MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Public Gold Saman Berita Harian RM50 Juta!

October 3, 2014

1 Oktober 2014, pagi-pagi lagi saya dapat pertanyaan tentang siaran Berita Harian berkait dengan Public Gold. Pada mulanya saya fikir, mungkin mereka terbaca artikel lama Berita Harian tentang isu Alert List BNM 2012, tapi rupa-rupanya saya silap. Memang betul, keluar berita terkini tentang Public Gold. Public Gold didakwa menjalankan skim cepat kaya! Aduh… Apa ‘ujian’ pulak ni Allah nak bagi. Customer saya foward artikel penuh Berita Harian, memang Public Gold didakwa menjalankan skim cepat kaya bahkan Public Gold disenaraihitamkan oleh Bank Negara!

Saya terus foward keratan akhbar tu dalam Group Whatsapp “Master Dealer dan Management” Public Gold. Dengan pantas, Public Gold terus contact Berita Harian tentang ‘dakwaan’ tersebut dan terus buat kenyataan rasmi melalui facebook. Laporan Berita Harian tu tak benar sama-sekali. Public Gold cuma jual beli emas sahaja, sama sebagaimana Poh Koh atau Habib Jewel. Bezanya, Public Gold fokus emas untuk simpanan (pelaburan), Poh Kong dan Habib fokus emas perhiasan. Public Gold tak menawarkan apa-apa skim pelaburan. Beli emas dapat emas. Emas tu kita simpan sendiri.

Public Gold Seperti Kedai Emas

Hari tu, dari pagi sampai malam, saya terpaksa menghadap handphone untuk jawab satu per satu tentang berita panas tu, sampai cepat habis bateri handphone saya. Berita tu mungkin panas bagi orang baru, tapi bagi Master Dealer otai dan management Public Gold, kami pernah lalui ujian lebih berat tahun 2012 bilamana Public Gold pernah termasuk dalam Alert List BNM untuk tempoh sebulan. Ujian kali ni cuma dengan Berita Harian, ia tak melibatkan pihak berkuasa. Ini mungkin salah laporan Berita Harian. Public Gold berbelanja jutaan ringgit untuk bina reputasi, tapi boleh runtuh hanya dalam masa sehari gara-gara laporan salah akhbar arus perdana tu.

berita harian - public gold skim cepat kaya 1 oktoberAkhbar bertarikh 1 Oktober 2014, Public Gold dilaporkan menjalankan skim cepat kaya.

kenyataan balas terhadap media public goldKenyataan balas Public Gold terhadap laporan Berita Harian.

Pengendali Guna Emas Public Gold

Separuh hari kami ‘berbincang’ terus dengan management Public Gold, akhir sekali Dato’ Louis Ng (pengasas Public Gold) buat keputusan, Public Gold akan ambil tindakan mahkamah kepada Berita Harian. Malam tu, peguam dah siapkan surat untuk difax kepada Berita Harian keesokkan paginya, Public Gold akan hantar Notice of Demand kepada Berita Harian!

2 Oktober 2014, pagi-pagi lagi seorang customer saya hantar keratan akhbar terbaru, Berita Harian tukar kenyataan, penganjur skim cepat kaya perdaya orang ramai menggunakan nama Public Gold. Memang betul, sejak akhir-akhir ni banyak pengendali skim cepat kaya membuat tawaran tak masuk akal menyebabkan ramai pemilik emas Public Gold sanggup serahkan emas mereka kepada penganjur, hingga boleh dikatakan hampir kesemua cawangan Public Gold kekurangan stok terutamanya gold bar 100 gram! Saya pun perasan, terlalu ramai orang contact nak beli gold bar 100 gram sejak akhir-akhir ini, tapi semuanya nak beli segera secara COD! Bukan sekeping dua, bahkan ada sahabat Master Dealer yang jual 2 kilogram gold bar sehari.

berita harian - public gold skim cepat kayaBerita Harian, 2 Oktober 2014 ‘memperbetulkan’ berita bertarikh 1 Oktober 2014.

Skim Cepat Kaya Akan Diserbu!

Dengan permintaan mendadak gold bar 100 gram, Public Gold pun dapat rasa, ada penganjur skim cepat kaya sedang giat gunakan emas Public Gold. Untuk elakkan sebarang implikasi undang-undang, Public Gold buat keputusan, mana-mana emas yang disyaki terlibat dengan skim cepat kaya, Public Gold tak akan beli balik emas tu! Emas tetap emas, tapi bila melibatkan pelanggaran undang-undang, ia akan jadi barang kes. Kalau Public Gold terima emas tu, polis boleh datang rampas balik emas sebagai bahan bukti di mahkamah!

amaran public gold skim cepat kayaNotis amaran tentang penyalahgunaan emas Public Gold untuk skim cepat kaya.

Jadi saya nak ingatkan kepada pembeli emas Public Gold, sesiapa yang gunakan emas untuk mana-mana skim pelaburan emas, atau ada serahkan emas kepada penganjur kononnya “diniagakan”, baik tarik diri cepat-cepat, atau bersiap sedia duit tu lebur semuanya. Sekarang ni polis tengah buat siasatan. Bila cukup bahan bukti, serbuan akan dibuat bila-bila masa!

public gold saman berita harianSurat tindakan undang-undang terhadap Berita Harian bertarikh 1 Oktober 2014.

Membersihkan Nama Public Gold

Untuk membersihkan nama yang tercalar atas laporan yang tak betul Berita Harian, peguam Public Gold telahpun hantar surat ‘saman’ kepada Berita Harian dengan tuntutan ganti rugi RM50 juta! Tuntutan ganti rugi tu diambil kira berdasarkan jualan tahunan Public Gold RM300 juta,  beroperasi dengan 18 cawangan, dan mempunyai 50,000 pelanggan berdaftar (termasuk dealer) buat masa sekarang.

Bagi saya, tindakan undang-undang sangat wajar supaya pihak akhbar lebih bertanggungjawab atas laporan mereka. Kalau mereka siarkan berita untuk naikkan reputasi orang lain mungkin tak perlu penelitian sangat, tapi bila melibatkan berita meruntuhkan reputasi orang lain, sepatutnya mereka kena berhati-hati. Semak dulu dengan pihak berkuasa macam BNM untuk pengesahan sebelum siarkan berita. Laporan 1 Oktober 2014 memang nampak jelas, mereka tak semak satu per satu syarikat yang dikatakan disenaraihitam BNM dengan Alert List terkini yang dikeluarkan BNM.

Dealer dan Customer Lega…

Lepas Public Gold keluarkan surat saman, alhamdulillah, saya dapat feedback, ramai dealer dan pembeli emas Public Gold rasa lega. Tuduhan Public Gold menjalankan skim cepat kaya, sangat berat bagi dealer-dealer dan pembeli emas Public Gold. Kalau saman ni tak dikeluarkan, mungkin sebahagian besar pemilik emas rasa takut pegang emas, terpaksa jual balik emas mereka, dan serik berurusniaga dengan Public Gold lagi.

Saya harap, ‘kecederaan’ ni dapat disembuhkan secepat mungkin. Berita Harian bertanggungjawab atas tuduhan tersebut. Saya dapat bayangkan ‘kecederaan’ terhadap nama Public Gold. Orang yang baru nak beli emas Public Gold mesti akan terbantut. Orang yang baca, ada yang dah sebarkan dalam internet secara viral. Market Public Gold rosak samada market online mahupun offline. Market offline lagi susah untuk recover dari ‘kecederaan’ tersebut. Public Gold mungkin terpaksa membelanjakan jutaan ringgit dan ambil masa yang panjang untuk memperbaiki ‘kerosakan’ tersebut.

Jadi wajarlah saman ini dikeluarkan untuk membuktikan komitmen Public Gold untuk menjadi platform jual beli emas terbesar dan paling telus di Malaysia, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
3 Oktober 2014
8 Zulhijjah 1435

(Kredit foto: sfexaminer)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • bahaya betul kalau berita tak betul masuk dalam akhabar utama. apatah lagi yang menjatuhkan reputasi syarikat kita. reputasi dan brand mengambil masa untuk dibangunkan, tapi boleh runtuh sekelip mata. harapnya ada permohonan maaf yang proper dari pihak berkenaan.

  • that why dulu sy banyak bertanya pasal emas 1gram.rasanya ada juga emas 1gram dari powergold.apa bezanya dgn public gold?

  • Salam Tuan,

    Sebelum isu ini keluar, ada rakan memaklumkan saya mengenai ada pihak sanggup beli emas PG 1 dinar dgn harga RM 1K, bayar secara bulan RM200 selama 5 kali.

    Tp bila baca pada komen2 dlm post tersebut ada sesuatu tak kena, pihak berkenaan tidak beli terus ke PG, tetapi melalui orang tengah. (mereka yang sanggup nak jual kepada orang tersebut). Harga emas tgh rendah kenapa perlu beli dgn harga yang tidak sepatutnya. saya cuma jangkakan mungkin pihak tersebut telah di senarai hitam pihak PG.

    Alhamdullillah, rakan saya tak jadi jual kepada pihak tersebut setelah meneliti nasihat & info2 yang saya berikan.

    Semoga usaha baik pihak Public Gold diberkati & dirahmati.

  • Salam tuan, saya baru nak masuk pelaburan emas ni melalui kawan..mahu beli emas 100gram, tapi dia kata dia sub agent dan emas tu akan letak under nama dia..bila dapat untung dia akan bank in kepada saya..memang begitu ke stepnya?? Sebab saya masih baru dan kabur lagi mengenai pelaburan ni…

  • Skdr ingtn kpd semua, dn diri sndiri jgn lupa tunaikn zakat emas perak jika layak…slmt tahun baru 2015 kpd smua. Soaln,: bgmna gst mmberi kesan pd hrga emas pg nnti?

  • Menarik benar story tuan , hampiir 2 jam sy menhayatinya..boleh sy jadi anak didik tuan, lokasi sy utara dkt so Kedah,
    Masih aktif berurus niaga ?

  • The sames goes to powergold.. one of Muslim company.. nama yg di blacklisted adalah perbuatan onar sahaja… moga Allah melindungi islam drpd panahan mata jahat…

    Tq for sharing..

    Wassalam.

  • Media massa nk untug je..biasa la..repoter cr nm cr duit..mmg PG mmg terbaik..x jd dealer pun xpe..asal gold PG TERBAIK..

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >