Public Gold Gala Dinner @ Annual Recognition Night 2017 at eCity Hotel

Post image for Public Gold Gala Dinner @ Annual Recognition Night 2017 at eCity Hotel

Public Gold Gala Dinner ataupun Annual Recognition Night 2017 adalah majlis menyampaikan anugerah kepada dealer Public Gold atas pencapaian cemerlang bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2017. Dealer Public Gold seluruh Malaysia, Singapore, Brunei dan Indonesia hadir untuk meraikan kejayaan mereka dan rakan-rakan mereka. Ia diadakan setahun sekali. Untuk tahun 2017, ia diadakan pada 25 Mac 2017 di eCity Hotel, Subang Jaya, Selangor (Malaysia). Untuk melihat foto-foto sekitar majlis ini, KLIK DI SINI – album di Facebook Page Public Gold International Bhd.

Video sedutan Public Gold Award Recognition Night 2017

Salah satu anugerah yang saya terima ialah dealer Public Gold yang paling banyak rekrut customer baru secara peribadi, iaitu lebih 1,500 orang dalam tempoh setahun.

Personal Recruitment Record Breaker.

Saya dinobatkan sebagai Champion Dealer untuk tahun kewangan 2016 yang berakhir pada 31 Mac 2017.

Anugerah Champion Dealer 2016. Bagusnya dalam Public Gold, anugerah kecemerlangan ini diberikan untuk pasangan suami isteri. Bisnes ini adalah bisnes milik keluarga.

Kalau saya meninggal dunia, bisnes yang dibina atas nama saya ini akan diwarisi oleh isteri dan anak-anak saya. InsyaAllah. Itu apa yang dijanjikan oleh Dato Wira Louis Ng selalu pengasas Public Gold.

Top 3 dealer Public Gold iaitu saya, En. Syukor Hashim selaku guru saya, dan raan dealer saya Pn. Azizah Hasan. Pencapaian saya sebagai Champion dealer menunjukkan bisnes ini berdasarkan “siapa buat dia dapat”, bukan siapa masuk dulu, dia berjaya dulu.

Public Gold memberi peluang kepada saya dan isteri untuk menyampaikan ucapan ringkas sempena anugerah ini. Ucapan saya dan isteri adalah “terima kasih” kepada semua yang menyokong dan memberikan kepercayaan kepada kami. Kami tidak akan sampai ke tahap itu tanpa sokongan dan bantuan orang lain.

Guru saya En. Syukor Hashim mendapat anugerah jualan peribadi tertinggi dalams sejarah Public Gold, iaitu jualan melebihi RM3 juta dalam masa 1 bulan sejak 2011!

Ini adalah anugerah bagi Master Dealer yang berjaya melahirkan Master Dealer di bawahnya. Ini anugerah khas kepimpinan.

Ini dealer yang berjaya mencapai status Master Dealer baru.

Million Dollar Dealer adalah anugerah untuk dealer yang mencapai target jualan peribadi melebihi RM1 juta dalam tempoh 1 tahun.

Star Master Dealer adalah untuk Master Dealer yang mempunyai saiz empayar bisnes melebihi 1,00o orang. 1 star – melebihi 1,000 orang. 2 star – melebihi 5,000 orang. 3 star – melebihi 10,000 orang, dan 4 star – melebihi 50,000 orang!

Superstar Dealer untuk dealer yang mencapai target jualan peribadi melebihi RM300,000 dalam tempoh 1 tahun.

Club 100 untuk dealer yang berjaya rekrut minimum 100 customer dalam tempoh 1 tahun.

Comments on this entry are closed.