MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Motivasi Dari Khatam Al-Quran Dalam 30 Hari

July 19, 2016

khatam al quran 30 hari

Sejak zaman sekolah menengah lagi, hampir setiap kali Ramadhan, maka saya wajibkan diri untuk khatamkan 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh sepanjang Ramadhan. Selalunya dalam tempoh 11 bulan di luar Ramadhan, saya tak dapat habiskan. Baca sekadar baca, tetapi kurang fokus berbanding Ramadhan. Saya fikir, kalau tak dapat habiskan di bulan-bulan lain, sekurang-kurangnya saya habiskan bacaan sebulan Ramadhan sebagai KPI tahunan saya. Kalau dalam Ramadhan yang meriah dengan pesta ibadah pun saya tak dapat khatamkan, saya tak pasti bulan mana lagi lebih baik berbanding Ramadhan?…

Menjelang Hari Raya Aidil Fitri hari tu, saya muhasabah diri dan merenung. Rupa-rupaya ada hikmah yang boleh kita gali daripada usaha khatam Quran sebulan Ramadhan yang boleh dijadikan motivasi kehidupan kita, insyaAllah. Di sini saya kongsikan coretan dari Facebook saya sebagai renungan saya sendiri dan sahabat pembaca. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

KHATAM AL-QURAN DALAM RAMADHAN
[KPI Ramadhan 1437]

Pengalaman saya, bulan Ramadhan paling senang khatam Quran. Mungkin sebab kita betul-betul FOKUS pada ibadah khusus berbanding bulan-bulan lain.

Jadi siapa nak khatam, mungkin ini tips yang boleh saya kongsikan.

(1) Tekadkan azam untuk khatam dalam Ramadhan

(2) Baca 4 muka surat setiap kali selepas solat fadhu. InsyAllah 1 hari akan habis 1 juzuk. 1 bulan akan habis 1 quran.

(3) Awal Ramadhan kena speed sikit sebab akhir Ramadhan kita selalu sibuk dengan persiapan raya dan balik kampung. Kalau dapat kejar 2 juzuk sehari lebih baik.

(4) Bawa Quran ke mana-mana. Saya suka bawa Quran kecil serta terjemahan ke mana-mana. Baca je mana-mana tempat yang kita sempat. Jangan segan buat benda baik walaupun depan orang. Jangan sebab kononnya nak ikhlas akhirnya kita tak membaca Quran. Kalau sambil menunggu teksi / LRT, boleh je baca novel dan surat khabar, why not baca Quran?

Kalau tak dapat khatam juga dalam bulan Ramadhan yang meriah dengan PESTA IBADAH ini, saya tak pasti bulan mana lagi saya mampu khatam bacaan Quran ini.

Akhir sekali, salam Ramadhan untuk semua sahabat FB yang muslim. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini dapat menjadikan kita orang yang bertaqwa, insyaAllah.

‪#‎tazkirahramadhan‬ ‪#‎tipskhatamalquran‬ ‪#‎tazkirahdiri‬ ‪#‎seronoknyaramadhan‬ ‪#‎ramadhan1437‬

June 5 2016
1 Ramadhan 1437

KUASA SEBUAH KEPUTUSAN
[Iktibar Dari Khatam Quran]

11 bulan tak dapat khatam Al-Quran, tapi boleh khatam hanya dalam 1 bulan Ramadhan? Kenapa begitu?

Sebabnya, dalam tempoh 11 bulan itu, kita tak pernah buat KEPUTUSAN untuk khatam. Jadi baca pun tak bersungguh-sungguh. Baca quran pun cara part time je. Ada masa, baca. Bila sibuk, tak baca. Maka memang tak akan khatam walaupun 11 bulan panjangnya.

Berbeza dengan Ramadhan. Di awal Ramadhan lagi kita dah buat KEPUTUSAN untuk khatam, maka kita akan letakkan Quran sebagai KEUTAMAAN. Kita baca Quran secara part time dengan full-time mentality. Ada sahaja waktu terluang, kita baca Quran dulu, bukan belek Facebook dulu. Itulah sebabnya 30 hari pun boleh khatam.

Sama jugalah dengan kedudukan kewangan dan masa depan kita. Salah satu faktor utama seseorang itu masih terjerat dengan hutang sebab dia tak pernah buat KEPUTUSAN serius untuk bebas dari hutang, bahkan menambah lagi beban hutang sedia ada…

‪#‎motivasikewangan‬ ‪#‎motivasidiri‬ ‪#‎iktibarkhatamquran‬ ‪#‎simpanwang‬ ‪#‎simpanemas‬ ‪#‎tipskewanganperibadi‬ ‪#‎seronoknyaramadhan‬

July 5 2016 at 6:21pm
30 Ramadhan 1437

KEPIMPINAN REALITI
[Iktibar Dari Usaha Khatam Quran]

Bila saya buat keuputusan untuk khatam Quran dalam Ramadhan, saya beritahu kepada anak-anak. Maka anak sulong saya (yang sebelum ini baru 10 juzuk dan tak pernah khatam), juga buat keputusan untuk khatam sama. Anak no. 2 buat keputusan untuk habiskan minimum 1 juzuk dalam Ramadhan.

Jadi kami sama-sama berusaha capai matlamat masing-masing. Ke mana-mana pergi masing-masing bawa Quran. Lepas solat, mereka baca Quran. Sambil tunggu saya jemput balik sekolah, mereka mengadap Quran dulu. Yang si adik masih membaca Iqra pun turut sama bawa Iqra’nya ke mana-mana.

Alhamdulillah, walaupun anak sulong tak sempat khatam dalam Ramadhan, tapi jumlah bacaannya paling banyak berbanding sebelum ini. Saya motivate dia untuk khatamkan dalam Syawal ni. Anak no. 2 pula sempat habiskan 2 juzuk walaupun matlamatnya hanya 1 juzuk.

Semua pekembangan baik ini berlaku bila saya sebagai bapa (dan pemimpin) buat keputusan dan meletakkan usaha untuk mencapainya. Maka orang disekeliling kita akan ikut sama mengikutnya. Walaupun matlamat kita untuk mencapai langit, sekurang-kurangnya dapat menggapai awan, alhamdulillah.

Apa akan jadi kepada kita dan orang sekeliling kita kalau kita tak pernah meletakkan matlamat?

‪#‎motivasikewangan‬ ‪#‎motivasidiri‬ ‪#‎iktibarkhatamquran‬ ‪#‎simpanwang‬ ‪#‎simpanemas‬ ‪#‎tipskewanganperibadi‬ ‪#‎seronoknyaramadhan‬

July 5 2016 at 6:49pm
30 Ramadhan 1437

MATLAMAT KENA BESAR
[Iktibar Dari Usaha Khatam Quran]

Di luar Ramadhan, saya hanya letakkan matlamat membaca 2 muka surat sahaja setiap hari yang ambil masa sekitar 5 – 10 minit sahaja. Tetapi jujurnya, banyak hari juga tak sentuh pun Quran kononnya sebab sibuk sedangkan mengadap Facebook berjam-jam pun sempat je.

Kenapa begitu?

Antara sebabnya, matlamat “2 muka surat sehari” itu terlalu ringan bagi saya yang menyebabkan saya ambil ringan dan HILANG MOMENTUM untuk melakukannya.

Ia berbeza bila letakkan matlamat habiskan 1 juzuk sehari. Ia juga ringan, tetapi bukan terlalu ringan. Kalau ada waktu-waktu solat yang saya tak sempat baca 4 muka surat, maka saya terpaksa cover pada waktu lain. Nak baca 10 muka surat sekali baca, kekadang berpinar juga mata saya, lebih-lebih lagi kalau deadline (azan maghrib) dah nak sampai.

Jadi begitu jugalah dengan matlamat kewangan kita. Kalau letakkan matlamat terlalu ringan, mungkin kita akan kehilangan momentum. Matlamat itu sepatutnya sedikit sebanyak mencabar kemampuan sebenar kita supaya kita terpaksa upgrade diri kita untuk mencapainya. Bila matlamat itu tercapai, maksudnya kita sudahpun jadi orang yang lebih baik berbanding sebelumnya, insyaAllah…

‪#‎motivasikewangan‬ ‪#‎motivasidiri‬ ‪#‎iktibarkhatamquran‬ ‪#‎simpanwang‬ ‪#‎simpanemas‬ ‪#‎tipskewanganperibadi‬ ‪#‎seronoknyaramadhan‬

July 5 2016 at 10:31pm
1 Syawal 1437

PECAHKAN MATLAMAT LEBIH KECIL
[Iktibar Dari Usaha Khatam Quran]

Orang ‘marhaen’ seperti kita, nak khatam Al-Quran bukan perkara mudah sebagaimana para huffaz seperti sahabat saya Ust Khairul Anuar Basri.

Kita kalau boleh khatam dalam masa 30 hari, itu dikira rekod cemerlang. Tapi para huffaz, khatam seminggu sekali tu biasa-biasa sahaja.

Walaupun begitu, 30 juzuk itu nampak lebih mudah bila kita pecahkan kepada 1 juzuk sehari. Nak nampak lebih mudah lagi, kita pecahkan kepada 4 muka surat setiap kali solat fardhu. Bila kita jadikan 4 muka surat setiap kali solat fardhu sebagai SUCCESS HABIT, khatam Quran dalam masa 30 hari itu terasa mudah dan semua orang boleh melakukannya.

Sama juga usaha untuk bebas hutang.

Kalau dilihat pada jumlah hutang, mungkin ia boleh melemahkan semangat kita. Tetapi kalau kita fokus satu-satu hutang bermula hutang paling kecil dahulu sebagaimana TEKNIK SNOWBALL, ia akan kelihatan mudah. Habis satu hutang, kita akan lebih bersemangat untuk hapuskan hutang seterusnya. Lepas 3 – 5 tahun, sedar-sedar semua hutang dah langsai kesemuanya…

InsyaAllah, semua orang mampu melakukannya. Asalkan kita ada azam yang kuat untuk bebas hutang…

‪#‎motivasikewangan‬ ‪#‎motivasidiri‬ ‪#‎iktibarkhatamquran‬ ‪#‎zerohutang‬ ‪#‎tipskewanganperibadi‬ ‪#‎seronoknyaramadhan‬

July 6 2016 at 5:57pm
1 Syawal 1437

TUKAR ENVIRONMENT UNTUK BERJAYA
[Iktibar Dari Usaha Khatam Quran]

Walaupun Quran tu kita boleh bawa dan baca di mana sahaja, tetapi bukan semua tempat kita mampu fokus membaca dan menghabiskan lebih banyak helaian.

Pengalaman saya, tempat paling kondusif & bermotivasi untuk membaca Quran ialah di masjid sebab ramai orang membaca Quran di situ. 30 minit menghadap Quran tak terasa lama. Kalau nak belek Facebook lama-lama pun terasa segan sebab kawan kita di hujung dinding sana sudah 15 minit membaca sedangkan kita sehelai pun belum di baca. Suasana itu mendorong kita untuk turut sana membaca.

Tetapi ia berbeza kalau di rumah. Belum habis satu helaian, tetiba anak kecil datang memanjat, minta itu dan ini. Ada yang tetiba nak masuk toilet salin pampers. DISTRACTION begitu selalu mengganggu mood untuk terus membaca, melainkan bangun awal pagi, atau lepas sahur sementara menunggu azan Subuh, atau selepas Subuh sementara anak-anak kecil belum bangun. Itulah waktu kondusif untuk membaca Quran.

Begitu jugalah dalam usaha membina kejayaan dalam kewangan dan perniagaan. Kita perlu berkawan dengan mereka yang mempunyai misi yang sama dengan kita. Kita perlu hadir seminar-seminar, bengkel atau weekly gathering berkaitan sebab di sanalah mereka yang ada misi seperti kita akan berkumpul. Itulah ENVIRONMENT yang akan mendorong untuk kita terus maju dan memberikan kekuatan untuk atasi segala DISTRACTION, insyaAllah.

‪#‎motivasikewangan‬ ‪#‎motivasidiri‬ ‪#‎iktibarkhatamquran‬ ‪#‎zerohutang‬ ‪#‎tipskewanganperibadi‬ ‪#‎seronoknyaramadhan‬ ‪#‎motivasibisnes‬

July 6 2016 at 7:08pm
1 Syawal 1437

[Kredit foto : i.ytimg]

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Alhamdulillah, saya dapat khatam 1 kali dalam Ramadhan sebelum tibanya Syawal pada tahun ni. Matlamat asal untuk khatam 2 kali tapi agak sukar sebab terpesong aktiviti dengan kerja lain..

  • MasyaAllah…tahniah En Zul!!
    Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman khatam Quran. Usaha yg boleh kita kaitkan juga dgn perihal kewangan.

    Ramai kwn hya berbual serius tentang kewangan bila da ‘sangkut’ byr bulan2 hutang kete baru, landed house dll yg dianggap aset masa depan sedangkan cashflow bulanan cukup2 jek…

    Kena ade azam untuk bebas kewangan yg kuat, plan yg realistik (kena cari tok guru juga) & environment baik (bg wanita; geng suka shopping @ berhutang bahaya!)

  • Subhanallah. begitu besar manfaat tersembunyi yang kita terlepas pandang. terima kasih kerana Master Dealer Mohd Zulkifli sudi berkongsikan manfaat tersirat disebalik yang tersurat.

    Tahniah Tuan Zul dan keluarga. I follow

  • Salam Tuan Zul,

    Lama tak buka blog..Alhamdullilah terima kasih atas perkongsian..rasanya belum habis lagi saya baca semua entry tuan..semoga tuan meneruskan perkongsian penulisan di blog..

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >