik dibentangkan oleh pakar-pakar dalam pelbagai bidang berkaitan emas dan perak termasuk pengeluar barang kemas, pelombong emas, analyst, spot gold trader, dan ahli World Gold Council sendiri.

Misteri Kejatuhan Harga Emas

Dalam seminar tu, satu topik hangat dibincangkan oleh ahli panel iaitu kenapa harga emas boleh crash (jatuh mendadak) pada April 2013? Sedangkan permintaan EMAS FIZIKAL semakin meningkat, dan supply dari lombong semakin berkurangan termasuk disebabkan kos pengeluaran meningkat mendadak. Nampaknya pergerakan harga emas tak seiring dengan permintaan sebenar emas fizikal.

Harga emas 2014 kekal rendah walaupun permintaan emas fizikal meningkat.

Ahli panel masing-masing bagi pendapat dan akhirnya mereka semua bersetuju, harga emas JANGKA PENDEK bukan digerakkan oleh permintaan sebenar emas fizikal, tapi digerakkan oleh pelaburan “paper gold” atau “emas maya”. Emas maya ni termasuklah pelaburan-pelaburan emas yang ditawarkan oleh bank-bank dan institusi kewangan yang mana emasnya memang tak wujud. Beli emas, tapi cuma dapat kertas jer.

Peluang Pemilik Emas Fizikal

Jumlah EMAS MAYA yang didagangkan mencecah 50 kali ganda lebih banyak berbanding emas fizikal yang benar-benar wujud dalam dunia sekarang. Tapi untuk jangka panjang, harga emas digerakkan oleh permintaan sebenar EMAS FIZIKAL. Harga emas turun sekarang ni sebenarnya ‘rahmat’ bagi pembeli emas fizikal. Kita boleh dapat aset yang mahal (emas fizikal) dengan harga yang murah.

Emas ni lagi jatuh harganya, lagi orang beli. Tapi kalau duit kertas, lagi jatuh, lagi orang lari. Emas bekalannya terhad. Emas tak boleh ditambah pengeluarannya dengan mudah. Lombong emas ambil masa at least 8 tahun untuk keluarkan gold bar pertama bermula dari proses exploration. Dan tak pernah ada satu zaman dalam sejarah manausia, emas dianggap terlalu banyak dan berlebihan di pasaran. Tapi duit kertas boleh dicetak seberapa banyak yang orang mahu hinggakan duit tu jatuh kuasa belinya.

Statistik yang dikeluarkan oleh Thomson Reuters menunjukkan tahun 2013, supply emas fizikal “tak cukup” 703 tonnes berbanding permintaan. Walaupun supply-nya defisit, harga emas 2014 turun lebih rendah dari tahun 2013. Ini yang menjadi ‘misteri’.

Saya nak quote coretan daripada reseach tentang isu ini oleh Casey Research bertajuk “Physical Gold vs. Paper Gold: The Ultimate Disconnect”:

“I think the fundamentals (physical gold) will drive the long-term market more than these short-term events. The fight between pricing from the physical (gold) market for bullion and that from the “paper market” of futures is showing signs of discrimination and disagreement, as the physical market is booming, while prices set by futures are seemingly pressured to go nowhere.

In short, I think this is a strong buying opportunity

Kesimpulan

Kesimpulannya:

  1. Pergerakan harga emas jangka pendek yang tak stabil dipengaruhi oleh trading emas maya. Harga emas turun naik ni sebenarnya bukan ditentukan oleh emas fizikal samada berbentuk barang kemas, gold bar atau gold coin.
  2. Dari sudut jangka panjang, harga emas akan sentiasa naik disebabkan oleh pengeluaran lombong yang terhad sedangkan permintaan semakin meningkat. Ditambah lagi dengan kuasa beli wang fiat (duit kertas) yang sentiasa susut dalam jangka panjang.
  3. Kalaulah pelabur emas maya minta penyerahan emas-emas mereka secara fizikal, pastinya harga emas akan melompat naik sebab dagangan emas maya terlalu besar berbanding emas fizikal yang benar-benar wujud.

Saya nampak situasi kewujudan “emas maya” ni sebahagian daripada kospirasi ekonomi oleh barat supaya emas yang sepatutnya jadi pengukur nilai sebenar boleh juga dimanipulasi sebagaimana duit kertas. Kita boleh baca artikel bagaimana bank-bank besar di barat terlibat secara langsung memanipulasi harga emas. Harga emas yang tak stabil ni boleh ‘menipu’ dunia bahawa emas bukanlah aset yang selamat untuk disimpan, sedangkan dalam statistik, negara-negara barat adalah penyimpan emas terbesar dunia.

Ramai pakar-pakar percaya, skandal manipulasi ini tak akan bertahan lama. Ia pasti terbongkar dan akhirnya, harga emas tetap akan didagangkan mengikut demand & supply-nya yang sebenar. Jadi siapa beli emas fizikal untuk lindungi kekayaan terutamanya dari bencana kewangan, jangan bazirkan emosi dengan turun naik harga emas. Yang paling penting, cuba cek dah berapa gram emas yang kita ada?

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
7 Julai 2014
9 Ramadhan 1435

p.s. Sahabat pembaca yang nak dapatkan SLIDE PRESENTATION kesemua 9 pembentangan dalam Bursa Malaysia Gold Symposium 2014 bernilai RM500 hari tu, boleh KLIK DI SINI untuk dapatkan secara PERCUMA. Mudah-mudahan ianya bermanfaat sebagai rujukan, insyaAllah.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Salam pagi En Zul,

    Saya nak tanya kenapa nilai 10 Dirham PG jauh lebih rendah dari dirham KGT?
    Yg ke-2: Jika beli emas dan niatkan kepada orang lain contohnya anak kita, adakah kita perlu bayar zakat itu jika cukup haul ataupun tidak perlu sbb dah niat diberi kepada org lain iaitu anak kita [contohnya].
    tq

    • Wslm En. Mohd,

      1. PG ikut harga sebenar silver dunia. Turun naik betul-betul ikut harga silver dunia. KGT harga dah fixed walaupun harga silver sebenar jauh lebih murah daripada itu. Contonya, 10 dirham PG berharga RM100, dirham KGT harganya RM250.

      2. Kalau emas tu hadiahkan untuk anak, zakat tu kira berapa banyak emas tu dimiliki oleh anak tu. Tak perlu tambah dengan portion kita.

      Wallahu a’lam.

  • Salam en.zul. Patut la harga Emas makin turun and maintain je Sekarang. Terima kasih atas perkongsian tersebut. Mohon izin untuk ‘sedut’ segala ilmu termasuk ilmu emas ni utk disebarkan pada orang lain ye. Semoga en.zul dpt keberkatan dari Nya 🙂

  • As Salam, En. Zul & semua.
    Saya dah agak golongan kapitalis cuba untuk menafikan sifat lindung nilai logam berharga, dengan mewujudkan paper gold & digital gold. Mengikut rekod kenaikan yang lepas, harga emas mencapai puncak yang baru setahun selepas world cup afrika selatan 2010. Saya jangka harga emas akan kembali meningkat pada 2015. Apa pendapat En. Zul? Selamat berpuasa (“,)

    • Wslm En. Omar,

      Saya tak pasti tentang pergerakan harga emas. Cuma saya yakin, emas mengekalkan kuasa beli sepanjang zaman. 1400 tahun dulu, 1 dinar mampu beli 1 ekor kambing. Sekarang pun sama. Dan saya yakin, 1000 tahun lagi pun 1 dinar mampu beli seekor kambing. Ia berbeza dengan duit kertas yang hakikatnya tiada nilai sebenar.

      Wallahu a’lam.

  • Salam En Zul..

    PG punya promosi terbaru GAP tu apa dia? saya tak berapa nak faham. Boleh tolong jelaskan?

    Satu lagi, kalau saya nak tukar introducer macam mana? boleh ke tukar? sekarang introducer saya PG PG000000.
    [Kalau sensitive isu, boleh email saja pd saya]

    TQ, wassalam

    • Wslm En. Mohd,

      1. Gold Allocation Program (GAP) tu produk terbaru PG. Ia ala skim pembelian emas secara ansuran + akaun emas seperti yg ditawarkan oleh bank. Bezanya, kita boleh keluarkan emas fizikal bila jumlah terkumpul cukup 10 gram. Kita boleh beli emas walaupun dgn bajet rm100 sebulan. Kalau beli rm100, PG akan convert kepada nilai gram.

      Contohnya, masa harga emas 999.9 rm150/gram, kalau simpan RM100 ke akaun GAP tu, PG akan kreditkan ke akaun kita 0.6667 gram (100 ÷ 150). Kita boleh top up bila2 masa. Nak top up rm50 pun boleh. Tak ada syarat kena beli bulanan dsb. Bila akaun tu cukup 10g, kita boleh keluarkan gold bar PG10g.

      Cuma saya tak pasti kaedah ini patuh syariah atau tak. Buat masa ni saya tak syorkan sesiapa join GAP hingga ianya jelas halal.

      2. Kalau dah pernah buat belian sebelum ni, tak boleh tukar introducer melainkan introducer sebelum ni ialah PG sendiri (i.e. tiada introducer) dan En. Mohd nak upgrade status daripada customer sebagai dealer. En. Mohd boleh contact / wassap saya 019-336 8009 kalau nak clear tentang isu tukar introducer.

      Wallahu a’lam.

  • Salam Encik Zulkifli ,

    Alhamdulillah ..saya celik emas akhirnya . wpun dulu2 sayalah yg tak suka emas sebab saya sgt yakin dengan menyimpan RM di bank adalah tindakan yg bagus ,
    selepas membaca artikel2 encik..kesedaran timbul dan saya bertindak . Terima kasih kepada Allah kerana kerajinan saya tgk2 blog2 di internet telah menemukan saya dengan blog encik yg sgt byk beri manafaat kepada saya dan yg lain2 .

    sekarang harga emas turun ..mmg peluang utk ramai org simpan emas .
    sy pun nak menambah2 gram ni ….. Alhamdulillah .

    dan satu lagi …saya tk sbr nak byr zakat emas simpanan sebab selama ni tk pernah terlibat dengannya. Satu feeling yg saya nanti2kan.

  • Salam,
    Andaian pakar-pakar yang anda dengar itu adalah jauh tersilap. Data Thomson reuters hanya menunjukkan ke mana perginya emas-emas physical yang dikeluarkan dari perut bumi selepas berbukit-bukit dan bergunung-gunung dimusnahkan. Bagaimana pula dengan emas-emas yang sudah di dalam pasaran dan di dalam tangan orang? Tahukah anda ada ratusan ribu tan lagi berada di luar sana? Bayangkan supply ialah 120 ribu tan, jadi berapakah demandnya?
    Tahukah anda semua apakah kadar jual beli di antara kesemua penyimpan-penyimpan emas ini yang tidak mahu membaca AtTaubah 34-35? Saya harap anda semua berfikir secara lebih mendalam. Saya tidak bias kerana saya bukannya gold dealer.

  • Salam tuan. Saya bercadang nak start simpan asset tuk kegunaan masa retirement age nanti (lagi 25 tahun++) . Adakah gold satu option yg baik? Dan mana lebih sesuai tuk long-term saving, emas bar atau emas perhiasan? Terima kasih in advance

    • Wslm tuan,

      Emas sesuai dijadikan simpanan jangka panjang sebab kuasa belinya bertahan lama (berdasarkan sejarah). Cuma kekurangan emas, ia tak ada pendapatan bulanan atau tahunan macam dividen dsb. Salah satu bentuk simpanan yang bagi saya bertahan lama ialah beli hartanah. Kelebihan hartanah kita boleh jana pendapatan melalui duit sewaan, tapi untuk beli hartanah, ia perlukan modal yang besar. Kalau emas, kita boleh beli dengan modal kecil.

      Wallahu a’lam.

  • Tuan, tanya satu lagi boleh? Mana lebih baik for long term saving, setiap 3 bulan beli 1gram, atau beli yg besar sikit setahun sekali?

  • Salam Pak Zul,
    Blog yang sangat menarik, dan terima kasih atas sharing informasinya. Belakangan saya memang sedang bimbang karena harga emas yang cenderung turun akhir – akhir ini, dan sempat terbresit untuk segera menjual emas saya jika nanti harga sudah naik.

    Setelah membace artikel bapak, kebimbangan itu sirna dan makin menguatkan saya untuk menambah investasi saya di emas untuk masa depan keluarga.

    Semoga Allah SWT selalu memberkahi pak Zul dan keluarga. Saya senantiasa menunggu artikel – artikel Pak Zul selanjutnya.

    Wassalam,
    Sulaiman

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >