MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold

September 1, 2014

GAP Public Gold

[Kemaskini 2 April 2023] Ramai yang nak simpan emas, tapi takut nak simpan sendiri. Takut hilang katanya. GAP Public Gold lah solusinya.

Kalau masuk Akaun Emas di bank, banyak yang tak patuh syariah.

Kalau nak sewa safe deposit box pun bukan mudah untuk sesetengah tempat. Jadi masalah tempat simpan selalu jadi ‘penghalang’ untuk sesetengah orang mula menyimpan emas.

Masalah kedua, nak beli emas tapi modal kecil. Bajet cuma sekitar RM100 sahaja sebulan.

Alhamdulillah, lepas memerhati masalah ni, Public Gold melangkah setapak lagi dengan melancarkan produk dan kaedah pembelian yang dinamakan Gold Accumulation Program (GAP).

Akaun Emas GAP sebenarnya nak bantu lebih ramai orang memulakan simpanan emas dengan cara yang lebih mudah. Selesai masalah di mana nak simpan, dan selesai masalah bajet kecil untuk bermula. Ini cara membeli emas yang paling mudah, paling murah, dan paling penting, ianya patuh syariah!

Akaun Emas Tetapi Emas Fizikal

Walaupun namanya "Akaun Emas" tapi hakikatnya ia adalah emas fizikal. Beli emas, dan dapat pegang emas fizikal. Bukan sekadar tengok nombor dalam akaun macam kebanyakkan akaun emas di bank.

Kita boleh keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri pada bila-bila masa. Paling minimum item gold bar 1 gram.

Apa yang paling best, kita boleh beli dengan bajet minimum RM100 setiap kali belian. Jadi kita boleh jadikan emas ni sebagai salah satu bentuk simpanan setiap bulan. Setiap kali dapat gaji, potong minimum RM100 untuk disimpan ke dalam Akaun Emas GAP.

Pengalaman saya dan majoriti penyimpan emas di bawah bimbingan saya, simpanan di Akaun Emas GAP ini jauh lebih berkesan berbanding simpan duit dalam akaun bank. Kalau dah simpan duit bertahun-tahun tapi duit simpanan asyik bocor je, tukarlah pulak cara menyimpan. Simpan dalam bentuk emas pulak.

Nanti sekejap je duit simpanan tu jadi banyak! InsyaAllah.

Beli emas serendah RM100 setiap kali belian. Bila cukup gram dalam akaun, boleh pilih apa-apa item emas dalam bentuk dinar ataupun gold bar berketulenan 999.9 (24 karat). Gold bar edisi BungaMas ini juga boleh dikeluarkan dari Akaun Emas GAP.

Kelebihan Akaun Emas GAP

Berdasarkan pemerhatian saya sehingga tahun 2021, boleh dikatakan lebih 80% pembeli emas Public Gold lebih suka beli emas melalui Akaun Emas GAP berbanding beli terus emas fizikal beli melalui kaedah konvensional (diistilahkan sebagai "Outright Purchase").

Inilah kaedah beli dan simpan emas PALING MUDAH, dan PALING MURAH di Malaysia buat masa ini. Dan paling penting ianya PATUH SYARIAH.

Ini saya senaraikan beberapa kelebihan Akaun Emas GAP:

  1. Boleh mula beli & simpan emas fizikal secara online dengan bajet minimum RM100. Kalau nak top-up, minimum RM100. Maksudnya boleh top-up RM100, RM101, RM102 dan seterusnya.
  2. Tak ada syarat wajib beli setiap bulan. Boleh beli & jual bila-bila masa secara online.
  3. Emas tu boleh simpan dengan Public Gold secara PERCUMA. Tak ada had belian & tak ada had tempoh masa untuk simpan. Tiada yuran simpanan dikenakan.
  4. Kalau beli 1 gram, emas tu kekal 1 gram dalam akaun walaupun harganya dah berubah.
  5. Kalau nak keluarkan emas tu & simpan sendiri pun boleh. Boleh keluarkan bila-bila masa.
  6. Boleh minta Public Gold poskan emas terus ke rumah melalui servis dinamakan GIT (Gold In Transit) atau keluarkan dari mana-mana cawangan Public Gold seluruh Malaysia pada bila-bila masa.
  7. Boleh keluarkan emas fizikal paling kecil gold bar 1 gram, paling besar emas 1 kilo. Item dinar pun boleh. Asalkan cukup baki dalam akaun.

Akaun Emas GAP konsepnya sama macam akaun bank. Bezanya, akaun bank simpan duit, tapi akaun GAP kita simpan emas. Dalam akaun GAP tu akan tertera berapa jumlah GRAM emas yang kita simpan, bukan "ringgit" yang kita beli.

Apa Yang Perlu Tahu Tentang GAP?

Apa yang perlu tahu tentang Akaun Emas GAP:

  • Emas yang kita beli itu ialah emas berketulenan 999.9 (24 karat).
  • Item emas fizikal paling kecil yang boleh dikeluarkan dari Akaun Emas GAP ialah gold bar 1 gram. Paling besar gold bar 1 kilogram.
  • Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa. Cuma sebaiknya tinggalkan baki 1 gram pada setiap masa akaun kekal aktif. Kalau keluarkan semua emas dalam akaun tanpa sebarang baki, ia ditanggap tutup akaun. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50.
  • Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online.
  • Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj “gold premium” (atas setiap keping emas) sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. Kalau tak keluarkan emas tu secara fizikal, gold premium tak dikenakan.
  • Untuk minta Public Gold poskan emas (melalui servis GIT), caj penghantaran dikenakan sebanyak RM10 (Semenanjung Malaysia) atau RM20 (Sabah & Sarawak). Setiap bungkusan pos dihadkan 21.25 gram (5 dinar). Ianya dilindungi insuran.
  • Untuk ibubapa, boleh buka Akaun Junior untuk anak berumur bawah 18 tahun. Satu anak satu akaun. Syaratnya cuma mesti ada MyKid, dan kena daftar akaun bersama ibu atau bapa atau penjaga. Pilih salah satu sahaja. Kalau daftar bersama ibu, maksudnya hanya ibu sahaja yang boleh buat segala urusan jual beli.
  • Kaedah belian ini disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold, iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd.

Sijil pengesahan patuh syariah Public Gold, ditandatangani oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar.

Siapa Yang Dapat Manfaat Dengan GAP?

Saya nampak, GAP Public Gold ini sangat bermanfaat bagi sesiapa yang:

  1. Nak mulakan simpanan emas, tapi bajet kecil. Iaitu bawah RM1,000.
  2. Nak simpan emas, tapi bimbang nak simpan sendiri.
  3. Nak beli emas Public Gold, tapi menetap di luar negara atau tinggal di tempat yang jauh dari pejabat Public Gold.
  4. Nak beli emas secara konsisten dengan bajet minimum RM100 sebulan. Ia boleh jadi alternatif simpanan masa depan anak-anak dengan bajet RM100 sebulan setiap anak.

Cara Mudah & Cepat Beli Emas Melalui GAP

Kalau dah ready nak buka Akaun Emas GAP, ikut langkah di bawah ni:

#1 - Daftar Akaun Public Gold


Sila KLIK untuk daftar percuma dan buat belian Akaun Emas GAP secara online (video dan tutorial) atau tekan butang dibawah untuk daftar

Ikuti tips ini juga :

  • Pastikan maklumat semua betul, terutamanya No Telefon dan Email
  • Sebaik sahaja submit pendaftaran, system Public Gold akan menghantar link di SMS, klik link tersebut untuk VERIFY PENDAFTARAN akaun GAP sementara.

#2 - Download Apps Public Gold dan Login Apps


Apps Public Gold
  1. Setelah itu, login Apps Public Gold menggunakan nombor IC tanpa dash sebagai username dan password :
  2. Ini hanya untuk login kali pertama sahaja . Contoh :

Username : 910209115555, Password : 910209115555


#3 - Mula Menabung Dalam Masa 24jam


Mulakan menabung emas sekarang dalam masa 24jam untuk elakkan akaun kena suspend. Rujuk video dibawah :

Selepas berjaya buat belian pertama, emas akaun GAP akan terus dikreditkan dalam akaun kita, dan terus muncul di lama utama Apps Public Gold seperti di bawah :

Akaun Emas GAP

Cara Keluarkan Emas Fizikal

Emas itu boleh disimpan dengan Public Gold sampai bila-bila masa tanpa sebarang caj (ianya percuma). Kalau nak simpan sendiri, boleh keluarkan emas fizikal pada bila-bila masa.

Untuk keluarkan emas fizikal, ada 2 cara:

#1 - Servis Penghantaran Emas Ke Rumah


Untuk item 5 Dinar dan kebawah, hanya arahkan sistem untuk pos emas tersebut ke rumah kita, rujuk video cara keluarkan emas di bawah :

#2 - Ambil di Branch PG Terdekat (Item 50g dan ke atas sahaja)

Cara kedua, datang sahaja ke mana-mana cawangan Public Gold, tunjuk I/C, dan bayar caj premium atas setiap keping emas tu.

Boleh pilih sebarang item emas samada dalam bentuk GOLD BAR atau DINAR, asalkan cukup baki gram yang ada dalam akaun GAP tu.

Tapi sebelum datang, pastikan BOOK APPOINTMENT dulu untuk branch simpankan stok / item yang anda nak keluarkan itu.

Ini senarai caj premium atas setiap keping emas fizikal yang dikeluarkan. Cajnya mengikut setiap item yang dikeluarkan, bukan mengikut gram.

Berdasarkan caj dalam jadual di atas, kalau keluarkan gold bar 1 gram sebanyak 5 keping, maka cajnya RM10 x 5 keping = RM50. Kalau keluarkan gold bar 5 gram sekeping, maka cajnya cuma RM10 x 1 keping = RM10. Lagi besar saiz item yang dipilih, caj premium lebih murah.

Melalui Akaun Emas GAP, anda boleh pilih untuk Public Gold simpankan (secara percuma) ataupun nak simpan sendiri. Tapi salah satu tip penting untuk dapatkan aura supaya jumlah simpanan emas kita cepat bertambah ialah keluarkan sebahagaian dan simpan sendiri. Tengok dan pegang emas tu hari-hari, ia akan jadi motivasi untuk terus tambah simpanan emas. Lagi besar saiz emas, lagi kuat auranya. Lagi cepat simpanan anda akan bertambah, insyaAllah.

Mulakan Simpanan Emas Sekarang

Dengan adanya Akaun Emas GAP, semua orang mampu simpan emas.

Sejak 2010 saya aktif sebagai dealer emas PG, saya boleh katakan inilah cara paling mudah dan paling murah simpan emas di Malaysia. Kita boleh beli serendah RM100, dan transaksi boleh dilakukan 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Public Gold akan hantar emas itu sampai ke pintu rumah kita.

Pendek kata, sambil tergolek atas katil pun boleh beli emas Public Gold!

Kalau anda ada sebarang persoalan lanjut atau nak mulakan simpanan emas serendah RM100, boleh contact saya 019-336 8009 atau klik www.wasap.my/60193368009/NakMulaSimpanEmasGAP .

InsyaAllah saya boleh guide.

Wassalam.

Zulkifli
Cyberjaya
Kemaskini 2 APRIL 2023 (artikel asal 1 September 2014)

[Artikel ini dikemaskini pada 22 June 2021. Sebahagian Blog Comment di bawah ini mungkin tidak lagi relevan selepas tarikh ia dikemaskini]

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • […] Sekarang, Public Gold keluarkan produk terbaru yang diberi nama Gold Accumulation Program (GAP) untuk memudahkan kita menyimpan emas walaupun dengan modal sekecil RM150. Skim belian GAP ni mirip Akaun Emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH). Kita boleh beli emas sekecil 1 gram, dan boleh tambah simpanan dari masa ke semasa dengan gandaan 1 gram. Yang paling best, emas tu kita boleh simpan dengan Public Gold secara percuma! Untuk faham lebih lanjut tentang skim pembelian secara GAP, boleh baca artikel saya “Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold“. […]

  • salam tuan,
    perkongsian yang menarik.. nak tanya sikit.. untuk emas gap nie.. biasa kalau kita hendak jual balik pada public gold.. boleh ke..? berapa nilai spread nya..? ada kah follow gold bar spread..?

    Terima Kasih

      • Assalamualaikum Tuan. Terlebih dahulu saya nak mengucapkan terima kasih sebab selalu bekongsi ilmu & info yang baru.

        Berdasarkan artikel tuan ni, saya ada 2 persoalan.

        1. ‘Yang patuh syariah cuma Kuwait Finance House (KFH) sahaja’.

        Adakah ini bermaksud GAP tidak mempunyai sijil patuh syariah ? Saya tahu Public Gold secara keseluruhan mempunyai sijil patuh syariah tetapi adakah GAP termasuk sekali ?

        2. ‘Untuk keluarkan emas fizikal, datang sahaja ke mana-mana cawangan Public Gold, tunjuk I/C, dan bayar caj premium atas setiap keping emas tu. Boleh pilih sebarang item emas LBMA samada dalam bentuk GOLD BAR atau DINAR, asalkan cukup baki gram yang ada dalam akaun GAP tu. Tapi sebelum datang, pastikan call dulu office Public Gold untuk mereka simpankan stok / item yang kita nak tu.’

        Kalau terus walk-in, memang tidak boleh ambil terus ? Adakah setiap cawangan Public Gold menyimpan emas atau hanya meyimpan bila kita call untuk ambil ?

        Mohon maaf jika pertanyaan saya ini seperti cuba menghukum, saya cuma keliru dan ingin tahu sahaja. Terim kasih.

        • Wslm En. Abdul Rashid,

          1. GAP Public Gold dah lama patuh syariah, sebab tu saya boleh recommend sejak 2014 lagi. Saya tak akan sesekali recommend apa sahaja yang tak patuh syariah (haram) dalam mana2 penulisan dan talk saya. Cuma official announcement tentang shariah certification untuk GAP akan dibuat dalam masa terdekat. Dijangka pada 11 November 2017. Tunggu je.

          2. Boleh pergi terus kalau ambil apa-apa item emas yang ready stok. Kalau nak stok yang tak ada lagi di branch tersebut, boleh collect di branch lain (kalau tak nak menunggu). Kalau tak nak ambil di branch lain, tunggu je stok yang dihantar dari HQ.

          Emas GAP tu boleh dikeluarkan di mana2 18 branch seluruh Malaysia pada bila2 masa. Cuma nature of transaction emas, mana2 peniaga emas pun tak akan simpan emas berlonggok2 di kedai atas isu keselamatan dan kos penyimpanan. Emas Public Gold disimpan di Public Safe di Penang. Branch hanyalah distribution centre sahaja.

          Stok memang sentiasa ada, tapi ikut apa yang ada je kalau tak nak call dulu untuk reservation dulu. Sama macam kedai emas. Stok ikut apa yang ada je. Kalau nak stok yang tak ada, kena tunggu shipping dari HQ. Nak mudah, baik call & reserve stok dulu sebelum datang.

  • […] Itulah 6 tips penting cara simpan emas dengan selamat. Kalau sahabat belum nampak tips ni sebagai penyelesai, mungkin boleh pertimbangkan beli emas Public Gold dan simpan terus dengan Public Gold secara percuma! Dapatkan maklumat lanjut tentang pembelian kaedah Gold Accumulation Program (GAP). […]

  • Assalamu’alaikum, pa pndpt e.zul if sy bli emas utk 5-15 thun yg utk long term saving, kfh ke or emas fzikal? Sy dlm pertimbangan uyk beli emas smonan jgka msa pnjg…tq

      • saya prefer emas GSR atau GCP kerana pemilik nya beragama Islam dab berbangsa Melayu. Public Gold milik Cina. Lebih afdal jika kita menggalang agama sendiri daripada menggalang kaum lain.

        • Itu terpulang. Tak pernah ada larangan dalam agama untuk bermuamalat. Hatta Rasulullah sendiri berumalat dengan Yahudi walaupun sahabat Baginda sendiri ada yang berniaga. Saya tak kisah berusniaga dengan siapa pun. Siapa yang lebih telus dan urusniaganya patuh syariah, itu yang saya pilih walaupun bukan muslim.

          Dalam pemerhatian saya sejak 2010, Public Gold platform jual beli emas paling telus dan trusted di Malaysia. Dari sudut operasi, saya boleh katakan Public Gold lebih “muslim” berbanding ramai peniaga muslim yang guna sentimen agama untuk tutup kelemahan sendiri.

          • Betul tu Tuan. Buat apa kita dahulukan bangsa kalau deal kita lebih terjamin dengan orang yang jujur dan amanah. Tak semestinya bangsa lain, agama lain kita tak boleh percaya.

            Lagi2 Public Gold tu memang ownernya cina tapi staffnya ramai yang melayu.

  • salam.. kalo resit atm cmtu lama2 akan pudar, so nti cmne nk amik emas kalo resit xklear..? tnjuk ic je bole x untuk verify yg tu kite punye..?

  • Salam En. Zul,

    1. Kalau kita withdraw 1 gram emas fizikal dari GAP, berapa transportation cost yang dikenakan?

    2. Untuk emas 1 gram, adakah kita akan dapat 1 gram flexibar atau 1 gram PG LBMA bar?

    Thanks 🙂

  • En zul..sy nk tanya bkaitan pelaburan emas yg tgh hot skrang..yg kt kn dahulukan sejumlah wang n dlm ms 5 hari kt dpt smula pulangan modal..n kt dpt lagi cam dividen la utk tempoh 5 bln..ap pndpt encik zul ttg pelaburan nie..utk makluman en sy br nk bjinak dlm pelaburan emas

  • Wah satu alternatif pada mereka yang berbajet kecil.

    Boleh ke saya buat potongan gaji terus ke akaun public gold tadi untuk membeli emas GAP?

  • Assalamualaikom wbkth En Zul…
    Akaun public gold ni macammana? Ada buku ke atau apa-apa yang menunjukkan transaksi Debit dan Kredit? Atau just simpan sendiri semua slip-slip bayaran dan resit GAP?
    Lagi satu bolehke kalau pengeluaran itu bukan dalam bentuk emas sebaliknya ambil tunai?

    Maaf atas persoalan ini.

  • salam Tuan Zulkifli, adakah cara ni mengikut syariah compliance? especially pembeli boleh keluarkan fizikal di mana- mana caw. ( mungkin sy confused di situ).

    thanks,

    • Wslm En. Zulhilmi,

      Kalau beli mengikut gram, ianya patuh syariah. Kalau simpan duit RM100 dan gandaan RM50, ianya tak patuh syariah. Itu berdasarkan feedback yang saya dapat dari mereka yang mahir dalam muamalat. Keluarkan di cawangan mana-mana tak ada masalah. Sama macam emas KFH.

  • saya nak tanya, dlm link yg en zul beri tu, pembelian minimum dlm gandaan rm100 atau rm50 sahaja.

    mcm mana nak beli 1gm, jika gandaan rm100 atau rm50 sahaja, sedangkan 1gm sekarang rm140.00/gm.

  • Asalamualaikum ustaz zul.

    sy telah membuat pembelian GAP mengikut syarat dari PG..ini bermakna pembelian saya yang pertama bermula RM 100 dan pembelian kedua dalam gandaan RM 100.Apa yang saya baca pembelian saya sudah tidak mematuhi syariah.

    Bagaimana pembelian saya sekarang ini?

    Bolekah PG menerima pembelian ini mengikut harga gram semasa..(seperti contoh ustaz beri)

    Maaf kepada soalan ini…

    • Wslm En. Rosdi,

      1. Apa yang saya tahu, memang tak patut syariah kaedah macam tu. Sebab tu saya dan beberapa Master Dealer PG minta PG bagi option untuk beli mengikut gram. Dan akhirnya PG setuju. Alhamdulillah.

      2. Belian yang lepas tu tak apa. Istighfar dan cuba tanya branch PG yang En. Rosdi berurusan untuk top-up duit supaya genapkan mengikut gram.

      3. Belian seterusnya, pastikan mengikut harga per gram.

  • Salam En.Zul

    Berdasarkan penerangan dari En.Zul transporation cost RM5 akan dikenakan untuk keluarkan GAP 1gram. Macam mana sekiranya saya telah membeli GAP sebanyak 20gram@lebih dan memohon untuk mengeluarkan emas tersebut berapakan transporation cost yang perlu saya bayar. Mohon pencerahan…

  • Assalamualaikum en zul..
    Saye msh krg jelas tentang patuh atau tidah patuh syariah ketika membeli emas gap ni.. Klu kite nak mule dgn 1gram.. Kite mesti byr ikut harga semase.. Sbg cth 1g-rm141kan.. 5g-rm705.. Kite mesti byr genap2?

  • Salam.. Mana lebih baik beli gold bar secara GAP atau beli dinar secara easy payment (ansuran) kalau ada bajet yg sama sbb x jauh beza kan?

    • Wslm Pn. Haini,

      Dua-dua ada kelebihan. Kalau nak lebih untung (susut nilai lebih rendah), beli 1 dinar secara EPP. Kalau beli GAP, boleh beli ikut bila-bila masa kita ada duit. Tak perlu ikut jadual ansuran macam EPP.

  • Assalamualaikum,
    Saya ni masih kurang arif tentang pelaburan emas tetapi berminat nak join pelaburan ni.tp boleh ke encik explain sikit mcm mana klu kita nk generate income yg consistent dgn pelaburan emas ni?

    • Wslm En. Adri. Emas ni lebih kepada simpanan. Kalau nak generate income, kena jadi dealer dan berniaga emas. Untuk jadi dealer, kena buat belian RM20k dalam satu resit. Mulai esok, kena beli RM300k baru layak jadi dealer.

      • Kena beli RM30k (bukan RM300k) dalam satu resit baru layak kan jadi dealer Tuan Zulkifli… Saya bercadang nak buat personal loan untuk membeli emas dan menjadi dealer. Selepas layak jadi dealer mungkin saya tunggu emas naik dan jual semula emas-2 tersebut dan dengan keuntungan jual semula itu saya bayar semula personal loan tu. Apa pendapat Tuan Zulkifli? Saya serius nak menjadi dealer PG. Dan nak mohon bimbingan Tuan.

  • Salam En. Zul

    Adakah emas 1 gram yang dikeluarkan dari seal nya akan jadi emas secondhand dan PublicGold akan mengenakan susut nilai yang tinggi apabila dijual balik nanti?

  • assalamualaikum.
    Maaf atas pertanyaan. Saya tak cukup faham lagi, kalau saya beli emas. ikut step yg tuan beri, bank in duit / maybank2u transfer, saya perlu bayar ikut nilai harga semasa. dalam tempoh berapa lama saya akan dapat emas. boleh dapat emas terus (delivery) atau saya perlu pergi ambil sendiri di cawangan.

    • Wslm Pn. Nurul.

      Emas tu puan boleh bagi Public Gold simpanan atau boleh ambil sendiri. Tak ada delivery, puan kena datang ambil emas tu di office Public Gold terdekat. Boleh ambil bila-bila masa, tapi sebelum datang, call dulu supaya mereka reserve stock.

  • Salam Tuan Zul,

    Kalau sy nk beli 1gram atau lebih then sy nk simpan sendiri terus, mksd ny xperlu bg PG simpan.

    Blh x tuan?

    terima kasih.

  • Salam En. Zul…sy bru je join GAP,
    1. klu sy nk buat penambahan, kne sms PG NEW or acc. PG yg ade kat penyata?
    2. cth klu sy nk withdraw 20g dr acc. GAP dlm bentuk gold bar/coin boleh x?

  • salam en.zul, nak tanya mengenai skim pelaburan emas yang banyak sekarang ni, kawan2 saya pon ada perkenalkan tapi bila fikir balik macam takut je kne tipu sbb katanya jika beli minumum 1,500k, kemudian masuk pendapatan hingga rm400 setiap minggu. betul ke ni?

  • Assalamualaikum. Antara 22K dinar public gold dan 24K GAP, yang mana satu lebih sesuai untuk pelaburan jangkamasa panjang: untuk persaraan dan pendidikan anak2 pada masa hadapan memandangkan property sekarang ni terlalu mahal for investment?

    • Wslm Pn. Isma,

      Apa item terbaik tu bergantung kepada bajet. GAP sangat sesuai untuk mereka yang bajet kecil dan tak nak simpan sendiri emas tu. Puan boleh contact saya 019-336 8009 (wassap paling baik). Nanti saya syorkan item terbaik sesuai dengan bajet puan. InsyaAllah.

  • salam.. sy brminat nk beli emas melalui skim GAP ni.. jd sy nk tanye klu PG simpan emas yg kite beli ade keuntungan ke yg kte dpt dr simpanan dr PG tu? lg 1 mcm mne nk jana pendapatan dr skim GAP ni?

  • Salam.. Sy ada baca PDF bg GAP tu.
    Cuma yang muskil, dlm PDF tu min simpanan adalah 1g dlm acc. Tapi di awal artikel Tuan tulih tiada simpanan min.
    Boleh jelaskan. TQ

    • Wslm En. Adi,

      Emas tu memang boleh keluarkan semua. Cuma bila keluarkan semua, akaun tu dikira tak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold caj RM20. Saya syorkan tinggalkan baki at least 1 gram. Kalau nak keluarkan semua, saya syorkan tak perlu buka GAP. Buat belian biasa jer.

  • Sy berminat utk beli 1 gram emas melalui skim GAP ni. Sy baru ja nak
    Mula beli. Sy tak faham sangat. Boleh Bantu sy? Whatsapp KT no ni
    0134318202.

  • Salamunalaik Tuan…
    boleh tak minta tuan elaborate dan explain lebih lanjut untuk statement Tuan di atas ni “Untung rugi tu bergantung pergerakan sebenar harga emas. Kita dapat untung bila harga naik melepasi susut nilai e.g. 1 gram = 8%”

    Syukran

  • Salam.sy nk tanya kalau kita dah ada beberapa keping gold bar dan tak nak simpan sendiri boleh ke kita masukkan gold bar tu dlm acc GAP tu?

  • En Zul saya ada niat nak beli emas gajibulan ni utk 1dinar bape harga skrg, saya minta pertolongan EnZul tuk pembelian pertama ni- KL

  • Tkasih atas jwp.pada pandangan en berapa g kita ada berbaloi utk kita simpan di syarikat safety ?adakah public gold ada perkhidmatan menyimpan?

  • Salam En. Zul.
    saya selalu baca blog tuan. Saya dah buat kajian hampir 2 3 minggu untuk mencari maklumat tentang emas ini. Bila saya tengok GAP tu, saya berminat. Kalau saya nak buat pembelian pertama, saya letak En. Zul sebagai introducer boleh? boleh En. Zul bantu saya dengan modal yang rendah?
    nombor saya : 010 616 3349
    saya dah save nomber en. Zul.
    terima kasih.

  • Salam en zul.
    Sy ditawarkn dinar public gold n harganya jualannya kurang rm10 dr pg sell.sy bkn pelanggan pg.bgaimna & bolehkah saya nk mnjual emas itu ke pg.

    Terima kasih.

  • Assalam encik zulkifli, saya ad pertanyaan ttg GAP ni, andai kata sy baru membeli emas 1g yg bernilai rm137 pd tarikh 25/9/2014, kalau sy nk jual balik utk dpt kan smula pulangan pd masa akan dtg adakah harga jualan tu tertakluk juga pada harga pasaran yg ditunjukkan dlm website public gold tu? mohon pencerahan. sy agak kurang faham untuk perkara ini. terima kasih.

  • Assalamualaikum wbkth Tuan Zul.. Saya ingin bertanya : 1) sekiranya saya membuat GAP, dalam tempoh setahun saya masih ingin menambah nilai gramnya sehingga satu target yg saya kehendaki.. Adakah emas GAP tersebut dikira semasa pengiraan zakat emas simpanan saya nanti?..

  • Salam…sy berminat dengan skim gap ni…tp sy xde asas lngsung ttg emas…bleh dptkn maklumat lanjut…modal kecik je tp minat beli setiap bln…harap encik dpt bantu…0179671274

  • Minta jelaskan cara lock harga.

    Macam mana procedure kita lock harga sebelum buat bayaran?
    Di website Public Gold harga brubah setiap 20 saat. Mohon penjelasan En.Zul

  • Assalamualaikum Tuan Zulkifli,
    Saya telah pun membuat pembelian gap 1 gram dan telah pun menerima penyata pembelian.
    Soalan saya, untuk pembelian yang seterusnya, adakah dalam penyata pembelian akan menyatakan nilai terkumpul yang telah dibeli?
    Sebabnya, saya ada membuat pembelian untuk kali kedua sebanyak 1 gram, dan penyata pembelian yang saya terima tidak mengatakan nilai terkini yang saya ada (iaitu 2 gram), ia cuma mengatakan nilai yang saya beli yang terkini, iaitu 1 gram.
    Mohon tuan berikan pencerahan tentang ini, sebab saya andaikan untuk pembelian seterusnya, dalam penyata pembelian akan menunjukkan jumlah keseluruhan yang ada.

    • Wslm En Shahreen,

      Saya difahamkan, setiap pembelian, Public Gold akan keluarkan penyata hanya untuk pembelian tersebut.

      Jumlah terkumpul tu Public Gold akan hantar monthly statement.

      In future, kita boleh semak baki terkini melalui sistem. Public Gold tengah develop sistem untum GAP bernilai RM600k sekarang.

  • As salam En Zul,,saya baru sahaja membeli emas 1grm melalui kawan saya..Dia sebagai introducer saya, persoalan saya berapakah komisen yang diterima oleh introducer tersebut bagi setiap pembelian 1grm.. Dan lagi satu saya pon berminat nak jadi introducer kerana ramai kawan saya yang berminat nak beli emas mcm saya..Bagaimanakah caranya? harap en zul dapat membantu saya..no tel saya 013-3207242 boleh whtsaap saya..

    • Wslm En. Azmi,

      Introducer dapat komisyen samaada 1%, 1.5% atau 2% mengikut tahap dealership masing-masing. Untuk jadi introducer, En. Azmi kena jadi dealer. Untuk jadi dealer, kena buat belian RM30,000 dalam satu resit. En. Azmi boleh contact introducer En. Azmi untuk jadi dealer. Saya percaya, beliau boleh bantu, insyaAllah.

  • Salam tn…sy berminat dengan skim gap ni…tp sy xde asas lngsung ttg emas… bleh dptkn maklumat lanjut…modal kecik je tp minat beli setiap bln…harap encik dpt bantu…013-4928788

  • Salam En. Zul,

    Boleh terangkan perbezaan keuntungan untuk belian GAP dan Dinar PG..mana yg lebih untung utk dijual kembali ? brapa kah nilai susut bagi kedua-dua nya?

    • Wslm Puan,

      1. Dari sudut keuntungan tu bergantung susut nilai emas tu. GAP tu sebenarnya kaedah belian, bukan item emas tu sendiri. Bila beli emas melalui GAP, kita diberi pilihan untuk keluarkan emas dalam bentuk gold bar 999.9. Buat masa ni, Public Gold ada item dan susut nilai;

      1 gram (8%)
      10 gram (8%)
      20 gram (6%)
      50 gram (5.5%)
      100 gram (5%)
      250 gram (4.5%)
      500 gram (4.5%)

      2. Antara gold bar dengan dinar, bagi saya dinar lebih untung sebab susut nilai lebih rendah. Katakanlah bajet puan RM3,000, puan boleh beli samada gold bar 20 gram (6%) x 1 keping, atau coin 5 dinar (5.5%) x 1 keping.

      Wallahu a’lam.

  • Salam Encik Zul, saya budak baru belajar tentang pelaburan emas. Modal saya kecil dan macam mana untuk saya mulakan pelaburan emas? apa yang perlu saya lakukan.?

  • Sekiranya sy membeli GAP 1 gm sebanyak sepuluh kali. Maka total pembelian sy adalah 10g. Sekiranya saya nak keluarkan, boleh x sekiranya sy ingin keluarkan dlm bentuk 1x10g bar instead of 10x 1 gm? Mohon pencerahan.

  • Assalamualaikum En Zul,
    saya ada beberapa soalan..
    1. Sy berumur 21tahun, boleh ke menyertai program GAP ini?
    2.Ada tak seminar atau sebagainya mengenai program ini? rasa kurang yakin untuk mulakan dgn ilmu yg kosong mngenai emas.
    3.Bajet minimum sy dlm rm200 sebulan..apakah cara terbaik utk sy mulakan?
    Tq

    • Wslm En Zulhilmi,

      1. GAP boleh join walaupun umur 21 tahun.

      2. PG memang anjurkan seminar hampir setiap minggu di setiap cawangan. Boleh cek jadual seminar di web Public Gold, bahagian Event > Seminar .

      3. Kalau bajet tu, boleh mulakan dengan 1 gram. Untuk pembelian emas melalui GAP ni, ikut jer step yang saya tunjukkan dalam artikel ni.

      Kalau ada apa-apa persoalan, boleh contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call).

  • Assalamualaikum wbkth Tn Zul..

    Sekiranya saya seorg Dealer PG dan membuat GAP, boleh kah saya keluarkan emas saya dlm nilai 1 gram (beberapa keping) dan jual kepada pelanggan2 saya yg xberkemampuan beli dlm nilai yg besar?

  • Salam En. Zul..

    Jika saya ingin membeli emas utk program GAP ini buat kali pertama, adakah saya perlu mendaftar atau membuka akaun dulu? atau terus membuat bayaran dah kira buka akaun?

    • Wslm En. Amzar,

      Untuk pembelian melalui GAP, ikut jer panduan yang saya sediakan dalam artikel ni. Bank in duit dulu mengikut harga di website, lepas tu baru send maklumat. Kalau ada apa-apa persoalan, boleh contact saya.

  • Assalamualaikum En. Zul,

    Baru2 ni saya ada beli 25 pcs gold bar pamp suisse lady fortuna 1g pada harga RM165/gram. Total bayaran adalah RM4125. Saya beli gold bar 1g kerana bagi saya lebih mudah untuk jual semula memandangkan saya boleh buat bidding secara online dan harganya mampu beli bagi kebanyakan orang. Saya nak tanya, apakah langkah terbaik bagi seorang yg baru nak berjinak2 dgn pelaburan emas ni? Melalui pemerhatian saya, harga gold bar 1g bagi PG, KFH dan PAMP adalah berbeza. Kenapa ye? Adakah disebabkan branding atau purity? Rasanya gred 999 jugak, tapi berbeza harga. Mohon penjelasan.

    • Wslm Pn. Nazirah,

      1. Memang harga gold bar 1 gram boleh buat profit dengan bidding secara online. Itu ikut kebijaksanaan puan untuk menjual.

      2. Harga setiap gold bar memang bebeza walaupun berat dan ketulenan semuanya sama. Mereka berbeza sebab kos pengeluaran berbeza dan kadar penetapan untung juga berbeza.

  • Assalamualaikum En. Zul,

    Terima kasih atas perkongsian ilmu tuan. Sangat membantu bagi kami yang ingin menceburi pelaburan emas.

    Saya ingin bertanya mengenai GAP. Jika kita dah beli 1 gram pada belian pertama, adakah saya perlu beli pada setiap bulan dan apa yang akan berlaku jika saya tidak aktif dalam GAP?

    Terima kasih

  • Assalam En Zul,

    Maaf saya bertanya, apa perbezaan antara GAP dgn LBMA. Kenapa harga LBMA RM160 sedangkan GAP RM140 sedangkan kedua-duanya 1g.

    • Wslm Pn. Marina,

      Sebenarnya Public Gold tak jual gold bar 1 gram. Sebab tu tak dipublish harga gold bar 1 gram di website. Yang Public Gold publish cuma GAP. Pasal asalnya, gold bar 1 gram LBMA hanya untuk pembelian GAP sahaja. Tapi disebabkan banyak permintaan untuk beli terus (tanpa GAP), Public Gold jual juga sebagai item aksesori yang mana harganya dah fixed RM160. Harga Public Gold akan semak kalau berlaku kenaikan harga emas secara ketara.

  • Assalamualaikum ,

    1. Biasanya berapa lama PG ambil masa utk update statement online GAP.
    2. Saya perasan akaun bank GAP lain dr yg biasa untk payment. Macam mana kalau tersilap bank in ke akaun belian biasa?

    Tq

  • Assalamualaikum En.Zul

    Nak tanya kalau kita nak jual balik GAP macam mana caranya lagi pun kat web PG tak dinyatakan harga Jual balik GAP?mohon pencerahan. Terima Kasih

  • Assalamualaikum Tuan Zul,

    Adakah sekarang ini selepas 48 jam Public Gold tidak lagi menghantar penyata GAP melalui email setelah pembelian telah dibuat. Memandangkan sekarang sudah ada penyata GAP secara online di laman sesawang Public Gold?
    Saya telah membuat dua pembelian GAP tetapi tidak dapat penyata GAP melalui email.
    Mohon pencerahan.

    shahreen

  • Salam,

    Saya nak tanya En.Zul, kalau saya beli emas pada bulan 3/11/2013 bilakah saya perlu membayar zakat ke atas emas tersebut. Mohon penjelasan dari En.Zul, Terima kasih.

  • Salam Tuan Mohd Zulkifli Shafie,

    Bolehkah saya tahu siapakah yang menentukan polisi syariah produk Gap PG ini? Kalau di KFH, penasihat syariahnya yang tentukan kaedah Bai’ As-Sarf & Qardh untuk akaun simpanan Gold-i. Mohon pencerahan. Terima kasih, Wassalam.

  • Assalamualaikum,

    Boleh x tuan bagi pencerahan sikit pasal pelaburan emas ni, saya memang x tau langsung pasal pelaburan ini. terima kasih

  • Salam Tuan,

    Apa yg saya faham dari artikel ni adalah GAP ni ada menawarkan perkhidmatan untuk simpanan sekiranya ada membeli emas dalam gandaan 1 gram. Bagaimana untuk emas dinar? Adakah terdapat perkhidmatan simpanan untuk emas dinar di PG?

  • Assalamualaikum Tuan,
    Saya sbnrnya sdh lama follow blog tuan utk dptkan pencerahan mengenai pelaburan emas. Ilmu yg dikongsikan oleh tuan sangat membantu. Skrg sy br ada keyakinan utk memulakan simpanan emas. Saya brhajat utk memulakan dengan pembelian secara GAP. Saya memerlukan tuan utk jadi introducer saya. Boleh ke tuan?
    Skrg ni kita dah bole semak penyata GAP secara online kan. Bagaimana dengan username dan pasword. Adakah saya perlu daftar online ke atau bagaimana caranya utk kita akses ke situ? Trm ksh diatas perhatian tuan.
    Ni no cantact saya: 0193135242 Nisha

  • salam en zul. sy budak baru. sy nak tahu, kalau terlibat dengan jual beli emas, mcm mana kita nk tahu bila patut jual atau hold?

  • Salam, nak tanya lebih sikit. nasih kurang paham tentang permohonan gap. boleh beritahu no supaya saya boleh whatsapp? termasuk country code sekali ye. saya dri brunei.

  • salam tuan, baru selesai buat pembelian pertama GAP 1gram. sy jadikan tuan sbg introducer sy setelah membaca kesemua isi kandungan blog tuan . semoga sy istiqamah membuat pembelian 1gram sebulan. InsyaAllah

  • Assalamualaikum….
    Nk tau. Klu Mcm luar Dr penang, klu nk join kena buat Mcm mana….

    Pastu contoh beli utk 1g, goldbar tu akn dihantar kepada buyer, or Mcm mana?

    And..berapa Harga utk 1g sekarang?

    Blh Tuan whatapps sy, nk minta pencerahan skit ag…
    0195588901
    Leh detailkan x..
    Tq

  • salam,
    sy ingin mohon bantuan dr pihak tuan yg pakar ni.
    sy berminat nk tukar saving ank2 dr RM kepd ems..
    katalh jumlah saving tersebut ckup untuk beli emas fizikal seberat 50g tetapi
    sy nmpk GAP lebih selamat sbb kita boleh simpan di PG..
    tetapi kalau nk jual balik susut nilai pd ems 1g adalh tinggi (8% )…
    1. adakah ini bermakna jika mahu jual ems GAP perlu dilakukan pada jumlah berat yg tinggi agar susut nilai rendah…

    2. adakh lebih baik beli sahaja ems fizikal 50g tersebut dr bt GAP 50 unit..

    sbb sy dlm dilema sm ada nk beli ems fizikal or GAP

    terima kasih…

      • salam,
        sy pn dlm dilema yg sama seperti puan Shuhaida samada beli gold bar 50g or beli scara gap 50g.

        tetapi apa yg saya faham, contoh kita telah beli 50g scara Gap, kita juga boleh ambil emas tu dalam bentuk gold bar 50g means nilai spread nya pn sama iaitu 5.5%. so sy rasa beli scara gap lebih bagus.

        cuma yg bezanya contoh hrga gold semasa 4 jan 2014 (gap) rm142\g. 142*50g=rm7100. kalau beli terus emas fizikal gold bar 50g Rm7013.

        so kesimpulannya beli melalui GAp mahal Rm87 utk 50g gold bar tetapi dpt simpanan percuma.

        betul ke apa yg saya faham ni cik Zulkifli?

    • salam,
      sy pn dlm dilema yg sama seperti puan Shuhaida samada beli gold bar 50g or beli scara gap 50g.
      tetapi apa yg saya faham, contoh kita telah beli 50g scara Gap, kita juga boleh ambil emas tu dalam bentuk gold bar 50g means nilai spread nya pn SAMA iaitu 5.5%. so sy rasa beli scara gap lebih bagus.
      cuma yg bezanya contoh hrga gold semasa 4 jan 2014 (gap) rm142\g. 142*50g=rm7100. kalau beli terus emas fizikal gold bar 50g Rm7013.
      so kesimpulannya beli melalui GAp mahal Rm87 utk 50g gold bar tetapi dpt simpanan percuma.
      betul ke apa yg saya faham ni cik Zulkifli?

  • Assalamualaikum En Zul,

    Saya berminat untuk membuat simpanan emas secara konsisten menerusi GAP. Namun saya bimbang jika saya telah membuat pembelian yang banyak tanpa menukarkannya kepada emas fizikal dan sesuatu terjadi kepada syarikat ini, adakah terdapat insurans yang dapat menjamin simpanan saya ?

    Terima kasih.

      • Salam en.
        Mohon pencerahan insurans tersebut. Dan mohon lampirkan sebarang dokumen b&w yg menyatakan gap dilindungi insurans berikutan ianya tidak dimaklumkan di laman web rasmi pg
        Sekian.ws

        • Wslm Puan,

          Emas GAP di simpan dalam Public Safe Deposit Box. Safe Box itu dilindungi insuran, bukan insuran untuk setiap pembeli. Bila dapat GAP Statement, itu jaminan hak emas kita yang disimpan oleh Public Gold.

          Saya syorkan, puan beli dan simpan sendiri dulu. Bila puan dah kenal dan confiden dengan Public Gold, baru simpan dengan Public Gold. GAP hanyalah OPTIONAL, bukan wajib. Itu hanya untuk memudahkan sesiapa yang tak nak simpan emas tu sendiri.

          • TK atas makluman.
            Utk mkluman tuan, faktor utm sy brminat dgn gap adlh krn bajet yg kecil dan mrancang utk mngeluarkan dinar apbl tlh ckp gm dlm tempoh ms pnjg (membuat sy khuatir akan fizikal emas yg msh berada dlm smpnn gap skiranya sesuatu trjd kpd sykt ini).

              • Nak terus keluarkan 1 dinar juga akan mengambil masa yg lama skiranya bajet stiap bln sy utk gap hny brjmlh rm200.
                Utk itu saya prlukan kpastian samada emas gap dijamin hak milik pembeli skiranya syarikat mengalami masalah d kendian hari.

                • Kalau macam tu jangan beli lagi. Simpan duit dulu. Dah cukup baru beli.

                  Public Gold dah jual lebih 4 tan emas sejak 2008. 100% pembeli dapat emas mereka masing-masing. Track record itu bagi saya sudah cukup meyakinkan. Yang di maksudkan “masalah di kemudian hari” itu pun kita tak tahu sejuah mana masalah itu. Hatta duit dalam bank pun tak boleh dikeluarkan kalau ada masalah sebagai mana berlaku di Greece hari tu.

  • […] Kaedah pembelian GAP (Gold Accumulation Program) bagi saya sangat bagus sebab kita boleh simpan percuma dengan Public Gold, atau boleh keluarkan emas tu bila-bila emas. Bagi pembeli emas secara kecil-kecilan, mungkin harga per gram lebih murah berbanding membeli dengan kaedah biasa i.e. lock harga -> bayar -> collect item. […]

  • Assalam..

    saya nak tanya contoh saya menyimpan cara GAP lepas tu saya nak keluarkan 1 dinar bila dah cukup gram boleh ke??

    contoh: setiap bulan 1g, lepas 5 bulan dah 5 g..dan saya nak keluarkan 1 dinar emas (4.25g) boleh ke camtu??maksud baki saya akan ada 0.75g la kan..

  • Assalam tuan..

    Saya berminat dgn pelaburang emas public gold tapi cuma satu yang saya tak faham. Misalnya, hari ni saya check harga emas GAP 1g adalah RM151.00. so kalau saya nak beli emas 1 g kena bayar RM151.00 atau bayar harga genap seperti RM150, RM200? Maaf atas soalan yg kurang bernas. Mohon pencerahan terima kasih

  • salam,
    tuan, saya cuma nak bertanya. Saya ingin membuat pembelian emas gold bar dari seorang penjual ni, tetapi penjual hanya ingin membuat serahan secara maya.

    soalan saya, adakah saya perlu membuat akaun GAP utk mbeli dari beliau?
    Jika tidak perlu akaun, adakah saya boleh mengeluarkan kesemua belian saya tu?

    • Wslm En. Zulhilmi

      1. Apa maksud serahan secara maya?

      2. Kalau GAP, Public Gold bagi GAP Statement, boleh cek dalam website. Emas tu benar-benar wujud dan kita boleh ambil bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold.

  • Salam tuan,

    Just nak bertanya, pd masa sekarang ni banyak penjual emas secara online yg menjual simpanan emas mereka sendiri terus kepada pembeli termasuklah emas PG. Harga yg ditawarkan lebih rendah dr market price. Apakah kriteria yg perlu dipastikan sebelum membeli emas2 tersebut untuk mengelakkan kerugian apabila kita hendak menjual emas tu semula kepada PG ?

    Adakah tuan tahu mana2 group whatsapp / telegram/ facebook yang membuat jual beli emas PG secara terus kepada public yang boleh dikongsikan bersama?

    wassalam

    • Wslm En Wan,

      1. Kalau bernasib baik, dapat harga lebih murah. Kalau tak bernasib baik, duit kena tipu atau dapat emas yang condition tak elok atau item yang Public Gold blacklist. Beli emas melalui deal facebook banyak penipuan. Saya pernah tulis isu ini dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2012/01/5-tips-elak-penipuan-jual-beli-emas.html

      2. Saya tak buat jual beli emas yang deal online. Dan saya tak berani recommend. Kekadang beli emas dengan Public Gold sendiri jauh lebih murah terutamanya gold bar 1 gram. Saya perhati, orang yang tak tahu tentang GAP Public Gold akan beli gold bar 1 gram di facebook sedangkan harga PG tawarkan lebih murah.

  • Assalamualaikum En Zul,

    Saya berminat nak beli emas secara GAP dan simpan di PG. Saya nak tanya, sekiranya berlaku kematian macam mana ahli keluarga saya nak keluarkan emas? Akaun GAP boleh letak penama tak? Terima kasih.

    • Wslm Puan,

      Kalau berlaku kematian, prosesnya sama dengan akaun bank. Pentadbir harta pusaka boleh datang tuntut. Kalau datang ke office Public Gold, staff akan bagi Registration Form. Dalam tu dia minta maklumat waris.

    • Salam En. Haziq,

      Proses untuk shariah compliance tak semudah ambil perkerja baru. Banyak urusan perlu diselelaikan, antaranya mencari TEAM ilmuan yang qualified dan certified yang bersedia jadi penasihat, menyemak semua SOP sedia ada, mencadangkan improvement untuk semua SOP, persetujuan imbuhan kepada panel syariah dll. Paling cepat pun boleh selesai dalam tempoh 6 bulan. Itupun kalau tak ada hicup sana sini.

      Kalau Bank Negara syaratkan institusi kewangan Islam untuk adakan penal syariah, BNM pun bagi masa beberapa tahun sampai full-compliance. Inikan pula syarikat Public Gold yang SECARA SUKARELA untuk jadikan ia patuh syariah. Buat masa sekarang, tak ada mana-mana syarikat jual beli emas di Malaysia yang ada majlis penasihat syariah. Yang ada sebelum ni, banyak penal syariah tarik diri sebab mereka hanya “mempergunakan” penasihat syariah untuk lariskan jualan, bukan untuk betul-betul patuh syariah.

      Prinsip Public Gold, kalau buat sesuatu, mesti buat betul-betul. Bukan sekadar melepaskan batok di tangga.

  • Salam..

    Encik zul..adakah belian dgn system GAP ni patuh syariah?..sebab kita dah bayar..tapi barang bukan dpt hari itu jugakkan..lagi satu kalau kata ianya mcm khf..cara khf lepas kita beli emas tu.dorang akan tunjuk emas tu pada kita kemudian baru tanya kita nak simpan atau bawak balik..jadi bagaimana?

    • Wslm En. Hadi,

      Kaedah belian GAP mengikut gandaan 1 gram confirm patuh syariah. Saya dah merujuk beberapa pakar muamalat Islam tentang proses GAP ni. Kalau belian GAP mengikut RM100 tu, itu memang tak patuh syariah. Tentang serahan on the spot atau kemudian secara fizikalnya, itu bukan isunya sebab “constructive possession” memang diharus oleh syarak. En. Hadi boleh ikuti penjelasan isu ni oleh Ustaz Nazri Chik di link http://youtu.be/csF9P-RVAOY. Rujuk minit ke-49.

      Sebenarnya Public Gold dah anjurkan Seminar Prinsip Syariah Dalam Jual Beli Emas pada 1 Januari 2015 lepas. Masa tu, semua pihak berpeluang menyemak sejauh mana jual beli emas Public Gold patuh syariah dari penal yang memang ahli penasihat syariah Islamic Financial Institution. Kekadang nak jelaskan pasal syariat secara umum begini susah orang nak faham sebab asas muamalat Islam pun ramai yang tak faham.

      Saya syorkan En. Hadi hadir ke Seminar Urusniaga Emas Patuh Syariah yang akan diadakan pada 4 April 2015 di Masjid Shah Alam. Ada 6 ahli muamalat Islam yang berkredibiti akan jadi panel dalam seminar tersebut. Boleh daftar di sini http://www.alamseminar.com/ .

      • Apa yg saya faham dekat website youtube tu, mcm dia kata lepas beli emas, emas kita mmg dah confirm ada dekat sesuatu tempat and emas tu mmg kita punya(mungkin dah set no siri), contohnya Penang. Kalau nak ambil, boleh pergi ambil atau pos. Tapi, emas Public Gold ni, lepas beli 1g GAP, kita boleh ambil di mana2 cawangan PG. Saya rasa, ada beza kat situ.

        Saya agent PG gak, tapi, masih kurang clear lagi mengenai GAP ni. Agak2 tuan, dengan apa yg saya ckp tu, mcm mana yer.

  • Salam en zulkifli…selepas setiap jam 12 mlm harga emas akan bertukar untuk GAP kan. Berapa standard range harga emas yg dikatakan murah dan sesuai utk dibeli?…terima kasih…

  • Assalaamu’alaikum En.Zul.

    Boleh tak saya nak tukar 5 keping gold bar PB 1g kepada 1 keping gold bar 5g PB di cawangan PB?

    Terima kasih.

  • Salam En Zul,

    Sya nak bertanyer…kerana saya memang zore dalam emas ni, baik bar atau perhiasan. Soalan saya ialah:

    1) Kalau saya join GAP adakah saya perlu komited setiap bulan untuk membeli emas, atau permulaan saya membeli 1g dan selepas itu terpulang pada saya untuk membeli atau tidak..

    2) Bolehkah bar yang sy beli dijual semula ke PG, contoh sy beli pd harga RM 141 dan selepas satu bulan harga emas menjadi RM150, adakah sy menerima RM150 apabila dijual pd PG.

    3) Adakah kedai pajak gadai selain bank menerima PG gold bar.

    4) Adakah blh dijual pada pihak ketiga contoh, saya beli 1g RM141 dan saya jual pada mana2 individu pada harga RM151, walau pun individu itu tidak memilik PG acc.

    Sekian terima kasih

    • Wslm En. Man,

      1. Terpulang bila-bila nak beli, atau bila-bila nak jual. Tak ada syarat.

      2. Boleh jual semula kepada Public Gold. Masa jual, refer harga “PG Buy” semasa di website wwww.publicgold.com.my. Kalau gold bar 1 gram, refer harga gold bar 10 gram dan bahagikan dengan 10.

      3. Kebanyakkan ar-rahnu terima emas Public Gold. Kedai pajai gadai konvensional pun terima, tapi ianya haram.

      4. Boleh, tak ada masalah. Itu emas kita, terpulang kepada kita nak jual kepada sesiapa. Asalkan ada orang sanggup membelinya.

      Wallahu a’lam.

  • Salam tn zul.saya dah lama ade plan nak simpan emas ni.blog tn zul membantu tambah ilmu simpan emas especially program GAP ni nampak lebih mudah dan selamat.boleh ke saya nak jadikan tn zul sebagai introducer.

  • Salam EN Zul,

    Saya nak bertanya sikit mengenai GAP. SY baru nak berjinak dalam jual beli emas nie. Via GAP, boleh ke saya beli amaun yg kecil bila harga murah, dan jual kembali ke PG tanpa amik emas fizikal. Kiranya jual beli online je tanpa emas tu physically.

    Mohon pandangan En Zul

  • Assalamualaikum En Zul,
    terima kasih atas ilmu yang banyak dikongsikan. banyak manfaat dan ilmu dapat diperolehi. di laman web public gold ada promosi berkenaan GAP untuk kakitangan awam dan dpt jadi dealer hanya dgn 5k GAP. adakah ini tawaran baik sbb nk jadi dealer harus beli dlm satu resit 30k?
    Terima kasih

    • Wslm En. Hidayat,

      Betul. Promosi tu untuk kakitangan kerajaan. Tanpa promosi tu, kena beli RM30k dalam satu belian baru layak jadi dealer.

      Kalau En. Hidayat nak berniaga emas, lebih baik jadi dealer. Kalau untuk saving sendiri sahaja, saya rasa tak perlu jadi dealer sebab ada syarat requalification iaitu kena ada jualan RM10k untuk setiap tempoh 6 bulan untuk kekal jadi dealer. Kalau tak cukup jualan, Public Gold akan downgrade jadi customer biasa.

      Lagi pun, kalau tak jadi dealer pun, harga emas Public Gold memang dah cukup rendah berbanding kedai emas, dan spreadnya juga rendah.

    • Wslm En Shah,

      1. Untuk jual, wassap / mesej sahaja kepada no handphone office Public Gold terdekat. Nanti mereka akan proses.

      2. Kalau nak keluarkan emas fizikal, datang ke office Public Gold, tunjuk i/c je. Tapi sebelum datang, call dulu untuk mereka reserve stok.

  • salam..ada bbrp soalan
    1. kalau nk beli utk anak…so register guna nama anak ka mcm mana?
    2.kalau guna sistem GAP ni.. buka akaun guna nama sendiri.. apa pa berlaku pada kita..mcm mana waris nak dptkan balik pelburan?

    • Wslm Pn. Azimah,

      1. Betul, register atas nama anak beserta nama puan sekali (joint account). Masa belian nanti, berikan nama dan no. ic anak beserta nama dan no. ic puan sekali. Pastikan setiap anak gunakan email berbeza supaya dapat login website Public Gold untuk cek GAP statement nanti.

      2. Prosedurnya sama macam duit simpanan dalam bank. Pentadbir harta pusaka boleh tuntut bagi pihak si mati.

      Wallahu a’lam.

  • Assalam…
    Saya nak sikit pencerahan bagi bukan warga Malaysia, boleh ambil GAP ke?..
    Boleh tak saya kontek whatsapp Encik Mohd Zulkifli Shafie.

    Terima kasih.

  • Assalam En. Zulkifli,

    Semoga dalam keadaan sihat walafiat.

    1. Boleh mohon pencerahan tentang nilai ‘spread’ untuk 1g PG. Dah cuba cek di web, tapi tak ada tulis untuk 1g, hanya 10g keatas.

    2. Antara beli emas PG 1gram tanpa join GAP dan join program GAP, mana lebih encik syorkan pada saya yang baru nak berjinak dalam emas ini.

    Terima kasih.

  • Assalamualaikum Tuan Zul,

    Berkenaan PG 1 gram kalau kita ada 20 keping yangg setiap satunya 1gram, boleh ke kita pajak di ar-rahnu? (cth: ar-rahnu Pos)
    Mohon pencerahan.

    terima kasih

  • Salam tuan.
    Pembelian emas PG GAP tak dikenakan gst?
    Kedua,pernah dengar program emas powergold?
    Mereka juga membuat programme serendah 1gram emas.Tetapi dikenakan gst.Product gold mereka bercetak Amethyst.Adakah terdapat perbezaan spread antara PG dan Amethyst?

  • Salam, tuan, saya baru nak bermula dengan pelaburan emas dan ada membeli dinar emas dan 1g emas daripada dealer public gold.

    1. Adakah lebih menguntungkan dengan menyertai Program GAP Public Gold atau hanya membeli emas 1g melalui dealer sbb saya lihat harga 1g emas 999 melalui program tu jauh lebih rendah daripada harga jika dibeli terus melalui dealer. Setahu saya untuk menjadi dealer public gold dan mempunyai akaun, minimum pembelian emas mestilah RM30k.

    2. Adakah dengan menyertai program GAP ini secara automatik, saya mempunyai akaun Public Gold dan boleh memantau jualbeli emas saya atau bagaimana.

    3. Adakah Public Gold ada dan akan membuat promosi kepada pelajar, kakitangan awam untuk menjadi dealer dalam masa terdekat ini? Mohon penjelasan daripada Tuan, Terima kasih.

    -hadi daripada bangi-

    • Wslm En. Hadi,

      1. Betul, beli melalui GAP jauh lebih untung. Untuk jadi dealer, kena beli RM30,000 dalam satu belian.

      2. Bila buka akaun GAP, akan dapat GAP Statement seperti statement bank. Boleh keep track rekod jual beli sebelum ini.

      3. Saya tak fikir Public Gold akan buat promosi itu dalam masa teredekat. Kalau ada pun, mungkin tahun 2016.

      Wallahu a’lam.

  • Slm.tuan, sy ada xxgm goldbar public gold, dlm smpnn sendiri. Sy risaukn kslmtnny. Mana lbh baik, simpan di safe deposit box @ jual kpd pg & masukkn dlm akaun gap sy ( duit hsil jualan itu) @ tuan ada cdgn lain yg lbh baik? Terima ksh

  • Salam En. Zul, selepas langkah #3 : Simpan GAP Statement dan Slip Bayaran, PG akan pos emas ke rumah atau saya kena datang collect? Bagaimana hendak membeli design birthday misalnya? Saya ada rujuk link facebook yang En. Zul bagi tapi masih keliru la sebab terlalu banyak post yang berupa iklan. Harap En. Zul dapat membantu. Terima kasih.

  • Salam en zul.

    saya nak tanya tentang SAP, lebih kurang sama konsep dengan GAP, min kita boleh keluarkan 1gram emas. untuk SAP ni boleh kah kita keluarkan min 10dirham perak?

  • Assalamuaikum tuan,

    Nak tanya, kalau sudah lebih dari 2 hari selepas sy buat pembayaran dan tiada respon dr pg, apa perlu sy lakukan? Sy letak pg sbgai introducer

  • Assalamualaikum En.Muhammad Zulkifli.
    Nak mohon pencerahan sedikit mengenai SAP.
    Adakah perlu register sebagai NEW atau di letakkan AC no. GAP (sekiranya ada).
    Jo

      • Terimakasih En Muhammad Zulkifli.
        1. Saya baru nak register, boleh saya letak En. Muhd Zulkifli sebagai introducer saya.

        2. Pencerahan mengenai mengeluar kan GAP (atau SAP), sebagai non Malaysian, cukup dengan IC yg di daftarkan (non resident).

        Jo

        • Sama-sama En. Joharie,

          1. Terima kasih atas kepercayaan kepada dealership saya. En. Joharie boleh contact saya bila-bila masa kalau ada apa-apa persoalan tentang emas.

          2. Bawa ic dan passport untuk keluarkan emas / silver tu di office Public Gold.

  • Assalam tuan,

    Terima kasih di atas perkongsian ilmu yang amat berguna pada laman ini. Saya telah membuat pembelian pertama emas menggunakan kaedah GAP dan telah menggunakan maklumat tuan sebagai introducer sebentar tadi. Maaf tidak memaklumkan terlebih awal tetapi saya ada cc kan emel berkaitan urusan tersebut. Thanks sekali lagi……

    • Wslm Pn. Sarina,

      Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat.

      Tak apa. Terima kasih atas kepercayaan kepada dealeship saya. Kalau ada apa-apa persoalan tentang emas, puan boleh juga wassap terus kepada saya di 019-336 8009. InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang saya tahu.

  • Salam Tuan Zulkifle,

    Saya berminat untuk memulakan simpanan emas ini dan setakat ini saya hanya mampu melalui GAP sahaja kerana baru mula bekerja.

    Soalan saya:

    1. Bagaimana cara untuk buka akaun GAP? Boleh melalui online atau perlu pergi ke cawangan PG?

    2. Adakah perlu bayaran lain untuk buka akaun GAP atau setelah pembelian pertama automatik akaun GAP kita akan dibuka?

    3. Berapa nilai susut untuk 1gram emas GAP kalau ingin jual semula kepada PG?

    Terima kasih tuan.

    • Wslm En Syazwan,

      1. Paling mudah buat online jer. Ikut jer step yang saya tunjukkan dalam artikel ini. Kalau nak pergi cawangan pun boleh tapi bagi saya menyusahkan sebab yang akan proses GAP ialah HQ, bukan Cawangan. Prosesnya tetap mengambil masa 2 hari bekerja untuk Public Gold keluarkan GAP Statement.

      2. Automatik akan dibuka.

      3. Spread 8%.

      Sama-sama En. Syazwan. Kalau ada apa-apa persoalan, boleh terus wassap kepada saya. InsyaAllah saya dapat reply dengan lebih cepat.

      • terima kasih tuan,

        satu lagi soalan, kalau GAP ini kita sudah beli sehingga 10 gram misalnya, boleh ditukarkan kepada gold bar, wafer atau dinar?

        • Sama-sama En. Syazwan.

          Boleh keluarkan samada dinar atau gold bar, asalkan tak lebih dari jumlah gram yang kita beli. Dan paling baik tinggalkan 1 gram dalam akaun GAP supaya akaun kekal aktif. Kalau keluarkan semua, Public Gold anggap akaun tu tak aktif. Bila nak aktifkan semula, kena caj RM50.

  • Assalamualaikum Encik Mohammad Zulkifli
    Sekarang ada online GAP platform baru, dimana peserta boleh update pembayaran purchase info terus online.
    Selepas ni , tidak perlu kah email dan sms untuk penyata bank in?

    Terimakasih

  • …dan satu lagi…sales order tak ada lagi kena issue selepas ni seperti yang sebelum nya?

    Terimakasih atas pencerahan tersebut.
    wassalam.

  • Assalam En.Zulkifli,
    1. Saya baru buka reg website PG ni. Jika saya mahu buat GAP ni, selepas membuat pembayaran online,saya boleh cek status terus melalui website atau tidak?
    2. Jika saya lihat di website, bayaran adalah gandaan RM50. Kalau ikut cara en.Zul pula bole ikut harga contoh saya mahu beli 20G = RM151 x 20g =RM3020. Oleh itu pembayaran yang saya perlu buat adalah RM3020.

    Boleh minta pencerahan?

    • Wslm En. Sabri.

      1. Belum boleh lagi. Staff PG ambil masa 2 hari bekerja untuk update pembelian tu dalam website.

      2. Untuk pastikan belian tu patuh syariah, bayar mengikut gandaan harga 1 gram, bukan gandaan RM50. Kalau beli 20 gram hari ini, bayar RM3,020 (RM151 x 20g).

  • Assalam. En. Mohd zulkifli shafie. Sy brumur 19tahun. Bolehkah sy mula mmbuat simpanan emas dn mcm mna nk create account GAP ?

  • Asssalam,,,brother Zulkifli,,nama saya faris .Minggu lepas saya ada beli GAP RM150 = 1.0067 gram.So,kalau saya nak jual dalam 5 tahun akan datang,untung x?2nd)saya ni beginner n kalau saya dapat ajak kawan2 saya join GAP ni,ape feadah saya dapat?Thanks

  • Assalamualaikum akhi zul, ana nak mohon pencerahan. Kalau kita buat payment pada 9 julai, tapi sampai hari ni tiada call srpd public gold (23hb julai) kita perlu call ke mana ye? Saya tak beli sendiri. Tapi ada dealer hg tlg belikan utk 2nd time. Tapi bila saya tanya, tiada update drpd pihak PG dan dia. Akaun gap pun tiada sebarang penambahan jumlah simpanan.

    Mohon pencerahan. Jazakallah.

  • Assalamualaikum tuan zul . Selamat hari raya .

    Saya nak tanya tuan berkenaan dengan akaun GAP public gold .
    1. Contohnya , saya ada satu akaun atas nama saya sediri dan masih aktif .
    Sekiranya saya nak buka satu lagi akaun bersama untuk anak , boleh tak .
    Atau satu nama hanya boleh ada satu akaun ?
    2. Boleh tak saya buka satu akaun untuk setiap seorang anak saya . kiranya kalau anak saya ada 3 orang , nama saya sahaja ada 4 akaun termasuk akaun saya sendiri .

  • Salam..en saye br nak cuba membuat pembelian emas public gold ni..boleh ke saye buat traksaksi dr cimbclicks ke maybank???

  • Assalamua’laikum En Zul..
    Klau ac GAP ada 3gm dn nk tkar kpd emas fzkal 1/2 dnar..bleh ke..?nk tkar 2 kpg bar 1gm kene byr gold premium rm20 klau 1/2 dnar rm 10 je..tp baki GAP x smpai 1gm..sbb 1/2 dnar 2.125gm..

  • En Zul,

    1 Saya dah mula GAP utk anak², saya menyusul insyaAllah. Soal jawab dlm ni banyk membntu rungkai kekusutan utk beginner mcm saya.

    2 Saya cuma minta kepastian dri tuan, utk jual semula emas dr acc gap, kita rujuk pg buy gold bar 10 gram/10 ye ? spread nya 8% ?

    3 Jika kita jual secara runcit kpd customer di depn mata kita, dan satu hari customer tu nak jual pula ke pg boleh x ? sebb resit asal nma kita cuma dah dijual kpd dia.

  • Salam tuan. Saya ada buat pembelian 1g GAP 2 hari lepas lps saya baca2 di website tuan yg pembelian per gram ni patuh syariah. Tp hari ni ada yg inform saya utk patuh syariah, syaratnya beli emas, dpt emas on the spot (delay kalau courier tu kira tak pe). GAP ni dikatanya tak patuh syariah sbb urusan jual beli tu tertangguh, emas fizikal tu disimpan di PG. Boleh tuan bagi pencerahan? Terima kasih.

    • Wslm Pn. Haida,

      Belian GAP mengikut gandaan 1 gram tu patuh syariah.

      Secara mudahnya, beli emas mesti on the spot. Tetapi perbahasan tentang “yadan bi yadin” dalam jual beli emas ni panjang. Kena baca dan fahamkan Parameter Pelaburan Emas Majlis Fatwa Kebangsaan di http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/parameter-pelaburan-emas .

      On the spot tu, ulama membenarkan “contructive possession”. Ia tak semestinya “actual possession”. Dekat sini yang ramai orang tak faham dan terus mengatakan kalau emas tak sampai di tangan on the spot, maka tak patuh syariah. Sedangkan kenyataan itu tak betul.

      Wallahu a’lam.

  • Gap ni bermaksud emas yang kita beli tersebut hanya dapat buku akaun atau macam tuan?
    Sekiranya kita menpunyai wang utk 1gram emas bar dan mahu mengikuti gap adakah kita dapat emas fizikal tersebut atau ada syarat-syarat lain barula dapat emas fizikal tersebut?

    • Boleh keluarkan emas fizikal juga. Tak ada had. Beli emas memang dapat emas. Cuma PG bagi pilihan samada nak simpan dengan PG secara percuma atau keluarkan dan simpan sendiri. Paling baik tinggalkan 1 gram untuk pastikan akaun tu kekal aktif. Kalau keluarkan semua tanpa berbaki 1 gram pun boleh, tapi akaun tu dianggap tutup (macam akaun bank). Bila nak buka balik, PG akan caj activation fee RM50.

      • Alhamdulillah,saya mulai faham.Jadi ianya memang mematuhi syariah sebab saya kurang faham.Saya pikir ianya cuma dibuku akaun.
        Jazakallahu khair En.Zul

    • Wslm En. Ikhwan,

      Minimum mesti nilainya RM30,000 waktu buat belian.

      Tapi Ogos 2015 ni, promosi beli 100 gram melalui kaedah GAP (tak sampai RM15k) automatik jadi dealer. Kena cepat sebab promosi tu untuk 200 pertama jer.

  • En. Zul,

    1.Saya nak tanya…klu kita beli 1gm scr online yg tuan sarankan, scr langsung akaun kita dlm PG dibuka???….kita akan jadi ahli PG scr xlangsung ke??

    2.klu kita simpan di PG, adakah dividen kita akan dpt spt simpanan lain??

    3. boleh saya tahu harga semasa 1g

    • Wslm Pn Najmiah,

      1. Betul. Public Gold tak ada sistem ahli. Semua harga ikut website.

      2. Tak ada dividen puan. Beli emas dapat emas je. Untung rugi ikut pergerakan sebenar harga emas.

      3. Hari ni RM147 untuk GAP. Boleh cek harga di web.

  • Terima kasih tuan atas maklumat yg berguna…..

    In Syaa Allah saya akan gunakan manfaat ini dengan sebaik mungkin…tambahan, saya sedang menghitung hari utk tempoh 1 1/2 thn lagi utk semua hutang yg sedia ada yang akan habis tidak lama lagi….

    Selepas itu saya akan merancang dengan sebaik-baiknya (mudah² an)setiap sen yang saya dapat selepas bebas dr hutang In Syaa Allah….

    Doakan saya terus beristiqomah dlm merancang kehidupan utk masa depan selepas ini…. Terima kasih Tuan…

  • En. Zul,
    saya nak tau, GAP ni saya boleh tebus emas 1gm ni bila2 masa ker atau kena ambil selepas buat bayaran..sebabnyer tempat PG saya nak ambil tu jauh …dan boleh ker disimpan lama2 ke dalam PG tanpa sebarang bayaran? mohon pencerahan

    • Wslm Pn. Fyza,

      Boleh ambil bila-bila masa lepas pembelian GAP telah dikemaskini dalam GAP Statement. Sebelum datang, call dulu office Public Gold untuk mereka reserve stok item yang Pn. Fyza nak keluarkan tu.

  • Assalam. terima kasih atas info yg berguna. saya berminat untuk memulakan simpanan GAP. mohon pencerahan adakah setiap bulan saya perlu membeli emas sebagai simpanan di GAP? ataupun boleh membeli dan simpan pada bila2 masa mengikut kemampuan? (contoh, bulan pertama 1gram, bulan ketiga baru tambah lagi 1 gram)

  • Asslm en zul..
    Nk ty .. skg ni byk item baru PG. Ble trgkn jns item yg boleh dibeli bg setiap kaedah pembelian .
    1. Belian tunai
    2.Epp
    3.Gap
    Byk istilah baru sprt lbma, wafer masih x fhm.. harap en zul ble trgkn. Tq.

  • Salam en.zul. Sy ingin bertanya tentang konsep “beli emas, dpt emas” utk patuh syariah. Tapi kaedah GAP ni kita beli emas, tp x terima pun emas tu (by hand), sebaliknya terus disimpan. Macam mana tu? Betulkan jika saya silap iye.

    • Wslm En. Epul,

      GAP, beli emas dapat emas juga. Emas tu tak sampai ke tangan, bukan bermaksud ianya tak dapat emas. Emas tu sudahpun jadi milik kita dan kita boleh ambil / keluarkan emas tu dari simpanan Public Gold pada bila-bila masa lepas dapat pengesahan belian daripada Public Gold. Cuma emas tu nak kita simpan sendiri, atau simpan dengan Public Gold, itu tak pernah jadi isu syariah.

  • Assalam en zul
    Andaikata saya sudah menympan emas scra GAP ini sebanyak 9g
    Saya mahu keluarkan sebanyak 8g, kos pengeluaran dikira cmne
    sama ke dengan kos transportation tu

  • Salam,

    Bleh tau emas public gold boleh digunakan untuk pajak gadai ar rahnu x? jika boleh, adakah value nye lbih tinggi dari emas biasa?

  • Assalamualaikum, sy seorng pelajar U y berusia 21 thn. Sy trdetik utk menyimpan emas n sy trtarik dgn GAP ini, namun sy ad beberapa soalan:

    1. pd pendpt tuan, wjar x sy menyertai GAP ini dlm masa trdekat utk jangka masa panjg?
    2. jika sy hendak melakukn belian pertama, sy perlu follow guide y diberikan shj? dan bolehkah sy mggunakan nama tuan as introducer?
    3. jika sy hendak mengeluarkn duit didlm akaun sy, adakah sy perlu menukar dgn emas fizikal dan kemudian menjual semula emas trsebut mengikut psrn semasa atau ada kaedah lain y digunakan?
    4. jika sy telah menyertai GAP, adakah sy perlu menambah simpanan emas sy utk setiap jgka masa trtentu atau sy bebas utk menambah atau mengekalkn jumlah y sedia ada?

    Terima kasih.

    • Wslm En. Firdaus,

      1. GAP bagi saya sesuai untuk pelajar universiti sebab boleh simpan percuma dengan Public Gold.

      2. Betul. Boleh letak nama saya sebagai introducer.

      3. Boleh keluarkan dulu dan jual semula kepada Public Gold, atau boleh terus jual melalui website tanpa keluarkan emas fizikal.

      4. Tak ada wajib beli setiap bulan. Boleh beli dan jual pada bila-bila masa.

      wassalam.

  • Asssalamualaikum, sy ingin brtnya,
    1. setelah melakukan belian pertama, jika hendak menambh simpanan emas, adakah perlu klik ‘purchase’ pd web statement?
    2. bagaimana hendak menjual blk emas trsebut? adakah perlu menukar dlm bentuk fizikal kemudian menjual semula kpd public gold atau ada kaedah trtentu.
    terima kasih.

  • Salam En Zul,

    Saya baru bermula untuk membuat tabungan emas secara kecil-kecilan. saya ada membeli gold bar-1gram dari pihak PowerGold.

    Persoalannya, adakah gold bar dari pihak PowerGold laku untuk jualan kembali?
    dan sekiranya saya ingin membeli emas dari Public Gold, boleh ke saya menyimpan sendiri emas tersebut?

  • Salam En.Zul,

    Saya baru ingin bermula untuk membuat tabungan emas secara kecil-kecilan. saya ingin membeli gold bar dlm program GAP yg ditawarkan oleh PUBLIC GOLD.
    Persoalannya, bagaimana cara pembeliannye?saya telah membuat pendaftaran melalui website public gold.

    Adakah produk Gold dari Public Gold ini terbukti Ketulenannya.bagaimana saya ingin mengetahui ketulenan gold tersebut??.Mohon pencerahan daripada en.zul.

    • Wslm Cik Fiza,

      1. Untuk pembelian, Cik Fiza boleh wassap saya 019-336 8009. Nanti saya guide kaedah yang paling sesuai dengan bajet Cik Fiza.

      2. Emas Public Gold disertakan sijil ketulenannya sekali. Tak pernah ada isu dari sudut ketulenan hinggakan Ar-Rahnu Pos Malaysia terima pajakan emas Public Gold tanpa perlu buka seal (untuk tujuan test ketulenan).

  • saya telah telah berjaya register. tetapi bila saya sudah log in dan klik di My GAP keluar error “Your PG Code is not valid or not found”.

  • Assalam cik zul,sy dah buat pembelian gap ini.Tapi bagaimana sy nak log in accaount public gold ini ye? Bagaimana sya nak dapatkan username dan password?

  • Assalamualaikum En.Zul; 😀

    1. Kalau saya buat pembelian GAP dan simpan untuk 3g pada harga RM150, dalam akaun GAP saya total RM450, betul?

    2. Saya simpan setahun, dan saya nak keluarkan dalam bentuk fizikal, contoh harga masa tu 1g RM180, dan saya nak keluarkan fizikal 2g, soalannya, baki dalam akaun GAP tu akan tinggal 1g RM150 atau tinggal nilainya RM90.

    3. Jika tinggal RM90, nilainya tidak cukup untuk 1g emas, macamana yer dengan akaun saya, masih aktif ke?

    Mohon penjelasan. terima kasih En.Zul. 😀

  • Salam en zul. saya nak tanya. Jika akaun GAP saya mempunyai 85g emas, bolehkah saya tukar kepada 20dinar jika saya nak dlm bentuk fizikal?

  • Salam en zul, Saya nk Tanya

    Cara menambah gap online mula2 bank in duit kemudian Baru login Dan tekan my gap betul tak?

    Tapi kalau Saya Nak beli 600 gram sebagai contoh laa, harga emas tengah murah pada Hari sabtu, transfer online limit sampai rm10,000 sahaja, Nak pergi bank transfer di kaunter Tapi bank tutup, kalau tunggu Hari isnin pasti harga emas dah berubah, jadi mcm mana Saya nk beli menggunakan gap dengan harga emas pada Hari sabtu tu?

    Saya harap gap ni boleh lock harga dulu kemudian bayar

      • Terima kasih atas penjelasan en.zul

        Saya ada Satu soalan lagi, contoh Saya beli 1 gram dlm gap setiap bulan Dan apabila cukup 50 gram Saya jual balik 50 gram tu, nilai spread emas tu ikut 1 gram 8% atau 50 gram 5%?

  • Sy mula mencari maklumat pelaburan emas apabila ada kawan introduce pelaburan emas dan peluang perniagaan dgn powergold. Sy was2. Adakah syarikat powergold ini boleh dipercayai. Jk trusted company, apakah kelebihann powergold berbanding PG. Setelah membaca penulisan tuan timbul minat utk melabur emas. Pls guide. Tq

    • Salam Pn. Rossa,

      1. Saya tak pasti dipercayaai atau tidak. Tapi setahu saya, jenama emas yang dijual oleh Power Gold masih dalam Alert List BNM. Puan boleh semak di website BNM bahagian Financial Consumer Alert.

      2. Untuk semak perbezaan, kena semak 5 kriteria penting. Boleh baca artikel saya di link http://www.bit.ly/kriteriaemas . Untuk faham kelebihan Power Gold, lebih baik puan tanya terus ejen mereka.

    • Wslm En. Amil,

      Beza macam gergaji dengan tukul. Apa yang penting, kita kena tahu apa yang kita nak. Nanti baru boleh decide yang mana duit sesuai beli saham, yang mana sesuai beli emas. Duit simpanan jangka panjang lebih sesuai beli emas.

  • Assalam tuan, saya berminat utk mendalami ilmu pelaburan emas ini,bercadang memulakannya dengan modal sekitar rm 2-3k, soalan saya bagaimana ianya boleh menjana keuntungan, bolehkah tuan mengajar saya

  • as salam.

    sy berminat nak invest dgn emas.

    public gold ni memang bleh percaya ke?

    boleh bagi detailed comparison beli emas dinar dgn GAP.

    tq

    • Wslm Pn. Fadzilah,

      Saya hanya akan recommend syarikat yang boleh dipercayaai sahaja. Public Gold salah satunya. Puan wassap saya 019-336 8009, nanti saya guide kaedah yang lebih sesuai mengikut bajet puan, insyaAllah.

  • Assalammualaikum tuan Zul. Seronok baca artikel tuan, semuanya menarik dan bermanfaat. Bahasa yang digunakan pun terang dan jelas. Nak tanya soalan berkenaan harga emas, bila saya check di website Public Gold dan juga di kedai2 emas di sekitar kediaman saya di Kedah, saya dapati yang harga kedai emas bagi goldbar ketulenan 999 ditawarkan lebih murah dari PG tawarkan. Misalnya 20gram baru rm2700. Cuma susut nilainya lebih tinggi dari PG. Sedangkan emas tu adalah sama ketulenan dan beratnya. Adakah saya patut beli di kedai emas atau di PG sahaja? Apa pendapat tuan Zul berkenaan hal ni? Terima kasih.

  • salam en zul..saya nk tanya jika saya buka acc GAP dan membuat belian 1g setiap bulan..selepas bulan ke 10 saya nk keluarkan emas fizikal, adakah PG ada menyediakan perkhidmatan delivery? Ini kerana PG terletak di penang dan saya menetap di KL. Atau saya mmg kena perg ambil sendiri di penang?

  • Salam tuan,
    Nak tanya soalan pasal pembelian gap,sebelum ni sy beli gap memang akan ada statement yg di emel untuk transaksi pembelian tu, tapi start bulan nov aritu,sy belum terima apa-apa emel dari PG utk pembelian gap saya,
    Kenapa ye?

    Terimakasih

    • Wslm puan,

      Saya difahamkan sistem email Public Gold ada masalah dalam sebulan dua ni. Yang penting lepas pembelian, Public Gold update dalam GAP Web Statement. Itu dah memadai. Bila nak buat pengeluaran nanti, kita cuma perlu tunjukkan ic sahaja.

  • Assalamualaikum

    Adakah dengan kejatuhan ringgit dan peningkatan harga gold sekarang boleh menyebabkan kerugian bagi yang baru ingin mencuba simpanan gold ini?

  • Assalamualaikum. Mohon pencerahan pihak tuan. Saya sebenar dah register normal dealer dan membuat akaun gap. Adakah sy layak mendapat komisen 1%, apa yang saya dapat kalau ada yang mau register gap mnggunakan sy sebagai introducer? Adakah bonus untuk lock harga sahaja dapt komisen dan tidak kepada akaun gap sy. Sekian terima kasih.

  • Assalam…
    Saya dah.ade.no ahli (PG64611) cme baru tau ade GAP nih. Rase cam xberbaloi plak bln2 bli 2g, kdg2 beli 1/2 dinar lepas baca artikel tuan. Rase baik kumpul utk 10g ke atas then keluarkan. Terima kasih sebab artikel ni byk memberi penerangan. Cme utk GAP saya konfius sket bila tgk website. Sebab artikel tuan betkenaan dgn y baru nk bli gold. Cmbe dgn y dah ade akaun?lagi satu tgk kat website tu mcm ade ruangan attach gambar resit. Boleh x tuan terangkan dgn website utk akaun GAP y baru ni.

  • Salam tuan, sy nk mntak pndpt tuan utk dana pendidikan ank2..mner yg lebih bagus,simpanan emas atau insuran takaful.
    Kedua,jika sy ingin mmbuka akaun bersama GAP untuk ketiga tiga ank sy,mcm mnekh crnyer

    • Wslm,

      1. Saya prefer simpan emas. Insuran tujuannya perlindungan, bukan simpanan.

      2. Untuk buka akaun bersama, ikut step yang saya tunjukkan ini, tapi bagi nama anak bersama ibu/bapa, dan pastikan email setiap akaun tu berbeza supaya dapat login web untuk semak GAP Web Statement nanti.

  • Salam En.Zul, sy ada bbrapa soalan berkenaan GAP. Sy ada membeli emas sbnyak 100g sekaligus melalui GAP. Adakah boleh sy menjualnya kembali 100g emas itu kpd PG tanpa mengambil dahulu secara fizikal. Sekiranya boleh:

    1. Bagaimana caranya?
    2. Berapakah spread yg akan dikenakan?
    3. Adakah PG buy semasa yg akan digunakan utk lock harga?
    4. Adakah transaksi ini patuh syariah?

    Terima kasih.

  • salam en. zul,
    saya berminat nak start gap. saya da login dulu before buat bayaran untuk beli emas gap so saya tak boleh nak access. kalau saya bank in untuk 1g emas boleh ke saya guna id sama? saya nak tulis nama en zul untuk introducer boleh?

    • Wslm Pn. Fazi,

      1. Kalau nak beli GAP, terus ikut step yang saya tunjukkan dalam artikel ni. Tak perlu login website.

      2. Boleh letak nama saya sebagai introducer. Lepas belian nanti, wassap juga maklumat puan kepada saya 019-336 8009 untuk rekod.

  • Assalam en. Zul,
    Sy sgt berminat dgn gap ni tp masih ragu2. Soalan sy:

    1. Apa bukti yg PG ada menyimpan emas fizikal utk setiap pelanggan yg menyimpan melalui akaun GAP? Klu tak ada bukti, adakah ia patuh syariah?

    2. Ada kemungkinan utk risiko berlaku terlalu ramai pelanggan membeli melalui akaun gap kemudian pihak PG tidak dapat menyediakan emas fizikal utk menanggung jumlah yg dibeli pelanggan sehingga berkemungkinan PG bankrupt dan palanggan tidak dapat tebus emas fizikal.

    Terima kasih.

    • Wslm En. Azhar,

      1. Buktinya emas tu kita boleh keluarkan dan simpan sendiri pada bila-bila masa. Boleh keluarkan dan simpan sendiri kalau nak lebih yakin.

      2. Setakat yang saya kenal pengasas Public Gold, Public Gold tak akan buat benda-benda mengarut begitu. Lepas 8 tahun beroperasi, banyak syarikat emas yang wujud tenggelam timbul disebabkan buat perkara-perkara yang tak betul. Tetapi Public Gold belum ada 1 pun kes yang dilaporkan melibatkan perkara yang tak betul dan tak amanah dalam jual beli.

      Apa yang boleh saya katakan, wawasan Public Gold sangat jauh. Tak berbaloi untuk buat benda-benda mengarut begitu. Sebab itu saya boleh katakan, Public Gold syarikat jual beli emas paling dipercayaai di Malaysia (dan Asia Tenggara) buat masa ini.

      Wallahu a’lam.

  • Salam tuan.

    Adakah ini bermakna GAP tak sama macam emas maya?

    Jadi GAP ialah emas fizikal cuma ianya disimpan oleh PG?

    Kalau cthnye utk pertama kali sy nak beli emas 1 gram yang bertemakan hari jadi under GAP, saya beli mcm steps yang tuan cerita di atas, then saya boleh call cawangan PB utk design yg sy nak, kemudian pergi cawangan bayar premium baru keluarkan. betul x?

  • salam tuan.

    1) Berapa spread untuk 1g goldbar GAP? sebab kat website PG tak sebut pulak harga WE BUY untuk 1g goldbar, cuma ada WE BUY for 10g. Atau saya boleh kira macam kat bawah ni (?):

    WE BUY (10g) / 10G = WE BUY (1g)

    2) Kalau sy nak keluarkan emas dari akaun GAP yang contohnya dah 10g, instead of pilih 1g goldbar x 10 keping, saya boleh pilih 1 dinar x 2 keping dan masih berbaki 1.5g untuk GAP kekal aktif kan?

    Kemudian next pembelian cuma bayar lebih daripada 1g untuk genapkan baki. betul tak?

  • As salam En Zul , boleh beri contoh mudah macamana simpanan emas ni boleh memberi keuntungan ? Saya berminat nak buat simpanan GAP dalam jangka masa panjang . Untuk skim persaraan . Minta panduan .Terima kaseh .

  • saya merujuk kepada soalan farah:
    2) Kalau sy nak keluarkan emas dari akaun GAP yang contohnya dah 10g, instead of pilih 1g goldbar x 10 keping, saya boleh pilih 1 dinar x 2 keping dan masih berbaki 1.5g untuk GAP kekal aktif kan?

    1.bagaimana nak tukarkan 1 dinar x 2 keping tu tetapi biarkan PG yang simpan?
    2.Dinar tu tidak di bawah GAP, begitu?
    3.bagaimana menjual secara online

  • saya merujuk kepada soalan farah:
    2) Kalau sy nak keluarkan emas dari akaun GAP yang contohnya dah 10g, instead of pilih 1g goldbar x 10 keping, saya boleh pilih 1 dinar x 2 keping dan masih berbaki 1.5g untuk GAP kekal aktif kan?

    1.bagaimana nak tukarkan 1 dinar x 2 keping tu tetapi biarkan PG yang simpan?
    2.Dinar tu tidak di bawah GAP, begitu?
    3.bagaimana menjual secara online

    terima kasih

  • Salam tuan. Saya nak bertanya, saya telah mendaftar untuk program GAP, tapi waktu pendaftaran saya tidak menyatakan introducer (waktu tu baca melalui PG sahaja dan tidak kenal mana2 dealer PG). Macam mana kalau saya nak update tuan sebagai introducer, boleh bantu?

  • salam tuan,

    saya sudah join GAP,tapi saya masih meragui tentang GAP. kalau beli mesti beli mengikut gandaan harga 1 gram, itu saya faham, tetapi saya bagi contoh real case yang saya hadapi, pernah saya beli GAP 1gram, masa request dkt website untuk sampai ker comform status tu kadang2 mengambil masa sampai 1 hari, sudah jadi delay,dan lagi satu,patut PG kena beritahu dekat mana emas GAP itu disimpan, contoh nya saya pilih Branch Sungai Petani. so emas saya hanya ada di situ. Tapi tuan cakap boleh ambil dimana2 cawangan, means emas tu maybe tiada. Adakah itu patuh syariah?

    • Wslm En. Firdaus.

      Bila kita beli GAP, kita bukan beli ITEM, tetapi kita beli GRAM. Emas itu disimpan secara PUKAL di Public Safe Penang. Item tu kita belum decide lagi. Masa nak buat pengeluaran baru kita decide. Kita boleh keluarkan emas tu dari mana-mana branch. Bila kita keluarkan, maka portion yang akan dikeluarkan daripada simpanan pukal tersebut.

      Kaedah ini patuh syariah.

      Kalau ikut parameter majlis fatwa kebangsaan, 3 hari masih di terima, tetapi proses PG hanya ambil masa 2 hari bekerja. Hari cuti memang tak dikira sebab kelewatan itu bukan yang disengajakan.

      Wallahu a’lam.

  • Salam, sy nak minta pendapat, skrg hrga emas dh mencecah rm187, dh terlalu tinggi, mungkin ke dia akan naik atau turun semula sebab sepanjang yg sy tgk, hrga emas ni turun naik. Sy baru je beli 1 gram dan buka akaun gap beberapa hari lepas. Tq ..

    • Wslm Pn. Ina,

      Harga masa depan saya sendiri tak pasti. Kalau beli untuk simpanan jangka pajang, beli jer tanpa perlu tengok harga sangat sebab kita beli emas fizikal. Harga memang akan ada turun naik dalam jangka pendek. Lepas beli, harga emas turun lebih rendah daripada harga kita beli, itu saya jamin.

      Sejak saya beli emas tahun 2010, belum pernah lagi saya jumpa orang beli emas lepas tu harga naik dan tak turun-turun dah lepas tu.

      Wallahu a’lam.

  • En Zul..menarik apa yg en ceritakan ttg perniagaan emas ni..bagaimana dgn perkembangan semasa perniagaan..saya agak berminat.tk

  • Assalamualaikum En Zulkifli, sy agak berminat utk join pelaburan emas ni. Klu agak letak nama En Zulkifli sbg introducer x pa ke? Jadi sy ikut step mcm dalam gambar je la kan? Terima kasih

  • Assalamualaikum,
    Saya dah registrar dan berminat nak beli sikit guna GAP. Bila saya click MY GAP, keluar ‘Your PG Code is not valid or not found. Please contact our service centre”. maksudnya apa? saya perlu masukkan dulu wang ke akaun maybank public gold?

  • Assalamualaikum..
    Berminat selepas baca info pelaburan emas dari page encik ni. Saya ingat nak letak nama encik sebagai introducer. Boleh kan?

  • Salam tuan.
    Saya nak tanya
    1. Bilakah masa yang paling sesuai untuk beli emas?
    2. Bar gold atau dinar, yang lebih menguntungkan untuk pelaburan?

  • Assalamualaikum….nak tanya,sebagai contoh,dulu kita acc gap,tapi dah lama kita tak buka dan lupa terus password dan nama,bolehkah kita buka akaun yang baru

  • Assalamualaikum , en zul

    Kenapa untuk item 1g, 1/2 dinar , 5g ada dua harga?
    Kenapa beli dengan GAP lebih murah, tapi dengan retail mahal.

    • Wslm En. Haikal,

      Beli je mengikut GAP. GAP tu bukan beli item, tapi beli GRAM. Item tu kita decide masa nak keluarkan emas tu.

      Harga “suggested retail price” tu bagi saya nak beli item 1g, 1/2 dan 5g terus tanpa melalui GAP.

  • Assalamu’alaikum wbt En Zulkifli.

    Saya teruja dengan Public Gold yang menyediakan perkhidmatan GAP ni. Terima kasih kpd tuan kerana berkongsi. Saya ada satu persoalan:

    Kalau kita dah keluarkan emas drpd akaun GAP dlm bentuk emas fizikal, boleh ke kita masukkan semula ke dalam akaun GAP tu. Contoh kita dah keluarkan gold bar 10g, jadi dalam akaun GAP kita akan ditolak 10g kan. Kemudian lepas 2 bulan kita nk masukkan semula emas fizikal tu dlm akaun GAP. Adakah diterima, dan brp caj yg dikenakan? Atau Public Gold akan beli dulu emas tu ikut harga spread dan jual balik ikut harga harian GAP?

    Mohon penjelasan drpd tuan. Terima kasih.

  • Katakan selepas beberapa bulan mengumpul, saya keluarkan emas fizikal 10g dari akaun gap. Kemudian, saya nak beli dan kumpul emas semula dalam akaun gap, (cth: 1g setiap bulan), adakah saya akan dikenakan caj simpanan? Tq.

  • Salam Tuan,

    Apakah jaminan akaun GAP ini tuan, katakanlah jika satu masa nanti PG terpaksa menutup operasi perniagaan, Adakah PG juga dilindungi oleh PIDM, mohon pencerahan dari tuan.

    terima kasih

    • Wslm En. Rizuwan,

      Apa sahaja akaun emas (hatta di bank sekalipun) tak ada PIDM.

      Cuma untuk GAP lebih selamat sebab ia disimpan oleh Trustee company di Singapore. Iaitu pihak 3rd party, bukan oleh Public Gold. Anything happen kepada Public Gold, emas kita ada dengan trustee company tu.

  • Salam Tuan,

    Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada setiap ilmu yang Tuan kongsikan selama ini. Di sini saya ingin bertanya kepada Tuan bagaimana caranya untuk saya kembali mengaktifkan akaun GAP saya?,saya difahamkan caj rm50 akan dikenakan untuk mengaktifkan semula akaun GAP ini.

    Terima kasih

    • Wslm En. Shaiful,

      Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel di sini bermanfaat.

      Untuk aktifkan semula akaun GAP yang tiada baki walaupun 1 gram, cuma bayar RM50 je untuk activation fee. En. Shaiful boleh contact branch Public Gold terdekat untuk activation.

  • salam tuan zul,

    Nak bt pertanyaan psl akaun GP ni.

    contohnya saya sudah kumpulkan sejumlah 10g emas dlm GAP dan saya telah kluarkan/tukarkan kpd 10g emas fizikal. Tetapi beberapa bulan kemudian sy membuat keputusan utk tidak memegang emas fizikal ini dan ingin meletak/menukar kembali 10g fizikal emas ini ke dlm 10g GAP akaun. Jadi boleh ke saya tukar kembali kpd 10g GAP? Bgaimana caranya dan apa kosnya?

    Terima kasih

    • Wslm En. Asrul,

      Kalau dah keluarkan emas fizikal, tak boleh masukkan balik ke dalam Akaun GAP. Cuma boleh jual je. Kalau jual kemudian masukkan balik ke akaun GAP, akan rugi spread sekitar 9%. Jadi saya tak advise macam tu.

  • Salam tuan, semalam saya berjaya buat GAP dan pembelian gram atas talian. Saya ikut cara yang tuan ajar. Alhamdulillah menjadi. Terima kasih

  • Salam Tuan

    Saya dah berjaya buat pembelian melalui GAP tapi saya rasa saya tersilap. Sebabnya saya baca minimum boleh beli bermula RM 100 dan RM 100 itu utk 0.5g lebih kurang. Tak cukup 1g=tak patuh syariah dah lah kan?

    Dan juga bila beli tak cukup 1g, jadi akaun GAP kira tak aktif lah ye sebab bila saya buka My GAP keluar “Your PG Code is not valid or not found. Please contact our service centre”.

    Adakah boleh saya beli lagi 0.5g utk cukupkan 1g dan seterusnya akaun akan jadi aktif semula?

  • Assalam Tuan,

    Terima kasih atas perkongsian maklumat yang sangat berguna berkenaan pelaburan emas Public Gold.
    Saya baru selesai buat bayaran online utk 1g GAP dan ikut semua step yang tuan sediakan.

  • Salam Tuan Shafie,

    Saya ada sedikit pertanyaan tentang apa perbezaan antara GOLD ACCUMULATION PRO dengan LBMA SMALL BAR??
    Ini kerana ada sedikit perbezaan harga bagi 1G gold…maaf sebab baru sangat nak mengenal simpanan emas.
    Dan berapakah cost gold premium? harap tuan dapat membantu.
    terima kasih

  • Salam Encik Zulkifli, boleh saya dapatkan no HP terkini encik? Saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Public Gold. Terima kasih.

  • Bagaimana caranya saya ingin keluar & menjual semua emas saya dalam akaun GAP tanpa perlu pergi ke cawangan. Adalah terdapat alternativ lain?

  • Assalam En.zul

    Saya nak minta pendapat en.zul..raya tahun ni rezeki anak saya dapat duit raya banyak juga..saya ingat nak masuk dalam tabung haji tapi saya juga macam berminat nk bukak akaun GAP untuk anak. Apa pendapat en.zul dan cara en.zul uruskan duit raya anak-anak..Terima Kasih.

  • Salam encik..kalu saye taknak buke account pg itu boleh kee Dan kalu saye hanya ingin pergi ke cawangan pg terdekat hanya untuk beli emas 1gram boleh kee untuk dibawa balik terus

  • Assalamualaikum encik Zulkifli, jika saya nak membeli emas dan menyimpannya dalam tempoh masa setahun di Public Gold dan menjualnya semula kepada supplier yang sama, adakah dikenakan apa2 cas jika mengeluarkan gold yg disimpan dan menjualnya?

  • Assalammualaikum encik zulkifli, saya nak tanya bagaimana pula dengan akaun emas yang ditawarkan oleh bank muamalat? Boleh encik berikan pendapat encik berkenaan perbandingan antara akaun GAP PG dan juga akaun emas bank muamalat?

  • assalamualaikum tuan, kalau sya berminat nk buka akaun gap dan guna tuan sebagai introducer(register akaun melalui pautan yg tuan bg diatas)
    1. ap peranan introducer tu?
    2. akaun gap tu akan dihandle(jual/beli) oleh saya kan?
    3. kalau saya beli 1gram emas dkt akaun gap dan lepas tu tk beli apa apa dh, ad tempoh utk akaun tu dinyahaktif? ad fee tambahan semula untuk aktifkan?

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >