MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Cara Menghidupkan Impian Dalam Diri

April 19, 2016

Hidup tanpa “Impian ” umpama hidup tanpa halatuju; tak tahu apa yang nak dicapai dalam hidup dan sekadar mengikut arus sahaja. Bila menjelang usia tua atau saat kematian nanti, mereka akan diselubungi 1001 kekesalan kerana tak berbuat sesuatu untuk mencapai apa yang penting dalam hidup.

Hidup kita hanya sekali. Jadi sentiasa hidupkan impian dalam diri kita supaya kita sentiasa sedar halatuju dan apa yang penting dalam hidup, serta berusaha untuk mencapai impian itu. Untuk pastikan “impian” itu sentiasa hidup dalam diri, saya cadangkan buat 5 perkara ini;

  1. Tulis, tulis, tulis. Jangan tak tulis.
  2. Kemaskini selalu.
  3. Tampat foto di tempat yang selalu di lihat
  4. Sentiasa baca, bercakap & lihat impian itu
  5. Libatkan orang tersayang.

Cara Kenalpasti Impian

Apa yang saya perhati, ramai orang tak ada impian hidup. Mereka tak tahu apa  sebenarnya yang mereka cari dalam hidup. Untuk masalah ini, saya ingat akan pesan Nabi s.a.w iaitu, orang paling bijak ialah orang yang paling banyak mengingati mati. Bila mengingati mati, kita akan lebih rasional tentang kehidupan dan sedar apa perkara yang penting untuk dicapai dalam kehidupan. Dan semestinya orang yang mengingati mati, mereka tahu apa yang mereka mahukan dalam hidup sebelum mati.

“Aku bersama Rasulullah, kemudian datang seorang lelaki dari Ansar, memberi salam ke atas nabi SAW kemudian berkata: siapakah mukmin yang paling baik. Jawab nabi: yang paling bagus akhlaknya. Dia bertanya lagi: Siapa pula yang paling cerdik? Nabi jawab: Mereka paling banyak mengingati mati dan melakukan persediaan selepas itu, itulah orang yang paling bijak(Sunan Ibn Majah : 4259)

Cara Berkesan Menulis Impian

Lagi satu, mungkin ramai yang tak berapa jelas bagaimana menulis impian cara yang berkesan. Mungkin ada yang telah tulis, tetapi tulisan itu tak cukup meletak dalam jiwanya. Tak ada ‘feel’…

Jadi ini saya berikan tips cara berkesan menulis impian:

  1. Visualise.
  2. Senaraikan apa sahaja. Jangan fikir boleh atau tak boleh.
  3. Anggap duit dan masa bukan halangan.
  4. Fokus apa yang “nak”, bukan apa yang “tak nak”.
  5. Tulis dalam bentuk “present tense”, bukan “future tense”. Bayangkan ianya telahpun kita capai sekarang supaya kita betul-betul “feel” tentang impian itu.

Bila sudah ada keinginan yang kuat untuk mencapai impian, sebenarnya kita sudah tidak perlu lagi dimotivasikan oleh orang lain. Motivasi itu datang dari dalam diri kita sendiri. Impian hidup itu memotivasikan kita untuk terus maju tanpa perlu lagi dimotivasikan oleh orang lain. Ia penyelesaikan kepada motivasi yang selalu ‘basi’… InsyaAllah.

Impian Tak Semestinya Material

Apa yang kita perlu tahu, impian hidup tak semestinya bersifat material. Duit dan harta hanyalah alat untuk mencapai apa yang penting dalam hidup kita. Ia bukan matlamat. Sebagai contohnya tentang masa dengan anak-anak.

Salah satu impian saya dahulu ialah mempunyai masa untuk hantar dan jemput sendiri anak-anak balik dari sekolah. Bagi saya, itu waktu ‘prime time’ untuk bersama anak-anak. Itulah waktu penting kalau nak berbual dan beri nasihat kepada anak-anak. Dan impian itu saya tak akan dapat kalau saya terus buat apa yang saya buat pada waktu itu i.e. bekerja makan gaji. Dan saya perlu cari jalan lain untuk mencapai impian itu i.e. berniaga sendiri.

Menjadi Bapa Sepenuh Masa

Maka saya tulis impian itu dan saya bercakap dengan Aisyah (anak sulong saya) sejak dia tadika lagi. Beberapa tahun impian itu tertangguh dan ia memotivasikan saya untuk bekerja keras untuk itu bila Aisyah selalu bertanya tentang impian saya itu. Hinggalah Aisyah masuk darjah 4, barulah saya mempunyai MASA realisasikan impian menjadi bapa sepenuh masa dan berduit.

Jadi dalam kesibukan kita, ambil masa seketika untuk berfikir tentang masa depan dan apa yang penting dalam hidup kita. Pastikan kita bekerja untuk hidup, bukan hidup hanya untuk bekerja...

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
19 April 2016
12 Rejab 1437H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Salam. Saya rasa gembira jadi org pertama beri komen. Saya dah tulis impian saya. Insya Allah saya akan tampalkan nanti.

  • Alhamdulillah.Ilmu ni sifu dah kongsi dalam JLT dan kursus2 dan ia adalah salah satu rujukan saya sekeluarga.
    Terima kasih sifu, Sesiapa belum pergi JLT bersama MD ZUl. sila lapangkan masa ANDA bersama INSAN LUAR BIASA NI.

  • Salam semua,
    Dalam kehidupan hari ini apa yang saya nampak semua orang berlumba2 nak jadi kaya. Bukankan kehidupan wasatiyah tu ajaran sepatutnya? Semua orang sibuk berhutang sana sini sebab nak membeli kemewahan untuk ditunjuk-tunjuk. Bergambar dengan kereta mewah, pos gambar bercuti di luar negara, sibuk nak cerita satu dunia perihal dia makan di restoran mewah.
    Dulu Saidina Uthman pernah balik dari urusan perniagaan, ditambatnya unta2nya sebelum menunaikan solat subuh bersama Nabi. Sewaktu takbir, dia lari fokus teringat akan unta2 dan hasil perniagaannya di luar masjid sedetik sahaja. Lalu diceritakan kepada Nabi, maka Nabi kata semua hasil perniagaan dia tu hanya sedikit sahaja dibandingkan dengan hilang fokusnya sedetik itu. Maka selepas itu, diinfaqkan semua hasil unta2 itu ke jalan Allah.
    Nikmat dunia ni takde apa pun pada Allah. Sebab itulah orang kafir pun kaya raya, sebab nilainya tiada apa dibandingkan dengan janji Allah di akhirat. Pernah tak kita naik kapalterbang tengok ke bumi? Nampak tak betapa kecilnya rumah agam sekalipun, dan kalau kita tengok kereta-kereta di jalan raya dari atas tu sama je rupanya, tak kira la BMW ke, Mercedes ke, Perodua ke.
    Kalau kita nak jauhkan diri daripada hutang, Alhamdulillah itu yang terbaik. Tapi rata2 orang kita ni sanggup berhutang sebab nak tunjuk mewah. Ukurlah baju di badan sendiri. Kita penat2 bekerja, akhirnya 1/3 pendapatan kita hanya kepada pembayaran faedah sahaja.
    Saya ingat lagi kata2 arwah lecturer saya dulu. Nasi lemak tepi jalan pun mahal. Sebabnya? Sebab orang jual nasi lemak pun nak pakai Mercedes. Maksudnya, apa pekerjaan kita tu hendaklah setara dengan impian kita. Kalau tengok orang kerajaan, office boy lagi mewah dari pegawai. Memanglah dia ada bisnes lain atau buat kerja luar. Last2 kerja hakiki di pejabat diabaikan. Tak amanah namanya tu. Sebab tu lah sentiasa tak cukup.
    Ingatlah kata2 manusia ni kalau diberikan emas satu gunung uhud sekalipun, pasti tidak cukup dan kan diminta/diusahakan untuk dapatkan emas ebesar gunung uhud kedua. Firman yang manusia ni dijadikan Allah untuk beribadat tu cuba kita renung. Sebenarnya semua perkara yang kita lakukan termasuklah bekerja sama ada makan gaji atau bekerja sendiri juga merupakan ibadat kalau dibetulkan niat. Kita hidup bermasyarakat ada peranan dan tanggungjawab masing. Jika tiada orang yang berpelajaran rendah, tak mungkin ada orang yang sanggup angkat samapah di depan rumah kita tu hari2. boleh bayangkan tak? Kita di dunia ini sebenarnya tugas kita adalah untuk serve the others. Petani sediakan sumber makanan, guru sediakan ilmu di dada, kerani dan office boy pun ada peranan penting dalam kehidupan seharian.
    Akhir sekali, dalam mengejar dunia ni janganlah menipu semata2 nakkan komisen atau keuntungan. Lihat sahaja ejen insuran dan unit trust, habis dijanjikan bulan dan bintang sedangkan orang yang membeli tu dalam ketidakfahaman dan penipuan tu dah terjebak. Ingatlah, orang tamak selalu rugi.

    • Terima kasih En. Azrai atas peringatan.

      Betul, kekayaan dan kemewahan dua perkara berbeza. Orang sanggup bergolok bergadai sebab kemewahan, bukan kekayaan. Orang kaya tak semestinya mewah, orang mewah tak semestinya kaya. 9 daripada 10 sahabat Nabi s.a.w. yang dijamin Syurga adalah orang kaya. Mereka bukan orang biasa-biasa. Orang kaya ialah mereka yang dapat tunaikan tanggungjawab sebagai orang kaya.

      Allahu a’lam.

  • Saya berpendapat meluangka masa dengan anak-anak penting dan jika terlalu kerja untuk kemewahan kadang kala kita terabai orang yang tersayang.

    Terima kasih atas ingatan tersebut. 🙂

    • Yang ni saya setuju sangat. Anak-anak makin membesar. Bayangkan kita sanggup bersusah payah berjauhan dengan keluarga sebab nak cari kemewahan. Anak2 yang dulunya umur setahun 2, sekarang dah belasan tahun, duduk di asrama. Kita tak boleh nak gostan ke waktu dia setahun dua tu kan? Tapi kemewahan (dalam bentuk duit) misalnya RM100k, kalau tahun ni kita tak dapat lagi 10-20 tahun pun kita masih boleh kumpul RM100k tu. Tapi anak2 yang dah besar panjang tak boleh nak jadi anak2 kecil semula.

  • Askm en.Zul..

    mmg benar impian yg kita nak bila dibaca hari2 atau ditulis akan membuatkan diri rasa berkobar2 nk capai impian itu. saya dapat rasakan feeling untuk mencapai impian untuk lebih bersama keluarga dan anak2 serta tidak lagi di kongkong oleh majikan akan dapat dicapai suatu hari nanti hanya masa yg menentukan..jd jalan nk merealisasikan impian itu ialah kerja sendiri..buat bisnes adalah jalannya.

  • Artikal yg bagus untuk org yg baru nak bermula.bagi org yg dah bermula atau yg dah lalui,masalah baru ialah xde kawan2 yg sama2 mempunyai masa seperti kita.majoritinya semua keluar berkerja.perniagaan sy bermula pkl 10 pagi.setiap pagi sy menghantar anak2 ke sekolah dan pusat asuhan.selepas itu balik singgah di kedai makan,tengok org pergi kerja.bermacam ragam.biasanya yg selalu ada dikedai makan minum pagi ialah golongan pencen,kakitangan kerajaan,budak2 sekolah yg cuti,surirumah dan mungkin org yg berniaga seperti sy…kadang2 mempunyai banyak masa membuatkan kita sunyi.walaupon bisnes sibuk tetapi kita boleh mempunyai masa lagi untuk hal2 peribadi.sedangkan kawan2 sy yg makan gaji mereka betul2 terikat dgn waktu masa untuk duduk melepak sekali,kalau adapun masa mereka hujung minggu…inilah dilema kerja sendiri.

  • wah impian en.zul marvelous betul! Saya ingat lagi masa sekolah dulu, saya selalu berharap, abah saya ada masa menghantar dan menjemput saya balik sekolah. Betul, pada waktu inilah, abah dan anak akan berkomunikasi, nak2 lagi bagi nasihat. Osem en.zul!!

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >