MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Inilah Yang Membuatkan Kita Gembira Selamanya

September 26, 2017

[Kemaskini 6 Februari 2024]

Dulu rasa bestnya kalau boleh duduk hotel... Tapi sekarang, hotel tu cuma tempat tidur sementara dapat balik rumah jer. Datang check in, terus masuk bilik. Keluar sekejap pergi makan, atau hadiri program, lepas tu masuk bilik balik. Check out hotel, terus balik...

Pusing area hotel pun tidak walaupun saya duduk di hotel 5 bintang. 

Nikmat makan yang terbatas

Dulu rasa bestnya kalau dapat makan malam di hotel 5 bintang, atau di restoran mahal-mahal. Tapi sekarang, makanlah di mana pun, ia cuma sekadar nak alas perut jer.

Makanan pulak pilih-pilih yang mana bagus untuk kesihatan.

Yang manis-manis, tolak ke tepi atau ambil secubit sekadar nak rasa. Bahkan saya boleh katakan, makanan yang biasa-biasa tu lebih menyelerakan berbanding makan di tempat-tempat mahal sebab kita dah terbiasa. 

Akhir sekali selera kita pada makanan yang kita makan hari-hari juga.

Khususnya yang kita makan dari kecil...

Hilang minat kereta mewah 

Dulu fikir kalau dah kaya, nak pakai kereta mewah... Sekarang bila dah mampu, kereta hanyalah alat untuk bergerak sahaja.

Nak pergi office, jarak office saya cuma 500 meter jer dari rumah saya.

Nak pergi jauh, tak perlu drive kereta sendiri tapi naik flight jer. Naik flight pun dah rasa macam naik teksi jer sebab hampir tiap-tiap minggu saya fly. Nak pergi airport pun naik teksi GRAB atau teksi UBER jer senang.

Kalau beli kereta mahal, itu cuma tambah beban nak kena bela kereta pulak. Rasa macam membazir habis duit beratus ribu untuk beli kereta yang jarang pakai dan nilai makin susut.

Jadi sampai ke hari ini, saya masih pakai kereta yang harganya murah, lebih murah dari kebanyakkan kereta yang graduan baru masuk kerja pakai! 

Bosannya hidup tak bekerja

Dulu, saya impikan nak duduk rumah dan tak bekerja, tapi ada income kukuh masuk tiap-tiap bulan.

Lepas 2 tahun (2014 – 2015) saya hidup tak bekerja, hidup mula rasa bosan.

Hidup tak bekerja satu perkara membosankan - walaupun ada duit yang banyak.

Saya kena bekerja balik... Tapi jadual kerja yang membolehkan saya bekerja di samping keluarga, bukan keluarga di samping kerjaya. 

Alhamdulillah, sejak saya pasang cita-cita nak bantu ubah kehidupan 100 keluarga (dapat apa yang saya dapat), jadual saya kembali sibuk... Tapi kesibukan yang menyeronokkan saya.

Sibuk yang bermakna dan penuh keputasan - “good tired”! Alhamdulillah...

Misi Tuhan ciptakan kita

Saya boleh katakan, banyak kegembiraan yang dulunya saya impikan, sekarang saya sedar, nikmat itu sifatnya terbatas. Ada limit...

Kalau kegembiraan pun, kegembiraan tu sifatnya sementara jer. Tak bertahan lama...

Bahkan sampai tahap saya pun dah rasa bosan atas apa yang saya pernah cita-citakan satu ketika dahulu. 

Bila apa yang saya nak tu dah ada dalam genggaman, barulah saya sedar, “dunia” yang saya kejar tu sifatnya sementara sahaja. Nikmat yang ada batasnya...

Mungkin inilah sebab kenapa ada hadis Nabi s.a.w yang mafhumnya, "dunia adalah penjara bagi orang mukmin"... Dunia adalah penjara, sebab orang mukmin sedar nikmat yang sebenar di Syurga nanti...

Jadi untuk hidup bahagia di dunia, kena cari nikmat sebenar yang kekal selamanya... Yang tiada had.

Jadi baik, dan buat kebaikan

Semuanya kena berbalik kepada kenapa Tuhan ciptakan kita, iaitu sebagai hamba dan khalifah Dia.

Apa yang saya faham, “Hamba”, persoalan hubungan baik kita dengan Tuhan... Hablum minallah...

“Khalifah”, persoalan hubungan kita sesama manusia dan seluruh alam... Hablum minannas...

Inilah sebenarnya kenapa Tuhan ciptakan kita, dan inilah misi hidup kita semua. 

Tuhan ciptakan kita supaya kita beribadah kepada Dia, dan berbuat baik sesama manusia (dan seluruh alam)...

Jadi orang baik, berikan kebaikan kepada orang lain, dan jadikanlah dunia ini lebih baik...

Fokus misi hidup ni betul-betul, saya percaya di situlah kegembiraan sebenar hidup kita...

Bahkan kegembiraan tu akan kekal selepas mati sampai kita bertemu Tuhan nanti, insyaAllah. 

Poster ni saya dari idea Khalifah Model School. Bila saya renung balik ketiga-tiga aspek tanggungjawab ini, ia memang benar...

(1) Pilih untuk jadi baik

Buat apa yang Tuhan suruh, tinggalkan apa yang Tuhan larang... Kebaikan tu membuatkan hati kita tenang... Manakala dosa tu meresahkan jiwa dan menghilangkan rasa bahagia...

Nak hidup bahagia dan gembira, berbuatlah banyak kebaikan (pahala), dan tinggalkanlah dosa... Sentiasa perbaiki jadikan diri lebih baik dari semalam dalam segenap aspek...

Dulu malas, sekarang rajin... Dulu banyak tengok TV, sekarang banyak baca buku... Dulu banyak buang masa, sekarang sibuk dengan aktiviti bermanfaat... Dulu malah beribadah, sekarang rajin...

Dulu, dengar azan tapi buat tak peduli... Sekarang dengar azam hati tak senang kalau tak ke surau atau masjid, atau terus solat berjemaah di mana sahaja. 

Dulu kesihatan tak jaga... Sekarang fokus supaya badan lebih fit, exercise cukup dan makan pun jaga. Dan banyak lagi perkara yang saya masukkan dalam checklist untuk sentiasa jadikan diri lebih lebih baik, insyaAllah...

Kegembiraan atas pilihan untuk jadi lebih baik tu kekal berpanjangan selagi kita kekal dengan kebaikan itu, insyaAllah.

(2) Jadikan hidup orang lebih baik 

Sebarkan kebaikan dan berikan kebaikan sebanyak-banyaknya kepada orang lain, khususnya ahli keluarga kita dan orang di sekeliling kita...

10 tahun yang lalu (sejak 2007), saya dan kawan-kawan tubuhkan Tadika Islam PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) di Damansara Damai.

Ini kerja kebajikan kami tanpa dibayar apa-apa, bahkan kami keluarkan duit poket kami untuk tampung perjalanan tadika supaya anak-anak di Damansara Damai dapat belajar di sekolah tadika Islam yang baik.

Tahun pertama 30 pelajar. Sekarang dah hampir 200 pelajar dengan 14 orang guru dan lebih 10 orang AJK. Tadika tu sekarang ni, berjalan dengan baik. Alhamdulillah...

Hari ni tadika tu dah berjaya berikan kebaikan kepada lebih 1,000 pelajar sepanjang ianya beroperasi. Tengok hasil usaha keras kami sejak dulu, saya rasa sangat gembira... Kegembiraan yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit...

Beberapa bulan lagi saya mungkin akan tinggalkan Damansara Damai untuk berhijrah ke tempat baru. Dan saya percaya tadika itu akan berjalan dengan baik walaupun tanpa saya.

Kegembiraan atas usaha ini kekal sampai sekarang (alhamdulillah), bahkan saya percaya itu juga akan berikan kegembiraan bila saya mengadap Tuhan satu hari nanti, insyaAllah... 

Kegembiraan sampaikan ilmu

Tahun 2008 dulu, saya tulis blog www.mohdzulkifli.com sekadar nak simpan ilmu untuk bacaan saya dan juga kawan-kawan terdekat. 

Berdasarkan banyak feedback yang saya terima, hari ni, blog ini dah banyak berikan kesan positif terhadap kewangan banyak orang, alhamdulillah.

Bahkan, artikel-artikel terpilih dalam blog ini diangkat menjadi buku “Zero Hutang” dan buku “Wang Emas” supaya dapat berikan manfaat kepada lebih ramai orang.

Kekadang saya rasa terharu terima ucapan terima kasih dari pembaca di FB Mesengger saya dan jumpa saya secara peribadi di seminar-seminar yang saya sampaikan, alhamdulillah.

Ia memotivasikan saya untuk terus menulis, insyaAllah.

Alhamdulillah, kegembiraan atas usaha menjadikan orang lain lebih baik tu kekal berpanjangan. Saya percaya, amalan yang sedikit itu akan menggembirakan saya bila kembali bertemu Tuhan satu hari nanti, insyaAllah.

(3) Jadikan dunia ini lebih baik

Dulu dunia “pelaburan emas”, susah nak cari dealer emas yang well-educated tentang pelaburan emas tu sendiri. Ada, tapi jumlahnya tak ramai. Kebanyakkannya adalah “salesman”.

Kesannya, banyak pembeli emas tak dapat ilmu yang betul tentang emas. Akhirnya ramai pembeli emas kecewa dengan emas...

Berbeza dengan sekarang... Sejak Public Gold sediakan program education untuk dealer-dealer (dan saya salah seorang MENTOR yang menjayakan program ini bersama guru saya En. Syukor Hashim). 

Sekarang, saya boleh katakan majoriti dealer Public Gold yang ikuti education adalah dealer yang beretika, dan ada ilmu yang baik tentang emas. Mereka mampu berikan nasihat yang betul..

Atau setidak-tidaknya, mereka tak akan bagi ilmu yang salah hanya semata-mata nak dapatkan sales. 

Alhamdulillah, dunia pelaburan emas sekarang ni dah jadi lebih baik.

Mengubah landskap bisnes emas

Lagi satu perkembangan penting; dulu tak ada syarikat jual beli emas yang ada penasihat syariah (kecuali bank).

Sejak fokus bina bisnes Public Gold, saya pasang cita-cita satu hari nanti Public Gold akan jadi sebuah syarikat yang disahkan patuh syariah.

Bila saya kenal hati budi pengasasnya iaitu Dato Wira Louis Ng, saya percaya, beliau akan sokong cita-cita saya tersebut.

Alhamdulillah, sekarang Public Gold jadi pelopor sebagai syarikat swasta pertama yang ada panel shariah yang berkredibiliti. Saya adalah antara orang penting menjayakan inisiatif ini bersama sahabat saya Ustaz Khairul Anuar Basri dan mendapat kerjasama penuh oleh Founder Public Gold sendiri. 

Saya percaya, lepas ni akan banyak syarikat lain yang akan ikuti jejak langkah Public Gold dan dunia pelaburan emas akan jadi semakin baik selepas ini, insyaAllah.

Dengan sedikit sentuhan positif saya terhadap dunia pelaburan emas ini, saya percaya ia memberikan kegembiraan kepada saya sepanjang hayat, bahkan boleh jadi saham saya bila kembali bertemu Tuhan nanti, insyaAllah.

Misi saya sebelum mati

Bila saya sedar di mana kegembiraan sebenar dalam hidup, saya tak lagi fikir kejar kemewahan macam apa yang saya fikir 10 tahun lalu. Kaya dan mewah dua perkara berbeza...

Saya tetap terus bina kekayaan, bukan untuk bermewah, tapi untuk sempurnakan misi hidup untuk “jadi orang baik, jadikan hidup orang lain lebih baik, dan jadikan dunia ini lebih baik”.

Saya tulis satu poster dan tampal depan workstation saya “Misi Sebelum Mati”.

Fokus saya sekarang ialah pembentukan anak-anak, kebajikan isteri, kebajikan ibubapa dan mentua, serta memandaikan orang ramai tentang kewangan dan emas setakat apa ilmu yang saya ada.

Semua kekayaan yang saya ada saya fokus ke arah itu. Dari semangat inilah sebenarnya saya meletakkan cita-cita #Misi20kCelikEmas dan misi melahirkan 100 #NextMohdZulkifli yang saya tulis di Facebook saya.

Jadilah orang baik, dan jadikanlah dunia ini lebih baik walaupun hanya 1% berbanding sebelumnya melalui kerjaya atau apa sahaja aktiviti kita.

Saya percaya, itulah kerja-kerja yang membuatkan kita gembira selamanya, dan kekal kaya dunia dan akhirat, insyaAllah.

Zulkifli
Damansara Damai
26 September 2017
6 Muharram 1439H 

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Tahniah en zul, for being very inspiring to many people.

    Terharu dan terkesan dengan penulisan en zul ni. Nak nangis pun ada. Apa pun, sy doakan yang terbaik untuk en zul sekeluarga dunia akhirat. Aamiin.

    I wish that I could do the same thing, contribute more to others. ??

  • Assalamualaikum Encik Zulkifli ,

    Terharu dan terkesan membacanya .
    Moga usaha dan niat Encik menjadi kenyataan .

    Moga akan ramai ‘ENCIK ZUL” akan lahir di platform PG dan apa jua platform yang Encik singgah dan mengajar.

    Amin

  • Subhanallah. Semangat tuan mentor sangat dirasai melalui artikel kali ini.
    Alhamdulillah dah banyak panduan dari tuan yang kami sekeluarga amalkan dan ia semakin memberi makna dalam hidup kami.

    terima aksih tuan mentor, we follow.

  • Salam En Zul,

    Artikel ini sangat menyentuh hati saya bila membacanya. Saya doakan En Zul sekeluarga berjaya dunia dan akhirat.

    Mohon doakan kejayaan kami semua seperti En Zul sekeluarga.

    Inshaa Allah.. 🙂

  • alhamdulillah..semakin serasi dgn penulisan motivasi kewangan oleh en zul. bukan kekadar motivasi biasa2…mmg mendalam.

    terima kasih.

  • Assalamualaikum en zul,
    Satu perkongsian yang baik dan bermanfaat.

    Maaf sya ingin meminta pandangan dri tuan tntang kerjaya..adakah pekerjaan tanpa minat itu suatu yang sia-sia?
    Minta pandangan dari en.zul..trima kash.

  • Assalamulaikum…Tuan
    Menitis air mata sy apabila membaca artikel Tuan…rasa sebak sgt..luahan Tuan sungguh menyentuh hati sy..sy doakan agar impian Tuan Semoga Allah makbulkan…in sha allah.. aminn rabbal al aminn….

    Semoga ilmu yg Tuan kongsikan kpd semua memberi maanfaat dan panduan kpd semua khusus kpd yg dahagakan ilmu pengurusan kewangan & nasihat2 berkaitan….Semoga Allah merahmati dan memberkati Tuan Sekeluarga….

  • Assalamualaikum..
    Sunggu berinspirasi tuan.
    Saya juga ada niat nak buat blog.
    Tuan guna apa untuk create blog

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >