MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Azam Sahaja Tak Cukup Untuk Berjaya

January 3, 2017

Masuk tahun baru, ramai yang meletakkan azam untuk berjaya. Meletakkan azam untuk berjaya itu penting, tetapi azam sahaja tak cukup. Kena letak “komitmen” barulah boleh berjaya.

Pengalaman saya 2016, saya meletakkan azam untuk tulis buku tentang emas pertama saya. Maka saya letak target nak siapkan buku itu pada  Jun 2016. Saya siap tampal matlamat itu di home office dan bilik air saya supaya sentiasa ingat matlamat itu.

Bulan berganti bulan, sehinggalah bulan September 2016, matlamat hanya tinggal matlamat. Satu muka surat pun saya belum tulis!

Komitmen Kepada Mentor

Akhir sekali ketika di satu program di Kuching pada 1 Oktober 2016, guru emas saya En Syukor Hashim suruh saya buat komitmen; kalau tak siap tulis buku “Wang Emas” pada 1 Januari 2017, saya kena bayar beliau RM1,000. Itu komitmen! Saya setuju…

Bila dah janji dengan mentor, saya terus contact Galeri Ilmu (penerbit) dan berjanji nak serahkan manuskrip buku terbaru itu pada 1 Disember 2016 dan saya difahamkan mereka terus masukkan dalam senarai buku yang bakal diterbitkan untuk Pesta Buku Antarabangsa 2017.

Sebab ada komitmen, En Syukor selalu tanya progress buku saya, dan penerbit pun selalu follow up supaya manuskrip itu boleh disiapkan sebagaimana dijadualkan…

Akhirnya manuskrip itu siap pada minggu pertama Disember 2016 walaupun masa itu saya tengah sibuk. Walaupun manuskrip itu lewat seminggu dari tarikh yang saya janjikan kepada penerbit, tetapi ia siap sebelum tarikh akhir yang saya janjikan kepada mentor saya i.e. 1 Januari 2017. Alhamdulillah

Komitmen Memaksa Kita Berjaya

Bila kita dah buat komitmen, sesibuk manapun, tetap saya perlu siapkan juga. Pergi ke mana-mana, saya mesti bawa laptop. Walaupun saya agak banyak travel untuk seminar-seminar emas Public Gold, saya sentiasa mencari ruang untuk menulis, tak kira sambil menunggu flight di airport, atas flight, atas teksi UBER atau di mana-mana sahaja sebab sudah ada deadline.

Sembilan (9) bulan masa saya terbuang tanpa menulis walaupun satu muka surat buku itu atas alasan sibuk, tetapi bila letakkan komitmen, saya boleh siapkan dalam tempoh dua (2) bulan sahaja! Alhamdulillah.

Dari pengalaman itu, memang benarlah; nak capai sesuatu matlamat, tak cukup dengan meletakkan AZAM, tetapi kita perlukan KOMITMEN. Komitmen itulah akan memaksa kita untuk berjaya, insyaAllah…

Zulkifli
Damansara Damai
3 Januari 2017
5 Rabiul Awwal 1438H

[Kredit foto : veriusgroup]

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • selalu log in blog tuan. byk info emas yg saya dapat dan rasa minat nk beli emas mulai ada w/pun dulu x pernah ambik kisah langsung pasal emas.

  • ‘Azam’ usahanya cuma bergerak di dlm hati .
    ‘komitment’ usahanya bergerak diseluruh jiwa dan fizikal.
    dan keduanya hasilnya berbeza…

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >