MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Pencen Bukan Soal Umur, Tetapi Kedudukan Kewangan

December 23, 2016

[Kemaskini September 2023]

Ramai yang meletakkan cita-cita, bila umur dah pencen nanti, dia dah tak perlu bekerja. Dia ada pendapatan tetap setiap bulan tanpa perlu lagi bekerja. Bila dah sampai umur pencen, dia dapat menikmati hidup yang bebas!

Realitinya tidak. Majoritinya tidak...

Anggapan tu cuma separuh betul bagi kakitangan kerajaan - yang ambil skim pencen. Dalam banyak kes terutamanya yang cuma harapkan duit KWSP, ianya sekadar angan-angan yang tak kesampaian...

Majoriti jatuh miskin bila pencen

Cuba bayangkan... Hari ini kita dapat hidup dengan selesa sebab kita ada kerja, ada gaji setiap bulan. Macam mana bila sampai umur pencen dan tak bekerja satu hari nanti. Mana nak cekau duit untuk hidup selesa?

Bagi yang pencen kerajaan, income tinggal 50% daripada gaji terakhir. Cuba bayangkan macam mana nak hidup bulan depan kalau tiba-tiba gaji kena potong 50%?!

Bagi yang cuma harapkan KWSP, agak-agak duit yang ada tu cukup tak untuk bertahan selama 15 - 20 tahun? 

Sedangkan kajian menunjukkan, duit KWSP habis tak sampai 3 tahun! Dan statistik KWSP menunjukkan 71% pencarum tak ada duit yang cukup untuk hidup di bawah paras kemiskinan sekalipun!

Jadi bagaimana kehidupan kita bila pencen nanti, ia bergantung apa yang kita rancang dan usahakan hari ini. Kalau tak merancang, sebenarnya kita sedang merancang untuk gagal - hidup miskin di usia tua!

Kawal kos sara hidup dari sekarang

Formula nak pencen ni sebenarnya mudah; kita kena ada harta yang cukup, yang boleh jana pendapatan pasif yang cukup, untuk cover kos sara hidup kita sekeluarga.

PERTAMA kos sara hidup.

Bagi siapa yang kos sara hidup tinggi, dia perlukan pendapatan pasif lebih besar, dan harta lebih banyak kalau nak pencen.

Kalau nak pencen lebih awal, pastikan control kos sara hidup dan kos gaya hidup dari sekarang. Lagi kecil kos sara hidup, lagi cepatlah kita boleh pencen.

Sumber pendapatan pasif

KEDUA, pendapatan pasif. Bagi siapa yang kos sara hidup cuma RM4,500, pendapatan pasif RM5,000 sebulan dah cukup untuk dia pencen. 

Apa sumber pendapatan pasif?

Antaranya, dividen Tabung Haji atau ASB, hasil sewaan daripada hartanah (rumah sewa), dan royalti penulis buku. Ini kebayakan orang tahu. Sumber lain, termasuklah;

  • Dividen dari saham amanah (unit trust), atau saham.
  • Royalti pencipta lagu, penyanyi, pereka cipta, harta intelek
  • Income dari bisnes bersistem, termasuk francais, network marketing macam Amway
  • Royalti seumur hidup dari sistem referral consumerchant, Public Gold dan PGMall.

Kalau dapat income RM5,000 dari semua sumber di atas, kita dah boleh pencen walaupun belum sampai umur pencen.

Memiliki harta yang cukup

KETIGA (dan terakhir), berapa jumlah harta yang kena ada untuk dapat pendapatan pasif RM5,000 sebulan?

Mudah sahaja kiraan dia. RM5,000 sebulan = RM60,000 setahun. Di Malaysia, rata-rata keuntungan daripada pelaburan sekitar 5% setahun - tengok ASB dan Tabung Haji.

Kalau dividen 5% setahun, kita kena ada RM1.2 juta, barulah boleh dapat RM60,000 setahun = RM5,000 sebulan.

Kumpul harta sampai RM1.2 juta, dan pastikan harta itu dapat jana pendapatan. Bukannya simpan dalam bentuk emas, ataupun tanah yang tak mendatangkan hasil.

Bila kita tahu kiraan ni, sebenarnya pencen bukan soal umur, tapi soal kedudukan kewangan. Bila harta bersih (net worth) dah capai RM1.2 juta, maka kita sudah boleh pencen. Tak perlu tunggu umur 50-an atau 60-an.

Pencen bukan tentang umur

Sebaliknya, kalau umur dah cecah 60 tahun sekalipun, tapi jumlah kekayaan masih belum capai RM1.2 juta (apatah lagi masih ada hutang yang banyak), dia belum boleh pencen...

Dia kena terus bekerja walaupun usianya dah cecah umur 60 tahun!

Bagi yang umur masih 20-an, letaklah target pencen pada umur 30-an. Bagi yang 30-an, letaklah target pencen umur 40-an. Target pencen di usia muda jauh lebih baik.

Masa umur muda inilah waktu terbaik kita nikmati kehidupan. Ada duit, ada masa, dan yang penting, kita masih ada tenaga...

Kalau umur tua baru nak pencen, itu dah terlambat... Kalau ada duit banyak sekalipun, tapi badan mungkin dah tak larat. Duit banyak, tapi tak mampu bergerak. Duit banyak, tapi hanya mampu makan ubat!

Checklist untuk pencen usia muda

Ubahlah impian untuk pencen di usia muda dari sekarang. Fokus betul-betul bina kekayaan, dan nikmatilah kehidupan seawal usia...

Ini antara perkara yang setiap kita patut buat dari sekarang kalau nak pencen usia muda;

  1. Sentiasa tambah ilmu tentang kewangan - banyak baca buku.
  2. Pastikan menabung setiap bulan secara KONSISTEN - minimum 10% daripada pendapatan. Bila pendapatan meningkat, tingkatkan jumlah tabungan dari semasa ke semasa, sampai 30%, bahkan 50% daripada pendapatan.
  3. Kawal kos sara hidup dan kos gaya hidup dari sekarang. Sentiasa hidup di bawah kemampuan. Biarlah tak nampak bergaya, asalkan poket kita kaya.
  4. Berpada-padalah dalam berhutang. Jangan sesekali berhutang, melainkan pada perkara yang benar-benar keperluan sahaja. Jangan ambil mudah dengan hutang.
  5. Sentiasa berusaha tingkatkan pendapatan. Tambah ilmu, dan sentiasa tingkatkan skill dalam kerjaya sedia ada. Supaya kita dapat 'deliver' lebih baik, dan orang sanggup bayar gaji lebih mahal.
  6. Pelbagaikan sumber pendapatan. Jangan cuma bergantung pada satu pendapatan sahaja. Tukar masa yang ada untuk explore peluang-peluang bisnes. Bisnes adalah booster kekakayan kita.
  7. Belajar kembangkan kekayaan dalam hartanah. Itu peluang tingkatkan kekayaan guna duit orang lain - duit bank. Dan gerakkan aset-aset yang ada untuk jana pendapatan.
  8. Join circle yang betul. Dengan siapa kita berkawan rapat, itulah akan mencorakkan masa depan kita.

Selagi belum capai financial freedom ("tak kerja pun ada duit"), dan selagi kewangan kita masih di tahap "kais sebulan makan sebulan", itu bukan waktunya hidup bermewah-mewah.

Hiduplah dengan apa adanya dulu. Biarlah tak nampak bergaya, yang penting ‘poket’ kita kaya

Suatu hari nanti ketika orang lain masih terkial-kial, kita sudahpun hidup bebas! InsyaAllah.

Zulkifli
Damansara Damai
23 Disember 2016
24 Rabiul Awwal 1438H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • RM1.2 juta…Masya Allah….semoga menjadi kenyataan buat saya dan pembaca semua… menjadi inspirasi untuk saya untuk ada ‘Net Worth’ sebegitu…

    Tkasih Tn Zul

  • Saya setuju dengan artikel ini. Pencen boleh pada bila-bila masa apabila kita dah mencapai financial freedom. Tapi masih ramai yang hanya berangan nak financial freedom tetapi tidak bergerak dan berusaha ke arahnya..

    Harap artikel ini dapat membuka mata semua orang diluar sane 🙂

  • Assalammualaikum…

    mselim3 setuju dengan pandangan nie… pencen bukan soal umur.. Insaallah kalau mselim3 dah cukup freedom financial rasa nyer macam nak bersara awal. Kan seronok dalam pencen pada usia muda 30 an …
    Masa yang lebih boleh dilaburkan untuk akhirat… yang pastinya berbaloi.. Insaallah sesama berusaha.

    mselim3

  • Salam En.Zul,

    Sy dalam pertimbangan utk membeli samada LBMA Gold Bar 50gm atau LBMA 10 Dinar.

    Both products punya nilai spread yg sama 7.5% (Starting 1st Jan 2017).
    Nilai Per Gram utk Gold Bar 50gm – RM177.18 (as of 2 Jan 17 @ 4.50pm)
    Nilai Per Gram utk 10 Dinar – RM178.4 (as of 2 Jan 17 @ 4.50pm)

    Untuk Tujuan Simpanan, pada sy boleh beli salah satu sbb harga tak jauh beza cuma selisih dalam rm1.22 per gram shj.

    Tapi sekiranya sy ada rancangan utk memajak emas sy pada masa hadapan (sekiranya perlu) utk tambah modal bisnes or any contigency..product mana yg lebih bagus utk di letakkan di ar-rahnu sebagai pajakan.

    Thank you in advance Tn.Zul

  • assalamualikum en.zulkifli
    hutang kereta saya 2 buah dan hutang peribadi akan habis pada tahun yang sama tetapi pada bulan yang berbeza.
    Adakah berbaloi saya membuat pinjaman baru dari pihak bank untuk menjana pendapatan baru seperti bina rumah sewa ataupun membuat pinjaman untuk memiliki aset tanah ataupun emas..Ataupun gunakan sahaja duit yang ada selepas selesai hutang itu untuk simpanan tetap dengan menambah simpanan emas secara bulanan tanpa membuat sebarang pinjaman.Mohon padangan dari en.zulkifli

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >