
Tak kisah setinggi mana tahap kita, jika kita rasa sudah pandai dan berhenti untuk belajar dan mencari ilmu baru, kemajuan kita akan turut sama terhenti. Bahkan lebih teruk, ia bukan sekadar berhenti, tetapi akan UNDUR semula kebelakang.
Cuba lihat syarikat yang pernah gah satu masa dahulu. Waktu itu kita fikir tak siapa boleh menyaingi bisnes mereka. Siapa sangka Nokia satu waktu dahulu sangat gah, sudah ditinggal jauh oleh Samsung dan Apple? Siapa sangka Kodak yang gah satu waktu dahulu tetapi hari ini sudah tiada?… Jadi begitulah juga dengan kemajuan kita…
“We didn’t do anything wrong, but somehow, we lost” – Kata-kata sedih CEO Nokia diakhir ucapannya ketika Nokia dibeli oleh Microsoft.
Selagi kita terus belajar, stay humble, dan sentiasa explore ilmu-ilmu baru, saya percaya kita akan terus maju. Jangan berhenti belajar.
Saya mula belajar ilmu kewangan dari buku Azizi Ali sejak 2003 lagi. Sampai sekarang saya masih ikuti ilmu-ilmu beliau. Satu perkara yang saya cukup kagum dengan beliau ialah sikap beliau yang terus belajar walaupun beliau telah dianggap pakar.
Terus Belajar Walaupun Sudah Pakar
Dalam satu seminar anjuran Public Gold, beliau adalah salah seorang penceramah dalam seminar itu. Apa yang saya kagum, beliau bukan sahaja datang sampaikan ceramah, tetapi beliau duduk dan ikuti semua ceramah-ceramah yang disampaikan oleh penceramah lain bermula dari pagi sampailah habis seminar waktu petang! Beliau terus belajar walaupun sudah dianggap pakar.
Dan bila saya datang kepada beliau, katanya beliau belajar sesuatu dari blog saya www.mohdzulkifli.com. Ada beberapa perkara yang beliau tak sure tentang ar-rahnu, beliau rujuk di blog saya.
MasyaAllah… Orang yang sudah tinggi ilmunya masih terus belajar. Katanya, “I do not know everything, but I know I lot of thing!”… Sungguh ‘humble’ dan ‘sempoi’ orangnya…
Zulkifli
Damansara Damai
7 Jun 2016
2 Ramadhan 1437H
[Kredit foto : smartseodesigns]
{ 10 comments… read them below or add one }
Saya sangat setuju. Terus belajar tanpa rasa penat dan jemu. Ada perkara baru berlaku disekeliling kita.
Subhanallah. sangat betul apa yang sifu lauhkan. sebab tu ramai ulama yang alim didunia Islam disaat kematian pun masih membicarakan mengenai ilmu feqah dan sebagainya.
“Belajarlah kamu sehingga ke liang lahad”………
I follow.
Salam tuan Zul,
Baru2 ni saya ada dengar kwan cerita ttg online biz iaitu Mface..tp sblm join saya nak tanya pendapat tuan..apa pendapat tuan ttg Mface ni?
Thanks.
TP
Wslm Pn. Tomey,
Saya tak tahu pasal tu. Saya tak dapat bagi apa-apa pendapat.
tuan sy ingin bertanya..
sy adalah pemilik kedai basikal.Apa pandangan tuan jika sy menjual basikal dlm bentuk dinar emas..bermakna jika custumer xde ‘Rm’ dia boleh membeli
basikal dikedai sy dgn menggunakan emas x kiralah dari brand mane asalkan emas tulin.ada pro dan contra x?
Ok juga tu.
Cuma kena ada alat mengesahkan ketulenan emas tu.
Teringat cikgu saya dulu cakap, semakin kita belajar, semakin kita tahu betapa bodohnya kita.
Betul En. Azrai.
Bila kita tahu apa yang kita tak tahu, jadi mudahlah kita cari ilmu itu.
assalamualaikum..
mohon tunjuk ajar mcm mana sy nak majukan diri sy dari smua aspek : kewangan,motivasi
terima kasih
Wslm Pn. Nur Nadia,
1. Banyakkan membaca buku-buku kewangan, pelaburan dan perniagaan.
2. Bergaul dengan orang berjaya atau mereka yang mempunyai misi yang sama dengan puan.
Itu sahaja sebagai langkah pertama.
{ 1 trackback }