MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Rahsia Mudah Lulus Pinjaman Tanpa Slip Gaji

November 4, 2014

Alhamdulillah, saya baru dapat kelulusan bank untuk tambah lagi pemilikan hartanah yang boleh bagi “positive cashflow”. Ini hartanah pertama yang saya beli lepas tiada lagi slip gaji. Sekarang saya baru dapat ‘baikpulih’ salah satu kesilapan yang saya buat semasa berhenti kerja iaitu tak ‘jaga’ Current Account (Akaun Semasa). Sedangkan Current Account tu alat untuk buktikan kepada bank yang kita memang berduit.

Saya baru tersedar kesilapan tu lepas sebulan berhenti kerja. Masa tu baru saya terfikir, macam mana nak apply housing loan lagi? Slip gaji dah tak ada. Duit hasil bisnes pulak saya letak sana sini dalam banyak akaun. Susah untuk bank kenalpasti sejauh mana rancaknya bisnes saya. Jadi lepas baca buku sana sini, dan tanya pengalaman kawan-kawan yang dah lama berniaga full-time, saya buat keputusan, semua urusniaga berkaitan dengan bisnes dan pendapatan utama saya, saya masukkan dalam satu Current Account khas hanya untuk bisnes. Semua duit keluar masuk berkaitan bisnes, bank boleh ‘match’ dengan Current Account tu.

Cara Urus Current Account

Perkara ni walaupun nampak simple, tapi sepatutnya saya buat masa berniaga part-time lagi. Orang yang tiada slip gaji (berniaga sendiri sepenuh masa) tak mudah dapat loan macam orang makan gaji, apatah lagi jika dibandingkan dengan orang yang kerja kerajaan. Sebesar manapun pendapatan kita dalam bisnes, bank tak dapat ‘cari bukti’ untuk luluskan pinjaman, melainkan kita buktikan dengan Current Account. Semua urusniaga duit masuk dan duit keluar, pastikan melalui akaun bank. Tak kisahlah berniaga pisang goreng sekalipun, pastikan duit keluar masuk melalui akaun bank. Itu cara nak yakinkan bank yang kita memang berduit.

Jadi untuk pastikan bank yakin dengan Current Account kita , pastikan:

  1. Setiap jualan yang kita buat, duit dibayar ke dalam akaun bisnes.
  2. Setiap pembayaran, duit mesti keluar daripada akaun bisnes.
  3. Setiap komisyen jualan (kalau jadi ejen mana-mana syarikat), pastikan syarikat bayar ke dalam akaun bisnes.
  4. Minimumkan urusniaga yang melibatkan duit tunai. Kalau dapat bayaran dalam bentuk tunai, masukkan duit tu ke dalam akaun bisnes. Sama juga dengan pembayaran. Kalau buat bayaran, transfer duit dari akaun bank terus kepada pembekal.
  5. Simpanan penyata Current Account yang at least untuk 6 bulan, paling balik 12 bulan. Kalau guna online banking, save jer statement tu dalam bentuk pdf.

Itulah tips ringkas urus Current Account dengan betul. Pokoknya, duit keluar masuk biar jelas, dan bank suka tengok duit keluar masuk yang aktif. Ia menandakan bisnes kita bergerak aktif.

Dokumen Meyakinkan Bank

Selain Current Account, dokumen yang sangat-sangat bank nak tengok ialah Penyata Cukai Pendapatan! Bahkan ada bank yang cuma perlukan Penyata Cukai Pendapatan untuk luluskan pinjaman. Jadi pastikan hantar borang dan bayar cukai kepada Lembaga Hasil bila cukup ‘nisab’. Bagi orang berniaga, deadline hantar borang dan buat pembayaran ialah setiap 30 Jun.

Jadi secara ringkas, ini senarai dokumen yang bank perlukan sebagai bukti kita memang berduit, walaupun tanpa slip gaji:

  1. Current Account (at least 6 bulan)
  2. Penyata Cukai Pendapatan (2 tahun)
  3. Resit Zakat Pendapatan
  4. Surat Perlantikan Sebagai Ejen (kalau jadi ejen syarikat)
  5. Penyata Komisyen Ejen (12 bulan)
  6. Rental Agreement (kalau ada rumah sewa)
  7. Buku Akaun Simpanan (Tabung Haji, ASB dsb)
  8. Borang Daftar Perniagaan SSM
  9. Penyata KWSP (bagi yang pernah makan gaji)

Pastikan semua hasil peniagaan dan pendapatan, bank boleh match dengan Current Account. Kalau kita dibayar komisyen (sebagai ejen), pastikan penyata komisyen yang syarikat bagi tu dapat match dengan duit masuk dalam Current Account.

Kalau Akaun Tabung Haji atau ASB, pastikan dalam buku tu menunjukkan kita menyimpan secara konsisten (at least 6 bulan tanpa pengeluaran) untuk amaun ansuran pinjaman yang bakal kita bayar kepada bank. Ia menunjukkan kepada bank, kalau kita mampu menyimpan secara konsisten, maksudnya kita mampu bayar ansuran bank tanpa sebarang masalah.

Info penting tentang polisi bank berbeza-beza dalam meluluskan pinjaman

Profil Kewangan Peribadi Berkesan

Masa saya jumpa pegawai bank bulan lepas, saya tak pasti apa yang mereka perlukan. Jadi saya sediakan satu fail yang saya namakan “Profil Kewangan Peribadi”, dan saya bawa sekali masa jumpa dengan mana-mana bank. Dalam tu semua dokumen berkaitan kedudukan kewangan (yang saya senaraikan tu), dah siap compile sekali. Saya susun elok-elok, dan siap buat summary dan separator lagi.

Fail yang saya bawa jumpa banker

Jadi bila berbincang dengan pegawai bank, mereka boleh terus buat penilaian samada kita layak atau tak untuk dapatkan pinjaman. Dan lagi senang, pegawai bank boleh terus fotostat mana-mana dokumen yang mereka perlukan. Syukur alhamdulillah, 2 bank yang saya mohon, semuanya lulus! Saya pilih yang mana saya rasa terbaik. Memang dokumen-dokumen yang saya senaraikan tu dapat membantu untuk kembangkan lagi kekayaan dengan hutang (tanpa perlu menanggung hutang), insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
1 November 2014
8 Muharram 1436

CATATAN : Dua faktor penting yang mempengaruhi keputusan bank untuk luluskan pinjaman ialah (1) kemampuan kita membayar hutang, selalunya akan dikira bersasarkan kedudukan Debt Service Ratio semasa kita (iaitu hadnya 40% bagi berpendapatan RM3,500 ke bawah dan 70% bagi berpendapatan RM3,500 ke atas), dan (2) rekod pembayaran hutang semasa yang baik, selalunya bank akan rujuk rekod CCRIS kita.

(Kredit foto : imoney)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

    • Assalamu’alaikum Ustaz Zul.

      Kalau akaun dah diseleraskaan, jangan lupa pastikan pendapatan rendah & perbelanjaan baik tinggi, barulah tak kena cukai melampau. Jangan macam saya. Belum dapat gaji dah kena potong banyak. EPF 11%+13%, PCB 3.8 = 2%, Socso 0.5%. Abis 26.5% gaji serah ke Kerajaan.
      Semoga berjaya bina Cash flow positif. InsyaAllah

      • Wslm. Terima kasih En. Syed atas nasihat tu.

        1. EPF tu saving kita. Kerajaan simpankan. Jadi kita kena bijak memanfaatkan duit tu.

        2. Income tax tu pun tak perlu risau. We pay what we actually earn.

        3. Socso tu sangat bagus. Itu insurans penting untuk mereka bekerja swasta. Jumlah tu sangat kecil berbanding manfaat sebenar yang kita dapat i.e. jaminan pampasan bila berlaku kemalangan atau hilang upaya.

  • Assalamualaikum en. zul/ puan najdah,

    Saya sgt2 mahu keluar daripada bebanan hutang yg saya hadapi.. kerana beban ini hidup jd x tenteram malah saya bukan saja menzalimi diri sendiri tp saya jga byk menyusahkan org lain..

    Saya cuba berusaha untuk keluar dari hutang- piutang JAHAT yg membawa mudharat kpd saya tp setiap kali mencuba saya pasti gagal..

    Dengan penuh ikhlas saya mhn tunjukajar dari tuan/ puan.. bantu saya untuk saya keluar daripada kesulitan hutang- hutang saya..

    Untuk maklumat, saya tahu mengenai kisah tuan/ puan melalui buku mini MMR yang telah dihadiahkan oleh seorang sahabat fb saya.. mohon bantuan tuan/ puan dan saya sangat2 berharap saya dpt keluar dari kesulitan hutang saya kerana saya menanggung kedua ibu bapa saya, dua org adik yg masih belajar dan anak tunggal saya yg semakin membesar dan perlukan pendidikan yg terbaik. Saya tidak mahu anak saya susah kerana kesilapan saya sendiri. Saya sgt mengharapkan bantuan tuan/ puan.

    Terima kasih, Wassalam.

  • salam en. zul…
    kalau macam saya bisnes sbgai side income.. side income tu kena di current akaun juga ker.. akaun saving biasa boleh ker ???

    • Wslm En. Sanuzee,

      Kalau nak declare duit tu sebagai pendapatan masa apply pinjaman bank, lebih baik buka current account. Current account dari pandangan bank ialah orang yang duitnya banyak dan sentiasa keluar masuk. Dan kita boleh bukti duit keluar masuk tu melalui penyata current account bulanan.

      • Tuan Zul,

        Adakah current account personal sudah memadai untuk meyakinkan pihak bank? Atau current account perniagaan?

          • En. Zulkifli,

            Kalau saya buat Saving Account (SA) khas utk urusan keluar masuk duit daripada perniagaan, boleh digunakan ke statement SA tu utk buktikan income daripada perniagaan? Atau perlu buat Current Account (CA) jugak?

  • Assalamualaikum tuan zul,

    Alhamdulillah saya dah 3 tahun mula menyimpan emas PG dan sekarang tengah survey untuk berjinak-jinak membeli rumah apartment low cost utk disewakan..Umur saya 27 tahun..Saya bercadang nak beli 2 rumah low cost untuk disewakan..Jadi adakah berbaloi saya buat personal loan untuk bayar downpayment rumah tersebut?

    Saya juga ingin belajar cara berniaga emas PG dengan tuan..sebab sekarang ni saya hanya simpan emas yang saya beli dan apply sikit-sikit teknik pajak emas di ar-rahnu..Jadi boleh tak tuan zul cadangkan seminar berniaga emas PG ataupun tuan boleh coach saya..hehe

    Terima kasih

    • Wslm En. Anas,

      1. Rumah low cost hanya boleh dibeli oleh mereka yang belum beli rumah, dan pendapatan isi rumah tak lebih RM3,500 (kalau di Selangor). Kalau nak beli rumah, saya prefer deposit tu bayar dengan duit simpanan sendiri. Prinsip penting dalam pelaburan, guna duit lebihan.

      2. En Anas boleh join mana-mana seminar di office Public Gold yang diadakan hampir setiap minggu. Boleh cek jadual di http://www.publicgold.com.my bahagian Event > Seminar. Atau boleh terus berguru dengan introducer En. Anas.

  • Assalam.Sememangnya Info yang amat bermanfaat terutama sekali bahagian nilai tambah dlm permohonan pinjaman perumahan. Tapi En. Zul, Bagaimana pula penyediaan dokumen untuk org mkn gaji yg mungkin hanya ada penyata EPF, slip gaji & penyata akaun. Mungkin En. Zul boleh kongsi nilai tambah selain dari yg dinyatakan diatas. Mungkin penyata saham, sijil insuran, penyata akaun emas dll boleh membantu. Mohon nasihat 🙂

    • Wslm En. Razif,

      Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

      Selain dari dokumen tu, kita boleh bukti dengan apa-apa harta atau sumber pendapatan lain yang kita ada. Kalau memang simpan Tabung Haji setiap bulan, bagi salinan buku Tabung Haji. Kalau ada rumah sewa, bukti dengan Tenancy Agreement + penyata akaun yang membuktikan kita terima duit sewaan tu.

  • Salam En Zul,

    Adakah simpanan emas fizikal yang kita ada boleh digunakan sebagai sokongan kepada permohonan pinjaman kita di bank?

    Kalau ya, bagaimana caranya? Mohon pandangan En Zul 🙂

    – ipoi

  • Congrats on your next property, Zul.

    Many people don’t realize (to their own cost later), the importance of paying income tax. Great article as usual!

  • Assalamualaikum Encik Zul.

    Saya berumur 18tahun Dan mempunyai bisnes online sejak Dari 9 bulan yang lalu. Penyata bank saya semua berpuluh ribu hingga meningkat seratus ribu lebih keatas setiap bulan. Boleh ke saya memohon pinjaman dari bank disebabkan saya telah ditipu oleh pembekal saya baru2 ini. Sekarang saya dalam kesusahan terpaksa membayar balik semua duit customer saya. Harap en.zul dpt beri cadangan

  • Assalamulaikum ustaz.
    Saya tidak jelas berkenaan dokumen nombor 2 iaitu Penyata Cukai Pendapatan (2 tahun)

    Adakah perlu tunggusehingga 2 tahun sebelum penyata tersebut boleh digunakan?

  • Salam tuan Zul, terima kasih atas perkongsian info ini. Sangat bermanfaat. Bagaimana agaknya seorang yang bekerja sendiri boleh menyediakan penyata gaji bulanan sendiri? Ada masanya penyata gaji diperlukan utk ditunjukkan kepada pihak tertentu misalnya untuk pendaftaran anak ke sekolah. Atau kita boleh buat surat menyatakan kita bekerja sendiri dan tiada slip gaji? Terima kasih 🙂

    • Wslm En. Redza,

      Alhamdulillah.

      Orang bekerja sendiri boleh buat slip gaji terutamanya bagi sesiapa ada syarikat PLT atau Sdn. Bhd. Tentukan jawatan kita dalam sayarikat sebagai Eksekutif (staff), tetapkan gaji bulanan untuk diri sendiri, bayar caruman KWSP dan SOCSO untuk diri sendiri. Slip gaji tu akan sah dan berkredibiliti.

      Ataupun, buat surat pengesahan pendapatan yang diakui oleh ketua persatuan penduduk. Sesetengah pihak boleh terima surah pengesahan pendapatan.

  • en zul ,mak cik umr57th .pemohonan rumah swasta harga rendah40k mak cik dah lulus cuma nak mohon pijam bank je.makcik adalah pay slip sebagai peneroka felda.lepas tolak segala hutang dan upah dlm pay slip tu tinggal rm800.Macamana agak nya peluang mak cik nak dapat pinjaman bank?

    • Salam Mak Jah,

      Bank biasanya akan luluskan pinjaman lepas menilai (1) kemampuan kita membayar pinjaman, dan (2) rekod pembayaran hutang kita yang sedia ada. Saya tak pasti sama bank boleh luluskan atau tidak permohonan mak cik. Tunggu sahaja keputusan bank. Biasanya masa mohon pinjaman, pegawai bank dah boleh agak dan bagi keputusan awal samada boleh lulus atau tak.

  • Saya makan gaji dan ada slip gaji.At the same time saya ada business online parttime,kalau saya nak gabungkan dua income (makan gaji dan business) untuk buat loan,income dari business tu sekali kan dalam current account personal atau masuk kan dalam current account business?
    Terima kasih

    • Salam En. Amir,

      Tak kisah samada current account bisnes atau personal, urusniaga bisnes dimasukkan dalam current account. Dan yang penting, bank boleh tengok duit keluar masuk bisnes kita.

  • salam en zul,

    miza nk tnya.. miza baru lg berniaga . tetapi baru nk berjinak utk pandai tntang buat pelaburan atau beli rumah dan sewa kan.. tp miza tk berapa fhm tentang apa yg perlu miza buat. SSM dan penyata pendapatan shaja ke ya? sbb miza full time berniaga. ada yg kata miza perlu buat ssm sahaja dan duit selalu kena masuk dlm bank bagi konsisten. miza baru umur 22 thun. still kurang jelas.

    • Wslm Cik Miza,

      1. Daftar SSM
      2. Buka current account khas untuk bisnes.
      3. Isyhtihar pendapatan kepada LHDN setiap tahun.

      Perkara di atas tu akan meyakinkan bank bila nak buat pinjaman suatu hari nanti, insyaAllah.

  • Slm abg zul,sya ingin membuat pinjaman peribadi nk buat bisnes canopy,sya ada tanah pertanian tapi tanah geran bersama(1 geran 9 beradik)sya nk cagarkan tanah ni utk dptkan pinjaman peribadi mcm mana caranya boleh ke tuan

    • Wslm En. Iqbal,

      Saya tak pernah ada pengalaman buat pinjaman dengan cagarkan tanah. Saya syorkan terus pergi jumpa pegawai bank. Mereka tentunya lebih tahu tentang hal ini.

      Memulakan bisnes dengan buat pinjaman bercagarkan harta (apatah lagi harta keluarga) sangat tak digalakkan oleh guru-guru bisnes.

  • Assalam,

    Boleh sy tgk contoh , cara susunan, keperluan dan lain-lain dokumen yg perlu ada dalam fail “Profile Kewangan”? Saya masih buntu untuk membuat Profile Kewangan ini.
    Terima Kaseh.

  • Assalamualaikum…
    Sy da buka current account company..tetapi akaun bersama dengan suami..sy nk beli rumah guna nama sy sendiri RM200k.sy hanya ada hutang mara 36k.sy juga da buat declare gaji RM3.5k sbln ke saving account sy.jd sy perlu guna current account company atau saving account..?atau sy kne buat current account sndiri tanpa nama suami..?

  • Salam en zul

    Saya ada perniagaan sdn bhd dan sale tahunan mencecah ratusan ribu..

    Tapi saya tidak pernah membayar income tax dan tiada epf dan socso.. Boleh ke saya dapatkan pinjaman dgn statement curr acc shj?

    • Wslm Puan,

      Puan boleh mencuba, tetapi saya rasa susah. At least puan kena declare pendapatan kepada LHDN dan bayar cukai, barulah bank confident. Penyata cukai tu penting sebab ada bank yang hanya mahu tengok penyata cukai sahaja untuk luluskan pinjaman. Penyata lain mereka tak nak tengok.

  • Sy bahri. ..sy berkerja sebagai kepala kontrek. .sy tdak mempunyai slip gaji. .tp jumlah gaji sy dlm sbuln rm1600-1700 . ats desakkn kluaga sy untk cpt berkhwin.sy nk buat pinjaman peribadi perkhwinan. .tp bank meminta slip gaji untk d luluskn. .jd bleh sy tau. .mcm mne untk sy buat slip gaji atau ad cre laen yg lebih berkesan. .

  • Assalamualaikum. .tuan, saya keje government. .daftar ssm atas nama saya (pertama) dan isteri nama kedua. . isteri saya xbekerja dan buat bisnes online full-time. .isteri ada current akaun yg kami buat khusus untuk bisnes yg boleh dikatakan hari2 ada keluar masuk duit. .cuma kami belum berdaftar untuk isytihar cukai di LHDN ( sbb xtahu cmne nak buat dan syarat2 untuk bayar cukai). .

    SOALAN :
    Boleh ke isteri saya memohon pinjaman perumahan dengan menggunakan SSM yg mana nama pertama dalam SSM adalah saya dan nama kedua isteri?

    Bagaimana cara nak isytihar cukai di LHDN? Guna nama saya atau isteri? Sbb saya keje government. .

    Apa syarat2 atau berapa tempoh yg perlu isytihar penyata kewangan perniagaan?

    Terima kasih tuan. .

  • Sya engan memijam duat kepada sarikat ni..sya eyin memelukn duit sebayak RM 3000.terima kasih kepada sarikat ni..sya mahu pinjam duit kerana sya nk kawin..kerana duit sya x cukup..nk buat perkawinan sya nii..sya memohon kepada sarikat ni..sya harap puan dn tuan dpt menolong sya..terima kasih atau kepada sarikat ni…ni nmbo sya..0173119653

  • Assalammualaikum..tumpng tnya sy bekerja badan berkanun,sebelum ni sy ada buat personal loan dn loan kereta..gji bersih sy cmpur ot 3k keats..adakah sya layak untuk loan rumah yg beharga 150k?

  • Salam Tuan,

    saya ada soalan.

    sy sekarang bekerja bisnes bersama pakcik sendiri. Diberi elaun tetap bulanan + komisen bulanan atas bisnes yg saya usahakan.

    company milik pakcik saya, tp sy tidak diberi slip gaji, kwsp dll buat masa skrg.

    ada cara tak untuk buat loan bank utk beli rumah tanpa slip gaji dan company sendiri?

    terima kasih

  • Assalamualaikum En. Zul.
    Benarkah apa yang saya baca, jika buat permohonan loan cuma menggunakan current account shj sudah cukup tanpa perlu declare income tax? Bukan ker memberi kesan kepada tuan badan contoh ‘lhdn dapat jejak org yg liat bayar cukai’? Utk pengetahuan, saya ada dua current account, satu aktif dan satu dlm proses nak aktif coz baru apply dan saya belum lagi declare tax coz I’m not ready yet. Saya dlm proses nak capai ‘financial freedom’, itu sebab not ready. Transaksi kuar masuk duit dalam akaun aktif tu, ada lebih kurang rm3,000-rm4,000 setiap bulan. Mohon pencerahan dari En. Zul.

  • Salam tuan,

    saya baru mula berniaga tahun lepas. cuma saya nak tahu macamana kita nak prepare penyata untung rugi untuk kita isi borang income tax. umtuk maklumat tuan saya zeo pasal hal ni. Tahun ni baru nak isi. Minta tunjuk ajar

  • hai sy DLM proses memohon Umah ppr kos rendh tapi DLM masa sama berminat. nak beli apartment harg rm230k tp takut loan take lepas so wife berniaga nk buat akaun syarikt agak agak kerajaa. dpt detect tak wife ada pendapatan sebb kami perlu apply kedua dua nye since takut kedua dua nya terlepas. sebb sy nk bukk akaun syrtk utk cantimkan statement and lepas dh approve vary declare tax.

  • salam. saya tak faham current account ni mcm mne?
    maknanya contoh kalau saya ade acc pada bank cimb, dan itu adalah currnt account? mcm tu ke? atau ade bukak satu akaun khas untuk urusan duit ini?

    • Wslm En. Zawawi,

      Kalau buka akaun di bank, boleh pilih Current Account atau Saving Account. Kebanyakkan orang buka Saving akaun. Ikut khas untuk penyimpan. Current Account untuk orang berniaga. Pergi tanya di bank untuk confirm.

  • assalamualaikum

    En.zul.. saya kakitangan awam.. tp.ada pendapatan lebih kurang RM5000 sebulan masuk melalui cek syarikat tersebut.. kalau dgn gaji saya sekarang.. sukar untuk beli rumah.. boleh ke RM5000 sebulan tu untuk support permohonan saya

  • Assalamualaikum

    Gaji saya sekarang RM1600.ingin membeli rumah berharga 100 ribu..tetapi tiada slip gaji dan juga kwsp. tempat saya bekerja enggan membuat slip gaji dan kwsp. bolehkah saya membuat pinjaman perumahan menggunakan penyata bank dan juga akaun asb dan tabung haji?

  • assalamualaikum en.
    saya ingin bertanya bagaimana ingin membuat profile kewangan seperti yang en lampirkan ? butiran apa yang diperlukan untuk membuat profile kewangan ?

  • Sy seorg penjawat awam tetap. Telah mengambil cuti tanpa gaji untuk mengikut pasangan belajar selama setahun.
    Ada lagi 2 bulan sebelum saya masuk kerja balik. Bole kah sy apply bank loan 450k for a house yang sedang dibina?
    Kalau buat combine loan…later boleh tukar tak ke single loan sahaja?
    TQ

  • As salam tuan.. saya ada terbaca ada yang buka current account semata2 untuk tinggikan income untuk beli rumah, rendahlan DSR. Padahal guna duit sendiri masukkn dalam akaun tu. Persoalan sy, bank terima kah strategi macam tu? Terima kasih..

  • Assalamualaikum Tuan Zul,

    Sekadar ingin mendapat pandangan..,

    Saya ada pinjaman housing loan balance Rm420,000. Interest rate bank rasanye 4.36% kot lepas Blr -2.4%. EPF Akaun 2 ade balance Rm75,000. (7 tahun dulu pernah kluarkan Akaun 2 ni sebanyak Rm55,000 untuk down payment rumah ni).Total Akaun 1 + Akaun 2 lebih kurang Rm365,000. Dividend EPF maybe katakan 5% lah kot bergantung… Wajarkah keluarkan EPF Akaun 2 untuk mengurangkan pinjaman housing loan tu…?
    Risau kalau BLR bank meningkat lagi pada tahun 2018 depan., so plan nak kurangkan hutang housing loan bank takut dapat surat lagi dari bank minta tambah monthly installment. Terima kasih untuk nasihat. 🙂

  • Salam En Zul, saya nak beli rumah prima sekarang , sale perniagaan saya mmg setahun ratusan ribu , ada SSM tp xpernah declare income tax, bank islam tempat saya ni syorkan saya bayar zakat perniagaan, skrg sy dh bayar zakat perniagaan 4,000, tp xlepas lepas juga loan prima saya tu,

    Persoalan saya mengikut pendapat En Zul
    1. Adakah kalau saya declare tax sekarang, saya boleh lepas loan rumah PRima tu dalam masa segera

    2. Adakah saya perlu bayar deposit, xpayah loan 100% sebagaimana prima anjurkan?

    Bantu saya yang masih xpaham apa apa..
    Terima kasih En Zul

  • Assalammualaikum Tn Zul

    Boleh saya tau kiraan pemotongan pendapatan lhdn dikira dari total credit account ataupun baki di dalam account setiap hujung bulan?

    Saya baru buka SSM bulan mei 2017. Adakah saya dikenakan denda sebab tak mendaftar lhdn ini.

    Terima kasih

  • Assalammualaikum
    En. Sya ada pertanyaan, suami ingin membeli rumah dan pendapatan bulanan sekitar rm1500 tetapi masalahnya tiada slip gaji dan tiada potong epf. Bagaimana menurut pandangan encik. Gaji di bayar secara tunai ke tangan..

  • Asslammualaikum
    Saya ingin memohon pendapat tuan, suami membeli rumah.bekerja dan pendapatan sekitar rm1500 sebulan. Masalahnya gaji diberi secara tunai dan tiada slip gaji. Tiada potongan epf juga.. Layakkah suami membuat loan.

  • Hai saya nak tanya saya ada kerja tetap dan dalam masa yang sama saya berniaga online…jumlah berniaga on9 beribu la juga..tapi boleh ke saya nak guna gaji tetap saya dengan berniaga on9 tu untuk beli rumah..tapi berniaga on9 tersebut xd pay slip…mcm mne ye..mohon nasihat..

  • Assalamualaikum wbt
    En.Mohd Zulkifli,

    Terima kasih kerana berkongsi dengan info yang berguna.
    Saya ingin bertanya, bagi gaji min.RM1500/sebulan +RM50-100 insentif
    untuk dokumen sokongan perlu ke untuk sertakan sekali salinan,
    1) Saving acc sedia ada
    2) Penyata EPF
    3) Slip gaji

    Sebab kalau gaji bawah RM2500/sebulan, tidak ada cukai pendapatan.
    Jadi kalau saya sertakan penyata saving acc boleh?

    Terima kasih

  • Assalamualaikum tuan Zul,

    Saya ada 2 soalan yang harap-harap tuan dapat tolong selesaikan.

    1. Adakah seorang kakitangan kerajaan, mempunyai syarikat enterprise dan ada current account boleh membuat pinjaman perumahan? dengan cara guna payslip kerja kerajaan dan supporting income daripada business?

    2. Saya seorang bekerja badan berkanun, jadi agen coway yang ada payslip, dan ada syarikat entreprise serta current account. Adakah saya boleh attach ketiga-tiga income tersebut untuk buat loan perumahan?

    Terima kasih tuan, saya hargai sangat.

    • Wslm En. Zain,

      Boleh. Bank nak bukti hitam putih menunjukkan pendapatan dan kedudukan kewangan sebenar untuk menilai kemampuan kita bayar balik sahaja. Bagi semua dokumen sokongan yang diperlukan.

  • Slm bos, sy Trader saham.. boleh ke sy apply loan kereta dgn statement byrn cukai LHDN, aset² MCM emas yg sy miliki, duit dlm ASB & wang simpanan dlm acc..

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >