MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Public Gold Syarikat Emas Pertama Disahkan Patuh Syariah

February 10, 2017

8 Februari 2017 (Rabu) lepas, saya berpeluang hadir ke majlis Shariah Certification Press Conference yang diadakan di HQ Public Gold yang terletak di Bayan Lepas, Penang. Hampir setahun selepas pertemuan pertama antara Amanie Advisors Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar dengan Public Gold, maka pada 8 Februari lepas diadakan majlis meraikan kejayaan Public Gold mendapat sijil patuh syariah.

Dalam ucapan Datuk Dr. Mohd Daud, barulah saya tahu, rupa-rupanya Public Gold adalah syarikat emas pertama yang mendapat sijil patuh syariah ini di Malaysia. Dan ketika saya menulis artikel ini, Public Gold adalah satu-satunya syarikat emas di Malaysia yang telahpun disahkan patuh shariah. 

Datuk Dr. Mohd Daud Bakar juga adalah Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah Bank Negara Malaysia. Beliau adalah tokoh kewangan Islam yang ternama di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.

Sejarah Baru Pelaburan Emas di Malaysia

Sekarang, pembeli emas muslim dah boleh berurusniaga dengan Public Gold tanpa was-was lagi, insyaAllah.

Penjelasan peribadi oleh Datuk Dr Mohd Daud Bakar tentang kronologi proses pengesahan syariah Public Gold dan perkembangan standard syariah dalam jual beli emas dunia yang diterajui oleh World Gold Council (WGC) sendiri.

Proses Pengesahan Berterusan

Cuma apa yang perlu kita tahu, pengesahan syariah ini bukan bersifat one-off. Masih ada lagi produk Public Gold yang masih dalam proses pengesahan syariah, antaranya akaun emas Gold Accumulation Program (GAP), PG Mall, dan Gold Payment System (GPS). Pihak Public Gold akan buat pengumuman dari semasa ke semasa perkembangan “certification” ini.

Dengan pengesahan ini juga, pihak Amanie Advisors akan membuat audit berkala terhadap Public Gold untuk memastikan urusniaga yang dijalankan adalah mengikut syariah.

Dengan perkembangan ini juga, mudah-mudahan Public Gold  menjadi model yang boleh dicontohi oleh syarikat-syarikat emas lain tertutamanya di Malaysia. Ini adalah sejarah baru bagi industri pelaburan emas di Malaysia, alhamdulillah.

Sekarang, semua orang boleh beli emas tanpa was-was, insyaAllah.

Zulkifli
Damansara Damai
10 Februari 2017
14 Jamadil Awwal 1438H

Saya dan Ustaz Khairul Anuar (dealer Public Gold aktif) ketika kami bincang draft pertama proposal bagi mendapatkan sijil patuh syariah untuk Public Gold. Meeting di kedai Mamak pada 7 November 2014. Lepas tu kami fly ke Penang, bentangkan proposal kami kepada Founder Public Gold.

Tengah tunggu flight pulang dari Penang - Subang. Ketika kami baru sahaja lepas present proposal projek syariah PG kepada Dato Wira Louis Ng (Founder PG) pada 8 November 2014.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Alhamdulillah ..

    Tahniah PG ! semoga bisnes lebih berkembang maju apabila keyakinan masyarakat semakin tinggi kepada PG!

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >