[Semakan September 2023]
Lega... Sungguh lega sebaik sahaja buat bayaran terakhir hutang pelajaran PTPTN isteri saya di Pejabat PTPTN Damansara Heights. Itu hutang yang terakhir kami suami isteri tanggung...
Dan sejak hari itu, kami bebas dari segala hutang setelah 4 tahun bersabar dan berhempas pulas... Ketika usia saya 27 tahun... Alhamdulillah...
Azam Nak Bebas Hutang
Sebenarnya, sejak baca buku-buku tentang kewangan masa mula bekerja pada tahun 2003, saya dah letakkan azam nak bebas daripada segala hutang...
Dapat inspirasi daripada buku-buku kewangan, khususnya yang ditulis oleh Chef Li (Dato' Dr Rusly Abdullah) di dalam bukunya bertajuk "Petunjuk Jalan Kekayaan"...
Lepas menyelami kisah betapa susah hatinya Chef Li ketika dihimpit masalah hutang, saya sendiri pun rasa fobia dengan hutang... Seolah-olah saya sendiri yang mengalaminya.
Penulisan Chef Li tu benar-benar membuatkan saya insaf untuk jauhkan diri dari hutang.
Iktibar dari Kisah Chef Li
Walaupun beban hutang saya tidaklah seteruk beliau, tapi daripada saya biarkan masalah hutang saya bertambah teruk, lebih baik saya perbaikinya cepat-cepat.
Pada masa tu, saya dan isteri terbeban dengan 5 hutang... Iaitu hutang pelajaran PTPTN saya dan isteri, pinjaman pelajaran Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) saya, pinjaman beli komputer dari majikan saya, dan pinjaman beli kereta daripada bank.
Dengan semangat yang membuak-buak, dan lepas berhempas pulas selama 4 tahun, akhirnya pada 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Alhamdulillah...
Bebas Hutang Di Usia Muda
Sejak hari tu, kami tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen.
Dan kami suami isteri kekal sebagai orang yang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni... Alhamdulillah...
Jadi banyak kawan-kawan yang minta saya kongsikan cara untuk bebas hutang...
Tapi jujurnya saya bukanlah orang layak untuk ajar cara bebas hutang... Cuma sekadar nak berkongsi pengalaman tu, "boleh" insyaAllah...
Langkah Pertama Bebas Hutang
Bagi siapa yang baru nak mula, LANGKAH PERTAMA kena bermula dengan ilmu. Setiap permulaan, mesti bermula dengan ilmu...
Bila ada ilmu, barulah kita nampak jalan.
Sebab saya sendiri pun dapat inspirasi dan semangat hasil daripada baca buku yang ditulis oleh daripada mereka yang sudahpun bebas daripada hutang...
Bila baca buku, kita berpeluang belajar terus daripada mereka yang sudah terbukti berjaya, dan elakkan kesilapan-kesilapan yang mereka pernah buat.
Daripada belajar dari kesilapan sendiri, lebih baik kita belajar daripada orang lain...
Dengan membaca, kita jimat masa, tenaga bahkan duit yang banyak... InsyaAllah...
- Sila baca artikel : Baca satu buku, kita jimat 10 tahun!
4 Prinsip Asas Urus Kewangan
Bila dah ada kesedaran dan semangat untuk bebas dari hutang, pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni;
Prinsip #1 : Beli secara tunai
Stop dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dan sebagainya...
Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi.
Jadi, simpan duit dulu sampai cukup, baru beli... Simple...
Prinsip #2 : Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan
Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan.
Kalau mampu pakai kereta Honda, pakai Perodua jer lah dulu. Jangan sibuk nak bergaya dulu buat sementara waktu sampailah kita benar-benar mampu untuk bergaya.
Biarlah tak bergaya, asalkan poket kita kaya...
- Baca artikel : Biar Tak Nampak Bergaya, Asalkan Poket Kita Kaya
Kalau ada barang yang bukan keperluan dan hanya menyemak dalam rumah tu, lebih baik jual jer dulu. Jual apa yang boleh dijual. Downgrade life style yang berlebihan buat sementara waktu...
Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus stop langganan Astro!
Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer.
Kalau ada kereta sampai 2, 3 buah yang jarang-jarang pakai, juallah dulu. Bila nak pakai sesekali, sewa jer lebih jimat.
Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat.
Pointnya, hidup di bawah kemampuan...
- Baca artikel : Hidup di Bawah Kemampuan
Antara perkara yang boleh dipertimbangkan:
- Jual barang yang bukan keperluan
- Hentikan tabiat merokok (banyak boleh jimat tu!)
- Hentikan langganan Astro (atau tukar pakej lebih murah)
- Masak sendiri, makan di rumah dan bawa bekal ke pejabat
- Pindah rumah dan sewa di tempat yang lebih murah (atau menjimatkan kos perjalanan ke tempat kerja)
Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit
Sikit tak apa, asalkan simpan...
Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan).
Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji.
Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpanlah RM2 sehari... Masukkan ke dalam tabung khusus.
Nanti hujung bulan masukkan duit tabungan "RM2 sehari (RM60 sebulan)" tu ke akaun bank.
Yang penting mesti menyimpan.
Prinsip #4: Bina pendapatan kedua
Menyimpan memang bagus. Tapi bila menyimpan, kita kena potong perbelanjaan kita setiap bulan. Nak kena downgrade gaya hidup...
Dan tentunya ada limit... Kebanyakkan orang tak mampu downgrade gaya hidup secara mendadak... Jadi alternatifnya kena tambah pendapatan...
Kalau tak mampu kurangkan perbelanjaan, penyelesaiannya ialah tingkatkan pendapatan supaya dapat menabung lebih banyak...
Explore-lah peluang-peluang bisnes (atau kerja) yang boleh dibuat secara part-time di luar waktu kerja.
Anggaplah gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan.
Simpan hasil bisnes 100%...
- Sila baca artikel : Motivasikan Diri Dengan Simpan Hasil Bisnes
Jangan 'Tarah' Hasil Bisnes
Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%!
Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.
Second income penting sebagai ‘backup’ pendapatan utama kita, dan untuk tambahkan simpanan.
Pakar Kewangan Azizi Ali sarankan setiap orang perlu ada second income.
Itulah apa yang saya buat... Dan saya yakin, carilah rahsia sampai hujung dunia sekalipun, inilah juga rahsianya...
Cuma beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka BERTINDAK! Keajaiban hanya berlaku bila kita bertindak...
Orang Bujang, Isteri Bekerja, Lebih Mudah
Kalau orang macam saya (yang sudah berkeluarga dan ada anak yang ramai dengan isteri yang tak ada pendapatan) pun boleh menyimpan dan bebas dari segala hutang, saya yakin orang bujang sepatutnya lebih mudah nak bebas hutang....
Susu pampers anak-anak tak kena beli...
Duit hantar anak ke sekolah pun tak ada...
Belanja pakaian anak-anak yang mahal-mahal tu pun tak perlu fikir.
Cuma fikir diri sendiri dan kebajikan mak ayah jer...
Kalau orang macam saya yang isteri tak bekerja pun boleh, saya yakin pasangan yang kedua-dua suami isteri bekerja sepatutnya lagi lah mudah untuk bebas hutang...
Asalkan ada keinginan yang kuat, dia pasti akan berjaya, insyaAllah...
Cuma hidup ni satu pilihan... Kita yang pilih "nak" atau "tak nak"...
7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang
Dari sudut strategi, saya tak ada teknik yang magik... Apa pun strategi, tak ada satu strategi pun yang hutang tu boleh langsai tanpa perlu dibayar.
Semuanya kena bayar... Dan ianya tetap kena bayar dengan duit dan harta kita sendiri.
Jadi berdasarkan pengalaman saya langsaikan semua hutang dalam masa 4 tahun, ini strategi yang saya gunakan;
Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.
Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai.
Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. Jadi kumpul duit dulu... Bila dah cukup baru beli.
Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar...
Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun).
Cuba senaraikan semua hutang-hutang yang ada mengikut kadar interest-nya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu...
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan untuk rumah pelaburan perlu dilangsaikan paling akhir sekali... Sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya!
Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.
Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut.
Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan.
Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!
Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!
Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.
Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang!
Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu.
Kena mujahadah la sikit...
Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Jangan gatal tangan usik dana tu!
Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang.
Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah.
Jadi saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
- Baca artikel : Settle Loan Rumah Hasil Tabungan Emas. Ini Kisah En Azlan
Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi.
Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!
Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!
Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.
Tip terakhir, baca banyak buku-buku kewangan. Buku seperti “Jutawan Dari Planet Jupiter” (Azizi Ali), “Nota Jutawan, Nota Kewangan” (Irfan Khairi) tu wajib baca.
Mana-mana buku yang saya baca, mereka akan cakap benda dan tip yang sama dengan apa yang saya kongsikan ni. Bezanya cuma samada kita AMAL ataupun tidak. Itu jer.
Moga tips ringkas ni dapat bantu sahabat semua untuk jadi G.O.O.D person. Iaitu “Get Out Of Debt” kata rakan saya, David Lee (Certified Financial Planner)…
Wallahu a’lam.
Zulkifli
11 Julai 2011
10 Sya’ban 1432
Damansara Damai
- Langsai hutang teknik snowball - FB Abe Nazz
“"Zero Hutang", lain. "Bebas Hutang" pula lain. Zero Hutang; rekod hutang kita kosong. Tiada hutang langsung. Bebas Hutang pula; dalam rekod bank kita masih ada hutang. Tapi hutang tu tak dibayar dengan duit gaji kita. Sebaliknya dibayar dengan passive income kita.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 4 Julai 2024
Artikel berkaitan:
- Seronoknya Hidup Tanpa Hutang!
- Mindset Betul Untuk Bebas Dari Hutang
- Cara Gandakan Kekayaan Dengan ‘Hutang’
- Lihat Dulu Rekod Hutang Bakal Suami Sebelum Berkahwin
- Beli Rumah Tanpa Menanggung Hutang
- Perbaiki Kewangan Dulu, Jangan Kelam-kabut Beli Rumah
- Hutang Memerangkap Masa Depan Keluarga
- Jangan Lari Dari Hutang Bank
Salam…sy nak share post ni kat blog saya.sgt bermanfaat bila sebut tentang hutang ni..
lupa maklum. nama sy Hazli. staf PPUM,PJ.
Wslm Hazli,
Silakan. Moga bermanfaat. Kalau boleh saya tahu, apa address blog Hazli?
http://hazli-noor.blogspot.com/
Salam Zul, saya pun nak minta kebenaran nak share ilmu yg bermanfaat dlm blog saya…harap ruihan izin kan saya..
Wslm Mat Kedah..
Silakan.. kalau rasa ianya bermanfaat, sebarkan.. moga ia jadi amal jariah kita semua, insyaAllah.
salam. ilmu yg bmanafaat! thx 4 sharing.
Wslm, alhmadulilah.. puji-pujian bagi Allah.
ilmu yang bermanfaat, ingin saye kongsikan di blog saye
http://budakkampung39.blogspot.com/
psssttt…..lepas saye bace buku jutawan dari planet jupiter- azizi ali dan rancang wang dari sekarang- pakdi, saye berazam nak bebas dari hutang. hutang untuk benda yang liabiliti…
Alhamdulillah Irwan Miswan… silakan berkongsi kalau ianya bermanfaat..
Bagus tu.. bebaskan diri dari hutang liabiliti.. urus hutang asset dengan betul.. Moga berjaya, insyaAllah..
Salam…tips yang praktikal dan mudah….rumusan lengkap dari buku-buku kewangan yang ada di pasaran…terima kasih atas perkngsian….
Alhamdulillah.. puji-pujian bagi Allah..
salam, sy dala… nk tnye dana full-settlement tu maksudnya kite sediakan satu tempat utk simpan sampai cukup dgn jumlah hutang, kemudian kite selesaikan hutang tu ataupun kite boleh gunakan dana tu utk up kan byran hutang bulan bulan.. contoh hutang bulanan rm200 + extra rm100? confius sket.. tq sudi jawab..
Wslm Pn. Dala.
Betul tu. Lepas cukup duit dalam dana full-settlement tu, jangan top-up bayaran installment, tapi terus buat full-settlement dgn bank coz kita jimat lebih banyak dgn cara mcm tu berbanding top up installment.
owh macam tu ke… silap teknik la dala selama ni..sebab dala upkan installment tu…sebab menyampah tgk baki hutang yg x surut surut..ok, terima kasih atas maklumbalas, kalau de pape lagi, sy akan tanye kemudian..
Hallu sy linda, so nk settlekn hutang personal loan
Mcmane yer? Kalau evrymonth kte bayar lebih kt bank
Dorg Akan updte x kat sistem?
Linda,
Jangan bayar lebih installment bulanan tu. Tapi simpan duit lebihan tu sampai cukup untuk buat full settlement sekaligus. Kita akan jimat caj interest, insyaAllah.
oh mcm tu rupanya. baiklah
selama ni loan kereta 450. tapi tiap2 bulan bayar 600
ingatkan dengan bayar settlement lebih tiap-tiap lebih mcm tu cara bijak. rupanya biol. hahaha… baiklah. lepas nih lebihan tu saya buka account baru di bank lain khas utk full settlement. elmu yg sangat bermanfaat
terima kasih tuan
Alhamdulillah.
Err… Sy kurang jelas berkaitan dgn dana full setllement.. sy ambil contoh loan kereta.. loan kereta sy brjumlah RM48K.. dan installment bulan-bulan RM550.. Sy biasanya membayar RM600 sebulan.. Adakah salah cara sy nie ?
Adakah dana full setlement yg tuan maksudkan tu ialah dgn cara sy bayar hanya RM550 kepada bank, dan jika ad lebihan wang, sy masukan ke dlm akaun khas dan dikumpul sehingga cukup RM48k dan kemudianya di bayar secara full settlement ? Kalau itula caranya, sy rasa, ianya mengambil masa yg lama untuk langsaikan hutang sebanyak RM48k itu.. Hehe
Assalamualaikum tuan Zul,
Saya masih belajar dan ada membuat loan melalui cagaran ASB di BSN berjumlah RM35ribu untuk pengajian diploma saya beberapa tahun lalu. Bulanan yang perlu saya bayar ialah RM413 untuk 10 tahun. Sekarang saya sudah bayar selama 79bulan= RM 32,627. Ada baki lagi RM16,933 untuk di bayar dalam masa 41bulan akan datang..
Begini, saya bercadang untuk melangsaikan hutang tersebut menggunakan wang simpanan di ASB saya..
Persoalan saya, adakah berbaloi sekiranya saya buat begitu? Saya anggarkan jumlah yang perlu dibayar untuk full settlement adalah dalam lingkungan RM12k-15k.. Dengan harapan dapat penjimatan sebanyak RM 2ribu ke 4 ribu setelah membuat bayaran penuh dan juga tiada lagi bayaran bulanan sebanyak RM413 yang membebankan ibu saya kerana saya masih lagi belajar.
Terima kasih.
Wslm En. Hazwan,
Bayar jer cepat-cepat. Habis hutang, hati pun senang. Lepas tu duit bayaran bulanan tu boleh fokus tambahkan simpanan.
Din,
Saya syorkan bayar bulan2 RM550, dan simpan RM50 tu dalam fund full settlement. Kalau portion RM600 yang din bayar tu, itu untuk bayar interest (sebahagian besar) dan nilai pokok (sebahagian kecil).
Tapi kalau buat dana full settlement tu, kita akan bayar 100% atas nilai pokok yang berbaki.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum.. saya ayu.sy nk mintak kebenaran share blog ni ye.. nak tny pendapat encik Zul. sy ada beberapa hutang mudarat spt 2 credit card, courts, personal loan dan kereta. nanti sy akan dapat durian runtuh dimana jika dikira cukup2 untuk membayar total hutang cr cards dan courts saya. masalahnya saya dalam dilema kerana saya juga berhajat untuk renovate rumah saya yg sememangya patut dibaiki krn terdapat beberapa kerosakan yg agak teruk. persoalannya yg mana patut saya lakukan dulu samada byr hutang2 mudarat tu atau baiki rumah. sy xboleh buat keduanya sekali kerana wang xcukup. sy risau tersalah cara dan membebankan lagi sy. minta pendapat encik zul. terima kasih.
Wslm Pn. Ayu,
T.kasih berziarah ke blog saya yang seadanya ni. Kalau ianya bermanfaat, kongsikan dgn orang lain. Moga ia jadi amal jariah saya & puan juga.
Pasal konflik kewangan puan, saya yakin puan lebih faham yang mana lebih utama. Cum saya prefer langsaikan hutang secepat mungkin. Utk keperluan baiki rumah, saya akan cari duit lain, especially pertingkatkan hasil bisnes. Hutang mudarat tu benar2 akan memudaratkan kewangan kita kalau lambat ditangani dgn baik.
Wallahu a’lam.
trima kasih di atas pandangan en.zul.. Sekarg sy dh nmpk jln yg sepatutnye.. Sememangnya hutang mudarat ni membebankan.. Mintak2 sy dpt langsaikan hutang sy secepat mungkin.. Tq ye..
InsyaAllah.. Moga cepat2 jadi seorang yang debt-free! Kemudian baru menyusun langkah seterusnya untuk jadi seorang yang financially free, insyaAllah..
Nice sharing! Idea mengenai Dana full settlement tu sangat menarik. Macamana nak make sure Dana tu Akan digunakan untuk tujuannya yang asal i.e. untuk debt free? Kadang2 kita manusia ni senang terpesong. Hehe
Hakimi,
Itu memang kena betul2 berdisiplin… Mesti ada kesedaran dan keinsafan untuk jauh dari segala hutang… Saya sampai hari ni memang tak berkenan dengan hutang, installment, ansuran, skim bayaran mudah dsb… Untuk dapat keinsafan, saya syorkan Hakimi baca buku “Petunjuk Jalan Kekayaan” tulisan Chef Li (Dato’ Dr. Rusly Abdullah). Buku tu lah membuatkan saya insaf dan fobia dengan hutang…
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum..dan allhamdulillah en zul dah bebas hutang bsama isteri,saya juga adalah tergolong dalam manusia yang lalai dalam membayar hutang dan sampai satu masa kini hutang2 saya dah mluas,kes saya ni pula en zul,saya menyelesaikan masalah saya dengan buat pinjaman along mcm gali lubang tutup lubang hgga kini saya da jd bingung dan dah tak bmaya serta takut utk kluar xtau mau cari jalan kluar..
Wslm Tuan,
Alhamdulillah… Allah bebaskan kami dari hutang. Saya yakin, tuan pun boleh, insyaAllah. Setiap masalah tu ada jalan penyelesaiannya. Mulakan azam baru…
Saya syorkan tuan baca buku “Petunjuk Jalan Kekayaan” tulisan Chef Li. Saya banyak dapat petunjuk dan inspirasi daripada buku tu.
saya berharap sangat en zul dan isteri dapat beri cara penyelesaian pada saya dan terusla menghubungi saya seandainya en zul atau isteri punya jalan yg tbaik..dah terlalu lama saya mnantikan bagaimana saya dapat kluar dr masalah ini..num saya 013 850 7998 ( azura dr kningau, Sabah )
Pn. Azura,
Saya syorkan Pn. (1) dapatkan kaunseling dari AKPK. Tengok website dia http://www.akpk.org.my. AKPK memang ditubuhkan untuk bantu orang yang dalam belengu hutang.
(2) Hentikan buat hutang lagi. Belajar hidup di bawah kemampuan.
(3) Mulakan bisnes sendiri. Buat bisnes, jangan masuk apa2 skim bisnes. Saya syorkan Pn. Azura baca artikel2 yang saya tulis pasal bisnes. InsyaAllah Pn. akan dapat pencerahan melalui artikel tu.
Wallahu a’alam.
Salam, saya memang nak bebas hutang, masalahnya bila time gaji je, selepas semua hutang dibyr , lebihan hanya lepas perbelanjaan hari2 je..kdg2 tak cukup..disiplin byr hutang ade, disiplin nak menyimpan sendiri mmg susah. boleh katakan perbelanjaan lebih daripada gaji.fyi saya paksa diri ambil asb loan 200K last yr.alhamdulillah payment ok.. rasanya silap saya tak guna balik div yg dapt last yr tu di cover balik asb loan tu..insyaallah div tahun ni saya nak cover balik n settle hutang2 yg lain.
Wslm Pn. Yatie,
Saya syorkan Pn. Yatie tambahkan lagi ilmu pasal pengurusan kewangan peribadi. Antara buku yang boleh saya syorkan ialah buku (1) Jutawan Dari Planet Jupiter, Azizi Ali, (2) Nota Jutawan Nota Kewangan, Irfan Khairi, dan (3) Petunjuk Jalan Kekayaan, Chef Li.
InsyaAllah, lepas baca 3 buku tu, puan akan nampak jalan keluarnya. Sejauh mana kita boleh kaya bergantung sejauh mana ilmu kita tentang kekayaan.
Orang income besar tak semestinya kaya, orang income kecik tak semestinya miskin. Saya tengok ramai orang yang incomenya besar tapi tetap terbelengu dengan hutang, dan saya nampak ramai orang incomenya kecil tapi ada saving yang banyak. Pokoknya ialah ilmu.
Wallahu a’lam.
salam, terima kasih. InsyaAllah akan saya usahakan dapatkan buku2 tersebut dan cuba praktikan 7 strategi yd diatas..nampaknya saya kena study balik payment yg saya buat every month dan list out yg mene perlu.
Wslm Pn. Yatie,
Moga Allah permudahkan Pn. Yatie untuk dapat kelapangan dari sudut kewangan, insyaAllah.
Saya meminta kebenaran untuk share ilmu dalam blog ini bersama yang lain.
Silakan En. Jidine. Moga bermanfaat untuk semua, insyaAllah.
Terima kasih atas sumbangan ilmu tuan ni.. sharing is caring..
Alhamdulillah.. Puji-pujian bagi Allah. T.kasih berziarah ke blog seadanya ni.
Salam Tuan Zul… saya Wan
Mohon pendapat tuan. Baki loan kereta saya 35k (2 thn lagi), dah tanya bank full settlement rebate 1k ++ sahaja.
Saya dok fikir patut buat full settlement car loan @ dump 35k cash tu dlm asb/th. Anggaran div utk 2 thn adalah 5k berbanding rebate 1k ++.
Terima kasih tuan.
Wslm En. Wan,
Dari sudut keuntungan, invest duit RM35k tu lebih untung berbanding full settlement sbb kita boleh dapat keuntungan lebih tinggi dengan investment lain berbanding ‘penjimatan’ early settlement.
Cuma saya lebih suka early settlment untuk lebih “peace of mind”. Lepas settle, dah tak perlu fikir apa2 lagi pasal loan. Terus fokus kepada gandangan keuntungan melalui pelaburan & bisnes dengan duit lain.
Wallahu a’lam.
Terimakasih atas pandangan tuan.
Selain tu lepas ‘ronda2’ blog tuan ni rasa mcm nak labur 20k (drp 35k tadi) utk jadi dealer emas. Rasa2 lepas 2 thn lebih byk untung tak.
Buat masa ni cash flow ok lagi utk terus service car loan tadi (staf loan).
Wan
Kalau tengok pada faktor ekonomi & kewangan dunia hari ni, saya yakin harga emas akan pergi jauh dlm masa 2 tahun ni. Dari sudut keuntungan pelaburan, saya nampak simpan emas jauh lebih untung dari simpanan di Tabung Haji atau ASB.
Kalau boleh service car loan tu, elok juga labur RM20k beli emas & automatik jadi dealer. Harga emas masih rendah sekarang. Ini waktunya untuk membeli.
Wallahu a’lam.
Tuan memang TERBAIKK
Insyaallah saya nak teruskan plan 20k emas + terus byr loan 2 thn… doakan saya
Terima kasih tuan atas ilmu2 bermanfaat yg dikongsi. Semoga tuan sekeluarga semakin dimurahkan rezeki
Saya akan hubungi tuan utk 20k emas
Wan
T.kasih atas doanya. Moga Allah kembalikan doa tu juga kepada Wan, insyaAllah. Apa2 nanti boleh contact saya, 019-3368009 atau ibnushafie@gmail.com.
superb blog.. saya sgt suka dgn kaedah dan penerangan yang sgt sistematik yg diterangkan.. sgt membuka mata hati saya.. terima kasih ye.. :)) mohon share dlm blog saya.. terima kasih sekali lagi..
Alhamdulillah Pn. Fadie Anum. Puji-pujian bagi Allah.. Kalau ianya bermanfaat, sila share seramai mungkin. Moga ia jadi amal jariah saya dan puan juga, insyaAllah..
satu blog peribadi yang bermanafaat.. kawan pon ada mempraktikkan ilmu yang ditulis .. cuma kawan lebih ke arah kebebasan kesempitan wang bukan bebas hutang.. sebab hutang bersepah2 lagi.. malah akan bertambah lagi mengikut strategi kebebasan kesempitan wang…
Nak cerita rasa dah banyak ada kaedah di blog pakar kewangan… tapi matlamat kita adalah sama, bebas…..
T.kasih berziarah ke blog ni tuan. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah lapangkan jalan kepada kita semua untuk dapat kebebasan kewangan, insyaallah… 🙂
Salam Tuan. Saya Pn Liza. Saya sedang mula berusaha untuk selesaikan hutang 2 buah kereta yang berjumlah RM1195 sebulan. Kalau boleh saya nak ia langsai sebelum tempohnya.Minta pandangan Tuan, mudah-mudahan ada jalan lain bg saya.
Wslm Pn. Liza,
Alhamdulillah, bagus azam puan tu. Saya langsaikan hutang ikut teknik yang saya kongsikan dalam artikel ni. Amalkan 4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi, dan ikut 7 Strategi yang saya kongsikan tu. Memang itu jer yang saya buat.
Puan amalkan dengan sabar, moga Allah mempermudahkan Puan untuk langsaikan hutang kereta lebih awal yang dijangka. InsyaAllah.
Assalamualaikum..En Zul, sy mohon pandangan tuan. sy ade personal loan sbyk 20k, setelah hampir 3thn membyr, baki anggaran bank masih 18990.. byk betul kan? kemudian sy juga ade loan ptptn, memandngkan kini PM umum ade diskaun 20% jika selesai awl..sy ingat nk grab peluang ni. ape pandangan tuan, jika sy langsaikan kedua2 hutang tesebut dgn wang simpanan yg sy ade?. jika sy langsaikan kedua2nya, habisla semua simpanan sy tp sy akan dpt status bebas hutang dan tiada simpanan… Tuan rase betulkah tindakan sy? mohon pndgn, terima kasih..elly
Wslm Pn Elly,
Saya syorkan adakan simpanan 3 bulan pendapatan utk kecemasan, selebihnya guna untuk settle hutang. Memang best tu dapat diskaun 20%. Itu satu insentif yang tak patut dilepaskan.
Antara PTPTN dan personal loan, personal loan perlu dilangsaikan dulu sebab interestnya lebih tinggi.
Wallahu a’lam.
Salam En. zul,
Assalam..terima kasih atas ilmu yg dikongsikan.
En. zul mencadangkan agar menyediakan dana full settlement, berbanding membayar lebih pada pinjaman spt rumah atau kereta. Boleh saudara jelaskan lebih lanjut…
Wslm Pn. Azura,
Alhamdulillah, moga artikel ni bermanfaat.
Dana tu senang jer puan. Katakanlah installment loan tu RM500 sebulan, tapi puan mampu bayar RM700 sebulan. So, saya syorkan, extra RM200 (RM700 – RM500) tu puan asingkan ke dalam dana khas. Simpan duit tu sampai dah banyak, guna duit tu untuk buat full-settlement terus. Cara macam ni lebih jimat berbanding tambah installment bulanan dari RM500 kepada RM700.
Ini disebabkan, untuk beberapa tahun pertama, installment tu sebenarnya untuk cover caj “interest” jer. Bayaran “pokok” tak berkurangan sangat. Kalau puan bayar RM500 sebulan, sebenarnya lebih kurang RM400 adalah untuk bayar “interest”.
Itu mengikut pemerhatian saya. Wallahu a’lam.
askm en zul…
sy nak buat pembiayaan peribadi utk byr full settlement kereta sebab dulu guna conventional financing…
sy ingat nak pembiayaan lebih utk cover card credit + pelaburan emas dll…
mohon pendapat tuan?
Wslm tuan,
1. Car Loan Konvensinal
Buat pembiayaan peribadi utk bayar full settlement kereta bagi saya merugikan dari sudut kewangan. Kosnya akan jadi lebih besar. Saya syorkan continue jer dengan car loan conventional tu untuk meminimumkan kerugian. Saya ada sembang dengan sahabat saya yang Master Muamalat Islam katanya, its ok bila kita tersilap dlm urusniaga, Islam tak tuntut supaya kita keluar dan tanggung rugi lebih besar. Tapi kalau nak terminate loan lama atas dasar taqwa, saya rasa itu lebih baik. Moga Allah ampunkan kesilapan yang lalu.
2. Settle Credit Card
Kalau Credit Card outstanding banyak, memang exit plan paling baik ialah buat personal loan Islamic dan settle kesemua. Jangan lupa langkah paling penting, potong semua credit card! Kalau nak simpan pun, tinggalkan satu jer… :).. Kalau tak, masalah tak akan selesai..
3. Pelaburan Emas
Pelaburan ni sebenarnya kena pakai duit lebihan, bukan dengan duit loan. Tapi kalau ada lebihan loan yang tak pakai at least untuk jangka masa setahun, boleh consider untuk simpannya dalam bentuk emas.
Wallahu a’lam.
Buat loan antara tahun 2009, 2010,2012..berjumlah lebih kurang rm660k… tapi tiada PL, tiada tunggakan CC. Hanya rumah (2), asb, kereta myvi. Belum bercadang nak full sattlement.. kalau buat pun mungkin sattle kereta dulu…..
Betul tu En. Amer, antara 3 jenis loan tu, memang loan kereta perlu dilangsaikan dulu.
Askum En Zul, mohon share artikel2 tuan..
Silakan tuan, moga bermanfaat, insyaAllah.
Asalamualaikum,cik zul.saya nak minta pendapat.saya mempunyai simpanan dalam tabung haji sebanyak 20 k sahaja.tetapi saya berniat untuk mengerjakan haji bersama dengan suami menggunakan wang tersebut.pada masa yang sama,saya juga mempunyai hutang lain.jika saya gunakan kesemua wang itu untuk membayar hutang.bila pula saya dapat dapat mengumpulkan wang sebanyak itu lagi?
Wslm Pn. Balqis,
Bagus plan Pn. Balqis untuk buat haji. Bagi saya, puan boleh bagi keutamaan pergi haji kalau hutang yang puan ada tu ialah hutang bersifat keperluan dan tak memudaratkan kewangan puan.
Kalau ada hutang macam kad kredit, saya rasa puan kena langsaikan kad kredit dulu baru pergi haji. Hutang rumah atau kereta tu saya rasa boleh ditangguhkan kalau ia masih lagi diperingkat boleh diurus.
Wallahu a’lam.
sangat bernafaat.maybe saya boleh kongsikan di blog saya untuk rujukan.
http://www.ccris.com
Memang bagus blog tuan tu. Saya suka artikel pasal retirement tu. T.kasih.
tlah diposkan dgn editor sdkit.
tq tuan.
Alhamdulillah…
bagaimana nak buat simpanan emas dan bank mana yang terbaik
Bagi saya, emas terbaik untuk disimpan ialah emas Public Gold (www.publicgold.com.my) sebab susut nilainya paling rendah, urusan jual belinya paling mudah. Public Gold tak ada kena mengena dengan Public Bank. Ia adalah syarikat yang mengeluarkan emas pelaburan terbesar di Malaysia.
saya hanya mempunyai simpanan sebanyak 10K dalam akaun tabung haji. minta tuan beri cadangan cara simpanan yang bagaimana terbaik untuk saya mengembangkan simpanan
Kalau agak-agak duit tabung haji tu tak akan digunakan dalam tempoh setahun (at least), saya syorkan beli emas Dinar Public Gold. Ia jauh lebih untung dari simpan dalam Tabung Haji. Wallahu a’lam.
Salam tuan, minta pendapat tuan. Saya ingin settlekan personal loan Maybank dan HSBC saya. Adakah ada pengurangan interest atau rebate jika saya settle awal?
Mana lebih baik, invest dalam ASB dan tunggu dividen untuk bayar hutang atau settle loan2 ini dahulu.
Wslm tuan. Kalau saya di tempat tuan, saya akan settlekan personal loan tu kesemuanya dan mulakan azam baru untuk bina balik kekayaan & simpanan sebab dah banyak pihak yang pakar dari sudut kewangan membuat kira-kira, pelaburan ASB menggunakan duit loan sangat tak berbaloi untuk jangka panjang.
Unless tuan gunakan duit tu untuk beli emas diwaktu sekarang (tengah rendah), dan bayar duit personal tu ikut jadual ansuran, itu mungkin lebih berbaloi. Wallahu a’lam.
MrsAnna : Assalalmualikum wrt…
saya inginkan sedikit pandangan penyelesai…buat masa ini saya ada sedikit simpanan wang tunai dalam masa yang sama saya ada masalah hutang kad kredit 2 keping, personal loan asb loan tabung pendidikan, loan rumah, gold di ar rahnu (pajak)…bila saya nak settlekan hutang itu saya mampu cuma saya raasa sayang nak bagi wang yang banyak pada orang susah saya cuba kumpulkan…pandangan tuan cam mana?
Wslm Mrs Anna,
Memang sayang duit untuk bayar loan sekaligus sebab susah-susah kita kumpulkan duit tu tapi, hutang tetap perlu dilangsaikan. Kalau saya berada di tempat puan, saya akan spare sebahagian duit untuk kecemasan (at least 3 bulan pendapatan), selebihnya saya akan langsaikan hutang. Saya lebih suka cara begitu sebab matlamat saya bukan sahaja “plenty of money”, tapi saya nak dapatkan juga “peace of mind”.
Antara banyak-banyak loan tu, saya rasa pinjaman pendidikan boleh dikemudiankan sebab biasanya interestnya sangat rendah. Wallahu a’lam.
assalamualikum…saya telah pun menyelesaikan 2 keping kad kredit dan menutup satu kad kredit…adalah langkah yang baik…?
saya juga ingin tahu adakah insuran dan loan asb tu satu liability atau aset?
bagaimana pula dengan gold di Ar-Rahnu…perlu ke saya keluarkan dari simpanan di Bank atau kekalkan dan membayar upah simpan?
Wslm Pn. Rohana,
Alhamdulillah, tahniah puan. Satu pencapaian yang baik. Memang bagus tu tutup semua kad kredit kecuali satu.
Insurans (takaful) tu “Protection”, salah satu komponen penting mengurus kewangan. Saya bayar takaful untuk “protection” dan saya tak ambil langsung pelan “saving”, “investment-link” dsb. Kalau nak saving, better ditempat lain jauh lebih untung.
Loan ASB bagi saya satu liabiliti sebab kalau puan kira betul-betul, orang yang buat saving tunai secara konsisten sebagaimana dia bayar ASB loan, ia jauh lebih untung berbanding untuk long-term. Azizi Ali, Pakar Kewangan pun komen ASB tak berbaloi katanya.
Ar-Rahnu tu kalau boleh tebus la sebab kos simpanan ar-rahnu lebih kurang 14% setahun (agak tinggi) melainkan guna duit tu untuk rolling bisnes yang confirm untung.
Wallahu a’lam.
SAlam…oh begitu…buat masa ini saya mengambil insuran perlindungan wanita dan saving…jadi saya telah silap membuat pilihan dalam insuran ini…adakah wajar saya teruskan atau ubah tamatkan polisi kepada polisi protection? saya juga ada ambil insuran pendidikan untuk anak2…tu bagaimana pula? pasal loan ASB pula saya terpaksa teruskan…kerana belum 2 tahun…saya perlu usaha simpanan dana full settlement loan peribadi dulu…tapi mungkin ambil masa lama sikit kerana loan 100K (silap saya beli rumah cash guna personal loan)…terima kasih kerana telah buka minda saya…semoga allah sentiasa memberi saya petunjuk…dan kejayaan untuk tuan.
Wslm Pn. Rohana,
Saya suggest ambil protection jer. Kalau boleh, teruskan polisi tu tapi customize coverage & protection. Kalau tak boleh customize, terpaksa tamatkan polisi dan ambil polisi protection. Insuran pendidikan tu bagi saya boleh diteruskan. Insurans tu maksud saya ialah takaful, bukan insurans konvensional. Kalau insurance konvensional, memang wajib tukar kepada takaful.
Moga Allah merahmati & melapangkan rezeki puan sekeluarga, amiin..
salam…Alhamdulilah…tuan saya telah tebus gold di Ar Rahnu…so apa target hutang yang saya kena selesaikan dengan menggumpulkannya di dana full setlement? car loan? personal loan? asb loan? house loan? JPA loan (pendidikan)? bagaimana kita nak budget untuk selesaikan ? yang lain tu byk sangat amunnya…seperti personal loan tu?mungkin makan masa sikit, betul tak?
Wlsm Pn. Rohana,
Alhamdulillah, syukur pada Allah. Dan tahniah pada Pn. Rohana. Apa yang perlu buat sekarang ni, simpan duit bayaran installment kad kredit & ar-rahnu yang puan peruntukkan setiap bulan sebelum ni ke dalam “Dana Full-Settlemen” yang saya maksudkan. Untuk settle hutang seterusnya, ni saya senaraikan ikut prioriti interestnya & nature hutang tersebut:
1. Car loan (hutang liabiliti)
2. Personal loan (saya tak pasti puan gunakan loan ni untuk apa, kalau untuk beli aset macam emas, boleh dilewatkan bayaran)
3. ASB loan (hutang aset, tapi keuntungan tak seberapa)
4. Housing loan (hutang aset, kenaikannya bebaloi)
5. JPA loan (hutang intellectual asset, interest sangat rendah).
Prioriti utama sekarang ni ialah settlekan loan #1 dan #2 dulu. Yang lain tu lewat sikit pun tak apa. Wallahu a’lam.
Saya ingin bertanya, saya mampu bayar rm 1300 sebulan untuk loan kereta, tapi saya hanya buat loan kereta rm 760 sahaja untuk 9 tahun,dengan harapan baki (1300-760)=540 saya simpan. bila fikir semula rasa rugi sahaja sbb loan lama sgt, jadi saya bercadang untuk bayar rm 1300 untuk 5 tahun. Berbaloi tak?boleh tuan tunjukan kiraan perbezaan interestnya jika bayar terus rm 1300 sebulan selama 5 tahun berbanding dgn menyimpan rm 540 sebulan dalam asb selama 5 tahun. Saya bercadang untuk beli rumah dalam masa 5 tahun lagi sbb itu saya ingin cepatkan langsai hutang ini.
Boleh saya tahu berapa jumlah pokok (prinsipal) hutang tu? Pastinya loan 5 tahun lebih rendah caj interestnya. Kalau nak tahu berapa perbezaannya, tuan buat kiraan di bawah:
Ansuran bulanan X 12 X tahun = Jumlah Keseluruhan
Jumlah keseluruhan – Jumlah Pokok = Caj Interest Bank
Kemudian kirakan perbezaannya.
As Salam……
Saya Siti….
Bagus jg ye blog tuan ni..mmbri motivasi kpd sy yg mahu bebas hutang…insyaallah…… Sy nak minta pendapat tuan mengenai perancangan sya…
1)personal loan sy 125k monthly 1034(20thn)
2)car loan monthly 614 (9thn)
3)PTPTN (bayar ikut mampu je )
#insyaallah hanya ni sahaja pinjaman yg sy nak buat slama hidup sy ni.lpas lngsai smuanya,sy akan bebas hutang…
*perancangan sy ialah sy sy nak buat overlaping personal loan sy tu untuk singkatkan tahun kepada 15 thn shj dan nak kurangkan byaran bulann memandangkan bank yng sy nk overlap ni interest dia lebih rendah drpd bnk yg sy buat skarng.ni krn sy target umur 45 thun personal loan lngsai.(PL sy buat sy guna untuk bli tnh buat rumah=skrg rumah tu dah siap)
*perancangn kedua,sblm tu nk tnya boleh ke kita buat pinjaman kereta kat bank lain sbb nk elak interest rate yg tinggi dn kurngkan tahunnya?sbb loan keta yg sy byar skrg ni interest dia agk tggi la,..jd nk pgi bank lain,interst rndah,kurangkan tahun..jadi perancangn sy umur 36 tahun,car loan langsai….
*pasal PTPTN tu insyaallah ada ada durian runtuh ke,bonus ke sy akn lngsaikan smuanya…
Jadi tua,tu la panjng lebar cerita sy ni (minta maaf ye)bnyak sgt story nye,,,sbb sy ni baru je nak blajar…(umor x smpai 30 lg)
mohon tuan bagilah nasihat kpd sy…atau ada perancangan tuan yg lebih baik buat sy…dan smoga dgn apa yg tuan kongsikan akan mmberi kesejahteraan kpd tuan da keluarga,..TQVM
Wslm Pn. Siti,
Moga Allah memberi kemudahan untuk bebas daripada hutang.
1. Personal loan – saya tak pasti samada overlaping untung ataupun tidak sebab puan kena tengok berapa baki pinjaman kalau nak buat “full-settlement” loan lama. Itu puan kena call bank. Tanya dia berapa baki kalau nak buat full-settlement. Walaupun mungkin loan baru yang puan buat tu lebih rendah, mungkin loan pertama tu masih tinggi bakinya sebab biasanya, bank akan makan “interest” dulu untuk tahun-tahun awal. Mungkin ansuran RM1,034 tu, hanya sekitar RM200 sahaja untuk settle hutang pokok. Yang lain tu bayar interest jer. Kena buat kira-kira lebih detail kalau nak confirm untung rugi.
2. Car Loan – Sama dengan pandangan saya pada point #1 di atas.
3. PTPTN – bagi saya, PTPTN tu loan terakhir yang perlu puan settle sebab interest ratenya sangat rendah. Settlekan yang lain dulu.
Kalau nak settlekan loan tu, saya cadangkan ikut prioriti di bawah:
1. Car loan – bad debt (aset yang susut nilainya)
2. Personal loan – good debt (aset yang meningkat nilainya)
3. PTPTN – interest rate sangat rendah.
Wallahu a’lam.
Assalamulaikum En. Zulkifli, saya tertarik dengan kaedah yg encik gunakan untuk bebaskan diri daripada hutang. baru-baru ni saya buat loan untuk setelkan hutang ptptn saya sebab saya nak kejar rebat 20%. saya takde simpanan yg banyak untuk setelkan guna duit sendiri. memandangkan ini peluang keemasan saya utk tak fikir pasal ptptn, jadi saya buat loan. Tapi loan yg saya ni, saya dah buat beberapa pembahagian, untuk setel loan ptptn, personal loan saya yg before ni dan duit yg selebihnya separuh saya akan gunakan untuk baiki rumah dan separuh lagi saya nak simpan di Tabung Haji. Buat pengetahuan encik, saya pinjam rm90k, jadi lepas dah tolak2 semua tu duit yang saya simpan di Tabung Haji berbaki lagi rm19k. Jadi saya bercadang untuk menggunakan dividen Tabung Haji untuk dimasukkan ke dalam dana full settlement yang encik katakan. Let say, saya simpan rm19k, dividen 6%. Saya simpan duit dividen selama 10 tahun. Boleh tak saya setelkan hutang rm90k saya dalam 10 tahun dengan kaedah itu? Buat pengetahuan encik, interest yang dikenakan adalah 3.99% dan saya membayar bulan2 sebanyak rm599. Harap encik dapat merungkaikan permasalahan saya. Diharap ada cara yang lebih bagus untuk saya bebas hutang. Saya target before umur 40 tahun (insya Allah panjang umur) saya akan hidup bebas hutang personal loan terbabit.
Wslm En Zainal,
InsyaAllah, moga Allah merealisasikan impian En Zainal untuk bebas daripada hutang.
Mengikut kira-kira saya, simpanan Tabung Haji RM19,000 tu kalau disimpan selama 10 tahun dengan kadar dividen 6% setiap tahun, duit tu akan jadi RM32,100. Kalau semata-mata pakai duit tabung haji tu memang tak cukup. Wallahu a’lam.
Boleh saya tahu berapa lama tempoh pinjaman tu?
tempoh pinjaman saya 25 tahun dengan kadar faedah 3.99%, bulanan saya potong gaji rm599 kiranya genapkan rm600 la, jadi saya bercadang dalam 10 tahun saya saya dpt selesaikan loan dengan membuat early settlement, agak encik zulkifli macam mana ya? saya juga ada loan kereta yg baru masuk tahun ke-3, saya ada berbaki 6 tahun lagi. Bagaimana mahu cepat bebas daripada hutang?
Kalau 25 tahun, maksudnya jumlah yang perlu dibayar sebanyak RM179,700 (RM599 x 12 bulan x 25 tahun). Caj keuntungan bank sebanyak RM89,700 (RM179,700 – RM90,000). Kalau nak cepat settle, memang kena buka fund “full-settlement” yang saya maksudkan disamping terus bayar ansuran bulanan RM599 secara konsisten. Kalau ada duit durian runtuh, masukkan dalam fund tu sekali. Dah cukup nanti, boleh buat full-settlment, insyaAllah. Berapa cepat boleh settle tu saya tak pasti. Ia berbanding fund yang ada dan baki pinjaman.
Pinjaman sebenarnya menguntungkan bank sebab tahun-tahun awal ni sebab sebahagin besar portion bayar hanya untuk “interest” jer. Bayar dah banyak, tapi kalau nak settle awal, baki pinjaman masih banyak juga.
Kalau En. Zainal nak cepat bebas hutang, mesti ikhtiar untuk bina PENDAPATAN KEDUA. Buat bisnes. InsyaAllah banyak durian runtuh bila buat bisnes. Itu pengalaman saya.
Wallahu a’lam.
InsyaAllah, terima kasih atas nasihat encik zulkifli, saya pun terfikir nak bukak fund “full settlement” nanti, harap2 dalam 10 tahun saya dapat cepat settle hutang saya tu. Amin.
InsyaAllah. Mudah-mudahan Allah permudahkan En. Zainal. Amiin.
Assalamualaikum En Zul… dah baca steps yang diberi
saya nak sangat bebas hutang nie.. harap en zul boleh beri sedikit nasihat dan pandangan buat saya Bagaimana mahu cepat bebas daripada hutang
Saya la nie dok bayar hutang..spt d bwh:-
-Personal loan bank.islam 25k – dah chk kat bank, jikalau full stlmnt dlm 10K /2015 habis. – 365/mth
-personal loan Alliance 10k- bulan 6 nie habis – 250/mth
– car loan – 750/mth – lagi 8 thn… so far byr mcm biasa
– 2 credit card both kalau campur outstanding dlm +/-4k – dah lama tak guna (salah satu card balance dlm 8 ratus).. dok bayar bulanan tapi still tak habis lagi…
saya ada plan nak buat bank islam overlapping loan and settle 2 personal and ccard tu terus… then byr cuma personal loan baru ni (dlm 30K) dgn intrst 7% buat 10 thn…
kalau saya buat ini hanya personal loan ini + car loan saja saya byr dan lebihan loan itu ingat nak buat emas investment dan beli tanah lot kat kampung ni.
Mohon nasihat dan pandang en zul , adakah ini berbaloi dan betul perancangan saya ini?… kalau en zul di tempat saya apa tindakan/plan en zul….
thanks
shah – penang
initiall_d78@yahoo.com
Wslm En. Shah,
Kalau saya berada di situasi En. Shah, saya akan settlekan credit card loan dulu. Yang lain tu kena buat kira-kira lebih detail dan kena buat kiraan beberapa senario & pilih senario paling menguntungkan . Prinsipnya, bayaran loan yang interest lebih tinggi dulu.
Kalau buat loan beli emas emas & tanah tu ok sebab ia asset yang sentiasa meningkat nilainya. Worst come to worst, boleh jual je semua asset tu untuk bayar balik loan nanti.
Wallahu a’lam.
Salam..saya ada hutang kad kredit citibank hampir rm10k, MBF 5k dan hsbc 2k..sekarang agak buntu nak settlekan semua hutang ini..kalau sy buat balance transfer adakah berbaloi…boleh saya tahu dana full settlement en zul guna akaun bank atau pelaburan lain
Wslm tuan,
Kalau saya ditempat tuan, saya akan tutup kesemua kad kredit kecuali satu kad kredit yang Islamik. Untuk settlekan kad kredit, saya akan apply personal loan Islamik. Dana full settlement tu saya buka akaun bank. Dan duit tu saya rolling untuk bisnes yang menguntungkan untuk menggandakannya.
Wallahu a’lam.
salam en zul
saya hairi..boleh tuan cadangkan personal loan islamik?..skrg pun sy ada loan dgn bank rakyat (rm25k byr rm507 utk 5 thn-2thn lg habis dan mbsb byr rm647 utk 10 thn-9thn lg hbs)…kalau sy nk buat loan personal lagi mungkin kena buat overlapped betul tak..
Wslm En. Hairi, banyak bank officer personal loan Islamik. Bank Islam pun ada offer personal loan. Boleh buat baru atau overlap loan sedia ada. Wallahu a’lam.
salam tuan..bagaimana caranya nak buka found full setlement….terima kasih..
Wslm tuan,
Fund Full-Settlement tu ialah istilah yang saya gunakan, bukan istilah yang digunapakai oleh pihak bank. Ia adalah dana khas yang saya kumpulkan untuk buat full-settlement semua hutang-hutang saya. Tak kisah samada duit tu nak simpan dalam akaun bank ataupun dalam bentuk yang lain.
Wallahu a’lam.
salam en. zul. nak mohon share artikel. terima ksih 🙂
Wslm Pn. Ct,
Silakan sharekan artikel ni. Moga bermanfaat, insyaAllah.
serius terbaikkkkk tuan zul… mesti sy share nnti dlm blog sy… tp kene wat dulu 🙂
Alhamdulillah… Puji-pujian bagi Allah… Silakan share En Shah. Moga ia jadi sumber pencen pahala untul saya dan En Shah juga, insyaAllah…
salam En zul..
Alhamdulilah blog en sgt bermanafaat kpd sy.
Saya nk tanya antara hutang berikut yg mana perlu diselesaikan dahulu..
Rumah 1 RM430/month X 4thn-6% baki 20K
Rumah 2 RM800/month X 36thn-4.4%- untuk sewa msh pembinaan.
Kete 1-880/month 2.35% X 8th
Kete 2 2nd car -526/month x4th baki 25K
Personal loan RM 444/month -3.99% baki 40K
PTPTN byr 350/month -3% baki RM 18k
Wang dlm tgn RM5K (saving a.c) RM 20K-dlm ASB,Public mutual-RM5K
Soalan .
mana satu ikut keutamaan perlu diselesaikan.
2Perlukah saya keluarkan simpanan saya semua untk cover hutang diatas…umur 32thn gaji 6k/month @ simpan kat akaun daily setlement dan bayar sekali gus jika cukup..
Terima kasih… sila en zul berikan pandangan
Wassalam En. Bahari,
Secara prinsipnya:
1. Hutang membeli liabiliti (barang yang sentiasa susut nilainya) perlu disettlekan dulu berbanding hutang membeli aset seperti rumah, hartanah, emas ataupun perak.
2. Interest yang paling tinggi perlu disettlekan dulu berbanding interest yang paling rendah.
3. Sebelum buat full-settlement, pastikan dah stand-by dengan duit tunai sebanyak 3 bulan gaji untuk kecemasan.
4. Kalau beli rumah untuk investment, dan ia dapat disewakan lebih tinggi dari ansuran bulanan, tak perlu risau langsung tentang rumah tu sebab ia bukan lagi kategori hutang, tapi ia adalah aset yang menjana aliran tunai positif.
InsyaAllah dengan 4 prinsip di atas, En. Bahari boleh buat keputusan terbaik hutang mana perlu dilangsaikan dulu dan samada perlu tak habiskan duit simpanan untuk cover hutang.
Wallahu a’lam.
Salam En Zul,
Terima kasih atas nasihat & Pandangan…
Wslm En. Bahari,
Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah.
Assalamualaikum,
Dana full settlement hutang tu, kita kena bayar zakat ke?sebab kalau tak silap saya, semua simpanan diwajibkan zakat..
-arisa
Wslm Pn. Arisa,
Betul tu. Duit simpanan memang kena bayar zakat kalau lebih nisab. Nisab semasa simpanan ialah mengikut harga semasa 85 gram emas.
Wallahu a’lam.
satu lagi, apa pendapat tuan tentang dividen kwsp?halal atau haram. saya ada terbaca pendapat yang mengatakan jumlah dividen tadi perlu didarabkan dengan peratusan pelaburan yang halal. Bagaimanapun pada pendapat saya, sebenarnya adalah mustahil untuk kita ketahui dengan tepat peratusan halal tersebut, melainkan staf kwsp yang terlibat dengan pelaburan itu sendiri memberikan maklumat.
-arisa
Tentang dividen KWSP, saya copy paste terus jawapan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman:
“dividen ini adalah ‘hibah’ dari sudut Shariah. Cuma isu pelaburannya bercampur, ia boleh diselesaikan dengan cara mendermakan beberapa peratusan dividen yang diterima (berdasarkan fakta jumlah peratusan kaunter haram yang dilaburkan). Kemudian caruman asal adalah milik penuh si individu dan baki dividen dari pelaburan halal adalah boleh dimanfaatkan”.
Puan boleh cek jawapan penuh di sini: http://bit.ly/16jxxHL
Wallahu a’lam.
As salam en.zul..saya nak tanya pendapat en.zul..saya bercadang untuk refinance rumah..dan dengan duit cash yang saya dapat hasil dari refinance rumah tu..saya buat full settlemet hutang kereta..bila hutang kereta dah selesai, bayaran monthly kereta, saya masukkan ke a/k full settlement..adakah ianya menguntungkan..? mohon pendapat en.zul..terima kasih
-faizah
Wslm Pn Faizah,
Saya tak pasti samada ia benar-benar menguntungkan atau tak sebab kena buat actual calculation baru tahu. Ia melibatkan buat hutang baru untuk cover hutang lama.
Secara umumnya, saya rasa lebih baik teruskan teruskan jer hutang yang sedia ada. Kalau ada duit extra, masukkan dalam Akaun Full-Settlement Hutang. Dah cukup nanti terus buat full-settlement.
Wallahu a’lam.
Salam tuan.. disini saya ingin berkongsi masalah yg boleh dikatakan agak besar juga. Saya bekerja di sektor swasta dgn gaji sekitar 800 hingga 900 sebulan. Namun saya membuat terlampau banyak loan contoh nya loan along loan bank loan aeon . Sehingga ada tunggakan yang sekatang ni saya pun bingung mana nak cari duit untuk byr… boleh tuan bagi pendapat tak
Wslm Pn. Ella,
Saya syorkan puan baca buku Petunjuk Jalan Kekayaan, tulisan Chef Li. Kat sana ada jawapan kepada permasaalahan puan, insyaAllah.
Assalamualaikum…
Saya dah cukup wang untuk buat full settlement personal loan saya, macam mana kita nak maklumkan kepada pihak bank yang kita nak langsai semua personal loan kita tu????
Wslm En. Yusdi,
Tahniah! Saya suka dengar berita tu.
En. Yusdi datang ke bank tu, bagi satu tarikh, bila En. Yusdi akan buat full-settlement tu. Nanti dia akan bagi satu jumlah dan settlekan jumlah tu sebelum tarikh yang di maksudkan.
Lepas settle bayaran, bank akan keluarkan surat pengesahan pembayaran penuh loan tersebut. Dan simpan baik-baik pengesahan tu untuk beberapa tahun. Mana tahu, tetiba pihak bank hantar surat outstanding loan lagi sebagaimana berlaku kepada isteri saya untuk pinjaman PTPTN.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum,
Saya baru-baru ini (3 bulan lepas) telah buat full settlement untuk loan hire purchase kereta, tapi tak dapat pula surat pengesahan pembayaran penuh loan, yang saya dapat cuma sekeping slip bank. Soalan saya di sini, perlukah saya minta surat pengesahan tersebut? dan adakah bank akan melayan permintaan saya untuk mendapatkan surat tersebut jika diminta setelah 3 bulan membuat bayaran full settlement? saya risau bank akan buat tak layan..
-arisa
Wslm Pn. Arisa,
Puan kena mintak bank keluarkan surat pelepasan tuntutan sebab takut-takut mungkin ada caj-caj lain yang belum settle. Kalau buat diam, takut tetiba datang statement sekali dengan caj interest kelewatan. Kena follow-up dengan bank tu.
Ok, terima kasih atas info..moga Allah berkati segala urusan tuan.
-arisa
It’s ok. Terima kasih juga atas doanya. Moga Allah mempermudahkan urusan puan.
ingin sekali bebas hutang. Saya akan cuba berdasarkan tips encik. nak melawan nafsu membeli yg susah ni. adoi
Memang kena mujahadah. Bebas hutang dan memperbaiki tahap kewangan sebenarnya kita banyak bertarung dengan diri sendiri untuk mendisiplin sikap terhadap kewangan. Pasang dulu azam, insyaAllah Allah akan mempermudahkan jalan.
Assalamualaikum,
Saya dlm dilema skrg ni..
Saya dh jual kereta 2nd hand yg saya beli sbb byk sgt problem.. Dpt cash dlm 40k.
Skrg ni saya kena beli kereta baru atas dasar keperluan. Serik dh nk beli 2nd hand. Harga kereta 57k. Saya dlm dilema sama ada nk guna 40k utk byr cash kereta tu dan hanya ambil car loan 17k atau byr 20k cash dan ambil car loan 37k, selebihnya 20k simpan dlm ASB utk collect dividen.
Mohon pandangan tuan. Jazakallah.
Wslm Puan,
Saya pun tak pasti apa option terbaik untuk situasi puan. Cuma kalau puan ada plan rolling duit tu untuk bisnes / pelaburan yang menguntungkan, ada baiknya beli kereta dengan loan jer. Duit tu guna buat rolling.
Kalau tak, baik guna buat beli kereta jer sepenuhnya sebab itu lebih peace of mind.
Katakanlah dengan buat loan maksimum, puan kena bayar RM600 sebulan. Tapi bayar tunai & loan yang minimum, cuma perlu bayar ansuran loan RM200 sebulan. Saya syorkan puan disiplinkan diri simpan RM400 sebulan supaya komitmen puan tetap RM600 (RM200 + RM400) sebulan supaya kekayaan tu tak hilang.
Wallahu a’lam.
Terima kasih atas perkongsian… Segala ilmu yang En. berkongsi menjadi salah satu rujukan saya…
http://atomwrote.blogspot.com/
It’s ok puan. Terima kasih berziarah ke blog saya seadanya ni. Moga bermanfaat, insyaAllah.
[…] 7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang! […]
[…] Jalan Sebenar Bebas Kewangan Orang Berniaga Paling Banyak Menyimpan Mencari Bisnes Paling Serasi? 7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang! Bongkar Kekuatan, Jangan Pedulikan Masalah 5 Amalan Tingkatkan Nilai Kekayaan […]
[…] 7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang! […]
[…] 7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang! […]
[…] 7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang! […]
akum en,
saya nak mintak pendapat..patut ke saya buat personal loan
intrtest rate8+% tuk setllekan hutang x berinterest cth utang
perabot,+aeon,ccard(yg 2 ni ada interest)..sbb
dorang ni asik kol je..kehkeh mkasih
Wlsm Puan,
Saya syorkan disiplinkan diri untuk bayar loan sedia ada jer. Tak perlu buat loan baru..
Wallahu a’lam.
[…] 7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang! […]
[…] 7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang! […]
Assalamualaikum,
Saya nak mintak pendapat berkenaaan bisnes harta-tanah. Saya tak ada model untuk memulakan perniagaan ini dan hutang rumah,kereta dan ++ ada banyak. Idea saya, melalui dengan cara refinacing rumah saya lebih kurang 250k, maka dapatlah saya model segera. tapi installment bulanan rumah saya telah bertambah dari RM550 sebulan kepada RM1500 sebulan. Model segera ini saya akan pakai utk beli tanah ekar kemudian pecah ke lot2. untung jangkaan mungkin 2 kali ganda dlm 2 thn. Saya baru first time nak cuba so zero pengalaman dlm bidang ini. Adakah cara ini betul @ kurang risiko atau ada bisnes yg lagi lebih selamat dari ini? mintak komen dari sifu.
Wlsm En. Risti,
Antara nasihat mereka yang berjaya dalam perniagaan ialah jangan mulakan perniagaan dengan loan. Mulakan dengan apa yang ada jer. Tapi kalau En. Risti refinancing rumah (hartanah) untuk beli tanah (juga hartanah), saya nampak risikonya rendah. Bahkan peluang untungnya besar.
Cuma study dulu bidang bisnes yang En. Risti nak mulakan tu. Belajar dari mereka yang memang ahli dalam bidang tu sebab En. Risti cagarkan kerugian tersebut dengan rumah yang En. duduk sendiri.
Wallahu a’lam.
[…] 7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang! […]
terima kasih atas nasihat tuan. Memang betul pendapat tuan, ilmu untuk memulakan cara yang saya utarakan diatas amatlah penting. Masalahnya, apakah yang patut saya tahu dan hindari supaya perancangan tersebut berjaya seperti yang dijangkakan. Kepada siapa patut saya belajar? Adakah sesiapa/consultant yg tuan kenal yang boleh/sesuai utk ajar saya?
Harap tuan boleh tolong.
terima kasih.
Untuk ilmu pelaburan hartanah, En. Risti boleh ke blog http://www.tuanbri.com. Beliau adalah rakan belajar saya di universiti dulu. Kepakaran beliau dalam bidang hartanah. Dan beliau ada buat kelas-kelas pelaburan hartanah dengan yuran harga patut.
[…] 7 Strategi Saya Bebas DariHutang! […]
[…] 7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang! […]
[…] 7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang! […]
[…] 7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang! […]
Sepanjang pagi ni sy duk baca blog tuan..mula2 skali yg pasal beli kereta tu. Nak minta nasihat sikit, sy dah bekerja selama 5 thn, bergaji tidak sampai 2k, cuma bermotorsikal shj (kerana tidak begitu memerlukan kereta.) Umur sy 28 thn & masih bujang..hehe. Selama ini sy menyimpan duit kdg2 shj, cuma baru thn ni sy mula save 15% dari gaji sy & bahagikan ke dlm akaun bank lain (termasuk Tabung Haji). Selebihnya sy habiskan utk sewa rumah, insurans Etiqa, bil2 dll. Sy juga ada buat kerja2 freelance sikit2 & duit FL tu sy mmg x sentuh, terus save dlm bank. Sy juga ada ASB tp dh lama sgt x masukkan duit. Setakat ini sy cuma menanggung hutang PTPTN shj. Dan skang semua simpanan sy berjumlah bwh 16k.
Sy mmg setuju dgn prinsip “beli rumah/tanah lebih baik dari kereta”. Cuma x tahu macam mana nak mulakan. Boleh bg tips @ pendapat tuan tentang cara sy ini, betul ke x? Sebenarnya sy rasa agak terlambat menyimpan dgn cara begini, sepatutnya sy dh boleh menyimpan dgn lebih bnyk lagi sepanjang 5 thn ni. 🙂
Wslm Ayahsu,
Terima kasih berziarah ke blog saya. Dan tahniah, saya rasa kedudukan kewangan tuan agak sihat.
Pasal tips pelaburan hartanah, tuan boleh ikuti tips ringkas saya di artikel “2 Kerugian Membeli Rumah Paling Mampu“. Moga bermanfaat, insyaAllah.
[…] 7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang! […]
[…] 7 Strategi Saya Bebas Daripada Hutang! […]
Salam En. Zul,
Saya mmg ada menyimpan melalui ASB Savings. baru2 ni saya terbaca bhwa hukum ke atas dividen & bonus ASB adalah haram dan saya rasa saya ingin membersihkannya. Bolehkah saya gunakan dividen & bonus ASB utk selesaikan hutang PTPTN? apa hukumnya?
Terima kasih.
Wslm Pn. Wan Zara,
Majlis fatwa kebangsaan dah putuskan hukum melabur dalam ASB harus atas alasan maslahah. Tapi ramai mereka yang juga pakar dalam muamalat Islam tak setuju pendapat tersebut disebabkan maslahah yang dimaksudkan tu tak kuat disebabkan tiada usaha serius kerajaan untuk pastikan ASB hanya dilaburkan dalam syarikat yang patuh syariah sahaja.
Walaubagaimanapun, bila majlis fatwa dah putuskan ianya harus, maka segala dosa (kalau ada) dah ditanggung oleh mereka. Bagi orang awam, ianya halal. Tapi bagi mereka yang wara’, mereka akan tinggalkan ASB dan melabur di tempat yang jelas halal macam Tabung Haji.
Bagi saya, tak ada masalah gunakan bonus ASB untuk langsaikan hutang PTPTN. Kemudian, alihkan pelaburan ke tempat yang jelas halalnya.
Wallahu a’lam.
mohon share dlm blog ye..=)
Silakan. Moga ianya bermanfaat, insyaAllah.
Good info bro. I’ll try to practice and implement it .. Anyway thanks for sharing..
It’s ok tuan. Moga bermanfaat, insyaAllah.
Alhamdulillah…
Bestnya, jadi macam penulis bebas dari segala hutang.
Tip yang baik telah dikongsikan oleh penulis.
Boleh cuba diikuti.
Antara hutang yang ‘baik’ juga adalah hutang
pinjaman perniagaan. Tapi, pastikan anda betul-betul
rancang untuk melaksanakan perniagaan.
Pertama sekali, perlu
membuat rancangan perniagaan, pastikan anda
laksanakan mengikut rancangan tersebut.
Tiada idea perniagaan? di blog sy ada di
ceritakan pasal idea perniagaan yang
bernas.
Dengan ini dapat bebas dari hutang,
serta meningkatkan nilai dan sumber
kewangan anda.
InsyaAllah.
Tq tuan atas perkongsian.
Salam…saya ingin bertanya…gaji sy dlm 3400…gji bersih 2100…tp tolak kereta 700…kutu til bln 10 300..bg ibu 250..pengasuh anak 250…tp xpernah byr lg ptptn sb ada 2 akaun n bila nk byr byk hal kena setel..jd pening…hurms…n sy juga cuba bisnes…ok…tp sy tak disiplin smpi keuntungan jd hutang sendiri sb telah gunakannya…last sekali suami pening n gji suami turut digunakan utk mbyr hutang sy…kami mempunyai simpanan tp makin surut disebabkan sy yg kurang disiplin wlaupun suami bgus dlm bajet kewangan…n nanti sy akan dpt duit durian runtuh awl tahun dpn or akhir tahun ini tp sy sudah berniat utk bawa ibubapa n sy serta suami umrah pd akhir tahun dpn….suami jg perlu menyimpan dlm 15k lg utk mbawa ibubapa suaki juga…adakah kami sudah berbelanja lebih kemampuan? Sb gji suami xtetap..dpt mungkin 2200 til 4500 monthly…tp die jg byk tanggungan…sekarang kami sudah mula berjimat n aim nk myimpan 1k monthly utk aim 4 umrah next year….ok ke x?
Wslm Puan,
Saya rasa puan kena susun balik strategi clearkan semua hutang. Duduk berbincang dengan suami supaya ada persefahaman. Kebocoran kewangan perlu ditampung dulu sebelum tambahkan simpanan. Kalau tak nanti takut penat jer. Lepas kenal pasti punca kebocoran dan strategi tampal kebocoran, baru letakkan matlamat langsaikan hutang dan tambahkan simpanan. Kalau boleh simpan RM1,000 sebulan saya rasa memang bagus.
Wallahu a’lam.
[…] Strategi Bebas Hutang. […]
antara strategi2 yang terbaik dan mudah untuk di amalkan..moga2 bermanfaat kepada rakan2 dan juga saya..terima kasih atas kesudian berkongsi dengan panjang lebar..
Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah.
excellent sharing…izinkan saya kongsi maklumat ini…
Alhamdulillah, silakan En. Hadi. Moga ia menjadi amal jariah saya dan tuan juga. InsyaAllah.
Assalam en zul.
Saya sangat tertarik dengan cara en zul membebaskan diri dari hutang. Semua langkah yang en zul explain tu langkah yang simple, senang dilaksanakan, tapi untuk melaksanakan tu memerlukan azam dan disiplin yang cukup tinggi. Saya antara yang kurang disiplin dalam menyimpan wang jika nak dibandingkan dengan suami saya. suami saya lebih terurus dan teratur, malah dia yang selalu mengingatkan saya untuk membuat simpanan. Suami saya selalu cakap, saya ni ada je cara untuk menghabiskan duit, dan itu memang saya akui, terutamanya sekarang ni serba-serbi online, banking online, shopping online. Lagi la duit cepat habis.
Lagi satu, saya tertarik tentang berbisnes. Saya selalu terfikir untuk buat bisnes, cuma saya x tahu dan x jelas tentang apa benda yang nak dijual. Pernah cuba beberapa kali, tapi terkubur begitu saja. Sudahnya modal entah ke mana, untung pun lesap.
Boleh ke en zul berikan pendapat dan mungkin sedikit cetusan idea untuk saya selesaikan masalah saya ni.
Terima kasih en. zul.
Wslm Pn. Najwa,
1. Untuk perbaiki tabiat, mungkin puan boleh baca banyak buku kewangan. Antara yang bagus ialah (1) Petunjuk Jalan Kekayaan, Chef Li, dan (2) Jutawan Dari Planet Jupiter, Azizi Ali. Buku Chef Li banyak menginsafkan saya tentang kewangan.
2. Tentang bisnes pun sama. Kena banyak belajar samada dari pembacaan atau hadir seminar. Kalau nak lagi berkesan, kena bergaul dengan golongan berniaga. Golongan begini puan boleh jumpa di seminar-seminar perniagaan.
3. Kekadang susah juga nak disiplinkan diri kita tentang kewangan. Kekadang Allah paksa kita supaya lebih berdisiplin dengan ujian kesusahan, kesempitan dsb supaya kita terpaksa disiplinkan diri. Itulah cara paling berkesan untuk didik diri. Nabi suruh “ingat kaya sebelum miskin”.
Wallahu a’lam.
Salam tuan,
Minta nak share ke wall FB 🙂
Wslm En. Khairul,
Silakan. Moga bermanfaat, insyaAllah.
amat menarik dan bagus untuk di praktikkan. Jemput lawat blog saya.
http://www.silverhealth4u.com/
Alhamdulillah. Tq.
As salam En Zul
Mohon pandangan utk simpanan khas utk anak2 yg mana sesuai & berbaloi asb 2020, gemilang, didik, tabung haji, sspn, pelaburan emas sy jd keliru utk buka akaun setiap anak sy 4 org, tak de la modal simpanan yg byk dgn mengambil petikan kata2 En.Zul yg penting de simpanan walaupun rm2 sehari, kerana de hutang akpk rm970, loan rmh rm620, belanja dapur & bil2, mmg tgh target dllm 1thn-2thn ni wat ‘dana khas’ utk settle kan akpk. Terima kasih diatas pandangan & perkongsian tips yg bermanfaat utk semua….Semoga En. Zul & famili bahagia dunia & Akhirat.
Wslm Pn. Dina,
Untuk simpanan anak-anak, saya anggap ia simpanan jangka panjang. Simpanan jangka panjang maksudnya saya tak fikir untuk gunakan duit tu dalam masa 2, 3 tahun akan datang. Semua simpanan jangka panjang saya simpan dalam bentul real asset iaitu dinar emas & dirham perak sebab ia terbukti penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia. Dah tak perlu fikir berapa dividen tahunan sebab confirm ia akan bernilai zaman berzaman dan tahan inflasi.
Kalau simpan dalam bentuk duit, risiko kebocoran sangat tinggi sebab naluri manusia pada duit adalah untuk dibelanjakan sedangkan naluri manusia pada emas ialah untuk disimpan.
Wallahu a’lam.
Assalammualaikum tuan,
Sy nk mintak pendapat,
Sy ada dpt duit terpijak rm50k, dan duit tu sy simpan di dalam ASB. Kemudian sy bercadang utk menambahkan jumlah dividen tahunan dgn membuat loan ASB penambahan 50k untuk topup dalam ASB yg sedia ada..
Adakah cara sy tu betul?
Sebab sy bhutang selama 20tahun utk loan ASB sebanyak 50k.
Sedangkan sy dah ada cash 50k (duit terpijak) tanpa sebarang hutang yg dimasukkan didalam ASB.
Bagaimana cara lain utk menggandakan wang dari cash money 50k yg ada dgn cara terbaik.
Mohon pendapat tuan. Terima kasih.
Wslm En Faz,
Kalau nak gandakan cash money tu dengan cepat, boleh jadikan modal RM50k untuk beli rumah atau tanah. Nilai rumah & tanah naik sangat cepat tapi bergantung tuan tinggal di mana. Daripada buat loan invest dalam ASB, lebih baik buat loan beli real asset macam rumah, tanah, emas dsb.
Tapi pokok kepada mana-mana investment ialah ILMU. Sebelum beli hartanah, belajar dulu pasal hartanah. Sebelum beli emas pun sama. Belajar dulu. Daripada duit RM50k tu, invest sebahagian untuk tambah ilmu dalam pelaburan dan perniagaan. Baca buku, datang seminar, dan bergaul dengan mereka berjaya. InsyaAllah, RM50k tu akan berganda jauh lebih baik berbanding sekadar simpan dalam ASB.
Wallahu a’lam.
salam, mohon share ye, perkongsian yg bermanfaat terutamanya sya yg bru habis blajar n baru bekerja, tq
Wslm En. Syah,
Silakan. Moga bermanfaat, insyaAllah.
Terima kasih. Perkongsian yang hebat dari tuan.
Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah.
Assalamualaikum En. Zulkifli…
Mohon kebenaran untuk saya share strategi bebas hutang ini diblog saya ya… sebagai panduan untuk saya nanti… Terima Kasih..
Wslm. Silakan. Moga bermanfaat, insyaAllah.
Wow.. terima kasih atas article yg amat bagus.. saya akan cuba share dengan followers & readers di blog saya in english..
Thanks again
Silakan En. Sopian. Moga bermanfaat, insyaAllah.
Assalamualaikum,
Terima kasih atas perkongsian yg membuka minda. Sy plan nak berhenti kerja utk lbh fokus pd anak (1thn4bln) & rumahtgga. Ada bercadang utk bisnes kecil2an tp blm finalize & xdpt agak projection income monthly. Hutang yg ada byk juga, PTPTN, personal loan, credit card. Jika tggu hujung tahun, bonus ckup byr personal loan lumpsum. Credit card boleh settle dlm 3 bln (jika terus bekerja & tdk menambah lg). Maka akn tggl PTPTN shj. Tp rasa utk berhenti kerja terlalu mendesak. Plan nya hujung bln depan dah x berkerja. Memikirkan duit sewa rumah, belanja kluarga yg akan berpindah 100% kpd suami rasa x sampai hati. Suami ada loan kereta lg perlu d byr. Suami izinkan sy berhenti sbb kesian pd sy yg hari2 mengeluh. Terus bekerja + ubah gaya hidup + lbh byk menyimpan adalah lbh baik utk kami sekeluarga. Tp sy dah x sggup tggalkan anak 10jam dgn pengasuh setiap hari.
Mohon nasihat & tunjuk ajar, insyaAllah. TQ
Wslm Pn. Fieza,
Kalau suami izin, bagi saya boleh berhenti kerja. Tapi sebelum berhenti, rancang dulu strategi kewangan dengan suami. Duduk bicang betul-betul. Kalau puan berhenti kerja demi anak dan suami, insyaAllah ada keberkatan. Hati lebih tenang bila anak berada dipangkuan sendiri. Manfaat waktu yang ada nanti untuk explore & jalankan bisnes dari rumah. InsyaAllah ada rezeki untuk anak tu. Yang penting kena rajin berusaha.
Saya dulu pun rasa sempit juga sebab seorang jer bekerja. Tapi sesempit mana pun, tak pernah la sampai kebulur. Akhir sekali, saya rasa life kami better berbanding orang yang bekerja suami isteri sebab setiap anak yang Allah amanahkan pada kita, ada rezeki mereka masing-masing.
Wallahu a’lam.
Alhamdulillah. Itulah pegangan yg menguatkan hati utk teruskan niat. Terima kasih berkongsi pendapat. Semoga Allah merahmati, amin.
Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah. Moga Allah melapangkan rezeki puan sekeluarga. Amiin ya Allah.
suami dan saya sama2 mempunyai hutang. gaji bulanan sy tetap manakala suami bergantung kepada upah kerja lebih masanya..sy bingung, sebenarnyer beban hutang saya x terlalu membebankan sy tetapi sejak berkahwin, kewangan suami agak meruncing dan beliau mempunyai banyak hutang yg tak terbayar…sy x dpt membuat simpanan sendiri sbb terheret sama dengan hutang2 beliau..pernah satu ketika, sy terpaksa keluarkan 3k utk bayarkan hutang courts mammoth atas namanya…boleh x saya buat simpanan tanpa pengetahuan dirinya..sy benar2 rs tertekan……adakah lelaki akan kata kita mengungkit kalau kita igtkan semula yg dia berhutang banyak dengan kita?sy bercadang nak buat ASB Loan dgn Maybank Islamik utk simpanan tersebut…berbaloikah usaha sy?
Wslm Pn. Anissa,
1. Tanggungjawab suami untuk cari nafkah dan cukupkan keperluan rumah. Isteri tak ada tanggunggan cuma bila suami izinkan bekerja, apa kata sama-sama bangunkan ekonomi keluarga. Mesti bincang elok-elok dengan suami biar sepakat. Sepakat tu membawa berkat.
2. Kalau keadaan susah nak control, mungkin bagi saya puan boleh sorokkan simpanan sebab suami memang tak ada hak atas duit isteri. Simpan duit tanpa pengetahuan suami. Duit tu boleh digunakan sebagai dana kecemasan untuk keluarga bila perlu.
3. Memang buat loan untuk beli asset salah satu cara disiplinkan diri untuk menyimpan. Tapi saya tak prefer buat loan untuk ASB sebab dividen ASB tak terjamin dan interest yang dikenakan oleh bank boleh berubah kalau puan ambil floating rate. Dengan usaha kerajaan memperketatkan pinjaman sekarang ni, saya takut ianya tak berbaloi. Untuk lebih peace of mind, simpan secara cash basis jer. Ada duit baru simpan.
Wallahu a’lam.
terima kasih en zul…mmg tujuan sy menyimpan utk kecemasan dan masa depan kami anak beranak..moga saya dpt mulakan dengan cepat
terima kasih..barakallahu minkum…
semoga Allah memberkatimu dan keluargamu…
Alhamdulillah. Moga Allah merahmati puan sekeluarga atas niat yang murni tu. Terima kasih atas doanya. Amiin.
Salam En.Zul..
Terima kasih kerana sudi berkongsi..Penerangan yg sgt jelas & mudah difahami 🙂
Mudah-mudahan dpt bebas hutang a.s.a.p
Wslm Puan,
Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah. Moga Allah permudahkan puan untuk bebas dari hutang, insyaAllah.
Mcmana En Zul boleh settle kan hutang rumah? rumah sekarang at least RM300k ke RM500k tu pun rumah yg kira murah…:)
Sewaktu saya menulis artikel ni, saya belum beli rumah. Saya juga membeli rumah menggunakan housing loan tapi saya tak menanggung beban hutang atas loan tersebut, bahkan ia memberikan aliran tunai positif kepada saya. Rumah boleh jadi asset yang menguntungkan, dan boleh juga jadi liabiliti yang membuatkan ia jadi seperti penjara. Ada rumah yang perlu dilangsaikan hutang dengan cepat, dan ada rumah yang boleh maksimumkan pinjaman (tapi kita masih tak menanggung sebarang bebanan hutang) untuk gandakan kekayaan. Tuan boleh baca perjelasan serba ringkas di link di bawah untuk penjelasan lanjut:
http://www.mohdzulkifli.com/2011/11/cara-menggandakan-kekayaan-dengan-hutang.html
http://www.mohdzulkifli.com/2010/08/beli-rumah-tanpa-hutang.html
http://www.mohdzulkifli.com/2012/12/2-kerugian-beli-rumah-paling-mampu.html
Wallahu a’lam.
Aslkm…..nak tanya…..dah ada umah ke belum?
Kalu beli umah pun cash……..alhamdulillah…..memang hebat!!!
Wslm,
Sewaktu saya menulis artikel ni, saya belum beli rumah. Saya juga membeli rumah menggunakan housing loan tapi saya tak menanggung beban hutang atas loan tersebut, bahkan ia memberikan aliran tunai positif kepada saya, alhamdulillah. Rumah boleh jadi asset yang menguntungkan, dan boleh juga jadi liabiliti yang membuatkan ia jadi seperti penjara. Ada rumah yang perlu dilangsaikan hutang dengan cepat, dan ada rumah yang boleh maksimumkan pinjaman (tapi kita masih tak menanggung sebarang BEBANAN hutang) untuk gandakan kekayaan. Tuan boleh baca perjelasan serba ringkas di link di bawah untuk penjelasan lanjut:
http://www.mohdzulkifli.com/2011/11/cara-menggandakan-kekayaan-dengan-hutang.html
http://www.mohdzulkifli.com/2010/08/beli-rumah-tanpa-hutang.html
http://www.mohdzulkifli.com/2012/12/2-kerugian-beli-rumah-paling-mampu.html
Wallahu a’lam.
Salam Zul… memang betul dan tepat sekali tip yg diberi itu…saya adalad salah seorang yg telah lama MENGAMALKAN amalan cara hidup begitu… walaupun pendapatan tidak seberapa tapi kita KAYA kerana tidak terbelenggu dengan hutang..yang utama.. SIMPAN DAHULU 30% pe3ndapatan bulanan.. sebelum pandai2lah guna wang yg berbaki itu utk perbelanjaan bulanan…Jangan terlibat dengan amalan RIBA….
Wslm En. Hadi,
Terima kasih atas perkongsian bermanfaat. Moga Allah merahmati tuan sekeluarga. Amiin ya Allah.
Salam,
SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR BATIN?
Saya baru berpeluang baca blog ni, sememangnya amat memberangsangkan dan penuh dgn maklumat.
Saya ingin clarification dr segi insurans takaful. En. Zul ada nasihatkan supaya coverage insurans dihadkan hanya kepada protection, manakala savings/investments lebih baik dibuat berasingan.
Saya ingin pandangan En. Zul apakah contoh savings terbaik yg blh kita buat? Tabung haji, asb?
Maksud sy, selain investment dlm bntuk emas perak & properties. Lebih kpd simpanan bulanan, seperti Fund Full Settlement tu, tapi bkn utk tujuan debt settlement, lbh kpd simpanan cash di mana mana institusi kewangan.
Of course klu En. Zul rasa smpnan cash itu lbh baik disimpn dlm bntk emas perak, sy nk tau jg la on that part krna skrg pun sy mmg berjinak jinak ke situ.
Tq ye
Wslm Pn. Fauza,
Saya tak pasti apakah saving terbaik untuk puan. Ia bergantung kepada matlamat kewangan puan.
1. Saya simpan duit “emergency” yang mungkin nak digunakan dalam tempoh setahun dalam akaun Tabung Haji. Dana Full-Settlement pun di Tabung Haji. Saya buka akaun Tabung Haji atas nama akan supaya dana-dana saya dapat dipecah-pecahkan.
2. Untuk simpanan jangka panjang, saya simpan dalam bentuk emas fizikal. Beli emas dan simpan. Kelebihan simpan emas ni duit kita lebih bertahan & susah bocor. Sejak hari pertama beli emas, saya tak pernah jual lagi sebab sayang. Kalau nak pakai duit pun, saya akan cari duit lain. Naluri manusia pada emas ialah untuk disimpan, tapi naluri manusia pada duit ialah untuk dibelanjakan. Kalau simpan duit, kebarangkalian duit bocor adalah tinggi.
3. Saya tak simpan ASB sebab saya tahu ASB melabur dalam kaunter yang tak patuh syariah. Keharusan melabur dalam ASB oleh Majlis Fatwa hanya atas dasar maslahah umum, bukan sebab ia jelas halal. Siapa yang warak, dia akan tinggalkan ASB. Siapa nak melabur pun boleh tapi dosa tu (kalau ada) dah ditanggung oleh majlis fatwa.
Wallahu a’lam.
En. Zul,
Terima kasih di atas saranan tersebut.
Sememangnya info yang diberikan amat berguna dan membantu.
Bagi perkara pertama simpanan di TH, mmg saya ada buat potongan gaji siap-siap setiap bulan, tetapi kekadang bila sesak sesak tu, ‘bocor’ la jugak.. huhu..
Bagi simpanan kedua dalam bentuk emas, alhamdulillah, saya telah mula berjinak ke arah situ dengan sifat beli, simpan dan lupa.
Yang ketiga di ASB, mmg saya dah keluarkan major chunk of the money dari situ, sekarang hanya tinggal nak tutup akaun ajer la rasanya, bagi saya, suami dan anak-anak.
Tq again di atas pandangan En. Zul, mmg membantu saya untuk mengambil tindakan selanjutnya 🙂
It’s ok Puan Fauza. Alhamdulillah. Moga Allah bagi kejayaan dan keberkatan pada puan sekeluarga. Amiin.
terima kasih atas ilmu yang dikongsi bersama. sy banyak belajar tentang pengurusan kewangan ini melalui buku2, blog2 dan pengalaman kwn2..
sy juga ingin berkongsi tentang masalah yang dihadapi dengan kad kredit. sebelum ini saya mempunyai 4 kad yang mana hanya 2 sahaja yang saya betul2 gunakan ketika perlu. selepas beberapa kali usaha memotong kad tersebut GAGAL atas alasan perlu apabila kecemasan, saya berjaya menyelesaikan baki hutang 2 kad tersebut dan seterusnya membatalkan 3 daripada 4 kad berkenaan,. cuma yang ada sekarang adalah satu2nya kad kredit yang memberikan saya kemudahan “wang plastik” tersebut. dan kini saya hanya focus kepada menyelesaikan baki loan credit card yg masih tertunggak di kad berkenaan.
memang kena istiqamah dalam bab membayar hutang ni. pinjaman pelajaran saya juga hanya berbaki dalam beberapa ribu sahaja. saya juga pernah membayar sebanyak RM1000 sekaligus ketika mendapat bonus. memang tak merasa org kata tapi puas hati bila tgk penyata hujung tahun semakin berkurangan..
harapnya dapat simpan lebih lepas ni..
Terima kasi Pn. Sabariah atas perkongsian bermanfaat ni. Moga ia boleh dijadikan panduan oleh para pembaca. Moga Allah merahmati puan atas perkongsian bermanfaat ni. Amiin ya Allah.
Assalamualaikum,
Saya hendak minta kebenaran nak share informasi ini di blog saya.
Nama saya Suhimi Yahya. Saya bekerja sendiri.
Wslm En Suhimi.
Silakan. Moga bermanfaat, insyaAllah.
Assalam en zul
mohon share ye =)
t.kasih
Wslm.
Silakan tuan. Moga bermanfaat, insyaAllah.
Salam en.
Saya freshgraduate & dah mula kerja. Mcmna sya nak langsaikan hutang ptptn?
Kalau kite x byar/ lmbat, interest akan naik. Sekarang saya byar rm50 tiap2 bulan2.
Jd sya kna simpan let say rm50 dlm full settlement n byar terus baki ptptn?
Mohon penjelasan…tq
Wslm Pn. Syazreen,
Bayaran ansuran bulanan mesti dibayar secara berdisiplin. Lepas tu simpan duit extra masuk dalam tabung “full-settlement” yang saya maksudkan. Dah cukup duit nanti terus buat full-settlement.
Wallahu a’lam.
salam en zul,
terima kasih atas perkongsian ilmu. Memang sekarang ni saya tengah buntu nak menyelesaikan masalah hutang ni. Idea dana full settlement ni sangat berguna. Saya akan cuba praktikkan tips yg en zul berikan. Nak tanya boleh tak bagi idea contoh2 side income yang boleh kita buat. MLM semestinya bukan dalam pilihan saya sebab pernah terkena sebelum ni. Harap dapat bantu. terima kasih
Wslm Pn. Athirah,
Alhamdulillah. Moga artikel ni bermanfaat untuk puan.
Saya tak tahu apa bisnes paling sesuai dengan puan. Mungkin artikel saya di link ni; http://www.mohdzulkifli.com/2013/02/4-langkah-mudah-memulakan-bisnes-sendiri.html dapat bantu puan dapatkan idea memulakan bisnes sendiri. InsyaAllah.
Mohon kebenaran share ini. Tina kasih.
Silakan Pn. Anish. Moga bermanfaat, insyaAllah.
Saya ingin mendapatkan pendapat daripihak tuan.Saya mempunyai hutang kredit kad sebanyak lebih kurang RM2300 dengan faedah 18% sethun. Untuk bulan depan, saya bercadang untuk bayar lebih sebanyak rm1000. dan ade baki sebanyak 1300 lagi yan mana saya fikir dapat dilangsaikan dalam masa 2-3 bulan lagi. Baru sebentar tadi, pihak CIMB BANK ade menghubungi sya dan menawarkan pinjaman tunai rm2500 untuk melangsaikan hutang kredit kad dan menawarkan kadar faedah lebih rendah sebanyak 8% setahun. Jadi saya perlu membayar sebanyak 89.90 untuk tempoh 3 tahun without period lock(jika x salah termnya).
Pada pendapat tuan, mana antara dua pilihan ni yang lebih baik? Langsaikan dlm tempoh 4 bulan ni atau ambi pinjaman yang ditawarkan?
Mohon pendapat segera dari en zul.
Terima kasih.
Wassalam
Wslm Pn. Athirah,
Saya pefer langsaikan hutang tu dengan cepat sebab ia lebih peace of mind dan dapat semangat baru untuk bina kekayaan. Langsaikan dalam tempoh 4 bulan dan jangan pakai lagi kad kredit tu.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum
Alhamdulillah terjumpa dgn entry yg berguna.
Sebelum nie maklumla darah muda semua benda nak beli hingga guna kredit kad.kereta pun yg import.lama2 rasa menyesal.so slow2 sy cari maklumat tentang cara langsai hutang. sblm nie sy ada 2 kredit kad.tapi salah satu sy dh langsaikan twos dan tutup akaun.cuma ada satu lagi yg sy tinggalkan utk emergency cthnya utk tiket flight,etc.adakah patut sy keep 1 kdt kad tu atau tutup saja akaun?bila fikir kena byr interest tp xguna,rasa rugi pula.huhu..duit bonus pula sy masukkan dlm tabung haji kerana dividennya pun not bad.so far sy takde join mana2 pelaburan,bukan sb tak minat tp sb tak berani.hehe.
trima kasih atas tips2 bguna akan sy cuba praktikan. =)
wassalam
Wslm Pn. Siti,
1. Kalau nak pakaikan kad kredit, pakai satu jer. Yang lain potong semuanya. Saya juga ada kad kredit tapi saya tak pernah berhutang dengan kad kredit. Kad kredit saya gunakan untuk permudahkan mode of payment jer macam online transaction dan untuk bisnes transaction supaya pegang tunai secara minimum.
2. Betul, kalau tak ada ilmu tentang pelaburan, lebih baik simpan dalam Tabung Haji jer. Peace of mind. InsyaAllah.
Assalamualaikum…
tuan, terima kasih berkongsi pengetahuan… cara tuan memang mudah nak faham n ikut…
terima kasih..
Wslm En. Rosdi,
Alhamdulillah. Kalau ianya bermanfaat, puji-pujian bagi Allah.
saya mohon nak share tips2 dan pesanan berguna ini ya.. semoga saya dapat lepas dari beban hutang hasil dari tips saudara yg amat berguna ini.
tq
Silakan. Moga ianya bermanfaat, insyaAllah.
Salam…saya dah terlanjur banyak hutang…buat pijaman tuk beli rumah 1..rumah 2dan rumah3 tp semua rumah tu saya srwakan cuma rumah 4saya buat.cash… mcm mana cara nak cepatkan langsai semua hutang 3rumah ni
Wslm En. Amrus,
Alhamdulillah, tahniah sebab semua hutang yang En. Amrus buat tu adalah hutang yang membuatkan En. Amrus lebih kaya. Hutang tu semua hakikatnya ditanggung oleh penyewa sepenuhnya. Kalau ia memberi aliran tunai yang positif setiap bulan, jangan risau. Tak perlu langsai awal semua hutang tu.
Salam encik, nak minta pendapat, sy tak de second income, sy ada simpan wang Rm50k sebelum ni dlm bank, so sy bercadang nak gunakan wang tu sebagai modal untuk loan asb selama setahun (20k saja) tanpa ganggu duit gaji. kemudian tahun seterusnya sy akan byar loan tu dengan dividen dari loan asb. sy tahu ni masih dianggap berhutang, apa pendapat dan cadangan encik untuk saya..terima kasih
Wslm Puan Linda,
Saya kurang faham persoalan puan. Maksudnya, puan nak buat loan ASB berjumlah RM20,000 dan bayar selama setahun?
As-salam…nama saya At-Tarmizi..saya letak post ni kat fb pages saya ya?sy kreditkan skali alamat laman web ni. trima kasih kerana kongsi post ni.. 🙂
alamat pages saya~https://www.facebook.com/pages/At-Tarmizi/111220972384522?ref=hl
Wslm En. At-Tarmizi,
It’s ok. Moga artikel ni bermanfaat untuk tuan dan para pembaca, insyaAllah.
salam… mmg terbaik perkongsian y sgt bermanafaat ini.. en.zul blh sy tau kat mana boleh dptkn ketiga-tiga buku y en. zul syorkn tu.. sy dh try p popular, tp hnya ada buku irfan khiri shj, itupn dh abes.. mohon share
Wslm. Pn. Zura,
Puan boleh beli buku tu di sini:
1. Jutawan Dari Planet Jupiter
(http://bookplanet.com.my/index.php?target=products&product_id=48)
2. Petunjuk Jalan kekayaan
(http://www.belibukuonline.com.my/ameen-books/1184-petunjuk-jalan-kekayaan.html)
[…] untuk keluar dari belengu hutang. Insyaallah, dengan berkat usaha dan tawakkal, suatu hari nanti Allah keluarkan kita semua dari […]
salam.sy mmpunyai hutang personal loan rm470,kereta rm371,insurans takaful ikhlas rm100..baki bersih gaji sy tggal 1k je lg..sy dlm dilema tentang insuran sy iaitu sy bercadang utk mengambil 1 lg insuran,prudential..yg ni rm160,yg takaful ikhlas td xtmsuk medic card,manakala prudential tmsuk utk medical card..memandangkan sy selalu sgt xshat ,sy bcadang utk mgambil prudential,maybe senang cket berurusan dgn hospital swasta sbb boleh cepatkn rawatan,in case tjadinya sesuatu yg mmerlukan sy mendapatkan pembedahan dgn segera bbanding kerajaan wlpn sy seorang kakitgn krajaan..sy memerlukan pandangan tuan,adakah perlu sy mengambil insurans tsebut atau teruskan shj dgn insurans yg lama?atau skip insurans yg lama?
sy juga blm mmpunyai duit simpanan..sbb lpas simpan,msti guna balik utk tampung pbelanjaan akhr bulan..
Wslm Pn. Eryna,
1. Kalau keadaan puan yang selalu tak sihat, memang perlu sangat untuk dapatkan medical card. Bila ambil insuran / takaful ni, puan perlu tahu apa perlindungan yang puan ambil. Tengok yang mana jadi keutamaan. Biasanya jenis cover takaful:
(a) pampasan penyakit kritikal
(b) pembayaran bil hospital
(c) pampasan kemalangan diri dan hilang upaya kekal
(d) pampasan kematian (bukan disebabkan kemalangan)
(e) elaun harian bila masuk wad (sebagai pampasan pendapatan harian)
Daripada cover tu, puan kena pilih jenis perlindungan yang mana lebih utama supaya tak bazirkan duit untuk cover yang puan tak perlu. Kalau perlindungan Takaful Ikhlas ni tak cukup, mungkin puan boleh top-up polisi sedia ada dengan cover yang puan perlu, ataupun tambah cover dengan Takful BSN Prudential. Kena berunding dengan ejen takaful yang mahir pasal benda ni sebab sesetengah ejen tak teliti dengan keperluan customer.
2. Salah satu cara rawat masalah kebocoran wang ialah tukarkan simpanan dalam bentuk emas sebab naluri manusia kepada emas ialah untuk disimpan. Kalau dah ada emas, sayang nak jual. Kalau jual pun mesti rasa nak cari duit untuk beli balik emas tu. Tapi kalau simpan dalam bentuk tunai, risiko kebocoran wang memang tinggi.
Wallahu a’lam.
sy sbnrya ad simpanan emas dlm bentuk buku,yg maybank punye..erm,tuan sy kurang fhm tentang tambah cover dgn takaful bsn prudential..boleh terangkan x?utk pgetahuan tuan,insurans takaful ikhlas sy tmsuk savings..n prudential pn cmtu,sy da tny ejen prudential 2 if xnk utk saving blh ke tapi dy ckp xboleh sbb savings memang ad dlm polisi tu..
Pn. Eryna,
Sebenarnya kita boleh adjust cover insuran tu bila-bila kita rasa perlu. Mungkin masa mula-mula ambil polisi, kita tak faham apa cover yang ada. Bila study balik, baru faham cover yang kita ambil tu tak sesuai. Contohnya, lebih banyak portion saving berbanding protection.
Kalau BSN Prudential takaful, puan boleh consult dengan adik ipar saya yang juga ejen sepenuh masa. 019-988 6045 (Fauzan). Mungkin dia boleh bantu puan dapatkan protection yang sepatutnya sebab saya tahu, tak semua ejen yang faham tentang perkara ni.
Wallahu a’lam.
As Slm.Sy pernah buat PL untk RM70k utk 20thn,skrg bru nak masuk 4 thn.klu skrg nak buat refinancing dgn bank yg sama utk langsaikn ptptn separuh n separuh lg labur .tp saya tap bape tahu ttg pelaburan yg mana baik,tp ok ker buat pl byr p
Wslm Pn. Ann,
Buat personal loan untuk bayar PTPTN seolah olah menggali lubang lebih dalam untuk tutup lubang yang cetek. Ianya sangat merugikan sebab personal loan interestnya tinggi berbanding PTPTN yang cuma 1%. Lebih baik teruskan bayar PTPTN macam biasa. Kalau buat personal loan untuk beli harta macam tanah, kebun getah, rumah atau emas, itu ok sebab harta tu akan sentiasa meningkat nilainya dalam jangka panjang. Akhirnya, ia akan membuatkan kita lebih kaya sebab ‘terpaksa’ menyimpan.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, Maha Kuasa telah mempertemukan satu ruang yang mampupasti memberikan rawatan terhadap permasalahan (hutang) yg lama membelenggui Hambanya ini. Sesungguhnya saya seakan sudah kehilangan punca / pedoman bagaimana perlu ku uruskan hutang ini. Terima kasih kpd Tuan, saya akan mula mempraktikkan 100% spt mana tunjuk ajar Tuan dlm blog ini. Mohon kebenaran utk saya share kpd sahabat2 yg senasib saya.
Assalamualaikum
Wslm En. Faiza,
Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah. Terima kasih berziarah ke blog ni. Moga Allah keluarkan En. Faiza dari masalah hutang. Silakan berkongi artikel ni sekiranya ia bermanfaat.
[…] Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2011/08/7-strategi-saya-bebas-dari-hutang.html#ixzz2XsOVtUxh […]
[…] Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2011/08/7-strategi-saya-bebas-dari-hutang.html#ixzz2XsMxlHB4 […]
salam en zul. saya suka baca artikel encik tentang hutang nie. sebenarnya saya ada banyak hutang jgk. hutang motor, hutang tv(beli intallment. hehehe), rumah sewa, internet dan semua sekali hutang termasuk rumah sewa, bil air dan api adalah saya RM960. saya tak ada kereta. dan saya berhajat nak ambil satu. apa yg perlu saya lakukan? nak minta advice sikit. saya dah bekerja tapi baru 9bulan.
Wslm En. Zaidi,
Untuk orang baru bekerja, saya syorkan baca buku-buku kewangan. Baca buku Jutawan Dari Planet Jupiter (Azizi Ali) dan Petunjuk Jalan Kekayaan (Chef Li). Dua buku tu boleh selesaikan banyak persoalan En. Zaidi tentang kewangan, insyaAllah.
assalamualaikum, apa pandangan encik..saya mmpunyai car loan ansuran bulanan 660 sudah dua thun saya mmbayrnya jadik saya adda lagi 7 thun untk mnyelesaikn hutang kereta. adakah berbalaoi jika saya kurangkan tahunan tu menjadik 3thun atau saya teruskan membyar 660 selama tujuh tahun..ini kerana saya dalam proses hendak membeli rumah..
Wlsm Pn. Nurul,
Kalau puan dalam proses nak beli rumah, jangan pendekkan loan tu lagi sebab ansuran bulanan pinjaman nisbah gaji semasa akan dikira untuk kelulusan pinjaman perumahan nanti. Lepas dah settle beli rumah, baru boleh consider untuk pendekkan tempoh pinjaman kereta.
Wallahu a’lam.
Salam, minta pandangan enZul, mcne nak gandakan modal rm20k..sy memerlukan dlm rm60k, utk bisnes- income boleh dpt min rm6k permonth….sy berani cakap min rm6k coz org tua mmg sedang mengusahakan bisnes ni selama 10 tahun lebih…sy bercdg nak minta family tolong lagi 40k tu , tapi sebelum tu klu boleh sy tak nak bergantung ngan family.
klu sy buat personal loan rm40K , bermodalkan rm20K on hand(pun sy tak pasti lulus ke tak n takut juga aliran tunai akan terganggu)
apa perlu sy buat. terima kasih
Wslm Pn. Yatie,
Saya kurang jelas dengan persoalan sebenar. Apa yang saya faham, puan perlukan modal RM60k untuk bisnes yang boleh jana RM6k sebulan tapi sekarang puan cuma ada RM20k. Persoalannya, mana nak cari lagi RM40k? Samada pinjam duit family atau pinjam duit dengan bank?
Assalamualaikom En Zul
Dulu saya pernah buat ASB Loan dengan Maybank sebanyak RM100K dengan bayaran bulanan sebanyak RM 750 untuk tempoh 15 tahun. Selepas congak-congak saya rasa rugi pula sebab kalau saya mampu bayar RM750 sebulan maknanya saya boleh simpan tunai sendiri dengan jumlah sebanyak itu. Akhirnya selepas 5 tahun saya terminate loan tersebut buat potongan gaji ASB RM300.00 dan saya beli apartment bayar pada bank dalam RM378 dan bagi orang sewa dapat positif cash flow.
Kegilaan saya terhadap asset fizikal ni makin bertambah sebab selepas tu saya beli lagi satu apartment dan bagi orang sewa dan dapat juga positif cash flow. Baru-baru ini saya beli landed house secara subsale di Bangi dengan 70% bank loan sebab dua loan sebelum ini dapat 90%. Saya berpendapat beli property di Bangi merupakan investment yang amat berbaloi.
Saya ingin bertanya dengan Encik Zul adakah saya berada di landasan yang betul kerana buat masa ini saya ada 4 biji rumah (1 govt loan (duduk sendiri) dan 3 bank loan) yang masih berstatus hutang. Hutang kereta RM600 sebulan akan habis tahun depan. Ada ASB (lebih 5 bulan gaji), Tabung Haji, sedikit emas, insuran, koperasi juga potongan zakat,YAPEIM dan income tax. Sepanjang hidup saya tidak pernah ada PL dan Credit Card.
Mohon pandangan supaya saya tidak tersasar dan terperangkap dalam kegilaan saya membuat harta ini secara hutang.
Wslm Pn. Ain,
Alhamdulillah, bagi saya puan dilandasan yang betul. Tahniah! 🙂
Hutang membeli aset yang sentiasa meningkat nilainya dan yang memberikan possitive cashflow, puan tak perlu risau sebab ia good debt. Wallahu a’lam.
Salam…
Post yang nampak simple tapi sgt2 menarik dan bermanfaat… Pengetahuan psl financial management ni mmg tak dpt dipelajari di sekolah2 mahupun institusi2 pengajian, bak kata org putih, ianya adalah “soft skill” yang diperolehi melalui pengalaman, pemerhatian, dan rujukan2 drpd pakar2 bidang tsb melalui pembacaan ilmiah, dll… Mcm yang penulis katakan hidup secara bersederhana saya sgt2 setuju… Psl tak setuju dengan konsep ‘”biar pape asal bergaya”… Sakit hidup berhutang nih.. Ada utang yg bole kita elakkan dan ade juga yang sukar utk dielakkan terutama pembelian rumah… Saya skrg dlm usaha mengukuhkan simpanan sblm mula membayar hutang rumah yang dijangka bermula pertengahan thn depan (2nd house plan utk duduk sendiri).. Masih menten pakai kereta lama yang dah berumur melebihi 10 tahun walaupun hati meronta2 nak pakai kereta baru psl kereta skrg pun dah agak uzur… Insyaalah, harap2 lagi 2-3 thn akan datang kot2 dah agk stabil, barulah mampu nak meninjau2 kereta baru yang mampu milik..
Sekian, semoga tuan beroleh manfaat hasil dari perkongsian tips2 yang juga bermanfaat ini.
Wslm En Rizwan,
Terima kasih atas perkongsian ilmu dan pengalaman. Saya doakan Allah merahmati En. Rizwan sekeluarga, dan diberi hasanah duni & akhirat, amiin ya Allah.
salam…
sangat bermanfaat apa yag sy baca disini hari ini.. sy sedang bergelut dgn hutang2 skrg.. semoga sy dpt melalui ujian ini.. sungguh sy insaf dan merasa terpukul dgn cabaran hutang yg sy hadapi skrg, tp sy perlu positif dan pandang ke hadapan.. sy tahu ada jalan keluar nya.. sy cuma perlu lebih bijak dan kuat utk menghadapi… terkadang rs mcm tak tertanggung.. tp sy tahu bersedih bukan cara terbaik utk menyelesaikan.. terima kasih atas artikel ini.. ia memberikan sy semangat