Latarbelakang Peribadi

Zulkiflli Najdah 2013Saya Zul, penulis blog MohdZulkifli.Com yang saya mulakan sejak April 2008. Saya adalah anak kelahiran Johor, tetapi dibesarkan di negeri Serambi Mekah, Kelantan. Saya menganggap saya sebagai anak Kelantan sebab membesar di sana sejak berumur 5 tahun lagi. Sekarang saya tinggal di Damansara Damai, Selangor bersama isteri tersayang i.e. Najdah, serta 8 cahaya mata kurniaan Tuhan pelengkap hidup kami.

Alhamdulillah, tak terhitung banyaknya nikmat yang Tuhan kurniakan kepada saya. Latarbelakang keluarga yang baik agamanya, ibu yang penyayang dan bapa yang hebat, mendorong saya jadi Zul pada hari ini. Serta guru-guru, mentor-mentor, sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang sentiasa supportive untuk saya berjaya dunia dan akhirat.

Kerjaya Akauntan & Usahawan

Dari sudut kelayakan, saya adalah seorang Chartered Accountant yang diiktiraf oleh Malaysian Institute of Accountant (MIA). Saya pernah bekerja sebagai Internal Auditor dengan sebuah syarikat swasta dalam industri insuran, reinsuran dan takaful di Kuala Lumpur dari tahun 2003 – 2013. Ia satu bidang memberi pengalaman kepada saya tentang kewangan, operasi dan pengurusan perniagaan dalam sektor koprat secara keseluruhan, alhamdulillah.

Menulis Blog

Blog MohdZulkifliSaya mula menulis blog sejak 2008, iaitu selepas mendapat semangat baru bila saya bebas dari segala hutang tahun 2007. Itupun atas cadangan sahabat saya Saudara Hafizi. Sebelum menulis di blog, saya suka berkongsi ilmu dan pengalaman baru melalui penulisan, yang saya rasa boleh memberi manfaat kepada pembaca. Waktu tu, saya hanya tulis dan sebarkan dalam yahoogroups sahaja. Artikel-artikel yang saya tulis seolah-olah hilang begitu jer tanpa di arkib. Tapi alhamdulillah, saya rasa puas bila dapat bagi sentuhan dalam hidup orang lain melalui penulisan.

Fokus penulisan saya pada peringkat awal ialah kewangan, kekeluargaan dan kehidupan beragama. Tapi setelah dapat pengalaman tentang bisnes, dan emas, saya mula berkongsi ilmu tentang bisnes dan pelaburan emas yang sebenar.

Harian Metro Pengalaman Bebas Hutang 02Blog review oleh Harian Metro. Klik DI SINI untuk paparan yang lebih jelas.

buku zero hutang 03Buku sulong saya bertajuk Zero Hutang terbitan Galeri Ilmu sebagai motivasi kewangan untuk anak muda supaya bebas dari hutang.

Bisnes Sendiri

Selain bekerja dan meneruskan hobi menulis secara sambilan, saya menjalankan bisnes sendiri bersama isteri. Pada peringkat awal, ia untuk menampung kos sara hidup tinggi di Kuala Lumpur memandangkan isteri saya fokus jaga anak-anak kami sendiri. Tak sanggup ‘menswastakan’ penjagaan anak-anak kepada orang lain, terutamanya mereka yang kami tak kenal latarbelakang agamanya. Tapi sekarang alhamdulillah, bisnes telah banyak memperbaiki tahap kewangan kami dan membuka perspektif baru dalam kehidupan. Hidup tanpa bebanan hutang dan pinjaman, dan sedikit simpanan yang cukup untuk tidur lena waktu malam. Alhamdulillah.

Mengendali kelas asas bisnesSaya dilatih oleh mentor, dan melatih orang baru tentang asas bisnes dan kewangan.

seminar kaya dunia akhirat mrsmphMemenuhi jemputan untuk berkongsi ilmu asas kewangan peribadi kupasan dari buku “Zero Hutang”.

Mulai 1 Disember 2013, saya beralih ke dunia perniagaan sebagai dealer (ejan) emas Public Gold sepenuh masa untuk memberi lebih fokus kepada bisnes yang kami usahakan suami isteri dan memberi lebih fokus kepada pendidikan anak-anak. Bisnes memberikan saya fleksibiliti untuk seimbangkan antara tuntutan kerjaya dan hidup berkeluarga, alhamdulillah…

Tanggungjawab Kemasyarakatan

Saya memanfaatkan ruang-ruang waktu yang berbaki untuk mencari kepuasan hidup dengan melibatkan diri dalam kerja-kerja kemasyarakatan setempat terutamanya di Damansara Damai. Sejak 2008, saya diamanahkan mengasas dan menguruskan bersama sahabat-sahabat komuniti sebuah Tadika Islam yang tidak berorientasikan keuntungan i.e. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) An-Nur Damansara Damai.

tadika pasti an nur damansara damai

Tadika ini bertujuan mendidik anak-anak di Damansara Damai dengan asas-asas Islam yang kukuh, disamping bersedia menjejakkan kaki ke sekolah rendah dengan kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira. Hingga tahun 2017, kami mempunyai 2 cawangan yang terletak di Apartment Idaman dan Masjid Damansara Damai, dengan kapasiti 170 pelajar. Alhamdulillah. Ianya sebuah tadika bersifat non-profit, dan ianya satu kerja kebajikan bagi saya (tanpa dibayar apa-apa elaun). Ianya sebuah kerja bersifat sukarela.

Skim Bantuan Tunas Selangor - HarakahInterview oleh wartawan Harakah tentang Skim Bantuan Tadika Selangor.

Memulakan Simpanan Emas

Saya mula ambil tahu tentang simpanan emas selepas Kerajaan Negeri Kelantan mengeluarkan syiling Dinar Emas pertama di Malaysia tahun 2006. Pada masa tu, saya belum ambil serius sehinggalah saya terbaca artikel YB Husam Musa tahun 2010, bagaimana wang kertas telah menyebabkan mentuanya jatuh miskin 2 kali di zaman British dan Jepun. Saya mula mengkaji dengan lebih serius tentang emas.

Oktober 2010 saya mula membeli emas dan automatik menjadi dealer Public Gold, syarikat pengeluar emas pelaburan terbesar yang menyediakan platform terbaik pelaburan emas fizikal di Malaysia. Waktu itu, niat saya hanyalah untuk tukarkan sebahagian simpanan Tabung Haji kepada bentuk emas fizikal sebab saya yakin, emas adalah penyimpan nilai paling ampuh dan terbukti dalam sejarah manusia zaman berzaman. Walauapapun berlaku terhadap ekonomi negara mahupun dunia, kekayaan kita tetap bertahan, insyaAllah.

zulkifli dealer emas public gold harian metroDiinterview Harian Metro sebagai pelabur dan peniaga emas Public Gold.

interview harian metro public gold zulkifli wazirBermula dari ‘hobi’, kini menjadi sumber rezeki. Keratan akhbar Harian Metro, Januari 2014. Klik DI SINI untuk paparan lebih jelas.

Menulis Pelaburan Emas

Sejak menyimpan emas dan belajar tentang emas, saya mula berkongsi ilmu tentang pelaburan emas sebagaimana berkongsi tentang kewangan sejak 2008. Dan saya rasa bertanggungjawab sampaikan ilmu yang betul tentang emas bila melihat ramai kawan-kawan terdekat buat kesilapan remeh-temeh yang merugikan disebabkan tiada ilmu, atau diberi kefahaman yang salah oleh “Salesman Pelaburan” yang cuma fikirkan keuntungan / komisyen peribadi.

Sinar Harian kesilapan pelabur emasSalah satu artikel saya yang diangkat oleh akhbar Sinar Harian untuk panduan pelabur emas di Malaysia.

Pencapaian Bersama Public Gold

Ia menjadi titik tolak untuk saya membantu orang ramai memulakan pelaburan emas cara tepat, selamat dan menguntungkan (insyaAllah). Alhamdulillah, dalam tak sedar, 2012 saya diiktiraf antara top dealer Public Gold di Malaysia dengan jualan peribadi melebihi RM3 juta setahun. Sejak dari itu, saya terus diiktiraf sebagai salah seorang daripada top dealer Public Gold dengan angka jualan peribadi melebihi RM5 juta setahun.

melancong public gold south africa cape town 2013Top dealer Public Gold 2011/2012

SIP Public Gold TokyoTop dealer Public Gold 2012/2013

public gold melancong switzeland 2015Top dealer Public Gold 2013/2014

trip melancong ke turki turkey public goldTop dealer Public Gold 2014/2015

public gold sip leadership seminar spainTop dealer Public Gold FY 2015/2016

Dengan pengalaman membantu orang ramai melabur dalam emas fizikal sejak 2010, melihat turun naik harga emas, memerhati kesilapan-kesilapan pelabur emas, memberi konsultansi kepada lebih 4,000 pelabur / penyimpan emas, dan membimbing lebih 300 dealer emas Public Gold di Malaysia, Singapore dan Brunei, ia pengalaman yang tak ternilai untuk saya membantu lebih ramai orang melabur dalam emas cara yang tepat, selamat dan menguntungkan, insyaAllah.

biz card dealer public gold - zulkifliSaya adalah dealer Public Gold yang aktif.

[embedyt] http://www.youtube.com/watch?v=xoFozOKkczs&width=550&height=309[/embedyt]

Dalam Public Gold Annual Recognition Night 2017, saya dan isteri dianugerahkan sebagai Champian Dealer 2016, iaitu dealer Public Gold yang mempunyai prestasi paling cemerlang untuk Financial Year 2016.

seminar emas, seminar public gold, seminar pelaburan emas

Sejak 2016, saya dilantik sebagai official speaker Public Gold dan aktif menyampaikan seminar tentang emas dari perspektif kewangan ke seluruh Malaysia, termasuk Singapore dan memulakan seminar di Indonesia pada 2017.

Pada tahun 2017, saya mengeluarkan buku kedua saya bertajuk “Wang Emas : Bertahan Ketika Gawat“. Ia buku khusus tentang pelaburan emas dari persepektif yang lebih luas, iaitu bagaimana emas memberikan kesan positif terhadap kewangan peribadi selain daripada faktor “beli harga rendah, jual harga tinggi”.

Buku 3DBuku ini antara buku best seller di kedai buku Popular

Saya Seorang Sahabat

Foto Mohd Zulkifli Shafie Public Gold 2017-03 clearAkhir sekali, saya tak pernah anggap diri saya sebagai pakar pelaburan emas, pakar kewangan, pakar motivasi, pakar perniagaan, atau pakar dalam apa sahaja yang saya tulis. Saya hanyalah seorang sahabat yang inginkan kebaikan kepada sahabat yang lain. Saya sekadar menyahut saranan Nabi s.a.w, “sampaikanlah daripada aku walaupun sepotong ayat”. Saya sekadar menyampaikan apa yang saya tahu walaupun sedikit.

Terima kasih kerana berziarah ke blog ini. Kalau ianya bermanfaat, alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
ibnushafie@gmail.com
www.facebook.com/mohdzulkifli.shafie
019-336 8009

>