MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Duduk Menyewa Demi Tambah Simpanan RM1,000 Sebulan

January 24, 2023

Tak semestinya kena beli...

Dalam banyak keadaan, duduk menyewa lebih baik. Terutamanya mereka yang sedang membina kerjaya dan agresif dalam membina kekayaan.

Walaupun duduk menyewa, tapi bukan duduk menyewa macam orang kebanyakkan... Sebaliknya kita ada strategi kita sendiri untuk kembangkan lagi kekayaan...

More...

Menyewa, Jual dan Beli Rumah

Murid-murid saya, ada yang saya suruh duduk menyewa sahaja dulu... 

Ada yang saya cadangkan jual atau sewakan rumah sedia ada...

Bahkan ada yang saya suruh beli sebuah rumah setiap tahun!

Sebab kita tahu apa yang kita sedang buat...

Ada ketikanya kita perlu berundur dulu untuk bertahan...

Dan ada ketikanya kita perlu lancarkan serangan bertubi-tubi bila kita melihat kemenangan sedang berpihak kepada kita...

Yang penting, kita tahu apa yang kita sedang buat untuk kembangkan kekayaan kita...

Melihat Masa Depan Kewangan

Kalau serius nak bina kekayaan, perkara pertama yang setiap kita kena ambil berat ialah "cashflow" (aliran tunai).

Cashflow itulah yang akan menentukan kita sedang bergerak ke arah kekayaan ataupun kemiskinan.

Daripada cashflow itu kita sudah tahu tentang masa depan kewangan kita. Kaya atau miskin pada masa depan, bukanlah satu kejutan!

Bagi siapa yang tak mampu nak menabung setiap bulan secara konsisten, maka confirmlah dia tak akan kaya...

Berapa besar gaji sekalipun, kalau tak mampu menabung, maksudnya dia sedang penat belari di tempat yang sama. 

Bekerjalah lagi 10 - 20 tahun lagi pun, dia tak akan kaya...

Cara Perbaiki Cashflow

Penyelesaiannya... Kena perbaiki cashflow...

Samada kurangkan perbelanjaan... Atau naikkan pendapatan...

Perkara paling mudah, sudah tentu restructure (susun semula) kewangan sedia ada.

Dalam kes Ustaz Hisham ini, beliau pilih untuk susun semula kewangan disamping tambah pendapatan.

Ikuti sharing Ustaz Hisham di Facebook peribadi beliau.

Beliau pilih untuk sewakan sahaja rumah idaman beliau, dan duduk menyewa rumah yang lebih dekat dengan tempat kerja.

Hasilnya, beliau dapat jimatkan perbelanjaan bulanan dan cashflow beliau terus bertambah RM1,000 sebulan!

Dengan kata lain, beliau mampu tambah tabungan RM1,000 setiap bulan, tanpa perlu ulang lagi kesilapan sebelum ni; "simpan awal bulan, korek balik pertengah bulan"... Alhamdulillah.

Setiap Bulan Bertambah Kaya

Dengan keputusan tersebut, kewangan Ustaz Hisham sedang bergerak ke arah kekayaan. Sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan.

Semakin bulan semakin kaya, insyaAllah... 

Kerana dengan tabungan RM1,000 sebulan tersebut, beliau ada lebihan RM12,000 setahun yang dapat digunakan untuk;

  1. Tambah dana kecemasan dan tabungan emas.
  2. Tutup hutang-hutang 'miskin' dengan lebih cepat.
  3. Jadikan modal untuk tambah harta - beli rumah-rumah pelaburan lebih banyak!

Walaupun berat, tapi kalau beliau bersabar, saya sangat yakin satu hari nanti beliau akan berterima kasih kepada diri sendiri. InsyaAllah...

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
24 Januari 2023
3 Rejab 1444H

#MisiUbahHidup1000Keluarga

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>