MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

3 Strategi Asas Jana Keuntungan Pelaburan Emas

October 29, 2014

Bila terlalu banyak skim cepat kaya bertopengkan emas, ramai yang jadi keliru macam mana sebenarnya jana keuntungan dengan emas. Saya boleh rasa ramai yang salah faham ni bila ramai contact saya dan tanya kaedah “ajaib” jana keuntungan dengan emas. Ada yang expect boleh jana keuntungan bulan-bulan yang lumayan (macam ditawarkan skim cepat kaya), bahkan ada yang anggap beli emas boleh cepat bebas hutang! Bagi saya itu mitos.

Pelaburan emas bukanlah pelaburan ajaib yang boleh selesaikan segala masalah kewangan kita. Ia pelaburan biasa-biasa sahaja. Kalau nak expect keuntungan pun, secara puratanya sekitar 10% jer setahun. Tak jauh bezanya dengan pelaburan lain cuma emas ada kelebihan tersendiri yang tak ada pada pelaburan lain. Dan bukan emas tu yang membuatkan kita jadi kaya sebenarnya, tapi sejauh mana ilmu dan kepandaian kita memanfaatkan emas tu yang boleh membantu kita jadi lebih kaya.

Berdasarkan pengalaman saya sejak 2010 dengan emas, saya perhati ada 3 kaedah paling asas jana keuntungan dengan emas, terutamanya untuk mereka yang melabur emas dengan ‘platform’ Public Gold:

#1 – Beli dan Simpan

Labur emas ni macam beli rumah. Beli, simpan, dan jual bila nak ambil keuntungan. Harga emas akan naik dalam jangka panjang. Persoalannya, benarkah harga emas sentiasa naik dalam jangka panjang? Saya bagi logik yang mudah untuk kita semua fikir.

Pertama, cuba bandingkan harga emas sekarang dengan 5 – 10 tahun lepas, ia jauh lebih rendah berbanding sekarang (walaupun harga emas sekarang dianggap rendah). Kedua, cuba tengok harga barang keperluan, ia confirm naik dari tahun ke tahun. Kalau harga barang confirm naik, harga emas juga confirm naik. Kenapa harga barang sentiasa naik? Sebab duit kertas sentiasa susut kuasa belinya dari tahun ke tahun dimakan inflasi. Bila nilai duit kertas susut, harga barang mesti naik. Berbeza duit kertas dengan emas, 1 dinar emas (syiling ketulenan 916, 4.25 gram) masih mampu beli seekor kambing sejak 1400 tahun dulu hingga sekarang.

graf 15 tahun harga emasGraf 15 tahun harga emas.

Jadi emas boleh dijadikan sebagai salah satu bentuk simpanan jangka panjang. Beli bila ada duit lebih, dan jual bila nak pakai duit. Sementara menunggu harga naik, emas tu kita boleh jadikan modal pusingan bisnes dengan buat pajakan di ar-rahnu bila perlu. Itu kaedah pertama.

#2 – Trading (Beli, Jual, Beli, Jual)

Kaedah kedua dipanggil “trading”, iaitu “buy low, sell high” secara kerap. Beli, simpan dan jual. Beli balik, simpan dan jual balik. Buat proses ini berulang-ulang kali. Kalau di Malaysia, strategi ini hanya relevan untuk pembeli emas Public Gold sahaja sebab harganya ikut pergerakan harga emas dunia secara ‘real-time’. Emas jenama lain tak sesuai.

Strategi ni nampak mudah, tapi hakikatnya saya belum jumpa orang yang betul-betul berjaya dengan “trading” emas fizikal. Cabaran utama ialah, tak siapa tahu bila harga yang dianggap betul-betul rendah, dan bila harga dianggap betul-betul tinggi. Dan paling cepat untuk sesuatu “cycle” beli dan jual tu ambil masa sekitar 3 bulan, bukan secara bulanan ataupun mingguan.

analisis teknikal harga emasTrader perlu mahir ilmu analisis teknikal untuk kenalpasti harga siling dan harga lantai. Ia bukan ilmu ‘nujum’ yang boleh tahu secara tepat bila harga paling rendah dan bila harga paling tinggi sebab professional trader sendiri pun tak tahu dan selalunya tersasar juga (“,)

Fb beli banyak kali jual banyak kaliSalah satu tips trading emas.

Tapi secara asasnya, saya pernah terangkan cara nak jana keuntungan dengan “trading” dalam artikel “Teknik Mengambil Untung Pelaburan Emas”. Untuk berjaya dalam trading, kena ada kemahiran membaca dan menganalisis carta pergerakan harga emas dunia. Untuk belajar, saya syorkan hadir ke Kelas Analisis Teknikal yang dianjurkan oleh sifu saya En Shufaad www.shufaad.com. Maklumat lanjut boleh cek di web beliau. Beliau memang full-time trader.

#3 – Berniaga Emas

syarat jadi dealerKaedah ketiga ni paling senang. Jadi dealer Public Gold dengan buat belian emas bernilai RM30,000 dalam 1 resit. Pastikan pembelian tu dibuat melalui dealer (introducer) yang komited dan boleh bagi bimbingan yang betul supaya kita boleh belajar dari dia (sebagai mentor). Lepas tu bagi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan simpan emas dan ajar mereka pelaburan emas yang betul.

Setiap orang yang kita introduce membeli dari Public Gold, Public Gold akan bayar komisyen 1%, 1.5% atau 2.0% mengikut tahap dealership kita. Sebagai dealer, tanggungjawab paling utama ialah consult ilmu yang betul (demi kepentingan pembeli), tolong orderkan dan guide proses pembelian jer. Nanti pembeli emas bayar dan ambil sendiri emas terus daripada Public Gold. Harga emas naik atau turun, dealer tetap untung sebab dealer melangkah satu kaki sebagai peniaga, bukan sekadar pelabur.

Secara terperincinya, saya pernah kongsikan enam (6) cara jana keuntungan sebagai dealer emas Public Gold. Boleh baca artikel “6 Keuntungan Menjadi Dealer Public Gold”.

Cara Saya Labur Emas

Saya secara peribadi jadikan emas sebagai simpanan, dan memanfaatkan posisi sebagai dealer emas untuk jana pendapatan. Sejak pertama kali beli emas  tahun 2010, saya cuma beli, beli dan beli sahaja. Saya tak pernah ‘jual’ (emas milik peribadi) hingga saat saya tulis artikel ni. Saya tak peduli harga emas naik atau turun, janji duit saya jadi emas. Kalau tahun ni saya ada 50 dinar, saya akan pastikan tahun depan simpanan emas saya bertambah jadi 60 dinar atau 70 dinar. Itulah cara saya.

emas public gold 1 2 dinar gold bar 10g 20gKekayaan lebih bertahan bila disimpan bentuk aset fizikal begini.

Kalau nak jana pendapatan lumayan, caranya bukan dengan melabur, tapi dengan; (1) tingkatkan kerjaya, atau (2) mulakan bisnes sendiri. Ia jauh lebih berbaloi berbanding tunggu kenaikan harga emas atau tunggu keuntungan dari mana-mana pelaburan sekali pun. Pelaburan dalam erti kata sebenar hanya sesuai untuk mereka yang ada duit lebihan, at least dah ready dengan duit simpanan kecemasan. Bila kita labur dengan duit lebih, untung rugi pelaburan tak sangat merisaukan kita, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
25 Oktober 2014
1 Muharram 1436

(Kredit foto : bulliontradingllc)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Mulakan bisnes …yes sy setuju tu tuan..target untung dri biz kecik2 dapat lepas byar utility dulu da ok..pas tu bru move yg lebih besar…huuhu
    sekadar pendapat

  • Salam En Zul, adakah beli tanah dikategorikan sbg wealth protection juga?
    Ok tak idea jual emas PG utk beli tanah, next time ada duit lebih beli balik emas PG siki-sikit.

    • Wslm En. Nadzree,

      Tanah boleh bertahan kalau berlaku kegawatan ekonomi, tapi kalau tanah kampung, masalahnya ia ambil masa untuk dijual sebab tak mudah dapat pembeli. Bagi saya jual emas untuk beli tanah tu ok. Kalau kena caranya, ia lebih untung berbanding tunggu kenaikan harga emas.

  • salam tuan.

    mohon pendapat pihak tuan.
    sy nk simpan duit untuk majlis kenduri tahun depan.
    sy hajat nk beli emas/dinar setiap bulan selama setahun.
    kemudian selepas setahun, sy nk jual emas/dinar tersebut utk dijadikan duit majlis perkahwinan.

    soalan saya, pada pendapat tuan.
    adakah sy patut membeli dinar setiap bulan?
    atau pon sertai GAP?
    bajet saya utk sebulan utk emas/dinar adalah rm600.

    mohon pendapat tuan utk pelaburan jangka pendek ini.

    terima kasih.

    • Wslm En. Farhan,

      Saya syorkan simpan duit RM600 tu dalam akaun bank jer supaya tak perlu risau kalau harga emas turun. Tempoh tu bagi saya agak pendek dan sangat diperlukan untuk kenduri nanti.

      Kalau nak beli, mulakan dengan 1 gram atau 1 dinar sebagai motivasi jer dulu.

  • Assalamualaikum,

    Encik Zulkifli,

    Saya ada satu persoalan hendak ditujukan. Sebelum itu, serba sedikit mengenai latar belakang saya. Nama saya Ahmad Shamin, berumur 24 tahun dan saya baru memulakan kerjaya saya sebagai pegawai bank pada bulan ini. Saya berminat dengan pelaburan emas ini dan saya bercadang hendak memulakan, 1 dinar pembelian setiap bulan. Maaf tersimpang jauh, saya teruskan dengan soalan saya.

    Bagaimana jika saya membuat pinjaman peribadi dengan kadar tetap (staff fixed rate) memandangkan saya merupakan staf bank. Duit pinjaman saya gunakan untuk beli emas sepenuhnya. Adakah ianya berbaloi. Mohon pencerahan, melalui emel jika perlu. Atau ada apa2 info tambahan mohon dikongsi. Terima Kasih di atas entri2 yang sangat membantu oleh saudara zulkifli. Moga Allah memberkati hidup encik di atas kesudian untuk berkongsi ilmu.

  • Terima kasih atas perkongsian tuan. Saya memang berminat nak buat pelaburan emas, cuma sekarang ambil masa untuk belajar2 dulu & blog tuan memang sangat bagus dijadikan rujukan.

  • Salam en zul. Saya tertanya2 emas gold bar di pasaran ada macam2 brand. Ada pamp,pg, amethyst, cert besar cert kecil etc2. Soalan saya ape perbezaan dari segi nilai berdasarkan brand ni? If en zul ditempat saya baru shj nak bermula dgn 1g, brand emas apa yang akan en beli. Terima kasih. Saya dah tanya ramai yang buat jual beli gb 1g ni. Jawapan mereka ala kadar. Sama je kata mereka.semua emas. Tqvm.

  • 3 napi October 29, 2014 at 11:00 am
    dinar ade GST? kenapa? sebab 916? bar de gst x?

    Reply

    4 Mohd Zulkifli Shafie October 29, 2014 at 11:08 am
    Emas ketulenan bawah 995, tak termasuk dalam definisi Investment Precious Metal (IPM) yang dikecualikan GST. Tak kira bentuk apa sekali pun. Siapa yang dah beli dinar 916 tak perlu risau sebab memang tak kena GST buat masa ni. Siapa yang beli lepas 1 April 2015 baru kena GST.

    Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2014/10/3-strategi-asas-jana-keuntungan-pelaburan-emas.html#ixzz3KU7dK71J

    السلام عليكم
    Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kpd pemilik dan penulis blog ini kerana bnyak perkara yg saya belajar tentang pelaburan emas..Alhamdulillah saya telah diperkenalkan dgn pelaburan emas bermula pada awal tahun ini (2014) dengan membeli dinar PG. Dan saya juga telah mendapat buku Rahsia Jutawan EMas dr En.Shukor…
    Sepertimana soalan yg dijawab diatas berkenaan GST yg bakal dikenakan tahun hadapan, sekira saya tertumpu pada pembelian syiling emas seperti kijang emas, canadian maple leaf dll dgn ketulenan 999.9 , adakah akan dikenakan GST ?….manakala Pembelian emas bawah dr 995, akan dikenakan GST seperti Dinar (916) & Barang Kemas….apakah langkah terbaik sekiranya kita masih mahu mengekalkan atau memastikan keuntungan yg maksimum walaupun dikenakan GST….?

    Wallahua’lam

    • Salam En. Fadhlullah,

      Emas-emas berjenama antarabangsa yang dimaksudkan tu tak dikenakan GST sebab ia termasuk dalam kategori IPM. Nak untuk maksimum, kena beli emas yang tak dikenakan GST. Kalau emas yang kena GST, kita rugi pada GST sahaja dah 6%. Ianya terlalu mahal bagi emas.

      Wallahu a’lam.

  • Salam En. Zul,

    Saya sekarang berada di luar negara dan brand yang common di malaysia x terdapat disini. Berdasarkan pengalaman En. Zul brand gold bar @ silver coins apa yg sesuai? Saya ad mendapat info dr kenalan yg perth mint kangaroo bar ok utk dibeli berbanding umicore@heraeus bagi gold..
    dan jenama American Eagles.Kookaburra,Maple Leaf Canada @ Wiener Philhamoniker untuk silver coin. Saya membeli gold/silver untuk mempelbagaikan simpanan dan juga untuk mengelakkan kerugian akibat tukaran matawang apabila pulang ke malaysia. terima kasih atas respons En.Zul.

    • Wslm En. Syafiq,

      Bagi yang berapa di luar negara, boleh beli emas Public Gold melalui 2 keadah belian / servis.

      1. Gold Accumulation Program (GAP) – beli & simpan emas dengan Public Gold. Simpanan percuma, tak ada had. Bila balik Malaysia, boleh ambil emas tu. Beli online, kalau nak jual pun boleh secara online. Kaedah ni sesuai kalau buat belian secara kecil-kecilan. Saya ada terangkan dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2014/09/mudahnya-simpan-emas-dengan-gap-public-gold.html

      2. Allocation Gold Storage Services (AGSS) – beli & simpan dengan Public Gold dengan caj 1% setahun (minimum RM50). Kaedah ni sesuai kalau buat belian dalam jumlah yang besar. Bila balik Malaysia, boleh ambil emas tu di mana-mana cawangan office Public Gold.

      Apa-apa persoalan, En. Syafiq boleh wassap saya 019-336 8009. InsyaAllah saya akan guide cara terbaik sesuai dengan En. Syafiq.

  • Sy rasa waktu harga emas jatuh,kita boleh beli baynk gram emas pd jangka masa tertentu,Dan apabila harga emas kembali naik ,kita akan dapat keuntungan berganda kesan belian byk gram emas ketika harga jatuh…..tp klu yg x mampu beli emas ketika harga jatuh….mampu tgk je la

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >