MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Cara Genapkan Baki Akaun Emas GAP

November 24, 2015

Kalau baki dalam Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program) ada titik perpuluhan, sebenarnya kita boleh genapkan jumlah gram dalam Akaun GAP tersebut. Titik perpuluhan itu wujud disebabkan beberapa faktor, antaranya; (1) tersilap membuat pembayaran semasa pembelian GAP, (2) mengeluarkan emas fizikal dalam bentuk dinar i.e. 4.25 gram, atau (3) terima ganjaran / komisyen dalam bentuk GAP bagi dealer.

Bila berlaku titik perpuluhan, emas (dengan titik perpuluhan) tak dapat dikeluarkan dalam bentuk fizikal sebab syarat minimum pengeluaran mestilah seberat 1 gram. Paling kecil yang Public Gold benar keluarkan buat masa ini ialah gold bar 1 gram. Jadi lebih baik kita genapkan sahaja baki dalam Akaun GAP tersebut. Caranya…

#1 – Kira Jumlah “Gram” Diperlukan

baki akaun gap public gold (sebelum)Baki di dalam Akaun GAP sebelum penggenapan, 8.8939 gram

Contohnya Pengiraan:

Baki semasa : 8.8939 gram
Mahu digenapkan kepada : 9.000 gram
9.000 – 8.8939 = 0.1061 gram

>> Jadi “gram” yang perlu tambah untuk penggenapan = 0.1061 gram

#2 – Kira Nilai Dalam “RM”

(Katakanlah harga semasa GAP = RM163)

0.1061 gram x RM163 = RM17.2943

>> Total yang perlu di bayar RM17.29 (digenapkan kepada 2 titik perpuluhan)

#3 – Tambah Belian GAP

Jumlah minimum yang diterima oleh sistem GAP di website ialah RM100. Pembelian bawah RM100 akan direject oleh sistem. Jadi untuk genapkan akaun, kita perlu tambah lagi 1 gram sekiranya jumlah “RM” pada langkah #2 di atas kurang dari RM100.

Harga 0.1061 gram + harga 1 gram
RM17.29 + RM163
= RM180.29

>> Jumlah yang perlu dibayar = RM180.29

Langkah seterusnya, transfer RM180.29 ke akaun Public Gold dan upload slip bayaran di website www.publicgold.com.my sebagai mana panduan yang saya tulis dalam artikel “Cara Tambah Belian GAP Public Gold“.

baki akaun gap public gold (selepas)Baki Akaun GAP selepas penggenapan, 10.000 gram

Mudah-mudahan panduan ini bermanfaat untuk penyimpan emas GAP, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
24 November 2015
12 Safar 1437

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • As-salam, nak tanya macam mana nak buat / buka acc GAP untuk anak bawah 12 tahun.. boleh ke nak letak introducer = saya sebagai bapa? Utk pengetahuan saya baru saja jadi PG dealer bulan lepas.

    TQ.

    • Wslm En. Nizam,

      Buat belian macam biasa (guna wassap), tetapi letak nama & no. ic anak bersama dengan ibu / bapa sebagai Joint Account. Pastikan email untuk anak tu guna email berbeza supaya dapat login website atau akaun dia nanti.

      En. Nizam boleh jadi introducer.

  • Tuan, saya ada soalan.

    Saya ada beli emas GAP pada bulan Julai melalui web PG, dan ada dapat komisyen (sebab sy dealer PG). kemudian pembelian seterusnya saya tidak mendapat komisyen.

    Adakah ada syarat tertentu untuk dapat komisyen melalui pembelian PG ini atau saya ada tertinggal step tertentu yang melayakkan saya dapat komisyen tersebut?

    Bolehkah saya menuntut komisyen yang sepatutnya saya dapat bagi pembelian GAP saya yang terdahulu?

  • Baru tau kalau insentif kurang rm10 ianya belum boleh dimasukkan lagi. Kena beli lagi sehingga insentif capai rm10 baru dpt insentifnya.

  • Salam En. Zul,

    mcm mana kita boleh pilih utk ni – “(3) terima ganjaran / komisyen dalam bentuk GAP bagi dealer”?

    T.Kasih.

  • As’mualaikum..Tuan Zulkifli..terima kasih atas ilmu yg tuan beri sedikit sebanyak ia menambah pengetahuan kpd sy selama sy mengikuti blog tuan sebagai “pemerhati” dan kini sy pun dah memulakan dgn GAP ikut kemampuan yg sy mampu..walaupun sy bkn Dealer PG sy sering menerangkan kelebihan beli – simpan emas fizikal kpd family dan rakan² melalui sistem GAP PUBLIC GOLD…supaya agar lebih ramai “org kita” memiliki emas fizikal melalui cara yg betul tdk membebankan..dari melaburkan wang ke skim tersontot atau ke mesin judi..

    TERIMA KASIH…CIKGU.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >