MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Belajar dan Menang Emas Percuma di Seminar Public Gold

August 1, 2017

Public Gold terlalu baik hati bagi emas percuma (free), sampai ada yang tak percaya Public Gold betul-betul bagi emas free. Bahkan ada yang takut, mereka fikir itu hanyalah scam, hype dalam marketing atau Public Gold saja-saja buat gempak je. Tapi hakikatnyanya, dah ramai yang dapat emas percuma daripada Public Gold, termasuk saya sendiri.

Saya sendiri pernah dapat sekeping gold bar 10 gram yang harga sekitar RM1,700 ketika itu! Sekarang harganya sudah cecah RM1,900! Ketika itu saya hanyalah peserta seminar yang disampaikan oleh guru emas saya, iaitu En Syukur Hashim. Sudahlah seminar percuma, dapat pulak emas percuma tanpa perlu buat apa-apa belian! Ibarat “tidur dan menang”. Pendek kata, kalau datang dan tidur dalam seminar pun masih berpeluang memang emas secara percuma!

lucky draw cabutan bertuah emas percuma seminar public goldSaya memenangi hadiah gold bar 10 gram dalam sessi cabutan bertuah seminar Public Gold di Ampang pada 29 Julai 2015.

Bukan saya seorang sahaja. Ramai lagi yang pernah dapat emas percuma daripada Public Gold. Sila lihat testimoni jujur mereka yang pernah dapat emas percuma dari Public Gold di LINK FABOOK SAYA DI SINI.

Sebenarnya, ini adalah inisiatif marketing yang dibuat oleh Public Gold sejak tahun 2015 lagi. Ketika itu, saya belum lagi dilantik sebagai official speaker Public Gold.

Misi Memandaikan Masyarakat

Gold bar 1 gram Public Gold edisi Yang Dipertuan Agong

Inisiatif bagi emas percuma dalam seminar-seminar Public Gold sebenarnya strategi Public Gold untuk memandaikan masyarakat tentang emas. Public Gold nak galakkan orang ramai datang belajar, bukan sekadar beli emas. Sekarang Public Gold adalah platform jual beli emas paling mesra pelabur di Malaysia. Ia jenama emas yang paling mudah di beli dan paling mudah dijual di Malaysia dan Singapore.

Kekuatan jenama dan reputasi Public Gold sekarang di Malaysia sehinggakan Pos Malaysia juga menjadi ejen menjual emas Public Gold dan mengeluarkan emas dengan jenama bersama (co-branding) bersama Public Gold. Yang terbaru ialah gold bar 1 gram edisi Yang Dipertuan Agong.

Ia sudah jadi jenama yang dipercayaai, tinggal lagi memandaikan masyarakat tentang emas melalui seminar-seminar yang dianjurkan setiap minggu di semua pejabat cawangan Public Gold seluruh Malaysia, Singapore dan Indonesia.

Sekolah Emas Asia Tenggara

Sekarang ni, Public Gold anjurkan lebih 100 seminar setiap bulan di Malaysia, Singapore dan Indonesia secara PERCUMA (free). Ini adalah “sekolah” bagi sesiapa yang serius nak belajar ilmu emas.

seminar emas, seminar public gold, seminar pelaburan emas

Saya boleh katakan, majoriti guru-guru emas di Malaysia bersama dengan Public Gold. Antara yang ternama ialah En Syukor Hashim dan Tuan Azizi Ali Mentor Wang. Dan banyak lagi mereka yang berpengalaman akan berkongsi pengalaman masing-masing tentang simpanan emas secara percuma. Jadi kita berpeluang belajar terus dari mereka yang pakar.

Jadi kawan-kawan yang berkelapangan, jemput datang berlajar di mana-mana seminar terdekat. KLIK DISINI untuk rujuk jadual terkini seminar Public Gold seluruh Malaysia, Singapore dan Indonesia. Jangan risau, ianya percuma. Kalau TIDUR dalam seminar pun, masih berpeluang menang lucky draw emas percuma! 🙂

seminar public gold di prai penang 30 Julai 2017Seminar Public Gold di Ixora Hotel, Penang 30 Julai 2017

Cara Dapatkan Bimbingan Dari Saya

Boleh register terus di tempat seminar.

Bawa sekali isteri atau suami atau kawan-kawan yang sama berminat nak belajar tentang emas. Semasa register, pastikan tulis nama saya sebagai INTRODUCER (MOHD ZULKIFLI, PG Code : PG002369) bagi siapa yang nak jadi pembeli emas Public Gold di bawah bimbingan peribadi saya selepas seminar.

Sila hantar wassap kepada saya (+6019 336 8009) atau isteri saya Pn. Najdah (+6019 927 2780) kalau ada sebarang persoalan. Kami suami isteri adalah Authorised Dealer Public Gold yang aktif sejak 2010 hingga sekarang.

Zulkifli
Damansara Damai
1 Ogos 2017
9 Zulkedah 1438H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Assalamualaikum Encik Zul,

    kehebatan dan kekuatan PG terletak kepada misinya mahu lebih memPUBLICkan GOLD di kalangan masyarakat,
    Pemberian emas secara percuma TIDAK DILAKUKAN oleh mana-mana syarikat emas lain di Malaysia ini.

    hebat PG!

    Moga misi ini terus berjaya dengan adanya MENTOR HEBAT seperti Encik Zul.

  • Memandaikan adalah satu kejayaan supaya masyarakat lebih celik simpan emas.

    Ambil contoh masyarakat Turki sinonim dengan emas. Dipercayai lebih 5000 tan emas rakyat Turki simpan dibawah bantal dan tilam bahasa kiasan merujuk simpan tabung sendiri lebih berbanding simpanan bank.

    Wow! itu sangat banyak.

    Sebab itu rakyat Turki sukar goyah jika ekonomi merundum dan berlaku pergolakan politik sebab mereka bersedia keluarkan emas-emas disimpan dibawah bantal dan tilam.

  • Betul tu En Zul, saya juga pernah menang emas 10gram waktu seminar guru emas saya mama Azizah Hassan di Precint 16 Putrajaya. Best betul Public Gold ni sebab bagi emas free.?

  • Saya juga pernah menang emas percuma, aksesori2, dirham..
    Dalam satu-satu seminar, jika bertuah kita juga boleh menang sehingga dua atau tiga kali cabutan bertuah.

    Bamun begitu, walaupun dapat emas dll, tapi yang paling berharga pada saya adalah ilmu emas percuma yang speaker sampaikan.

  • Semoga tuan terus maju memandaikan rakyat mengenal emas sebenar.

    Sebab sekarang banyak sangat kes tipu jual beli emas. Bila ada pendedahan berterusan begini, orang makin sedar.

    Selain seminar emas, blog tuan banyak didik pembaca kenal apa itu emas yang sebenar dari segi pelaburan dan simpanan.

  • Tak sempat tidur pun sebab sambil dengar talk , sambil snap gambar2 emas yang diedarkan sambil update FB ttg isi kandungan talk.

    memang best !

  • […] Saya sendiri pernah dapat sekeping gold bar 10 gram yang harga sekitar RM1,700 ketika itu! Sekarang harganya sudah cecah RM1,900! Ketika itu saya hanyalah peserta seminar yang disampaikan oleh guru emas saya, iaitu En Syukur Hashim. Sudahlah seminar percuma, dapat pulak emas percuma tanpa perlu buat apa-apa belian! Ibarat “tidur dan menang”. Pendek kata, kalau datang dan tidur dalam seminar pun masih berpeluang memang emas secara percuma! [Baca seterusnya…] […]

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >