MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Jangan Tunggu Perfect Time

Perfect time memang tak pernah wujud. Kalau sesuatu perkara tu penting, sekarang adalah masanya...

Nanti dah pencen, nak mula berniaga sebab waktu itu dah tak ada komitmen kerja, anak-anak pun dah besar.

Nak tunggu perfect time?

Bila anak-anak dah besar, bisnes akan lebih kencang sebab anak-anak dah boleh urus diri sendiri dah, maka boleh lah fokus bisnes.

Bila dah jalankan bisnes secara sepenuh masa, maka bisnes akan lebih kencang sebab banyak masa dapat diperuntukkan untuk selesaikan kerja-kerja bisnes.

Tetapi realitinya, “perfect time” yang kita harap-harapkan itu tak pernah wujud. Bahkan ia membuatkan kita sentiasa bertangguh untuk berjaya.

Sebagai contohnya, bila dah tua (pencen) baru nak berniaga, waktu itu badan dah tak kuat untuk bergerak pantas macam orang muda. Waktu itu datang pula penyesalan sebab tak mulakannya ketika umur masih muda.

Tak pernah sunyi dari cabaran

Bila anak-anak dah besar, cabarannya lain pula. Mereka dah pandai berkawan dan keluar rumah sendiri. Maka datang kerisauan lain pula tentang anak-anak.

Waktu itu baru kita fikir; masa anak-anak masih kecil lebih senang. Kita tak perlu risau sebab anak-anak tak keluar rumah. Menyesal sebab tak mulakan bisnes dari dulu.

Bila dah berhenti kerja dan jalankan bisnes secara sepenuh masa, maka datang pula cabaran dalaman, iaitu rasa malas sebab tak ada bos yang paksa kita untuk bekerja.

Maka produktiviti terhadap bisnes kita sendiri SAMA sahaja sewaktu menjalankan bisnes secara part time dulu.

Sekarang adalah masanya

Jadi kalau nak buat sesuatu yang penting dan bermakna dalam hidup, jangan tunggu “perfect time”. “Perfect time” yang kita angan-angankan tu sebenarnya tak wujud.

Cabaran akan sentiasa datang selagi kita hidup, dan susah senang akan sentiasa silih berganti. Ia tak pernah sunyi.

Maka untuk berjaya, SEKARANG ADALAH MASANYA... Buat sahaja apa yang termampu dengan kekangan yang ada sekarang.

Tak sempurna tak apa, asalkan ‘jalan’ sahaja dulu.

Itulah cara sebenar untuk maju... Jangan bertangguh...

Zulkifli
Damansara Damai
17 Mei 2016
10 Syaaban 1437H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Assalamualaikum .
    Saya setuju tuan . Saya pun sekarang sudah start berniaga kecil-kecilan di opis – jual roti bun , keropok , 3 in 1 drinks . modal nya sedikit tapi at least duit business hari-hari dapat .

  • Assalammualaikum,

    Saudara Zul,
    Semalam adalah masa yang sesuai untuk menyimpan atau melabur dengan emas dan perak. Cuba kita lihat perspektif yang lebih besar. Dunia didalam kehancuran dengan sistem riba’ yang diamalkan ratusan tahun dijangka akan runtuh dengan sendirinya. Ini adalah pendapat kebanyakan pakar dan pengamal ekonomi dunia. Sistem yang bersandarkan kepada wang kertas semata2 tanpa disandar asset berharga yang sebenar. Jika ini berlaku, emas dan perak akan mendapat tempatnya yang sebenar dan kita mungkin tidak sempat untuk memilikinya pada hari ‘esok’ kerana akan terlalu mahal harganya. Sekadar pendapat berdasarkan pengalaman dan kajian alam maya.

  • Salam tuan Zul,

    Saya nak tanya pendapat tuan..
    Kalaulah saya hutang dengan mana2 bank sebanyak rm30 000 dan beli emas dengan public gold..
    Berbaloi tak?

  • Bagaimana orang yang dah menjana keuntungan tinggi berniaga tapi tidak mahu bayar cukai pendapatan dan juga masih lagi menuntut BR1M. orang macam ni kena betulkan.

    • Biarkan dia. Kita cuma boleh bagi nasihat, tapi kita tak boleh betulkan orang lain. Kita hanya boleh perbetulkan diri kita sahaja. Nabi s.a.w. pun tak boleh perbetulkan pakcik yang dia paling sayang, inikan pula kita orang biasa nak perbetulkan orang lain.

    • Saya rasa nasihat untuk kita semua yang nak mula berniaga sendiri niat kena betulkan. Memang kita tak boleh atau susah nak betulkan orang. Macam contoh bab berhutang, masa mula2 berhutang dah ada niat tak nak bayar. Confirm tak boleh bayar. Lagi satu kan, ada kawan saya ni dia suka sanagt berniaga. Bila tren orang jual stem sel, dia jual stem sel, bila orang jual bedak muka tanaka, dia pun jual bedak tanaka, bila orang berniaga emas, dia pun berniaga emas. Tapi hasilnya semua pun hangat2 tahi ayam. Ada terbaca dalam kes ahli perniagaan yang berjaya, kita kena belajar kegagalan dan teruskan usaha dalam bidang yang sama baru boleh jadi. Hari ni baca suratkhabar, kerjaan short RM36juta tabung bantuan peniaga kecil ramadhan sebab yang pinjam tahun lepas tak bayar2. Apa nak jadi la orang Melayu Islam ni, dah berniaga untung riban-riban, hutang RM3ribu pun taknak bayar. Nauzubillah.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >