MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Ar-Rahnu Terbaik Pajak Emas Public Gold

June 13, 2017

[Kemaskini 3 Ogos 2018] Emas adalah “duit tunai” juga, tetapi dalam bentuk yang lebih kukuh nilainya. Bila nak pakai duit, kita boleh jual emas tu untuk dapat duit on the spot atau gadai sahaja di mana-mana ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman tunai segera. Bila dah ada duit nanti, kita boleh tebus balik emas dari ar-rahnu. Emas tu masih lagi milik kita. Kalau harga emas naik, kita masih menikmati keuntungan atas kenaikan harga emas tu.

Hari ini, emas pelaburan yang paling banyak dijual beli dan disimpan oleh pelabur runcit di Malaysia ialah emas jenama Public Gold. Ini disebabkan reputasinya hari ini sangat kukuh sehingga pakar kewangan berpengalaman iaitu Tuan Azizi Ali sendiri pun syorkan beli emas Public Gold. Beliau pesan kepada seorang anak murid beliau bernama Tuan Sabri Yaacob yang juga dealer Public Gold di bawah bimbingan saya katanya “no other gold company give good deal as Public Gold in Malaysia”.

Ar-Rahnu Mesra Emas Public Gold

Apa yang saya perhati, penyimpan emas jenama Public Gold mempunyai banyak kelebihan berbanding mereka yang simpan emas jenama lain di Malaysia. Reputasinya yang kukuh hinggakan sekarang ini, 4 institusi ar-rahnu yang terima emas tanpa perlu buka sarung plastik (yang bermaksud tanpa perlu uji ketulenan)!

Gold bar 5 gram Public Gold. Semua dinar dan gold bar Public Gold versi LBMA untuk item 100 gram ke bawah, semuanya berseal begini. Maksudnya kalau nak keluarkan emasnya, kena potong sarung plastik tu dulu. Foto-foto emas Public Gold boleh lihat DI SINI.

Ar-rahnu yang menerima gadaian emas Public Gold tanpa perlu buka sarung plastik seal buat masa ini ialah:

Bermula dengan Pos Ar-Rahnu yang terima emas Public Gold tanpa perlu test ketulenan, hari ini sudah 6 ar-rahnu yang mesra emas Public Gold. Saya percaya, senarai ini akan bertambah pada masa akan datang disebabkan reputasi emas Public Gold yang semakin kukuh dan persaingan antara ar-rahnu untuk dapatkan bisnes. Bayangkan, betapa ruginya ar-rahnu lain dari sudut peluang bisnes disebabkan kebanyakkan penyimpan emas di Malaysia lebih suka simpan emas jenama Public Gold.

Kalau ada pilihan, semestinya pemilik emas Public Gold akan pajak emas di ar-rahnu yang terima tanpa perlu buka sarung plastik seal.

Gold bar 100 gram Public Gold keluarkan dalam dua versi iaitu casted bar (kiri) dan minted bar (kanan). Ketulenan sama, harga pun sama. Cuma yang casted bar (tiada sarung plastik) lebih mudah untuk tujuan gadaian.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=vYfqmAxVUUA&width=500&height=281[/embedyt]

Cara dan tip pajak emas di ar-rahnu.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=g5owBeknwDo&width=500&height=281[/embedyt]

Pengalaman saya pajak emas di Pos Ar-Rahnu Dengkil, Selangor.

Ar-Rahnu Meletakkan Syarat Buka Seal

Disamping 4 ar-rahnu tersebut, banyak lagi ar-rahnu yang terima gadaian emas Public Gold, tetapi mereka meletakkan syarat untuk membuka sarung plastik seal untuk test ketulenan, antaranya:

Bagi saya, kalau gadai emas Public Gold di ar-rahnu yang kena buka seal pun jauh lebih baik berbanding beli barang kemas semata-masa untuk memudahkan gadaian. Barang kemas spreadnya 25%, sedangkan Public Gold hanya mengenakan spread 10% bagi emas yang telahpun dibuka atau dipotong sarung plastiknya.

Ini contoh gold bar Public Gold 20 gram yang telahpun dipotong sarung plastiknya semasa proses gadaian. Public Gold jamin membelinya dengan harga tinggi, iaitu pada kadar spread hanya 10%.

Ini contoh syiling emas 1 dinar Public Gold yang telah dibuka sarung plastiknya untuk menguji ketulenan emas semasa proses gadaian di ar-rahnu.

Ini sebenarnya ‘deal’ paling baik di pasaran sebab kebanyakkan syarikat emas akan kenakan spread 25% sebab ia dianggap “emas terpakai”. Bahkan kalau jenama emas yang dijual bank, pihak bank langsung tak akan beli balik emas tu!

Ar-Rahnu Tak Terima Gold Bar & Dinar

Akhir sekali, ada satu ar-rahnu yang tak terima gadaian emas Public Gold dan semua jenis gold bar dan dinar (apa jenama sekalipun), iaitu Ar-Rahnu Yapiem. Mereka hanya terima gadaian semua jenis barang kemas. Untuk gold bar dan dinar, mereka hanya terima gold bar dan dinar keluaran Yapiem sahaja. Jadi jangan terkejut kalau mereka tak terima emas Public Gold. Ia tak ada kena mengena dengan isu ketulenan ataupun reputasi Public Gold. Itu hanyalah disebabkan polisi mereka sahaja.

Setiap ar-rahnu, polisinya berbeza-beza dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Jadi kita perlu semak polisi ar-rahnu dari semasa ke semasa untuk kepastinya. Cara paling mudah buat semakan ialah dapatkan nombor telefon mereka daripada pakcik Google, lepas tu telefon sahaja. Semudah itu…

Zulkifli
Damansara Damai
13 Jun 2017
19 Ramadhan 1428H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Saya tak pernah gadai emas LBMA PG di ar rahnu bank. Jadi tak tahu prosedur. Cuma baru-baru ni ada sorang customer saya beritahu, dia nak buat gadaian di ar rahnu sebuah bank yang perlukan dia sendiri buka seal LBMA.

    Sebelum nak gadai pun dia dah fikir banyak kali, ni kan pulak kena buka seal tu sendiri. Disebabkan sayang nak buka seal (plastik cover tu tebal), dia putuskan tak jadi pajak.

  • Assalamualaikum Tuan,

    Memang betul. emas merupakan asset yang mudah cair, saya baru bermula beli Emas PG tahun lepas dan dah pernah pajak di Ar Rahnu Agro bank (tak ada Ar Rahnu yang tak bukak seal di tempat saya). Mudah dan cepat, tapi tulah mesti bukak seal untuk uji ketulenan. Cara menyimpan wang yang paling baik adalah melalui emas PG ni dan jika nak guna tunai pajak jer, tapi pastikan tunai tu digunakan dengan sebaiknya( sy gadai time nak traveling dan once claim masuk saya tebus balik )

  • Salam Tuan Zul,
    Apa maksudnya Public Gold jamin membeli gold bar yang telah dibuka sarung plastiknya semasa proses gadaian dengan kadar spread 10%? Harap Tuan dapat berikan contoh mengikut kadar harga jualan semasa ya…terima kasih.

  • saya dah banyak kali masuk pajak gadai…
    alhamdulillah setakat ini boleh tebus balik
    untuk jenis gold bar public gold, sy cdgkan pajak di arrahnu pos, urusa cepat, tak perlu buka seal pun

  • Terima kasih tuan atas perkongsian ini. Baru saya tahu berkenaan Ar-rahnu Yapiem. Pada saya spread 10% untuk item yang telah di buka seal adalah berpatutan terutama untuk item kecil seperti 10 gram ke bawah. Ia adalah hanya tambahan 1% dari spread asal yang membawa nilai pada masa ini RM1.88 /gram. Terbaik emas public gold.

  • Baru pergi kat ar-rahnu yapeim hari ni… hahaha dy suruh pergi dekat bank rakyat ataupun agro bank ???.. info yg sangat berguna

  • Sangat rugi bagi ar rahnu jika masih menetapkan syarat yang menyusahkan orang lain.saya sebagai pekerja ar rahnu xchange terpaksa suruh customer pergi ke tempat yang tidak perlubuka seal. cara mcm ni seperti melepaskan peluang ke tangan orang lain.mungkin saya akan usulkan perkara ini di mesyuarat Pengurus akan datang. tq en Zul for sharing

  • Satu insiden sedih client PG saya yang telah merasakan beliau ditipu syarikat Public Gold yang begitu kukuh dan stabil. Beliau telah pergi ke satu ar-rahnu di Shah Alam untuk memajak 3 keping 1 dinar berketulenan 999 berserta gold bar keluaran PG yang lain. Seal terpaksa dibuka untuk menguji ketulenan setiap emas. Namun, apabila tiba untuk menguji ketulenan 1 Dinar tersebut, didapati bahawa 1 dinar itu hanya berketulenan 916. Bukan satu tetapi ketiga-tiga keping 1 dinar itu mempunyai ketulenan yang sama.
    Beliau dinasihati oleh syarikat ar-rahnu tersebut untuk membuat repot polis berkenaan dengan penipuan ini. Bertanyakan tentang isu di atas apa nasihat En Zul? Beliau belum boleh menebus semula dinar itu disebabkan kesempitan wang, namun sudah hilang kepercayaan dengan kredibiliti Public Gold.

    • Salam Pn. Aniza,

      Itu bukan pertama kali. Dah banyak berlaku. Bukan emas tu tak cukup ketulenan, tapi densimeter (alat menguji ketulenan) ar-rahnu tu yang bermasalah terutamanya untuk item yang beratnya bawah 10 gram. Kalau berlaku kes macam tu, bawa emas tu pergi pajak di ar-rahnu lain.

      Public Gold dah 10 tahun beroperasi. Dalam 10 tahun ini, kalau ada walaupun cuma 1 gram Public Gold tipu dari sudut ketulenan, dah lama Public Gold lingkup. Tetapi Public Gold tak akan buat penipuan begitu sebab wawasan Public Gold sangat jauh, bukan sekadar nak berbisnes sehari dua.

  • As salam tuan. Cuma nak tanya isteri saya ada beli Public Dinar
    online beberapa tahun yang lalu. Sudah di terima dengan selamat berserta dengan Sijil Pemilikan dan no siri/kod. Beberapa hari yang lepas isteri saya nak simpan/gadai kat Ar rahnu Bank Rakyat Sibu Sarawak. Masalah timbul bila pegawai itu berkeras minta resit pembelian. Sedangkan masa pembelian tak ada resit pembelian. Isteri saya tunjuk sijil pemilikan tetapi pegawai itu tetap berkeras nak resit pembelian juga. Polisi Bank Rakyat mereka kata. Minta nasihat tuan mcm mana nak dapatkan resit pembelian. Terima kasih tuan.

  • Salam, Tuan zul,

    maaf sekadar ingin bertanya, sekiranya saya ingin menggadaikan emas gap sy di mana mana Ar rahnu, selain emas itu sendiri, perlukan sy membawa sebarang document, seperti resit pembelian emas? sbb kebanyakan resit pembelian emas sy hilang.

    • Wslm Pn. Anis,

      Pertama sekali, keluarkan emas dari Akaun GAP tu dulu samada dalam bentuk gold bar atau dinar. Lepas tu bawa ke mana-mana ar-rahnu. Kebanyakkan ar-rahnu tak perlu resit belian asal untuk pajakan gold bar atau dinar. Sijil ketulenan yang tertulis pada gold bar atau dinar emas Public Gold tu sudah memadai.

      Untuk pengesahan, puan boleh call ar-rahnu tu sebelum datang buat pajakan.

  • Assalamualaikum Tuan Zul. Terima kasih atas info berguna. Saya pernah pergi Ar Rahnu Yapiem di Sabah beberapa bulan yang lepas. Masa tu baru tahu yang polisi mereka tidak menerima Emas Public Gold. Nasiblah banyak lagi Arrahnu di KK ni. Paling senang, pergi Arrahnu Pos saja. Cepat dan selamat insyaAllah.

  • assalamualaikum tuan, kalau kita nak pajak gadai emas di ar rahnu ada syarat tak? contohnya emas yg kita nak gadai ni taklah berat sangat, brapa gram syarat nak gadai emas ni tuan?

  • Assalam Tuan saya ingin bertanya.. saya ada 9 keping Dinar PG ingin pajakkn di ar rahnu exchange sbb nk pakai duit byr tunggakan PTPTN..mcm mna prosedurnya.. buka seal tu mcm mna x paham sgt n x tw.. mohon pencerahan.. TERIMA KASIH

  • Tq kerana update info, En. Zul. Saya baru nak belajar memajak dan sedang dilema kerana setakat ni saya beli semua jongkong LBMA. Nampaknya lepas ni perlu beli yg mudah digadai. Co-op bank agak jauh. Yang terdekat dengan rumah saya ialah Bank Rakyat, Agroban dan Bank Islam.

  • Baru baru ni saya ada memajak emas saya di kedaipajak cina yg banyak dibuka sekarang ni dikawasan saya. Alhamdulillah, mudah. Sebab apa saya kata mudah, xsesulit semasa saya memajak emas saya di arrahnu yapeim, atau bank rakyat yang kemain ramai orang beratur dan lama menunggu. Baik barang kemas atau goldbar 1g. Mereka sangat bekerjasama dan memberikan harga terbaik. Yang penting saya dapat pinjaman segera. Dan dalam masa 6bulan saya dpt semula emas saya. Tak rugi kita ada emas. Dibanding dengan duit, kita boleh dapat semula emas kita. Kalau duit dah tentu habis begitu saja.

  • As Salam. Saya bercadang nk jual cincin seberat 12.4gm,tapi bkn beli di pg,dn Akan beli emas PAG. Bolehkh saya berbuat demikian dn berapa anggaran rm yg saya boleh dpt mengikut harga emas terkini. T. Kasih.

  • As Salam. Saya lebih faham sedkit penerangan tuan berbanding tulisan di blok lain t. kasih. Saya ada modal rm2000 dn berminat mulakn plaburan. Adakh skrg in waktu paling baik utk beli emas PAG. Harap bantu.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >