MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Emas Sebagai Backup Belanja Hangus

February 2, 2016

[Semakan 12 Mac 2024]

Ada sebahagian penyimpan emas menjadikan emas sebagai backup untuk belanja hangus.

Untuk simpanan, mereka simpan duit mereka bentuk emas. Bila ada apa-apa keperluan belanja hangus, mereka akan jadikan emas itu sebagai cagaran untuk dapatkan pinjaman dari ar-rahnu.

Sebagai contohnya, perlukan RM1,000 untuk renew road tax & insuran. Maka pajak sahaja emas untuk dapatkan pinjaman ar-rahnu mengikut jumlah yang mereka perlukan. Kemudian, bayar balik pinjaman secara ansuran sehingga selesai.

Persoalannya, adakah kaedah begitu berbaloi?

Caj Ar-Rahnu Mahal

Pandangan saya, kaedah begitu MERUGIKAN dari sudut KIRA-KIRA sebab caj ar-rahnu itu mahal. Cajnya sekitar 1.15% sebulan atau 13.80% setahun! Tapi a murah sedikit berbanding kad kredit.

Cara yang lebih baik sebenarnya; buat bajet siap-siap untuk apa-apa perbelanjaan masa depan. Kemudian, buatlah simpanan tetap setiap bulan khas untuk perbelanjaan tersebut.

Prinsipnya, simpan dahulu baru belanja. Bila sampai masa nak pakai duit, baru keluarkan duit simpanan tu untuk dibelanjakan.

WALAUBAGAIMANAPUN, kaedah begitu MENGUNTUNGKAN dari sudut PSIKOLOGINYA untuk sesetengah orang, sebab akhir sekali, urusan renew road tax & insuran selesai, dan emas pun dapat balik.

Dan kekayaan mereka sebenarnya tak hilang begitu sahaja sebab mereka meletakkan target untuk tebus balik emas yang dipajak itu.

Antara perkongsian pengalaman rakan facebook saya.

Untung Dari Sudut Psikologi

Kaedah begitu sebenarnya boleh juga dianggap “simpan dahulu baru belanja”, tapi simpanan itu dibuat dalam bentuk emas. Duit yang disimpan dalam bentuk emas lebih bertahan dari ‘kebocoran’ berbanding simpan dalam akaun bank.

Kalau tak beli emas, mungkin duit simpanan mereka akan sentiasa ‘bocor’, atau akan terus hangus disebabkan perbelanjaan hangus itu tidak lagi berganti.

Kaedah begini saya rasa lebih baik berbanding ambil pinjaman peribadi di bank bila terdesak nak pakai duit...

Jadi lebih baik simpan dahulu (walaupun dalam bentuk emas), belanja kemudian.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
2 Februari 2016
23 Rabiul Akhir 1437


Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Terbaik Tn Zul, coz sya pernah gadai 2 ketul 10 g goldbar public gold dan beberapa 4 keping 1 g untuk menambah modal biz saya… dptla RM 3K.. Dan 3 bulan seterusnya ROI saya RM 3300…. dan tebus balik gold bar berserta keuntungan tolak upah juga masih untung RM210. Alhamdu lillah berkat simpan emas..

  • Perkongsian yang baik. Saya berminat untuk mulakan pembelian emas PG selepas terhenti sebelum ini. Bagaimana caranya? Saya juga berminat untuk beli GAP Public Gold tapi xtau nk start dari mana

  • Emas juga boleh dijadikan cagaran ketika kita meminjam daripada seseorang. Sebagai contoh (dipendekkan cerita), saya pinjam 2k daripada wife untuk ganti laptop lama yang rosak. Bayaran balik kepada wife RM 100 X 20 bulan, 2 ketul kijang emas 1/4 oz saya serahkan sebagai cagaran. If anything happens kepada saya, kijang emas itu sebagai backup! Pinjaman tanpa faedah. amann..

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >