MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Cara Selesaikan Masalah Hutang Along

September 27, 2016

Seorang pembaca buku “Mudahnya Menjemput Rezeki” menelefon saya sambil menangis-nangis ceritakan masalah hutang dia dengan along dan diugut untuk dibunuh. Katanya dia ibu tunggal, ada seorang anak OKU (orang kelainan upaya) dan pendapatan pun kecil. Tekanan kewangan yang sedang dia hadapi itu menyebabkan dia rasa nak bunuh diri bersama anaknya yang OKU sekali.

Saya pesan kepada dia, bunuh diri tak menyelesaikan masalah. Masa hidup sudahlah susah, nanti mati lagi susah. Tuhan ceritakan dalam Al-Quran, ramai orang yang dah mati nak hidup semula (kalau diberi peluang) untuk beramal soleh. Jadi kita yang hidup ni, kena hargai waktu hidup.

Hidup Mulia Mati Mulia

Tak apa ada hutang keliling pinggang pun. Itu kesilapan yang lalu. Walaupun ada hutang yang banyak, tetapi kita berusaha keras untuk bebas dari hutang, hidup begitu lebih mulia. Kalau mati pun, mati dalam usaha begitu lebih mulia.

Dari awal percakapan dia menangis tak berhenti.

Saya bagi tahu dia, saya juga pernah menangis semasa dihimpit dengan tekanan kewangan satu waktu dahulu. Tetapi menangis itu tak menyelesaikan masalah sebenar. Lepas puas menangis, pergi keluar rumah dan carilah rezeki untuk membayar hutang-hutang tersebut.

Susah pun tak apa, sebab Nabi-nabi yang Tuhan sayang, semuanya diberi susah lebih daripada kita. Itu ujian dari Tuhan untuk tingkatkan darjat kita supaya jadi orang lebih baik dunia dan akhirat. Setiap cabaran yang datang akan menjadikan kita lebih kuat pada masa akan datang kalau kita hadapinya dengan betul dan sabar, insyaAllah. Maksudnya bersama cabaran itu Tuhan pakejkan bersamanya peluang yang besar.

Cara Selesaikan Hutang Along

Susah-susah dia pun, dia masih lagi ada tempat berteduh, masih ada makanan untuk hidup, masih sihat tubuh badan dan yang paling penting, dia ada seorang anak yang menyayangi dia. Yang susah hanyalah apa yang bermain dalam fikiran dan perasaan sahaja…

Jadi untuk menyelesaikan masalah tersebut, saya cadangkan dia terus hubungi PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) memandangkan dia telahpun membayar dalam jumlah lebih besar jumlah sebenar yang dia pinjam. Tanpa berlengah lagi, dia terus hubungi dan datang ke pejabat PPIM pada hari yang sama.

Syukur alhamdulillah, saya dimaklumkan kes beliau hampir selesai bilamana PPIM ambil alih kes tersebut. Beliau sudah nampak sinar harapan untuk memulakan hidup baru sekarang, alhamdulillah.

Hubungi PPIM Sebelum Terlambat

Bagi sahabat pembaca yang ada kenalan mempunyai masalah hutang dengan “Along”, tips pertama, jangan lari! Tips kedua, sila bawa kes tersebut kepada PPIM segera sebelum ada nyawa yang terkorban gara-gara beban hutang yang tak mampu lagi dibayar.

Unit Banteras Ceti Haram
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
70X, Jalan Keramat Hujung
Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur
013-3071 999 / 019-3458 444
03-4257 7222 / 03-4256 6618

Mudah-mudahan info ini dapat membantu, insyaAllah.

Zulkifli
Damansara Damai
27 September 2016
25 Zulhijjah 1437

[Kredit foto : zerohedge]

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Salam. En. Zul, artikel tersebut memberi pengajaran dan cara utk selesai masalah. Cuma sy ingin bertanya kenapa En. Zul sebut “pembaca buku mudahnya menjemput rezeki”.

  • Buku tu bagus.Apa yang pasti rezeki adalah dalam berbagai bentuk.Termasuklah paip air yang direka manusia.Tak perlu pergi sungai bawak cebok.Itu pun rezeki (seperti yang diceritakan buku tersebut).Apatah lagi anak yang baik dan soleh.Terlalu banyak nikmat yang tak terhitung.

  • Bagaimana jika bukan orang islam macam saya yang ada hutang dengan bank dan hutang sama peghirup wang yang ada lesen.bulan2 saya kena bayar rm1100 dari dulu sampai sekarang saya masih belum dapat selesaikan hutang saya itu kerana saya sudah tiada kerja lagi.saya benar2 tersepit oleh hutang sekarang boleh kah tlg bagi pendapat di mana saya dapat minta nasihat dan minta tolong agar saya dapat selesaikan semua hutang saya.

  • Assalamualaikum,
    mohon bantuan tersangat2. Sy sudah terjebak dengan Along. Akibat ini sy telah terperangkap dari beban hutang. tolong saya.

  • Assalamu alaikkum
    Saya haja maideen sy telah bayar hutang along dan settle semua pinjaman dari mereka.. Tapi mereka ugut sy mcm2 utk bayar lebih drpd pinjaman… Sy tanya meraka knp sy perlu bayar lebih mereka bagi alasan sy bayar lewat 1minggu.. Plz help sy bagi selesaikan mslh yg sy hadapi.. Mereka juga ugut sy nak kacau anak2 n isteri sy..

  • Kota kinabalu boleh tak mohon bantuan dan saya non Muslimm.. Saya berhutang dgn pinjaman wang berlesen di 2 tempat yg berjumlah keseluruhan 9500..??disebabkan gagal membuat pjmn dri bank kerana tidak mempunyai komitmen… Tolonglah.. saya bekerja di hotel dan mereka sudah mula dtg ke tmpt kerja dan rumah utk menagih..

  • assalamualaikum..saya puan zuriah dari pulau pinang amat tertekan sangat dgn hutang along yg dipijam oleh suami..tiap2 hari kena byar,miss sehari sahaja kena byar double,tk bayar pun tel,bayar pun tel suruh sambung..tlonglah bagi pendapat ye..

  • asalamualaikum. saya ada masala
    pertama . saya kena tipu oleh suplier saya. saya beli beg smpai 1k
    kedua saya kena tipu oleh kawan saya jugak saya oder kat dia dalam 10ribu .

    p tu duit customer saya hampir 11ribu saya kena bayar balik tapi tak mampu 🙁

    dua dua pihak ni langsung xnak bayar saya 1sen pun terus hilang mcm tu je agak agak mcm mana nak selesaikn masalah saya ye selain buat report.

    • Wslm puan,

      Puan boleh cuba buat report kepada Tribunal Pengguna, di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna. Bayaran cuma RM5 dan pihak tribunal akan heret peniaga tu.

      Macam mana cara nak buat report, puan boleh tanya Pakcik Google.

  • Salam… mcm saya ..saya ada buat pinjman berlesen… tapi skrg rasa mcm tak cukup nak bayar… bunga terlalu tinggi.. macam mana saya nak buat

  • assalmulaikum en zul.. saya ni memang dah terjebak ngan along sebab kene tanggung family.. abah x keje dah dua tahun. adik pn kejp keje kejap xkeje.. sy berhutang dengan dua along.
    along 1: RM25000 bulan 2700=RM 200 tolak pokok
    along 2: RM20000 bulan 2000+RM 800 tolak pokok

    gaji saya 5100..memang negatif setiap bulan. boleh saya mohon pertolongan PPIM untuk berunding dengan mereka.

  • saya amat tertekan…ugutan bunuh dh sampai ke rumah…kasihan kami..dah buntu…kdg2 rasa singkat fikiran…

  • Assalammualaikum.Saya seorang ibu tunggal dan mempunyai 4 anak yg masih bersekolah.Saya bercelaru dan runsing. Takut mereka akan mencari anak2 dan melibatkan keluarga saya.Saya sekarang betul2 tak mampu nak membayar kesemua hutang tersebut dengan perbelanjaan harian anak2.Dengan terpaksa pindah keluar rumah sewa disebabkan tidak mampu bayar kerana abis duit gaji bayar hutang saja.Saya sudah habis ikthiar dan tidak tahu hendak mencari mana lagi sumber untuk membayar kesemua pinjaman itu.
    1.Saya meminjam kerana untuk untuk cover perbelanjaan harian,sewa rumah yg tertunggak dan persediaan Hari Raya Puasa yg lepas .Sebelum ambil yg ini saya ada buat pinjaman tempat lain terpaksa ambil loan tmpat lain sebnyak RM2000 utk cover yg sebelumnya dapat tangan RM1200 bayaran akan dibuat setiap minggu saya terpaksa dan terdesak sangat memikirkan keperluan dan perbelanjaan anak2 .Ada baki RM1000 lagi sy kena bayar.

    2.Saya meminjam untuk selesaikn hutang lama. Pinjaman sebanyak RM4000 tempoh bayaran selama 12 bulan.Bayar hutang lama RM2500 dapat tangan RM1000,dapat seribu pun saya settle kan yg hutang yg ada dgn peminjam lain.
    3.Saya meminjam sebanyak RM2500 dapat tangan RM1300 lebih kurang terpaksa ambil untuk cover yg byr mingguan.Bayaran akan bermula pada 9/8/2017 saya dah tak tahu nak cari mana duit untuk bayar kerana saya bergaji bulanan.Saya berharap sangat pihak PPIM dapat membantu saya.Hanya ini jalan terakhir yg sy ada..

      • Assalamu’alaikum… En Zul sy shima dr batu caves ibu tggal ank 4..bermacam ujian Allab bagi pd sy hadapi…sebelum sy memilih untuk pinjam dengan ceti sy dah berusaha bermcm cara untuk selesaikn masalah kewangan sy untuk keluarga sy.sy berniaga gerai kecilan dan gerai sy di pecah pencuri sy hilang modal semua nk mula niaga usaha sy untuk cr modal mohon AIM belum dpt lagi..dah mcm cara last sy terpaksa memilih pinjam ceti byr harian dpt untuk byr sewa rumah dan buat modal sikit untuk sehari..tapi tetap terbeban..sy malu sy hanya wtsp sj pd no contact di ats yg en zul senaraikn…belum ade balasan

  • Sedih baca cerita tentang pinjaman ah long. 25 tahun dulu abg pernah pinjam ahlong. Konon2 wat kerja kontrak. Last2 tak dapat bayar dan ahlong datang ke rumah. Ayah marah dan sedih, dia jual sebahagian tanah utk membayar hutang abang dan minta anak2 tebus suatu hari nanti. Ayah selalu nasihatkan anak2 uruskan kewangan dan hidup seadanya.

  • Assalamu’alaikum… En Zul sy shima dr batu caves ibu tggal ank 4..bermacam ujian Allab bagi pd sy hadapi…sebelum sy memilih untuk pinjam dengan ceti sy dah berusaha bermcm cara untuk selesaikn masalah kewangan sy untuk keluarga sy.sy berniaga gerai kecilan dan gerai sy di pecah pencuri sy hilang modal semua nk mula niaga usaha sy untuk cr modal mohon AIM belum dpt lagi..dah mcm cara last sy terpaksa memilih pinjam ceti byr harian dpt untuk byr sewa rumah dan buat modal sikit untuk sehari..tapi tetap terbeban..sy malu sy hanya wtsp sj pd no contact di ats yg en zul senaraikn…belum ade balasan

  • Salam,saya sudah membayar hutang tapi pemberi hutang minta resit sebagai bukti,jika tiada resit maka hutang yg sy sudah bayar akan dikira tidak bayar, masalahnya sudah sudah 1 tahun lebih resitnya sudah hilang,jadi boleh bagi pendapat atau tips untuk menyelesaikan masalah ini.

  • Saya adamasalah dngan along .ada 3 along. Dulu berniaga kedai org ambik blik sekarang tak mampu nk byr..terpaksa pinjam kwn2…tapi takkan nk pinjam org je anak2 dah tak bleh nk tlong…diaorg pun gaji cukup mkn kesian anak2 bagaimna nk selesai masalah ni saya tertekan..

  • Assalamualaikum..
    Sy ade mslah dgn 3 Along sy pinjam sbb tpakse..sy baru bcerai dgn suami..bekas suami xbagi nafkah iddah ape lagi utk ank..sy tpakse pinjam Along sbb bpindah rumah n guna utk bli makan serta blnja dapur..sy baru mcari Keja sblm ni hanya mniaga kecil2an tp ditempat baru pniagaan sy krg memuaskan..mnybabkan tiada blnja n duit utk kegunaan harian..along2 tu dah mula ugut utk buang cat n ugut lebih lagi sy amat risaukan keselamatan anak2 sy..mohon sgt bantuan pihak ppim..bantulah sy sy buntu

  • Assalamualaikum saya ada masalah pinjaman wang berlesen tak mampu nak bayar oleh kerana saya baru bercerai dan baru berkerja semula saya amat memerlukan bantuan sangat sangat sekarang ni.. nak jual harta bende saya tak ada harta benda rumah pon sewa je saya amat berharap pihak ppim sudi membantu saya dulu saya pinjam rm1200 total kne bayar rm1920 sebulan rm320 tapi sekarang saya bru kerja so ada tunggak kn d saya tak mampu byr 2x je sempat bayar hutang selepas tu tak ad duit dah nk bayar.

  • Assalamualaikum, saya masalah dgn Pinjaman Along. Saya berkerja. Ada 4 org anak masih bersekolah. Gaji saya hbs byr bunga dengan Along. Kini bergantung dengan suami sebagai pemandu Lori. Dengan keadaan ekonomi yang tidak bagus nie. Menyebabkan sukar. Saya Cuba untuk membuat pinjaman dgn bank untuk membayar hutang Along tetapi tidak lulus. Sekarang saya buntu memikir kan bagaimana untuk membebaskan diri dari belenggu bebanan kehutangan ini.

  • askum…skrg sya dah x ada cara dah mcm mne nk selesai hutg ahlong…sya terdesak nk guna duit pda hari tu…dgn jln mudah sya pinjam dgn ahlong..1k..sya sudah sentle 1k tu???tp ttp kna byr juga 1k lg kna byr dia kata denda sbb lmbt byr.tlg la sya…saya anak ada 4 org..duduk xlm ketakutan…

  • Salam tuan saya tak pandai cakap panjang saya cerita sedikit masalah saya niaga jatuh utang banyak tak bolih bayar bantu saya tuan nak selasakan utang pening saya buntu nak selasakan tolong tuan. Selasaikan. Terima kasih

    • Wslm En. Sulaimsn,

      Saya syorkan baca buku tulisan Dato Dr Rusly Abdullah (Chef Li) bertajuk Petunjuk Jalan Kekayaan. Beliau pernah lalui pengalaman yang sama dan share pengalaman tersebut dalam buku tu. En. Sulaimsn cari dan baca buku tu.

  • saya mempunyai masalah keluarga yang sangat-sangat bermasalah. abang saya telah berhutang along sebanyak 30k dan ibu sya tdk boleh boleh buat pinjaman . abang saya telah lari ke Australia dan meninggalkan hutang2 d Sabah. saya masih belajar . dan saya bukan bukan beragama muslim. Ibu dan saya berada dalam kesusahan kerana along tersebut menagih hutangnya ke ibu saya.

  • Assalamualaikum , ayah saya juga dalam masalah yang sama , hutang along terlalu banyak smpai saya kesian tgok ayah ..

    • Sy juga berdepan dgn masalah yg sama. Terjebak dgn hutang along bila ank sy dpt masuk asrama penuh. Hutang yg dulunye 3k sj sudah bertambah ke 10k. Hidup penuh ketakutan . Nikmat hidup hilang serta merta. Rezeki yg Allah bg setiap hari berjaya byr bunga nga denda je. Hutang terus bertambah. Sy hilang nikmat makan, tido, bersama anak2. Sekarang ni bila gagal membyr bunga dan denda, sy risaukan keselamatan anak2. YaAllah tunjukkanlah jaĺanMu pada hambaMu yg berdosa ini . Kalau ada sesiapa yg boleh pinjamkan sy 10k utk langsaikan hutang along ni sy boleh membuat byran blik sebanyak 500 sbulan selama berapa tahun yg boleh kita janjikan. Sy betul2 terdesak. Tolonglah sy. Whatsapp 0103894399

  • assalamuailaikum.. sy ad masalah dengan along..sy dh selesai semua pinjaman saya lebih dari saya pinjam. bah kan saya terpaksa bayar penalti yang along tu minta. sekarang penalti saya sehingga 8k oleh sebab lewat bayaran. macam mana saya nak selesaikan masalah dengan along ni.

  • assalammualaikum.. saya dalam masalah.. saya ditipu oleh kawan.. sehingga terlibat dengan ahlong.. saya ingin berkahwin.. dan ada bayaran ansuran kederaan yg masih blom langsai.. dan ditambah beban dengan hutang ahlong..
    adakah pihak PPim bole bantu saya?? kalau ikut bulanan hutang saya tinggal 5 bulan.. saya sudah hampir tak mampu membayar hutang akibat kerja saya sekarang tak tetap..

  • Salam cik zul. Saya terjebak dengan 5 pinjaman berlesen 4 masih bayar 1 dah x mampu. Nak telefon ppim x de credit . Terus pergi bole ke cik?

  • Assalamualaikum,saya terjebak Pinjaman Wang berlesen tahun 2012 kerna Sara hidup yg tinggi,saya meminjam 1.5k,saya meminjam 3x Dan semua hutang dlm 5k mereka memangang kad bank,gj bersih saya masa itu dlm 700 lbh,saya telah membayar selama setahun lebih,Dan 2014 atas pengaruh kwn saya menyuruh block kad bank,saya,Hari ini pemungut hutang Dari saya meminjam yg dahulu selepas 3tahun lbh telah dtg ke rumah orang Tua saya dengan surat menagih hutang sebanyak rm31500,saya terkejut dengan jumlah itu,ketika itu saya X Ada Di Rumah saya Di Kota Kinabalu berkerja,saya betul2 perlu pertolongan.

  • Saya juga punyai masalah dgn Along… Saya sudah call PPIM tapi terpaksa berjumpa dgn PPIm di Kuala Lumpur saya pula di Terengganu…. Entah lah… Macam mana nak selesaikan masalah ini…

    • Salam en adam..boleh x en adam contact sy..sy pon menhdapi perkra yg sme dn sy tggal d trenggnu.. tlg sy klu en sudh jupa jln penyelesaiannya..tq.. 0133212903@0199487315

  • Salam tuan,baru2 ni saya ada buat pinjaman sebanyak 3500 dari pinjaman berlesen, masalahnya saya terlupa hendak meminta salinan surat perjanjian, lepas 2 hari saya pergi ke pejabat mereka, nak minta salinan@melihat pun mereka tidak benarkan, saya dh mula syak syarikat ni ALONG, saya risau masalah besar akan timbul kelak, buat pengetahuan tuan saya buat pinjaman dengan syarikat tu pada 20/10/2018, stat bayar 6/12/2018.saya takut ditipu sebab silap saya sendiri tidak baca dulu surat perjanjian tu,selang sehari baru terfikir sn bertanya pada diri sendiri ‘kenapa tidak baca dulu sebelum sign’ tolong saya tuan, bolehkah saya rujuk pada PPIM. Minta pendapat dari tuan..
    Dari johor.

  • Sy merupakan ibu pada 5 org anak juga terjebak dlm hutang along ni. Dari sorang sampai 6org dlm 3 bulan ni gara2 nk settle hutang. Tp hutang xsettke pun. Bunga je yg jelas. Setiap hari berlanjutan hingga sy dah xmampu nk byr bungapn. Dah xmampu nk berniaga sbb modal habis cam tu je. Hidup dlm tekanan, hilang semua nikmat hidup, makan, tidur bermesra dgn anak2. Ni baru 3 bln. Setiap hari ada je yg dtg menagih hutang. Sy buntu. Betul2 xtau nk buat cammaba. Sy harap ada pihak2 yg boleh tolong pinjamkan duit pada sy 10k utk sy langsaikan hutang ni. Sy mampu byr blik 500 setiap bulan selama 3 tahun ke.. entahlah. Buntu. Hidup betul2 tertekan

  • Assalamualaikum..sy ade berhutang dgn along dan dh byr melebihi jumlah yg dipinjam..apa yg perlu sy buat skrang ni kerana rasanya dh tak mampu nk byr lagi dah.

  • Assalamualaikum nama saya sri retno parwati minta bantuannya tolong selamatkan saya dan keluarga saya dari hutang 200 jt mohon dengan sangat bagaimanapun caranya saya akan membayarnya tolonglah di rek bca 1371336465 an sri retno parwati hp 0895422676210 alamat bandung indonesia sangat mengharapkan sekali bantuan nya tolonglah dari kesulitan kebingungan ini kepada dermawan yg baik hati . Tolonglah kami

  • assalamualaikum pa mohammad dzulkifli maafkan saya meminta bantuan nya untuk membayar hutang saya tolonglah saya dengan sangat

  • Salam tuan saya mempunyai masalah ceti tanpa lesen.ceritanya dianiaya oleh seorg perempuan yg bergelar dirinya rodiah @dhea.Dia menelefon saya meminta pertolongan memerlukn rm5000 pada keesokan harinya.Saya menghubungi sahabat terdekat dan mereka telah membantu saya utk dptkn pinjaman tersebut.Tetapi masalah disini pinjam rm5000 tapi diminta bayar rm8000 dalam masa 30hari,Saya menghubungi semula dhea dan dia bersetuju kerana difahamkn dia ada menjalankan satu projek yang bernilai ribuan ringgit.Dia mendesak saya utk bantunya kerana dia amat yakin dgn bisnesnya mampu membayar dalam masa sebulan.Setelah tamat sebulan ceti haram tersebut menghubungi saya utk ajak berjumpa dgn byaran rm8000,saya hubungi dhea semula malangnya dia mengatakan dia tidak daat duit hasil perniagaannya lagi dan meminta saya menangguhkn tetapi desakan itu diterima tetapi mereka meminta utk membayar rm800 sbg permulaan.Dhea memasukkn duit kedalam akaun ceti tersebut selepas sebulan mereka menelefon saya semula dan bertanya hal yg sama bila saya dapat menyelesaikn duit mereka.Saya lagi sekali menghubungi dhea dan meminta untuk menambah tempuh selama 6bulan dan berjanji akan selesaikn nya dalam masa yg ditetapkn.6 bulan pun berlalu pergi mereka menghubungi ajak berjumpa dgn saya sekali buat byaran tetapi lagi sekali gagal membayarnya mereka cuba mengugut saya kerana saya cakap bohong.Saya lg sekali menghubungi dhea malangnya dia wasap pada saya minta tempuh lagi.Ceti haram tersebut meminta saya membayar rm10000 utk kesemuanya.Saya tidak mempunyai wang utk membayar maka mereka menukar surat meminta saya membayar sebulan rm800 tp saya tidak mengendahkn nya.Mereka memaksa dgn menelefon jika tidak byar mereka akan cari saya dan rampas barang kepunyaan milik saya.Tetapi mereka tidak melakukannya.Saya cuba menghubungi dhea semula malang mereka marah saya semula .Skrg mereka meminta saya byar semuanya rm19k apa patut saya buat.Tq

  • Saya telah meminjam wang dari pemberi wang tidak berlesen sbyk rm 15000 dan bunga menjadi semakin tinggi.saya tak mampu nk byr.Dan saya telah bernekad tidak mahu membayar bermula bulan 12 tahun lepas.sampai sekarang pemberi pinjam tidak cari saya lagi….apa bila saya buat report…sekarang saya sudah bebas dr hutang along….tq
    Bagi nk selasaikan …buat report….terus da kes…settle hutang….

  • Saya ibu tunggal mempunyai dua org anak yg masih bersekolah. Saya tlh terjebak dengan along meminjam duit kerna kesempitan wang. Kini along memburu saya sebab saya sdh tidak dpt membayar mereka. Interestnya terlalu tinggi. Saya tlh menghubungi ppim namun mereka tidak dpt membantu. Saya berada di kuching sarawak sedangkan pejabat ppim di kuala lumpur. Mereka nak saya buat aduan terus ke pejabat di kuala lumpur dimana saya tidak dpt pergi sana. Saya dlm ketakutan sekarang. Apa perlu saya buat tuan

  • Assalam
    Sy yam dri sabah.trjbak pnjm ahlong sbb ksempitan wang..prtma dia kol bncng psl pnjman..prmulaan pnjamn dia bg 300 byr 70×10 stiap 5 hari..tpna fkir pnjang..sy stuju sbb ingat kn 300 tma..dia x bgtw tngang fee prosesing lg..bila dia cht duit sda msuk..sy trkjut 180 sja..sy cht blik tnya knpa 180 jk..first dia ckp skjp dia tnya ofis..x lma kmudian dia cht ptong fee prosesing lg..sy nak cancel tp x ble dia pjuk sy tuk tma sja..sy pn trpksa..lps tu dia hntr jdual pmbayarn tiap 5 hari..rpnya x smpai 5 hri..4hri sja..
    Sy sda byr sbnyk 5 kli..pstu sya trhnti mmbyr..dia cas x msuk akal skrg dia cas 5680 sda..siap ugut sy mw dtg uma..mw org india dtg uma kmu ambil kah dia ckp..
    Mslh skrg sy ada kol ppim..kna hdr k pjbat mrka..bwt tmujanji..mslh sy d sabah..ble kah sy wkil kn ahli kluarga sy d sna

  • Asalam…sya dh settel utang along tpi dia ugut suh bayar lgi 4k…sbb sya tk berurusan dgn dorg lagi…sya dh settel smua bayaran…dia berang sbb ckp sya ugut dia…..hutang 500 je..tpi kena byar 2k…sya dh settel smua 2k….tolong bgi pendapat….

  • Assalamualaikum..saya terbeban dgn hutang along..hingga tkmmpu dah..qasa down dah nk hidup..allahu..saya penjaja tepi jln..tk boley loan bank tk lyk..sebb saya hnya penjaja..untuk mengambil mudah saya pinjm along..namun saya dah tkmmpu nk byar..bunga sangt tinggi..allahu..

  • sesiapa yang mempunyai masalah dengan pinjaman wang berlesen dan ahlong boleh rujuk ke kpkt kementerian perumahan atau terus pergi ke pej kementerian tersebut.buat aduan beramai2

  • Tolong saya ..saya tak tau nk minta bantuan siapa sekarang.. Ahlong sedang cari saya 0133617360
    Cntct PPIM.. Last 1PM hari ni? Tolong sesape boleh tlong call atau ws sy pls

  • Saya telah berhutang dengan along sebanyak rm300 saja.. Disebabkan telah diberhentikan kerja terhimpit dgn mslh jwngan.. Setiap 10 hari saya perlu membayar rm150 sebanyak 5 kali pembayaran.. Ats mslh perkerjaan yg tdk menentu saya tlh trkandas utk bt oembayaran utk berapa hari..atas kelambatan tu.. Saya di cas bunga sebanyak rm100 satu hari.. Kadar bunga yg amat2 mengejutkan tampa kompromi.. Bebarapa hari yg saya lambat di campur dgn pokok kini saya perlu membayar hampir rm700..terus terang itu amat membebankan saya.. Skrg sya di kejar2 dan diugut akan hantar org dtg kerumah.. Apa perlu saya buat.. Di johor ada kah cawangan ppim utk buat pengaduan..

  • Ada tak orang nak tolong saya😭, saya ade hutang syrkt pinjaman wang berlesen dalam 6k lg balance, bulanan yg skrg saya rm950 trmasuk bunga😭, rasa tertekan sgt nak byr. Saya dah tak bkerja. Menyesal buat pinjaman tu.

  • Sy tak terima duit dari ah long lgi.sy nk pinjam 5000 tpi mula2 dy suruh sy bank in 300 dulu.sy pun bank in 300.lps sy bank in al long cakap tggu pagi esok dlm proses.lps pagi tgk wsp dy suruh sy bank lgi 5000 untuk buka akaun pinjaman.sy pun terus bank in skali lgi 500,selepas sy bank in 500 kaki je dua.al long suruh sy tggu dlm masa 20 minit.selepas 20 minit al long wsp cakap x cukup kgi egerimen x sapai tagit.al kong suruh sy bank in 520.kata nya skan lulus msuk dlm akaun bank sy.jdi sy takut nk bank in kali ke tiga,sb sy napak mcm dia ore nk tpu sy..sekarang nie sy nk duit sy blik 800 tuan.al long cakap dy x boleh bagi.tolong lh sy tuan,klu bly sy nk al long bagi blik duit sy.

  • Aslmuakum…sya da msalah utang dgan along lebih kurang rm2000 di sebabkan sya dapat nk membyar utang sya skrang makin bertambah. Sya tkut kalau sya membiarkn kelamaan untang sya akan bertambah. Sya tak tahu dah jalan mna yg sya nk selesakn msalah ni. Sya berhrap sgat da mna2 pihak yg dpat membantu sya untuk selesakn masalah ni..

  • salam cik sy ada mslah ng along sy dh tak mampu byr sy byk lg kn byr ..ada ke blh tlong sy ..dia kcau2 fmly sy ..sy tkt

  • Assalamualaikum. Sebelum saya exciden tahun 2014 saya ada buat pinjaman dari lesen pinjaman wang berlesen. Sejak itu saya tidak boleh berkerja akibat kecacatan kekal dari kemalangan itu. Baru baru dia pihak pinjaman wang berlesen ada wasap saya tuntut hutang. Macamana saya nak selesaikan sedangkan saya tidak bekerja.

  • Saya penuh dengan masalah Hutang ahlong. Sekarang Kiri kanan Cari Saya. Dulu sebelum bankcrup Ramai kawan Sekarang dah keadaan mcm ni kawan semua tak ada terpaksa Hutang ahlong.saya sudah tak ada jln keluar dari rasa mau bunuh diri. Bila tengok anak tidur kesian. Saya sudah buntu. Ahlong Hari Hari mengangggu saya dgn ugutan mcm mcm. Sekarang terfikir nak buat report saja. Boleh bagi pandangan. Terima kasih

  • Saya nak minta pendapat. Saya bukan orang senang yang berduit. tapi terikat dengan hutang along. Smpai skrg duit gaji tak cukup. hari² interes naik 30%

  • Selamat malam tuan/puan..saya ada masalah hal viral dengan ahlong..sedangkan saya suruh dia BG masa tp still jgk nk viral gambar saya .tolong bantu saya menyelesaikan masalah ini

  • Saya dr sarawak ada hutang di money lander suda 9 thn hutang tak pandai selesai..bagaimana saya nak selesaikan hutang itu

  • Saya Sylvester saya dari sabah ingin menyelesaikan masalah hutang dengan ah long harap tuan dapat me bantu.

  • Semoga yang meminjam Ahlong diberi kecekalan hati yang kuat dalam menjalani ujian hidup. Ini lah Malaysia, masih belum merdeka dengan Ahlong. Lemmah.

    PPIM memang tak membantu.
    Pernah sahabat saya minta bantuan dan dia perlu membayar sejumlah wang kepada PPIM sedangkan sahabat saya tiada wang masa tu. End up, alhamdulillah ada kawan kawan yang membantu dan dia terkeluar dengan masalah Along.

    Come to worst, buat lah laporan polis di balai yang besar seperti Bukit Aman untuk backup diri.

    Update dan viralkan diri di Socmed ( FB, Tiktok, IG) untuk selamat sebab zaman sekarang ni hanya Viral saja Kerajaan Malaysia akan lakukan sesuatu.
    Cubalah nasib minta pertolongan dari Caprice (ig: capricedaddycap) kerana dia adalah icon pembantu rakyat.

    Minta bantuan Pihak TV3 di Bandar Utama,PJ. Demi keselamatan diri, keluarga, anak anak. Tebalkan sajalah muka untuk meneruskan hidup.

    Semoga kalian semua terselamat. Amin

  • PPIM blh tolong tapi kena sedia kan jumlah duit yg kita hutang.. kl xde duit tak yah g ppim lah, buat keciwa je.. sembang je nk tolong.. so sapa yg belum pinjam ahlong jgn la ada niat nk try pon.. sbb kl ko tersepit.. mmg xde dh org boleh tolong ko.. cara 1 je.. berdoa je la byk2 supaya Allah je yg dpt tolong ko.. ahlong ni interest dia ko pinjam 1000 je tp boleh jd smp 10000..

  • Salam tuan..saya ada buat pinjaman sama Along 7 k
    Tapi yg saya dapat cuma 5 k saja
    Tapi sekarang saya bayar semua sekali dah dekat 13k dah ..lepas tuu saya dah tak ada duit nak bayar..mereka terus call saya tanya mau lagi wang..apa yg harus saya lakukan..sekian terima kasih.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >