MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

7 Prinsip Penting Menyimpan Wang

August 4, 2013

Masa mula-mula nak menyimpan, saya selalu tunggu duit lebih. Kalau ada lebih baru simpan. Kalau lebih banyak, simpan banyak. Kalau sikit, simpan sikit. Tapi sebenarnya itulah kesilapan pertama bila nak menyimpan.

Kalau tunggu duit lebih, alamatnya sampai bila-bila pun tak akan menyimpan. Sampai bila-bila pun tak ada lebih. Masa mula-mula kerja, gaji RM1,600 rasa tak cukup. Tapi bila gaji dah berganda pun masih rasa tak cukup. Masa dapat hasil bisnes pun sama.

Bila dapat hasil, saya senaraikan dulu duit tu nak belanjakan ke mana. Last sekali baru cek berapa lagi baki yang boleh disimpan. Tapi teknik ni memang proven ianya silap. Memang tak akan berbaki pun. Bahkan tak cukup.

Akhir sekali baru saya faham prinsip penting bila nak menyimpan; potong dulu, belanjakan selebihnya. Bukan belanja dulu, simpan selebihnya...

Bukan Pendapatan, Tapi Jumlah Simpanan

Sekarang ni, bila dapat hasil bisnes, saya akan potong siap-siap untuk disimpan. Saya target 50% hasil bisnes mesti disimpan. Selebihnya baru boleh buat belanja. Duit gaji bulanan pun sama. 10% mesti bayar diri sendiri dulu – tambahkan simpanan. Selebihnya baru guna untuk bayar orang lain – belanja bulanan.

Tapi macam mana nak simpan kalau duit tak cukup?

Pengalaman saya, kalau simpan, duit tak cukup. Kalau tak simpan pun, duit tak cukup juga untuk berbelanja! Jadi, lebih baik menyimpan.

Menyimpan sebahagian daripada pendapatan memang tabiat wajib kalau nak kaya. Bak kata Irfan Khairi, kekayaan bukan berapa banyak income yang kita dapat, tapi berapa banyak yang kita simpan.

Lepas amalkan tabiat menyimpan, memang saya rasa duit belanja bulanan tak cukup. Sama macam orang lain juga. Masuk tengah bulan jer, poket mula pokai. Mula la ‘korek’ duit sana sini. Tapi bila kita menyimpan, pokai kita tak sama macam orang lain. Saya selalu istilahkan sebagai “pokai berduit”.

Pokai, tapi ada duit.

Simpan emas salah satu cara berkesan elak kebocoran wang simpanan.

Pokai Berduit

Kenapa banyak menyimpan tapi masih pokai?

Sebab kita kena disiplinkan diri dalam menyimpan. Duit belanja bulanan kena bajet siap-siap berapa amaun untuk dibelanjakan. Duit simpanan tak boleh disentuh melainkan untuk tujuan khas simpanan.

Duit simpanan kecemasan tak boleh disentuh, melainkan untuk kecemasan. Duit simpanan untuk bisnes, tak boleh disentuh melainkan untuk bisnes. Itulah prinsipnya. Tapi kalau sentuh juga duit tu, maksud kita dah “pecah amanah” pada kewangan sendiri!

Hukumannya ialah lambat kaya!

Ada seorang multi-millionaire yang saya kenal bulan lepas; pakai sempoi jer macam ‘tukang kebun’. Naik kereta ke sana ke mari pakai Honda Accord tahun 1990-an. Duduk rumah setinggan. Tapi aset dia puluhan juta! (Itu baru nama zuhud). 

Kalau bab sedekah, memang dia tak berkira. Tapi kalau untuk diri sendiri, memang berkira sangat supaya jangan sampai duit terbocor kepada benda yang tak perlu. Setiap sen duit dibelanja mesti dia rekod. Resit beli di 7-Eleven pun dia rekod! MasyaAllah...

Gaya Hidup Golongan “Cash Rich”

Memang patutlah dia kaya raya. Dia memang berdisiplin dalam berbelanja. Sangat berhati-hati takut duit terbocor kepada yang sia-sia.

Kesilapan ramai daripada kita, penat pagi petang cari duit, tapi lupa duit yang kita cari terbocor pada belanja yang entah ke mana.

Pengasas facebook Mark Zuckerberg cuma pakai kereta Honda bernilai USD20,629 (RM63,131) walaupun kekayaannya bernilai USD15.86 billion.

Dah dekat 3 tahun saya terlibat jual beli emas. Saya berpeluang berjumpa ramai orang yang “cash rich” – banyak simpanan tunai.

Apa yang saya perhatikan, orang “cash rich” ni kebanyakannya jenis low profile. Pakai kereta biasa-biasa jer. Hidup macam orang biasa jer. Hidup tak nampak bergaya. Agak cermat bila berbelanja. Tapi duit simpanan cukup untuk dia tidur lena. 

Bak kata orang, letak kepala jer terus lena... Peace of mind. InsyaAllah.

7 Prinsip Penting Menyimpan Wang

Berdasarkan pemerhatian saya, ada beberapa prinsip penting yang diamalkan orang kaya-kaya dalam menyimpan kekayaan. Saya sendiri pun amalkan prinsip ni dan memang berkesan, alhamdulillah. Antaranya;

#1 – Potong at least 10% daripada income bulanan untuk dijadikan simpanan untuk dilupakan. Simpan dan lupa. Jangan diingat-ingat lagi… Sampai satu masa, duit tu boleh dimanfaatkan untuk gandakan kekayaan melalui bisnes atau pelaburan.

#2 – Simpanan di tempat yang agak ‘susah’ dikeluarkan macam Tabung Haji (tiada kad ATM) dan simpanan emas. Kalau simpan dalam Tabung Haji, jangan sekali-kali ambil kemudahan pengeluaran melalui ATM Bank Islam atau Bank Rakyat. Kalau mudah dikeluarkan, duit simpanan tu tak akan bertahan lama. Dan lagi baik kalau serahkan buku bank tu kepada mana-mana ahli waris yang amanah. Bila benar-benar terdesak jer baru mintak buku tu.

#3 – Mulakan simpanan  sekarang walaupun sedikit. Tak kira berapa banyak pun jumlah yang kita mampu simpan setiap bulan, yang paling penting ialah memupuk TABIAT menyimpan. Dulu saya mula menyimpan cuma RM20 sebulan potong gaji masuk Tabung Haji.Pesan Azizi Ali, selagi anda tak menyimpan wang, selagi itulah anda tidak akan menjadi kaya!

#4 – Asingkan cepat-cepat bahagian simpanan sebaik sahaja dapat gaji atau terima hasil bisnes. Jangan tangguh-tangguh. Paling baik, buat potongan gaji supaya duit tu dapat ‘diselamatkan’ sebelum sampai ke tangan kita lagi. Selebihnya baru guna untuk belanja. Duit yang tak diasingkan sangat berisiko untuk dibelanjakan.

#5 – Letakkan matlamat simpanan at least 3 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan. Lagi baik 6 bulan pendapatan. Dana kecemasan tu penting sebagai ‘buffer’ kalau hilang pekerjaan. Kalau anda plan nak berhenti kerja dan buat bisnes sendiri, mesti simpan at least setahun pendapatan sebagai backup. Kalau nak bebas kewangan, sasarkan simpanan at least RM1.2 juta! Nilai tu mampu menjana pendapatan tahunan yang cukup untuk tak perlu bekerja sepanjang hayat, insyaAllah.

#6 – Laburkan semula bila dapat keuntungan daripada simpanan. Kalau dapat dividen, reinvest dividen tu supaya duit tu akan berganda. Kalau belanjakan setiap kali dapat dividen, nilai pokok tu sebenarnya susut setiap tahun dimakan inflasi. Nilai RM100,000 hari ni tak sama kuasa belinya pada 10 tahun akan datang.

#7 – Jangan jadikan takaful / insuran sebagai tempat untuk menyimpan wang, tapi ambil takaful betul-betul untuk dilindungi dengan pampasan atas musibah seperti kematian, hilang upaya, kos rawatan hospital, dan penyakit kritikal. Kalau simpan duit dalam takaful, anda rugi ‘wakalah fee’ yang bukan sedikit. Takaful bertujuan untuk perlindungan kewangan jika berlaku sebarang musibah. Ia bukan untuk simpanan. Simpanan dan perlindungan takaful adalah dua instrumen berbeza. Kita perlu adakan simpanan atas banyak tujuan yang tak boleh dilindungi oleh takaful contohnya; simpanan dana kecemasan (e.g. kereta rosak, kehilangan harta, hilang pekerjaan dsb), simpanan untuk memulakan bisnes, simpanan untuk pelaburan dsb.

Itulah 7 prinsip penting menyimpan wang. Mudah-mudahan dapat sama-sama kita amalkan, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

“Wealth are acquired by 20% head knowledge and 80% behavior” – Zig Ziglar

Zulkifli
Damansara Damai
4 Ogos 2013
26 Ramadhan 1434

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Salam tuan, terima kasih atas perkongsian…dulu saya pernah baca blog En Zul ni..alhamdulillah, dipertemukan semula..perkongsian yg sangat bermanfaat untuk saya

  • mmg seronok membaca blog en zul. very informative. kalau tak keberatan kongsi, berapa average simpanan bulanan en zul (dalam percentage) sekarang? saya ingin cuba emulate jika mampu, insyaAllah.

    • Terima kasih berziarah ke blog ni En. Azrai Ali.

      Buat masa ni, saya simpan 10% daripada gaji bulanan (hasil pekerjaan makan gaji), dan 50% daripada hasil bisnes. Dan saya letakkan target peribadi untuk simpan 50% hasil pendapatan setiap bulan secara konsisten. InsyaAllah.

  • Salam Tuan.

    Saya ingin memohon pandangan. Saya merancang untuk berhenti kerja selepas kahwin(dapat anak). Kami telah berbincang. Teman saya tidak mempunyai masalah dan bersetuju. Beliau sanggu untuk membiayai hutang saya. Saya mempunyai hutang kereta dan pendidikan. Cumanya syarat yang diberikan, dia meminta saya mengumpul duit sebanyak mungkin mulai sekarang. Setelah mengira saya mungkin dapat menyimpan sekitar RM16K untuk simpanan selepas berhenti.

    Teman saya sedang menghampiri simpanan RM100k, target beliau RM1juta umur 40. Berhutang sebuah kerata, dan masih belum mempunyai rumah. Cumanya pesan dia, hidup sederhana selepas kahwin. Saya tidak kisah memandangkan saya sudah tidak berminat untuk meneruskan kerja selepas mempunyai anak.

    Persoalan saya ialah, pada pandangan Tuan, adakah rancangan kami munasabah? Saya kesian dekat teman saya terpaksa tanggung hutang, tapi kami berada di bandar yang cukup jauh jika saya masih mahu bekerja.

    Sekian, terima kasih atas nasihat.

    • Wslm Cik Nana,

      1. Alhamdulillah, perancangan kewangan keluarga yang sangat baik. Bakal suami puan pun jenis yang ada kesedaran baik tentang kewangan.

      2. Rancangan tu bagi saya ok. Nanti explore peluang bisnes dari rumah sambil jaga anak-anak. InsyaAllah pasti Allah akan tunjukkan jalan. Akan ada rezeki untuk anak-anak tu, insyaAllah. Itu pengalaman saya.

      • Terima kasih Tuan yang dirahmati Allah atas nasihat. Saya memang plan bus dari rumah walau tak tahu lagi buz apa sebabnya saya sudah mula rasa tertekan memikirkan anak bajal dibesarkan oleh orang lain. Dan bakal suami juga tidak mahu anak dibesarkan oleh orang. Terima kasih Tuan atas perkongsian.

        • Assalamualaikum…

          Sy just nak berkongsi pengalaman saya..dulu saya pun buntu untuk cari duit lebih maklum lah kerja kerani di KL…mmg xcukup gaji Kami suami isteri,nk buat bisnes modal pun tak Ada…so sy cari2 peluang untuk saya buat duit sampingan ….last2 sy terjumpa satu peluang bisnes yg terbukti lumayan dan boleh buat walaupun tiada modal..Alhamdullilah sekarang hampir 2 tahun saya buat part time dirumah dan income lebih dr gaji bulanan sy….insyaAllah tahun ni sy nak berhenti kerja Dan tumpukan pd bisnes sy dirumah…selain tu dapat juga beri perhatian lebih pada keluarga…Allhamdulillah Allah maha pemberi rezeki…just nak share sb tgk ramai yg masih tak tahu nk buat bisnes apa…mungkin ini dapat membantu…Cuba tgk website ni http://www.1stopprinting.com.my ……mmg terbukti apa yg dikongsikan…tak ramai yg tahu bisnes ini sgt lumayan….so kepada rakan2 jgn putus asa…cari peluang yg Ada…tapi jgn lah terjebak dgn skim2 internet yg mengarut tu…insyaAllah …Allah maha pemurah

        • Satu lagi yg saya ingin saya tambah adalah berkenaan pelaburan hartanah. Sebelum cik nana berkahwin, usahakan untuk membeli rumah, sebab rumah adalah aset yg sentiasa meningkat. Andaikata bila kewangan Cik nana dah stable pada masa akan dtg, cuba untuk membeli lebih byk hartanah kerana ianya pelaburan paling stabil selain dr menyimpan. Wallahuallam

  • Salam saudara,

    Saya ingin pendapat saudara ttg plan saya walaupun plan saya ni belum lagi terlaksana tetapi ia dalam perancangan. Saya ada simpanan ASB 120K hasil bisnes dan simpanan dari makan gaji. Hujung tahun ini saya plan nak tukar kereta dengan bayaran bulanan RM1200 sebulan. Saya mmg dah lama teringin tukar kereta kerana hampir 10 tahun saya tak tukar kereta sebab berjimat. Jadi apa yg saya plan adalah, saya tak nak guna gaji saya utk bayar bulanan kereta saya sepenuhnya. Apa yg saya plan adalah saya nak bayar bulanan kereta RM600 dari gaji saya dan Rm600 dari jumlah pulangan tahunan dari ASB saya. Saya rasa plan ni bagus kerana ia tidak akan usik RM120K saya yg saya ada. Apa pendapat tuan ? tq

    • Wslm Pn. Niza,

      1. Dividend ASB secara puratanya 8.0%. Lepas tolak zakat 2.5%, dividend bersih cuma 5.5% (8.0 – 2.5). Kalau modal RM120,000, maksudnya dividend tahunan cuma RM6,600 (RM120,000 x 5.5%). Maka, purata bulanan cuma RM550 (RM6,600 / 12 bulan). Pada saya, kalau puan nak guna dividend ASB tapi tak nak sentuh nilai pokok RM120,000, paling banyak pun cuma RM500 sebulan. Selebihnya top-up dengan duit gaji.

      2. Saya secara peribadi tak suka sentuh duit simpanan termasuk dividend & keuntungan simpanan untuk belanja bulanan, sebab duit simpanan tu perlu digandakan atau ia susut dimakan inflasi. Untuk belanja bulanan, saya prefer pakai duit gaji / income bulanan jer. Kalau tak cukup income bulanan, maksudnya saya kena kerja lebih keras.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum w.b.t.

    Alhamdulillah selepas membaca ruangan En. Zul berkaitan pengurusan kewangan sedikit sebanyak membuka mata saya mengenai pentingnya untuk membuat simpanan. Saya didalam dilema dimana wajarkan saya membuat loan ASB atau pun hanya membuat simpanan biasa di ASB? Ataupun saya hanya perlu menyimpan 10% daripada gaji saya kedalam akaun berasingan? Berdasarkan suggestion daripada seorang pegawai bank, beliau menyatakan sekiranya saya membuat loan ASB ianya lebih menguntungkan kerana dividend setiap tahun adalah berdasarkan amount loan yang saya apply berbanding dengan dividend yang diterima bagi simpanan biasa. Sekiranya saya memilih untuk membuat loan ASB, maka saya akan terikat untuk membayar kepada ASB setiap bulan. Apakah pendapat En. Zul sekiranya En. Zul berada di tempat saya? Atau adakah En. Zul mempunyai cadangan lain untuk membuat simpanan? Sekian, terima kasih.

    • Wslm Pn. Shila,

      1. Saya prefer cash basis sebab lebih peace of mind. Kita simpan yang mana ada jer. Tak terikat dengan bayaran bulanan bank, interest bank yang boleh berubah, dan dividen ASB yang tak terjamin. Ada risiko di situ. Kalau bank bagi pinjam untuk labur di ASB, tentunya ada keuntungan besar yang dah confirm bank dapat berbanding pelaburan kita yang tak terjamin.

      2. Kelebihan loan ASB, kita seolah-oleh terpaksa menyimpan. Terpaksa disiplinkan diri menyimpan. Kalau tak kerana terpaksa, mungkin kita tak menyimpan. Loan tu biasanya dilindungi oleh insuran/ takaful. Kalau puan meninggal dunia, ahli waris dapat 100% duit ASB tu dan tak perlu bayar loan.

      Wallahu a’lam.

      • betul tu. loan asb ni tak bagus sebab terikat dgn bank. mak mentua saya nak bayar asb punya pasal sampai makan diri sendiri. sampai anak2 tak makan. pinjam ah long. menyusahkan suami saya lagi pinjam beribu2 sebab hutang dengan bank nak bayar ASB. saya sendiri tak faham adakah perlu kita menyeksa diri (pinjaman dia rm 1800/bulan) untuk asb. buat pemahaman semua, bank memang akan maksimumkan pinjaman asb kita walaupun mak mentua saya tu kerjanya jual gula-gula sahaja pada kanak2 sekolah. saya pun tak faham macamna pegawai asb ni boleh luluskan pinjaman dia. sabar jelah.

        • Assalamualaikum Puan Fatin,

          Membuat pinjaman ASB melalui bank sekiranya dikaji betul2 tidak akan memudaratkan. Seperti kata en zul ianya secara tidak langsung mendisiplinkan kita utk menyimpan. Sebelum membuat pinjaman, kaji dulu jumlah pinjaman yg nak dibuat dan amount yg perlu dibayar setiap bulan. Pastikan bayaran bulanan selesa dan mampu dibayar terlebih dahulu baru kita tgk jumlah pinjaman. Seeloknya, pinjaman yg di buat jgn terlalu lama. 5 – 7 thn adalah terbaik.

      • Asb loan boleh pulang blk pd bank.. klu rasa berat bayar, pulang blk loan tu, dividen tiap2 tahun masih milik kita.. tak cerdik buat personal loan utk bayar asb loan yg mana personal loan punya interest jauh lg tinggi dr dividen asb.. baik pulang blk pd bank, x de denda yg dikenakan (adik sy pulangkan semula loan asbnya pd bank pd thn ke3 dia buat loan)

  • Assalamualaikum w.b.t.
    Saya berumur 34 tahun sudah berkahwin dan mempunyai 3 org anak, 2 daripadanya sudah bersekolah. Diusia begini baru saya mendapat kesedaran tentang simpanan kewangan, adakah sudah terlambat????

    • Wslm Pn. Sue,

      Tak ada istilah terlambat dalam menuju kejayaan. Kalau ada biji benih di tangan dan kita tahu esok akan Kiamat, Nabi s.a.w suruh kita tanam biji benih tu. Tak ada masaalah. Mulakan sekarang.

  • salam.

    saya nak tya, apakah perlu kita mengambil pakej tawaran skim persaraan yang ditawrkan oleh pihak bank? cthnya,bayar tiap2 bulan sehingga 10 thn. selepas itu kita tak perlu bayar apa2 lagi dn pd umur 60 thn., kita akan mndpt sejumlah nilai setahun sehingga umur 70 thn dn semuanya.apakah pakej ini “jujur”.cth pakej spt yg ditawarkan oleh maybank mahupun syarikat2 lain.mnta pencerahan.tkasih bnyk.
    (harap blh send copy jawapan kpd email sya.tkasih sekali lagi.)

    • Wslm Pn. Su,

      Apa yang saya faham, itu Skim Persaraan Swasta. Ia satu inisatif kerajaan utk pastikan pekerja swasta ada dana tambahan selain dari KWSP lepas bersara. Duit yang kita simpan tu akan dilaburkan ke dalam mutual fund/ unit trust. Duit tu nanti akan digunakan untuk bayar balik bila bersara nanti. Bagi saya, ia bagus sebab duit kita diuruskan oleh mereka yang profesional dalam pelaburan. Kalau tak simpan macam tu, mungkin ramai yang tak menyimpan.

      Detailnya ada di website http://www.ppa.my/prs/about-prs/overview/

      Wallahu a’lam.

  • Assalam tuan.

    Mohon sikit pandangan.

    Saya bkl mendpt cash hasil refinance rmh sedia ada sebyk rm100k. Sy n suami dh plan utk gtk gunakan duit tu 30k utk saving dana kecemasan di tabung haji,40k utk reno rmh 30k utk beli kereta terpakai.

    soalan sy:

    i) ok ke saving kat tabung haji or ptt ke beli emas buat pelaburan;

    ii) kami dlm dilema samada beli kereta baru tp byr deposit sbyk rm30k or beli cash kereta 2nd hand je memandangkan kereta sekrg sdh terlalu uzur dan bil aanak yg ramai. Dan

    iii) atau sy perlu lebihkan simpanan memandangkan kami tidak mempunyai simpanan buat masa skrg. pengalaman lalu hidup ssh bila suami hilang pekerjaan cukup buat kami berhati2 buat keputusan.

    Hrp en zul dpt berkongsi pndangan. Tq
    mem

    • Wslm Pn. Asmiza,

      1. Saya simpan tunai hanya untuk duit simpanan kecemasa 3 bulan pendapatan. Selebihnya saya lebih suka simpan dalam bentuk emas. Sebab pengalaman saya, duit yang tak ditukarkan kepada bentuk emas atau aset yang lain, sangat mudah terbocor kepada perbelanjaan yang bukan keperluan.

      2. Kalau beli kereta 2nd hand pun bagus untuk lebih jimat. Kalau tak, nanti kena buat loan lain lagi. RM30k tu bagi saya dah boleh dapat kereta yang bagus. Bila beli, kena bajet skali kos untuk repair sebelum kereta tu boleh digunakan dengan selesa. Kereta yang saya pernah pakai sebelum ni nilainya tak lebih RM20k.

      3. Memang duit simpanan kena banyak. Puan kena ingat, duit RM100k tu adalah PINJAMAN yang perlu dibayar balik, atau rumah puan tergadai. Perpada-pada renovate rumah & beli kereta. Berbelanja hanya pada perkara yang benar-benar perlu sahaja. Saya perhati, masalah kebanyakkan orang rasa duit pinjaman tu duit bonus. Dia berbelanja sesuka hati sedangkan orang yang membelanjakan duit hutang, dia sebenarnya membelanjankan pendapatan masa depan. Duit belum dapat, tapi dah siap-siap dibelanjakan. Dia terpaksa bekerja lebih keras pada masa akan datang hanya semata-mata untuk membayar hutang.

      Wallahu a’lam.

      • Terima kasih atas pandangan dan nasihat tuan. Sy sebenarnya kagum dgn tuan n isteri yg hidup besederhana. Sy begitu brhrp azam sy utk membina kehidupan yg lebih baik slps ini dipermudakan. Teruskan berkongsi artikel menarik tuan.

  • Assalamualaikum Tuan,

    Mohon Pandangan Tuan,

    Saya bakal menempuh alam pekerjaan tak lama lagi dan sekarang saya masih dibelenggu dengan Bad Dept yang masih belum diperjelaskan contohnya hutang Ptptn dan Loan motor. Saya berusaha untuk mengurangkan Bad Dept ini secepat mungkin supaya dapat bebas dari Hutang. Sediamaklum saya merupakan pelatih kkm diberi elaun setiap bulan.

    Pada masa yang sama, saya mempunyai sifat boros dalam diri dan sekarang ingin merubah sifat boros kepada sifat berjimat cermat untuk menjamin masa hadapan. Saya sedar sebagai seorang lelaki , saya merupakan bakal suami, bakal ayah, bakal pemimpin keluarga dan sebagainya. Oleh itu simpanan wang dari sekarang merupakan jalan untuk menjamin masa hadapan saya sebagai mana tuan ada menyatakan ” Duit bukan segalanya, tetapi segalanya memerlukan duit”.

    Melalui pertukaran idea bersama sahabat , saya mempunyai dua kaedah penyimpanan yang mungkin dapat menyelesaikan masalah boros dalam diri saya ini ; kaedah pertama melalui simpanan ASB dan kaedah kedua dengan pelaburan emas. Saya memohon Tuan dapat memberi sedikit pandangan antara dua kaedah yang dapat di gunapakai untuk menjamin masa hadapan saya.

    Terima Kasih…

    • Wslm En. Azri,

      1. Antara cara paling cepat langsaikan hutang ialah dengan menjalankan bisnes sendiri. Saya syorkan En. Azri explore bisnes dari sekarang. Nanti dah kerja nanti, En. Azri tak perlu susah-susah tunggu untung nasib kenaikan gaji.

      2. Antara cara terbaik rawat masalah kebocoran wang ialah tukarkan simpanan tu kepada emas. Emas ada aura tersendiri yang menyebabkan simpanan kita tahan dari kebocoran. Sekali pegang, rasa nak beli (memiliki). Bila dah beli, rasa nak beli lagi. Bila nak pakai duit, rasa sayang nak jual. Kalau jual sekalipun, rasa nak cari balik duit untuk beli balik emas tu.

      Wallahu a’lam.

  • Salam En Zulkifli. Bagi seminar atau latihan bisnes. Yang mana rasanye sesuai bagi permulaan bisnes bagi golongan awal 30-an. Contoh2 seminar menarik yang pernah En Zul pergi?.. dan rasanye berguna sebelum memulakan ape2 bisnes?

  • Saya sudah berkeluarga dan mempunyai seorang anak berumur 3 tahun.. Saya susah sangat nak menyimpan wang tapi saya sudah mula menyimpan 10% gaji saya sekarang.. Setelah membaca penulisan encik, saya terbuka minda untuk hidup tanpa hutang, mempunyai simpanan dan hidup sederhana seperti boleh pergi melancong, umrah dan sebagainya..
    Saya minat dengan pelaburan emas, pada pendapat encik boleh ke simpanan 10% dari gaji itu saya beli emas secara EPP. ataupun saya simpan dalam ASB @ tabung haji je.. atau pun 10% tu simpan dalam ASB @ tabung haji, dan untuk beli emas saya cari duit lain…
    Mana yang lebih penting, beli emas atau settlekan hutang personal loan yg saya ambil 2 thn lepas? sebulan saya bayar RM319.00 untuk 9 thn.. minta pendapat ye..
    Untuk anak saya, saya nak peruntukkan untuk beli dinar emas untuk die,,, maybe setahun satu dari saya sebagai permulaan…

    • Pn. Haini,

      1. Simpanan 10% tu ialah simpanan untuk dilupakan. Simpan dan lupa. Emas salah satu daripada cara melupakan simpanan dan mengelakkan berlakunya kebocoran wang simpanan.

      2. Sebelum langsaikan semua personal loan, saya syorkan puan adakan simpanan kecemasan 3 bulan pendapatan. Duit simpanan tu puan boleh simpan sebahagiannya dalam bentuk tunai dalam Tabung Haji, dan sebahagiannya dalam bentuk emas.

      3. Lepas adakan simpanan 3 bulan pendapatan, fokus langsaikan semua personal loan tu. Nanti bila hutang-hutang dah settle, mulakan balik kumpul harta dengan semangat baru, insyaAllah.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum wbt..
    Mohon pandangan Tuan,

    Saya baru sahaja terima wang KWSP setelah 3 tahun berkhidmat. Saya berhasrat dengan duit tsb sy ingin gandakan ia & jadikannya sebagai wang simpanan. Pada pendapat tuan, ok x kalu saya menyimpan di ASB ,Tabung Haji @ pelaburan emas ..ataupun ada cara simpanan lain yg dpt membantu sy menggandakan wang dgn cepat & terjamin & yang manakah yg TERBAIK. Kblkgn ini sy sllu termiss savings dlm ASB berikutan wang gaji sy rasekan tiada lebihan..sy juga sntiasa record perbelnjaan sy & stkt ni wang gaji sy ckup utk belanja bulanan…cme savings yg kdgkala termiss..Sy sedar sbnr sy boleh menyimpan stp bulan wlpun sedikit ttp ada shj perbelanjaan luar jangka krn sy masih menanggung keluarga..sy berhrp duit KWSP ini dpt sy manfaatkan dgn sebaik2nya. saya juga memiliki hutang ptptn dan berhasrat memiliki rumah sendiri suatu hari nanti. dividen yg sy terima kelak sy ingin langsaikan hutang ptptn sy. sy juga runsing krn masih menanggung hutang. ..Harap tuan dapat bagi nasihat/panduan agr sy xtersilap langkah.
    TERIMA KASIH.

    • Wslm Cik Azzurin,

      Kalau saya berada di situasi Cik Azzurin, saya akan:

      1. Simpan 3 bulan pendapatan dalam akaun Tabung Haji sebagai simpanan kecemasan. Saya tak simpan dalam ASB sebab dividen Tabung Haji lebih kurang jer dengan ASB kalau dividen ASB ditolak zakat 2.5%. Dividen Tabung Haji dah tak perlu zakat.

      2. Duit lebih, saya akan langsaikan hutang-hutang yang ada.

      3. Kalau ada lebih lagi, saya akan laburkan dalam ilmu i.e. beli lagi buku-buku kewangan, hadir seminar-seminar perniagaan, kewangan dan pelaburan. Sejuah mana kita mampu jana keuntungan bergantung sejauh mana kita ada ilmu.

      4. Selebihnya, baru saya akan simpan dalam bentuk emas dan melabur. Kalau Cik Azzurin ada masalah kebocoran wang simpanan, mungkin dengan tukarkan duit tu kepada emas boleh mengurangkan masalah tersebut. InsyaALlah.

      Wallau a’lam.

  • Mohon pandangan dan pencerahan Tuan Zulkifli yang budiman.
    Baki hutang kereta pembiayaan islamic : 85k..untuk baki 5 tahun lagi ..jika settlekan 77k..adakah berbaloi duit cash yang ada digunakan untuk menyelesaikan hutang atau bayar seperti biasa setiap bulan dan duit cash di simpan di tabung haji. Kadar pembiayaan kereta adalah 2.77%.

    • En Romzi,

      Kalau ikut kira-kiranya, simpan Tabung Haji lebih berbaloi sebab dividennya lebih tinggi berbanding interest kereta. Cuma duit banyak yang terbiar dalam bentuk tunai, risikonya:

      (a) dibelanjakan kepada perkara yang tak perlu (godaan untuk dibelanjakan)
      (b) dilaburkan ketempat yang lumayan yang biasanya ia skim cepat miskin (nak cepat kaya)
      (c) dipinjamkan kepada kawan atau saudara mana (nak jaga hati & hubungan)

      Kewangan pada hakikatnya adalah matematik, tapi kita selalu kalah dengan EMOSI.

      Kekadang mengikut kira-kira, bayar ansuran bulanan lebih untung dalam jangka panjang, tapi saya prefer buat full-settlement. Hati rasa lega, dan dapat semangat baru untuk kumpul balik harta.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum,

    Saya mahu pendapat dari Tuan, saya berumur 22 tahun dan setahun bekerja. Saya mempunyai loan kereta dan PTPTN. Saya dan teman lelaki merancang untuk mendirikan rumah tangga.

    Pendapatan saya tidak banyak dan simpanan pun belum mencukupi untuk mengadakan majlis perkahwinan. Manakala pendapatan teman lelaki saya agak tinggi. Bolehkah saya mengenakan hantaran yang tinggi untuk menampung kos perbelanjaan perkahwinan.

    Selepas berkahwin saya merancang untuk meningkatkan simpanan bulanan saya kerana bakal suami mampu untuk menggungung perbelanjaan harian sekeluarga.

    Tq,
    Haniez

    • Wslm Cik Haniez,

      Bincang betul-betul dengan bakal suami sebab susah senang lepas kahwin adalah tanggungjawab bersama. Jangan bebankan dia dengan belanja perkahwinan sebelah perempuan. Sepatutnya belanjan kawin sebelah perempuan, pihak perempuan yang tanggung (terutamanya wali), bukan lelaki. Lelaki sepatutnya tanggung maskahwin dan belanja kahwin sebelah lelaki jer.

      Perkahwinan yang berkat ialah yang meringankan bagi pihak lelaki kata Nabi. Biar belanja sebelah perempuan, pihak perempuan yang tanggung sebab nanti suami tu nak tanggung Cik Haniez sampai mati pulak, insyaAllah.

      Jadi, buat simpanan sendiri dari sekarang. Kalau duit tak cukup, tambah pendapatan samada dengan (1) cari kerja yang dapat bagi gaji lebih tinggi, (2) kerja part-time atau overtime, atau (3) mulakan bisnes sendiri.

      Wallahu a’lam.

  • Assalammualaikum. .
    Saya sudah bekerja selama setahun dan alhamdulillah setakat ini kewangan saya masih lagi terkawal..bolehkah saya tahu berapa peratus sebenar dari jumlah gaji kita yg perlu untuk diagihkan kepada simpanan, perbelanjaan dan hutang contoh bayaran ansuran kereta?saya memerlukn pnjelasan supaya xlari dari bajet yg sepatutnya…tq:)

    • Wslm Cik Nur Atikah,

      1. Secara asasnya, at least 10% daripada pendapatan bulanan perlu disimpan sebagai simpanan untuk dilupakan. Tapi bagi orang yang baru bekerja, keperluan kewangan sangat besar. Saya kira-kira, graduan baru perlukan at least RM30,000 dalam masa 3 tahun untuk perkahwinan, masuk rumah baru, sambut kelahiran baru, deposit beli kereta baru dsb.

      2. Jadi saya syorkan, simpan sebanyak mungkin. Cuba buat kira-kira berapa banyak tunai yang Cik Atikah perlukan dalam tempoh 5 tahun akan datang supaya segala-galanya boleh settle secara tunai (tanpa hutang) kecuali untuk beli rumah. Lepas tu letakkan target berapa banyak perlu disimpan setiap bulan.

      3. Kalau tanya saya, graduan baru perlu simpan at least 50% daripada pendapatan bulanan.

      Wallahu a’lam.

  • Saya sekarang ada loan asb 50000 selama 25tahun dan saya bercadang nak hentikan loan ini…patut kha tidak saya berhenti

    • En Hafizul kena buat kira-kira pro dan kontra. Cuba cek berapa kerugian yang En. Hafizul kena tanggung kalau hentikan loan tu. Kalau tak berbaloi, teruskan jer dulu. Tapi disiplinkan diri, dividend ASB digunakan hanya untuk dilaburkan semula. Bukan untuk belanja hangus.

      Wallahu a’lam.

  • Salam…
    Sy mahu tanya berkenaan insurans…adakah wajar sy mengambil medical card seperti yg ditawarkn oleh ramai agent insurans? Berbaloi ke klu amik as a saving selain sbgai perlindungan…

    • Wslm Pn. Syasya,

      Bagi saya medical card perlu terutamanya kalau majikan tak cover kos hopital. Kalau nak ambil takaful, ambil untuk perlindungan, bukan saving. Optimumkan bayaran bulan untuk ambil cover yang cukup.

      Wallahu a’lam.

  • assalamualaikum tuan..
    sya nk mnta pendapat dr tuan, sy bcdang nk bhenti kja coz br nk mulakan biz kcil-kcilan,
    n sy masih byk htg kereta,kreditkad,loan yg kcil,sbb klu sy msih bkeja sy t kjar2 msa dgn ank lg, jd sya nk mnta pndapt tuan brp % sy ptut simpan stiap hsil jualan sy? berbaloi x klo sy bhenti dan mcm mn nk uruskan dgn btol spya x bocor lg,coz sblm ni sy cb masih x mnjdi …

    • Wslm Pn. Effa,

      Saya tak syorkan berhenti kerja melainkan pendapatan suami dah cukup untuk sara keluarga, atau bisnes puan dah maju. Kalau baru nak mula bisnes, bagi saya tak sesuai berhenti kerja especially kalau ada komitmen hutang atau perbelanjaan yang besar.

      Dari sudut simpanan, kena target at least 50% pendapatan bisnes perlu disimpan kalau puan masih bekerja. Bahkan saya simpan 100% income bisnes masa saya baru-baru memulakan bisnes.

      Wallahu a’lam.

  • Assalam tuan.. Minta pandangan..

    Saya ada loan/pembayaran :
    [1] ASB 50k (bulan2 RM300) (12 x 25tahun)
    [2] Insuran RM100 (seumur hidup)
    [3] MARA RM150 (12 x 10tahun)
    [4] Internet RM68 (sehingga mampu)
    [5] Ibu RM100 (wajib)
    [6] Motor RM300 (12 x 2tahun)
    [7] PTPTN RM150 (12 x 5tahun)
    [8] Sewa rumah/api/air RM200

    Dengan gaji bulanan yang tidak seberapa RM1,450 (bersih)… Saya ingin kumpul aset dalam bentuk emas banyak2 memandangkan saya langsung tiada apa2 melainkan dinar yang saya kumpul hanyalah sedikit dalam 5dinar sahaja… Mohon pandangan… Saya buntu..

    • Wslm Cik Miz Atom,

      1. Bagus tu simpan emas. At least cara tu membuatkan duit simpanan lebih bertahan lama.

      2. Lebih bagus, cari jalan tingkatkan pendapatan samada cari kerja yang boleh beri gaji yang lebih baik atau mulakan bisnes sendiri. Bila pendapatan besar, kita lebih mudah untuk kembangkan lagi kekayaan, insyaAllah.

  • #7 – Jangan jadikan takaful / insuran sebagai tempat untuk menyimpan wang,

    saya ada msk skim takaful etiqa yng stiap 3 thn dpt duit … adakah sya prlu tukar plan ke tkful prldungn ..sthu sya skim tu utk pyimpnan … blh tuan bg pndgan …tq

    • En. Mahmud,

      Bila ambil takaful, apa yang paling penting sebenarnya kena cek berapa yang takaful tu COVER kalau berlaku musibah. Jangan tengok projection simpanan sebab saya perhati, projection yang dibuat oleh ejen agak “too good”. Kalau cover tak cukup, rendahkan portion simpanan dan maksimumkan portion untuk PERLINDUNGAN.

      Wallahu a’lam.

  • Master Zul
    Boleh tahu ke sapa multi milionaire tu….
    AdakahTan Sri Albukhari?
    Dalam buku biografinya ada ckp, walaupun beliau adalah billionair tp masih pakai perdana utk balik kedah.kita ni kalau ada mampu pakai wira je , sanggup golok gadai pinj sana sini utk beli perdana.

    Kita ni kalau boleh pakai wira ta

  • Salam En. Zul,

    Terima kasih atas artikel yang menarik ini. Persoalan saya, apakah rancangan kewangan yang bagus untuk orang yang bergaji kecil seperti saya ini. Kebanyakan blog2 yang saya baca semuanya membincangkan kewangan untuk gaji yang sederhana atau besar. Untuk pengetahuan tuan, saya tergolong dalam pekerja gaji minimum. Gaji saya rm900 ( rm796 bersih) sebulan. Buat masa ini saya masih tiada apa-apa komitmen atau hutang yang perlu dibayar, cuma perbelanjaan untuk ibu bapa rm 150 sebulan. Saya juga mula menyimpan gold bar 2 gram sebulan sejak mula bekerja dengan peruntukan rm400 sebulan dan derma sekurang-kurangnya rm10 sebulan. Syukur alhamdulillah gaji saya sentiasa masih cukup setiap bulan. Adakah tindakan saya betul terutamanya dengan membeli gold bar 2 gram sebulan. Mohon pendapat tuan. Terima kasih.

  • Assalamualaikum….saya Manis….mohon pendapat encik…umur saya 36 thn…anak 3 (sekolah)… sekarang bekerja… dibelenggu hutang dan tak punya simpanan, cuma ada 2 insurans (perlindungan & simpanan) dan ada loan asb(baru mula). Berusaha menyimpan tapi GAGAL….Ada je perkara yang memerlukan duit. Sekarang rasa keliru…..apa harus saya buat untuk menyimpan.

  • Saya baru jumpa blog encik ni… mpnyai masalah yg sama juga ngan meka kat sini.. ingin menyimpan duit..tetapi terlalu boros.. kdg2 gaji x sampai hujung bulan… x tau cara nak simpan duit dgn x pyh usik, mesti kena ambik jgk…simpan asb 2 3 bulan dah kena korek… kwsp dah kuar tp hbs utk buat rumah… so duit yg ada skarang ni cuma 2000 je dlm asb… ada kemahiran buat rekaan grafik tp x tahu mcmana nak buat bisniz online… boleh bantu saya x encik?

  • Assalammualaikum Tuan,
    Saya amat bersyukur kerana berjumpa dengan blog Tuan ketika mencari informasi tentang dana kecemasan. Saya cuma ingin menanyakan tependapat Tuan, saya bercadang ingin membuat dua simpanan,1) di Tabung Haji (simpanan biasa) 2) dana kecemasan, saya masih memikirkan sama ada ingin menyimpan di ASB atau melabur di unit amanah @ Tuan mungkin ada pelaburan lain yang dirasakan sesuai. Saya amat berharap agar pandangan bernas Tuan.

    Sekian, terima kasih.

    • Wslm En Alfie,

      Untuk dana kecemasan, saya prefer simpan dalam akaun bank. Saya sendiri simpan dalam Tabung Haji (saya memang tak simpan dalam ASB). Unit amanah bagi saya kurang sesuai bagi dana kecemasan. Nak simpan tu pun dah kena fees (dalam 5% kalau tak silap saya).

  • Assalamualikum
    Sy mahu Bertnya,Sy Bru Abis Belajr Akhir Tahun Lepas,Sekarang Sy Kerja Technicion Kilang,Sy Kerja Dalam 5bulan Lepas To Sy Beli Kereta Second Hand Myvi,Bulan Rm370,cita2 Sy Nak simpan Duit,Boleh Tak BagI CarA Dekat Sy,Sy Nak.simpan Demi Masa Depan Sy Kelak,Ape Yang Perlu Sy Bt?sy Perkeja kilang,bagai mana Sy Mahu uruskan Kewangan dengan Baik,Dan Ape Bisnes Yng Paling Sesuai Untuk Diceburi??
    Mohon Kongis
    Terima Kasih

  • Salam tuan. Sy mohon pandangan. Sy mengambil insurans hayat dan penyakit yg premium bulanannya berjumlah 10-12% drpd gaji bulanan sy. Adakah jumlah ini terlalu banyak utk diperutukan sbg belanja insurans. Terima kasih.

  • Assalammualaikum Tuan Mohd Zulkifli:

    Saya ada meminjam dengan bank rakyat (personal loan) untuk diguna renovate rumah pada 2009 sebanyak RM105k..dlm tempoh pembayaran 15 tahun. Saya macam menyesal mengambil tempoh pembayaran selama itu dan perlu bayar dalam jumlah RM1000setiap bulan melalui potongan angkasa. Soalan saya bagaimana cara untuk saya kecilkan jumlah potongan dan singkatkan tempoh bayaran? Saya mahu duit gaji makin besar dan menyimpan selebihnya.

    • Wslm puan,

      Saya tak pasti macam mana cara kurangkan ansuran dan pendekkan tempoh sebab ia personal loan. Kalau housing loan agak mudah. Mungkin puan boleh bincang dengan pihak bank sendiri. Kalau kecilkan ansuran, biasanya tempoh bayaran makin panjang. Kalau pendekkan tempoh bayaran, ansuran jadi semakin tinggi.

      Wallahu a’lam.

  • Salam tuan.

    Terima kasih untuk artikel yang bermanfaat. Saya berumur 24 tahun dan baru bekerja di KL dengan gaji bulanan +-RM3k sebulan.

    1) Saya ingin mengumpul duit dalam masa 1-2 tahun (short term) untuk urusan perkahwinan etc. Saya ingin bertanya, antara simpanan di akaun bank/TH atau pelaburan unit trust dsb, yang mana satu lebih selamat dan menguntungkan? atau tuan mempunyai cadangan yang lain? (emas dsb)

    2) Saya lebih gemar menggunakan motosikal untuk ke tempat bekerja (dan telah memiliki sebuah) dan bakal pasangan saya mempunyai kenderaan sendiri dan tinggal di KL. Apa pendapat tuan, adakah saya perlu membeli kereta untuk kegunaan saya (selepas berkahwin) sebagai kenderaan kedua atau menggunakan kereta bakal pasangan bila ada keperluan (dia mungkin memerlukan) pada masa hadapan?

    Sekian, terima kasih atas pandangan tuan.

    • Wslm tuan,

      1. Kalau untuk simpanan jangka pendek, saya prefer Tabung Haji jer.

      2. Kalau saya di tempat tuan, saya tak akan beli kereta sebab motosikal dah cukup untuk keperluan. Dan bakal isteri pun dah ada kereta sendiri.

  • Assalamualaikum..
    Bagus pnrgn en.zul tu..sy sk bc bhgn 3 bln income sblm mlabur..
    mula2 mmg sy cdg nk buat bgt.tp olh krn sy krj dgn gov.. x tmbul mslh bsar bg sy utk buat prmulaan plaburan emas.trus sy bli emas.mmg btul ia sbg 1 motivasi utk dptkn lbh byk emas.dan trnyt sy lbh brht2 dlm prblnjaan.bl ada duit lbh ttus sy bli emas utk smpnn ank2..trmksh ats nsht tersebut..

  • As salam,alhamdulillah…En.Zul,dpt memberi kesedaran pada sya..
    Sya nk minta pandangan En.Zul, sya akan dpt duit simpanan kwsp,lbh krg 15k..
    Apa perlu sya buat…iktkan hti nk bt side income Ada juga,tpi permulaan yg msih kabur….apa saranan En.Zul????
    T.kasih…

  • Salam Tuan Zul,

    Sekarang ni sy masih tertanya2 apa yg sy patut buat dgn duit simpanan sy sebyk RM100,000 yg sy dpt dr skim persaraan sukarela syarikat yg sy bekerja ni. Skrang sy baru 2 bulan jd ejen hartanah dan blum ada rezeki lg utk menjual. Umur sy 47 tahun. Sy yakin dgn bisnes yg baru sy ceburi ni tp sy cuma perlukan pendpt tentang simpanan sy tu, patut kah sy laburkan dgn membeli salah satu hartanah yg ada ini secara tunai. Terima kasih byk2 tuan!

    • Wslm En. Nas,

      Saya prefer duit itu simpan sahaja dalam Tabung Haji sebagai dana kecemasan memandangkan En. Nas baru memulakan kerjaya baru. Fokus jana pendapatan daripada kerjaya baru. Bila dah maju, baru beli hartanah.

  • Alhamdullillah saya terbaca blog En.Zul hari ni. Banyak sungguh ilmu yang saya perolehi & sangat bermanfaat buat saya. Terima kasih En.Zul di atas penulisan yang sangat memberi motivasi buat saya. Semoga Allah permudahkan urusan En.Zul.

  • Assalammualaikum tuan,
    Saya seorang pekerja sambilan harian di salah sebuah jabatan kerajaan dengan gaji harian sebanyak RM54/hari. Saya belum berkahwin dan risau jika simpanan tidak mencukupi untuk hari tua. Malah saya mempunyai hutang pinjaman mara sebanyak rm 8000. Setiap bulan saya mempunyai komitmen membayar hutang tersebut sebanyak rm150 setiap bulan. Memikirkan diri yang tidak mempunyai kerja dan pendapatan tetap, maka saya telah membeli sebanyak 60gram goldbar. Saya juga telah menukar duit ringgit sebanyak 700euro, berikutan kejatuhan nilai matawang ringgit kita. Adakah tindakan saya itu betul atau sebaliknya, tuan? Harap tuan dapat memberikan saya sedikit pandangan.

  • Assalamualaikum en zulkifli.

    Saya seorang penjawat awam, sdh bekerja selama 2 tahun 6 bulan. dan ada personal loan rm720/sebulan serta loan kereta rm600. potongan kwsp rm300 skrg gaji bersih saya rm1100 dan minta cadangan untk perancangan kewangan saya.

    Bulan 12 ni baru cukup setahun sy saya pakai myvi 1.5 SE. Sebenarnya saya tak nak pakai kereta myvi 1.5 SE, niat nak pakai kereta kancil secondhand yang dapat boleh beli cash lebih kurang rm 5000, ttpi ibu saya x menyokong keputusan sy. sbb ibu ckp kereta secondhand banyak pula perlu baiki so sy ikutkan aje kata ibu “beli myvi 1.5 SE”

    Niat di hati nak beli tanah utk buat rumah, skrg sy masih tinggal bersama ibu bapa sy.

    Minta tolong En Zul bantu saya. Terima kasih

  • assalamualaikum en zulkifli.

    mohon share artikel untuk rujukan saya untuk berusaha menyimpan dan kurangkan kebocoran wang.mudah-mudahkan dipermudahkan urusan en zul sekeluarga.

    terima kasih.

  • assalamualaikum en zul ,
    saya merancang untuk memiliki kereta baru pertama saya adalah perodua . saya dari keluarga yang sederhana dan merupakan anak sulung . saya bernekad tahun ini menyimpan simpanan untuk downpayment sebanyak <8k dalam masa setahun untuk memudahkan saya untuk memulakan pekerjaan saya pada tahun hadapan . saya merupakan pelatih kkm dan memiliki elaun sebanyak rm750 , dari elaun yang saya dpt saya ingin menyimpan ke asb untuk matlamat saya itu .

    wajarkah saya membuka asb ?
    bagaimana cara mengawal diri dari menggunakan duit simpanan itu ?
    berapa sebulan saya harus simpan untuk capai target saya ?

    terima kasih encik zul .

    • Wslm Cik Fatihah,

      Ok juga buka ASB.

      Untuk elak digunakan, hantar buku tu balik kampung atau bakar je terus.

      Kalau target RM8,000 dengan pendapatan RM750 sebulan, maksudnya kena simpan RM670 sebulan selama 12 bulan.

  • Assalammualaikum tuan Zul.
    Nak tanya sikit, ayah saya baru bersara. Baru2 ni dia ada berjumpa kawan lama bercerita mengenai unit trust public mutual. Ayah saya berminat sebab beri pulangan bagus dan patuh syariah. Kalau boleh nak cuba denganjumlah kecil sebanyak 20K atau 10K. Masalahnya mak saya takut ditipu dan lebih berminat dengan asb/asn. Ayah saya tidak berminat kerana asb/asn tidak patuh syariah. Jadi soalan saya, adakah sesuai ayah saya menyertai unit trust Public Mutual pada masa kegawatan ekonomi ini dan berapa tahun yang harus ditunggu untuk dapatkan pulangan?

    • Wslm En. Hanz,

      Bagi mereka yang dah bersara, pelaburan yang rendah risiko itu lebih baik. Keutamaan mereka ialah pastikan duit itu tak hilang. Keuntungan tu kira bonus.

      Pada saya, simpan duit dalam Tabung Haji lebih baik sebab ia dijamin oleh kerajaan. Dan dividen Tabung Haji sebenarnya tinggi berbanding lebih 70% unit trust yang ada di pasaran.

      Wallahu a’lam.

  • As salam tuan. Sy br baca n tertarik dg inti blog tuan. Sy mmg buat potongn gaji utk tabung hj. Sy jg da bli emas dlm bntuk dpakai. Sy jg da etiqa yg stiap 3 thun dpt bonus cuma sy dpt tau tempoh matang x dpt pnuh sbb tolak yg dpt stiap 3 thun!! Sy br dpt 2x bonus n mrncg brhenti. Sy didatangi ejen Mcis n brminat simpanan rm1k sebulan utk 30 thun ats nama anak pd tempoh akhir pulngn 396k n bonus 14k stiap 3 thun. Adakah pilihn ni brbaloi? Sy brminat kerana dmklumkn jk apa2 brlaku pd sy cth kematian, Mcis akn cover simpanan anak shngga tmt tempoh 30 thun.apa pndgn tuan? Jika bole tuan hntr pndgn tuan jg ke emwl sy ya

    • Wslm puan.

      Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ni bermanfaat, insyaAllah.

      Insuran tujuannya bukan untuk simpanan atau pelaburan. Tapi untuk perlindungan. Jangan ambil apa-apa insuran untuk tujuan simpanan atau pelaburan. Itu merugikan.

  • Assalamualaikum. Wbt
    E.zul,sy nak Tanya.sy ada cc hutang 15k.personal loan 150k. Hutang lajn dalam 80k (semua berinterest), Dan ptptn dlm 30k.persoalan sy,dgn pendapatan 5k sbulan bersih, apa kah yg perlu sy lakukan utk mencapai hasrat spt 7 langkah tersebut. Sy buntu kerana akaun cc(akaun gaji telah dibekukan Dan menyebabkan sy perlu menerima gaji di akaun lain). Mohon cadangan tuan.tk.

  • Assalamualaikum tuan.. sebahagian dr gaji saya digunakan utk byr personal loan, kereta, rumah dan bil anak². Adakah saya perlu simpan 10% dr gaji atau 10% selepas tolak semua perbelanjaan wajib( loan,rmh,kereta,bil anak²)… Thanks

    • Wslm Pn. Umi,

      10% tu perlu dikira dari jumlah gaji, bukan dari jumlah baki gaji (selepas ditolak semua perbelanjaan). Prinsipnya, potong dulu sebahagian untuk simpanan, dan berbelanja selebihnya.

  • Assalamualaikum en. Zul, mohon pendapat, saya ade simpanan tunai 10k, cukup untuk membaiki bumbung dapur yang rosak dengan segera. minta pendapat adakah lebik baik kalau saya beli emas, pajakkan, dan baru guna duit itu untuk repair rumah. dan hanya membayar ansuran bulanan untuk menebusnya. sbb mmg niat asal untuk membeli emas.. atau terpaksa membuat pinjaman peribadi bank

  • Salam tuan. Sya nk tanya beberapa soalan. Harap sudi respons.

    1) saya berpndapatn brsih 1500 sbulan dan bru shaja buat asb financing 110k dgn byran 665 sbulan. Target saya nak beli rumah dlm 2 tahun ni. Kalau ikt dsr, kelayakan pinjaman rumah saya memang dah tak layak kecuali kalau saya terminate asb loan saya nanti. Ada cara lain tak utk saya lpas loan rumah tanpa terminte asb?

    2) Saya ada 1 tanah pusaka. Is it lg brbaloi sy guna dvden asb utk saya bina rumah disitu dan sewakan or bli rumah bru?

    Tq in advance, tuan.

    • Wslm.

      Saya tak pasti yang mana berbaloi. Kena buat kira-kira dan perbandingan yang mana lagi berbaloi. Cuma kalau DSR sudah ke paras leher, saya tak prefer buat loan lagi sebab ia seolah-oleh membunuh diri.

  • Assalamualaikum en zul.terima kasih atas blog en zul ni. Saya berumur 23 tahun. Saya nekad untuk buat langkah simpanan macam encik zul tuliskan. Kerja 2 tahun tapi takda simpanan sebanyak yg saya harapkan n saya dah give up sebab terlampau fikirkan sangat tentang. Bila baca blog en zul. Saya tahu apa kesilapan dalam menyimpan
    Terima kasih

  • Assalamu’alaikum en zul…
    Saya berumur 32 tahun…dalam umur itu simpanan saya sangat sikit..dalam 10k..simpanan sy cuma di tabung haji sahaja…
    So…bila ada kegunaan mmg sy guna duit dari tabung haji tu..contohnya dalam proses beli rumah…banyak juga duit yang sy laburkan…dari banyak simpanan saya di tabung haji tinggal sedikit sahaja..
    Soalan saya…
    1. Bagaimana caranya saya nak kekalkan dan tambah simpanan saya..sbb gaji sy mmg cukup2 utk simpanan di tabung haji…x cukup nak buat back up simpanan

    2. Saya dalam proses nak langsaikan hutang..hutang sy pun agak byk..kereta, personal loan, ptptn…sekrg ni dlm proses kira2 nak langsaikan hutang personal loan dulu…adakah berbaloi sy lebihkan duit gaji sy tuk cepatkan bayar hutang atau sy buat saving sahaja…anggaran tuk duit tu adalah dalam rm700
    Terima kasih..

    • Wslm.

      1. Tak ada cara lain, samada kurangkan perbelanjaan atau cari jalan tingkatkan pendapatan.

      2. Saya prefer simpan 3 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan, selebihnya fokus langsaikan segala hutang piutang.

  • Assalamaualaikum Tn Zul. Insya Allah saya sedang berusaha untuk mencukupkan 6 bulan pendapatan.

    Satu soalan, 6 bulan pendapatan, maksudnya yang kasar (pokok termasuk semua elaun) atau yang halus (keluar dari pay slip) atau macamana…?

    Mohon pencerahan Tn Zul.

    Tkasih
    Zamree

    • Wslm En. Zamree,

      Tujuan utama 6 bulan pendapatan tu supaya kalau apa-apa berlaku, kita masih boleh terus survive untuk tempoh minimum 6 bulan. Jadi tentang 6 bulan dana kecemasan, ada pelbagai mazhab.

      Ada mazhab 6 bulan kos sara hidup.

      Ada mazhab 6 bulan gaji bersih.

      Ada mazhab 6 bulan gaji kasar.

      Jadi pakai mana-mana pun boleh. Paling selesa, 6 bulan gaji kasar.

  • Assalamua’laikum Tuan Zul;

    Alhamdulillah, setelah baca post-post tuan, ia membuka minda saya untuk konsisten dalam menyimpan. Tambahan lagi sekarang dah menyimpan dalam GAP dan mula berkobar-kobar untuk terus istiqamah menyimpan.

    Sekurang-kurangnya ada tarikan yang menyemarakkan saya untuk simpan duit dari pekerjaan dan bisnes ke dalam pelaburan emas.

    Terima kasih sekali lagi Tuan Zul.

    Semoga istiqamah membantu lebih ramai celik emas. Aaminn.

  • Assalamualaikum, tuan. Saya rasa tertarik dengan artikel tuan ni. Bagaimanapun, boleh tak saya nak minta pendapat. Saya bercadang hendak membeli rumah kos renda (apartmen) tapi komitmen sekarang terlalu banyak. Untuk pengetahuan tuan, komitmen bulanan saya sekarang adalah seperti berikut :

    perbelanjaan ibu rm 400
    ptptn rm 200
    sewa rumah saya rm 200
    medical kad rm 200
    personal loan rm 550
    zakat rm 40
    bil api/air rm 50

    gaji bulanan saya adalah rm 2400++ selepas tolak epf.

    **untuk pengetahuan, personal loan ni sebenarnya adalah loan yang dibuat oleh kawan baik saya dulu pada tahun 2015 sebanyak 11k+ , tapi menggunakan nama saya dan malangnya dia brtindak melarikan diri dan tidak pernah membayar sehingga kini, dan loan ini dijangka habis pada bln 9 nanti (balance terkini tinggal rm 2100).

    Jadi, apakah permulaan yang perlu saya buat memandangkan saya masih belum mempunyai kenderaan sendiri lagi (selama ni sy ulang alik kerja naik bas), dan saya merancang hendak membeli rumah kos rendah. Saya kira2 akaun 2 epf saya mencecah 7k boleh digunakan untuk deposit rumah. Apakah saranan tuan. Terima kasih.

  • Salam Tuan,

    Saya bujang berumur 34 th & sudah bekerja selama 10 tahun & mempunyai simpanan dlm ASB sebanyk RM 303,000 ( sehingga July 2017). Saya tidak mempunyai hutang Kad Kredit, Hutang PTPTN, Personal Loan tp mempunyai hutang rumah sebanyak RM 721. Bagaimapanpun, rumah ini disewakan dgn kadar sewa sebanyak RM 450. Jadi saya masih perlu bayar kepada bank sebanyak RM 271. Saya bercadang untuk jual rumah ini sbb target saya untuk bebas hutang menjelang th 2018

    Adakah keputusan untuk jual rumah ini adalah satu pilihan yg bijak? Rmh itu sudah dibeli lebih kurang 6-7 lepas. Duit yg saya bakal peroleh dari penjualan rumah akan saya gunakan utk labur dlm ASB 2 @ beli emas

    Terima kasih

    Aneed

    • Wslm En. Aned,

      Dengan simpanan sebanyak RM303,000, saya percaya kedudukan kewangan En. Aned dalam keadaan baik.

      Untuk rumah sewa tu, kalau dapat disewakan dengan sewaan yang berbaloi untuk bayar ansuran bank, itu boleh dikira bebas hutang.

      Saya syorkan En. Aneed baca buku-buku kewangan untuk maksimumkan potensi kewangan. Bagi saya simpan terlalu banyak duit tunai juga boleh merugikan, tetapi melabur ke tempat yang kita tak ada ilmu itu lebih merugikan.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >