MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

3 Posisi Penting Dalam Pelaburan Emas

April 5, 2016

[Kemaskini 9 Ogos 2022] Konflik yang sentiasa bermain dalam pemikiran mereka yang terlibat dengan pelaburan emas ialah;

(1) bila waktu terbaik membeli emas?,
(2) bila waktu terbaik menjual emas?,
(3) apa item terbaik untuk dibeli?,
(4) perlu beli / jual sekarang atau tunggu dulu?, dan
(5) kalau jual sekarang, ada tak peluang beli balik emas yang sama pada harga belian pertama dahulu?

Kalau ada konflik begini, ia sebenarnya bukan isu harga emas naik atau turun.

Isu sebenarnya ialah anda masih di persimpangan jalan, antara mengumpul GRAM atau memaksimumkan RM?

Konflik begini tak akan selesai selagi anda belum tentukan POSISI sebenar anda dalam pelaburan emas.

More...

Tentukan Posisi Diri Sendiri

Jadi bila terlibat dalam pelaburan emas, anda mesti tentukan posisi sebenar anda. Adakah anda ini seorang;

(1) penyimpan,
(2) pelabur, atau
(3) peniaga emas?

Atau boleh jadi anda menggunakan strategi hybrid, iaitu gabungan mana-mana posisi tersebut. Tetapi nasihat saya, pecahkan DANA kepada setiap posisi tersebut.

----> PENYIMPAN (Gold Saver)

Kalau beli emas untuk dijadikan simpanan jangka panjang, maka anda perlu fokus pertambahan GRAM yang dapat anda kumpul.

Bila ada sahaja duit lebihan sebagai simpanan jangka panjang (minimum 2 tahun), gunakan untuk tambah lagi simpanan emas. Tak kisah harga naik atau turun, yang penting kepingan-kepingan emas anda perlu bertambah.

Bila harga emas jatuh, itulah BONUS untuk anda! Kerana anda boleh beli aset yang mahal pada harga murah!

Persoalannya, mana nak cari duit untuk tambahkan simpanan emas?

Jawapannya, "tak ada magic!".

Sekeping emas tak boleh beranak jadi dua (2) keping. Anda kena cari duit lain, samada duit gaji atau hasil daripada bisnes. Tak ada istilah memberanakkan emas menggunakan kaedah ar-rahnu (kononnya).

----> PELABUR (Gold Investor)

Kalau beli emas tujuannya untuk dijual bila harga naik, maka fokus anda sepatutnya pertambahan RM (duit). Jangan pedulikan berapa gram emas yang anda dapat. Yang penting dapat maksimumkan RM.

Emas itu tak penting, ia hanyalah alat untuk memaksimumkan RM.

Katakanlah anda mulakan belian RM10,000 boleh dapat 60 gram emas. Bila harga emas naik menjadi RM11,000 dan mencapai target keuntungan, maka terus jual. JANGAN, JANGAN, DAN JANGAN ada rasa sayang kepada emas. Kalau rasa sayang nak jual, itu akan bermasalah.

Bila harga emas jatuh, mulakan belian baru dengan modal asal RM10,000 itu tadi, tak kira berapa gram yang anda boleh dapat. Mungkin anda hanya boleh dapat 55 gram sahaja untuk pusingan kedua, itu tak kisah sebab anda bukan nak kumpul GRAM, tetapi nak maksimumkan RM.

Lebihan RM1,000 pada pusingan pertama itu tadi keluarkan sebagai keuntungan.

Ok, boleh faham setakat ini?

----> PENIAGA (Gold Dealer)

Bagi sesiapa nak tambah GRAM emas sekaligus memaksimumkan RM, maka posisi terbaik ialah jadi dealer / ejen / peniaga emas.

Dealer emas berpeluang besar untuk dapat kedua-duanya sebab seorang dealer emas bukan sahaja berada di posisi pelabur (atau penyimpan), tetapi mereka meletakkan 'sebelah kaki' sebagai peniaga.

Sambil mengumpul GRAM, mereka menjana RM hasil daripada perniagaan emas.

Ok, boleh faham setakat ini?

Perkongsian jujur sahabat saya Ustaz Khairul Anuar Basri tentang strategi yang lebih sesuai bagi beliau dalam membina kekayaan.

Jadi Penyimpan Dan Pelabur Sekaligus

Kalau tak jadi peniaga emas, boleh tak jadi penyimpan emas sekaligus menjadi pelabur emas?

Jawabnya boleh, syaratnya anda perlu pecahkan dana yang anda ada.

Sebagai contohnya, anda ada RM30,000. Mungkin boleh pecahkan RM15,000 untuk beli emas sebagai simpanan, dan lagi RM15,000 sebagai pelaburan.

Dana pertama fokusnya untuk menambah GRAM, dan dana kedua untuk memaksimumkan RM dengan strategi “buy low sell high”.

Macam mana nak tahu harga yang dianggap “low” dan harga dianggap “high” bagi tujuan PELABURAN?

Untuk faham tentang harga, itu kena belajar kenal pasti apa yang dipanggil “harga lantai” dan “harga syiling” dalam kelas Analisis Teknikal Harga Emas yang dikendalikan oleh guru saya En. Shufaad. Ilmu ini penting bagi “pelabur”, dan ianya kurang penting bagi sesiapa yang beli emas sekadar untuk jadi “penyimpan”.

Pandangan Jujur Saya

Jujurnya, saya bukanlah seorang "pelabur emas". Tetapi saya adalah seorang "penyimpan emas". Fokus saya ialah memastikan jumlah gram atau kepingan emas sentiasa bertambah.

Pengalaman sejak 2010, saya perhatikan majoriti mereka yang terbukti semakin kaya dengan emas ialah golongan "penyimpan emas", bukan "pelabur emas"!

Dan apa yang lebih memeranjatkan, saya belum pernah jumpa mereka yang terbukti berjaya menggunakan strategi "pelabur emas"! Majoriti "pelabur emas" akhir sekali, emas tak ada, duit pun habis! Tak ke mana-mana!

Jadi kalau anda nak kaya dengan emas, saya sarankan jadilah "penyimpan emas". Ini strategi yang sudah terbukti sejak zaman berzaman.

Cara Tercepat Kaya Dengan Emas

Dan kalau anda nak betul-betul kaya dengan emas, jadilah "peniaga emas" sambil menyimpan emas.

Dengan platform yang disediakan oleh Public Gold (syarikat pengeluar emas pelaburan terbesar Malaysia), anda boleh jadi "peniaga emas" dengan cara sangat mudah, iaitu;

  1. Tanpa modal sebenar.
  2. Tanpa perlu simpan ataupun jual stok emas.
  3. Tanpa perlu membuka kedai emas.
  4. Tanpa perlu berhenti berkerja. Boleh buat secara part-time.
  5. Boleh dijalankan secara online 100% pada bila-bila masa dan di mana-mana seluruh dunia!

Maklumat lanjut, boleh baca artikel saya "6 Keuntungan Menjadi Dealer Public Gold".

Allahu a'lam.

Zulkifli
Damansara Damai
13 Februari 2016
5 Jamadil Awal 1437H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • […] Ni antara kekeliruan biasa pelabur emas. Kalau melabur dalam ASB atau Tabung Haji, dapat la dividen setiap hujung tahun. Tapi melabur dalam emas ni tak tahu bila boleh kaut untung. Nak jual tapi takut harga mahal bila nak beli balik nanti. Puncanya bukan sebab harga emas naik turun, tetapi sebab masih keliru di mana posisi sebenar kita dalam pelaburan emas. […]

  • Assalamu’alaikum tuan,

    Alhamdulillah diberi kesempatan untuk berkunjung ke laman tuan, dan saya berharap dapat membeli emas tidak lama lagi.

    Cuma satu soalan yang berlegar, bagaimana dengan nilai spread untuk 1/2 dinar 2.125g? Saya tak jumpa. Sebab saya sedang berkira-kira untuk membeli samada 1/2 dinar atau 1 dinar sebagai permulaan..

    Harap tuan dapat bantu..

    Terima kasih.

  • Alhamdulillah.
    Saya dah dapat jawapan konkrit untuk diberikan pada kawan2 dan saudara yang selalu bertanya pasal keuntungan dengan Emas. Nampaknya saya kena guna strategi Borrow Power dari Tuan Master Dealer Mohd Zulkifli untuk ke sekian kalinyer…

    jazakallah.

  • Saya setuju. Sebagai pelabur, terutamanya pada peringkat permulaan, sayang nak menjual emas tu memang tebal. Tak sanggup rasanya nak berpisah sebab membayangkan graf yang makin menaik. Tapi bila sangkaan meleset dan harga jatuh, berlakulah panic sale, yang kononnya nak mengelakkan rugi besar, akhirnya jualan tak cukup pun nak cover modal.
    Saya lebih suka cadangan Tuan, iaitu jual apabila target dah tercapai, tak kira harga itu akan melambung lebih tinggi atau tidak. Untuk itu, kita perlu tetapkan sasaran keuntungan dari mula, dan jangan diubah-ubah. Kalau targetnya 10% apa sampai sahaja 10%, jual. Jangan sayang.

  • Salam En Zul@Sifu,

    Artikel yang sgt berguna,,,
    Belum sempat nak bertanya sudah ada jawapan,,
    macam dalam cerita nujum Pak Belalang. hehe

    Anyway thank you very much sifu,
    Semoga rezeki En semakin bertambah disamping berkongsi ilmu.

  • Salam Tuan,

    Terima kasih atas perkongsian..tak lupa juga saya share dgn kawan2 utk baca blog tuan..sbb banyak input yang berguna utk dipraktikkan..Tuan zul ada ke perancangan utk Buku ZERO Hutang ke-2? Semoga tuan sekeluarga sentiasa dilapangkan rezeki..amin

  • Assalamualeykoum tuan, saya saudara baharu dalam pelaburan emas,
    Saya nk tanya apa pndapat tuan tntang EMAS POWER GOLD?

  • […] Nampak kecil, tapi impaknya sangat besar. Itu sahaja yang boleh saya simpulkan tentang tabiat menyimpan emas 1 gram 1 bulan sebagai “forgotten saving”. Dulu saya tak sedar tentang betapa bagusnya strategi ini, tetapi memang tabiat saya sejak 2010 ialah, setiap kali ada duit simpanan jangka panjang, saya akan terus beli emas tanpa melihat sangat kepada harga. Sehingga saya menulis artikel ini, saya belum pernah menjual emas simpanan saya. Saya adalah penyimpan emas tegar. Orang seperti saya ini dipanggil Gold Saver, bukan Gold Investor. […]

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >