MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Jemput Rezeki Dari Doa Orang Lain

August 4, 2015

Kata Prof Muhd Kamil dalam satu sessi tazkirah kepada penulis-penulis buku di Galeri Ilmu; jangan ingat Allah beri kebaikan kepada kita sebab doa yang kita minta. Ia boleh jadi Allah makbulkan doa orang lain kepada kita, ini termasuklah;

+ doa ibubapa kita;
+ doa isteri / suami kita;
+ doa anak-anak kita (yang masih suci dari dosa itu);
+ doa orang lain yang kita berikan kebaikan kepada mereka! (termasuklah doa customer kita, staff kita, boss kita, rakan sekerja kita, partner kita dsb).

Yang terakhir tu ramai orang lupa. Kita buat baik kepada orang lain, orang itu mendoakan kebaikkan tak putus-putus kepada kita. Bila buat jahat kepada orang lain, ingatlah Allah mendengar doa orang yang dizalimi.

Rahsia Mengundang Rezeki

Jadi antara cara menjemput rezeki yang tak putus-putus ialah terus buat kebaikan kepada orang lain, tak kira siapa. Buat kebaikan bukan sahaja bermaksud di surau atau masjid, bahkan di rumah, di tempat kerja, di tempat kita berniaga, hatta di handphone dan depan komputer sekalipun. Manfaatkan apa sahaja ruang-ruang yang kita ada untuk beri manfaat sesama manusia, itulah antara rahsia untuk mengundang rezeki daripada Allah.

Memang benarlah pesan Nabi s.a.w, “Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling bermanfaat bagi manusia”, hadis direkodkan oleh Thabrani & Daruqutni.

doa pembaca

Antara doa pembaca dihantar kepada wassap sayafb doa dari pembacaAntara doa dari pembaca di blog comments

Antara usaha saya untuk memberi kebaikan kepada orang lain ialah dengan menulis di blog ini secara PERCUMA sejak 2008 lagi. Tiada bayaran yang saya kenakan. Hanya semata-mata berkongsi ilmu dan pengalaman, mudah-mudahan ianya bermanfaat untuk pembaca. Tak perlu bayar saya dengan duit, tetapi cukuplah dengan sebuah doa.

Mungkin doa-doa sahabat pembaca blog ini sejak tahun 2008 lagi menjadi asbab Allah melapangkan rezeki untuk kami sekeluarga hari ini. Alhamdulillah. Jazakumullahu khair…

Zulkifli
Damansara Damai
19 April 2015
30 Jamadil Akhir 1436H

(Kredit foto : livescience)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

    • salah tu, yg btulnya bgini: sesungguhnya doa adalah senjata org yg beriman & sembahyang adalah kekuatan bgi org yg beriman kalau kekuatan seseorg itu lemah camna nk angkat senjata? renung2kan.

      • emmm..bkn ke mukmin tu maksud nya “muslim yang BERIMAN”? dan muslim yang beriman tu bukankah orang ISLAM yang beriman dan menunaikan solat? kalau ap yg sy fhm ni slah,mhon btulkan..:)

  • jazakallahu khairan khatira..tuan zul.
    byk ilmu yg bermanafaat yg saya dapat dari penulisan tuan.terima kasih sudi kongsi ilmu.hanya Allah yg dapat membalasnya.semoga tuan bertambah maju dunia dan akhirat.

  • Assalamualaikum tuan mnta sedikit nasihat..saya ada RM 21k dan saya ada baki hutang pembiayaan rumah kerajaan sbyk RM 21k dan bercadang mk setelkan hutang tersebut..harus kah saya laksanakan..mohon pendapat.TQ

  • Teringat pesan orang alim lagi amilin kepada kami;

    “Kita ini orang awam, numpang-numpang ajalah dengan (berkat) kalimat doa daripada orang-orang solihin.”

    Dalam masa yang sama, kita juga tak sedar yang barangkali kesusahan atau bencana hati yang berlaku hari ini atas doa-doa daripada saudara-saudara yang kita pernah zalimi dahulu. Wallahu a’lam.

  • Moga rezki tuan zul sekeluarga digandakan Allah..
    ilmu dan panduan yang dicurahkan tuan zul tak terbayar oleh kami yang mengikut blog tuan ni..jazakallahu khairan kasira

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >