Cara lebih cepat untuk jadi lebih pandai pada sesuatu ilmu ialah dengan mengajarkan ilmu tersebut. Lepas belajar, jangan sekadar disimpan ilmu itu, tetapi sampaikan ilmu itu kepada orang lain walaupun sedikit. Tahu sedikit, sampaikan sedikit. Tahu banyak, ajarkan lebih banyak.
Saya percaya, orang yang mengajar akan sentiasa setapak kehadapan berbanding orang yang sekadar belajar. Orang yang mengajarkan ilmu, dia akan berhadapan dengan persoalan baru tentang ilmu itu. Hasil pencarian, dia akan dapat kefahaman baru atas ilmu itu. Bila waktu dia belajar, dia lebih fokus sebab dia ada tanggungjawab untuk sampaikan kepada orang lain pula.
Best Student Kekal Best Student
Apa yang saya perhati, kenapa “best student” di universiti kekal sebagai “best student” antara sebabnya, dia menjadi rujukan rakan-rakannya yang sama pengajian di universiti. Dia sentiasa memperkemaskan ilmunya dan dapat ilmu baru di luar kelas. Lagi banyak orang datang bertanya, lagi kukuh kefahamannya dan lagi banyak ilmunya bertambah.
Ilmu itu kalau tidak diajarkan kepada orang lain, ia akan hilang. Tapi kalau disampaikan kepada orang lain, ia akan bertambah.
Ada suatu hari, Aisyah (anak sulong saya) nampak sangat bersedih ketika balik sekolah. Bila saya selidik, rupa-rupanya dia ‘berselisih’ dengan kawannya sebab dia tak nak jadi wakil “group presentation” dalam kelas. Katanya, dia tak pandai present dan tak berapa mahir subjek tu.
Present Untuk Jadi Lebih Pandai
Jadi saya pesan (kepada Aisyah dan adiknya Amal Hayati), itulah peluang untuk jadi lebih pandai. Keluar ke depan dan present sahaja apa yang dia tahu. Biarlah guru atau kawan-kawan nampak dia tak pandai (kalau betul dia tak pandai), sebab itulah peluang pertingkatkan diri sendiri. Saya pesan lagi, ilmu yang dia belajar, selagi tak dapat present (bagi penerangan) kepada orang lain, dia tak akan dapat jawab peperiksaan.
Peperiksaan ialah proses kita “beritahu kepada orang lain” dengan cara menulisnya di atas kertas. Jadi, dia hanya akan dapat jawab peperiksaan dengan baik kalau dia dapat present dengan baik. Biarkan nampak “bodoh” 5 minit berbanding “simpan kebodohan” itu sendirian. Sebab kita “bodoh” itulah kita pergi ke sekolah untuk belajar. Kalau dah pandai, tak perlu lah pergi sekolah.
Sejak daripada itu, saya dapat feedback positif bila mereka diberi tugasan untuk presentation. Mereka anggap tugasan presentation itu sebagai satu peluang, bukan lagi ‘ancaman’. Alhamdulillah…
Pahala Pencen Selepas Mati
Dan itu jugalah tips yang saya ajarkan kepada sesiapa sahaja; cara untuk cepat pandai sesuatu ilmu, bukan sekadar belajar, tetapi belajar dan terus mengajar. Mengajarlah menggunakan apa medium sekalipun, asalkan kita dapat sampaikan ilmu. Sekurang-kurangnya, kongsikan ilmu yang kita ada di Facebook.
Kita kena ada mindset sampaikan ilmu sebagaimana para sahabat Nabi s.a.w, bila mereka dapat ilmu baru dari Nabi, mereka sampaikan kepada orang lain. Selain ia dapat meningkatkan kefaham kita tentang sesuatu ilmu itu, ia akan jadi “pahala pencen” selepas mati… InsyaAllah…
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila matinya seorang anak Adam, (maka) putuslah amalnya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain, (dan) anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Hadith Sahih – Riwayat Muslim)
Zulkifli
Damansara Damai
28 Julai 2016
23 Syawal 1347H
[Kredit foto : certificationmap]
Betul2…saya tengok rakan dealer saya yang selalu present PG1S sales mereka makin meningkat dan mereka bertambah yakin.
Syabas, saya juga berharap dapat peluang untuk berbuat demikian, insha Allah.
InsyaAllah.
Practice makes perfect antara bidalan menunjukkan perlu lakukan secara berulang. Kemahiran tidak boleh belajar melalui bacaan tetapi perlu diamalkan secara berterusan.
Betul En. Azrin.
Betul tu. Nak ke hadapan mula – mula memang takut.Tapi lepas mengajar rasa puas dan lega.
https://buy.onpay.my/order/form/kerimo/razak
kehidupan adalah bilik darjah sebenar. tak rugi kita belajar dan belajar lagi 😉
Betul. Kena luaskan perspektif belajar. Belajar untuk kehidupan sebenar.
ilmu itu tidak pernah berkurang, semakin sering diajarkan semakin banyak pula ilmu kita bertambah..:D
Betul.