Dulu bila mentor saya pesan, “kalau nak berjaya kena stop tengok TV, stop baca news paper, sebaliknya kena banyak baca buku”, saya rasa cadangan tu agak membosankan.
Adakah perlu hidup bosan untuk berjaya?
Walaupun rasa bosan pada permulaannya, tapi saya dengar sahaja cakap mentor sebab saya percaya, kalau nak berjaya, kena pakai otak orang yang dah berjaya.
‘Otak’ kita tak boleh pakai...
Pakai Otak Orang Berjaya
Kalau betul-betul ‘otak’ kita boleh pakai, kita sekurang-kurangnya sudah berada di tahap hampir dengan mentor kita sendiri...
Tapi bila dah lama tak tengok TV, akhir sekali saya langsung hilang minat tengok TV.
Rupa-rupanya rasa “bosan” itu datangnya daripada apa yang kita biasakan.
Dulu tengok TV itulah menyeronokkan, tetapi sekarang berbeza. Kalau orang pasang TV (lebih-lebih lagi drama Melayu), saya rasa itu satu gangguan mental bagi saya...
Bertukar Keseronokkan Baharu
Sebaliknya berbeza kalau masuk kedai buku; saya rasa excited untuk cari dan baca buku-buku baru. Duit pasti ‘bocor’ kalau masuk kedai buku.
“Membaca” buku sudah jadi HABIT saya yang tak dapat ditinggalkan lagi, alhamdulillah.
Ketika dalam flight hampir 14 jam pergi dan 14 jam balik dari trip melancong bersama Public Gold ke Spain bulan April lepas, hampir sebahagian besar waktu saya dimanfaatkan untuk membaca...
Walaupun dalam flight Emirates tu ada bermacam-macam movie menarik dan yang terbaru, tapi keinginan saya untuk tengok movie-movie hampir tak ada...
Biasakan Yang Betul
Dari sedikit pengalaman saya ni, barulah saya faham; kita kena biasa buat perkara yang betul, dan buat perkara yang betul itu sampai jadi KEBIASAAN hingga akhir sekali ia membentuk “success habit” dalam diri kita.
SUCCESS HABIT itulah sebenarnya yang merubah diri kita menjadikan kita orang berjaya pada masa akan datang, insyaAllah.
Saya sudah tinggalkan tabiat menonton TV dan news paper sejak 2009 dan gantinya dengan membaca buku...
Alhamdulillah, saya rasa hidup jadi lebih baik dari tahun ke tahun.
Terbaik tuan zul, thanks for da sharing.
Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
Elok block perkara-perkara negatif masuk supaya sentiasa positif.
Betul.
kebiasaan yg betul adalah malas
Salam.. saps tak truja kan… terima kasih tuan zulkifli atas perkongsian..saya sentiasa follow post2 tuan dan semuanya amat bermanfaat
Wslm.
Alhamdulillah. Terima kasih berziarah ke blog ini. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
Selain Tv sekarang ni ada satu lagi benda merepek yang orang kita baca. Fake news dan cerita2 dari whatsapp grup.
Betul.