MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tuhan Kurniakan Setiap Kita Kepandaian Berbeza-beza

Anak saya darjah 1 rasa dirinya kurang pandai, sebab dia di kelas C. Katanya, pelajar yang pandai semuanya di kelas A.

Saya beritahu dia, Tuhan ciptakan manusia semuanya pandai, cuma kepandaian manusia tu berbeza-beza. Cikgu pandai mengajar, tetapi kalau kereta cikgu rosak, dia terpaksa hantar kepada pomen.

Saya tanya anak saya, pomen tu pandai atau tak pandai?

Jawabnya, “pandai juga”.

Jadi begitulah Tuhan jadikan manusia. Kita semua pandai dan saling bergantungan. Kita tak boleh hidup hanya dengan kepandaian sendiri. Kita perlukan kepandaian orang lain untuk dapatkan keperluan hidup.

Pada setiap orang itu, Tuhan telah anugerahkan kepandaian masing-masing.

Anugerah Kepandaian Berbeza-beza

Cuma di sekolah, kepandaian tu diukur pada siapa yang dapat jawab exam dengan baik.

Bagi sesiapa yang tak dapat jawab dengan baik, dia juga pandai cuma kepandaiannya mungkin dalam bidang berbeza, atau dia dalam proses menjadi pandai. 

Untuk mendorong anak-anak terus maju, saya fokus perbetulkan MINDSET dan SIKAP mereka tentang pelajaran di sekolah. Saya jarang luangkan masa mengajar mereka tentang subjek di sekolah.

Pasal subjek, biarlah mereka belajar dari guru atau dia explore sendiri. Saya mahu membentuk jati diri mereka sebagai orang yang berjaya.

Fokus Pada Kelebihan

Saya percaya, Tuhan anugerahkan kelebihan kepada setiap daripada mereka (termasuk juga setiap daripada kita) cuma kelebihan itu belum nampak di mana.

Orang yang berjaya bukanlah mereka yang tak ada kekurangan, sebab setiap orang pasti ada kekurangan. Orang yang berjaya ialah mereka fokus memanfaatkan kelebihan yang Tuhan berikan kepada mereka. 

Jadi saya selalu nasihatkan anak-anak; pergi sekolah fokus dapatkan ilmu. Belajar betul-betul kerana ilmu, bukan kerana exam. Saya tak risaukan sangat tentang exam. Dapat markah berapa pun saya tetap bangga dengan mereka.

Saya nak mereka seronok belajar dan dapatkan ilmu sebanyak mungkin. Bila fokus pada ilmu, saya percaya suatu hari nanti mereka mesti boleh jawab exam dengan baik dan pasti berjaya pada masa depan, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
23 Mei 2016
16 Syaaban 1437H


Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Tahniah tuan atas nasihat TERBAIK yang tuan berikan kepada anak tuan.

    saya yakin sekiranya semua ibu-bapa melakukan perkara yang sama seperti tuan, anak-anak di sekolah akan bersemangat untuk belajar.

    mentaliti “kejar cemerlang exam sahaja” telah melumpuhkan majoriti anak-anak di sekolah. tetapi jika dibetulkan mindset kepada FOKUS ILMU dan KERANA ALLAH, pasti Majoriti cemerlang..

    kerana ilmu yang diajar dan dialami disekolah adalah pelbagai. bergantung kepada anak itu mahu belajar atau tidak.

    saya selalu nasihat pelajar supaya belajar apa yang diajar disekolah..belajar bukan terhad di dalam kelas, termasuk pergaulan,kokurikulum, kepimpinan,hubungan sosial… pendek kata, sekolah tempat latihan kehidupan sebelum menempuh cabaran sebenar kehidupan..

  • Sangat setuju.
    Bina mindset yang betul untuk kehidupan, bukan sekadar mengejar kejayaan dalam exam yang bersifat hafalan dan luahkan..habis exam…lupa dah huhuuu..itu dulu2 la. System sekarang dah beza kot.

    Tahniah buat Master Dealer terpantas Ampang. Mohd Zulkifli Shafie

    • Bukan anak2 yang kejar akademik, tapi mak ayahnya. Masalahnya mungkin sebab nak berlawan dengan sedara dan kawan2. tak lupa juga mak ayah yang menyesal masa muda disiakan tidak belajar bersungguh2, jadi anak2 dijadikan sandaran.

  • Titah Sultan Perak harini.

    “Tidak semua pelajar akan berakhir sebagai Presiden atau Perdana Menteri di sebuah negara atau menjadi Ketua Hakim di mahkamah atau Naib Canselor di universiti atau Ketua Eksekutif di syarikat ternama.

    “Namun, setiap pelajar boleh dicanai menjadi aset berharga dan warga patriotik kepada negara dan bangsanya,” titah baginda.

    • Baginda bertitah bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai murni, pencapaian sesebuah sesekolah tidak boleh terlalu dipengaruhi dengan ukuran yang mirip kepada kuantiti atau taksub dengan markah peperiksaan.

      “Melahirkan insan berjiwa murni lebih penting diutamakan daripada sekadar melahirkan insan berkelulusan akademik yang cemerlang.

      “Semakin tinggi kelulusan pendidikan seseorang insan, semakin besar tanggungjawab yang diserahkan, menjadikan semakin perlu untuk insan tersebut disauhkan sifatnya dengan nilai murni,” titah baginda.

      Titah Sultan Nazrin, walaupun negara mempunyai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, aspek berkaitan nilai murni tidak harus dipinggirkan terutama dalam keadaan semasa yang semakin dipengaruhi materialisme.

  • Terima kasih atas info yang sangat berguna ni,,,kita kena betulkan pemikiran kita terlebih dahulu sebelum kita membuat apa apa tindakan.. apa sahaja tindakan kita bergantung dengan apa yang kita fikir dan buat

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >