MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bahagiakan Diri Dengan Apa Yang Ada

June 28, 2016

Tuhan tak bagi semua benda pada semua orang. Dia bagi kita satu kelebihan, Dia datangkan bersamanya kekurangan yang lain. Tak ada yang sempurna.

Kalau kita asyik tengok apa yang orang ada, kita akan sentiasa rasa susah hati. Sedangkan orang itu pun susah hati dengan apa yang dia tiada, yang ada pada kita.

Mereka yang baru bekerja rasa susah hati bila tengok senior gajinya lebih besar. Tetapi yang senior pun rasa susah hati bila tengok pekerja junior ada banyak masa, tak pening kepala. 

Cukup waktu bekerja, boleh terus balik dah tak fikir pasal kerja. Sedangkan yang senior, balik rumah pun masih kena fikir pasal kerja! Kena kerja kuat sampai terjejas kesihatannya!...

Dalam Kelebihan Ada Kekurangan

Mereka yang tak ada anak rasa susah hati bila tengok orang lain ada anak. Sedangkan orang ada anak rasa susah hati bila tengok orang tak ada anak senangnya berjalan melancong ke sana ke mari, dan ada banyak masa!

Kita rasa susah hati bila tengok orang kaya dapat makan sedap-sedap. Tapi orang kaya pun rasa susah hati bila tengok kita makan makanan biasa-biasa pun nampak sedap. Sedangkan dia nak kena banyak makan ubat! 

Tak dapat nikmat macam kita sebab macam-macam penyakit dah yang dia dapat.

Kita rasa susah hati bila tengok orang lain berkereta besar. Sedangkan dia pun susah hati memikirkan beban hutang dia yang dia kena bayar. 

Dia susah hati tengok kita pakai kereta biasa yang geran ada di tangan (tiada hutang), berhenti singgah makan tepi jalan pun orang tak pandang-pandang. Kereta kita setakat tercalar dan tergesel sikit pun apa nak heran!

Bahagia Ada Di Dalam Diri

Jadi itulah kehidupan. Jangan dikejar sangat pada kesempurnaan.

Orang yang bahagia bukanlah orang yang memiliki segalanya, tapi dia tahu menghargai apa yang dia ada, dan bersabar dengan apa yang dia belum ada.

Bersyukurlah dan bersabarlah wahai hati sebab akhirnya kepada Tuhan kita akan kembali...

Dunia yang kita nikmati hari ini sifatnya hanya “pakai dan buang”! Pakai sementara dalam kehidupan, dan kita terpaksa ‘buangnya’ untuk kembali kepada Tuhan!

Itulah hakikat satu kepastian...

"...Sesungguhnya jika kamu bersyukur, Kami (Tuhan) pasti akan tambah (nikmat) kepadamu. Dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu amatlah keras." (Surah Ibrahim 14 : 7)

Zulkifli
Damansara Damai
28 Jun 2016
23 Ramadhan 1436H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • KANGAR – Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan umat Islam agar jujur dalam mencari rezeki untuk mendapat keberkatan dengan menggunakan sumber wang yang halal.

    Mohd Asri berkata, penggunaan wang yang halal hasil titik peluh ketika bekerja sudah pasti digunakan untuk keperluan harian anggota keluarga termasuk soal pemakanan.

    “Jangan sesekali lupa bahawa pemakanan halal amat penting bagi setiap umat Islam kerana Allah hanya akan memakbulkan doa dari mereka yang makan makanan dibeli dari hasil wang atau rezeki yang halal,” katanya.

    Mohd Asri menyampaikan tazkirah zohor sempena program Raudhatul Iktikaf di sepuluh terakhir Ramadan anjuran Jabatan Mufti Perlis di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail di sini, hari ini.

    Mufti Perlis menarik perhatian dengan memberi contoh mereka yang terlibat dalam penipuan pengendalian pakej umrah dengan menjanjikan jemaah tempat tinggal istimewa di tanah suci Mekah dan Madinah.

    “Ada yang menawarkan pakej yang memberi keselesaan kononnya kerana dekat dengan masjid, tetapi hakikat sebenar jaraknya jauh.

    “Bagaimanapun mereka tidak dibenarkan bersuara dan menuntut apa-apa hak atas alasan perlu bersabar dan reda dengan pelbagai ujian di tanah suci,” katanya.

    Katanya, tidak kurang juga bentuk penipuan lain terutamanya oleh peniaga.

    “Makanan yang dimasak atau ikan yang disimpan beberapa hari tetapi peniaga memaklumkan kepada pembeli makanan itu disediakan menggunakan ikan segar.

    “Doa mereka ini (peniaga) tidak akan diterima oleh Allah walaupun selalunya pada akhir sepuluh Ramadan Allah memperkenankan doa setiap umatNya,” katanya.

    Malah perbuatan seperti ini akan menjadi punca terjadinya segala masalah hati dan sahsiah manusia yang akhirnya mempengaruhi serta merosakkan komuniti sesebuah masyarakat, kata Mohd Asri. – Bernama

  • Saya pun sebenarnye rasa susah hati bila tengok En Zulkifli dah dapat kebebasan kewangan dan telah bekerja sendiri.. tapi saya banyak lagi hutang nih, keja pun makan gaji lagi.. heheh.. gurau aje tuan..

    Website tuan memang best.. kalo bukak internet.. memang website nih antara yang saya akan buka dulu..

    Teruskan memberi inspirasi kepada kami semua..

    Selamat berpose yang tinggal berapa hari lagi nih.. dan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.. Doakan kami semua mendapat kebebasan kewangan seperti tuan juga… Tq

    • Alhamdulillah… 🙂

      Terima kasih juga kerana berziarah ke blog ini. Mudah-mudahan terus bermanfaat.

      Saya doakan Allah berikan kelapangan rezeki kepada En. Yeop. Amiin ya Allah. Salam ramadhan dan salam aidilfitri.

  • Terima kasih atas perkongisan yg bermanfaat. Byk saya belajar . Semoga terus memberi manfaat kepada pembaca

    Salam idul fitri

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >