MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

5 Checkpoint Ke Arah Kebebasan Kewangan

February 23, 2016

[Kemaskini September 2023]

Bila bincangkan pasal “matlamat kewangan”, saya lebih suka bincang dalam konteks “tahap kewangan” itu sendiri berbanding matlamat untuk perbelanjaan masa depan.

Saya tak nafikan, merancang perbelanjaan itu pun penting juga. Tapi kalau sekadar matlamat perbelanjaan (nak beli rumah, nak pergi haji, pendidikan anak-anak dsb), memang kita banyak dalam kepala nak beli itu dan ini. Ianya memang tak akan habis.

Apa yang lebih penting, apakah tahap yang kita nak capai dari sudut kewangan.

5 Checkpoint Kewangan

Jadi ini checkpoint yang saya letak pada diri sendiri sejak ada kesedaran tentang kewangan sampai ke hari ini. Tip ini mungkin berguna untuk sahabat pembaca letakkan target kewangan masing-masing:

  1. Aliran tunai positif (belanja kurang dari pendapatan)
  2. Cukupkan simpanan kecemasan (3 bulan pendapatan)
  3. Bebas hutang (langsai semua hutang negatif)
  4. Kewangan selamat (simpanan 6 – 12 bulan)
  5. Bebas kewangan (passive income melebihi kos sara hidup)

Ini saya ringkaskan apa yang saya maksudkan 5 checkpoint tersebut:

#1 – Aliran Tunai (Cashflow) Positif

Cashflow yang positif adalah permulaan kepada kedudukan kewangan yang baik.

Berbelanja kurang daripada pendapatan, hidup di bawah kemampuan, dan ada duit lebihan sebagai simpanan tetap setiap bulan, sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan.

Bila kita konsisten menabung setiap bulan, barulah kita sedang bergerak ke arah kekayaan. Bagi yang tak menabung, sampai bila-bila pun dia tak akan kaya. Apa alasan pun betul. Tapi selagi tak menabung, kita tak akan kaya.

Penat kita bekerja, takut-takut cuma berlari di tempat yang sama!

#2 – Simpanan Kecemasan

Tabungan pertama setiap kita kena ada ialah "dana kecemasan" berjumlah 3 bulan gaji. Selagi belum cukup, jangan sibuk nak menabung banyak-banyak dana lain; dana haji, dana pendidikan anak-anak, dana deposit beli rumah dan sebagainya.

Fokus cukupkan dana kecemasan sahaja dulu.

Duit itu tak boleh disentuh, melainkan untuk tujuan kecemasan sahaja. Kalau dah terguna untuk hal kecemasan, kena top-up balik Dana Kecemasan tersebut.

Duit dana kecemasan ni, saya lebih suka simpan dalam Tabung Haji ataupun ASB. Ia tak terlalu mudah, dan tak terlalu susah dikeluarkan bila ada hal-hal kecemasan.

#3 – Bebas Hutang Negatif

Langsai segala hutang negatif, iaitu apa sahaja hutang yang membuatkan kita lebih miskin 5 tahun akan datang.

"Hutang miskin" ialah yang akan 'tarah' cashflow kita setiap bulan, dan tarah harta bersih (net worth) seperti pinjaman beli kereta, pinjaman peribadi, kad kredit, dan kebanyakan pinjaman "buy now pay later".

"Hutang kaya" tak ada masalah. Hutang macam beli hartanah yang boleh disewakan dengan aliran tunai positif, itu tak perlu langsaikan segera. Sebab hutang-hutang tu membuatkan kita bertambah kaya. InsyaAllah.

Buku saya bertajuk "Misi Bebas Hutang" adalah catatan pengalaman saya sampai ke tahap "zero hutang" ketika umur saya 27 tahun. Alhamdulillah.

#4 – Kewangan Selamat

Cukup duit simpanan berjumlah 6 – 12 bulan pendapatan. Kalau apa-apa terjadi, kita masih boleh bertahan sekurang-kurangnya 6 - 12 bulan.

Guru-guru kewangan tak sarankan kita melabur, kecuali bila dah ada "duit lebih". "Duit lebih" yang mereka maksudkan ialah lebihan daripada dana 6 - 12 bulan pendapatan ini. Selagi tak ada duit lebih, jangan sibuk nak melabur.

Duit simpanan ni tak boleh di diusik. Nak melabur, kena guna duit lebih, iaitu duit yang kita sanggup lebur.

Bila melabur dengan duit lebih, prestasi untung rugi dalam pelaburan tak lagi merisaukan kita. Bila duit simpanan kita cukup, kita akan buat keputusan dengan lebih rasional dalam pelaburan, insyaAllah.

Kalau kita hilang pekerjaan pun, kita masih boleh survive sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 - 12 bulan sebelum mendapat pekerjaan yang baru. InsyaAllah.

Dana 6 - 12 bulan gaji ni, saya lebih suka simpan dalam bentuk emas. Dana kecemasan 3 bulan gaji dalam Tabung Haji, selebihnya saya simpan dalam bentuk emas. Kalau nak pakai duit, boleh jual atau pajak bila-bila masa. Ada emas maksudnya ada duit.

#5 – Bebas Kewangan

Mempunyai aset yang cukup menjana passive income yang melebihi kos sara hidup.

Kalau passive income RM5,000 sebulan, tapi kos sara hidup kita hanyalah RM4,500 sebulan, itu bermaksud kita telahpun capai kebebasan kewangan (financial freedom).

Nak dapat passive income RM5,000 sebulan, kita kena ada harta bersih bernilai sekitar RM1.2 juta. Katakanlah lebih duit tu dalam ASB atau Tabung Haji dan dapat dividen 5% setahun, kita ada RM60,000. Bahagi dengan 12 bulan, dapatlah RM5,000 sebulan.

Siapa capai tahap ini, dia hidup bebas. Tak kerja pun ada duit. Tak bekerja pun, dia masih ada pendapatan daripada harta-harta yang dia ada, bukan daripada pekerjaan. 

Walaupun begitu, majoriti mereka yang sampai ke tahap ini, mereka tetap terus bekerja atau berniaga. Mereka dibayar untuk buat apa yang mereka suka.

Bermula dengan matlamat

Bila ada checkpoint macam ni, mudahlah nak letak target untuk tingkatkan kewangan step-by-step.

Banyak orang tak capai target bukan sebab susah nak capai, tapi sebab memang dia tak ada target. Tak pernah letakkan target. Macam orang main bola sepak tanpa tiang gol, dia tak tahu nak rembat bola tu ke mana!

Penat dia bermain, tak tahu menang atau kalah.

Langkah pertama capai matlamat ialah letakkan matlamat. Jangan fikir boleh atau tak boleh, tapi letakkan matlamat tu dulu. Bila dah ada matlamat, otak kita akan mula bekerja tanpa kita sedar.

Makin lama, jalan untuk capai matlamat tu makin terbuka luas. InsyaAllah.

Untuk capai setiap checkpoint, sebenarnya ia proses kita upgrade diri kita jadi lebih baik. Mindset lebih baik, ilmu dan kemahiran lebih tinggi, dan yang paling penting, sikap dan tabiat kita tentang kewangan sudah berubah.

Bukan mengubah poket, tapi mengubah diri

Bila kita mula rasa nak tangguhkan kepuasan, mula kawal perbelanjaan, mula rasa tak selesa bila tak dapat menabung, rasa berpada-pada bila nak berhutang, makin obses mencari ilmu tentang kewangan, itu petanda diri kita sedang meningkat.

Kalau sabar buat perkara yang betul, kejayaan cuma persoalan masa sahaja.

Sabar dalam proses jadikan diri kita lebih baik. Sebab membina kekayaan sebenarnya bukan tentang mengubah UBAH POKET, tetapi mengubah diri sendiri jadi lebih baik dari semalam.

Bak kata guru saya, “The highest reward for man’s dedication to excellence is not what one GETS from it, but what he or she BECOME through it” – Bill Britt.

Jadi teruslah mengubah diri menjadi lebih baik, nanti Tuhan akan mengubah nasib kita, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
20 Februari 2016
12 Jamadil Awal 1437H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Ikut pengalaman saya, #1 dan #2 dpt dicapai dan akan lebih mudah jika kita pasangan suami isteri yg serasi (kalau dah brumah tangga). #3 kita kena struggle sikit dan ada kala kena tahan nafsu keinginan. #4 dan #5 mmmm mmng jadi cita2 semua. Tapi kalau tak niaga saya rasa amat sukar dicapai.

    • Setuju En. Johari.

      Memang kerjasama dan persefahaman suami isteri sangat penting. Kalua seorang kerjanya simpan, tapi seorang lagi kerjanya menghabiskan simpanan, memang susah nak capai.

      Bagi saya, orang makan gaji pun boleh capai hingga ke tahap #5. Tapi kena ada ilmu dan banyak bersabar, sabar, sabar… Tak ramai orang boleh tahan bila nampak duit banyak… 🙂

  • Saya sendiri masih dalam perjalanan untuk step 3 dan 4. Tabungan kecemasan insyaAllah dah ada..skarang sedang fokus untuk habiskan hutang kereta dan buat saving untuk jangka masa panjang tapi belum capai tahap simpanan 12 bulan gaji..

    Kebebasan kewangan memang idaman saya sendiri..Bukan nak kaya raya (kalau dah rezeki Alhamdulillah), tetapi cukup untuk menampung keperluan harian dan sedikit untuk tabungan dan masa memerlukan..

    Saya pun orang makan gaji tetapi sikit2 ade la passive income..tapi tak banyak..masih dalam proses untuk meningkatkan passive income..insyaAllah.. 🙂

  • Salam Cik Zul,

    Boleh share dgn kami secara ringkas apa target/matlamat 2016 pada diri cik zul?

    Contoh tambah 1 buah rumah sewa @ buka butik dan sebagainya.

    Kemudian berserta secara ringkas persediaan2 yg cik zul buat.

    Semoga jadi inspirasi dan panduan utk pembaca.

    p/s: sudah lebih 3 tahun rasanya saya jadi pengikut setia mohdzulkifli.com ni 😀

    • Wslm En. Khairul,

      Itu perkara peribadi dan saya tak share kepada sesiapa selain isteri saya sahaja.

      Cuma apa yang boleh saya bagi tahu, matlamat & action plan untuk setiap tahun saya akan sediakan sebelum masuk tahun baru. Dan semuanya bertulis, bukan sekadar bermain dalam fikiran.

  • Salam En Zul,

    Terimakasih atas artikel ini. Ia sangat membantu. Berkaitan dengan passive income, boleh En Zul tolong tulis berkaitan ini – selain daripada pendapatan daripada asset (contoh sewa) atau saham, cara-cara lain untuk mendapatkan passive income?

    • Wslm En. Pn Zue,

      Antara contoh passive income selain sewaaan rumah:

      1. Duit pencen bagi mereka yang bekerja kerajaan.
      2. Letak duit (yang cukup) dalam Tabung Haji dan hanya nikmati dividen setiap tahun.
      3. Mempunyai bisnes sendiri yang sudah establish SOP dan sistem kerjanya, dan bisnes itu boleh berjalan sendiri tanpa kita sebab kita mempunyai team management yang menguruskannya.
      4. Bayaran royalti yang diterima oleh penulis buku, penyanyi, inventor dsb.
      5. Dan apa sahaja bayaran yang kita terima tanpa perlu bekerja.

      Boleh tambah lagi senarai di bawah.

  • As salam,
    Boleh komen sikit tentang tahap 5…
    Alhamdullilah, saya baru melangkah tahap 5, apa patut saya buat tentang ilmu pelaburan saham? cash semua pelaburan saham dan bergantung pada pendapatan pasif dan kerja makan gaji? rasanya macam tak brapa betullah itu

    tkasih

  • salam tn zol.. nak tanye..sy minat nak beli 10 dirham pg.. kalu nak jual smula pd pg camne tn. psl sy tgk dlm web pg utk 10 dirham cuma jual je.xde buy.. tqvm tn

  • Salam En. Zul..

    Artikel dulu2 En berkaitan matlamat ada disenaraikan tentang simpanan 1.2juta di tabung haji dan dapat dividen sebulan dalam 5k.. Adakah releven lagi teknik ini??

    • Wslm En. Azrul.

      Masih relevan. RM1.2 juta tu hanya sebagai contoh supaya orang biasa senang faham. Banyak lagi bentuk aset yang boleh disimpan yang nilai bersamaan dengannya dan boleh jana passive income daripadanya.

  • Alhamdulillah saya sudah melepasi tahap no 1,2,3 dan 4. Wlpn pada ketika ini umur saya baru saje 24 tahun. Habis diploma time 2013 terus berkerja dan skrng gaji sudah mencapai 2.5k sebulan sbg kerani bank. Insya-Allah, lepas saya habis degree (mode pjj) tahun 2017 nanti saya mahu capai yg ke- lima pula dan mempunyai bisnes sendiri. Doa2 kan la saya ye sifu 🙂

  • En Zul, sy baru shaja mula menyimpan emas tahun lps sejak membaca blog en zul. mengikut plan gold investment saya dan suami, kami akan beli GB 20 gram setahun sekali , dan akan menjual semula pada 18 tahun akn dtg (insylh kalau dipanjangkan usia),kami dah mula simpan sejak umur anak setahun. bermakna 18 tahun akan dtg, iaitu pd usia anak 18 thn(mungkin mula nk masuk U) kami akan gunakan nnti. jadi saya nk minta pertlngn en zul untuk memberi sedikit tips bagaimana hendak melakukan analisis atau meramal harga emas pada masa akan datang ye? sy cuma mahu dapatkan anggaran agak2 18 tahun akn dtg, 360 gram emas, pada tahun 2032, brp agaknya ye harga pada masa tersebut. T.kasih

    • Salam Pn. Khadeeja,

      Saya tak pasti berapa harga emas pada 18 tahun akan datang. Cuma saya percaya, emas masih KEKAL kuasa belinya pada 18 tahun akan datang. Kalau hari ini 1 dinar kuasa belinya bersamaan 1 – 2 ekor kambing, pada 18 tahun akan datang saya percaya ianya masih kekal. Ia tak berganda kuasa belinya walaupun harganya meningkat.

      Hakikatnya bukan emas meningkat, tetapi ringgit tu yang jatuh.

      Wallahu a’lam.

  • Assalam En.Zul
    saya masih lagi belum memulakan langkah pertama dalam simpanan.ini kerana setiap kali niat saya ke arah itu.ade sahaja halangannya.antara simpanan dan hutang mana yang perlu saya fokuskan.

    • Wslm puan.

      Saya ikut check point ini.

      Saya prefer simpan 3 bulan pendapatan dahulu, lepas tu fokus langsaikan hutang. Dalam masa saya, hutang tetap perlu dibayar at least mengikut jadual bayaran yang telahpun dipersetujui sebelum kita menerima hutang.

  • Salam En. Zul,

    Berkenaan #3 bebas hutang, apa pandangan En Zul dgn hutang rumah yg mana rumah tu didiami sendiri. Dalam hal ini, sudah tentu selagi tak setel bayar rumah, memang x akan capai kebebasan kewangan.

    Mohon pendapat tuan, thanks 🙂

  • Salam en zul,
    Untuk simpanan kecemasan utk 3 atau 6 bulan, dimanakah sepatutnya kita simpan?kalau simpan dibank akan dikenakan yuran tahunan dimana akan menyusutkan jumlah simpanan.Minta pandangan tuan..
    terima kasih.
    Wan.

  • Assalamualaikum Tuan zul.

    Saya ingin bertanya.
    10 Peratus dari simpanan gaji kita perlu disimpan ke mana?
    Kecemasan atau ke hutang?

  • Alhamdulillah..sy sudah capai tahap 5…nk capai tu mmg amik masa bertahun dan sabar..bila org lain beli,kita x beli,bukan x mampu,cuma bukan keperluan dan itu hya nafsu.dan byk fikir masa depan takut nk guna simpanan andai sstu tjadi kita ada backup.smga semua istiqamah dlm mrancang kewangan.pada sy yg penting keberkatan rezeki tu sendiri.Allahualam.

  • Terima kasih atas perkongsian tuan. Saya juga sedang melalui check point 3, dah tak banyak n tak lama. Seiring dengan matlamat menghabiskan hutang sedia ada, tak salah kan kalau kita bertindak untuk menjana aset segera melalui instrumen takaful? Boleh saya tahu pendapat tuan?

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >