Semasa rakan saya dari Public Gold Singapore tunggu di lobi Pariss Hotel (JB) untuk bawa saya menyampaikan seminar di Singapore, dia cuba belek-belek akhbar yang diletakkan di lobi hotel. Lihat sahaja “headline” di semua muka depan akbar yang ada di situ, dia terkejut dan terus letak. Tak tahan katanya… Akhbar di Malaysia kebanyakkanya NEGATIF. Kalau baca, boleh rosak fikiran kita. Berita-berita kita penuh dengan cerita pergaduhan politik, jenayah, maksiat, pergolakkan rumah tangga dsb.
Katanya lagi, ia berbeza dengan akhbar di Singapore. Di sana, akhbar banyak cerita pasal bisnes dan bagaimana nak jadi lebih maju. Kalau ada laporan jenayah pun, ia disiarkan dengan cara menakut-nakutkan rakyat supaya takut buat jenayah, bukannya mencerita kes itu secara terperinci sehingga orang tak pandai pun jadi pandai macam mana nak buat jenayah.
Kesan Buruk Baca Akhbar
Jadi berdasarkan pengalaman beliau, maka memang betul tindakan saya. Saya sudah tinggalkan tabiat membaca akhbar sejak tahun 2009 lagi. Saya tak buka akhbar kecuali kalau muka saya masuk dalam akhbar tersebut! ☺
Apa yang kita baca, akan memberikan kesan langsung kepada cara kita berfikir. Bila fikiran sudah tertutup dengan perkara-perkara negatif, nak buat apa pun susah berjaya.
Jadi pesanan penting bagi sesiapa nak berjaya dalam bisnes (termasuk dalam kewangan ataupun kehidupan), iaitu jaga fikiran baik-baik. Ia beri kesan langsung kepada kemajuan bisnes kita.
Sedikit pengalaman saya, saya boleh agak kemajuan seseorang itu dalam bisnes hanya dengan memerhati cara seseorang itu berfikir. Apa perkataan yang keluar dari mulutnya, selalunya menggambarkan apa yang ada dalam fikirannya. Jika fikiran negatif, bua apa pun susah berjaya. Bila fikiran postif, jalan kejayaan itu jauh lebih mudah.
Cara Menjaga Mindset
Cara untuk jaga fikiran senang sahaja (secara teorinya), iaitu hentikan semua INPUT NEGATIF. Ya, semua… Jangan berikan peluang input-input negatif menceroboh masuk dalam fikiran kita. Input negatif itu adalah virus kepada fikiran kita. Sebaliknya, tambah INPUT POSITIF secara konsisten.
Berhenti baca akhbar, gantikan dengan buku-buku yang bermanfaat. Berhenti tonton TV (lebih-lebih lagi berita), kecuali rancangan-rancangan terpilih seperti kuliah atau slot motivasi dalam TV. Sila “Unfriend” atau “Hide” mana-mana “Friend” yang negatif; selalu merengek dan komplen sana sini di Facebook. Berhenti bergaul dengan mereka yang negatif, sebaliknya selalu bergaul dengan mereka yang positif dan mempunyai wawasan yang sama dengan kita.
Cabaran Antara Dua Telinga
Buat betul-betul tips ini, saya percaya, 5 tahun akan datang hidup kita semua jauh berbeza berbanding hari ini. Apa yang saya nasihatkan ni, bukan teori, tetapi apa yang saya dan semua orang berjaya amalkan sudah tahun bertahun lamanya… Jaga fikiran betul-betul. Cabaran sebenar untuk berjaya hanyalah di antara dua telinga… Jaga aset kita itu dengan baik. Bila ianya dapat diurus dengan baik, cabaran lain semuanya mudah… InsyaAllah…
Zulkifli
Damansara Damai
23 Ogos 2016
20 Dzulkaedah 1437H
[Kredit foto : eylean]
Saya lupa siapa yang berkata, tapi kata-katanya lebih kurang begini,
“Hati-hati dengan fikiran kerana ia mempengaruhi kata-kata. Hati-hati dengan kata-kata kerana ia mempengaruhi perbuatan. Hati-hati dengan perbuatan kerana ia berubah menjadi kebiasaan. Hati-hati dengan kebiasaan kerana ia mencorak karakter. Hati-hati dengan karakter kerana ia mempengaruhi masa depan”.sekadar berkongsi,rasanya seiring dgn artikal tuan.
Terima kasih En. Skyfun. Good sharing.
Kena jaga bahan bacaan supaya tidak mempengaruhi ‘subconscious mind’ mudah menerima semua jenis input. Kalau selalu menerima input negatif akan ditanam didalam minda.
Betul En. Azrin.
skyfun;;;
Macam versi bahasa malaysia quote dari Margaret Thatcher;;
Watch your thoughts..for they becomeh words
Watch your words…for they become actions
Watch your actions…for they become habits
Watch your habits…for they become your character
& watch your character…for they become your destiny.
What we think, we become