MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Emas Alternatif Bawa Wang Ke Luar Negara

September 7, 2015

Saya pernah menelefon Jabatan Kastam (1300 888 500) untuk sahkan had membawa emas ke luar negara, sebab sebelum ini ada pembeli emas tanya soalan itu. Jawapan pegawai Kastam; TIADA HAD. Kalau nak bawa duit Ringgit Malaysia ke luar negara, hadnya bersamaan USD10,000 sahaja. Kalau lebih, kena isytihar dan dapatkan kebenaran bertulis Bank Negara Malaysia (BNM). Tetapi kalau bawa emas, TIADA HAD!

Saya tanya pegawai itu lagi, kalau bawa keluar dua (2) kilogram emas (yang nilai dalam RM300k) boleh ke? Jawabnya tak ada masalah. Undang-undang kastam cuma menghadkan bawa duit tunai Ringgit Malaysia sahaja… Jadi lepas ini, salah satu alternatif selain bawa duit untuk ke luar negara ialah membawa emas.

Emas Sebagai Wang Antarabangsa

Rakan dealer saya Tuan Syarif Jamil pernah ada pengalaman membawa emas gold bar 1 gram keluaran Public Gold dan jual di luar negara. Harga jualan yang beliau dapat lebih tinggi daripada jual di Malaysia!

Maksudnya, emas boleh dijadikan “INTERNATIONAL MONEY” (dan sememangnya dalam sejarah manusia, sudah beratus tahun emas dijadikan sebagai wang antarabangsa). Ia alternatif baik selain membawa wang tunai, bahkan mungkin boleh JIMAT kos tukar duit Malaysia kepada matawang asing, apatah lagi ada khabar mengatakan ringgit Malaysia tidak diterima di beberapa negara disebabkan nilainya terus jatuh sekarang.

Cuma mungkin ada sesetengah negara yang kita nak tuju itu meletakkan had membawa masuk emas ke dalam negara mereka dan dikenakan cukai. Perkara itu kena semak terlebih dahulu sebelum masuk ke sesebuah negara. Tetapi saya percaya, setakat bawa sikit-sikit untuk simpanan peribadi (contohnya bawah 100 gram) tak ada masalah sebab pernah seorang rakan dealer emas saya membawa masuk emas ke Singapura, tetapi bila ditahan kastam, dia cuma bagi tahu itu simpanan peribadi beliau sahaja.

public gold gold bar lmbaSelain dijadikan simpanan, emas juga boleh dijadikan ‘bekal’ ke luar negara.

shahruddin jual emas public gold di london luar negaraTuan Shahruddin berkongsi pengalaman beliau jual emas Public Gold di London. Emas itu diterima tanpa perlu buka seal. Boleh baca catatan pengalaman di posting Facebook beliau DI SINI.

Emas Berdiri Dengan Sendiri

Perkara paling penting yang kita perlu tahu tentang emas, emas ialah aset yang di terima di mana-mana sahaja seluruh dunia. Kita boleh beli emas dari sesebuah negara, dan jualnya semula di mana-mana sahaja seluruh dunia pada bila-bila masa. Ia bukan seperti duit kertas atau aset pelaburan yang lain yang mana matawang dunia seperti US Dollar sendiri pun tak diterima di banyakkan tempat. Tetapi berbeza dengan emas.

Nilai emas berdiri dengan sendirinya, dan tak perlu jaminan dari mana-mana pihak. Asalkan ia emas, dan asalkan ianya tulen, kita tak perlu risau kalau nak jualnya semula sebab nilai emas itu ‘dijamin’ oleh berat dan ketulenannya sendiri.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
23 Ogos 2015
9 Zulkaedah 1436H

(Kredit foto : mxtrade)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Assalamualaikum Tuan Zul.

    Terima kasih atas perkongsian. Mudah-mudahan Allah berikan kehidupan Tuan hari ini lebih baik dari semalam.

    Amin..

  • Alhamdulillah.info yang sangat menarik dan bermanfaat. ilmu yang boleh dijadikan senjata sebagai guru emas dan perak.

  • Assalam tuan apa kabar? Merujuk kepada perenggan rakan tuan pernah di tahan kerana membawa 100 gram ke singapura. Boleh saya dengan lanjut bagaimana kastam boleh trace yang rakan tuan membawaemas? Kerana saya bercadang membawa dan menjual pg 20gram ke sana. Minta advise tuan trm ksih

  • Salam

    Saya nak nanya macam mana pula kalau emas dari luar nak bawa masuk ke malaysia?jenis emas perhiasan dan bar.Adakah ada limit yang ditetapkan oleh kastam malaysia di airport?

    Sekian terima kasih

  • jika beli gold guna akaun gap online di malaysia tapi jual balik gold tu melalui akaun gap singapura dan duit tu masuk akaun simpanan matawang singapura, dapat ke tu?

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >