MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Persekitaran Bersih Bermula Dari Kita

July 27, 2014

Masa tengah tunggu anak beli barang di Max Value Damansara Damai hari tu, seorang akak dengan selambanya buang resit masa turun tangga, betul-betul depan saya. Saya terus tegur akak tu sambil tunjuk resit yang dia buang tu, “akak, buang sampah tu dalam tong sampah..”. Akak tu terus kutip balik resit tu sambil tersengih-sengih. Padahal tong sampah cuma 3 langkah jer daripada dia.

Lepas balik trip Public Gold ke Jepun hujung Mac hari tu, saya impikan negara kita boleh jadi sebersih Jepun. Kalau pun tak sempat tengok negara kita jadi sebersih Jepun, at least saya dah memulakan usaha ini. Sekurang-kurangnya, mulakan dengan lingkungan pengaruh yang saya ada. Diri sendiri, isteri, anak-anak, dan orang terdekat termasuklah orang yang buang sampah merata-rata depan mata saya! Saya fikir, kalau setiap orang jaga sampah masing-masing, negara kita pasti bersih, insyaAllah. Dan kalau setiap orang ada sikap tegur menegur, insyaAllah keadaan akan lebih cepat berubah.

Cuba bayangkan seorang buang satu sampah, kalau satu taman perumahan ada 1000 orang, maka tempat kita dah kotor dengan 1000 sampah! Cuba bayangkan rakyat Malaysia ada 24 juta, maksudnya negara kita lebih kotor 24 juta sampah sehari! Itu baru seorang buang 1 sampah sehari. Belum kira yang jenis campak sampah dari rumah flat ke bawah, pencemaran industri dan sebagainya. Dan cuba bayangkan, setiap orang jaga kebersihan masing-masing, pastinya persekitaran kita akan bersih sebersih Jepun, insyaAllah.

Public Gold Tokyo - Hari 03 (11)Ini salah satu longkang di tengah-tengah Bandar Kyoto, Jepun. Longkang bersih, tak berbau macam longkang dalam bandar-bandar di Malaysia.

Allah Suruh Kita Bersih

Disiplin kebersihan bukan diajar oleh Jepun, tapi memang agama suruh kita bersih. Pesan Nabi s.a.w, annazhoofatu minal iman. “Kebersihan sebahagian daripada iman” (H.R Muslim). Hadis pendek ni bukan sahaja ramai daripada kita tahu, bahkan anak-anak tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) pun hafal. Bukan setakat hafal hadis ni, bahkan setiap kali lepas wudhuk, kita minta Allah jadikan kita orang bersih zahir dan batin. Meh kita teliti maksud doa kita setiap kali lepas wudhuk:

“Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya. Ya Allah jadikanlah aku daripada golongan yang bertaubat, jadikanlah aku daripada golongan yang bersih, jadikanlah aku daripada golongan hamba Engkau yang soleh”

Dan banyak lagi pesan Allah dan Rasul tentang kebersihan, antara yang boleh saya quote:

  • dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). (At-Taubah 9 : 108)
  • SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (Al-Baqarah 2 : 222)
  • “Sesungguhnya Allah Ta’ala adalah baik dan mencintai kebaikan, bersih dan mencintai kebersihan, mulia dan mencintai kemuliaan, dermawan dan mencintai kedermawanan. Maka bersihkanlah halaman rumahmu dan janganlah kamu menyerupai orang Yahudi”. (HR. Tirmidzi)

Mulakan Dengan Diri Sendiri

Saya masih ingat pesan Ustaz Pahrol yang bunyi lebih kurang begini; “kalau sampah zahir kita tak begitu cakna, apakah kita sedar sampah-sampah batin yang ada dalam hati kita?” Jadi malulah pada Allah dan Rasul kalau tak ambil berat soal kebersihan. Lagi malu lah kalau kita orang masjid, orang surau, orang selalu hadir usrah dan majlis ilmu, tapi tak cakna tentang kebersihan. Rumah dan tempat tinggal kita tak melambangkan kebersihan yang Allah dan Rasul ajarkan kepada kita.

Jadi apa yang kita boleh buat, mulakan diri sendiri dan berpesan-pesan kepada orang terdekat. Yang paling penting, mulakan dengan diri kita sendiri. Kita zahir cantiknya apa yang diajarkan Allah dan Rasul kepada kita. Kalau Nabi pesan, selemah-lemah iman ialah buang halangan dilaluan orang, jadi di mana letaknya iman orang yang buang sampah merata-rata yang membuatkan orang lain tak selesa?

Wallahu a’lam. Sekadar renungan…

facebook nasihat kebersihan

Zulkifli
Damansara Damai
27 Julai 2014
29 Ramadahan 1435

(Kredit foto : sgtsvn)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Salam Tuan,
    Betul tu Tuan. Persekitaran yg tak bersih akn mengundang penyakit seperti denggi yg teruk melanda negara kite sekarang… Kite mulakan kebersihan dgn diri kite dan keluarga kite. Wslm.

  • Slm tuan zul, betul tu, kebersihan dan kekemasan akan menyebabkan fikiran kita lebih tersusun, lebih mudah cari rezeki. Saya suka prinsip 5S yg dipopularkan oleh org Jepun. Nampak mudah tapi susah kalau takde disiplin.

  • Salam Encik…

    Sya ajar anak2 saya jgn buang sampah keluar daripada kereta setiap kali mrk berkereta dengan saya . letak jer dalam kereta …nanti dah sampai destinasi ..kita buang dalam tong sampah

    Saya ajar anak2 saya mengucapkan Terima kasih kepada pekerja2 yg mengutip sampah di depan rumah setiap kali lori sampah datang .
    suka saya tgk wajah senyuman pada pekerja bila dgr anak2 saya ucap Terima Kasih. Saya sendiri juga ucap terima kasih kepada mereka .

    Saya ajar anak2 saya pilih mainan mana yg mereka nak dalam bakul mainan mrk sebelum yg telah rosak perlu dibuang (5s ) dan byk lagi aktiviti2 lain melibatkan 5s.

    ** saya sendiri sebenarnya terdisiplin apabila belajar di jepun pada 12 thn lalu selama 2 thn .
    saya sukakan Negara Jepun yg bersih, rakyatnya mmg berdisplin .
    seronoknya jika sungai di Malaysia bersih , jernih , nampak ikan2….

    Pengalaman berada di sana mmg tidak dpt dilupakan.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >